Download - Kerja SEGAK
PROGRAM UJIAN SEGAKKERTAS KERJA PELAKSANAAN PROGRAM SEGAK
PERINGKAT SEKOLAH SK.TANJUNG ARU II
1. Nama Program : ”UJIAN SEGAK”
2. Latar belakang program
Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. “SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.
3. Tema : ”KESIHATAN UNTUK SEMUA”
4. Matlamat
Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.
5. Objektif Penganjur
Murid dapat :
5.1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
5.2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
5.3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;
5.4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
5.5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.
6.Kumpulan Sasaran
Seluruh murid tahap 2 SK Tanjung Aru II.
7. Perlaksanaan
7.1 Masa – 7.30 pagi hingga 12.30 pagi 7.2 Tempat – Bilik Ko-Kurikulum 7.3 Jangkamasa – 1 hari 7.4 Aktiviti – naik turun bangku, tekan tubi, tekan tubi separa dan jangkauan melunjur,
8. Tarikh perlaksanaan 10 October 2014 ( Tahun 4 5 dan 6 )
9.Strategi perlaksanaan
9.1. Bina kertas kerja 9.2. Perbincangan bersama unit panatia pjk 9.3. Perlaksanaan program 9.4. ”Post Mortem” dan Penyediaan laporan
11. Ahli Jawatankuasa Program
Pengerusi : Datin Hjh Omai Salamah Binti Hj Kamah
Guru Besar
SK. TANJUNG ARU II
Timbalan Pengerusi : PN.Siti Pg.Norsiah Binti Pg.Abdullah
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : En.Azman Bin Jahilu
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Naib Pengerusi 2 : Pn.Rinnie Binti Yunus
Penolong kanan Hal Ehwal Murid
Penyelaras : Cik Sarimah Binti Onong
Timbalan Penyelaras : En.Mohd.Nizam Bin Ali Hassan
Setiausaha : En.Norshidi Bin Majid
AJK Pelaksana Ujian : Ustz.Mazli Bin Mohd Zain
En.Sulaiman Bin Abd Rajak
Semua Guru-Guru PJK
Disediakan oleh: Di SEMAK :
………………………………….. ….…………………………………………………….
Cik Sarimah Binti Onong EN.Azman Bin Jahiliu
(Ketua Panitia Pendidikan Jasmani) (Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
Sk.Tanjung Aru II Sk.Tanjung Aru II
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM SEGAK
PERINGKAT SEKOLAH 2014
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI
”KESIHATAN UNTUK SEMUA”
TARIKH : 10 OKTOBER 2014
TEMPAT : BILIK KOKURIKULUM,
SK TANJUNG ARU II
Laporan bergambar sepanjang aktiviti di jalankan