KERTAS KERJAMALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
TARIKH
19, 20, 26 APRIL DAN 6 MEI 2014
TEMPAT
KOLEJ TUN SYED NASIR
ANJURAN
KELAB SRIKANDI
DENGAN KERJASAMA
BREAST CANCER WELFARE ASSOCIATION MALAYSIAMAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
BADAN DAKWAH DAN ROHANI (BADAR)KELAB KESENIAN ISLAM
KELAB MUZIKALKELAB KEBUDAYAAN
TEMA:
“SEMARAK KASIH BUDAYA SISWI”
2
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
KERTAS KERJAMALAM INSPIRASI SENI SISWI
KOLEJ TUN SYED NASIRUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Tujuan menyediakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kelulusan dan bantuan
kewangan daripada Jabatan Pendaftaran Pelajar (JPPel), Universiti Kebangsaan Malaysia
bagi mengadakan program Malam Inspirasi Seni Siswi (MISS) anjuran pelajar-pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia.
2.0 PENGENALAN
Program Malam Inspirasi Seni Siswi (MISS) dianjurkan oleh Kelab Srikandi dengan
kerjasama Breast Cancer Welfare Association Malaysia, Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
KTSN serta beberapa kelab lain seperti Badan Agama Dakwah dan Rohani (BADAR),
Kelab Kesenian Islam, Kelab Kebudayaan dan Kelab Muzikal. Malam Inspirasi Seni
Siswi (MISS) merupakan hasil idea daripada gabungan pelbagai aktiviti anjuran setiap
kelab dan persatuan dalam kolej bagi memupuk semangat kerjasama antara kelab dan
persatuan supaya dapat menjayakan sesuatu program dengan lebih efisien. Program ini
yang bertemakan “ Semarak Kasih Budaya Siswi ” , bertujuan melahirkan mahasiswi
holistik yang tidak hanya kompeten di dalam akademik tetapi juga dalam aspek
kemahiran sosial lain seperti kesenian serta kebudayaan.
Semarak Kasih Budaya Siswi
3
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
Program ini adalah satu cara untuk memberi peluang dan ruang kepada mahasiswi di
Kolej Tun Syed Nasir mempamerkan bakat serta kreativiti masing-masing dalam
melahirkan mahasiswi yang lebih proaktif, kompetitif dan pada masa yang sama berilmu.
Di samping itu juga, semangat kerjasama dan ukhuwah antara siswi juga dapat dikukuh
dan dipereratkan melalui program ini dan dapat menghubungkan pelbagai kaum dan
mengenali kebudayaan masing-masing. Program ini juga bertujuan memberi kesedaran
kepada mahasiswi Kolej Tun Syed Nasir tentang penyakit barah payudara dan
kepentingan menjaga kesihatan dengan mengadakan pameran serta sumbangan bagi
membantu pusat barah payudara yang terlibat. Tambahan pula, program ini dirancang
bagi memenuhi keperluan subjek kokurikulum serta mencapai kesemua lapan hasil
pembelajaran yang telah ditetapkan di dalam kontrak pembelajaran.
3.0 MISI
Misi program ini adalah untuk menjadi platform kepada mahasiswi KTSN menonjolkan
bakat mereka dalam kesenian dan kebudayaan. Pada masa yang sama, program ini
mampu melahirkan mahasiswi yang bukan sahaja mahir dari segi akademik, malah turut
memiliki kemahiran sosial yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Selain
itu, segala ilmu dan pengetahuan yang dapat dikumpul melalui pembelajaran secara
formal ataupun tidak formal menerusi program ini dapat diterapkan serta diamalkan
dalam kehidupan seharian semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Program
ini juga diharap dapat menyuburkan semangat kerjasama dan mengasah kemahiran
insaniah bagi melahirkan mahasiswi yang berdaya saing.
Semarak Kasih Budaya Siswi
4
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
4.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan mahasiswi yang berilmu, berketerampilan
malah membentuk modal insan yang berkualiti iaitu mahasiswi yang bukan sahaja
cemerlang dari segi akademik serta berkebolehan dalam pelbagai bidang bagi
mengharungi arus modenisasi negara.
5.0 OBJEKTIF PROGRAM
5.1 Memantapkan kemahiran kepimpinan mahasiswi KTSN dalam
mengendalikan sesuatu program.
5.2 Menghubungkan pelbagai kaum dan mengenali kebudayaan masing-
masing serta merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswi Kolej
Tun Syed Nasir.
5.3 Menanam semangat perpaduan, saling bekerjasama, bertoleransi,
berdisiplin, dan semangat kekitaan antara mahasiswi KTSN.
5.4 Mencungkil bakat yang terpendam dalam kalangan mahasiswi KTSN.
5.5 Untuk memenuhi kesemua lapan aspek hasil pembelajaran yang telah
digariskan untuk semua mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan
Malaysia
5.6 Memberi kesedaran tentang penyakit barah payudara dan kepentingan
menjaga kesihatan dengan mengadakan pameran.
5.7 Mengumpulkan sumbangan untuk pusat barah payudara yang terlibat
sebagai satu bentuk bantuan dan sokongan terhadap mereka.
Semarak Kasih Budaya Siswi
5
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
6.0 TEMA
“SEMARAK KASIH BUDAYA SISWI”
7.0 ANJURAN
7.1 Kelab Srikandi
7.2 Breast Cancer Welfare Associaton Malaysia
7.2 Majlis Eksekutif Pelajar Kebudayaan, KTSN
7.3 Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)
7.4 Kelab Kebudayaan
7.5 Kelab Kesenian Islam
7.6 Kelab Muzikal
8.0 TARIKH DAN MASA
Butiran program ini dicadangkan untuk diadakan adalah seperti berikut:
8.1 Pertandingan nasyid dan tilawah al-Quran
Tarikh : 19 April 2014
Masa : 8.15 malam - 11.15 malam
8.2 Pertandingan memasak
Tarikh : 20 April 2014
Masa : 8.00 malam – 12.00 tengahari
8.3 Pertandingan nyanyian
Semarak Kasih Budaya Siswi
6
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
Tarikh : 26 April 2014
Masa : 8.15 malam – 10.30 malam
8.4 Malam penutup Malam Inspirasi Seni Siswi (MISS)
Tarikh : 6 Mei 2014
Masa : 8.00 malam- 11.30 malam
9.0 TEMPAT PROGRAM
9.1 Pusat Perkembangan Pendidikan (PKP UKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Temerloh,
53200 Kuala Lumpur
9.2 Dewan Serbaguna,
Kolej Tun Syed Nasir 1,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Temerloh,
53200 Kuala Lumpur.
10.0 PUBLISITI
Publisiti projek dikendalikan melalui medium berikut:
1. Laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
2. Banner dan risalah.
3. Papan-papan kenyataan di kolej, fakulti dan bangunan-bangunan
pentadbiran UKM.
Medium berikut mempunyai perincian program Malam Inspirasi Seni Siswi.
Semarak Kasih Budaya Siswi
7
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
11.0 CADANGAN PERASMI
Perasmian penutup
1) Y. BHG. PROF. DATIN NOOR AZIAH MOHD AWAL
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni),
Universiti Kebangsaan Malaysia
2) PROF. MADYA DR. RUZITA BINTI ABD TALIB
Pengetua, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN),
Universiti Kebangsaan Malaysia
3) DR. QODRIYAH BINTI HAJI SALLEH
Timbalan Pengetua II Kolej Tun Syed Nasir (KTSN),
Universiti Kebangsaan Malaysia
12.0 PENGLIBATAN AHLI PROGRAM
12.1 Jumlah urusetia = 31 orang
Urusetia terdiri daripada :
- Ahli Kelab Srikandi
- Wakil Kelab Muzikal
- Wakil Kelab Kebudayaan
- Wakil Kelab Kesenian Islam
- Wakil Badan Dakwah dan Rohani
12.2 Jumlah peserta program
Pertandingan memasak : 10 kumpulan
Semarak Kasih Budaya Siswi
8
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
Pertandingan Nasyid : 10 kumpulan
Pertandingan Tilawah Al Quran : 10 orang
Pertandingan Nyanyian : 10 kumpulan
Malam Inspirasi Seni Siswi : 400 orang
Peserta terdiri daripada mahasiswi Kolej Tun Syed Nasir.
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A.
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B.
15.0 PERINCIAN PROGRAM
15.1. Pertandingan nasyid
-Peserta akan membuat persembahan untuk diadili oleh juri.
-Juri mengambil markah mengikut kriteria pertandingan.
15.2 Pertandingan tilawah al-Quran
-Peserta akan membaca ayat suci al-Quran untuk diadili oleh juri.
-Juri mengambil markah mengikut kriteria pertandingan.
15.3 Pertandingan nyanyian
-Peserta akan membuat persembahan untuk diadili oleh juri.
Semarak Kasih Budaya Siswi
9
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
-Juri mengambil markah mengikut kriteria pertandingan.
15.4 Pertandingan memasak
-Peserta akan mempersembahkan bakat memasak untuk diadili oleh juri.
-Juri mengambil markah mengikut kriteria pertandingan.
15.5 Majlis Penutup Malam Inspirasi Seni Siswi
-Penyampaian anugerah kepada para pemenang
-Persembahan oleh johan setiap pertandingan
15.6 Kutipan sumbangan
- Satu tabung buat pusat barah payudara akan dilancarkan sepanjang minggu
pertandingan serta Malam Inspirasi Seni Siswi.
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
17.0 ALAMAT URUSETIA
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila
hubungi:
Semarak Kasih Budaya Siswi
10
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
NOR AMIERA AFIEQA BINTI MOHDITHNIN
NUR SARAH AISYAH BINTIAZMI
Pengarah, Setiausaha 1,Program Malam Inspirasi Seni Siswi 2014,Kolej Tun Syed Nasir,
Program Malam Inspirasi Seni Siswi 2014,Kolej Tun Syed Nasir,
Universiti Kebangsaan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia
No. Tel: 013-9101216 No. Tel: 012-2607585
18.0 PENUTUP
Dengan ini, diharapkan agar kertas kerja Malam Inspirasi Seni Siswi anjuran Kelab
Srikandi dan kerjasama dengan beberapa kelab yang lain akan mendapat kelulusan
daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) dan juga amat diharapkan
pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar mempertimbangkan sewajarnya serta
meluluskan permohonan bantuan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Adalah
menjadi harapan kami agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai
matlamat dan objektif yang disasarkan dengan jayanya.
Semoga usaha kami ini dapat menyumbang dalam melahirkan mahasiswi yang
kompeten dalam segala aspek. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan
kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Semarak Kasih Budaya Siswi
11
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
Semarak Kasih Budaya Siswi
12
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
LAMPIRAN A STRUKTUR ORGANISASI
Semarak Kasih Budaya Siswi
13
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
MALAM INSPIRASI SENI SISWI 2014
PENAUNG
Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan GhazaliNaib Canselor, UKM
PENGERUSI
Y. Bhg Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
PENYELARAS
Encik Musa Zainal Abidin Othman
Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar
PENASIHAT I
Prof. Madya Dr. Ruzita Abd Talib
Pengetua Kolej Tun Syed Nasir
PENASIHAT II
Dr. Qodriyah binti Haji Mohd Saad
Timbalan Pengetua II Kolej Tun Syed Nasir
FELO PEMANTAU
Puan Nina Atiqah Binti Mat Supri
MEP PEMANTAU
Wan Alyani binti Wan Abdullah
PENGARAH
Semarak Kasih Budaya Siswi
14
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
Nor Amiera Afieqa bt Mohd Ithnin (FSK/2)A140453
013-9101216
TIMBALAN PENGARAH I
Nur Hidayatulliana Binti Zainul ‘Abidin (FSK/4)A132592
013-6939620
TIMBALAN PENGARAH II
Nor Afifa bt Tomiran (FSK/2)A140599
019-2465959
SETIAUSAHA I
Nur Sarah Aisyah binti Azmi(FPER/1)A143660
012-2607585
SETIAUSAHA II
Nur Atikah binti Ab Rahman @ Ramli (FSK/1)A144705
013-9705895
BENDAHARI
Nur Athira bt Muntaha(FPER/1)A143600
019-2811495
Exco Program I : NorFazilah binti Abdol FSK/1 A144490Exco Program II : Nur Aishah Nadjwa binti Noor Azhar FSK/1 A144491
Semarak Kasih Budaya Siswi
15
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
Exco Protokol I : Nur Afiqah binti Marzuki FFAR/1 A144423Exco Protokol II : Nur Farhah binti Samsudin FFAR/1 A14433
Exco Pemasaran I : Khadijah Kamil binti Shaharuddin FSK/1 A146639Exco Pemasaran II : Nor Adilah bt Abd Halim FSK/1 A144489
Exco Persembahan I :Wan Nur Ainin Sofia binti Wan Yusoh FSK/4 A132946Exco Persembahan II :Nurul Asyiqin binti Jamil FSK/2 A141948Exco Persembahan III: Tengku Hasmira binti Tengku Mamat FSK/1 A144512Exco Persembahan IV:Lee Chia Yee FSK/1 A144741Exco Persembahan V : Nor Athifa binti Md Ali FSK/3 A136604Exco Persembahan VI: Nurfadhlina binti Tukiman FSK/3 A139812Exco Persembahan VII: Nurul Akhma binti Zainol Abidin FSK/2 A140393
Exco Jamuan I : Nor Izzati binti Baharuddin FFAR/1 A144438
Exco Jamuan II : Fatima Zahra binti Rusly FSK/2 A140440
Exco Cenderamata I : Nur Sakinah bt Abd Razak FFAR/1 A144415
Exco Cenderamata II : Nur Rosyidah bt Maidin FFAR/1 A144416
Exco Publisiti I : Nur Izati Najwa bt Kajahmohideen FSK/1 A144704
Exco Publisiti II : Nursabariah bt Ahmad Helmi FSK/1 A144681
Exco Teknikal I : Nora Azyan binti Mustaffa FPER/1 A143587
Exco Teknikal II : Nur Diyanah binti Talib FPER/1 A143604
Exco TTK I : Tuan Aaina Mardhiah bt Tuan Azmi FSK/1 A144460
Exco TTK II : Nur Fatihah Ainun bt Hamzah FSK/1 A144479
Semarak Kasih Budaya Siswi
16
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
Exco Multimedia I : Noramira Suhada binti Abdul Rahman FFAR/1 A144429
Exco Multimedia II : Alia Nur Syifa bt Buyong FSK/1 A144130
Exco Perhubungan I : Alia Suraya binti Esa FFAR/1 A144440
Exco Perhubungan II: Ng Chu Hui FFAR/2 A140133
Lampiran B
ATURCARA PROGRAM
Semarak Kasih Budaya Siswi
17
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
ANJURAN KELAB SRIKANDI, KOLEJ TUN SYED NASIR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TARIKH & MASA
PERKARA TEMPAT
19 April 2014
8.15 malam8.30 malam8.40 malam8.45 malam9.00 malam9.15 malam9.30 malam9.45 malam10.00 malam10.15 malam10.30 malam10.45 malam11.00 malam11.15 malam
Pertandingan Tilawah al-Quran
Pendaftaran pesertaKetibaan juri dan juri mengambil tempatBacaan doa pembukaan majlisBacaan ayat suci al-Quran oleh peserta pertamaBacaan ayat suci al-Quran oleh peserta keduaBacaan ayat suci al-Quran oleh peserta ketigaBacaan ayat suci al-Quran oleh peserta ke-4Bacaan ayat suci al-Quran oleh peserta ke-5Bacaan ayat suci al-Quran oleh peserta ke-6Bacaan ayat suci al-Quran oleh peserta ke-7Bacaan ayat suci al-Quran oleh peserta ke-8Bacaan ayat suci al-Quran oleh peserta ke-9Bacaan ayat suci al-Quran oleh peserta ke-10Penyampaian cenderamata kepada juri & majlis bersurai
Surau G
19 April 2014
8.15 malam8.30 malam8.40 malam8.45 malam9.00 malam9.15 malam9.30 malam9.45 malam10.00 malam10.15 malam10.30 malam10.45 malam11.00 malam11.15 malam
Pertandingan Nasyid
Pendaftaran pesertaKetibaan juri dan juri mengambil tempatBacaan doa pembukaan majlisPersembahan oleh kumpulan pertamaPersembahan oleh kumpulan keduaPersembahan oleh kumpulan ketigaPersembahan oleh kumpulan ke-4Persembahan oleh kumpulan ke-5Persembahan oleh kumpulan ke-6Persembahan oleh kumpulan ke-7Persembahan oleh kumpulan ke-8Persembahan oleh kumpulan ke-9Persembahan oleh kumpulan ke-10Penyampaian cenderamata kepada juri & majlis bersurai
Surau A
20 April 2014
8.15 pagi8.30 pagi8.45 pagi
Pertandingan Memasak & Pameran dari pihak Breast Cancer Welfare Association Malaysia
Pendaftaran pesertaKetibaan juriTaklimat daripada Exco Persembahan
Semarak Kasih Budaya Siswi
18
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
9.00 pagi10.30 pagi10.40 pagi11.30 pagi
Pertandingan memasak bermulaPertandingan memasak tamat danJuri mengadili pertandinganPenyampaian cenderamata kepada juri & majlis bersurai
Taman Tasik Titi-wangsa
26 April 2014
8.15 malam8.30 malam8.40 malam8.45 malam8.55 malam9.05 malam9.15 malam9.25 malam9.35 malam9.45 malam9.55 malam10.05 malam10.15 malam10.25 malam
Pertandingan Nyanyian
Pendaftaran pesertaKetibaan juri dan juri mengambil tempatBacaan doa pembukaan majlisPersembahan oleh kumpulan pertamaPersembahan oleh kumpulan keduaPersembahan oleh kumpulan ketigaPersembahan oleh kumpulan ke-4Persembahan oleh kumpulan ke-5Persembahan oleh kumpulan ke-6Persembahan oleh kumpulan ke-7Persembahan oleh kumpulan ke-8Persembahan oleh kumpulan ke-9Persembahan oleh kumpulan ke-10Penyampaian cenderamata kepada juri & majlis bersurai
Bilik Squasy, KTSN
6 Mei 2014
8.00 malam8.10 malam8.20 malam8.30 malam8.35 malam
8.45 malam8.55 malam9.10 malam9.20 malam9.35 malam9.45 malam9.55 malam10.05 malam10.15 malam
10.25 malam
10.35 malam
Majlis Penutup Malam Inspirasi Seni Siswi (MISS)
Ketibaan para pelajarKetibaan VIPAlunan Asma al-HusnaUcapan pembukaan majlis & bacaan doaBacaan ayat suci al-Quran oleh Johan Pertandin-gan TilawahUcapan pengarahUcapan perasmian penutupGimik perasmianBreast cancer talkPengumuman pertandingan Tilawah al-QuranPengumuman pertandingan nasyidPersembahan nasyid oleh JohanPersembahan tarian tradisionalPengumuman pertandingan memasak dan penyampaian hadiah VIPPengumuman pertandingan nyanyian dan penyampaian hadiah VIPPerarakan keluar VIP ke bilik jamuan
Dewan Serba-guna, Kolej Tun
Syed Nasir
Semarak Kasih Budaya Siswi
19
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
10.40 malam10.50 malam11.00 malam11.15 malam
Persembahan nyanyian oleh JohanPengumuman pertandingan tarian KPOPPersembahan tarian KPOP oleh JOHANMajlis bersurai
Lampiran C ANGGARAN PENDAPATAN
BIL. PERKARA RM1.
2.
Permohonan daripada kelab Srikandi
Yuran pertandingan:
Yuran pertandingan memasak 10 kumpulan x RM15
i-Tarian KPOP 5 kumpulan x RM15
ii-Nasyid 10 kumpulan x RM10
iii-Tilawah al-Quran 10 orang x RM5
iv-Nyanyian 10 kumpulan x RM10
RM50
RM150
RM75
RM100
RM50
RM100
Semarak Kasih Budaya Siswi
20
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
3.
4.
5.
Permohonan daripada JPPel
Jualan
Tajaan dari penaja luar
RM500
RM200
RM 2650JUMLAH RM 3875
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. PERKARA RM1. Jamuan VIP
Juri: 15 orang x RM10 VIP: 15 orang x RM10
RM300
RM150RM150
2. Backdrop pentas RM100
3. Keperluan pertandingan memasak
Ayam: 6 x RM20 Minyak masak: 1 x RM30 Beras: 1 x RM30 Bahan masakan: RM200 Gas memasak: 10 x RM8 Sudip: 10 x RM15 Kuali: 10 x RM20 Sudu dan garfu: 4 dozen x RM10 Keperluan lain
RM900
RM120RM30RM30
RM200RM80
RM150RM200RM40RM50
Semarak Kasih Budaya Siswi
21
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
4. Hadiah pertandingan
i-Memasak Tempat pertama- RM100 Tempat kedua – RM75 Tempat ketiga – RM50 7 Saguhati x RM10
ii-Tilawah al-Quran Tempat pertama- RM70 Tempat kedua – RM50 Tempat ketiga – RM30 7 Saguhati x RM15
RM1275
RM100RM75RM50RM70
RM70RM50RM30
RM105
5.
iii-Nyanyian Tempat pertama- RM70 Tempat kedua – RM50 Tempat ketiga – RM30 7 Saguhati x RM15
iv-Nasyid Tempat pertama- RM200 Tempat kedua - RM150 Tempat ketiga – RM50 7 Saguhati x RM10
Cenderamata
Perasmi: Hamper buah Juri pertandingan: 10 orang x RM10 Sijil: 450 peserta x RM2
RM70RM50RM30
RM105
RM200RM150RM50RM70
RM1010
RM10RM100RM900
6. Publisiti
Poster: 50 x RM1 Banner: 1 x RM80 Banting: 5 x RM50
RM135
RM50RM80RM5
7. Buku program 20 x RM1 RM 20
Semarak Kasih Budaya Siswi
22
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
JUMLAH RM 3740
Semarak Kasih Budaya Siswi