KEFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP JIRIM
TEOH CHIN KEONG
Laporan Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat Penganugrahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
2008
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KEFAHAMAN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP KONSEP JIRIM
SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya _ TEOH CHIN KEONG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
n oleh, Disahka
_________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alam
at tetap:
Tarikh: Tarikh:
Alamat Tetap: 21, JALAN BUKIT RENGGAM 1, TAMAN BUKIT RENGGAM, 86200 SIMPANG RENGGAM, JOHOR.
PM DR MOHD YUSOF BIN HJ ARSHAD (Nama Penyelia)
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)”
Tandatangan: __________________________________
Nama Penyelia: PM DR MOHAMMAD YUSOF BIN HAJI ARSHAD
Tarikh: 2 MEI 2008
ii
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya
Tandatangan: _______________________________ Nama Penulis : TEOH CHIN KEONG Tarikh : 25/04/2008
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
2008
iii
DEDIKASI
Untuk Ibu dan bapa yang tercinta……
Jasa dan doamu terlalu beerti dan telah
menyemarakkan semangat perjuangan ini
Buat saudara-mara......
Bantuan dan dorongan kalian kekal tersemat
dalam hati sanubariku
iv
PENGHARGAAN
Pengkaji ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya
Dr. Mohammad Yusof bin Hj. Arshad atas bimbingan, dorongan dan galakan serta
nasihat yang diberikan tanpa berasa jemu sejak awal kajian ini dijalankan. Jasa baik
beliau akan dikenang dan dihargai selama-lamanya.
Penulis juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Guru
Besar dan guru penolong kanan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Tuan Poon,
Sekolah Kebangsaan Air Hitam, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) South Malaya dan
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Malayan yang telah memberikan kerjasama dan
bantuan semasa kajian dijalankan.
Akhirnya pengkaji ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu pengkaji bagi
menjayakan projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman murid sekolah rendah
mengenai konsep jirim. Konsep jirim yang diuji berfokus pada konsep asas yang
dipelajari di sekolah rendah seperti definisi jirim, bahan jirim dan bukan jirim, serta
keadaan jirim pepejal, cecair dan gas. Instumen yang digunakan ialah empat belas
soalan soal selidik berbentuk struktur yang diedarkan kepada murid untuk dijawab
dalam masa satu jam. Seramai 360 orang murid tahun 4,5 dan 6 daripada empat buah
sekolah di daerah Batu Pahat dan Kluang Johor telah dipilih untuk dijadikan sampel
kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan murid mempunyai idea
alternatif mengenai keadaan jirim dan cirinya. Idea alternatif masih kekal dalam
minda murid walaupun mereka telah didedahkan dengan konsep jirim di sekolah.
Adalah diharapkan guru sains di sekolah sentiasa memberi perhatian yang
sepenuhnya tentang permasalahan ini agar dapat merancang dan melaksanakan
strategi pengajaran yang berkesan bagi mengatasi kerangka alternatif dalam
meningkatkan kebolehan dan pencapaian murid dalam pembelajaran konsep sains
sama ada bagi tajuk konsep asas jirim atau konsep sains yang lain.
vi
ABSTRACT
The aim of this research is to determine the primary school pupils’
understanding the concept of matter. Concept of matter that had been used in the test
focused on the basic concept of matter that had been studied in primary school such
as definition of matter, matter and non matter and also the states of matter namely
solid, liquid and gas. The instrument used consist of fourteen structured questions.
The questionnaire was distributed to the pupils to be completed in an hour. The
respondents were three hundred and sixty from year 4, 5 and 6 secondary school
pupils in the district of Batu Pahat and Kluang, Johor respectively. The research
findings showed that most of the pupils have alternative ideas toward the states of
matter and their characteristics. These alternative ideas do not comply with the
present scientific theory and still remained in the students’ cognitive framework,
even though they had been commonly exposed to these concepts and their related
topics through the learning process of science. Teachers should always give their
attention to these ideas in order to improve students’ understanding of matter
concepts or other scientific concepts.
vii
KANDUNGAN
____________________________________________________________________
BIL TAJUK MUKA SURAT ____________________________________________________________________ PENGESAHAN DIRI ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN MUKA SURAT vii - ix SENARAI JADUAL x - xi SENARAI LAMPIRAN xii BAB 1: Pengenalan
1.1 Pendahuluan 1 - 4 1.2 Latar Belakang Masalah 4 - 6
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Batasan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
BAB 2: Kajian Literature 2.1 Kurikulum Sains KBSR 9 – 10 2.2 Konsep Jirim Dalam Kurikulum Sains Tahun 5 11
viii
2.3 Tinjauan Mengenai Kerangka Alternatif Tentang Konsep Jirim 11 – 13 BAB 3: Metodologi Kajian 3.1 Pengenalan 14 3.2 Sample Kajian 14 - 15 3.3 Instrumen Kajian 15 - 16 3.4 Tatacara Pengumpulan Data 16 3.5 Tatacara Penganalisisan Data 16 3.6 Kajian Rintis 17 3.7 Keputusan dan Dapatan Kajian Rintis 17 BAB 4 : Hasil Kajian dan Analisa Data 4.0 Kefahaman Murid Mengenai Konsep Jirim 18 4.1 Data dan Analisa Soalan 1 18 – 21 4.2 Data dan Analisa Soalan 2 21 – 24 4.3 Data dan Analisa Soalan 3 24 – 27 4.4 Data dan Analisa Soalan 4 27 – 28 4.5 Data dan Analisa Soalan 5 28 – 32 4.6 Data dan Analisa Soalan 6 33 – 34 4.7 Data dan Analisa Soalan 7 35 – 36 4.8 Data dan Analisa Soalan 8 37 – 38 4.9 Data dan Analisa Soalan 9 39 – 40 4.10 Data dan Analisa Soalan 10 41 – 43 4.11 Data dan Analisa Soalan11 43 – 44 4.12 Data dan Analisa Soalan 12 45 – 46 4.13 Data dan Analisa Soalan 13 47 – 48
ix
4.14 Data dan Analisa Soalan 14 49 – 52 BAB 5: Rumusan, Implikasi dan Cadangan Kajian Lanjutan 5.1 Pengenalan 53 5.2 Rumusan 53 - 55 5.2.1 Implikasi kajian 55 5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 56 Senarai Rujukan 57 - 60 Lampiran Lampiran A : Surat Pengenalan Diri Lampiran B : Surat Kebenaran Kajian Lampiran C: Instrumen Kajian
x
JADUAL SENARAI JADUAL MUKA SURAT
3.1
3.2
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
Sampel Responden Yang Diambil Dalam Kajian Tujuan Soalan Dalam Borang Soal Selidik Analisa Definisi Jirim Yang Diberi Oleh Murid Analisa Kefahaman Murid Tentang Keadaan Jirim Yang Mungkin Wujud 4.3.1 Perbandingan dan Peratusan Murid Yang Dapat
Mengkategorikan Jirim Dengan Betul
4.3.2 Perbandingan dan Peratusan Murid Yang Dapat
Mengkategorikan Bayang-bayang Sebagai Bahan
Bukan Jirim
Bahan Jirim dan Bukan Jirim Yang Disenaraikan Oleh Murid 4.5.1 Perbandingan dan Peratusan Sampel Yang Dapat
Mengkategorikan Pepejal dengan Betul
4.5.2 Perbandingan dan Peratusan Sampel Yang Dapat
Mengkategorikan Cecair dengan Betul
4.5.3 Perbandingan dan Peratusan Sampel Yang Dapat
Mengkategorikan Gas dengan Betul
Bilangan dan Peratusan Murid Yang Memberi Kesimpulan
Dengan Tepat Berdasarkan Eksperimen ( Gas Mempunyai
Jisim)
Bilangan dan Peratusan Murid Yang Memberi Kesimpulan Dengan Tepat Berdasarkan Eksperimen ( Pepejal Mempunyai Jisim) Bilangan dan Peratusan Murid Yang Memberi Kesimpulan Dengan Tepat Berdasarkan Eksperimen ( Cecair Mempunyai Jisim)
15
16
19
22
24
26
27
28
30
31
33
37
xi
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
4.14
Bilangan dan Peratusan Murid Yang Memberi Kesimpulan
Dengan Tepat Berdasarkan Eksperimen ( Cecair Tidak
Mempunyai Bentuk Yang Tetap)
Bilangan dan Peratusan Murid Yang Memberi Kesimpulan
Dengan Tepat Berdasarkan Eksperimen ( Gas Tidak
Mempunyai Bentuk Yang Tetap)
Bilangan dan Peratusan Murid Yang Memberi Kesimpulan
Dengan Tepat Berdasarkan Eksperimen ( Cecair Mempunyai
Isipadu Yang Tetap)
Bilangan dan Peratusan Murid Yang Memberi Kesimpulan
Dengan Tepat Berdasarkan Eksperimen ( Gas Tidak
Mempunyai Isipadu Yang Tetap)
Bilangan dan Peratusan Murid Yang Memberi Kesimpulan
Dengan Tepat Berdasarkan Eksperimen ( Pepejal Mempunyai
Isipadu Yang Tetap)
4.14.1 Bilangan dan Peratusan Kefahaman Murid Terhadap
Proses Peleburan
4.14.2 Bilangan dan Peratusan Kefahaman Murid Terhadap
Proses Pendidihan
39
41
43
45
47
49
51
xii
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran
Perkara
A Surat Pengenalan Diri
B Surat Kebenaran Kajian
C Instrumen Kajian
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Sains secara amnya adalah satu bidang keilmuan yang merangkumi proses
hasil dan sikap untuk kesejahteraan manusia. Sains amat menitikberatkan kaedah
inkuiri dan penyelesaian masalah. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains
membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan kanak-kanak memahami
fenomena di sekeliling mereka. Kanak-kanak juga perlu dibantu menghubungkan
fakta dan konsep, membuat pengitlakan dan mengaitkan pembelajaran baru dengan
ilmu yang sedia ada. Ini membolehkan mereka berfungsi dengan baik dalam
kehidupan harian.
Sebagai satu kaedah inkuiri dan mengenai fenomena, murid dapat
memperkembangkan sikap yang positif. Pembelajaran sains dapat menggalakkan
semangat ingin tahu, kreativiti, berfikiran terbuka, ketabahan, ikram terhadap
hidupan dan menghargai alam sekitar.
Sains di peringkat sekolah rendah diberikan tumpuan kepada mempelajari
tentang diri sendiri dan alam sekitar melalui pengalaman dan penyiasatan dan
bertujuan melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran saintifik dalam
membentuk masyarakat berbudaya sains dan teknologi, ikram, dinamik dan progresif
supaya lebih bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengkagumi ciptaan
alam.
2
Hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berfikiran saintifik dan
progresif berkait rapat dengan pembinaan potensi pelajar dari peringkat awal
persekolahan lagi. Pada tahun 1993, Pusat kurikulum (PPK) telah menerbitkan
Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah. Kurikulum baru ini memberi
penekanan terhadap tiga aspek utama: Pemerolehan pengetahuan, penguasaan
kemahiran saintifik dan penerapan sikap saintifik serta nilai murni. Unsur-unsur
utama dalam kurikulum sains ini diintegrasikan melalui pembelajaran berfikrah
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001), dengan menggunakan konsep experiental
learning untuk mengembangkan kemahiran proses sains pelajar secara inkuiri-
penemuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Kemahiran saintifik adalah
merupakan asas penting dalam proses pengajaran-pembelajaran yang berteraskan
‘belajar melalui pengalaman’ sebagaimana yang dituntut dalam sains KBSR dan
KBSM.
Tanpa pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam aspek kemahiran
saintifik, pelajar tidak dapat melaksanakan aktiviti penyiasatan dengan berkesan.
Sehubungan dengan itu kurikulum sains sekolah rendah telah diperkenalkan ke
seluruh negara mulai sesi persekolahan 1994/1995 (BPG,1995). Murid-murid tahap 2
sekolah rendah mula diajar mata pelajaran sains. Tenaga pengajar sains perlu
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang inovatif supaya murid-murid
yang akan mempelajari sains dengan mudah,seronok dan berkesan serta dapat
memahami menghayati dan membentuk konsep sains yang tepat dan kukuh dalam
minda kanak-kanak.
Namun demikian, ramai di kalangan guru sains sekolah rendah dan sekolah
menengah yang tidak melaksanakan kurikulum sains KBSR dan KBSM di sekolah
dengan berkesan sebagaimana yang dirancangkan. Misalnya, hasil kajian yang
dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) jelas menunjukkan guru
sains masih cenderung dan terikat dengan kaedah pengajaran-pembelajaran yang
berpusatkan guru, tanpa berusaha memberi penekanan terhadap kesepaduan domain
kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Ramai guru masih menggunakan kaedah
tradisi dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998). Guru masih
menggunakan papan hitam dan banyak memberi syarahan di mana pelajar disogok
3
dengan fakta tanpa memahaminya (Azizah, 1999). Dengan kata lain, pelajar tidak
diberi peluang terlibat secara aktif untuk merancang aktiviti amali yang bakal
dilakukan. Mereka melakukan aktiviti amali hanya dengan mengikut segala prosedur
yang telah ditetapkan seperti mengikut buku resipi untuk mengesahkan sesuatu teori
atau menerangkan sesuatu konsep (Sharifah Maimunah dan Lewin, 1993). Kerja
amali yang dilakukan hanya bertujuan memupuk kemahiran manipulatif pelajar,
sebagaimana yang dicadangkan oleh kebanyakan buku rujukan yang terdapat di
pasaran. Seharusnya, pelajar diberi peluang untuk membina hipotesis, merancang,
menjalan dan meramal hasil eksperimen yang mereka lakukan (Tobin dan Capie,
1980). Dengan ini, kerja amali yang dilakukan dapat menggalakkan pelajar
berfikiran kritis dan kreatif, membukti dan mengesahkan teori atau konsep, di
samping dapat memupuk minat mereka. Guru perlu memberi peluang kepada pelajar
membina dan meneroka sendiri pembelajaran mereka melalui pengalaman.
Dalam era globalisasi dan masyarakat berteknologi tinggi yang semakin
kompleks, banyak keputusan dibuat memerlukan pendekatan inkuiri sains bagi
menghasilkan sesuatu penyelesaian. Justeru, pelajar perlu mempelajari bukan setakat
fakta tetapi menguasai kemahiran proses sains demi mempertingkatkan kemahiran
berfikir mereka secara analitik dan lebih berjaya dalam menyelesaikan sesuatu
masalah (Tobin dan Capie, 1982). Kemahiran proses sains bukan sahaja bertindak
sebagai penyokong untuk aktiviti inkuiri-penemuan, malah ia memainkan peranan
penting dalam membeza dan mengkoordinatkan teori dan bukti.. Melalui pendekatan
ini, pelajar berpeluang menggabungkan pengetahuan saintifik, proses dan kemahiran
berfikir untuk memahami sesuatu konsep. Kajian yang dijalankan oleh Wellington
(1989) mendapati penguasaan kemahiran proses sains adalah lebih tinggi dari segi
intelek berbanding dengan penguasaan fakta dan prinsip sains. Apabila pelajar telah
menguasai kemahiran proses sains, mereka boleh mencari jawapan serta membentuk
idea atau konsep sendiri mengenai sebarang fenomena sains. Dengan ini kanak-
kanak akan dapat membetulkan miskonsepsi yang dibuat oleh mereka sendiri dan
membentuk semula konsep baru yang selaras dengan konsep sains yang sebenarnya
melalui proses asimilasi dan akomodasi.
4
Sebagaimana yang telah kita ketahui, penggubalan semula KBSR dan KBSM
telah dilakukan untuk pelaksanaan pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris pada tahun 2003. Pengubahsuaian dan perubahan kurikulum ini bukan
sahaja dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang didapati dalam sukatan
pelajaran lama, tetapi juga dijangka dapat mencapai cita dan hasrat yang tersirat
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, khasnya untuk
menghadapi cabaran globalisasi pendidikan yang menggunakan pengajaran dan
pembelajaran melalui internet dengan penggunaan komputer sebagai media.
Disamping penggunaan komputer, pelbagai usaha telah dijalankan oleh
Kementerian Pendidikan demi membawa reformasi serta perkembangan baru dalam
pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan,
teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan
serta kemahiran dan latihan guru.
Persoalannya, adakah segala usaha dilaksanakan dengan sempurna dan ia
benar-benar dapat memberi manfaat kepada murid-murid ke arah membentuk
generasi akan datang yang benar-benar menguasai ilmu sains itu sendiri disamping
nilai-nilai murni yang juga tidak kita abaikan?
Oleh yang demikian adalah perlu kita sentiasa melihat dan menilai sejauh
manakah murid-murid menguasai konsep-konsep sains sejak di sekolah rendah lagi
agar minat mereka akan semakin meningkat dan mencapai kecemerlangan dalam
bidang sains sebagaimana kejayaan yang dikecapi oleh negara Jepun dan Korea yang
boleh kita contohi.
1.2 Latar Belakang Masalah
Jirim merupakan unit yang paling asas bagi bahan yang wujud di sekeliling
kita di muka bumi ini. Setiap benda tidak kira benda hidup atau benda bukan hidup
5
terdiri daripada jirim. Jirim akan wujud dalam tiga keadaan yang utama iaitu
pepejal, cecair dan gas.
Dalam bidang sains, jirim yang wujud sama ada dalam keadaan pepejal,
cecair atau gas merupakan unit kajian yang utama dan paling asas. Oleh yang
demikian, kanak-kanak sekolah yang mula mempelajari sains sama ada dengan cara
pengalaman yang wujud dalam kehidupan harian atau yang dipelajari secara formal
melalui mata pelajaran sains di sekolah seharusnya benar-benar mengenali dan
memahami secara mendalam tentang kewujudan bahan pepejal, cecair dan gas.
Kefaahaman tentang konsep sebab wujudnya tiga keadaan yang berlainan
dalam sesuatu jirim melalui cerapan struktur fizikal dan ciri-ciri kimia, membolehkan
murid-murid menguasai konsep sains yang seterusnya dengan lebih mantap. Ini
adalah kerana pengetahuan yang sedia ada pada murid-murid tentang fenomena alam
hasil dari pemerhatian, pengalaman dan interaksi dengan ahli keluarga, rakan sebaya
atau dari televisyen, internet, buku dan alam sekitar diperolehi secara tidak formal.
Jika kanak-kanak dapat membentuk konsep sains yang tepat selaras dengan konsep
saintis, maka kewujudan kerangka alternatif akan dapat dikurangkan pada tahap
yang minimum. Ini amatlah penting kerana kerangka alternatif yang wujud akan
memberi kesan yang amat besar apabila seseorang kanak-kanak itu dalam memberi
generalisasi terhadap sesuatu fenomena yang dilihatnya dengan pengalaman
sebelumnya melalui proses asimilasi atau akomodasi.
Banyak kajian menunjukkan idea-idea yang dibentuk oleh pelajar biasanya
berbeza dengan pengetahuan saintifik. Idea-idea yang berbeza ini dikenali dengan
istilah prakonsepsi, miskonsepsi, konsepsi naid, konsepsi alternatif, sains kanak-
kanak, kerangka alternatif dan sebagainya (Poh Swee Hiang 1997). Kerangka
alternatif yang dipunyai oleh pelajar adalah sesuatu yang sukar untuk diperbetulkan
dan bersifat kekal (Holton, 2001). Terdapat juga kajian-kajian yang menunjukkan
bahawa sesuatu bentuk salah pengkonsepsiannya yang sudah terbentuk di fikiran
pelajar akan sukar dibetulkan dan biasanya kekal sehingga peringkat pengajian tinggi
(Rosnich dan element,1980).
6
Oleh sebab kerangka alternatif merupakan idea awal yang mempengaruhi
kanak-kanak dalam menjalankan penyiasatan dan memahami konsep-konsep yang
ingin dipelajari. Dalam kajian ini, pengetahuan pelajar mengenai konsep bahan
pepejal, cecair dan gas dipilih memandangkan ia adalah konsep yang sering
menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar (Nakhleh & Samarapungavan, 1999)
Dalam tempatan rekod kajian mengenai konsep pendidihan pernah dijalankan oleh
Mohd Yusof dan Johari (2003). Dengan kata lain, pembentukan konsep yang berlaku
di dalam fikiran pelajar adalah berbeza dengan hasrat yang ingin dicapai oleh
gurunya atau pelajar mempunyai pemahaman kurang tepat dari konsep asas yang
sebenar. Ini mudah berlaku oleh sebab ujian pemahaman terhadap sesuatu konsep
adalah lebih sukar dengan ujian jika dibandingkan pencapaian terhadap fakta-fakta
asas Sains (Fauziah Binti Momen, 1999)
Perselisihan idea ini boleh mengganggu dan mengelirukan murid-murid
terhadap pembelajaran sains mereka. Wheeler (1967) menyatakan bahawa murid-
murid tidak dapat memahami sains semata-mata dengan mentelaah dan memerhati
persekitaran sebaliknya untuk menjiwai sains, mereka harus melakukan aktiviti-
aktiviti saintifik secara sistematik. Menurut teori perkembangan kognitif Piaget
(Poh,1997) bahawa setiap murid mempunyai skema sedia ada (kerangka alternatif)
berdasarkan pengalaman inteleknya. Pembelajaran yang berjaya adalah hasil
penstrukturan semula kerangka alternatifnya kepada satu penemuan baru.
Beberapa orang pengkaji telah mengkaji kefahaman pelajar mengenai jirim
dalam keadaan pepejal, cecair dan gas. Stavy dan Stachel (1988) mendapati bahawa
kanak-kanak cenderung menganggap pepejal sebagai suatu benda yang keras dan
kuat. Tanggapan ini telah menyebabkan mereka sukar untuk menjelaskan bahan-
bahan pepejal seperti tepung, span, kain dan bahan-bahan dalam bentuk serbuk
sebagai pepejal. Jones dan Lynch (1989) juga melaporkan bahawa kanak-kanak
menganggap bahawa ais bukan pepejal kerana asalnya adalah air, lilin juga dikatakan
bukan pepejal kerana ia boleh melebur menjadi cecair. Cecair pada fikiran kanak-
kanak adalah sesuatu benda yang cair dan boleh dituang. Stavy (1988) juga
mendapati kanak-kanak sering menyamakan cecair dengan air dan ini mengakibatkan
7
kenak-kanak menganggap cecair adalah sesuatu yang berair atau diperbuat daripada
air atau sesuatu yang berasaskan air. Kanak-kanak juga sering menganggap gas
adalah sesuatu yang tidak baik kerana beracun, membahayakan dan mudah terbakar
tetapi sebaliknya udara adalah sesuatu yang baik.
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji sama ada
di negara kita mahupun di luar negara tentang kefahaman konsep pepejal, cecair dan
gas adalah rendah terutama bagi murid-murid sekolah rendah. Tajuk jirim ini juga
penting untuk kefahaman kepada tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran sains. Oleh
itu kajian ini dilakukan bertujuan mengenalpasti tahap kefahaman mengenai konsep
bahan pepejal, cecair dan gas murid tahun 4, 5 dan 6 dimana tajuk ini melibatkan
konsep sains yang paling asas dalam pembelajaran sains sekolah rendah.
Objektif Kajian
Untuk mengenalpasti kefahaman murid tahun 4, 5 dan 6 terhadap konsep jirim.