Download - KERJA KURSUS PENDEK
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
1/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
1.0 PENGENALAN
Kerja Kursus Projek Seni Dalam Pendidikan adalah tugasan yang diwajibkan kepada
semua pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Semester Satu. Kerja Kursus
Projek ini dilaksanakan dalam kumpulan yang memastikan setiap pelajar bekerjasama
menghasilkan satu persembahan drama sebabak yang bersesuaian dengan mata
pelajaran Seni Dalam Pendidikan.
Tugasan ini merangkumi aspek seni visual, muzik dan pergerakan untuk
menjadikan persembahan lebih menarik dan menghiburkan para audien. Ia juga
member manfaat dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah.
Tugasan ini juga disusuli dengan laporan setiap individu yang merangkumi
maksud drama sebabak, latar belakang, jenis-jenis drama, rumusan atau cadangan
serta refleksi. Pelajar hendaklah membuat satu rumusan yang mengkaitkan seni visual,
muzik dan pergerakan dalam persembahan drama sebabak tersebut.
Setiap hujah dalam laporan ini hendaklah disokong dengan bukti-bukti dan
bahan-bahan yang berilmiah. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan
keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah.
1
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
2/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
2.0 DRAMA SEBABAK
2.1 Maksud Drama Sebabak
Drama bermaksud komposisi syair atau prosa yang diharapkan dapat menggambarkan
kehidupan dan watak melalui tingkah laku (akting) atau dialog yang dipentaskan. Dramajuga dapat diterjemahkan kepada cerita atau kisah, terutama yang melibatkan konflik
atau emosi, yang khusus disusun untuk pertunjukan teater.
Babak pula sebahagian besar dalam suatu drama atau lakonan (terdiri daripada
beberapa adegan). Babak turut bermaksud bahagian dari sesuatu keseluruhan proses,
kejadian, atau peristiwa yang mana bahagian permainan yang waktunya tertentu.
Drama sebabak pula merupakan persembahan secara langsung yang dilakukan
di hadapan para penonton yang melibatkan setiap bentuk hiburan, daripada sarkas
hinggalah kepada lakonan. Dalam istilah yang lebih tradisional, drama sebabak ialah
bentuk seni yang melibatkan para pelakon beraksi berdasarkan skrip. Pelakon,
biasanya dengan bantuan seorang pengarah, mentafsirkan watak dan situasi yang
dicipta oleh penulis drama. Persembahan dilakukan di hadapan penonton di ruang yang
direka bentuk bagi tujuan itu.
2.2 Jenis-jenis Drama Sebabak
1. Duodrama - Pertunjukan drama yang hanya dimainkan oleh dua orang
pemain
2. Melodrama - Pergelaran, seperti sandiwara atau filem, dengan lakonan
yang sangat sentimental, mendebarkan, dan
mengharukan, yang lebih mengutamakan ketegangan
daripada kebenaran. Melodrama juga merupakan
lakonan moden yang serius, tetapi yang belum dapat
disebut sebagai drama duka.
3. Monodrama - Drama yang dimainkan atau dirancang untuk dimainkan oleh
seorang aktor pelakon sahaja.
4. Psikodrama - Kaedah yang digunakan dalam penyembuhan penyakit jiwa
dengan meminta sekelompok pesakit memainkan
2
http://kateglo.com/?mod=dictionary&action=view&phrase=dramahttp://kateglo.com/?mod=dictionary&action=view&phrase=duodramahttp://kateglo.com/?mod=dictionary&action=view&phrase=melodramahttp://kateglo.com/?mod=dictionary&action=view&phrase=monodramahttp://kateglo.com/?mod=dictionary&action=view&phrase=psikodramahttp://kateglo.com/?mod=dictionary&action=view&phrase=duodramahttp://kateglo.com/?mod=dictionary&action=view&phrase=melodramahttp://kateglo.com/?mod=dictionary&action=view&phrase=monodramahttp://kateglo.com/?mod=dictionary&action=view&phrase=psikodramahttp://kateglo.com/?mod=dictionary&action=view&phrase=drama -
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
3/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
drama dengan mereka sendiri sebagai peranan
utamanya.
5. Sosiodrama - Drama yang bertujuan memberikan informasi kepada
masyarakat tentang masalah sosial politik.
6. Teledrama - Drama jarak jauh yang dapat ditonton melalui layar televisi
atau didengar melalui radio.
3.0 WATAK DAN PERWATAKAN
Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan
cara berinteraksi sesama watak dan alam. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang
watak dari aspek luaran dan dalaman. Pelukisan watak itu boleh dilakukan secaralangsung atau secara tidak langsung oleh pengarang melalui aksi, tutur kata, atau
watak-watak berkenaan.
Dalam sesuatu cerita, lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek
watak iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik,
watak statik, protagonis dan antagonis. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-
tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan
ideologi serta gambaran perasaan seseorang atau watak tersebut.
Watak utama adalah watak penting yang menggerakkan sesuatu cerita. Pada
umumnya, watak utama adalah wira atau wirawati dalam sesuatu karya tersebut.
Watak sampingan merupakan watak pembantu atau peranannya lebih kecil daripada
watak utama dalam sesuatu karya. Watak bundar ialah watak yang bersifat kompleks
dan tidak difokuskan sangat dalam sesuatu karya. Watak pipih lazimnya tidak
kompleks, tidak berkembang dan tidak memeranjatkan pembaca atau penonton. Watak
dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan dan permasalahan dari
awal hingga akhir. Watak statik atau kaku ialah watak yang tidak mengalami apa-apa
perubahan, perkembangan dan tidak bergerak. Watak protagonis dikenali sebagai
watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik,
tampan dan berperikemanusiaan. Dia mungkin dictator, koruptor, penjenayah dan
sebagainya. Watak antagonis pula merupakan watak atau sekumpulan watak atau
3
http://kateglo.com/?mod=dictionary&action=view&phrase=sosiodramahttp://kateglo.com/?mod=dictionary&action=view&phrase=teledramahttp://kateglo.com/?mod=dictionary&action=view&phrase=sosiodramahttp://kateglo.com/?mod=dictionary&action=view&phrase=teledrama -
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
4/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
kadang-kala merupakan institusi sesuatu kejadian yang mewakili pembangkang
menentang hujah-hujah pihak protagonis. Watak antogonis juga dikenali sebagai watak
hitam. Dalam gaya klasik sesebuah cerita di mana aksinya terdiri daripada seorang
wira menentang seorang penjahat, kedua-dua mereka boleh diambil kira masing-
masing sebagai protagonis dan antagonis.
Perwatakan dibahagikan kepada dua iaitu perwatakan yang berupa lahiriah dan
jasmaniah. Perwatakan yang berupa lahiriah termasuklah bentuk, paras rupa dan
tingkah laku manakala yang berupa jasmaniah, yakni yang berkaitan dengan perasaan,
sikap dan pemikiran. Kebiasaannya setiap watak yang diwujudkan, baik watak utama
mahupun watak pembantu atau watak sampingan diberi sifat-sifat perwatakan yang
berbeza dan malah bertentangan. Hal ini demikian untuk menimbulkan unsur-unsur
ketegangan dan konflik sesuai dengan tema dan persoalan yang ingin diketengahkanoleh pengkarya. Contoh perwatakan secara lahiriah ialah tinggi lampai, gemuk
gedempol, lemah lembut, lincah dan ikal mayang. Contoh perwatakan jasmaniah pula
adalah seperti adil, pemurah, alim, pemarah, jujur, penakut dan tegas.
4.0 LATAR BELAKANG DRAMA
Drama sebabak yang dipersembahkan oleh kumpulan kami ialah drama yang
berbentuk pentomen bergenre komedi. Pentomen ialah lakonan yang dipersembahkan
melalui gerak badan dan memek muka yang berlebihan untuk menyatakan aksi dan
perasaan watak. Manakala drama komedi pula menurut Zakaria M.Z (2007),
mengatakan drama atau filem komedi bukanlah drama atau filem yang merapu. Drama
atau filem komedi lebih daripada meletakkan adegan-adegan yang mencuit hati
khalayak. Drama komedi memerlukan dua unsur iaitu cerita dan plot.
Dalam persembahan kami, kami memilih untuk mempersembahkan pentomen tentang
Seniman Bujang Lapok. Kumpulan kami akan terus membentangkan plot berdasarkan
filem asal Seniman Bujang Lapok iaitu tentang aksi tiga orang pemuda yang tidak
faham tentang penggambaran di studio dan merosakkan penggambaran tersebut.
Suasana serius telah menjadi kecoh kerana telah diganggu oleh mereka. Terdapat
banyak insiden-insiden lucu yang telkah diselitkan yang akan dikupas dari babak ke
babak.
4
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
5/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
Babak 1
Mengisahkan bagaimana bermulanya mereka untuk pergi temuduga untuk
menjadi seniman setelah melihat siar raya (iklan) bagi filem terbaru Shaw Brothers
Limited, mereka mendapat ilham untuk menjadi seniman. Merekapun bersiap-siap
untuk pergi ke studio Jalan Ampas dan berjumpa dengan Manager Che Kemat Hassan,
pengurus studio tidak menolak lamaran mereka untuk berkhidmat sebagai seniman dan
semasa di studio watak berkenaan menghadiri temuduga di pejabat pengurus. Mereka
membuat aksi duduk di atas kerusi sambil hisap rokok dan minum kopi apabila
dipelawa oleh pengurus untuk duduk tetapi tidak disediakan kerusi.. Mereka dibawa
berjumpa dengan Direktor Ahmad Nisfu untuk discreen test.
Babak 2
Ramli, Sudin dan Aziz berada di tempat penggambaran dan telah menimbulkan
kekecohan apabila mereka melihat seorang isteri hendak dibunuh oleh suaminya
kerana memasak lauk asam tetapi tidak memasukkan belacan ke dalam bumbunya.
Disebabkan dialog ini, Sudin telah memarahi pelakon tersebut dan tetap membuat
kecoh walaupun telah dimarahi oleh direktor Ahmad Nisfu. Aziz juga masuk campur
memarahi direktor Ahmad Nisfu dan telah dileraikan oleh Ramli dengan menerangkan
bahawa ini hanyalah lakonan semata. Ketiga-tiga mereka telah dihalau keluar oleh
director Ahmad Nisfu.
Babak 3
Mereka telah berjaya diberikan watak oleh direktor Ahmad Nisfu dan babak ini
telah menunjukkan mereka sedang menghafal dialog di dalam bilik persalinan. Sedang
mereka sedang menghafal dialog pekerja direktor Ahmad Nisfu telah memanggil
mereka untuk bersedia. Manakala Sudin pula terketar-ketar kerana darah gemuruh dan
meminta Ramli bersama Aziz pergi berjumpa direktor Ahmad Nisfu terlebih dahulu.
Babak 4
5
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
6/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
Babak ini adalah mengenai screen test untuk pelakon baru menceburi bidang
lakonan. Senario yang berlaku dalam babak ini menunjukkan unsur lucu dan komedi
dimana ia berkisarkan pelakonnya yang bernama Aziz sepatutnya menggunakan dialog
yang memuja-muja kekasihnya yang menggunakan Ummar iaitu pekerja direktor
Ahmad Nisfu untuk menyamar seketika. Tetapi malangnya Aziz terlupa dialog dan
berlakon menggunakan dialog ciptaannya sendiri. Akhirnya ia mengundang kemarahan
direktor Ahmad Nisfu.
Babak 5
Babak ini pula sambungan daripada screen test tetapi pelakon yang diuji pula
ialah Sudin. Sudin diberikan watak sebagai Hang Tuah yang berada dalam situasi untuk
bersemuka dengan Hang Jebat. Tetapi, Sudin mempunyai darah gemuruh dan semasadiuji oleh direktor Ahmad Nisfu, Sudin dapat mengatakan dialognya dengan tepat.
Tetapi disebabkan darah gemuruhnya, Sudin telah menggunakan dialog sendiri dan ini
telah menyebabkan direktor Ahmad Nisfu marah tetapi aksi Sudin tetap mendapat
pujian daripada Tuan Pengarah Filem.
Babak 6
Babak ini pula melibatkan Ramli, Sudin dan Aziz yang juga menggunakan dialog
ciptaan sendiri walaupun telah banyak kali ditegur oleh direktor Ahmad Nesfu. Babak ini
berkisarkan Sultan bersama Perdana Menteri dan Ahli Nujum dalam membincangkan
hal-hal Negara seperti dialog Sultan iaitu Ramli bersama Perdana Menteri iaitu Aziz
yang telah tertukar dialog kebun limau menjadi kandang harimau. Manakala dialog
antara Sultan dengan Ahli Nujum pula berkaitan dengan tafsiran mimpi Sultan. Dialog-
dialog yang dicipta telah menimbulkan kemarahan direktor Ahmad Nisfu jatuh pengsan.
5.0 JENIS-JENIS DRAMA
1. Drama Tragedi
Merupakan drama yang mempunyai unsur-unsur tentang kemalangan dan kesedihan.
Tragedi merupakan genre drama yang menceritakan kisah yang menyedihkan. Di
6
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
7/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
dalam drama tragedi nin mempunyai kualiti yang baik namun mengalami nasib yang
buruk dan menyebabkan dirinya atau kerabatnya mengalami masalah yang buruk dan
menyebabkan dirinya atau kerabatnya mengalami masalah. Drama tragedi berasal dari
Yunani Kuno yang mana ia dipentaskan dalam festival keagamaan. Ciri-ciri drama
tragedi ia lebih mengutamakan tema kesedihan dan watak utama lebih cenderung akan
meninggal dunia di akhir cerita setelah menyelesaikan semua konflik. Contoh drama
tragedi yang biasa kita ketahui adalah seperti drama Romeo dan Juliet.
2. Drama Komedi
Drama komedi lebih mengutarakan kisah-kisah hidup sehari-hari dengan pelbagai
kisah-kisah lucu yang boleh menyebabkan penonton ketawa. Komedi juga merupakan
sebuah drama lucu ringan dan sebagainya yang berakhir dengan kegembiraan.
3. Pantomen
Drama pantomen adalah sebuah lakonan yang dipersembahkan melalui gerak badan
atau bahasa isyarat tanpa pembicaraan dan memek muka yang berlebihan untuk
menyatakan aksi dan perasaan watak.
4. Drama Bangsawan
Drama Bangsawan merupakan seni pementasan atau teater lama di Malaysia yang
dapat dianggap sebagai teater bangsawan. Drama ini di zaman gemilangnya
merupakan seni pertunjukan pentas yang paling terkenal dan amat diminati oleh semua
golongan masyarakat. Pementasan drama Bangsawan pada masa dahulu dapat juga
dianggap sebagai wayang bergerak. Setiap kumpulan mengadakan persembahannya
dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Di mana sahaja persembahan Bangsawan
diadakan pada waktu tersebut pasti mendapat sambutan daripada orang ramai.
Perkataan Bangsawan dalam istilah Bahasa Malaysia dikatakan berasal dari
dua perkataan iaitu bangsa dan wan. Bangsa membawa maksud kumpulan atau
segolongan manusia, manakala perkataan wan pula adalah gelaran untuk orang-
orang berketurunan raja. Jadi perkataan bangsawan adalah cantuman daripada dua
perkataan tersebut. Memang pada asalnya, orang-orang daripada keturunan itulah
7
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
8/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
yang menceburkan diri sebagai pelakon Seni Bangsawan. (Mohd Taib Osman & Wan
Kadir Yusoff, 1987).
5. Wayang Kulit
Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung
yang dibuat daripada belulang iaitu diperbuat daripada kulit lembu, kerbau atau
kambing. Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka.
Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang akan menjadi narator dialog tokoh-
tokoh wayang. Di dalam pementasan wayang kulit akan diiringi oleh muzik gamelan
yang akan dimainkan oleh sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh
para pesinden.
Dalang akan memainkan wayang kulit di balik kelir iaitu layar yang diperbuat
daripada kain putih dan di belakangnya akan disuluh dengan lampu elektrik atau lampu
minyak. Apabila lampu disuluh di belakang layang, para penonton yang berada di
sebelah berlawanan layar akan dapat melihat bayangan wayang yang berada di kelir.
6.0 SKRIP DRAMA
6.1 Maksud Skrip Drama
Sebuah skrip drama berbeza daripada novel dan cerpen atau puisi. Bagi novel dan
cerpen, pembaca akan dijelaskan secara terperinci tentang sesuatu situasi dan latar
bagi sesuatu peristiwa yang berlaku melalui penerangan pengarang, manakala dalam
sesebuah naskhah drama, seseorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum
(deskripsi) tentang sesuatu situasi, latar atau tempat, dan dialoglah yang akan
menyampaikan mesej dan pemikiran pengarang. Hal inilah yang membezakan drama
daripada karya sastera yang lain. Sememangnya sifat sesebuah naskhah drama
digerakkan oleh dialog. Pemikiran atau gagasan pengarang disampaikan melalui dialog
pelakon (watak-watak) yang berinteraksi dalam sesebuah drama. Sebuah naskhah
drama yang baik akan dapat memberikan gambaran jelas tentang pemikiran pengarang
melalui unsur-unsur dramatik dalam dialog yang dihasilkan. Unsur dramatik bermaksud
diksi atau ungkapan yang boleh membangunkan konflik dalam drama seperti dialog
yang menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu, dan seumpamanya. Sebuah drama
8
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
9/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
yang baik juga harus mempunyai unsur suspens, ketegangan dan seharusnya mampu
membina rasa ingin tahu pembaca atau penonton.
6.2 Skrip/Dialog Drama Sebabak Seniman Bujang Lapok
Babak 1
SINOPSIS :
Babak ini adalah mengenai tiga orang sahabat yang datang untuk mencuba nasib
menjadi filem star. Senario yang berlaku dalam babak ini menunjukkan unsur lucu, iaitu
keadaan duduk tanpa kerusi. Tuan pengurus telah menyoal mereka samada pernah
berlakon atau tidak. Akhirnya, tiga sahabat ini memberi jawapan yang melucukan
apabila tuan pengurus menyoal sehingga mana mereka bersekolah.
Beey : Masuk
Khai : Tuan manager, dua orang ni nak jumpa sama encik.
Beey : ha, duduk.
Beey : Aik ! atas apa kamu duduk
Ummar : Atas kerusi encik
Wanie : Aik! Encik tak Nampak ke ini kerusi ni. Ada tilam
Jasni : Siapa tak Nampak, tandanya nak mampus, pendek umur.Beey : Ooo Nampak, cantik ye, cantik. Ko Nampak teman. Ko tak
nampak.. huu pendek umur. ko nak mampus esok agaknya
ni ha.
Khai : Ooo saya Nampak, saya Nampak encik,saya Nampak encik, saya
nampak
Beey : cantik ye
Khai : cantik, cantik
Beey : Dari mana awak dapat kerusi itu
Wani : ee dimana dapat konon kerusi ni kan encik yang punya
Beey : ooo ye tak ye, baru saya ingat, semalam saya beli dari pajak
gantung. Emm, Ha sudah la, jangan duduk kerusi itu lagi,kerusi tu
dah berlapuk, nanti awak jatuh.
9
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
10/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
Ummar : yee baik encik
Beey : Awak bertiga ni, Apa hajat datang ke mari.
Ummar : emm kita bertiga ni nak jadi filem star encik
Beey : Filem star. Oo..dulu ada pernah berlakon
Ummar/Wani/Jasni : emm pandai encik,, pernah
Beey : Dulu pun ada pergi sekolah gak yer
Ummar/Wani/Jasni : ohh pergi,
Beey : baiklah, awak . sekolah past darjah berapa
Ummar : emm sekolah melayu past darjah lima encik, sekolah orang
putih past darjah empat suku encik
Beey : Empat suku, mengapa pula ada yang suku suku ya tu
Ummar : Pasal tiga bulan saya masuk belajar, jepun attack Malayaencik
Beey : aaa,, awak macam mana
Jasni : ooo saya atas lagi dari dia encik
Beey : seni english
Jasni : Emm no no no,Atas lagi encik
Beey : Atas yang macam mana pula tu
Jasni : Atas pokok,
Beey : Atas pokok, ooo
Jasni : Yee encik, sebab dari kecil kecil dulu bapa saya selalu suruh
saya panjat pokok
Beey : aaa awak macam mana pula
Wani : Saya, Bawah lagi pada dia encik
Beey : Bawah pondok
Wani : Bukan encik, bawah lagi encik
Beey : Bawah lagi, bawah yang macam mana
Wani : Bawah tanah encik
Beey : Bawah tanah
Wani : Ye encik, Sebab dulu saya ganti kerja tempat bapa saya,
gali lubang kubur
10
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
11/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
Beey : hahhahhahhah Entah macam mana, bila saya lihat awak
bertiga ni, saya berkenanla. Haa Baiklah
Babak 2
SINOPSIS :
Babak ini mengisahkan pula tentang lakonan screen test yang lakonannya di protes
oleh pelakon lain di mana seorang pelakon itu hendak memancung leher perempuan itu
gara-gara tidak memasukkan belacan dalam sayur asam. Akibat tindakannya
mengasari wanita, mereka menyuruh meminta maaf kepada wanita itu. Akhirnya, Tuan
Pengarah menghalau mereka keluar dari pementasan.
Khai : Jikalau kanda hendak mengusir dinda dari sini, ke mana lah yangdinda hendak menumpang diri, kanda
Janna : Ahhh aku tidak peduli apa yang akan terjadi pada diri engkau. :
Kalau engkau tidak mahu keluar, akan aku pancung leher kau
Khai : Sampai hati kanda hendak memancung dinda, sampai hati kanda
Janna : Sampai hati!, kau juga sampai hati membuat aku begitu. Bukankah
kau tahu kesukaan aku adalah belacan. Kenapa kau masak sayur
asam tak mau campur belacan. Sekarang akan aku pancung leher
kau.
Ayu : ehh apa punya lelaki, pasal belacan saja kau nak pancung dia ka
Beey : syyhhhhh
Ayu : Ehh apa syuhhhh. Kau sememang manusia durjana, sanggup
kau menggunakan kekerasan terhadap wanita. Baik kau meminta
maaf pada dia.minta maaf!, Kalau kau tak mau minta maaf, lebam
biji mata kau
Janna : Ni apa ni?, gila ke.
Ayu : ehh!, sanggup kau mengatakan aku gila,
Beey : kau bikin rosak gambar aku ye, huh
Ayu : Ooo kau main kasar ye.
11
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
12/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
Zack : Ehh Belum kena sudah jatuh ke? Jangan main bangsat tau. Ooo dua
lawan satu ka, kasi la one by one. Awak pikir awak punya lubang
hidung besar saya takut ke
Sharifah : Kau ni bikin sibuk je, kan diorang tengah berlakon filem
Ayu : Berlakon filem pun berlakon la,apa pulak pasal belacan nak memancung
mancung.
Sharifah : Dah cerita nya macam itu apa nak buat
Ayu : Ehh cerita macam itu pun nak bikin. bikin la cerita lain, cerita emas
ke, cerita ayam ke. cerita ikan berlaga ke, cerita kumbang terbang
ke, tak boleh.
Beey : Engkau tiga ekor, Nampak itu pintu besar tidak?
Bertiga : Nampak encikBeey : Nampak yea, dengan perintah aku, get out !. get out!.
Babak 3
SINOPSIS :
Babak ini mengisahkan tentang gelagat pelakon-pelakon yang sedang belajar dialog.
Aksi yang melucukan telah berlaku sebelum director memanggil mereka untuk testing
lakonan masing-masing. Keadaan Aziz yang melucukan apabila beliau dalam keadaan
muka yang putih melepak dan Sudin yang menggigil ketakutan apabila director mahu
menguji lakonan mereka.
Janna : Berapa banyak bomba yang tuanku,, apa dah
Sharifah : ehh ko tgk aku lawa tak
Janna : Jangan bising lah, orang tengah belajar dialog lah, berapa banyak
bomba. Lagi lagi bomba
Sharifah : Amacam muka aku
Khai : Aiseh man Ramli, bukan men lawa kau ni, Aisey, Hai ramli, Siapa
engkau
Sharifah : Aku king
Khai : King apa?
12
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
13/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
Sharifah : King kong
Janna : King kong kepala otak kau, aku tengah belajar dialog, korang bising
Sharifah : Ahhhh
Khai : Hai Ramli, kau tahu aka sapa?
P Ramli : Belum tau. Siapa kau?
Khai : Aku lah keturunan raja
Sharifah : Raja mana?
Khai : Raja kapur
Sharifah : Hai Raja Kapur
Khai : yeee
Sharifah : Kenapa muka kau macam tepung gomak
Khai : Ehh apada gomakZack : saudara. Apa lah sudah jadi? Dialog sudah hafal.
Khai dan Janna: Sudah encik
Zack : Haa Mari, director panggil. Mari ikut saya
Sharifah : Hai raja Kapur
Khai : Yee king kong
Sharifah : Director panggil
Khai : Silakan
Janna : Hamba rakyat bersedia, dalam kesedapan
Sharifah : Apa yang kesedapan, marilah, director dah panggil la
Janna : Hai ramli, kau tengok, badan aku apa dah jadi dah
Sharifah : Ehh kenapa dengan kau ni
Janna : aku menggeletar la, Rasa macam nak terkencing,
Sharifah : hei sudah simpan kertas tu. Director dah tunggu dah
Janna : grr..
Sharifah : ehh ada ka makan kertas tu
Khai : Hei lekas lah
Sharifah : Lekas lekas
Janna : Ajis, Ajis ! Ramli,darah gemuruh aku dah datang la, Asyik nak
terkencing lagi la. Engkau pergi dulu lah
13
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
14/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
Khai : Apa la dia ni.
Babak 4
Sinopsis :
Babak ini adalah mengenai screen test untuk pelakon baru menceburi bidang lakonan.
Senario yang berlaku dalam babak ini, menunjukkan unsur lucu, yang mana
pelakonnya yang bernama Aziz, terlupa dialog dan berlakon menggunakan dialog
ciptaannya sendiri. Akhirnya, ia mengundang kemarahan Tuan direktor, dan
menyebabkan beliau pengsan melayani karenah pelakon-pelakon.
Beey : Haa..Bagus-bagus! Sekarang kita mulakan. Pergi ambil
tempat.Wai : Tapi tuan, kasilah saya satu perempuan. Tak ada
perempuan, saya tak boleh berlakon, Tuan!Beey : Perempuan? Tak payah! Aaa Umar, Umar boleh jadi
perempuan, Umar mari siniUmar : Baik, Tuan!Beey : Duduk. Awak ibaratkan dia perempuan.
Aziz : Baik Tuan!Beey : Masa awak berlakon, pejam mata ya.Aziz : Pejam mata, baik Tuan!Beey : Cara-cara awak mengeluarkan perkataan dengan penuh
perasaan tau!Wani : Baik Tuan!Beey : Haa Bagus! Camera!Jasni : Ready, tuan!
Beey : Running!Jasni : Screen test 2, take 1.Beey : Action
Wani : Oh adindaku yang cantik jelita, hidungmu mancung bagai
seludang, rambutmu...ahh...rambut apa lagi tadi, oh
rambutmu hitam jambul di depan, berbaju bunga, seluar yinki,
berkaki ayam, oh adinda, lihatlah muka kanda yang putih
melepak.Beey : Eh! apa kau bikin dialog sendiri ya?
14
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
15/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
Wani : Hei! Siapa tu di sana ah? Ooh, adinda, kanda tahu siapa itu.
Itulah perompak yang mahu merompak adinda daripada
tangan kekanda.Beey : Apa? kau bilang aku perompak? Aku Direktor Ahmad Nisfu!Wani : Aah! Hei! Kau jangan coba hendak menyamarkan diri sebagai
direktor, walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lobang
hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku...Beey : Cut!
Ayu : Hahahaha..Beey : Cut!
Ayu : Ini pun bagus, tuan direktor! sungguh tak disangka-sangka,
kedua-duanya sama-sama bagus.Beey : Ini pun bagus jugak? Sudah, pergi! Panggil syaitan yang
penghabisan.
Sharifah : Baik Tuan! Haa Encik Sudin, Oh Encik Sudin, mana Encik
Sudin....
Babak 5
Sinopsis :
Babak ini adalah sambungan mengenai screen test untuk pelakon baru menceburi
bidang lakonan. Senario yang berlaku dalam babak ini, menunjukkan unsur lucu, yang
mana pelakonnya yang bernama Sudin,yang terlalu gemuruh dan menyebabkan dia
terlupa dialog dan berlakon menggunakan dialog ciptaannya sendiri. Akhirnya, ia
mengundang kemarahan Tuan direktor, namun dipuji oleh Tuan Pengarah filem.
Zack : Baik! Mari ikut aku, berdiri sini, kau lihat apa yang aku bikin.Ayu : Ya!Zack : Hei! Hang Jebat!
Ayu : Hei! Hang Jebat!Zack : Hei! tunggulah, aku bikin, kau tengok!
Ayu : Uh. (Sambil angguk kepala)
Zack : Hei Hang Jebat! lebih baik kau turun menyerah, kalau tidak,
aku naik bunuh kau!Ayu : Hehehe. Senang.Zack : Senang?
Ayu : Senang.Zack : Boleh?
Ayu : Boleh.
15
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
16/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
Zack : Ambil tempat!Ayu : Baik Tuan, sini?Zack : Nanti! Nanti!
Siap!
Ready for take, cameraUmmar : Running
Test 3, Take 1Zack : Action!Sudin : He he he hei! Hang Jebat! Lebih baik kau turun. Jikalau kau
tak mau turun, kau tunggu di sana sampai aku datang, engkau
sudah tahu, yang aku tunggu sama engkau berapa lama dekat
sini Jebat!Dan kau sudah tahu yang aku berapa kali terbuang
air besar. Ini pun ada rasa macam terkucil nak terkeluar aku
tahan Jebat! Ini sudah hamper 7 kali.Zack : Cut! Ah! huhuhu.. Apa yang kau merepek ni syaitan?
Ayu : Angin senggugut barangkali ada, tuan!Khai : Hahaha, bagus!
Babak 6
Sinopsis :
Babak ini adalah sambungan mengenai screen test untuk pelakon baru menceburi
bidang lakonan. Senario yang berlaku dalam babak ini, menunjukkan unsur lucu, yang
mana pelakonnya yang bernama Sudin,P.Ramlee, dan Aziz, terlupa dialog dan
berlakon menggunakan dialog ciptaannya sendiri. Akhirnya, ia mengundang kemarahan
Tuan direktor,
Khai : Bawa camera depan!
Kau orang dah hafal dialog semua?Ummar :
Sudin
Aziz
Ya, Sudah Tuan!
Khai : Boleh kita ambil gambar sekarangUmmar : Ya, boleh-boleh Tuan.
16
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
17/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
Sudin
AzizKhai : On light!
Test 1, CameraBeey : RunningKhai : RollBeey : Running, Test one, By oneKhai : Action!Ummar : Berapa senang beta punya hati, betalah yang digelarkan
Setan Aminur RashidKhai : Cut! Bukan setan, syaitan! Sultan!Ummar : Maaf, Tuan Direktor.Khai : RollBeey : Running,
Take two
Khai : Action!Ummar : Berapa senang beta punya hati, betalah yang digelarkan
Sultan Aminur Rashid. Wahai Dato Perdana Menteri.Jasni : Ampuan Tuanku!Ummar : Ada khabar yang baik hari ini?Jasni : Ada Tuanku! Semalam seorang saudagar telah datang
meminta supaya tuanku bukakan kandang harimaunya.Khai : Cut! Bukan kandang harimau, sekali rimau ngap kepala kau
bilang, kau nak mampus, bukak ladang limaunya.. Bodoh!
Bahlul!Ummar :
Sharifah
Bodoh ! Bahlul!
Jasni : Baik Tuan!Khai : Roll,
Running.Beey : Take three.Khai : Action!Jasni : Ada Tuanku! Semalam seorang saudagar telah datang
,meminta supaya tuanku merasmikan pembukaan ladanglimaunya.
Ummar : Bagus-bagus! Bagus Perdana Menteri, bagus! Kalau begitu,
esok pagi sebelum subuh beta akan sampai.
Khai : Cut!
17
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
18/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
Sebelum subuh, kau pegi buat apa, orang belum bangun
tidur, selepas subuh kau pergi, bodoh!Jasni :
Sharifah
Apalah kau!
Ummar : Maaf Khai : Roll
RunningBeey : Take Four!Ummar : Bagus Perdana Menteri, bagus! Kalau begitu esok pagi
sesudah subuh beta akan sampaiJasni : Bagus tuanku!Ummar : Dato Perdana Menteri boleh pergi.Jasni : Baik tuanku! Ampun Tuanku!Ummar : Hei, wahai Dato Ahle Nujum Maran Parku, Kepunden,
Parang Siapek!Sharifah : Tuanku!Ummar : Ermm, semalam beta telah bermimpi setompok tahi lembu
jatuh dari langit kelepap melekat ke muka beta, apa itu Tok
Nujum?Sharifah : Hei, menurut kitab ramalan patik, tuanku akan ditimpa
bahaya.Ummar : Bahaya? Tok Nujum? Tidak, tidak, tapi tahi lembu tu tidak
betul-betul melekat di muka beta, hanya sipi-sipi, jatuh kena
beta, apa itu tok nujum?Sharifah : Ooh, dia kena sipi?Ummar : Ya..Sharifah : Jadi kalau kena sipi itu, alamat tuanku kena demam malaria
parkova.Ummar : Er..er.. sipi pun tidak, yang sebenarnya beta ketip kelepak
jatuh kena ke muka direktor Ahmad Nisfu.Sharifah : Hai! tu alamat direktor Ahmad Nisfu nak mampus.Khai : aah! kenapa , kenapa kepala aku, aku tak ada kena mengena
di dalam ini gambar! Arghhhhhh
18
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
19/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
7.0 RUMUSAN/CADANGAN
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Kursus ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui
penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid
untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa
pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, dayaimaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
Kursus ini memberi peluang kepada kita untuk memahami kepentingan seni dan
kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas kanak-kanak dalam proses
pertumbuhan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Justeru, salah satu cara
asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui
seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif
dan imaginatif.
Kursus ini juga dapat menyedarkan kita tentang kepentingan deria yang
dianugerahkan tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan
mengenalpasti apa yang terdapat disekelilingnya. Dengan menggunakan deria, pelajar
akan dapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang
dilakukannya. Untuk itu kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada
pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting
dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.
Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai
subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini
merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni
Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang
19
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
20/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Dalam
kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi
melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya.
Pendedahan tentang Pendekatan Bertema dalam kursus ini banyak membantukerana seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam
perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia
menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran
artistik.Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan
minat murid dan guru. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang
kepada pelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu.
Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.
Kursus ini membantu kita memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti
yang berkaitan dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap
kefahaman dan kesedaran untuk lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta
dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik,
pergerakan dan seni visual.
Terdapat pelbagai cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan
penghubungkaitan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Penghubungkaitan
dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program
antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh
dilakukan dengan beberapa cara seperti :
1. Menghubungkait Pengetahuan dalam Pelbagai Mata Pelajaran. Proses
penghubungkaitan pengetahuan dalam pelbagai mata pelajaran adalah
berfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk
satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait
untuk mencapai satu matlamat.
2. Menghubungkait Kemahiran dalam pelbagai Mata Pelajaran.
Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam pelbagai mata pelajaran,
20
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
21/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
pelajar akan dapat menghubungkait sesuatu yang dipelajari dengan kehidupan
yang sebenar.
Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan
untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati,
menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan
yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan
kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari
segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan
mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa,
fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum ke dalam konteks
kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan
pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang
dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu
seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan
pembangunan minda pelajar. Sebagai seorang guru, peranan yang perlu dilaksanakan
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan
pembelajaran lebih sistematik.
Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara
penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat
pelajar. Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Motivasi
bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan
membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini.
Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam
segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan
melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dapat mempertingkatkan
konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan
termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Pengukuhan merupakan satu cara bagi guru untuk merangsang minda pelajar
21
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
22/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
supaya menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan
dalam tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk
pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-
aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.
Secara kesimpulannya, Seni Dalam Pendidikan dapat memberikan pengalaman
yang menyeronokkan dan memcungkil bakat-bakat individu yang terpendam untuk
menjadi seseorang yang lebih kreatif dan inovatif. Melalui drama sebabak, kita boleh
menganalpasti mereka yang sememangnya berkebolehan dalam seni muzik, seni
pergerakan dan seni visual.
22
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
23/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
8.0 Refleksi
Assalammualaikum w.b.t. Pertama kali saya ingin memanjatkan kesyukuran saya
kepada Allah Yang Maha Esa kerana saya dapat berjaya menyiapkan kerja kursus
projek subjek Seni Dalam Pendidikan ini dengan sepenuhnya. Saya akui bahawa
subjek ini agak sukar untuk disiapkan kerana isi kandungannya yang banyak danmelibatkan pelbagai aspek iaitu seni visual, muzik dan pergerakan.
Kerjasama ahli kumpulan saya amat memberangsangkan. Masing-masing
menyumbangkan idea yang bernas dalam penghasilan drama sebabak yang meliputi
pengguna seni visual, muzik dan pergerakan.
Semasa menyempurnakan tugasan ini, saya mengalami sedikit kesukaran untuk
mencari sumber rujukan yang sesuai seperti keratan akhbar. Saya juga mengalami
masalah kesuntukan masa kerana jadual saya padat dengan kelas dan aktiviti yang
terpaksa disertai. Selain itu, saya juga agak terkejar-terkejar untuk menyiapkan kerjakursus pendek ini kerana masih banyak lagi tugasan dan kerja kursus lain yang perlu
disiapkan dalam tempoh masa terdekat. Walau bagaimanapun, saya tetap berusaha
menyiapkan kerja kursus projek ini dengan bersungguh-sungguh kerana ia adalah
tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar dan kerja kursus ini membantu saya
untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.
Tugasan ini banyak membantu saya memahami pelajaran yang terlibat dalam
mata pelajaran ini seperti maksud drama, jenis-jenis drama, dan sebagainya. Saya
berharap tugasan yang telah saya selesaikan ini memenuhi kehendak dan kriteria yang
diingini oleh pihak tuan. Sesungguhnya, yang baik itu datang daripada Allah S.W.T.dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. Sekian, terima kasih.
Siti Nurulhidayu binti Sadudi
23
-
7/29/2019 KERJA KURSUS PENDEK
24/24
SENI DALAM PENDIDIKAN/SPK 2102
9.0 RUJUKAN
1. Internet
n.d., Seniman Bujang Lapok. diakses pada 20 Mac 2012.http://ms.wikipedia.org/wiki/Seniman_Bujang_Lapok
n.d., Alam Sastera Drama.diakses pada 24 Mac 2012.members.tripod.com/alam_sastera/drama.htm
n.d. Wikipedia Tragedi. diakses pada 30 Mac 2012.http://id.wikipedia.org/wiki/Tragedi
Veltaron.Drama Tragedi. diakses pada 1 April 2012.http://veltaron.wordpress.com/2011/10/08/drama-tragedi/
n.d. kamus online. diakses pada 10 April 2012.http://kateglo.com/index.php?
op=1&phrase=drama&lex=&type=r&mod =dictionary&srch=Cari
Dewan Bahasa dan Pustaka.Bimbingan Berkarya.Menulis Skrip Drama.diaksespada 10 April 2012.http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?
Content=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation
=208&IID=&Page=1
2. Jurnal
Khairul Aidil Azlin Abd. Rahman & Nur Afifah Vanitha Abdullah. IdiosyncrasyP.Ramlee dalam Genre Filem Komedi:Sarawak. Diakses pada April 12,2012,http://wacanaseni.usm.my/WACANA%20SENI%20JOURNAL%20OF%20ARTS%20DISCOURSE/JOURNAL_4%20PDF/ws4_article3.pdf
3. Buku
Zakaria M.Z (2007). Panduan Menulis Skrip Drama : Filem.Radio.Televisyen.Kuala Lumpur.Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Mohd Taib Osman & Wan Kadir Yusoff, (1987). Kajian Budaya dan Masyarakatdi Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
24
http://ms.wikipedia.org/wiki/Seniman_Bujang_Lapokhttp://id.wikipedia.org/wiki/Tragedihttp://veltaron.wordpress.com/2011/10/08/drama-tragedi/http://kateglo.com/index.php?op=1&phrase=drama&lex=&type=r&mod%20%09%09%09=dictionaryhttp://kateglo.com/index.php?op=1&phrase=drama&lex=&type=r&mod%20%09%09%09=dictionaryhttp://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content%20%09%09%09=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation%20%09%09%09=208&IID=&Page=1http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content%20%09%09%09=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation%20%09%09%09=208&IID=&Page=1http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content%20%09%09%09=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation%20%09%09%09=208&IID=&Page=1http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content%20%09%09%09=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation%20%09%09%09=208&IID=&Page=1http://wacanaseni.usm.my/WACANA%20SENI%20JOURNAL%20O%09F%20ARTS%20DISCOURSE/JOURNAL_4%20PDF/ws4_article3.pdfhttp://wacanaseni.usm.my/WACANA%20SENI%20JOURNAL%20O%09F%20ARTS%20DISCOURSE/JOURNAL_4%20PDF/ws4_article3.pdfhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Seniman_Bujang_Lapokhttp://id.wikipedia.org/wiki/Tragedihttp://veltaron.wordpress.com/2011/10/08/drama-tragedi/http://kateglo.com/index.php?op=1&phrase=drama&lex=&type=r&mod%20%09%09%09=dictionaryhttp://kateglo.com/index.php?op=1&phrase=drama&lex=&type=r&mod%20%09%09%09=dictionaryhttp://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content%20%09%09%09=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation%20%09%09%09=208&IID=&Page=1http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content%20%09%09%09=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation%20%09%09%09=208&IID=&Page=1http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content%20%09%09%09=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation%20%09%09%09=208&IID=&Page=1http://wacanaseni.usm.my/WACANA%20SENI%20JOURNAL%20O%09F%20ARTS%20DISCOURSE/JOURNAL_4%20PDF/ws4_article3.pdfhttp://wacanaseni.usm.my/WACANA%20SENI%20JOURNAL%20O%09F%20ARTS%20DISCOURSE/JOURNAL_4%20PDF/ws4_article3.pdf