KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSIEN ONN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS •
JUDUL : " PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN MEKANIK
TANAH ( DKA 2053) BAGI PELAJAR KURSUS
DIPOLMA KEJURUTERAAN A W AM DI KUiTTHO"
SESI PENGAJIAN : 2003/2004
Saya FAEIZAH BINTI MOHD LAJIM
G
( HURUF BESAR )
mengaku membenarkan tesis· ( PSM/Sarjana/Doktor Falsafah ) ini disirnpan di Perpustakaan Kolej Vniversiti Teknologi Tuo Hussein Onn (KUiTTHO) dengan syarat-syarat seperti berikut:
I. 2.
3.
4.
Tesis adalah hakmilik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salioan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara· institusi pengajian tinggi. ** S ita tandakan ( ./ )
D D [2]
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
( Mengandungi maklumat yang berdrujah keselamatan atau kepeotingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI1972)
( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasilbadan di mana peoyelidikan dijalankan )
Disahkan oleh:
( T AtioA T ANGAN PENULIS ) PENYELIA)
Alamat Tetap : 0-467. FELDA ULU TEBRAU, EN. A TAN BIN HJ HUSSIEN
(Nama Penyelia ) 81810 ULU TIRAM, JOHOR DARUL TA'ZIM.
CATATAN:
•
Tarikh: ~ • A:). D.:i.
Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD . Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan SlIIjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara keIja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek SlIIjana Muda ( PSM ).
PENGESAHAN PENYELIA
" Saya/ kami* akaui bahawa saya telah membaca karya ini dan
pada pandangan saya/ kami* karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk
tujuan penganugerahan Ijazah Srujana Pendidikan Teknik dan Vokasinoal
Tandatangan
Nama penyelia
Tarikh
. r :Li.2 .-4; ;EN AT ~HUSSIEN : •• 1'6 •• .s.
" PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN MEKANIK T ANAH
( DKA 2053) BAGI PELAJAR KURSUS DIPLOMA
KEJURUTERAAN A W AMDI KUiTTHO"
FAEIZAH BINTI MOHO LAJIM
Laporan projek ini dikemukan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerah Ijazah Smjana Pendidikan Teknik Dan VokasionaI
labatan Pendidikan Dan Vokasional
Fakulti Teknologi Kejuruteraan
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Oktober 2003
iii
PENGAKUAN
"Saya akui karya ini adaJah hasil kelja saya sendiri kecuaJi nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telahjelaskan sumbernya:
Tandatangan : (}.1c:;t h Nama Penulis : F AEIZAH BINT! MOHD LAJIM
Tarikh
DEDIKASI
Untuk ••.••
Abah & Emak
( Hj. Mohd Lajim .B. Sarjo & Hjh Salmah Binti Hj Ithnin)
Terima kasih di atas pengorbanan serta dorongan yang diberikan selama ini
Untuk ••.••..
Suami Terdnta Abd. Razak B. Suratmun
Terima kasih di atas semuanya
Dan untuk ............ .
Kawan-kawan serumah ...... aku, Kak Sue, Che Mah, Kak Shimah, Ida, Iza dan Y'on
Serta untuk ..... .
Semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam projek ini
Terima kasih di atas bantuan anda semua
1\
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdullillah, bersyukur saya ke hadrat Hahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya dapatlah saya menyiapkan kajian kes ini dalam masa yang ditetapkan.
v
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pembimbing iaitu Encik Atan bin Hj
Hussien di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang tempoh kajian
kes ini berlangsung. Terima kasihjuga kepada responden iaitu para pelajar diploma
kejuruteraan awam di KUiTTHO di atas kesudian dan keikhlasan penglibatan mereka di
dalam kajian kes ini. Tidak dilupakanjuga kepada PM Ir. Azizan b. Abd Aziz dan En.
Nazir b Mohidin di atas bantuan yang diberikan.
Kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah
memberikan sokongan, bantuan dan galakan diucapkan terima kasih dengan pengorbanan
yang tidak terhingga
Harapan saya, semoga kajian kes yang dilakukan ini dapat memberikan manfaat
kepada semua pihak. Insyaallah.
Sekian , Terima Kasih
vii
ABSTRAK
Kajian kes ini dilakukan adalah bertujuan untuk Pembangunan Modul
Pembe1ajaran Mekanik Tanah( DKA 2053) yang meliputi 3 topik iaitu pengenalan dan
prinsip asas mekanik tanah, pengelasan tanah dan air dalarn tanah bagi pelajar kursus
Diploma Kejuruteraan Awarn di KUiTTHO. Bagi mendapatkan maklumat yang
dikehendaki, borang soal se1idik telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada
pe1ajar Diploma Kejuruteraan Awarn, semester dua tahun satu di Fakulti Kejuruteraan
KUiTTHO. Responden yang terlibat dalarn kajian ini dipilih menggunakan kaedah
rawak mudah serarnai 35 orang responden. Kajian ini penting untuk mengetahui '
Sejauhmanakah tahap kesesuaian isi kandungan, tahap kebolehlaksanaan dan tahap
mesra pengguna bagi Modul Pembe1ajaran Mekanik Tanah ( MPMT) yang dihasilkan
daripada persepsi pelajar Diploma Kejuruteraan A warn, Fakulti Kejuruteraan di
KUiTTHO'. Data kajian dianalisis menggunakan peri sian Statistical Package for Social
Science 11. Of or Windows (SPSS 11.0). Dapatan skor min keseluruhan daripada hasil
kajian adalah 3.37 bagi tahap kesesuaian isi kandungan, 3.26 bagi tahap
kebolehlaksanaan dan 3.31 pula bagi tahap mesra pengguna. Secara keseluruhannya.,
modul pembe1ajaran ini berjaya menarik minat pelajar untuk mengikut isi pelajaran.
Narnun begitu pembaikan modul ini perlu untuk menjadikannya lebih berkesan dan
menarik.
viii
ABSTRACT
The case study was done in order to develop a Learning Module for Soil
Mechanics which covers three topics inclusive of its introduction, basic principles of soil
mechanics, soil classification and soil water contents for students who are taking up a
diploma course in Civil Engineering in KUiTTHO. In order to obtain the necessary
information, questionnaires were distributed to the respondents who are in their second
semester and attached to the Engineering Faculty. 35 respondents were selected
randomly. This research is important to find out the suitability of the contents, level of
implementation and whether the module is user friendly a from the view point of the
respondents. Data analysis was done using the software SPSS version 11.0 for
windows. The mean score obtained from the research is 3.37 for the suitability of the
contents, 3.26 for the level of implementation, and 3.31 for the item user friendly. On
the whole, this learning module managed to attract the students or respondents. Anyway
the module has to be modified in order to make it more interesting and effective.
BAB
1
lSI KANDUNGAN
PERKARA
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMANJUDUL
HALAMANPENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
lSI KANDUNGAN
SENARAIJADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPlRAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latabelakang Masalah
1.3 Pemyataan Masalah
1.4 Soalan Kajian
1.5 Objektif Kajian
1.6 Kerangka Teori
1.7 Skop Kajian
1.8 Definisi dan Isitilah
MUKA SlJRAT
II
III
iv
\'
vi
vii
viii
XII
xiii
xiv
1
2
\ III
3-4
4-5
5
6
7
8-10
2
3
SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengena1an
2.2 Pendekatan Pembelajaran
2.2.l Kesediaan Kognitif
2.2.2 Kesediaan Mektif
2.2.3 Kesediaan Psikomotor
2.3 Modul Pembelajaran
2.3.1 Modul Pembelajaran
2.3.2 Tujuan Pembelajaran Bermodul
2.3.3 Kebaikan Pembelajaran Bermodul
2.3.4 Kegunaan Modul
2.3.5 Proses Pembentukan Modul
2.4 Ciri Modul Pembelajaran
2.4.1 Rasional
2.4.2 Objektif
2.4.3 Pro- Uji
2.4.5 Bahan Pelbagai Media
2.4.6 Aktiviti Pembelajaran
2.4.7 Ujian Kendiri
2.4.8 Ujian Selepas
2.5 Rekabentuk Modul Pembelajaran
2.6 Penilaian Kefahaman Konsep dan Pernikiran
Berkaitan Mata pelajaran Mekanik Tanah
METODOLOGIKAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk
3.3 Populasi dan Sampel
ix
11
12
l3
15
16
17
17
18
18-20
20
21
21
21
21
22
22
22
22
22
23
24-27
28
29
29-30
4
3.4 Instrumen Kajian
3.4.1 Temubual
3.4.2 Soal Selidik
3.5 Kesahan dan kebolehpercayaan
3.6 Kajian Rintis
3.7 Kerangka Operasi Sebenar
3.8 Prosedur Kajian Sebenar
3.9 Pengumpulan dan Penganalisis Data
3.10 Andaian dan Limitasi
3.11 Penutup
REKABENTUKPRODUK
4.1 Pengenalan
4.2 Latarbelakang Teori Pembangunan Modul
4.3 Analisis Penggunaan Produk
4.4 Rekabentuk Produk
4.4.1 Rekabentuk Modul Bercetak
4.4.2 Bahan Membina Modul
4.5 Struktur Modul
4.6 Komponen Modul
4.7 Penilaian Modul
4.8 Cadangan dan Pembaikan
x
30
30
31
32
33-35
36
37
37
38
39
40-41
42-43
44
44
45
46
47
48-49
50
51
5
6
ANALISIS DATA
5.1 Pengenalan
5.2 Bilangan Responden
5.3 Biodata Responden
5.3.1 J antina Responden
5.3.2 Bangsa
5.4 Dapatan kajian
5.4.1 Penilaian dan Rumusan Modul Pembelajaran
Mekanik Tanah (MPMT)
5.4.1.1 Penilaian Tahap Kesesuaian lsi
Kandungan MPMT
5.4.1.2 Penilaian Tahap Kebolehlaksanaan
MPMT
5.4.1.3 Penilaian Tahap Mesra Pengguna
MPMT
PERBINCANGAN,KESIMPULAN DAN CADANGAN
6.1 Pengenalan
6.2 Perbincangan
6.3 Kesimpulan
6.4 Cadangan
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
52
52
53
53
53
54
54
Xl
54-58
58-61
61-64
65
65-71
71-73
74
76-81
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKASURAT
1.1 Pecahan Gred Pelajar bagi matapelajaran
Mekanik Tanah bagi Sesi 20021 2003 3
3.1 Kaedah secara Rawak iaitu 50% daripada
populasi pelajar 30
3.2 Peringkat Skala Pengguna Skala Likert 32
3.3 Tahap Skor Min 38
5.1 Penilaian tahap kesesuaian isi kandungan MPMT 55
5.2 Penilaian tahap kebo1ehlaksanaan MPMT 59
5.3 Penilaian tahap mesra pengguna MPMT 62
5.4 Dapatan Keseluruhan Hasil Kajian 65
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT
1.1 Kerangka Teori Kajian 7
2.1 Ciri asas yang membentuk sesuatu konsep 2S
2.2 Hubungan konsep, kefahaman, aplikasi dan
penyelesaian masalah 26
3.1 Kerangka Operasi Kajian Rintis 3S
3.2 Kerangka Operasi Sebenar 36
4.1 Carta Alir Pembangunan MPMT 41
4.2 Proses Pembelajaran Bermodul 43
4.3 Rekabentuk Modul 47
LAMPI RAN
AM
A-
B
C
KHUSUS
SENARAI LAMPIRAN
TAJUK
Temubual Soalan Terancang
Borang Soal Selidik
Borang Semak Modul
'Reliability' bagi Kajian Rintis MPMT
MUKASURAT
ii-v
vii
xiv
Analisis data bahagian A dan bahagian B untuk 'Frequency' bagi
soal selidik
Analisis data bahagian B untuk 'Descriptives' bagi soal selidik
LAMPlRAN MODUL BERCETAK
Topik 1- Pengenalan dan Prinsip Asas Mekanik Tanah.
Topik 2- Pengelasan Tanah
Topik 3 -Air Dalam Tanah
BABI
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Tanah sebagai satu bahan kejuruteraan yang unik, terbentuk melalui proses yang
amat kompleks dan memakan masa yang lama. Maka jarang sekali terdapat tanah yang
bersifat homogen mahupun isotrop. Dengan ini, sifat tanah menjadi lebih kompleks.
Namun demikian, sifat tanah ini sering digambarkan dalam bentuk model fizikal yang
mudah supaya sifat-sifat mekaniknya dapat ditentukan.
Berdasarkan fungsinya sebagai penyokong binaan dan juga bahan binaan itu
sendiri, maka kajian tentang kekuatan serta sifat-sifat lain tanah amatlah penting.
Bidang dan kajian ini dinamakan mekanik tanah. Secara ringkasnya, mekanik tanah
ditakrifkan sebagai suatu pengkajian tentang sifat-sifat tanah, komposisi tanah,
pengukuhan, pemadatan, kebolebmampatan, kekuatan yang bertindak di dalam
tanah.(Terjemahan Soil Mechanics (4th Edition) Craig, R.F:1974, Chapman & Hall)
Tanah berfungsi sebagai asas untuk menyokong binaan seperti jalan raya,
jambatan, landasan keretapi, bangunan dan juga berfungsi sebagai benteng atau
empangan
Sebagaimana institusi-institusi pengajian tinggi lain yang menawarkan kursus
Kejuruteraan Awam, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), tumt
menjadikan mata pelajaran Mekanik Tanah sebagai mata pelajaran teras bagi kursus
Diploma dan Smjana Muda yang wajib di ambil oleh pelajar. Ia bertujuan supaya bakaI
graduan yang dilahirkan mempunyai asas pengetahuan yang kukuh dan mampu
dikembangkan apabila berada di daIam selctor pekeIjaan kelak.
1.2.Latar Belakang Masalah.
2
Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan bagi sesi 2002/2003 Semester 1 bagi
mata pelajaran Mekanik Tanah untuk kursus Diploma Kejuruteraan Awam di Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn ( KUiTTHO) yang diduduki oleh 56 orang
pelajar, adalah seperti yang di paparkan di daIam jaduaI di bawah; ( rujuk jadual 1.1 )
JaduaI 1.1: Pecahan Gred Pelajar Bagi Matapelajaran Mekanik Tanah Bagi Sesi
2002/2003
Gred Peratusan Keputusan
A 1.7 Cemeriang A- 1.7 Cemeriang B+ 7.7 Baik B 6.7 Baik B- 10.0 Baik C+ 16.7 Sederhana C 21.7 Sederhana C- 10.5 Sederhana D+ 13.3 Lemah D 10.0 Lemah E 0 Sangat Lemah
Sumber: Fail Rekod Pelajar Fakulti Kejuruteraan, di KUiTTHO ( 2002)
Merujuk kepada jadual 1.1, pengkaji dapat mengkaji bahawa keputusan pelajar
yang mengambil mata pelajaran Mekanik Tanah bagi semester 1 sesi 2002/2003 agak
sederhana. Ini telah di sahkan oleh beberapa pensyarah yang mengajar matapelajaran
Mekanik Tanah semasa temubual secara terancang dijalankan.
3
Mata pelajaran Mekanik Tanah adalah merupakan salah satu pelajaran yang
melibatkan kepada proses penyelesaian masalah dan pengiraan matematik disamping
kefahaman teori. Kebanyakan pelajar yang mengambil mata pelajaran ini mengalami
masalah bagi soalan-soalan latihan yang diberi dan kurang memahami konsep yang
hendak disampaikan oleh pensyarah. Selain daripada itu, keperluan bahan rujukan bagi
matapelajaran ini adalah terhad disamping para pelajar tidak mampu mengaitkan
pengetahuan yang sedia ada dengan pengetahuan terkini terutama dalam usaha
menyelesaikan masalah-masalah bam. Keadaan ini menjadi lebih kritikal apabila pelajar
kurang benninat dan kurang alat bantuan mengajar untuk meningkatkan usaha agar
lebih cemerlang dalam akademik.
1.3 Pernyataan Masalah
Laporan Jemaah Nazir Sekolah ( dalam Munir dan Halimah, 2000) telah
menyatakan bahawa:
" Penggunaan sumber-sumber pendidikan oleh murid-murid dan guru-guru
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah pada kadar yang rendah disebabkan
beberapa faktor tennasuk kekurangan kemudahan fizikal, kekurangan sumber
sumber pendidikan, kekurangan tenaga manusia yang terlatih, kelemahan dalam
pengurusan pusat sumber sekolah, sikap dan minat guru yang tidak
menggalakkan serta kurang kebolehan dalam multimedia"
Pennasalahan yang wujud berdasarkan laporan di atas merupakan perkara utama
yang perlu dikurangkan agar penguasaan sesuatu bidang tidak terbatas. Antara langkah
terbaik untuk memastikan penguasaan akademik dan kemahiran ialah membina satu
modul pembelajaran. Pembinaan modul pembelajaran bertujuan untuk mencapai
matlarnat penguasaan kemahiran dan akademik.
4
Mekanik Tanah merupakan di antara subjek yang ditawarkan di tahun satu
semester dua program Diploma Kejuruteraan Awarn Maka pengkaji mencadangkan satu
Pembangunan Modul Pembelajaran Mekanik Tanah bagi memenuhi keperluan pelajar
Kejuruteraan A warn daripada aspek tahap kesesuaian isi kandungan. tahap
Kebolehlaksanaan dan tahap mesra pengguna ( user friendly)
Pengkaji cuba memudahkan dalarn proses pembelajaran, para pelajar perlu diberi
kemudahan secukupnya untuk menyenangkan lagi proses pembelajaran mereka.
Dengan ini, pembelajaran pelajar akan menjadi lebih berkesan. Bagi mengatasi masalah
ini, pengkaji mencadangkan suatu modul pembelajaran untuk digunakan oleh para
pelajar dalarn matapelajaran Mekanik Tanah
1.4 Soalan Kajian
Bagi melaksanakan kajian ini terdapat beberapa persoalan kajian yang perlu
dilihat. Beikut adalah persoalan yang menjadi perkara utama dalarn kajian ini iaitu:
1. Sejauhmanakah tahap kesesuaian isi kandungan Modul Pembelajaran Mekanik
Tanah (MPMT) yang dihasilkan.
2. Sejauhmanakah tahap kebolehlaksanaan Modul Pembelajaran Mekanik Tanah
(MPMT) yang dihasilkan.
3. Sejauhmanakah tahap mesra pengguna Modul Pembelajaran Mekanik Tanah
(MPMT) yang dihasilkan.
1.5 Objektif Kajiao
Objektifumum kajian ini adalah untuk Pembangunan Modul Pembelajaran bagi
matapelajaran DKA 2053; Mekanik Tanah ( MPMT) di kalangan pelajar, Diploma
Kejuruteraan Awam KUiTIHO.
5
Terdapat 3 objektifkhusus yang dikenal pasti dalam melakukan kajian ini, di
antaranya ialah:
Menghasilkan Modul Pembelajaran Mekanik Tanah ( DKA 2053) yang mempunyai
eiri-eiri yang memenuhi tahap kepeduan pelajar, Diploma Kejuruteraan Awam,
Fakulti Kejuruteraan di KUiTIHO daripada aspek berikut:
i. Tahap Kesesuaian lsi Kandungan
11. Tahap Kebolehlaksanaan
iii. Tahap Mesra Pengguna
1.6 Kerangka Teori
Para Pelajar yang mengambil Mekanik Tanah ( DKA2053)
Modul Pembelajaran Mekanik Tanah (DKA2053)
1 1
Rajah 1.1: Kerangka Teori kajian.
Petunjuk:
Proses penerimaanl memahami konsep asas yang berkesan
K- Kandungan
KBL -Keboleblaksanaan
MP- Mesra Pengguna
Rajah 1.1 di aras adalah merupakan kerangka teori yang digunakan berlandaskan pada
proses pembelajaran yang dicadangkan oleh Biggs yang dirujuk oleh Thomas dalam
kajian A. Azaman, ( 2003) yang dikenali sebagai reflective heuristics. Meialui proses
ini satu bentuk rancangan bagi sesuatu masalah dihasilkan, diaplikasi dan dinilai
rancangan tersebut. Dalam kajian ini, rancangan yang dihasilakan adalah merupakan
Modul Pembelajaran Mekanik Tanah ( MPMT) yang dihasilkan bagi membantu para
pelajar memaharni konsep asas mekanik tanah sebenar.
6
1. 7 Skop Kajian
Kajian ini melibatkan para pelajar yang mengambil matapelajaran DKA 2053;
Mekanik Tanah di Fakulti Kejuruteraan Kolej Universiti Tun Hussein Onn. Modul
Pembelajaran Mekanik Tanah direkabentuk berdasarkan strategi pembelajaran direktif.
Ia turnt berpandukan kepada gaya pembelajaran kognitif dan kontektual. Kajian ini
hanya terbatas kepada memaharni isi pelajaran, pengujian kandungan dan
kebolehlaksanaan modul yang dibina. Ia melibatkan 3 topik awal bagi mata pelajaran
Mekanik Tanah iaitu pengenalan dan prinsip asas mekanik tanah, pengelasan tanah dan
air dalam tanah.
Modul ini juga boleh digeneralisasikan kepada pelajar-pelajar kursus Diploma
Kejuruteraan Awam di KUiTTHO, UTM dan Politeknik Kementerian Pendidikan
Malaysia kerana silibus bagi mata pelajaran Mekanik Tanah di KUiTTHO mempunyai
persamaan dengan silibus mata pelajaran Mekanik Tanah peringkat diploma di
KUiTIHO , UTM dan Politeknik
1.8 Defmisi dan Istilah
1.8.1 Pembangunan Modul Pembelajaran
Penghasilan satu alat bahan bantu mengajar ( ABBM) bagi para pelajar untuk
membuat persediaan sebelurn menghadiri kuliah. Di dalam modul pembelajaran yang
telah dibangunkan hanya topik awal bagi Mekanik Tanah yang cuba dibangunkan iaitu
pengenalan dan prinsip asas mekanik tanah, pengelasan tanah dan air dalam tanah.
7