ٹ ڤ ڤ
ڦ ڦ ڦ ڦڤ ڤ
Marilah kita bersama-sama meningkatkan
ketakwaan kepada Allah Subhanahu wa-Taala
dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan
kita diberkati dan diredai Allah Subhanahu wa-Taala
di dunia dan akhirat.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah Subhanahu wa-
Taala,
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyambut Hari
Polis pada 25 Mac setiap tahun. Sambutan ini
bertujuan sebagai tanda ingatan kepada semua warga
PDRM agar sentiasa menghayati sejarahnya. Sentiasa
bersedia fizikal dan mental untuk terus istiqomah,
taat setia kepada raja, negara, perlembagaan, undang-
undang serta pasukan.
Bersempena sambutan Hari Polis pada tahun ini,
marilah kita bersama-sama mendoakan seluruh warga
Polis Diraja Malaysia dan pasukan keselamatan di
negara ini agar sentiasa berada dalam perlindungan
dan naungan Allah swt. Mengakhiri khutbah pada
hari ini, marilah kita menghayati beberapa
kesimpulan penting, antaranya:
1. Bagi mencapai keamanan dan kestabilan sesuatu
tempat, negeri dan negara, maka sebarang anasir-
anasir jahat perlu ditangani dengan semampu
yang boleh.
2. Dalam Islam, anasir yang menggugat lima
perkara utama iaitu agama, nyawa atau tubuh
badan, akal fikiran, keturunan dan harta benda
adalah dianggap sebagi jenayah.
3. Mencegah dan membanteras jenayah adalah
tanggungjawab bersama, yakni tidak
dikhususkan kepada pasukan polis atau mana-
mana agensi keselamatan yang lain.
4. Setiap anggota masyarakat hendaklah berusaha
mencegah dan membanteras perbuatan jenayah
mengikut tahap keupayaan masing-masing.
ڃ ڃ ڃ چ چ
Yang bermaksud: Kamu adalah sebaik-baik umat
yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana)
kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik
dan melarang daripada yang mungkar, serta kamu
pula beriman kepada Allah. Dan kalaulah Ahli Kitab
itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka.
(Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan
kebanyakan mereka orang yang fasik. (Surah ali-
Imran,ayat 110)