i
PROSIDING / PROCEEDINGS OF
PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA
THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE
ISSN: 2231-962X 2017
Editor:
Prof. Madya Dr. Mariani Abdul Majid
Prof. Madya Dr. Shahida Shahimi
Dr. Mohd Adib Ismail
Dr. Roziana Baharin
En. Liew Chei Siang
DITERBITKAN OLEH / PUBLISHED BY
PUSAT PENGAJIAN EKONOMI
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DICETAK OLEH / PRINTED BY
PENERBIT UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ii
Cetakan Pertama / First Printing 2017
Hak Cipta/ Copyright---Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any
means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and
retrieval system, without permission in writing from the Faculty of Economics and Management UKM.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
PUSAT PENGAJIAN EKONOMI
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UKM
43600 UKM BANGI, Selangor D.E, Malaysia
http://www.ukm.my/fep
e-mel: [email protected]
Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
PENERBIT UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D.E., Malaysia
Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Cataloguing-in-Publications Data
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke – 12, 2017.
Kelestarian Pembangunan Ekonomi: Ke arah Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan
Futuristik
iii
LATAR BELAKANG PERKEM / ABOUT PERKEM
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) merupakan siri seminar
tahunan anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Persidangan ini menyediakan platform
kepada para penyelidik, pembuat dasar dan mereka yang berminat untuk mengikuti
dan mengetahui perkembangan ekonomi Malaysia secara lebih dekat melalui
pembentangan hasil-hasil penyelidikan yang memberi tumpuan terhadap pelbagai
persoalan berkaitan pertumbuhan, pembangunan ekonomi dan persekitaran
perniagaan. Melalui persidangan ini, selain menambah khazanah ilmu dalam bidang
ekonomi dan perniagaan, dapatan kajian yang dibentangkan dapat dijadikan panduan
dan rujukan kepada mereka yang terlibat dalam menyediakan rancangan-rancangan
pembangunan pada masa hadapan, khususnya yang melibatkan ekonomi Malaysia.
The Malaysian National Economic Conference (PERKEM) is an annual seminar
series organized by School of Economics, Faculty of Economics and Management,
The National University of Malaysia (UKM). This conference provides a platform for
researchers, policy makers and those who are interested to know and keep trail
regarding Malaysia's economic development through the presentation of research
findings that focus on various issues pertaining to economic development, growth and
business environment. Through this conference, apart from adding to the body of
knowledge in economics and business discipline, findings from presented papers are
useful as reference point for those involved in preparing future development plans,
especially with regards to the Malaysian economic.
Prosiding PERKEM dan Jurnal Ekonomi Malaysia
Kertas kerja persidangan akan diterbitkan di dalam prosiding PERKEM.
Kertas kerja juga boleh dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam Jurnal Ekonomi
Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia diterbitkan oleh Penerbit UKM dan diindeks oleh
Scopus.
Conference papers will be published in PERKEM proceedings.
Papers may also be considered for publication in Jurnal Ekonomi Malaysia (the
Malaysian Journal of Economics). Jurnal Ekonomi Malaysia is published by Penerbit
UKM and indexed by Scopus.
iv
Senarai Penilai / List of Reviewers PERKEM Ke – 12 2017
Dr. Azrina Abdullah Al-Hadi Junaidah Hasan
Dr. Ali Mohd Noor Dr. Hazrul Izuan Shahiri
Dr. Hairunnizam Wahid Dr. Norshamliza Chamhuri
Liew Chei Siang Prof. Madya Dr. Rubayah Yakob
Mustazar Mansur Prof. Madya Dr. Mariani Abdul
Majid
Norain Mod Asri Dr. Mohd Adib Ismail
Norlaila Abu Bakar Prof. Madya Dr. Shahida Shahimi
Aminudin Mokhtar Dr. Suhaili Alma’mun
v
Prosiding / Proceedings of
PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA
PERKEM KE – 12 2017
THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE
12th PERKEM 2017
12 – 13 September 2017
Hotel Bangi-Putrajaya, SELANGOR, MALAYSIA
ISSN: 2231-962X 2017
PERSIDANGAN / CONFERENCE
Tema utama persidangan pada tahun 2017 ialah “Kelestarian Pembangunan
Ekonomi: Ke arah Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan Futuristik”.
Perkara yang akan menjadi fokus perbincangan persidangan merangkumi tiga aspek
penting yang menjadi tunjang persidangan kali ini iaitu:
pertumbuhan ekonomi yang holistik,
pertumbuhan inklusif, dan
kelestarian pembangunan.
Bertunjangkan tiga aspek penting tersebut, PERKEM 12 meneruskan kelangsungan
dengan menyediakan platform pertemuan kepada semua pihak termasuk para
penyelidik, pentadbir, pelaksana dasar, pihak swasta dan semua pihak yang berminat
untuk sama-sama berbincang dan berkongsi ilmu dalam memperkukuhkan lagi dasar
dan program pembangunan negara.
The main conference theme in year 2017 is “Sustainable Economic Development:
Towards Holistic, Inclusive and Futuristic Policy Transformation”.
The subject matter that will be the focus of the conference discussions will cover three
important aspects that will be the cornerstone of the conference this time, namely:
holistic economic growth,
inclusive growth, and
development sustainability.
Given these three important aspects, PERKEM 12 continues to provide a platform for
all parties including researchers, administrators, policymakers, the private sector and
all interested parties to collaborate and share knowledge in strengthening national
development policies and programs.
vi
SUB-TEMA / SUB-THEMES
Program Transformasi Negara o Transformasi Nasional 50
o Program transformasi kerajaan
o Program transformasi ekonomi
o Program reformasi fiskal
o Dasar Pencukaian dan Program Pembangunan Sosial
National Tranformation Program o Transformasi Nasional 50
o Government Transformation Program
o Economic Transformation Program
o Fiscal Reformation Program
o Taxation Policy and Social Development Program
Ekonomi Holistik o Kos Sara Hidup dan Kualiti Hidup
o Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan
o Agihan Pendapatan
o Kesihatan dan Jaminan Sosial
o Kesejahteraan Warga Emas, Kanak-kanak dan Wanita
o Isu Gelandangan dan Orang Kelainan Upaya
o Kelestarian Kualiti Alam Sekitar
o Pembangunan Wilayah, Luar Bandar dan Komuniti
o Pengurusan Zakat oleh Institusi zakat
o Pengurusan Harta Waqaf
o Crowdfunding
o Objektif Pembangunan Mampan/ Sustainable Development Goal
Holictic Economics o Cost of Living and Quality of Life
o Education and Human Capital Development
o Income Distribution
o Health and Social Security
o Well-being of Senior Citizen, Children and Women
o Homeless and Disabilities
o Sustainability of Enviromental Quality
o Rural, Regional and Community Development
o Zakat Management in Zakat Institutions
o Waqf Management
o Crowdfunding
o Sustainable Development Goals
Pertumbuhan Inklusif o pertumbuhan holistik dan mapan
o agihan dan ketakseimbangan
o pembangunan modal insan dan Pengurusan Sumber Manusia Berkualiti
o produktiviti, inovasi, teknologi dan transformasi ekonomi
vii
o kestabilan makroekonomi dan pendapatan
o dasar fiskal dan monetari
o perdagangan antarabangsa, kewangan antarabangsa dan pelaburan
o muamalat dan kewangan Islam
o ekonomi monetari, kewangan dan perbankan
o Kewangan dan Perbankan Islam
o pengukuhan peranan institusi- struktur pasaran, daya saing
Inclusive Growth o Sustainable and Holistic Growth
o Distribution and Inequilibrium
o Human Capital Development and Quality Human Resource Management
o Productivity, Innovation, Technology and Economic Transformation
o Income and Macroeconomic Stability
o Monetary and Fiscal Policies
o International Trade, International Finance and Investment
o Islamic Finance and Muamalat
o Banking, Monetary and Financial Economics
o Islamic Banking and Finance
o Strengthening Institutional Role: Market Structure and Competitiveness
Kelestarian pembangunan o teknologi hijau
o kelestarian kualiti alam sekitar
o resilient city dan Greater Kuala Lumpur
o ekonomi alam sekitar
o sektor komoditi utama
o sektor perindustrian
o sektor perkhidmatan- rekreasi, hospitaliti, pengangkutan, komunikasi
o sektor minyak, gas, tenaga dan sumber
Sustainable Development o Green Technology
o Sustainability of Environmental Quality
o Resilient City and Greater Kuala Lumpur
o Environmental Economics
o Main Commodity Sector
o Industrial Sector
o Services Sector - Recreation, Hospitality, Transportation, Communication
o Oil and Gas, Energy and Resource Sectors
Isu-Isu Terkini dan masa hadapan dalam Ekonomi o isu makroekonomi
o isu golongan mudah terancam
o dasar belanjawan
o dasar monetari
o kejutan luaran- harga minyak, krisis kewangan antarabangsa, krisis harga
makanan
viii
o dasar pembangunan ekonomi- model ekonomi baru, negara ekonomi
berpendapatan tinggi
o dasar perdagangan antarabangsa dan pelaburan
o pembangunan keusahawanan Bumiputra dan kredit mikro
o sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
Current and Future Issues in Economics o Macroeconomic Issues
o Vulnerable Groups
o Budgetary Policy
o Monetary Policy
o External Shocks: Oil Price, International Financial Crisis, Food Price Crisis
o Economic Development Policy: New Economic Model, High Income Economy
o Investment and International Trade Policies
o Micro Credit and Bumiputra Entrepreneural Development
o Private Sectors and Government-Linked Companies
ix
KANDUNGAN
Kandungan
ix
Prakata
xviii
TEMA 1 : EKONOMI ISLAM: ZAKAT & WAKAF
1
Kodifikasi Akta Zakat Nasional: Persepsi dan Implikasi
Mohd Suffian Mohamed Esa, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam
Wahid
1 - 13
2 Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang
Baru
Siti Norhidayah Hamzah, Hairunnizam Wahid
14 - 28
3 Hubungan Antara Uruf, Amalan Adat Perpatih Terhadap Pembayaran
Zakat Harta: Kajian di Negeri Sembilan
Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali
Mohd Noor
29 - 38
4 Pendanaan Awam (Crowdfunding) dan Zakat: Satu Tinjauan Awal ke
Atas Pendekatan yang Digunakan
Suhaili Alma’amun
39 - 43
5 Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan
Atiah Ahmad, Hairunnizam Wahid
44 - 54
6 Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Kalangan Kakitangan Kolej
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Nur Liana ‘Aqilah Derus, Mohd Ali Mohd Noor
55 -63
7 Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat:
Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan,
Putrajaya
‘Abdullah Khairi Mohd Asri, Hairunnizam Wahid
64 - 73
8 Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian
dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)
Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd
Nor
74 - 83
9 Persepsi Asnaf Zakat Al-Gharimin (Perubatan) terhadap Kaedah Agihan
Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor: Kajian di Gombak, Selangor
Nur Aliah Mohd Sukeri, Zulaikha Mohd Hanafiah, Hairunnizam Wahid
84 - 94
x
10 Dana Zakat untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan
Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia
Muhammad Haffiz Muhamad Isa, Hairunnizam Wahid
95 - 107
11 Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Agihan Zakat oleh Tabung
Baitulmal Sarawak (TBS) dan Peranan Medium Promosi: Kajian di
Bintulu, Sarawak
Abdul Hayy Haziq Mohamad, Hairunnizam Wahid
108 - 118
12 Keberkesanan Bantuan Modal Zakat daripada Perspektif Penerima:
Kajian di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu
Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki, Hairunnizam Wahid
119 - 130
13 Keberkesanan Bantuan Modal Perniagaan Terhadap Usahawan Asnaf
dalam Konteks Maqasid Al-Syari’ah: Kajian di Daerah Kuala
Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu
Nurmaizura Marzuki, Solehuddin Zulkifli, Hairunnizam Wahid
131 - 141
14 Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu
Kajian Semula terhadap Majlis Agama Islam Negeri
Ummi Amirah Alias, Hairunnizam Wahid, Azrina Abdullah Al-Hadi
142 - 152
15 Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat
Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia
Sri Hartati, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
153 - 163
16 Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat:
Kajian di Malaysia
Mohd Fisul Ismail, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor
164 - 175
17 Keberkesanan Pelaksanaan Ceramah Zakat Terhadap Kefahaman Serta
Amalan Membayar Zakat Perniagaan: Kajian di Sepang, Selangor
Siti Umairah Kamaruddin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor,
Abdul Halim Abu Bakar
176 - 189
18 Factors Affecting Disclosure Practices of Annual Report Zakat
Institutions in Malaysia
Raedah Sapingi, Sherliza Puat Nelson, Siti Normala Sheikh Obid
190 - 199
19 Brotherhood Concept, Islamic Accountability Concept and Agency
Theory in Relation to Disclosure of Annual Report Zakat Institutions: A
Proposed Framework
Raedah Sapingi, Sherliza Puat Nelson, Siti Normala Sheikh Obid
200 - 210
20 Pembangunan Harta Aqar Zakat: Kajian Terhadap Model Pembangunan
Harta Aqar Majlis Agama Islam Negeri Johor
Mohd Azlan Bunasir, Hairunnizam Wahid
211 - 220
xi
TEMA 2 : PERBANKAN & KEWANGAN ISLAM
1
Faktor yang Mempengaruhi Penerimaan Perkhidmatan Perbankan Islam
di Selatan Thailand
Noorasikin Mohd Sidek, Shahida Shahimi, Latifa Bibi Musafar Hameed
251 - 264
2 Hubungan di Antara Kecenderungan Pengguna Perkhidmatan
Perbankan Islam, Niat Penarikan dan Penarikan Deposit
Siti Nor Asmath Wan Hassan, Aisyah Abdul Rahman, Azman Ismail
265 - 274
3 Risiko Tidak Patuh Syariah: Kajian di Hong Leong Islamic Bank
Berhad
Nur Maizatul Dina Mukhtar, S.Shahida, Aisyah Abdul Rahman
275 - 287
4 Insolvency Risk and Bankruptcy of Malaysian Islamic Banks: Full-
Fledged vs Islamic Subsidiaries
Nik Nurul Hidayah Nik Zainuddin, S.Shahida
288 - 298
5 Rebat Pembiayaan dalam Keseimbangan Kadar Fleksibeliti Keuntungan
Jualan Bertangguh
Muhamad Zuhaili Saiman, Ahmad Dahlan Salleh
299 - 307
6 Kajian Mengenai Tahap Persepsi Masyarakat Terhadap Pelan Takaful
Fatin Nabilah Musanif, Hendon Redzuan
308 - 319
7 Takaful Berkaitan Pelaburan: Penerimaan Masyarakat di Kuala
Terengganu
Nur Dhia Marsya Muhammad Najib
320 - 331
8 Kesahan Konstruk dan Kebolehpercayaan dalaman Pengukuran Tahap
Pengetahuan Takaful Mikro
Maisarah Mohd Shahrain, Rubayah Yakob, Hendon Redzuan
332 - 342
9 Faktor Penentu kepada Pulangan Pelaburan Unit Amanah Islam - Satu
Kajian Kes Terhadap Pelabur Dana Dali 1.
Zool Fazlee Nordin, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
343 - 353
21 Zakat Contribution to National Income in Malaysia (1984-2015)
Nur Hidayah Anuar, Mohd. Ali Mohd Noor
221 - 229
22 Kawalan Dalaman Tadbir Urus Wakaf di Malaysia
Rabiatul Hasanah Mahmood, S.Shahida, Latifa Bibi Musafar Hameed
230 - 238
23 Waqf World Growth Foundation (WWGF): Tinjauan Awal Penubuhan
Hafizah Shamshuddin, Suhaili Alma`Amun
239 - 250
xii
10 Pelaburan Patuh Syariah di KWSP: Tular dan Persoalan yang Timbul
Mohd Syafiq Mat Nor, Suhaili Al Ma’amun
354 - 359
11 Factors Affecting Crowdfunding for Research in Islamic Finance and
Banking
Shofiyyah Moidin, Aisyah Abdul Rahman, Shifa Mohd Nor
360 - 368
12 Integrating Donation-Based Blockchain as Potential Source of Funds in
Islamic Microfinance
Nurusysyifa Datuk Haji Mohamad Nordin, Salina Hj. Kassim
369 - 376
13 Root Issues in Islamic Banking: Content Analysis of Reported Cases of
High Court in Malaysia
Nor Qathrunnada Kamarul Baharin, Mariani Abdul-Majid, Khairul
Akmaliah Adham
377 - 400
14 Inclusion of Islamic Socio Financial Institutions for the Unbankable
Hard Core Poor {A Model Worth Attention}
Magda Ismail A. Mohsin, Shaikh Hamzah Abdul Razak, Syed Othman
Alhabshi, Seyed Kazem Sadr
401 - 410
TEMA 3 : EKONOMI FISKAL, MONETARI & ANTARABANGSA
1
Sistem Matawang Bersandarkan Emas: Tinjauan Menurut Perspektif Al
Quran
Sa’diah Abdul Karim, Mohd Ali Mohd Noor
411 - 421
2 Reexamine of Twin Deficit Hypothesis: Malaysia Case Study
Ahmed M. Saidam, Tamat Sarmidi
422 - 433
3 The Relationship Between Financial Development and Monetary Policy
Effectiveness in Malaysia
Danie Eirieswanty Kamal Basa, Zulkefly Abdul Karim, Mohd Azlan
Shah Zaidi
434 - 441
4 Monetary Policy, Bank Ownership, and the Lending Channel: Evidence
from Banks in ASEAN Countries
Fazelina Sahul Hamid, Muhamed Zulkhibri
442 - 455
5 The Fragmentation in International Production, Financial Market
Openness and Output Correlation: Panel Evidence of Oecd and Briic
Economies
Norrana Khidil, Mohd Azlan Shah Zaidi, Zulkefly Abdul Karim
456 - 466
xiii
6 The Southeast Asia Analysis on Trade Openness Towards Economic
Growth
Nur Lalua Rashidah Mohd Rahsiad, Yong Yoke Chuan, Nurul Shakira
Zainal Abidin
467 - 472
7 Oil Price Shock and U.S. Dollar: Evidence from ASEAN and BRICS
Hadrry Rony
473 - 482
8 The Impacts of Malaysian Free Trade Agreements on Margins of Trade
Rashidi Said, Normaz Wana Ismail
483 - 492
9 A Nexus Between Intra-ASEAN FDI, Intra-ASEAN Exports and
Economic Growth of ASEAN-10: Evidence Using Panel Causality
Analysis
Wong Koi Nyen, Tan Bee Wah, Goh Soo Khoon
493 - 503
10 Digital Trade Related in Selected Asian Countries
Normaz Wana Ismail
504 - 510
11 Economic Effects of Export Tax on Malaysia’s Cessable Rubber
Medical Devices Export: A Gravity Model Approach
Lee Siu Ming, Radziah Adam, Ku’ Azam Tuan Lonik
12 Does Exchange Rate Important Determinant Affecting Export Demand?
Sarah Nursyazmin Mohamad Kamal, Normaz Wana Ismail, Norazwa
Mohamed Hariri
511 - 520
13 Do Sustainability Certifications Matter for Exporting Palm Oil
Companies?
S. Shahida, Hafizuddin-Syah B.A.M, Siti Hanisah Fuad
521 - 530
14 The Determinants of Foreign Direct Investment (FDI) Across Provinces
in ChinaA Panel ARDL Study
Ruan Meng Juan, Zulkefly Abdul Karim
531 - 545
15 Modelling The Volatility of International Tourism Demand and
Macroeconomic Variables
Kasmaroni Hj Makawi, Norlida Hanim Mohd Salleh, Sharmila
Thinagar
546 - 558
16 The Influence of Inbound Tourism for Education on Economic Growth
in Malaysia: A Macroeconomics Viewpoint
Chor Foon Tang, Yong Kang Cheah, Soo Yean Chua
559 - 567
17 Does Country with Multi-Ethnic, Multi-Linguistic and Multi-Religious
Society Induce Tourist Arrivals? Worldwide Evidence
Muzafar Shah Habibullah, Badariah Haji Din, Siow-Hooi, Tan
568 - 576
xiv
TEMA 4 : EKONOMI PEMBANGUNAN
1
Dilema Pengeluaran Makanan dengan Pemeliharaan Sumber Alam
dalam Pembangunan Lestari Islam
Nurul Suhada Ismail
577 - 582
2 Kesan Perbezaan Kadar Inflasi Terhadap Perbelanjaan Kumpulan
Utama Masyarakat di Malaysia
Mohd Khalid Ribuan, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
583 - 595
3 The Sources of Cost of Living Pressure and an Expensive City to Live
in Malaysia Capital Cities: A Descriptive Analysis of Basic Needs
Budget for Middle Income Earners
Rusli Latimaha, Zakaria Bahari, Nor Asmat Ismail
596 - 606
4 Kos Sara Hidup: Pendapatan Rendah atau Taraf Hidup Meningkat
Mohd Aqmin Abdul Wahab, Hazrul Izuan Shahiri, Mustazar Mansur
607 - 621
5 Perceptions of Public University Students towards the Rising Cost of
Living in Malaysia
Zurina Kefeli
622 - 632
6 The Basic Needs Budget of Middle Income Earners in the Capital Cities
with a High Cost of Living in Malaysia using OLS Regression Analysis
Rusli Latimaha, Zakaria Bahari, Nor Asmat Ismail
633 - 641
7 Pengaruh Modal Sosial ke Atas Peningkatan Pendapatan Kumpulan Isi
Rumah B40 di Malaysia
Syahrin Suhaimee, Mohd Azlan Shah Zaidi, Mohd Adib Ismail
642 - 651
8 The Determinants of Housing Prices: An Empirical Study Based on
Provincial Panel Data in China
Yang Fan, Zulkefly Abdul Karim
652 - 665
9 Hubungan Antara Perubahan Harga Petrol dengan Jualan Kenderaan
Persendirian di Malaysia
Nizam Ahmat, Nor Ermawati Hussain
666 - 672
10 Kesan Cukai Korporat dan Zakat Perniagaan Terhadap Prestasi
Kewangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Sri Nooridayu Salleh, Rubayah Yakob, Aisyah Abdul Rahman
673 - 685
11 Explaining Poverty Persistence in Sabah: The Role of Economic
Growth and Public Policy
M. Niaz Asadullah, Jeron Joseph
686 - 696
xv
12 Penganggaran Kecekapan Teknikal dan Faktor Penentu Kecekapan pada
Perusahaan Kecil Sederhana Sektor Perdagangan dalam Penggunaan
Kredit Usaha Rakyat untuk Pengurangan Kemiskinan di Jawa Timur
Atik Purmiyati
697 - 709
13 Measuring Genuine Progress of Malaysia’s Economic Growth, 1986-
2015
Muhamad Azhan Mohd Nor, Jamal Othman
710 - 723
14 Analisis Impak Output Pengganda dan Rantaian Sektor Dalam NKEA
Malaysia
Florand Anak Jacob, Noorasiah Sulaiman
724 - 735
15 Privatization, An Alternative to Economic Growth in The Difficulties of
The State Budget; Indonesian Case
Syanti Dewi
736 - 743
16 The Impact of IQ on Globalization-Income Inequality Relationship
A.R Mazlina, Saifuzzaman Ibrahim, W.N.W Azman-Saini
744 - 751
17 Impak Modal Manusia dan Inovasi Terhadap Produktiviti Faktor
Keseluruhan (TFP) Industri Pembuatan Minyak Sawit di Malaysia
Naiimah Mohd Sofi , Noorasiah Sulaiman, Rahmah Ismail
18 Relative Social Standing – An Adaptation of Social Comparison Theory
in Explaining Economic Behaviour of Saving and Wealth Accumulation
Poh Boon Lian, Nor Ghani Md. Nor, Jamal Othman
752 - 765
19 Kemeruapan Kadar Pertukaran dan Pertumbuhan Ekonomi di Malaysia:
Analisis NARDL
Nur Idayu Ibrahim, Tamat Sarmidi, Roziana Baharin
766 - 775
20 The effect of islamic and conventional banking efficiency on economic
growth
Mohd Shawal Sidek, Mariani Abdul Majid, Azrina Abdullah Al-Hadi
776 - 787
TEMA 5 : EKONOMI BURUH & SUMBER MANUSIA
1
Education Level and Economic Growth: Study on High-Income Nations
in East Asia
Lai Wei Sieng, Ishak Yusoff
788 - 798
2 Economic Returns to Schooling in Malaysia: A Gender Analysis
Norlin Khalid, Rahmah Ismail, Wye Chung Khain, Hakimah Nur Ahmad
Hamidi, Nur Fakhzan Marwan
799 - 806
xvi
3 Unjuran Keperluan Tenaga Manusia dalam Sektor Perkhidmatan
Terpilih: Analisis Input-Output
Bawani Lelchumanan, Rahmah Ismail, Noorasiah Sulaiman
807 - 822
4 Potensi Tenaga Kerja dalam Sektor Hijau Malaysia: Analisis Input-
Output
Saidatul Akma Zakaria, Noorasiah Sulaiman
823 - 836
5 Keperluan Tenaga Kerja dan Rantaian Guna Tenaga dalam Sektor
Pertanian di Malaysia
Nur Syairah Ismail, Noorasiah Sulaiman, Rahmah Ismail
837 - 845
6 Penentu Kemampuan Pekerja dalam Sektor Pembuatan di Malaysia
Farisha Nadiah Mohd Shah, Rahmah Ismail, Wye Chung Khain
846 - 861
7 Penentu Kemampuan Pekerja dalam Sektor Perkhidmatan di Malaysia
Rabiatul Adawiyah Ismail, Wye Chung Khain, Rahmah Ismail
862 - 876
8 Ketaksamaan Pencapaian dalam Firma Bola Sepak: Analisis
Keseimbangan Bersaing Liga Super Malaysia dengan Kehadiran Buruh
Berkemahiran Tinggi
Zanareyah Salim, Hazrul Izuan Shahiri, Mustazar Mansur
877 - 890
9 Kaedah Penghargaan Sebagai Kaedah Pengurusan Motivasi Pekerja:
Analisis dari Perspektif Islam
Noor Hidayah Samsudin
891 - 896
10 Input-Output Analysis of Manpower Skills Requirement and Job
Generating Industries in Malaysia Services Sector
Mohd Shaiful Hizam Bin Johan, Noorasiah Sulaiman
897 - 905
TEMA 6 : EKONOMI PENGURUSAN & KEUSAHAWANAN
1
Entrepreneurial Marketing and Characteristics of Animation
Technopreneurs: The Mediating Role of Self-Efficacy
Hanis Syazwani Kamarudin, Mohar Yusof
906 - 915
2 Faktor Penglibatan Usahawan dalam Perusahaan Runcit di Sepang
Muhammad Fazli Razali, Suhaili Alma’amun
916 - 924
3 Small Medium Enterprises (SMEs)’ Harmony Culture in Indonesia
Syanti Dewi, Ishak Ramli
925 - 931
4 A Study on Role of Leadership and Green Technology towards
Malaysian Economy Growth
Selvi Narayanan, Soorianarayanan
932 - 937
xvii
5 Elemen-Elemen Persekitaran IPTA yang Menyumbang Kepada
Pemikiran Keusahawanan Pelajar
Armanurah Mohamad, Norashidah Hashim, Awanis Ku Ishak
938 - 945
6 Amalan Pengurusan Kewangan dalam Kalangan Usahawan PKS
Bumiputera
Anwar Nabi Alam, Halimah Harun
946 - 954
7 Peranan Aktiviti Integrasi Pertanian dalam Meningkatkan Produktiviti
Pekebun Kecil Kelapa Sawit
Nurul Atiqah Shahril, Mohd Adib Ismail, Muhammad Hakimi Mohd
Shafiai
955 - 965
8 Kejayaan Perniagaan dan Pencapaian Maqasid Al-Syariah dalam
Kalangan Usahawan Penerima Pembiayaan atau Geran Usahawan
MARA (GUM): Kajian di Negeri Sembilan
Shahzihan Mohamad @ Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
966 - 978
9 Hubungan Antara Latarbelakang Pentadbir Masjid, Pengurusan
Kewangan dan Keaktifan Aktiviti Masjid : Kajian di Hulu Terengganu,
Terengganu
Huzaifah Sulong, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
979 - 990
10 Perusahaan Sosial dalam Pendidikan: Kajian Terhadap Kompleks
Pendidikan Islam Bangi, Selangor
Zirwatul 'Isyqi Mohd Nazri, Hairunnizam Wahid
991 -
1001
11 Faktor Penentu Kejayaan Perniagaan dalam Kalangan Usahawan Orang
Asli: Kajian Perbandingan Antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan
Mohd Naim Abd Karim, Mohd Fadzli Che Rus, Hairunnizam Wahid
1002 -
1013
12 Keberkesanan Bantuan Geran Bimbingan Usahawan Orang Asli: Kajian
di Negeri Sembilan & Selangor
Mohd Fadzli Che Rus, Mohd Naim Abd Karim, Hairunnizam Wahid
1014 -
1027
13 Challenges to Sustainable Safeguarding Halal Food Raw Materials
Integrity
Mohd Helmi Ali, Norhidayah Suleiman
1028 -
1034
TEMA 7 : EKONOMI KEWANGAN & PERBANKAN
1
The Effect of Oil Price and US Factors Volatility on Metal Market
Volatility
Chan Weng, Zulkefly Abdul Karim, Norlin Khalid
1035 -
1047
xviii
2 Performance of Malaysian General Insurance Industry; From the Firm’s
Perspective
Nisaparma Anestya, Mustazar Mansur, Hazrul Izuan Shahiri
1048 -
1057
3 Prestasi Unit Amanah di Malaysia
Yasmin Azuddin, Hawati Janor, Hairunnizam Wahid
1058 -
1069
4 Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA): Peluang dan Cabaran Ke
Atas Syarikat Unit Amanah Dd Malaysia
Sahudin Ma’anam @ Saat, Aisyah Abdul Rahman, Rosmah Mat Isa
1070 -
1081
5 Gelombang Penggabungan dan Pengambilalihan di Dunia dan Malaysia
Ria Amaliena Azamuddin, Mohd Hasimi Yaacob
1082 -
1087
6 The Impact of Bank Competition on Liquidity Risk: Comparison
between Conventional and Islamic Banking in Malaysia
Nur Aqilah Abdul Rahman, Aisyah Abdul Rahman, Nafisah Muhammed
1088 -
1098
7 Penentuan Kadar Faedah di Malaysia Menggunakan Pendekatan
Persamaan Peraturan Taylor
Abdul Karim Mhd Sarif, Norlin Khalid
1099 -
1109
8 Pengaruh Norma Subjektif dan Manfaat Tanggapan Kepada Niat
Melanggan Mikro Kredit: Sikap Sebagai Perantaraan (Mediator)
Muhammad Hakimi Mohd. Shafiai, Salmy Edawati Yaacob, Syahrul
Anuar Ali
1110 -
1123
9 Pembiayaan Kos Rawatan Pesakit Kanser Melalui Dana Sadaqah
Crowdfunding: Kajian Kes di Terengganu
Siti Nur Fatin Atirah Rosli, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor
1124 -
1138
10 Portfolio Returns’ Characteristics in Indonesia During The Global Crisis
Ishak Ramli
1139 -
1148
11 The Functional Expense Reporting Practice Among Non-Profit
Organisations
Noor Raudhiah Abu Bakar, Teh Suhaila Tajuddin, Norlia Abdul Karim,
Ridzwana Mohd Said
1149 -
1158
TEMA 8 : ISU-ISU LAIN DALAM EKONOMI
1
Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan e-Fidyah dalam
Urusan Pembayaran Fidyah di MAINJ: Kajian di Muar, Johor
Muhammad Shukri Ab Ghani, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd
Noor
1159 -
1171
xix
2 Pindaan Akta GSA (2002) dan Cadangan Model Pembahagian Harta
Pusaka Tanah Rancangan Felda
Noorizan Mohamed Hasnan, Hairunnizam Wahid, Mohd Zamro Muda,
Mohd Yassin Mohd Yusuf
1172 -
1180
3 Perbelanjaan Kesihatan dan Penuaan Populasi: Analisis Empirik
menggunakan Pendekatan Autoregresi Susulan Teragih
Suhaila Saad, Roziana Baharin
1181 -
1188
4 Multi-Factor Crime Activities in Malaysia: Further Evidence from
Bounds Testing of Level Relationships and Granger Non-Causality
Dullah Mulok, Mori Kogid, Rozilee Asid, Jaratin Lily
1189 -
1198
5 Gelagat Tabungan dan Tahap Pengetahuan Pembeli Rumah Terhadap
Proses Kelayakan Pembiayaan Perumahan: Kajian di Lembah Klang
Eh Run Eh Noi, Hairunnizam Wahid
1199 -
1209
6 The Economic Valuation of Environmental Resources in Malaysia: A
Case Study of Taman Tasik Cempaka in Bandar Baru Bangi
Mohd Syauqi Nazmi, Muhammad Taufiqurrahman Ramli, Nik Nor
Rahimah Nik Ab Rahim
1210 -
1217
7 Prospects, Demand-Supply Mismatch of Green or Sustainable Investing
in Malaysia
Raymond Ling Leh Bin, Aye Aye Khin
1218 -
1226
8 Kajian Impak Pembangunan Semula Tebingan Sungai di Malaysia
Azlina Md. Yassin, Haryati Shafii
1227 -
1234
9 Pembangunan Penunjuk dan Indeks Kualiti Hidup Masyarakat Luar
Bandar untuk Kesejahteraan Hidup dan Kelestarian Alam Sekitar
Haryati Shafii, Azlina Md Yasin, Nursyikin Miskam
1235 -
1245
xx
KATA PENGANTAR / PREFACE
Dengan Nama Allah S.W.T. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala Puja
dan puji hanya Bagi-Nya Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan
Nabi Muhammad S.A.W., Rasul akhir zaman.
Alhamdulillah, rasa syukur dirafakkan kepada Allah S.W.T. kerana dengan
keizinan-Nya jua Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia dapat
disempurnakan penerbitannya bersempena PERKEM Ke – 12 2017 yang berlangsung
di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hotel Bangi-Putrajaya, Selangor.
Tujuan penerbitan prosiding ini adalah sebagai bahan bacaan dan rujukan
kepada peserta PERKEM Ke – 12 2017 dan juga kepada yang tidak berkesempatan
untuk menghadiri persidangan kali ini. Persidangan ini merupakan acara tahunan
Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Ia memberi ruang
kepada para penyelidik, pembuat dasar dan individu membentangkan hasil
penyelidikan masing-masing dan berbincang mengenai isu semasa berkaitan ekonomi
Malaysia secara khususnya.
Tema PERKEM kali ini adalah ‘Kelestarian Pembangunan Ekonomi: Ke arah
Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan Futuristik’. Tema ini menyokong
usaha dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi berpendapatan
tinggi melangkaui wawasan 2020 dan ke arah TN 2050. Bagi mencapai sasaran
tersebut, perkembangan ekonomi dan transformasi dasar yang digariskan perlu
berlaku secara holistik, keterangkuman kekayaan dan keterangkuman pertumbuhan
tanpa mengabaikan semua golongan sasaran serta transformasi dasar yang bersifat
futuristik yang mengetengahkan peranan belia dan golongan muda sebagai pelapis di
masa akan datang.
Sebanyak 122 kertas kerja telah dikumpulkan dan 105 daripadanya dimuatkan
dalam prosiding ini yang disusun berdasarkan sesi pembentangan dan tema-tema yang
ditentukan. Tema-tema tersebut disusun dalam beberapa tema umum berasaskan
bidang kajian. Ia meliputi i) Ekonomi Islam: Zakat & Wakaf, ii) Perbankan &
Kewangan Islam, iii) Ekonomi Fiskal, Monetari & Antarabangsa, iv) Ekonomi
Pembangunan, v) Ekonomi Buruh & Sumber Manusia, vi) Ekonomi Pengurusan &
Keusahawanan, vii) Ekonomi Kewangan & Perbankan viii) Isu-isu Lain Dalam
Ekonomi. Kepelbagaian tema dan bidang ekonomi yang dibincangkan dapat memberi
peluang yang seluasnya kepada peserta persidangan dan pembaca untuk menatapi
pelbagai hasil penyelidikan dan penemuan baharu. Dapatan ini amat bermanfaat
kepada penggubal dasar dan pengkaji akan datang.
Semoga prosiding ini dapat memberi manfaat kepada negara dan bangsa.
Sekian,terima kasih
PROSIDING PERKEM 12, (2017) 1199 - 1209
ISSN: 2231-962X
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-12 (PERKEM 12)
"Kelestarian Pembangunan Ekonomi: Ke arah Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan Futuristik"
Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Selangor, 12 - 13 September 2017
Gelagat Tabungan dan Tahap Pengetahuan Pembeli Rumah terhadap Proses Kelayakan
Pembiayaan Perumahan: Kajian di Lembah Klang Savings Behavior and the Level of Knowledge of Home Buyers on the Process of Housing
Financing Eligibility: Case Study in Klang Valley
EH RUN EH NOI1
HAIRUNNIZAM WAHID2
Pusat Pengajian Ekonomi
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan belia masih lagi rendah. Hasil kajian
terdahulu menunjukkan antara faktor penghalang pemilikan rumah termasuklah harga rumah yang terlalu tinggi, faktor
kewangan pembeli rumah yang tidak sejajar dengan harga rumah, kesukaran mendapat pembiayaan daripada institusi
kewangan dan sebagainya. Tambahan lagi, berdasarkan Laporan Ekonomi 2016-2017, saiz hutang isi rumah berada pada
kadar 89.1 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat Julai 2016. Oleh yang demikian, institusi-
institusi kewangan mula mengetatkan lagi proses kelulusan pembiayaan perumahan yang memungkinkan bakal pembeli
rumah gagal untuk mendapat pembiayaan perumahan. Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah memperkenalkan
‘Responsible Lending Guidelines 2013’ untuk memastikan hanya individu yang layak sahaja diberi pinjaman perumahan.
Namun begitu, persoalan yang timbul ialah adakah bakal pembeli rumah benar-benar memahami syarat dan kelayakan
pembiayaan perumahan oleh pihak institusi kewangan seperti nisbah kadar hutang (DSR), purata pendapatan boleh guna
bersih (NDI) dan sebagainya yang sebenarnya amat berkait rapat dengan tabungan yang dilakukan oleh bakal pembeli
rumah tersebut. Justeru, kajian ini akan mengkaji sejauhmana tahap pengetahuan bakal pembeli rumah terhadap syarat
dan kelayakan pembiayaan perumahan dengan tabungan. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan secara rawak
terhadap responden bakal pembeli rumah yang terdiri daripada pembeli rumah mampu milik dan rumah sederhana mewah
di sekitar Lembah Klang. Sebanyak 150 borang soal selidik diedarkan di pusat jualan pemaju perumahan dan hanya 80
borang soal selidik yang boleh dianalisis dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden tidak mengetahui
secara mendalam syarat dan kelayakan pembiayaan perumahan terutamanya berkaitan dengan DSR, NDI dan 5’C
(kapasiti, modal, cagaran, keadaan dan sejarah pembayaran). Kajian ini juga mendapati masih ramai bakal pembeli rumah
menabung tetapi tidak memahami bagaimana tabungan yang dibuat dapat membantu mereka untuk mendapat kelulusan
pembiayaan rumah. Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut dicadangkan dalam kajian ini.
Kata kunci : Gelagat tabungan, kelayakan pembiayaan perumahan, Responsible Lending guidelines 2013.
ABSTRACT
The rate of home ownership among Malaysians especially youths still low. Results of previous studies show that among the
obstacles of home ownership, including housing prices are too high, the financial factor of home buyers who are not in line
with house prices, difficulties in obtaining financing from financial institutions and others. Furthermore, according to the
Economic Report 2016-2017, the size of household debt stood at 89.1 per cent of the Gross Domestic Product (GDP) as of
July 2016. The financial institutions began to tighten mortgage approval process that allows potential buyers home failed
to get financing. National Bank (BNM) has also introduced the Responsible Lending guidelines 2013 to ensure that only
eligible individuals are given housing loans. However, the question that arises is whether the prospective home buyers really
understand the conditions and qualifications financing by financial institutions such as the ratio of Debt Service Ratio (DSR),
the Net Disposable Income (NDI) and related to the savings made by the prospective home buyers. Thus, this study will
examine the level of knowledge of potential home buyers on qualifying conditions and financing with savings. This study
used a random sampling of respondents prospective home buyers who are purchasers of affordable housing and medium
sized luxury home in the Klang Valley. A total of 150 questionnaires were distributed in sales center developer and only 80
questionnaires can be analyzed in this study. The results showed that the majority of respondents did not know in depth the
1 Pelajar Sarjana Ekonomi Islam. Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaaan Malaysia. [email protected] 2 Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaaan Malaysia. [email protected]
1200 Eh Run Eh Noi, Hairunnizam Wahid
conditions and the feasibility of housing finance, particularly in connection with DSR, NDI and 5'C (capacity, capital,
collateral, conditions and payment history). The study also found that many prospective homebuyers save money but do not
understand how the savings made could help him to get home financing approval. Some of the recommendations and policy
implications are also proposed in this study.
Keywords: Savings behaviors, housing finance feasibility, Responsible Lending guidelines in 2013.
PENGENALAN
Dalam mengecapi kehidupan yang baik dan sempurna, Islam telah menetapkan tujuan dan matlamat syariah untuk umatnya.
Maqasid syariah menjanjikan pemeliharaan agama, akal, nyawa, keturunan dan harta (Sanep, Rosbi & Hairunnizam, 2011)
. Salah satu cara untuk mencapai matlamat syariah ini adalah dengan memenuhi keperluan dan tuntutan kehidupan seperti
memiliki rumah sebagai tempat perlindungan. Rumah atau tempat kediaman merupakan salah satu keperluan hidup yang
perlu dipenuhi bagi setiap individu. Menurut hasil kajian 'Beyond the Brick' oleh HSBC Holdings plc (London) sebanyak 93 peratus rakyat Malaysia
masih tidak memiliki rumah sendiri. Menurut Ketua Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan HSBC Malaysia, Lim Eng
Seong, faktor ini didorong oleh peningkatan harga hartanah yang mendadak pada sedekad yang lalu. Menurut beliau,
penjualan hartanah peringkat pertengahan dengan harga di bawah RM500,000 mempunyai permintaan yang tinggi dalam
kalangan golongan muda dan pembeli rumah pertama. Namun beliau mendapati golongan muda tersebut tidak mampu
memiliki dan membeli rumah pertama disebabkan oleh peningkatan harga rumah yang tidak sejajar dengan kenaikan gaji
dan kadar kenaikkan gaji yang agak perlahan3 (Bernama, 2017). Persoalannya adakah benar penduduk Malaysia tidak
mampu memiliki rumah disebabkan faktor pendapatan? Purata pendapatan isi rumah sebulan di Malaysia pada tahun 2014
adalah RM6,141 manakala pendapatan penengah sebulan ialah RM4,585. Namun jika dilihat dengan lebih terperinci,
sebanyak 11.7 peratus isi rumah masih berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan, 42.1 peratus berpendapatan kurang
RM4,000 sebulan dan hanya 65 peratus berpendapatan kurang RM6,000 sebulan4. Data ini jelas menunjukkan pendapatan
purata isi rumah masih dianggap rendah dan di luar kemampuan membeli rumah yang berharga RM500,0005. Malahan kajian
oleh Khazanah Research Institute (2014) telah mengira harga rumah berdasarkan pendapatan penengah (median income)
seseorang dan mendapati di Malaysia, harga rumah adalah 5.5 kali ganda daripada pendapatan penengah penduduk
berbanding di Singapura (5.1x), Amerika Syarikat (US) (3.5x), United Kingdom (UK) (4.7x) dan Ireland (2.8x) dan jelas
menunjukkan harga rumah di Malaysia adalah lebih mahal berbanding di negara yang dinyatakan termasuklah negara jiran
Singapura. Kajian ini juga mendapati margin untung yang dinikmati oleh pemaju dalam sektor hartanah adalah hampir 21
peratus, hampir dua kali ganda melebihi negara US (12%) dan 1.2 kali ganda berbanding UK (17%)6.
Justeru ini jelas menunjukkan bahawa harga rumah di Malaysia adalah agak mahal yang boleh menjejaskan
pembelian rumah terutamanya dalam kalangan golongan muda. Kajian oleh HSBC Holdings plc (London) pula mendapati
75 peratus golongan muda yang berhasrat membeli rumah pula tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk bayaran
pendahuluan dan 43 peratus pula menangguhkan hasrat itu kerana tidak mampu membeli jenis rumah yang menjadi pilihan
mereka. Ini diburukkan lagi dengan saiz hutang isi rumah yang tinggi juga antara faktor penyebab institusi-institusi
kewangan mula mengetatkan syarat kelulusan pembiayaan rumah. Namun penyelesaian kepada masalah ini menurut HSBC
ialah para belia perlu membuat simpanan awal sejak dari kecil lagi untuk memudahkan pembelian rumah di masa akan
datang (Bernama, 2017). Namun persoalannya ialah sejauhmanakah penduduk di Malaysia melakukan tabungan untuk
membuat persediaan masa hadapan? Ini adalah kerana menurut kajian Khazanah Research Institute (2016), pemilikan unit
amanah iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB) telah menunjukkan pelaburan purata ASB per individu telah meningkat
daripada RM14,096 (2012) kepada RM15,928 (2014), namun jika dipecahkan kepada kelompok penduduk bawah 73.7
peratus pemegang unit amanah hanya menabung secara purata sebanyak RM611 setahun dan menabung sebanyak 3.2
peratus daripada pendapatan dan angka ini telah mengalami penurunan kepada RM536 setahun untuk ASB dan menabung
sebanyak 2.4 peratus pada tahun 20147 (mewakili kelompok penduduk bawah 71.5%). Ini jelas menunjukkan majoriti
penduduk Malaysia memiliki simpanan yang agak rendah dalam unit amanah dan tabungan. Dapatan ini agak konsisten
dengan dapatan oleh Jabatan perangkaan Malaysia 2015 dalam Khazanah Research Institute (2016) mendapati sekiranya
dibandingkan kadar simpanan kasar rakyat Malaysia dengan negara lain di dunia, pada tahun 2013, kadarnya ialah sebanyak
1.4 peratus agak rendah berbanding negara di Kesatuan Eropah (EU) sebanyak 4.7 peratus, US (5%), Korea (5.6%) dan
Chile (9.8%)8. Rumusnya tabungan dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah tetapi harga rumah di Malaysia adalah
3 Antara tahun 1995 hingga 2014, kenaikkan purata dan median secara tahunan untuk pendapatan isirumah sebulan adalah masing-masing 6% dan 6.5%
(Khazanah Research Institute, 2016; hlm 6) 4 Rujuk Khazanah Research Institute (2016) hlm. 8 5 Formula pengiraan (affordable price@3x annual median income) Data tahun 2012: Kumpulan Bottom 40%; Pendapatan Median=RM1,852; Kemampuan
beli rumah bernilai RM70,000. Kumpulan Middle 40%; Pendapatan Median=RM4,372; Kemampuan beli rumah bernilai RM160,000 (lihat Khazanah
Research Institute (2014), hlm 23. 6 Rujuk Khazanah Research Institute (2014) hlm. 22 7 Rujuk Khazanah Research Institute (2016) hlm. 38 8 Rujuk Khazanah Research Institute (2016) hlm. 81.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 1201
amat tinggi dan ini boleh menjejaskan pemilikan rumah oleh golongan muda. Persoalannya bagaimanakah masalah ini dapat
dirungkaikan? Apakah strategi tabungan yang boleh dilakukan oleh golongan belia untuk pemilikan rumah sekurang-
kurangnya rumah mampu milik di masa akan datang? Persoalan yang lebih besar disini ialah sejauhmanakah golongan muda
atau pembeli rumah memahami konsep tabungan untuk kegunaan pembelian dan kelulusan pembiayaan rumah oleh pihak
institusi kewangan?
Berdasarkan isu permasalahan yang timbul untuk pemilikan rumah, kajian ini bertujuan untuk (1) mengkaji tahap
pengetahuan bakal pembeli rumah tentang tabungan dan kelayakan pembiayaan perumahan (2) mengkaji hubungan antara
tahap pengetahuan tabungan dan proses kelulusan pembiayaan (3) menunjukkan kaedah pengiraan pendapatan tambahan
daripada tabungan sebagai sokongan kepada kelulusan pembiayaan rumah oleh beberapa institusi kewangan terpilih. Hasil
kajian ini diharapkan akan membuka mata golongan muda untuk membuat perancangan serta strategi tabungan pada
peringkat awal lagi agar memudahkan mereka memiliki rumah kediaman di masa hadapan.
KAJIAN LEPAS
Terdapat beberapa kajian dan penulisan berkaitan dengan pemilikan rumah, namun wujudnya lompang yang besar dalam
kajian yang mengaitkan antara pemilikan rumah, tabungan isi rumah dan kaedah kelulusan pembiayaan rumah oleh institusi
kewangan. Menurut Mentaza Khan, Mahamud, & Kamaruddin (2012) golongan muda tidak mungkin dapat memiliki rumah
pertama di kawasan bandar. Ini kerana harga rumah yang tinggi dan kos hidup yang meningkat. Terdapat juga kajian yang
membincangkan pindaan Akta Pemajuan Perumahan pada tahun 2012 dan Akta Perumahan 1Malaysia 2012, tujuannya untuk menganalisis dan menyampaikan isu undang-undang terkini yang berkaitan dengan undang-undang perumahan di
Malaysia (Sufian, 2012). Kajian Rofiei, Tawil, & Usman (2013) membincangkan kesediaan sebenar golongan eksekutif
muda yang bekerja di kawasan Lembah Klang untuk tinggal di kawasan luar bandar Lembah Klang walaupun bekerja dalam
kawasan Lembah Klang dengan alternatif kepada pemilikan rumah mampu milik. Ini kerana harga rumah di kawasan
Lembah Klang kini bukanlah berada pada tahap mampu milik. Hasil kajian Tan, Kosim, & Thi (2015) membincangkan
sumber maklumat yang pelanggan perolehi untuk pakej perumahan. Tiga sumber paling utama maklumat yang dicari oleh
pelanggan adalah dari pemaju perumahan (29.2 peratus), diikuti oleh rakan-rakan (18.6 peratus), dan dari kakitangan bank
(16.6 peratus). Sumber maklumat lain termasuk berjalan kaki ke pejabat cawangan (10.5 peratus), laman web pembekal
pinjaman (6.4 peratus), dan nasihat daripada ahli keluarga (6.1 peratus), akhbar (3.1 peratus), dan rangkaian sosial (1.4
peratus). Sumber lain yang disebut adalah rakan sekerja, Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Kerajaan dan ejen
hartanah. Hasil kajian Masitah (2011) membincangkan keperluan perumahan di Malaysia dan kajian tertumpu di kawasan
Johor Bahru. Kajian ini tertumpu kepada 2 faktor utama iaitu demografi dan kemampuan. Model yang digunakan adalah
‘General Linear Model’. Kemampuan membeli rumah amat berkait dengan faktor demografi. Kajian oleh Ahmad Arifian,
Hasmah, & Norhaslina (2010) mendapati terdapat hubungan korelasi yang signifikan antara taraf perkahwinan, bilangan isi
rumah, umur, tahap pendidikan serta tingkat pendapatan isi rumah dengan kemampuan membeli rumah di Johor Bahru.
Namun kajian ini tidak mengaitkan dengan aspek tabungan.
Kajian oleh Zainal Abidin Hashim (2010) menganalisis pergerakan harga rumah di negeri-negeri yang dipilih dan
mendapati kestabilan pasaran harta tanah mempunyai korelasi secara langsung dengan kebolehan pemilikan dan kuasa beli
pemilik. Beliau juga telah mengaitkan aspek tabungan dengan kemampuan memiliki rumah tetapi daripada sudut kadar
faedah bank di pasaran kewangan. Hasil kajian beliau mendapati penurunan kadar faedah untuk pembiayaan rumah akan
menyebabkan bayaran bulanan semakin rendah. Ini secara tidak langsung menaikkan kadar pemohon yang layak untuk
mendapat pembiayaan dan pemohon juga mempunyai lebihan simpanan.
Dalam proses untuk seseorang memiliki rumah, penilaian asas 5’C digunakan oleh institusi kewangan. Kajian
Lailiyah (2014) di Indonesia membincangkan penilaian 5’C tidak dipraktikan dengan optimum. Ini adalah kerana mereka
diberi target yang tinggi untuk dicapai. Justeru itu, penilaian ini dilihat agak longgar dalam usaha meluluskan pembiayaan.
Dalam usaha penilaian dalam proses kelulusan juga, prestasi metrik skor kredit dibentuk untuk mengkaji penggunaan dan
prestasi pemarkahan kredit dalam proses peminjaman pinjaman (Bhardwaj & Sengupta, 2015).
METODOLOGI
Kaedah Pensampelan: Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Sebanyak 150 borang soal selidik
diedarkan di pusat jualan pemaju perumahan serta pada hari Terbuka untuk pembeli rumah PR1MA anjuran Perbadanan
PR1MA Malaysia dan Sime Darby Property Berhad di kawasan Lembah Klang pada bulan April 2017 menggunakan teknik
pensampelan secara rawak terhadap pengunjung yang datang pada hari terbuka tersebut serta pembeli rumah mampu milik
dan rumah sederhana mewah di sekitar Lembah Klang. Namun kajian ini hanya menggunakan sebanyak 80 borang soal
selidik yang sesuai untuk dianalisis. Bagi kaedah kualitatif pula, kajian telah menemubual Abdul Raif Shaari, Pengurus
1202 Eh Run Eh Noi, Hairunnizam Wahid
Kanan Ibu Pejabat Malaysian Building Society Berhad (MBSB) Bahagian Kredit Pemprosesan Pembiayaan Perumahan pada
18 Julai 2017 untuk mendapatkan pandangan serta respon daripada hasil kajian ini.
Kaedah Analisis Data: Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif dan menggunakan skala likert bernilai 1 bagi mewakili
persepsi sangat tidak tahu hingga ke nilai skala 5 bagi mewakili persepsi sangat tahu. Kajian ini menggunakan borang soal
selidik sebagai instrumen utama dalam proses pengumpulan data kajian. Instrumen soal selidik yang digunakan terdiri
daripada item-item yang dipilih dari penelitian terperinci terhadap kajian-kajian lepas telah dibina. Borang soal selidik ini
mempunyai tujuh bahagian iaitu bahagian A terdiri daripada butiran peribadi responden seperti jantina, agama, bangsa, taraf
perkahwinan, umur, pekerjaan, pendapatan isi rumah, taraf pendidikan, jumlah tanggungan keluarga, perbelanjaan isi
rumah/pinjaman (bulanan) dan jenis-jenis pinjaman (tanggungan) pada masa kini. Bahagian B adalah mengenai maklumat
tabungan responden yang merangkumi jenis-jenis tabungan, tempoh menabung, golongan yang membuat tabungan dan
faktor dorongan untuk menabung. Bahagian C adalah mengenai maklumat pemilikan rumah seperti bilangan rumah dan
jenis rumah yang responden miliki. Bahagian D pula adalah berkaitan dengan maklumat proses kelulusan pembiayaan.
Bahagian ini lebih kepada kefahaman responden tentang proses kelulusan, tabungan dapat membantu proses kelulusan
pemilikan rumah dan asas kredit analisis yang dilakukan oleh institusi kewangan dalam proses penilaian sebelum meluluskan
setiap permohonan. Bahagian E pula adalah mengenai pendapat serta pandangan responden tentang keperluan pemilikan
rumah. Bahagian F pula adalah maklumat secara asas purata dividen untuk ASB, Tabung Haji serta faedah daripada
simpanan tetap dan menerangkan sejauhmana pengetahuan responden kepada ketiga-tiga tabungan itu boleh membantu
meningkatkan proses kelulusan. Manakala bahagian terakhir iaitu bahagian G membincangkan tahap pengetahuan responden
tentang syarat mohon dan syarat lulus dalam anlisa proses pembiayaan perumahan.
Dalam kajian ini akan menfokuskan kaedah analisis menggunakan nilai skor dan nilai min bagi kesemua item tahap
pengetahuan tabungan dan proses kelulusan pembiayaan rumah yang dibahagikan kepada dua tahap pengetahuan responden
iaitu pengetahuan terhadap syarat permohonan dan pengetahuan syarat kelulusan pembiayaan rumah oleh institusi
kewangan. Kajian ini akan mengadaptasi kajian Measuring ESL Students Reading Strategies (Mokhtari, K., & Sheorey, R,
2002), dalam membentuk tahap pengetahuan responden iaitu nilai min di bawah 2.4 adalah tahap pengetahuan rendah, nilai
antara 2.5 hingga 3.4 adalah sederhana dan nilai min melebihi 3.5 adalah tahap pengetahuan yang tinggi.
HASIL KAJIAN
Jadual 1 merupakan demografi responden yang terdiri daripada 80 orang. Kajian ini menunjukkan nisbah 50 : 50 antara
responden lelaki dan perempuan. Kebanyakan responden adalah berbangsa Melayu yang mewakili 58 orang (72.5 peratus).
Kajian juga mendapati status responden majoritinya adalah berkahwin sebanyak 62.5 peratus. Kebanyakan tahap umur
mereka antara 26 tahun hingga 35 tahun iaitu seramai 31 orang dengan peratusan sebanyak 38.8 peratus. Kebanyakannya
berkerja di sektor swasta dan purata pendapatan antara RM4,000 hingga RM6,000. Hasil daripada soal selidik yang
dijalankan juga mendapati tahap pendidikan mereka majoritinya pada peringkat Ijazah Sarjana Muda seramai 35 orang (43.8
peratus). Mengikut demografi tabungan pula, sebanyak 47 orang (58.80 peratus) menabung dalam ASB (Amanah Saham
Bumiputera). Manakala 45 orang (56.30 peratus) menyimpan dalam bentuk insuran hayat sebagai tabungan masa hadapan.
Seramai 39 responden (48.80 peratus) menabung dalam Tabung Haji. Dalam simpanan tetap pula terdapat 35 peratus atau
28 orang yang menabung.
Jadual 2 pula adalah menilai tahap pengetahuan responden terhadap tabungan dan proses kelulusan pembiayaan.
Kajian mendapati majoriti responden mempunyai pengetahuan sederhana tentang perkaitan antara tabungan isi rumah
dengan proses kelulusan pembiayaan rumah oleh pihak institusi kewangan. Responden yang memiliki tabungan ASB,
sebanyak 28 peratus berada di tahap sederhana pengetahuan tersebut dan hampir 20 peratus (16 responden) tidak mengetahui
tabungan mereka dapat membantu proses kelulusan tersebut. Manakala untuk penyimpan di institusi Lembaga Tabung Haji,
majoriti yang mengetahui kepentingan tabungan tersebut. Sebanyak 51.3 peratus responden mengetahui berbanding tidak
mengetahui namun nilai min berada di tahap sederhana. Nilai min yang tinggi tahap pengetahuan adalah kepada responden
yang mempunyai simpanan tetap iaitu bernilai 3.59 di mana sebanyak 61.3 peratus responden mempunyai tahap pengetahuan
yang tinggi. Secara keseluruhannya, nilai min adalah 3.49 berada di tahap sederhana.
Jadual 3 pula berkaitan sejauhmana pengetahuan responden terhadap kelayakan pembiayaan rumah. Nilai min
pengetahuan oleh responden terhadap item jangka masa pembiayaan maksimum adalah 35 tahun atau sehingga umur 75
tahun adalah 3.51 berada di tahap pengetahuan yang tinggi, manakala nilai min pengetahuan oleh responden terhadap item
umur minimum untuk layak memohon membeli rumah adalah 18 tahun adalah 3.56 juga berada di tahap pengetahuan yang
tinggi. Namun begitu bagi item pengetahuan yang lebih teknikal iaitu margin pembiayaan untuk rumah mempunyai nilai
min di tahap pengetahuan sederhana sahaja di mana ramai responden berada di nilai skala likert 3 dan ke bawah iaitu
sebanyak 48.8 peratus atau seramai 39 orang responden. Nilai min keseluruhan adalah di tahap pengetahuan sederhana.
Jadual 4 menunjukkan tahap pengetahuan responden terhadap syarat lulus kelayakan pembiayaan rumah. Kajian
ini mendapati nilai min keseluruhan adalah di tahap pengetahuan sederhana iaitu nilai min ialah 3.22 lebih rendah daripada
nilai min keseluruhan pembolehubah tahap pengetahuan kelayakan atau syarat mohon pembiayaan rumah (3.43). Item yang
paling rendah nilai min ialah item 5’C dalam penilaian kelulusan pembiayaan dan peranan tabungan untuk menyokong
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 1203
proses kelulusan iaitu min bernilai 3.18 berada di tahap pengetahuan sederhana. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan
tentang bagaimana tabungan yang dimiliki oleh sesebuah isi rumah dapat menyokong permohonan pembiayaan rumah
adalah di tahap yang amat rendah. Tahap pengetahuan responden terhadap konsep DSR dan NDI juga masih rendah kerana
pengetahuan ini juga agak tinggi untuk difahami oleh pembeli rumah. Nilai min masing-masing juga di tahap pengetahuan
yang sederhana iaitu bernilai 3.26 dan 3.23.
Jadual 5 menunjukan hubungan antara pengetahuan tentang maklumat pulangan atau dividen untuk tabungan dalam
ASB, Tabung Haji dan simpanan tetap dengan pengetahuan bahawa ketiga-tiga tabungan itu dapat membantu dalam proses
kelulusan pembiayaan mereka. Kajian mendapati seramai 8 orang responden atau sebanyak 53.3 peratus yang mempunyai
tahap pengetahuan tabungan yang rendah dan tahap pengetahuan proses kelulusan yang rendah. Manakala seramai 33 orang
responden atau 80.5 peratus pula berpengetahuan tinggi tentang maklumat tabungan dan proses kelulusan pembiayaan.
Dapatan kajian menunjukkan wujud satu hubungan yang positif antara kedua-dua pembolehubah di mana ramai responden
mengetahui dan memahami tabungan dapat membantu kelulusan pembiayaan sesebuah rumah kediaman. Jadual 7 pula
menganalisis tahap pengetahuan tentang maklumat tabungan dan adakah tabungan dapat membantu untuk proses kelulusan
pembiayaan serta pengetahuan tentang syarat mohon dan syarat lulus. Terdapat 41 responden mewakili 51.2 peratus
mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang maklumat tabungan dan jenis tabungan yang boleh membantu proses
kelulusan pembiayaan.
Analisis ini juga mengkaji dengan lebih mendalam responden yang mempunyai tahap pengetahuan rendah,
sederhana dan tahap tinggi dengan membuat perbandingan penilaian pengetahuan untuk syarat mohon dan syarat lulus untuk
setiap tahap responden. Pada tahap pengetahuan rendah majoriti responden mempunyai pengetahuan rendah untuk syarat
mohon dan syarat lulus masing-masing 10 orang mewakili 66.7 peratus dan 9 orang dengan 60 peratus. Nilai min adalah
bernilai 2.38 pada syarat lulus. Pada tahap sederhana, majoriti tahap pengetahuan untuk syarat mohon adalah berada pada
tahap tinggi iaitu 10 orang atau 41.7 peratus akan tetapi pada tahap ini pengetahuan untuk syarat lulus pula menunjukan
ramai pada tahap rendah yang mewakili 9 orang atau 37.5 peratus. Nilai min pada syarat mohon adalah 3.06 peratus.
Manakala pada tahap pengetahuan tinggi pula, responden mempunyai pengetahuan yang tinggi pada syarat mohon dan syarat
lulus. Syarat mohon adalah 33 orang (80.50 peratus) dan syarat lulus adalah 63.4 peratus mewakili 26 orang. Nilai min pada
syarat mohon adalah 4.04. Ketiga-tiga tahap ini menunjukan hubungan positif di antara tahap rendah (min 2.38), tahap
sederhana (min 3.06) dan tahap tinggi (min 4.04).
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR
Hasil kajian ini mendapati terdapat hubungan yang positif antara ketiga-tiga tahap hubungan ini. Perbincangan ini akan
memberi fokus kepada dua peringkat iaitu peringkat pengetahuan rendah dan sederhana. Berdasarkan hasil kajian, terdapat
separuh daripada responden berada pada tahap rendah dan sederhana. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menyampaikan
maklumat serta mendidik bakal pembeli baru yang ingin membeli rumah kediaman pertama supaya mereka benar-benar
faham proses kelulusan untuk pembiayaan rumah dan peranan tabungan yang boleh membantu dalam menyokong
permohonon pembiayaan mereka. Kajian ini berpendapat bahawa tahap pengetahuan pembeli rumah terhadap proses
kelulusan masih berada pada tahap yang sederhana. Secara amnya, hanya pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam
proses pembiayaan rumah sahaja yang benar-benar memahami proses dan segala dokumen sokongan yang perlu untuk setiap
permohonan tersebut dan sepatutnya maklumat berkenaan syarat proses serta kaedah kelulusan pembiayaan perumahan perlu
didedahkan kepada masyarakat terutamanya golongan muda untuk merancang pembelian rumah nanti.
Berdasarkan Jadual 1, Kebanyakkan tahap umur responden adalah terdiri daripada golongan muda. Hasil kajian
juga dilakukan di kawasan bandar yang majoritinya berkerja di sektor swasta dengan pendapatan hanya dibawah
RM6000.00. Pemilikan rumah pertama adalah sukar bagi golongan ini di kawasan bandar. Hasil daripada kajian Mentaza
Khan, Mahamud, & Kamaruddin (2012) juga mendapati golongan muda tidak mungkin dapat memiliki rumah pertama di
kawasan Bandar disebabkan harga rumah yang tinggi dan kos hidup yang meningkat. Kajian Rofiei, Tawil, & Usman (2013)
mendapati harga rumah di kawasan Lembah Klang kini bukanlah berada pada tahap mampu milik.
Berdasarkan Jadual 3 pula membincangkan tentang pengetahuan responden terhadap kelayakan pembiayaan rumah.
Hasil kajian ini mendapati, hanya maklumat yang agak ringkas sahaja yang diketahui oleh responden. Antaranya tempoh
pembiayaan dan had umur layak memohon serta had maksimum umur untuk pembiayaan. Bagi sumber maklumat yang lebih
teknikal pula seperti margin pembiayaan untuk perumahan menunjukan responden hanya mempunyai pengetahuan pada
tahap sederhana. Berdasarkan kajian lepas yang dilakukan oleh Tan, Kosim, & Thi (2015) membincangkan terdapat
beberapa sumber maklumat yang pelanggan perolehi untuk pakej perumahan. Tiga sumber paling utama maklumat yang
dicari oleh pelanggan adalah dari pemaju perumahan (29.2 peratus), diikuti oleh rakan-rakan (18.6 peratus), dan dari
kakitangan bank (16.6 peratus).
Terdapat beberapa perkara dibincangkan dalam Jadual 4 tentang syarat lulus untuk pembiayaan perumahan.
Antaranya DSR, NDI dan 5’C. Kesemuanya berada pada tahap pengetahuan sederhana sahaja. Menurut Lailiyah (2014),
5’C digunakan oleh institusi kewangan di Indonesia untuk menilai sebelum seseorang memiliki rumah dan prestasi metrik
skor kredit dibentuk untuk mengkaji penggunaan dan prestasi pemarkahan kredit dalam proses peminjaman pinjaman
(Bhardwaj & Sengupta, 2015).
1204 Eh Run Eh Noi, Hairunnizam Wahid
Jadual 6 menunjukkan contoh pengiraan pendapatan tambahan yang boleh ditambahkan dengan pendapatan bersih
bagi menyokong proses kelulusan pembiayaan. Sebagai contoh pengiraan, pihak MBSB mengambil 8 peratus untuk
simpanan ASB, Maybank Berhad dan CIMB Bank Berhad mengira 7 peratus. Bagi Tabung Haji pula 6 peratus bagi Maybank
Berhad dan 5 peratus untuk CIMB Bank Berhad. Manakala MBSB tidak mengambil kira Tabung Haji sebagai pendapatan
tambahan. Bagi simpanan tetap pula purata pengiraan berdasarkan Jadual 6 adalah 3 peratus namun pengiraan simpanan
tetap adalah mengikut nilai keuntungan pada setiap sijil yang dibeli mengikut jangka masa simpanan sebagai contoh 6 bulan
atau pun 12 bulan dan kadar keuntungan adalah daripada 3 peratus hingga 3.6 peratus. Kajian ini menunjukkan bahawa
pengiraan simpanan atau tabungan yang telah dilakukan ini dianggap sebagai pendapatan tambahan kepada pemohon di
mana daripada contoh pengiraan di Jadual 6, pendapatan tambahan ini secara tidak langsung akan menurunkan DSR dan
menaikan NDI. Sebagai contoh jika pemohon mempunyai simpanan ASB sebanyak RM100,000 dan memohon pembiayaan
di MBSB, maka pendapatan tambahan yang diambil adalah RM666. Purata DSR yang ditetapkan oleh bank-bank adalah di
antara 60 peratus hingga 85 peratus. Manakala NDI pula di antara RM1,000 hingga RM1,500. Sekiranya DSR melebihi 85
peratus dan NDI kurang daripada RM1,000 maka permohonan pembiayaan itu akan ditolak oleh institusi perbankan. Justeru
dengan adanya simpanan ASB tadi akan membantu meluluskan proses kelulusan pembiayaan perumahan.
Hasil daripada temubual dengan Pengurus Kanan Bahagian Kredit Pemprosesan Pembiayaan Perumahan MBSB,
Abdul Raif Shaari, jumlah permohonan yang diterima majoritinya adalah tanpa dokumen sokongan seperti ASB, Tabung
Haji dan simpanan tetap. Menurut beliau, jika seseorang pemohon itu mempunyai sikap yang suka menabung maka secara
tidak langsung akan memberi gambaran watak seseorang pemohon itu adalah lebih berhati-hati dalam membuat pelaburan
dan mempunyai disiplin yang tinggi terhadap pembayaran balik pembiayaan mereka. Dalam membuat keputusan untuk
kelulusan pembiayaan permohonan yang mempunyai simpanan akan lebih diberi keutamaan di samping simpanan itu dapat
dikira sebagai pendapatan tambahan dalam pengiraan DSR dan NDI. Selain menilai keseluruhan kredit asas pemohon iaitu
5’C, tambah beliau lagi, adalah lebih baik jika seseorang itu mempunyai simpanan tambahan kerana boleh dijadikan sebagai
aset cair sebagai ‘back up’ jika berlaku ketidaktentuan ekonomi. Jadi wang simpanan itu mereka boleh gunakan utuk
menampung bayaran bulanan untuk jangka masa yang sepatutnya.
Dalam usaha untuk menanam sikap rakyat Malaysia untuk menabung memang tidak dinafikan bahawa terdapat
kempen-kempen daripada kerajaan serta dibantu oleh institusi kewangan adalah perlu bagi menggalakan anak-anak kecil
dan remaja menabung bermula di peringkat sekolah rendah lagi. Namun sejauhmanakah keberkesanan kempen ini masih
belum dapat dilihat. Contoh terdekat untuk gelagat tabungan oleh anak-anak adalah melihat gelagat ibu bapa mereka sendiri.
Mereka adalah orang terdekat menjadi ‘role model’ kepada anak-anak dengan sikap suka menabung dan menunjukkan tabiat
berjimat cermat semasa berbelanja. Ibu bapa juga hendaklah membuka akaun simpanan untuk anak-anak semasa mereka
kecil lagi supaya sikap menyimpan ini dapat dipupuk hingga mereka masuk ke alam pekerjaan. Sekurang-kurangnya jika
mereka ingin memiliki rumah maka mereka sudah mempunyai simpanan untuk membayar deposit rumah dan sebagai ‘back
up’ untuk permohonan pembiayaan.
Bagi pembeli-pembeli baru pula mereka dinasihatkan mendapat khidmat nasihat daripada pegawai bank terlebih
dahulu sebelum membuat tempahan pembelian rumah supaya mereka mendapat gambaran tentang syarat mohon dan syarat
lulus. Mereka juga boleh menyemak terlebih dahulu rekod pembayaran mereka secara percuma di BNM dengan
menggunakan MyKad di kiosk yang disediakan. Rekod atau sejarah pembayaran ini dinamakan sistem maklumat rujukan
kredit pusat atau singkatannya CCRIS (Central Credit Reference Information System). Selain itu kelonggaran patut diberi
kepada pemohon yang memohon untuk rumah pertama dan dalam kalangan pemohon bagi rumah mampu milik antaranya,
menilai kelayakan pinjaman perumahan mengikut pendapatan kasar (bukannya pendapatan bersih) dan melanjutkan tempoh
pinjaman sehingga 40 tahun supaya bayaran bulanan mereka lebih rendah dan kelulusan lebih senang.
Berdasarkan Khazanah Research Institute (2016), mendapati harga rumah di Malaysia masih berada pada tahap
yang tinggi berbanding beberapa negara lain. Maka pemantauan berterusan harus dilaksanakan oleh badan berkaitan supaya
tahap pemilikan rumah untuk golongan muda dan berpendapatan rendah dan sederhana lebih senang pada masa akan datang
dengan mengawal harga rumah supaya sejajar dengan pendapatan mereka. Harga rumah dan syarat gaji perlu diselaraskan
supaya membantu pembeli rumah memiliki rumah mengikut kemampuan mereka. Had harga untuk rumah mampu milik
juga perlu dikaji semula mengikut lokasi-lokasi projek perumahan tersebut.
Skim sewa beli juga perlu diperluaskan ke negeri-negeri lain dan bukan hanya tertumpu di Lembah Klang sahaja
serta terbuka kepada projek perumahan awam dan swasta selain tertumpu kepada hanya kepada pembeli rumah PR1MA.
Dengan perlaksanaan skim ini dapat membantu pemilikan rumah bagi golongan yang berpendapatan rendah dan golongan
yang tidak mempunyai dokumen yang lengkap untuk memohon di institusi kewangan. Pembeli rumah juga perlu bijak
memilih bank semasa membuat permohonan. Setiap bank mempunyai sistem penilaian kredit yang berbeza selain penilaian
asas 5’C. Sistem prestasi metrik skor kredit juga berbeza daripada segi permarkahan untuk setiap bank. Oleh itu disarankan
agar pembeli terlebih dahulu mengkaji bank yang bersesuaian dengan permohonan mereka.
KESIMPULAN
Kajian ini merumuskan bahawa masih ramai lagi yang kurang pengetahuan tentang proses pemilikan rumah dan kurang
pengetahuan bahawa tabungan adalah salah satu dokumen yang boleh menyokong dalam proses kelulusan. Berdasarkan
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 1205
bajet negara yang telah dibentangkan setiap tahun, perkara yang disentuh oleh kerajaan adalah supaya setiap individu
memiliki rumah. Namun jika orang ramai tidak mengambil berat beberapa perkara asas yang diperlukan oleh pihak institusi
perbankan dan kurangnya mereka membuat tabungan maka agak sukar juga untuk melihat pemilikan rumah dan peratus
kelulusan meningkat daripada tahap yang lebih baik. Adalah diharapkan kajian ini dapat meningkatkan kesedaran dalam
kalangan golongan muda untuk terus membuat tabungan untuk masa depan mereka terutamanya dalam membuat pembelian
rumah di masa akan datang
RUJUKAN
Ahmad Ariffian Bujang, Hasmah Abu Zarin & Norhaslina Jumadi (2010). The relationship between demographic factors
and housing affordability. Malaysian Journal of Real Estate, 5(1). 49-58 Bernama. (2017). 93 peratus masih tidak miliki rumah sendiri. Retrieved July 16, 2017, from
http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/93-peratus-masih-tidak-miliki-rumah-sendiri-1.649958
Bhardwaj, G., & Sengupta, R. (2015). Credit Scoring and Loan Default. Retrieved from
https://www.kansascityfed.org/publicat/reswkpap/pdf/rwp15-02.pdf
Lailiyah, A. (2014). Urgensi Analisa 5C pada Pemberian Kredit Perbankan untuk Meminimalisir Risiko. Jurnal Yuridika,
29(2), 217–232.
Masitah Zulkefli. (2011). Pembangunan model penentuan keperluan perumahan. Kajian kes: Johor Bahru, Malaysia. Fakulti
Pengurusan Teknologi, Perniagaan Dan Keusahawanan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Retrieved from
http://medcontent.metapress.com/index/A65RM03P4874243N.pdf%5Cnhttp://eprints.uthm.edu.my/1708/
Mentaza Khan, P. A., Mahamud, R., & Kamaruddin, N. (2012). An Overview of Housing Affordability for First Time Home
Buyer in Malaysia. 3rd International Conference on Business and Economic Research (3rd ICBER 2012)
Proceeding.
Rofiei, R., Tawil, N. M., & Usman, I. M. S. (2013). Pembangunan Kerangka Konsep Rumah Mampu Milik Bertanah Di
Pinggir Bandar Bagi Golongan Eksekutif. Journal Design + Built, 6, 64–70.
Sanep Ahmad, Rosbi Ab Rahman, & Hairunnizam Wahid. (2011). Penilaian menyeluruh keberkesanan agihan zakat :
Persepsi asnaf penerima bantuan modal perniagaan. The 12th Malaysia Indonesia International Conference on
Economics Management and Accounting (MIICEMA), 15–26.
Sufian, A. (2012). Pindaan Akta Pemajuan Perumahan 2012 Dan Akta Perumahan 1Malaysia: Satu Analisis. Kanun, 94–
107.
Tan, S., Kosim, Z., & Thi, L. (2015). Consumer Mortgage Information Search and Information Disclosures Practices in
Malaysia, 5(3), 79–100.
Zainal Abidin Hashim. (2010). House Price and Affordability in Housing in Malaysia. Akademika, 78, 37–46.
http://doi.org/10.1016/j.proeng.2011.11.176
JADUAL 1. Demografi Tabungan Responden Maklumat Responden Kekerapan Peratusan (%)
Jantina Lelaki 40 50.0
Perempuan 40 50.0
Bangsa Melayu 58 72.5
Cina 17 21.3
India 4 5.0
Lain-lain 1 1.3
Taraf Perkahwinan Bujang 28 35.0
Berkahwin 50 62.5
Ibu Tunggal 2 2.5
Umur 25 tahun dan ke bawah 7 8.8
26 – 35 tahun 31 38.8
36 – 45 tahun 30 37.5
46 – 50 tahun 11 13.8
51 – 60 tahun 1 1.3
Pekerjaan Swasta 51 63.8
Kerajaan 18 22.5
Bekerja Sendiri 10 12.5
Pencen 1 1.2
Pendapatan RM3,000 dan ke bawah 18 22.5
RM3,000 – RM4,000 16 20.0
RM4,001 – RM6,000 23 28.7
RM6,001 – RM8,000 9 11.3
RM8,001 dan ke atas 14 17.5
Perbelanjaan isi rumah RM3,000 dan ke bawah 39 48.8
1206 Eh Run Eh Noi, Hairunnizam Wahid
RM3,000 – RM4,000 25 31.3
RM4,001 – RM6,000 15 18.8
RM6,001 – RM8,000 0 0.0
RM8,001 dan ke atas 1 1.3
Pendidikan PHD 5 6.3
Ijazah Sarjana 20 25.0
Ijazah Sarjana Muda 35 43.8
Diploma 17 21.3
Sekolah Menengah 3 3.8
Tanggungan Tiada 3 3.8
1 hingga 3 orang 60 75.0
4 hingga 8 orang 15 18.8
9 hingga 12 orang 2 2.5
Jenis Tabungan ASB
Menabung 47 58.8
Tidak Menabung 33 41.2
Simpanan Tetap
Menabung 28 35.0
Tidak Menabung 52 65.0
Tabung Haji
Menabung 39 48.8
Tidak Menabung 41 51.2
Insuran Hayat
Menabung 45 56.3
Tidak Menabung 35 43.7
Lain-lain
Menabung 3 3.7
Tidak Menabung 77 96.3
Tempoh Menabung 0 hingga 6 bulan 19 23.7
7 bulan hingga 1 tahun 7 8.8
2 hingga 3 tahun 9 11.2
4 hingga 5 tahun 7 8.8
Lebih dari 5 tahun 38 47.5
Faktor Menabung Pemilikan Rumah 61 76.3
Pemilikan Kenderaan 41 51.2
Peningkatan Status 54 67.5
Menjalankan Perniagaan 39 48.8
Sumber : Maklumat soalselidik
JADUAL 2: Tahap Pengetahuan Tentang Tabungan Membantu Proses Kelulusan Pembiayaan
Kelompok Item
Skala1 Tahap
Pengetahuan3 1 2 3 4 5 Min²
Amanah Saham
Bumiputera (ASB)
10
(12.5)
6
(7.5)
23
(28.7)
22
(27.5)
19
(23.8)
3.43
[0.14]
Sederhana
Tabung Haji 9
(11.3)
9
(11.3)
21
(26.3)
19
(23.8)
22
(27.5)
3.45
[0.15]
Sederhana
Simpanan Tetap 7
(8.8)
9
(11.3)
15
(18.8)
28
(35.0)
21
(26.3)
3.59
[0.14]
Tinggi
Nota :¹Min berdasarkan nilai skala likert;nilai 1 = sangat tidak tahu hingga 5 = sangat tahu
²nilai min keseluruhan ialah 3.49 (sederhana)
( ) nilai peratus daripada jumlah responden
[ ] nilai ralat piawai bagi nilai min
3 Skala Tahap pengetahuan; < 2.4; Rendah; 2.5-3.4; Sederhana; >3.5 Tinggi
Sumber: Maklumat soalselidik
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 1207
JADUAL 3: Tahap Pengetahuan Tentang Kelayakan Pembiayaan (Syarat Mohon)
Kelompok Item
Skala1 Tahap
Pengetahuan3 1 2 3 4 5 Min²
1. Margin pembiayaan untuk
rumah adalah 100%, 90% dan
juga 70% bergantung pada syarat-
syarat dan terma-terma bank dan
Bank Negara
15
(18.8)
12
(15.0)
12
(15.0)
22
(27.5)
19
(23.8)
3.23
[0.16]
Sederhana
2. Jangkamasa pembiayaan
maksimum adalah 35 tahun atau
sehingga umur mencapai 70 dan
75 tahun (yang mana terdahulu)
8
(10.0)
13
(16.3)
7
(8.8)
34
(42.5)
18
(22.5)
3.51
[0.14]
Tinggi
3. Kadar umur minimum untuk
layak sebagai pemohon
pembiayaan adalah 18 tahun.
6
(7.5)
10
(12.5)
15
(18.8)
31
(38.8)
18
(22.5)
3.56
[1.33]
Tinggi
Nota :¹Min berdasarkan nilai skala likert;nilai 1 = sangat tidak tahu hingga 5 = sangat tahu
²nilai min keseluruhan ialah 3.43 (sederhana)
( ) nilai peratus daripada jumlah responden
[ ] nilai ralat piawai bagi nilai min 3 Skala Tahap pengetahuan; < 2.4; Rendah; 2.5-3.4; Sederhana; >3.5 Tinggi Sumber: Maklumat soalselidik
JADUAL 4: Tahap Pengetahuan Tentang Kelayakan Pembiayaan (Syarat Lulus)
Kelompok Item
Skala1 Tahap
Pengetahuan3 1 2 3 4 5 Min²
1. DSR (Nisbah kadar hutang)
purata yang ditetapkan oleh bank-
bank adalah di antara 60%-85%.
11
(13.8)
12
(15.0)
18
(22.5)
23
(28.7)
16
(20.0)
3.26
[0.15]
Sederhana
2. NDI (purata pendapatan boleh
guna bersih) adalah di antara
RM1,000-RM1,500
12
(15.0)
11
(13.8)
22
(27.5)
17
(21.3)
18
(22.5)
3.23
[0.15]
Sederhana
3. 5’C adalah perkara utama
dalam penilaian kelulusan
pembiayaan dan tabungan boleh
membentuk menyokong proses
kelulusan.
17
(21.3)
10
(12.5)
13
(16.3)
22
(27.5)
18
(22.5)
3.18
[0.16]
Sederhana
Nota :¹Min berdasarkan nilai skala likert;nilai 1 = sangat tidak tahu hingga 5 = sangat tahu
²nilai min keseluruhan ialah 3.22 (sederhana)
( ) nilai peratus daripada jumlah responden
[ ] nilai ralat piawai bagi nilai min
3 Skala Tahap pengetahuan; < 2.4; Rendah; 2.5-3.4; Sederhana; >3.5 Tinggi
Sumber: Maklumat soalselidik
JADUAL 5: Hubungan antara tahap pengetahuan maklumat tabungan dan tabungan dapat membantu proses kelulusan
pembiayaan Tahap Pengetahuan
Tabungan1
Tahap Pengetahuan Tabungan dan Proses Kelulusan Pembiayaan1
Rendah Sederhana Tinggi Jumlah
Rendah 8
(53.3)
3
(12.5)
0
(0.0)
11
(13.8)
Sederhana 2
(13.3)
9
(37.5)
8
(19.5)
19
(23.8)
Tinggi 5
(33.3)
12
(50.0)
33
(80.5)
50
(62.5)
Jumlah 15
(100.0)
24
(100.0)
41
(100.0)
80
(100.0)
Nota : 1 Skala Tahap pengetahuan; < 2.4; Rendah; 2.5-3.4; Sederhana; >3.5 Tinggi
( ) nilai peratus daripada jumlah responden
Sumber: Maklumat soalselidik
1208 Eh Run Eh Noi, Hairunnizam Wahid
JADUAL 6: Pengiraan pendapatan tambahan daripada tabungan ASB, tabung haji dan simpanan tetap Bank/Institusi kewangan ASB Tabung haji Simpanan tetap
MBSB RM100K x 8% = RM8,000
RM8,000/12
RM666
Tidak diambil kira
RM100K x 3% = RM3,000
RM3,000/12
RM250
Maybank berhad RM100K x 7% = RM7,000
RM7000/12
RM583 x 80%
RM466
RM100K x 6% = RM6,000
RM6,000/12
RM500
RM100K x 3% = RM3,000
RM3000/12
RM250
CIMB bank RM100K x 7% = RM7,000
RM7,000/12
RM583 x 80%
RM466
RM100K x 5% = RM5,000
RM5,000/12
RM416
RM100K x 3% = RM3,000
RM3,000/12
RM250
Nota: Bagi simpanan tetap bergantung pada kadar bank masing-masing purata antara 3.0 – 3.6 %
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 1209
JADUAL 7: Analisis Tahap Pengetahuan Tabungan Dan Proses Kelulusan Pembiayaan Berdasarkan Tahap Pengetahuan Permohonan Dan Kelulusan Tahap Pengetahuan Tabungan dan Proses Kelulusan Pembiayaan
Tahap Rendah Tahap Sederhana Tahap Tinggi
Kekerapan peratus Kekerapan peratus Kekerapan peratus
15 18.8 24 30 41 51.2
Syarat Mohon Syarat lulus Syarat Mohon Syarat lulus Syarat Mohon Syarat lulus
Tahap Kekerapan peratus Kekerapan peratus Kekerapan peratus Kekerapan peratus Kekerapan peratus Kekerapan peratus
Rendah 10 66.7 9 60 8 33.3 9 37.5 4 9.8 6 14.6
Sederhana 1 6.7 3 20 6 25.0 7 29.2 4 9.8 9 22.0
Tinggi 4 26.7 3 20 10 41.7 8 33.3 33 80.5 26 63.4
Nilai Min 2.29 2.38 3.06 2.78 4.04 3.82
Nota: Tahap rendah: nilai min pengetahuan responden di bawah nilai 2.4.
Tahap sederhana: nilai min pengetahuan responden di antara nilai 2.50 hingga nilai 3.4.
Tahap tinggi: nilai min pengetahuan responden melebihi atas nilai 3.
Sumber: Maklumat soalselidik