Download - Kerja Kursus Murid dan Alam Belajar
-
8/4/2019 Kerja Kursus Murid dan Alam Belajar
1/12
K K P M U R I D & A L A M B E L A J A R ( E D U 3 1 0 3 )
H a l a m a n | 1
PERMAINAN PETA AHMAD
Permainan kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran
kanak-kanak. Pembelajaran berlaku secara holistik. Pelbagai perkara dapat dipelajari
oleh kanak-kanak melalui satu jenis permainan yang direka sendiri ataupun yang
dikongsi bersama. Seringkali kanak-kanak mereka permainan mereka sendiri termasuk
peraturan bermain, penggiliran, alatan dan sebagainya.
Telah menjadi hak kanak-kanak untuk bermain, berehat, beriadah dan
berseronok ( the right to rest, leisure; to engage in age - appropriate play and
recreational activities) menurut akta hak kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB : 1989).
Menurut Jean Piaget melalui Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed Mustapa
(2011), main adalah selari dengan pembelajaran dan seharusnya bermain boleh
dijadikan sebagai satu proses belajar, iaitu proses menambah baik dan memenuhi
keperluan psikologi dan keperluan sosial. Malah dengan bermain juga dapat dijadikankuasa untuk merujuk kepada pertandingan yang melibatkan pasukan menang, seri dan
kalah. Permainan yang bersifat fantasi berkait rapat secara langsung dengan main
sebagai berunsur ansur maju.
Menurut Friedrich Froebel melalui Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed
Mustapa (2011), bermain merupakan salah satu cara untuk melatih perkembangan
kanak-kanak. Main juga dapat melatih kanak-kanak meluahkan ekspresi mereka dan
seterusnya memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk memperkembangkan
kemahiran fizikal dalam proses pembelajaran mereka. Perkembangan kemahiran
tersebut kemudiannya akan menjadi dasar kepada pendidikan yang akan dilalui murid
pada peringkat seterusnya.
1.0 PENDAHULUAN
-
8/4/2019 Kerja Kursus Murid dan Alam Belajar
2/12
K K P M U R I D & A L A M B E L A J A R ( E D U 3 1 0 3 )
H a l a m a n | 2
Konsep main atau bermain merupakan satu konsep yang kelihatan mudah tetapi
sukar untuk dedifinisikan, terutamanya dalam konteks pendidikan dan pembelajaran
bagi seseorang kanak-kanak. Kita sedar akan kepentingan main apabila kita melalui
prosesnya dengan sendiri. Menurut Pellegrini (1995) melalui Noriati A. Rashid dalam
buku beliau Murid dan Alam Belajar (2009), mudah kita menjelaskan konsep main
dengan melihat unsur-unsur main secara sukarela, main bermotivasi intristik, main
melibatkan penglihatan dan pergerakan fizikal yang aktif serta mempunyai kualiti yang
melibatkan imaginasi.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan 2007 halaman 977, perkataan
main membawa maksud sesuatu yang dilakukan untuk bersenang -senang atau
bersuka-suka dengan menggunakan alat-alat tertentu atau tidak.
Menurut Fromberg (1987) melalui Ahmad Subki Miskon (2011) dalam bukunya
Murid dan Alam Belajar, secara umumnya main adalah simbolik, bermakna,
menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi instrik, mempunyai peraturan dan berbentukepisodik. Sering kali main dikatakan antonim kepada kerja atau belajar. Sebenarnya
konsep tersebut kurang tepat kerana kerja atau belajar yang menikmati kepuasan serta
mempunyai ermpat unsur berkenaan tergolong dalam konsep main.
Manakala menurut Brian Sutton-Smith dalam Pellegrini (1995) melalui Choong
Lean Keaw (2011) dalam bukunya Murid dan Alam Belajar, main dapat digolongkan
mengikut fungsinya, iaitu main sebagai satu kemajuan, main sebagai kuasa, main
sebagai fantasi dan main sebagai mainan. Bagi kanak-kanak, main merupakan satu
laluan yang membolehkan kanak-kanak belajar dan mengenali persekitaran dunianya
melalui penerokaan, simulasi, lakonan, proses cuba jaya dan manipulasi alatan.
2.0 KONSEP MAIN
-
8/4/2019 Kerja Kursus Murid dan Alam Belajar
3/12
K K P M U R I D & A L A M B E L A J A R ( E D U 3 1 0 3 )
H a l a m a n | 3
Melalui main, sama ada dikendalikan secara terancang atau kanak-kanak
bermain sendiri, proses perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh akan terus
berlaku. Bermain jelas memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk
memperkembangkan fizikal mereka. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang
berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan
motor halus serta kesedaran tentang badan mereka.
Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan
bahagian-bahagian badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak
meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakindan boleh berdikari. Kanak-kanak boleh memperkembangkan fizikal dari segi motor
kasar dan halus. Antara contoh permainan yang boleh melatih perkembangan fizikal
kanak-kanak seperti tolak dan tarik alat permainan, ambil barang-barang kecil,
memukul bola dan permainan yang memerlukan kanak-kanak menulis.
Menurut Lev Vygotsky melalui Choong Lean Keaw (2009), bermain ialah sumber
perkembangan kanak-kanak. Melalui aktiviti main, mereka belajar dan mengamalkemahiran sosial asas, disamping membentuk identiti kendiri, belajar berinteraksi
dengan kanak-kanak lain dan belajar cara berkawan.
Manakala menurut Fromberg & Gullo (1992) melalui Choong Lean Keaw (2009),
main meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak, disamping kompetensi sosial,
kreativiti, imiginasi dan kemahiran berfikir. Dapatan ini disokong pula oleh Frost (1992)
yang mendapati bahawa main merupakan sumber utama perkembangan imigina si,
kecerdasan, bahasa, kemahiran sosial dan keboleh persepsi-motor bayi kecil dan
kanak-kanak. Antara kepentingan kegiatan main ialah kepentingan dari sudut fizikal,
emosi, sosial dan intelektual.
3.0 KEPENTINGAN MAIN
-
8/4/2019 Kerja Kursus Murid dan Alam Belajar
4/12
K K P M U R I D & A L A M B E L A J A R ( E D U 3 1 0 3 )
H a l a m a n | 4
3.1 Kepentingan Bermain Dari Aspek Fizikal
Dengan aktiviti bermain, kemahiran psikomotor, iaitu motor kasar, motor halus,
koordinasi mata-tangan, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dapat dibina.
Kemahiran fizikal yang berkenaan termasuk berlari, melompat, memanjat,
mengimbang, mengayuh basikal, bermain bola, menendang, menyambut dan
membaling bola.
Aktiviti taman sains seperti menanam, menyiram, membaja dan menggali tanah
dapat meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria bau, deria sentuh, kemahiran
motor halus, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor di samping penerokaan alam
semula jadi.
Aktiviti-aktiviti mewarna, melakar, melukis, membentuk, menampal dan
mencantum dapat membina kemahiran manipulatif, koordinasi mata-tangan dan
kemahiran motor halus. Begitu juga dengan aktiviti renang dapat membina kemahiran
mengimbang, mengapung, mengawal pernafasan serta dapat mengurangkan perasaan
takut dan bimbang. Ini selaras dengan teori manipulatif dan teori psikodinamik. Bermain
dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan serta dapatmengeluarkan perasaan takut dan bimbang kepada peringkat sedar.
Menurut Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed Mustapa (2011), kepentingan
main ialah dari sudut fizikal. Menurut mereka, main amat penting kepada murid kerana
dengan aktiviti main, mereka dapat mencergaskan fizikal dan meningkatkan kekuatan
dan ketahanan diri. Malah dengan aktiviti main juga dapat menjadikan tubuh badan
sihat. Malah dari sudut psikomotor juga main dapat meningkatkan motor kasar dan
motor halus. Main juga dapat memupuk keyakinan diri dan mereka berasa seronok
dalam permainan. Kanak-kanak juga mempunyai semangat inkuiri iaitu semangat ingin
tahu, maka dengan aktiviti main, mereka dapat memenuhi naluri ingin tahu mereka.
Disamping itu aktiviti main juga dapat memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama,
bertoleransi dan sebagainya.
-
8/4/2019 Kerja Kursus Murid dan Alam Belajar
5/12
K K P M U R I D & A L A M B E L A J A R ( E D U 3 1 0 3 )
H a l a m a n | 5
3.2 Kepentingan Bermain Dari Aspek Kognitif
Perkembangan kognitif dan bahasa merupakan satu aspek yang penting dalam
perkembangan individu. Mendengar, membaca, berbincang dan bertutur amat
membantu dalam perkembangan kognitif. Melalui bermain, melakonkan semula apa
yang dibaca atau cerita yang didengar dapat mempercepat penguasaan bahasa dan
kognitif.
Kanak-kanak ialah pelajar yang aktif. Kanak-kanak cepat belajar dengan
melakukannya sendiri seperti meneroka, membuat uji kaji atau kajian, mereka bentuk
model dan kraftangan. Dengan cara itu, kanak-kanak akan lebih memahami dunia
sekeliling dengan lebih mudah.
Melalui permainan bahasa, permainan dam, puzzle , nyanyian, main peranan,
simulasi dan congkak akan membantu dalam mengembangkan kemahiran matematik
dan sains serta berfikir secara kreatif dan logik.
Aktiviti melukis, mewarna dan membina objek kreatif dapat mengembangkan
kemahiran reka cipta serta kreativiti. Sebenarnya melalui aktiviti bermain, murid dapatdikembangkan dari aspek kognitif secara menyeluruh.
Menurut Rogers dan Sawyer (1988) melalui Choong Lean Keow (2011)
berpendapat bahawa sehingga berumur sembilan tahun, struktur kognitif kanak-kanak
sememangnya berfungsi atas mod saling bertindakbalas secara sosial, berfikir apa
yang sedang dan akan dilakukan kemudian, menggunakan bahasa untuk
berkomunikasi antara satu sama lain dan memberikan respon yang bersifat emosional.
-
8/4/2019 Kerja Kursus Murid dan Alam Belajar
6/12
K K P M U R I D & A L A M B E L A J A R ( E D U 3 1 0 3 )
H a l a m a n | 6
3.3 Kepentingan Bermain Dari Aspek Emosi
Melalui permainan sosial, kanak-kanak belajar berinteraksi dengan orang lain
secara positif, belajar menghormati hak orang lain, mengambil giliran, berkongsi alatan
serta melayani keperluan orang lain.
Kanak-kanak akan mempelajari nilai menghargai alam sekitar, memelihara
persekitaran serta mengenal dan menghormati nilai budaya. Menurut teori instinct
(naluri), alam kanak-kanak merupakan tempoh persediaan diri untuk ke alam dewasa.
Pengalaman bermain memberikan latihan ke arah kedewasaan. Pengalaman
bermain seperti main peranan dan main imaginatif dapat membantu kanak-kanakmencapai kematangan. Melalui permainan imaginatif seperti main pondok-pondok dan
doktor-doktor, kanak-kanak belajar peranan sebagai orang dewasa.
Permainan turut melibatkan perasaan dan jiwa murid kerana di dalam permainan
atau pertandingan akan melibatkan sebelah pihak menang dan sebelah pihak lagi
kalah. Maka secara ironinya, akan wujud perasaan gembira dan sedih. Di sinilah
permainan akan mengajar murid-murid bagaimana mengurus perasaan sama ada sedihataupun gembira. Malah mungkin perasaan lain seperti marah, tidak berpuas hati juga
akan timbul, justeru, murid dapat belajar menguruskan perasaan dan jiwa dengan
sebaiknya.
Dengan permainan juga, murid diajar dan dilatih untuk bersifat tolak ansur,
tolong menolong, dan memberikan respon yang bersuaian dengan situasi. Sebagai
contoh, sekiranya pihak lawan mendapat mata, mereka akan dilatih untuk lebih
bersemangat dan memberikan saingan yang positif sama ada dari sudut perlakuan,
mimik muka dan sebagainya. Malah murid juga perlu dilatih untuk memberikan ucapan
tahniah kepada pihak lawan atas kejayaan mereka dan bukannya menunjukkan
kelakuan yang agresif atas kejayaan pihak lawan tersebut.
-
8/4/2019 Kerja Kursus Murid dan Alam Belajar
7/12
K K P M U R I D & A L A M B E L A J A R ( E D U 3 1 0 3 )
H a l a m a n | 7
3.4 Kepentingan Bermain Dari Aspek Sosial
Menurut Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed Mustapa (2011), kepentingan
main turut melibatkan aspek sosial. Antara kelebihan main dari aspek sosial ialah
membina hubungan baik dengan orang dewasa dan rakan sebaya. Malah dengan
bermain, mereka dapat menghormati kebudayaan dan kepercayaan sendiri dan orang
lain terutama teman sepermainan. Antara nilai positif yang wujud dalam permainan
ialah bekerjasama dan mereka dapat memupuk nilai tersebut dalam diri mereka.
Permainan turut mempunyai peraturan tertentu dan murid yang bermain mereka akan
berusaha untuk mematuhi syarat-syarat permainan dan secara tidak langsung mereka
dapat mendisiplinkan diri mereka.
Dengan permainan juga, para murid dapat sedar tentang keperluan, pandangan
dan perasaan diri sendiri serta orang lain. Mereka akan mengambil ikhtibar dari
hubungan yang mereka jalinkan dengan teman sepermainan. Secara tidak langsung,
mereka akan belajar mengenal individu lain dan mereka dapat bersosialisasi dengan
teman-teman sepermainan sebagai persediaan untuk berdepan dengan masyarakat di
luar.
-
8/4/2019 Kerja Kursus Murid dan Alam Belajar
8/12
K K P M U R I D & A L A M B E L A J A R ( E D U 3 1 0 3 )
H a l a m a n | 8
Permainan Peta Ahmad merupakan permainan yang amat bersesuaian untuk
murid tahap satu. (sila rujuk foto 1 di lampiran A) Permainan ini menerapkan kemahiran
memegang pensil dan membentuk otot halus tangan untuk menulis abjad-abjad yang
mudah. Disamping melatih otot halus tangan untuk menulis abjad mudah dan
memegang pensil, murid juga dapat mengetahui beberapa objek yang terdapat di
dalam peta tersebut. Ini kerana permainan ini mengandungi jalan cerita yang tersendiri
dan dari jalan cerita tersebut murid dapat mengetahui nama pelbagai objek. Permainan
ini juga mempunyai pelbagai warna dan guru dapat menarik perhatian para murid
dengan warna yang pelbagai tersebut. (sila rujuk foto 2,3 & 4 untuk kaedah permainan)
4.1 Perkaitan Dengan Perbezaan Individu
Menurut Howard Gardner (1983) melalui Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail
Syed Mustapa (2011) dalam Theory of Multiples Intelligences telah menjelaskan
terdapat lapan (8) kecerdasan tertentu yang dapat dipraktikkan di dalam pembelajaran.
Setiap insan menurut Howard Gardner mempunyai kemahiran dan kecerdasan tertentu.Melalui permainan Peta Ahmad ini, guru dapat melatih para murid dalam kecerdasan
visual-spatial iaitu melatih kebolehan murid untuk mencipta gambaran mental dan
mengamati dunia visual. Kecerdasan ini melibatkan kepekaan terhadap warna, garisan,
bentuk dan ruang. Murid yang mempunyai kecerdasan ini akan berkebolehan mengolah
visual dalam permainan Peta Ahmad ini secara spatial. Antara contoh aktiviti yang
berkaitan dengan kecerdasan visual-spatial seperti Peta Ahmad ialah aktiviti garis
bentuk dan ruang, melukis, mengecat, skema warna dan mencipta gambaran.
4.2 Perkaitan Dengan Prinsip Pembelajaran
Menurut Choong Lean Keow (2011), prinsip pembelajaran mempunyai beberapa
prinsip iaitu penglibatan aktif, pola dan perkaitan, pembelajaran informal, pengalaman
4.0 PERMAINAN PETA AHMAD
-
8/4/2019 Kerja Kursus Murid dan Alam Belajar
9/12
K K P M U R I D & A L A M B E L A J A R ( E D U 3 1 0 3 )
H a l a m a n | 9
langsung, situasi mendesak, maklumbalas berterusan, suasana yang menyeronokkan
dan refleksi. Melalui permainan Peta Ahmad ini terdapat beberapa prinsip yang akan
murid lalui antaranya penglibatan aktif, pembelajaran informal, pengalaman langsung,
maklumbalas berterusan, suasana yang menyeronokkan dan refleksi.
Permainan Peta Ahmad akan melibatkan semua murid di dalam darjah dan
murid akan terlibat dengan aktif untuk memberikan respon terhadap aktiviti yang
dijalankan. Selain itu, permainan ini juga boleh dilakukan di mana sahaja dan tidak
terhad hanya di dalam darjah sahaja malah boleh dilakukan di padang, dewan kecil dan
sebagainya. Permainan ini juga akan menyebabkan murid mengalami sendiri
pengalaman permainan tersebut dan secara tidak langsung murid mengimiginasikan
permainan tersebut di dalam mental mereka. Ini kerana permainan ini mempunyai jalancerita yang tersendiri. Murid juga akan memberikan maklumbalas yang berterusan
setelah mereka diberikan peneguhan positif oleh guru mereka. Selain itu, suasana
pembelajaran menggunakan permainan ini amat menyeronokkan dan dapat menarik
minat pelajar. Akhir sekali ialah prinsip pembelajaran refleksi iaitu diakhir pembelajaran,
guru akan membuat kesimpulan tentang permainan tersebut dan kisah yang diceritakan
di dalam permainan tersebut.
4.3 Perkaitan Dengan Pendekatan Pembelajaran Tematik
Menurut Choong Lean Keow (2011) dalam bukunya Murid dan Alam Belajar
(2011), pendekatan pembelajaran tematik bermaksud pembelajaran yang diadakan
mempunyai tema tertentu. Setiap minggu terutama melibatkan pelajar prasekolah dan
tahap satu, mereka akan mempelajari sesuatu subjek berdasarkan tema tertentu seperti
haiwan, warna, bentuk, keluarga, sekolah dan sebagainya. Merujuk kepada Kurikulum
Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-kanak, contoh-contoh tema yang telah disusun
ialah seperti keluarga saya, binatang peliharaan saya dan sebagainya.
Melalui permainan Peta Ahmad ini, para murid akan melalui pembelajaran yang
mempunyai pelbagai tema seperti mengetahui nama haiwan, bentuk muka bumi dan
-
8/4/2019 Kerja Kursus Murid dan Alam Belajar
10/12
K K P M U R I D & A L A M B E L A J A R ( E D U 3 1 0 3 )
H a l a m a n | 10
sebagainya. Disamping melatih mereka menulis dengan gaya penulisan yang betul,
mereka dapat mengetahui pelbagai input berkenaan persekitaran yang berguna dan
biasa. Menurut Choong Lean Keow (2011) lagi, pendekatan pembelajaran tematik ini
mempunyai pelbagai kelebihan. Antaranya ialah kanak-kanak berpeluang memperoleh
pembelajaran secara mendalam. Mereka juga dapat melibatkan diri dalam proses
pembelajaran secara fizikal dan pengalaman sendiri. Mereka juga dapat belajar
kemahiran-kemahiran proses dan belajar cara belajar. Selain itu, pembelajaran tematik
ini juga dapat meningkatkan lagi motivasi guru dan kanak-kanak dalam mengajar dan
belajar sesuatu subjek.
4.4 Perkaitan Dengan Strategi Pembelajaran Pemusatan Murid
Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad
(2009), strategi pembelajaran berpusatkan murid membawa maksud murid
mengambilalih sedikit tanggungjawab untuk apa-apa yang diajar dan bagaimana ia
dapat dipelajari. Strategi berpusatkan murid menggalakkan murid bertanggungjawab
dalam melibatkan diri bagi membantu mereka memahami isi pembelajaran. Walaupun
ianya kurang bersifat eksplisit, guru harus memastikan murid menjalani pembelajaran di
bawah pemantauan ketat guru. Guru akan bertindak selaku fasilitator danbertanggunjawab terhadap murid. Tujuan strategi pembelajaran berpusatkan murid ini
adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif dan kritis pada murid.
Melalui permainan Peta Ahmad ini, murid akan diberikan alat bantu belajar
tersebut dan murid akan mencari sendiri jalan penyelesaian kepada permainan
tersebut. Malah sewaktu mencari jalan penyelesaian tersebut, guru akan bertindak
sebagai pembimbing untuk menerangkan apa sahaja objek yang wujud di dalam
permainan tersebut. Ini secara tidak langsung akan memberikan input yang berguna
kepada murid.
-
8/4/2019 Kerja Kursus Murid dan Alam Belajar
11/12
K K P M U R I D & A L A M B E L A J A R ( E D U 3 1 0 3 )
H a l a m a n | 11
Suasana dalam alam belajar merupakan keadaan atau suasana belajar yang
dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan
tingkah laku. Alam belajar merangkumi keadaan fizikal tempat belajar, hubungan
psikososial individu terlibat dalam mengajar dan belajar serta peranan komuniti
pembelajaran.
Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad
(2009), main merupakan pengalaman yang menyeronokkan buat kanak-kanak kerana
mereka berkembang dan belajar melalui bermain. Melalui proses bermain yang sesuaidan selaras dengan keupayaan dan jiwanya, kanak-kanak akan mengalami
perkembangan personaliti, dan konsep kendiri positif. Main menggalakkan kanak-kanak
berimiginasi, berfikir secara kreatif, mengembang keupayaan menyelesaikan masalah,
memupuk kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial. Guru wajar memanfaatkan
proses main untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Perancangan rapi amat
diperlukan untuk mendapatkan kesan yang positif.
Our children from their earliest years must take part in all lawful forms of
plays, for if they are not surrounded with such an atmosphere they can
never grow up to be well conducted and virtuous citizens.
Plato : The Republic
.
5.0 RUMUSAN
-
8/4/2019 Kerja Kursus Murid dan Alam Belajar
12/12
K K P M U R I D & A L A M B E L A J A R ( E D U 3 1 0 3 )
l |
Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed Mustapa. (2011). Murid dan Alam Belajar .
Kuala Lumpur. Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Choong Lean Keow. (2011). Murid dan Alam Belajar . Selangor. Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Hajah Noresah Bt. Baharom et. al (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat . Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Konsep Main. Dilayari pada 22 Ogos 2011 di URL http://iptaa.edu.my/Portal/
download/EDU3103_PDF/09-13%20Bahan,Rujukan&%20Panel.pdf
Nik Safiah Karim et. al. (2009), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan
Alam Belajar . Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Pendekatan, Strategi, Kaedah & Teknik . Dilayari pada 22 Ogos 2011 di URL
http://www.teachersrock.net/pdkt.htm
BIBLIOGRAFI