Download - Keseronokan bekerja
TONGGAK 12
“KESERONOKAN BEKERJA”
Disediakan oleh:Maizatul Akmar bt. Othman
Kursus LDPSabtu 26 Mac 2011
KESERONOKAN BEKERJA
PENDAHULUAN Kerja bukanlah sesuatu yang ringan,
malah bagi kebanyakan manusia bekerja itu merupakan perlakuan yang tiada hujungnya.
Namun begitu jika kita mengambil pendirian yang optimistik kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang mendatangkan keseronokan.
HALANGAN MENCAPAI KESERONOKAN BEKERJA
Menganggap kerja sebagai beban Tidak komited Sentiasa mengharap dorongan oleh ketua Tidak diberi masa yang mencukupi Kerja tidak diiktiraf Hanya menunggu arahan Tidak berdisiplin Tidak suka menolong Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar Tiada peluang untuk meningkat Tidak dipercayai dan selalu dicurigai
FAKTOR KESERONOKAN BEKERJA Menganggap kerja sebagai ibadat- Dalam Islam bekerja adalah suatu tuntutan,
keperluan dan merupakan ibadat yang dituntut oleh Allah S.W.T. Ia seharusnya dilaksanakan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab supaya mendapat balasan baik di hari akhirat nanti .
- Bekerja sebagai tuntutan agama boleh ditunjukkan dengan kesungguhan kerja yang dilaksanakan untuk kepentingan diri dan masyarakatnya.
FAKTOR KESERONOKAN BEKERJA
Bekerja Sebagai Suatu Daya Usaha Pemikiran dan Kreativiti.
- Keseronokan bekerja mampu dicapai, bilamana kerja dijadikan cabaran yang memerlukan bukan sahaja daya usaha malah pemikiran dan kreativiti individu . Di sinilah letaknya profesionalisme individu.
- Daya kreatif dan adanya keinginan mencuba idea atau cara baru akan menimbulkan keseronokan bekerja.
- Pengalaman dan pendedahan seseorang pekerja kepada pengalaman baru akan memudahkan lagi pengendalian masalah-masalah baru yang merupakan cabaran kepada mereka.
FAKTOR KESERONOKAN BEKERJA Keseronokan bekerja boleh
dicapai sekiranya pekerja diberitahu tentang kepentingan kerja di dalam membantu organisasi .
Kerja yang bermutu akan diberi pengiktirafan, sebaliknya sebarang kekurangan dari segi kemahiran akan dibaiki dengan latihan dari semasa ke semasa.
FAKTOR KESERONOKAN BEKERJA
Keseronokan bekerja juga boleh dicapai sekiranya kehendak dirinya selari dengan kehendak pengurusan.
Kesungguhan bekerja juga boleh lahir dari sikap positif terhadap sesuatu tugas yang dihasilkan daripada inisiatif sendiri.
- Konsep kerja sebegini akan menjadi ibadah, menimbulkan dedikasi, ketekunan, amanah, bertanggungjawab, iklhlas dan redha untuk
bekerja. Pekerja diberi ganjaran yang setimpal dengan
kerjanya seperti diberi pengiktirafan, sama ada dalam bentuk surat pujian, hadiah atau pemberian cuti khas serta lain-lain yang bersesuaian.
Faktor-faktor dalaman mendorong keseronokan bekerja …..
Penghargaan- penganugerahan bintang-bintang, sijil atau kenaikan pangkat, wang tunai, sijil kepujian, cuti tanpa rekod dan lain-lain.
Kerja yang hendak dilaksanakan selari dengan kebolehan yang ada pada pekerja supaya kerja tersebut boleh dilaksanakan dengan cekap.
Seseorang pekerja mempunyai hak dalam menentukan matlamatnya sendiri dan menentukan cara-cara untuk mencapainya.
Seseorang pekerja perlu merasakan bahawa sumbangan beliau terhadap pencapaian objektifnya adalah penting.
Kaedah untuk meningkatkan keseronokan sewaktu bekerja …..
Bekerja hendaklah dijadikan suatu ibadah kerana ibadah itu membawa ganjaraan.
Kerja itu hendaklah dijadikan cabaran yang
memerlukan bukan saja daya usaha malah pemikiran dan kreativiti anda. Ia merupakan sumbangan yang hendaklah dikaitkan dengan kebajikan untuk masyarakat dan negara. Dengan sendirinya kita akan merasa puas kerana sumbangan kecil itu telah berjaya membangunkan negara.
Kaedah untuk meningkatkan keseronokan sewaktu bekerja …
Kerja itu kita anggap domain kita atau pengkhususan kita, maka dengan sendirinya kita menjadi pakar yang diiktiraf.
- Apabila seseorang itu menjadi pakar dalam sesuatu bidang secara tidak langsung menjadi faktor pendorong kepada keseronokan bekerja.
Polisi dan Prosedur Pentadbiran Yang Sempurna
Gaji yang setimpal
Kaedah untuk meningkatkan keseronokan sewaktu bekerja …..
Mewujudkan suasana kerja yang baik. contoh: - Kemudahan yang terdapat di pejabat, susun atur
pejabat, keselesaan udara, peralatan pejabat dan sebagainya. - Hubungan baik antara pekerja dan majikan dan
pekerja dengan pekerja membina suasana persekitaran kerja yang
menyenangkan. Kerja Berpasukan -Gabungan kebolehan, kemahiran dan pengalaman
melahirkan keseronokan bekerja individu dalam pasukan. Produktiviti dan kualiti ditingkatkan , masa dan tenaga untuk menghasilkan sesuatu kerja dapat diminimumkan.
Penyeliaan yang sempurna - memberi kesan yang terbaik terhadap tahap dan mutu kerja seseorang pekerja.
Kaedah untuk meningkatkan keseronokan sewaktu bekerja …. Muhasabah Cermin Diri dan Pertingkat Kualiti
Pekerjaan.- Amalan bermuhasabah atau menilai diri amat dituntut
oleh agama dan Islam. Sikap menilai, menginsafi kesalahan dan kekurangan diri boleh membantu mengubah perlakuan pekerja daripada menjadi seorang yang ego dan sombong serta tidak pernah mengakui kesilapan kepada yang lebih berfikiran terbuka.
- Apabila pekerja itu bermuhasabah, dia dapat merasakan betapa kurang dan lemah dirinya melayan kerenah kerjanya, masyarakat yang menjadi fokusnya, visi dan misi pengurusan yang hendak dicapai, serta betapa lemah dirinya di hadapan Allah S.W.T.
- Maka, dia akan sentiasa meningkatkan amalannya dan pekerjaannya untuk lebih berjaya.
Kesimpulan…..
Bekerja untuk menampung keperluan diri dan keluarga tidak harus memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal, minat dan hasrat seseorang. Bagaimanapun kegagalan mewujudkan suasana seimbang dalam kehidupan seharian boleh menyebabkan seseorang berasa tertekan apatah lagi dalam memenuhi tuntutan hidup yang semakin kompleks.
Selain dari gaji, keredhaan dan rahmat Allah S.W.T. diharapkan di atas sumbangan pekerjaannya supaya rezekinya berkat dan mampu menampung diri dan keluarga. Ini beerti pekerja telah berjaya meletakkan integriti yang tinggi dalam dirinya.
Kesimpulan ….
Suasana keseronokan bekerja juga mampu dimiliki oleh individu atau kumpulan dengan melahirkan kreativiti dan inovasi serta mengenepikan sikap negatif, keadaan yang melemahkan dan menolak ketidakbijaksanaan yang boleh mengekang kemajuan. Keseronokan bekerja mampu meletakkan pekerja maju dalam pelbagai bidang, tetapi caranya haruslah betul yang dihalalkan oleh Islam (bagi yang beragama Islam).
Tiada jalan singkat hendak maju dalam hidup, kecuali dengan tekad dan azam, ilmu dan pengalaman, serta kekuatan mental dan fizikal yang tidak bertebing.