Download - Kerajaan Qaramitah
OBJEKTIF KULIAH M8
Memahami sejarah
kemunculan Kerajaan
Qaramitah.
Mengenal pasti sistem
pentadbiran, pencapaian dan
kejatuhan kerajaan ini.
Kuliah 8 / 2
QARAMITAH
Sebuah kerajaan entiti Syiah Rafidah.
Cabang Syiah Ismailiyyah.
Muncul di Kufah (kaw. Pertanian), Syria
(kaw. Sahara) & Bahrayn (kaw. Pantai).
Muncul pada pertengahan abad ke-3H hingga
pertengahan abad ke-4H.
Diperintah oleh lima orang imam.
Tiada kerajaan pusat, memerintah secara
kerajaan berkabilah.
Kuliah 8 / 3
ASAL-USUL QARAMITAH
Pengasas: Hamdan b. al-Ash‘ath (Ketua Arab
Badwi yang tinggal di selatan Iraq).
Dikenali sebagai Qirmit; pengikut Syiah
Ismailiyyah yang fanatik.
Beliau dipengaruhi oleh Ibn Maymun al-
Qaddah yang menyokong kumpulan
Mubarakiyyah, mawla Imam Ismail.
Hamdan bergiat cergas di Kufah; ramai
hamba kulit hitam dan juga buruh.
Kuliah 8 / 4
ASAL-USUL QARAMITAH
Beliau dapat sokongan besar sebab janji
untuk beri masa depan yang lebih baik.
Mereka menyokongnya untuk menentang
kepimpinan ‘Abbasiyyah yang dianggap
zalim terhadap kaum lemah (mustad‘afin).
Menubuhkan pusat gerakan syiah yang
dikenali sebagai Dar al-Hijrah.
Setiap sektor perburuhan terdapat
organisasi bercorak politik.
Kuliah 8 / 5
KERAJAAN QARAMITAH
Teori: Qaramitah bukan satu kerajaan yang
sah pada pandangan ‘Abbasiyyah.
Praktikal: Ia berjaya bentuk satu kerajaan
yang memerintah beberapa kawasan selama
hampir satu abad.
Kerajaan ini tidak tunduk langsung pada
mana-mana kuasa, sama ada ‘Abbasiyyah
mahu pun Fatimiyyah (Syiah) di Mesir.
Mereka ialah Imamah, diketuai oleh Imam.
Kuliah 8 / 6
KERAJAAN QARAMITAH
Apabila ditekan dari setiap penjuru, akhirnya
ia bersetuju untuk bersekutu dengan Kerajaan
Fatimiyyah dan mengiktiraf pemimpin mereka
sebagai imam.
Pernah dianggap sebagai sebuah kerajaan
yang kuat kerana:
Berjaya menawan Yamamah dan ‘Uman pada
tahun 291H.
Berjaya menawan Makkah pada tahun 318H.
Kuliah 8 / 7
Qaramitah tidak mempunyai sistem
pentadbiran yang formal.
Kerajaan ini ditadbir oleh Majlis Syura;
dianggotai oleh setiap ketua keluarga.
Pelaksanaan dilaksana oleh ketua negara.
Ketua negara tidak memiliki kuasa mutlak
atau apa jua bentuk keistimewaan.
Semua pendapatan dibahagi sama rata
dengan semua penduduk.
SISTEM PENTADBIRAN
Kuliah 8 / 8
Qirmit sendiri perlu berladang untuk
menampung pendapatan keluarga.
Qaramitah tidak membenarkan apa jua
bentuk diskriminasi.
Qirmit dikatakan tidak diberi gaji langsung.
Sistem ini berjaya meraih sokongan mereka
yang ditindas.
Namun, akhirnya sistem ini gagal dikekalkan
dan kronisme mula melanda golongan ini.
SISTEM PENTADBIRAN
Kuliah 8 / 9
Mereka berjaya mempengaruhi golongan
hamba berkulit hitam dan golongan Buruh.
Secara tidak langsung, ia turut menguasai
dimensi ekonomi di Iraq.
Tambahan pula, golongan Turki yang
menguasai Baghdad ketika ini berada dalam
keadaan kegawatan politik kerana kejam.
Selepas Hamdan, pimpinan beralih kepada
Zikrawayh; Kufah beralih ke Syria.
PENCAPAIAN QARAMITAH
Kuliah 8 / 10
Ini kerana Kufah sentiasa terdedah dengan
tekanan ‘Abbasiyyah.
Zikrawayh lebih agresif daripada Hamdan.
Sentiasa menyerang para pedagang dan
golongan hujjaj.
Tindakan ala-Khawarij ini tidak disukai oleh
semua umat Islam, termasuk Syiah.
Zikrawayh mula serang pusat pentadbiran
‘Abbasiyyah seperti Dimashq.
PENCAPAIAN QARAMITAH
Kuliah 8 / 11
Khalifah al-Muktafi hantar tentera untuk
serang Qaramitah pada tahun 293H dan
‘Abbasiyyah menang.
Qaramitah Syria mula terjejas.
Anak-anak Zikrawayh mula lari dari Syria
dan kumpulan mereka dikenali sebagai al-
Ba‘liyyah.
Qaramitah di Bahrayn dipimpin oleh Abu
Sa’id Hasan al-Janabi, murid Hamdan.
PENCAPAIAN QARAMITAH
Kuliah 8 / 12
Beliau turut fokuskan dakwahnya kepada
golongan buruh kerana mudah dipengaruhi.
Beliau tubuhkan pusat gerakan di al-Ahsa;
pinggiran pantai barat Teluk Parsi.
Pusat ini kemudian dikenali al-Mu’miniyyah.
Setelah Qaramitah Syria jatuh, Qaramitah
Bahrayn mula berkembang pesat.
Ramai pengikut Zikrawayh berhijrah ke
Bahrayn.
PENCAPAIAN QARAMITAH
Kuliah 8 / 13
Abu Sa’id yang asalnya seorang warak dan
bersikap sederhana, berubah menjadi
seorang yang agresif.
Beliau berjaya menawan Yamamah dan
‘Uman.
Berjaya juga menawan Makkah pada tahun
318H dan merampas Hajar al-Aswad.
Hajar al-Aswad ini telah dibawa ke Bahrayn
dan menyebabkan umat Islam marah.
PENCAPAIAN QARAMITAH
Kuliah 8 / 14
Qaramitah bertindak ganas terhadap orang
Islam yang tidak menyokongnya.
Gambaran buruk ini ditambah pula dengan
tindakan mereka merampas Hajar al-Aswad.
Ini menyebabkan penyokong mereka mula
berkurangan.
Ancaman turut datang daripada golongan
Arab Badwi.
Syiah lain tidak restu tindakan mereka itu.
KEJATUHAN QARAMITAH
Kuliah 8 / 15
Mereka mengembalikan Hajar al-Aswad ke
Makkah dengan harapan dapat menebus
kesalahan mereka.
Tetapi masyarakat umum mula hilang
keyakinan terhadap kumpulan ini.
Qaramitah mula memperakui Fatimiyyah.
Ini menyebabkan Sunni lebih marah.
Qaramitah jatuh pada tahun 378H oleh Banu
al-Muntafiq (Badwi) yang serang Bahrayn.
KEJATUHAN QARAMITAH
Kuliah 8 / 16