Download - kepimpinan instruksional
FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MPF 1523
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL: SATU KAJIAN DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA DI DAERAH KOTA TINGGI
Pensyarah :
DR. LOKMAN BIN MOHD. TAHIR
Disediakan Oleh :
HAFSAH BINTI MAD ARIP (801012-01-5884)
MOHD JOHAN BIN YAKOM (741102-01-7013))
SITI PATIMAH BINTI MOHAMAD NOR (850318-01-5984)
TAJUL ARIFFIN BIN ABDUL RAHIM (710427-01-5647)
SARJANA PENDIDIKAN
(PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN)
2012
1
ABSTRAK
Pengetua merupakan tunjang bagi sebuah sekolah. Gaya kepimpinan yang
diamalkan oleh seseorang pengetua menentukan keberkesanan sesebuah sekolah itu.
Merujuk pernyataan berkenaan, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti gaya
kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua di dua buah sekolah menengah
berasrama di dalam daerah Kota Tinggi. Bagi tujuan kajian, Sekolah Menengah
Berasrama A dan Sekolah Menengah Berasrama B dipilih secara rawak di mana
sekolah A tergolong dalam kategori Sekolah Berprestasi Tinggi manakala sekolah B
adalah Sekolah Berasrama aliran agama. Kajian kuantitatif telah dijalankan
menggunakan kaedah soal selidik di dua buah sekolah berkenaan. 25 orang guru
daripada sekolah A dan 25 orang guru daripada sekolah B dipilih secara rawak bagi
menjawab soal selidik. Dapatan daripada soal selidik menunjukkan bahawa kedua-
dua pengetua berkenaan mengamalkan kepimpinan instruksional. Teori-teori di
sebalik kepimpinan instruksional ini akan dikupas secara terperinci dan persoalan
tentang sejauh mana pengetua berkenaan menjalankan peranan sebagai pemimpin
instruksional di sekolah masing-masingturut dibincangkan. Peranan-peranan
pemimpin instruksional dibahagikan kepada 5 dimensi seperti dinyatakan dalam
Teori Kepimpinan Instruksional Weber (1996). Dapatan yang diperolehi daripada
soal selidik berkenaan menunjukkan keutamaan peranan yang dipegang oleh
pengetua dua buah sekolah berkenaan.
1.0 PENGENALAN
Pengetua atau Guru Besar memainkan peranan yang kompleks untuk memastikan sekolah
berjalan dengan berkesan melalui kepimpinannyameneraju warga sekolah ke arah visi atau
matlamat yang ingin dicapai. Ini kerana, seseorang pengetua atau Guru Besar adalah pencetus
kepada budaya yang diamalkan di sesebuah sekolah. Tindakan-tindakan diambil oleh seseorang
pengetua atau Guru Besar mencerminkan gaya kepimpinannya. Berdasarkan analisis yang
dinyatakan oleh Ubben, Hughes dan Norris (2007), gaya kepimpinan yang ditonjolkan oleh
seorang pengetua atau Guru Besar di sekolah yang baik menunjukkan tahap penglibatan tinggi
dalam kerja dan berorientasikan akademik. Gaya kepimpinan berkenaan dikenali sebagai
2
kepimpinan instruksional. Keberkesanan tindakan seseorang pengetua atau Guru Besar yang
mengamalkan kepimpinan instruksional boleh diukur melalui penglibatannya dalam dua proses
memimpin iaitu pencapaian matlamat dan kesejahteraan anggota (Robiah Sidin, 2003).
Seorang pemimpin instruksional perlu memimpin warga sekolah untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan selain perlu memastikan bahawa setiap warga sekolah yang terlibat dapat melakukan
tugas dalam suasana harmoni, mesra dan tanpa perlu bimbang tentang keperluan asas fisiologi.
Seseorang pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan kepimpinan instruksional mempunyai
potensi untuk mencapai kecemerlangan kerana penekanan dalam pencapaian matlamat dan
kebolehan untuk memenuhi kesejahteraan anggota.
Salah satu ciri kepimpinan instruksional adalah pemimpin akan menyediakan sumber
keperluan organisasi. Di sekolah, seorang pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan
kepimpinan instruksional akan menyediakan sumber seperti bahan dan masa bagi keperluan
guru. Melalui tindakan tersebut, guru-guru dan staf akan melihat pemimpin mereka sebagai
seorang yang prihatin dengan keperluan orang-orang bawahannya dan akan melahirkan rasa
hormat dan percaya terhadap pemimpin. Kepercayaan adalah bentuk tertinggi motivasi manusia
(Covey, Whitman& England, 2010) dan kemampuan pemimpin untuk meraih kepercayaan
daripada orang bawahannya mampu meningkatkan motivasi bekerja. Seorang pengetua atau
Guru Besar yang mengamalkan kepimpinan instruksional dapat menyampaikan satu bentuk
rangsangan motivasi kepada guru, murid dan warga sekolah. Motivasi yang tinggi di kalangan
guru mampu menjana pencapaian cemerlang di kalangan murid seterusnya meningkatkan
pencapaian prestasi sekolah.
Selain daripada itu, ciri lain pemimpin instruksional adalah seorang pemimpin yang
memberi penekanan dalam memantau pencapaian murid. Pemantauan ini mampu memperbaiki
mutu kerja, sikap dan menyelesaikan masalah guru di samping dapat memastikan setiap warga
sekolah mematuhi disiplin (Lokman & Mohd Anuar, 2011). Di bawah seorang pemimpin
instruksional, sekolah mampu melahirkan murid yang cemerlang kerana peranan utama seorang
pemimpin di sekolah adalah sebagai pemimpin kecemerlangan pembelajaran. Seorang pemimpin
instruksional sentiasa menjalankan proses bagi meningkatkan prestasi sekolah melalui data,
analisis data dan rencana aktiviti intervensi. Bagi setiap kelemahan yang dilihat di sekolah,
seorang pemimpin instruksional sentiasa bersedia dengan satu langkah mengatasi masalah
tersebut berdasarkan apa yang difikirkan cara paling tepat mengatasi masalah berkenaan.
3
Kemahiran penyeliaan adalah satu ciripenting pemimpin instruksional. Melalui peranan
sebagai seorang penyelia, pemimpin instruksional memerhatikan dan memberi tunjuk ajar dalam
memperbaiki suasana pembelajaran di sekolah. Pemantauan atau penyeliaan yang dijalankan
adalah bagi tujuan menilai keberkesanan pembelajaran dan pengajaran, memberi bimbingan,
memberi tunjuk ajar dan dorongan. Ia mampu mempertingkatkan kualiti penyampaian
pengajaran guru secara berterusan dan memastikan objektif bilik darjah selaras dengan matlamat
sekolah. Pencapaian murid dan sekolah umumnya dapat dipertingkatkan melalui kepimpinan ini.
Kepimpinan instruksional secara keseluruhannya adalah satu gaya kepimpinan yang
komprehensif dan mempunyai potensi tinggi untuk meningkatkan prestasi sekolah. Melalui
kepimpinan instruksional, pengetua atau Guru Besar menjalankan tanggungjawab melalui
peranan-peranan yang spesifik sepertimana ditunjukkan dalam pembahagian peranan pemimpin
instruksional melalui 5 dimensi dalam Model Kepimpinan Instruksional Weber.
2.0 TEORI
Model kepimpinan instruksional Weber (1996) yang diasaskan oleh James Weber yang
merupakan seorang pejuang konsep kolaborasi dalam pengurusan dan mengaitkan peranan
pemimpin inatruksional di sekolah sebagai penghubung dan peneraju proses pengajaran dan
pembelajaran. Weber berpendapat bahawa konsep kolaborasi dalam pengurusan amat penting
terutama dalam era perkongsian kepimpinan dan pengurusan di tempat kerja dan keperluan untuk
memimpin tanpa terikat dengan struktur organisasi sesebuah sekolah.
Weber mengenalpasti lima dimensi dalam merangka kepimpinan instruksional yang
diperkenalkannya. Dimensi pertama menurut Weber ialah mendefinisikan misi sekolah. Dalam
hal ini menurut beliau pemimpin instruksional mestilah membina secara kolaboratif visi dan
matlamat bersama sekolah dengan pihak berkepentingan bagi membincangkan nilai dan harapan
bagi sekolah mereka dan bersama-sama menbina visi yang sesuai untuk sesebuah sekolah.
Dimensi kedua menurut Weber pula ialah mengurus kurikulum dan pengajaran. Menurutnya
lagi, pengurusan kurikulum dan pengajaran mestilah selaras dengan misi sekolah. Di dalam hal
ini, sebagai pemimpin instruksional mestilah memiliki ketrampilan bagi membimbing guru-guru
di dalam halpengajaran dan pengurusan bilik darjah.
4
Pemimpin instruksional hendaklah memantau amalan bilik darjah dengan misi sekolah
dan menyediakan sumber dan sokongan untuk amalan model dan teknik pengajaran terbaik.
Selain itu pemimpin mestilah menyokong penggunaan data bagi memacu pengajaran. Pemimpin
juga harus mampu membantu guru menggunakan amalan terbaik daripada kajian-kajian semasa
dan strategi-strategi pengajaran berkesan. Dimensi yang ketiga menurut Weber ialah
menggalakkan iklim pembelajaran yang positif yang melibatkan sikap dan ekspektasi seluruh
warga sekolah. Terdapat banyak faktor bagi mempengaruhi pembelajaran murid dan Weber
mengatakan bahawa faktor yang terpenting yang mempengaruhi adalah kepercayaan, nilai dan
sikap yang dipegang oleh pentadbir, guru dan murid tentang pembelajaran.
Jadual 2.3:Model Kepimpinan Instruksional Weber (1996)
Mendefinisikan
Misi Sekolah
Mengurus
Kurikulum dan
Pengajaran
Menggalakkan
Iklim
Pembelajaran
yang Positif
Memerhati dan
Meningkatkan
Pengajaran
Menilai
Program
Pengajaran
Pemimpin
instruksional
membina secara
kolaboratif visi
dan matlamat
bersama sekolah
dengan pihak
berkepentingan
(stakeholder)
Pemimpin
instruksional
memantau amalan
bilik darjah
dengan misi
sekolah dan
menyediakan
sumber dan
sokongan untuk
amalan model dan
teknik pengajaran
terbaik serta
menyokong usaha
penggunaan data
bagi memacu
pengajaran.
Pemimpin
instruksional
menggalakkan
iklim pengajaran
yang positif
dengan
menyampaikan
matlamat,
menetapkan
ekspektasi dan
mewujudkan
suasana
pengajaran yang
teratur.
Pemimpin
instruksional
memerhati dan
mempertingkatkan
pengajaran
melalui usaha
pencerapan dan
mewujudkan
peluang-peluang
pembangunan
profesional.
Pemimpin
instruksional
menyumbang
kepada usaha
perancangan
merekabentuk,
mengurus dan
menganalisis
hasil penilaian
yang menilai
keberkesanan
kurikulum.
5
Pemimpin instruksional hendaklah menggalakkan suasana pembelajaran yang positif
melalui usaha berkongsi matlamat pengajaran, menetapkan harapan pencapaian yang tinggi serta
nenetapkan suasana pembelajaran yang teratur dengan ekpektasi disiplin yang jelas. Dimensi
yang keempat pula ialah memerhati dan meningkatkan pengajaran. Dimensi ini akan wujud
sekiranya pemimpin instruksional membina hubungan saling mempercayai dan saling
menghormati staf di bawah mereka. Menurut Weber, pemimpin instruksional menggunakan
kaedah memerhati bagi mempertingkatkan pengajaran melalui usaha pencerapan dan
mewujudkan peluang-peluang pembangunan profesional. Kesan daripada usaha ini kedua-dua
pihak akan mendapat maklumat dan kemahiran berguna yang tidak boleh didapati melalui
pembacaan.
Dimensi terakhir dalam model Kepimpinan Weber (1996) ialah menilai program
pengajaran. Pemimpin instruksional memainkan peranan penting sebagai pencetus dan
penyumbang kepada usaha-usaha merancang, mereka bentuk, mentadbir dan menganalisis
bentuk-bentuk penilaian bagi menilai keberkesanan kurikulum. Dalam ertikata lain Weber
berpendapat bahawa penelitian berterusan terhadap program-program kurikulum membolehkan
guru-guru memenuhi keperluan murid secara berkesan sekiranya kajian berterusan dan
penambahbaikan ke atas sesuatu program itu dilaksanakan.
3.0 OBJEKTIF
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana amalan kepimpinan instruksional
pengetua di sekolah-sekolah menengah berasrama yang sering memperoleh prestasi
akademik yang cemerlang, berdasarkan persoalan-persoalan berikut:
1. Adakah gaya kepimpinan instruksional diamalkan di 2 sekolah menengah berasrama
yang dibuat kajian?
2. Apakah gaya kepimpinan instruksional yang paling kerap diamalkan oleh pengetua-
pengetua berkenaan?
3. Apakah gaya kepimpinan instruksional yang paling kurang diamalkan oleh pengetua-
pengetua berkenaan?
6
4.0 METODOLOGI
Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan deskriptif untuk
menerangkan peristiwa atau keadaan yang sedang berlaku dengan mengambil data dalam satu
masa tertentu sahaja dengan menggunakan borang soal selidik.
Dalam kajian ini, amalan kepimpinan yang dikaji ialah kepimpinan instruksional di dua
buah sekolah menengah berasrama di daerah Kota Tinggi. Melalui pemerhatian yang dibuat
kedua-dua buah sekolah ini mempunyai prestasi akademik yang cemerlang pada setiap tahun.
Pengetua di salah satu sekolah menengah berkenaan juga merupakan pengetua cemerlang dan
salah satu sekolah berkenaan juga merupakan sekolah berprestasi tinggi.
Dari data statistik hasil soal selidik yang telah dijalankan, kajian ini dapat mengenalpasti
adakah kepimpinan instruksional ini diamalkan di dua buah sekolah yang mempunyai prestasi
cemerlang dalam akademik dan dapat mengukur sejauhmana peranan-peranan kepimpinan ini
diamalkan oleh kedua-dua pengetua berkenaan. Selain daripada itu, kajian ini juga dapat
mengukur sejauhmana persepsi guru-guru sekolah berkenaan terhadap peranan-peranan pengetua
dalam mengamalkan corak kepimpinan instruksional ini.
Dengan itu, kajian menggunakan 5 dimensi atau domain yang terdapat dalam Model
Kepimpinan Instruksional Weber (1996). Item-item soalan yang dibina juga berdasarkan elemen-
elemen peranan yang terdapat dalam 5 domain berkenaan. Jadi persoalan peranan-peranan
kepimpinan instruksional yang diamalkan tidak terkeluar dari domain-domain berkenaan.
Populasi bagi kedua-dua buah sekolah adalah 60 orang, walaubagaimanapun responden
dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak mudah yang melibatkan 25 orang guru dari
Sekolah Menengah Berasrama A dan 25 orang guru dari Sekolah Menengah Berasrama B.
5.0 ANALISIS DATA
Analisis kajian ini dibuat berdasarkan hasil dapatan dan jawapan yang diberikan oleh
responden dalam soal selidik. Terdapat 5 dimensi yang diutarakan didalam borang soal selidik.
Pembinaan item soalan didalam setiap dimensi adalah berdasarkan elemen-elemen yang terdapat
7
didalam 5 dimensi Teori Kepimpinan Instruksional Weber (1996). Dengan itu penerangan dan
analisis item dibuat mengikut dimensi.
Jumlah responden yang dikaji ialah seramai 50 orang yang terdiri daripada 25 orang
guru dari Sekolah Menengah Berasrama A dan 25 orang guru dari Sekolah Menengah Berasrama
B. Semua data mentah yang telah dikumpul daripada responden dianalisis. Sebanyak 50 borang
soal selidik telah diedarkan dan semua borang dikembalikan semula setelah diisi dengan
lengkap.Analisis kajian adalah berbentuk deskriptif dan inferensi yang menganalisis perbezaan
min setiap ciri-ciri pemimpin yang mengamalkan kepimpinan instruksional dikalangan pengetua
sekolah berasrama. Penganalisaan data dilakukan secara manual. Analisis ini akan menjawab
persoalan kajian iaitu kajian kepimpinan instruksioanal oleh pengetua di dua buah sekolah
menengah berasrama.
Didalam setiap dimensi Teori Kepimpinan Instruksional Weber (1996) mengandungi
elemen-elemen ataupun peranan-peranan seorang pengetua yang mengamalkangaya kepimpinan
instruksional di dalam kepimpinannya. 5 Dimensi tersebut ialah:
Dimensi 1: Mendefinisikan Misi Sekolah
Dimensi 2: Mengurus Kurikulum Dan Pengajaran
Dimensi 3: Menggalakkan Iklim Pembelajaran Yang Positif
Dimensi 4: Memerhati Dan Meningkatkan Pengajaran
Dimensi 5:Menilai Program Pengajaran
Peranan-peranan dalam kepimpinan instruksional dianalisis untuk mengetahui skor min
dan sisihan piawai.
8
Analisis Dimensi 1 : : Mendefinisikan Misi Sekolah
Jadual 5.1 : Skor Peranan Pengetua Mendefinisikan Misi Sekolah
Item Peranan
Sekolah Menengah
Berasrama A
Sekolah Menengah
Berasrama B
Min SP Min SP
1Pengetua merangka visi dan
matlamat sekolah yang jelas.4.64 0.480 4.2* 0.548
2Pengetua menyampaikan visi
dan matlamat sekolah yang
jelas.
4.64 0.625 4.32 0.470
3Pengetua membina visi dan
matlamat sekolah dengan jelas4.60 0.632 4.32 0.470
4
Pengetua membina visi dan
matlamat sekolah bersama
dengan pihak PIBG dan pihak
berkepentingan seperti PPD
dan JPN
4.28* 0.447 4.48** 0.500
5
Pengetua sentiasa
memaklumkan tentang visi
dan matlamat sekolah kepada
pelaja-pelajarnya
4.68** 0.616 4.48** 0.500
# Petunjuk: ( ** = skor min tertinggi ; * = skor min terendah )
9
ITEM 1 ITEM 2 ITEM 3 ITEM 4 ITEM 53.9
4
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.64 4.644.6
4.28
4.68
4.2
4.32 4.32
4.48 4.48
SMBA SMBB
Rajah 5.1: DIMENSI 1 : Mendefinisikan Misi Sekolah
Daripada analisis yang dibuat, Skor min yang tertinggi untuk Dimensi 1 bagi Sekolah
Menengah Berasrama A ialah 4.68 bagi Item 5. Ini menunjukkan pengetua sekolah ini
memainkan peranan kepimpinan instruksionalnya dengan sentiasa memaklumkan tentang visi
dan misi maklumat sekolah kepada pelajar-pelajarnya. Manakala Sekolah Menengah Berasrama
B, item yang mempunyai nilai min tertinggi bagi Dimensi 1 ini ialah Item 4 dan Item 5 dengan
nilai min masing-masing 4.48. Bagi Item 4, responden memberikan jawapan sangat bersetuju
bahawa pengetua berperanan untuk membina visi dan matlamat sekolah bersama dengan pihak
PIBG , PPD dan JPN. Item 5 pula menunjukkan persetujuan responden terhadap peranan
pengetua yang sentiasa memaklumkan tentang visi dan matlamat sekolah kepada pelajar-
pelajarnya. Jika dilihat, Item 4 dan Item 5 mempunyai nilai min dan sisihan piawai yang sama
iaitu 4.48. Ini menjelaskan semua responden sangat bersetuju dengan kedua-dua Item tersebut.
Min terendah untuk Dimensi 1 bagi Sekolah Menengah Berasrama A ialah 4.28 bagi Item
4. Ini menunujukkan respoden hanya bersetuju dan ada beberapa responden yang kurang pasti
tentang peranan pengetua dalam membina visi dan matlamat sekolah bersama PIBG, PPD dan
JPN. Manakala bagi Sekolah Menengah Berasrama B pula, Item 1 mempunyai skor min terendah
10
dengan nilai min 4.2 dimana responden bersetuju dengan peranan pengetua dalam merangka visi
dan matlamat sekolah yang jelas danada beberapa responden yang kurang pasti dengan perkara
ini. Ini menyebabkan Item ini mendapat skor min terendah berbanding item yang lain.
Analisis Dimensi 2 : Mengurus Kurikulum Dan Pengajaran
Jadual 5.2 : Skor Peranan Pengetua Dalam Mengurus Kurikulum Dan Pengajaran
Item Peranan
Sekolah Menengah
Berasrama A
Sekolah Menengah
Berasrama B
Min SP Min SP
6
Pengetua menggalakkan
pengajaran berkualiti di dalam
bilik darjah.
4.76** 0.583 4.4 0.490
7Pengetua menyelia dan
menilai pembelajaran di dalam
bilik darjah.
4.52 0.640 4.28* 0.470
8
Pengetua memperuntukkan
masa dan melindungi masa
pengajaran daripada aktiviti
yang mengganggu P&P
4.48* 0.755 4.36 0.557
9
Pengetua menyelaras
kurikulum sekolah 4.48* 0.700 4.44 0.700
10
Pengetua memantau
kemajuan murid 4.6 0.566 4.64** 0.480
# Petunjuk: ( ** = skor min tertinggi ; * = skor min terendah )
11
ITEM 6 ITEM 7 ITEM 8 ITEM 9 ITEM 104
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8 4.76
4.524.48 4.48
4.6
4.4
4.28
4.36
4.44
4.64
SMBA SMBB
Rajah 5.2: DIMENSI 2 : Mengurus Kurikulum Dan Pengajaran
Bagi Sekolah Menengah Berasrama A, item yang mempunyai skor min tertinggi dalam
Dimensi 2 adalah Item 6 dengan nilai 4.76. Ini menyatakan responden sangat bersetuju bahawa
pengetua berperanan dalam menggalakkan pengajaran berkualiti di dalam bilik darjah. Manakala
bagi Sekolah Menengah Berasrama B, item yang mempunyai min paling tinggi adalah Item 10
dengan min 4.64 yang menunjukkan responden sangat bersetuju terhadap pengetua yang sentiasa
memantau kemajuan murid.
Sementara bagi Sekolah Menengah Berasrama A, Item 8 dan Item 9mempunyai nilai min
yang paling rendah dengan nilai min masing-masing 4.48. Ini menunjukkan ada sebilangan
responden yang kurang pasti dalam item-item ini. Namun responden lain bersetuju dengan item-
item ini di mana pengetua berperanan untuk memperuntukkan masa dan melindungi masa
pengajaran daripada aktiviti yang mengganggu P&P dan pengetua berperanan dalam menyelaras
kurikulum sekoah. Walaubagaimanapun skor min tersebut masih boleh dibezakan dengan sisihan
nilai piawai. Manakala bagi Sekolah Menengah Berasrama B,nilai min terendah ialah pada Item
7 dengan min4.28 yang menunujukkan responden bersetuju dengan peranan pengetua yang
menyelia dan menilai pembelajaran di dalam bilik darjah.
12
Analisis Dimensi 3 : Menggalakkan Iklim Pembelajaran Yang Positif
Jadual 5.3 : Skor Peranan Pengetua Dalam Menggalakkan Iklim Pembelajaran Yang Positif
Item Peranan
Sekolah Menengah
Berasrama A
Sekolah Menengah
Berasrama B
Min SP Min SP
11
Pengetua menetapkan target
dan memberikan harapan yang
positif kepada guru-guru dan
pelajar-pelajarnya
4.68** 0.470 4.32* 0.469
12Pengetua menetapkan suasana
pembelajaran yang teratur dan
ekspektasi disiplin yang jelas
4.68** 0.470 4.44 0.500
13
Pengetua menyediakan
insentif di atas kejayaan guru-
guru dan pelajar-pelajarnya
4* 0.748 4.48** 0.574
14
Pengetua berusaha
meningkatkan komitmen guru
pada sekolah dengan
mengadakan program
perkembangan staf
4.44 0.574 4.32* 0.616
15
Pengetua mendapatkan
komitmen semua pihak yang
terlibat dalam sesuatu tindakan
spesifik untuk meningkatkan
pembelajaran murid.
4.56 0.500 4.36 0.624
# Petunjuk: ( ** = skor min tertinggi ; * = skor min terendah )
13
ITEM 11 ITEM 12 ITEM 13 ITEM 14 ITEM 153.6
3.8
4
4.2
4.4
4.6
4.84.68 4.68
4
4.44
4.56
4.32
4.444.48
4.324.36
SMBA SMBB
Rajah 5.3: DIMENSI 3 : Menggalakkan Iklim Pembelajaran Yang Positif
Bagi Sekolah Menengah Berasrama A, Item 11 dan Item 12 yang mempunyai min
tertinggi iaitudengan nilai min masing-masing 4.68. Ini menunjukkan responden sangat
bersetuju dengan peranan pengetua dalam menetapkan target dan memberikan harapan yang
positif kepada guru-guru dan pelajar-pelajarnya bagi Item 11 . Bagi Item 12 pula, responden juga
sangat bersetuju dengan pengetua yang menetapkan suasana pembelajaran yang teratur dan
ekpektasi disiplin yang jelas. Manakala bagi Sekolah Menengah Berasrama B, Item 13
mempunyai skor min tertinggi dengan nilai min 4.48. Ini menunjukkan responden sangat
bersetuju bahawa pengetua menyediakan insentif di atas kejayaan guru-guru dan pelajar-
pelajarnya.
Bagi Sekolah Menengah Berasrama A, Item 13 mempunyai nilai min terendah dengan
min 4 di mana minoriti responden bersetuju bahawa pengetua menyediakan insentif di atas
kejayaan guru-guru dan pelajar-pelajarnya. Manakala bagi Sekolah Menengah Berasrama B,
Item 11 dan Item 14 mempunyai skor min terendah dengan nilai min masing-masing ialah 4.32
di mana minoriti responden bersetuju bahawa pengetua menetapkan target dan memberikan
harapan yang positif kepada guru-guru dan pelajar-pelajarnya. Bagi Item 14 pula menyatakan
14
responden bersetuju bahawa pengetua berusaha meningkatkan komitmen guru pada sekolah
dengan mengadakan program perkembangan staf. Walaupun kedua-dua item ini mempunyai skor
min yang sama, namun ianya masih boleh dibezakan dengan nilai sisihan piawai.
Analisis Dimensi 4 : Memerhati dan Meningkatkan Pengajaran
Jadual 5.4 : Skor Peranan Pengetua Dalam Memerhati dan Meningkatkan Pengajaran
Item Peranan
Sekolah Menengah
Berasrama A
Sekolah Menengah
Berasrama B
Min SP Min SP
16
Pengetua membuat pemerhatian
dengan mengadakan aktiviti
pencerapan guru dan membuat
perbincangan penambahbaikan
selepas itu
4.6 0.566 4.44** 0.500
17
Pengetua berkongsi maklumat dan
kepakaran profesionalnya demi
membantu pembangunan
professional guru-gurunya.
4.56 0.755 4.36 0.479
18
Pengetua memotivasikan guru-
gurunya untuk mengubah
kelakuan yang boleh menghalang
pembangunan professional
mereka serta pembelajaran
pelajar.
4.68** 0.735 4.44** 0.500
19 Pengetua mencadangkan aktiviti
pembangunan profesional yang
khusus untuk
meningkatkan kemampuan
profesional
orang lain supaya mereka dapat
4.52* 0.574 4.32* 1.175
15
menyumbang
kepada kecemerlangan
pembelajaran murid.
20
Pengetua sentiasa berdiskusi
bersama guru-guru tentang
perkara yang mereka fikirkan
adalah kekuatan dan kelemahan
serta apakah perkara yang ingin
mereka tingkatkan
4.56 0.640 4.44** 0.500
# Petunjuk: ( ** = skor min tertinggi ; * = skor min terendah )
ITEM 16 ITEM 17 ITEM 18 ITEM 19 ITEM 204.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.64.56
4.68
4.524.56
4.44
4.36
4.44
4.32
4.44
SMBA SMBB
Rajah 5.4: DIMENSI 4 : Memerhati Dan Meningkatkan pengajaran
Bagi Sekolah Menengah Berasrama A, Item 18 yang mempunyai min tertinggi iaitu bagi
dimensi memerhati dan meningkatkan pengajaran dengan nilai min 4.68. Ini menunjukkan
responden sangat bersetuju dengan pengetua yang sentiasa memotivasikan guru-gurunya untuk
16
mengubah kelakuan yang boleh menghalang pembangunan professional mereka serta
pembelajaran pelajar. Manakala, bagi Sekolah Menengah Berasrama B, Item yang mempunyai
nilai min tertinggi bagiDimensi 4 ini ialah Item 16, Item 18 dan Item 20 dengan nilai min
masing-masing 4.44. Bagi Item 16, responden bersetuju bahawa pengetua membuat pemerhatian
dengan mengadakan aktiviti pencerapan guru dan membuat perbincangan penambahbaikan
selepas itu, Item 18 pula menunjukkan responden sangat bersetujudengan pengetua yang
sentiasa memotivasikan guru-gurunya untuk mengubah kelakuan yang boleh menghalang
pembangunan professional mereka serta pembelajaran pelajar dan Item 20 pula, menunjukkan
pengetua sekolah ini sentiasa berdiskusi bersama-sama guru-guru tentang perkara yang mereka
fikirkan adalah kekuatan dan kelemahan serta apakah perkara yang mereka tingkatkan. Ketiga-
tiga item ini mempunyai nilai min dan juga nilai sisihan piawaiyang sama,
Bagi analisis nilai skor min terendah untuk dimensi ini, didapati kedua-dua sekolah
menengah berasrama dalam kajian ini mempunyai nilai terendah dalam item yang sama iatu Item
19. Nilai skor min bagi Sekolah Menengah Berasrama A ialah 4.52 manakala Sekolah Menengah
Berasrama B pula ialah 4.32. Ini menunjukkan minoriti responden dikedua-dua sekolah
bersetuju bahawa pengetua mencadangkan aktiviti pembangunan professional yang khusus untuk
meningkatkan kemampuan professional orang lain supaya mereka dapat menyumbang kepada
kecemerlangan pembelajaran pelajar.
17
Analisis Dimensi 5 : Menilai Program Pengajaran
Jadual 5.5 : Skor Peranan Pengetua Dalam Menilai Program Pengajaran
Item Peranan
Sekolah Menengah
Berasrama A
Sekolah Menengah
Berasrama B
Min SP Min SP
21
Pengetua menetapkan target
dan memberikan harapan yang
positif kepada guru-guru dan
pelajar-pelajarnya
4.44 0.490 4.36** 0.479
22Pengetua menetapkan suasana
pembelajaran yang teratur dan
ekspektasi disiplin yang jelas
4.36* 0.686 4.28* 0.200
23
Pengetua menyediakan
insentif di atas kejayaan guru-
guru dan pelajar-pelajarnya
4.48 0.640 4.32* 0.469
24
Pengetua berusaha
meningkatkan komitmen guru
pada sekolah dengan
mengadakan program
perkembangan staf
4.48 0.700 4.32* 0.469
25
Pengetua mendapatkan
komitmen semua pihak yang
terlibat dalam sesuatu tindakan
spesifik untuk meningkatkan
pembelajaran murid.
4.52** 0.700 4.36** 0.479
# Petunjuk: ( ** = skor min tertinggi ; * = skor min terendah )
18
ITEM 21 ITEM 22 ITEM 23 ITEM 24 ITEM 254.15
4.2
4.25
4.3
4.35
4.4
4.45
4.5
4.55
4.44
4.36
4.48 4.48
4.52
4.36
4.28
4.32 4.32
4.36
SMBA SMBB
Rajah 5.5: DIMENSI 5 : Menilai Program Pengajaran
Min tertinggi Sekolah Menengah Berasrama A adalah pada Item 25 dengan min 4.52
yang menunjukkan responden sangat bersetuju terhadap peranan pengetua dalam memantau
kemajuan dan membuat penambahbaikan rancangan dan tindakan-tindakan sekiranya perlu.
Sementara, majoriti responden Sekolah Menengah Berasrama B memberikan respon sangat
bersetuju pada Item 21 dan Item 25, dengan min tertinggi masing-masing iaitu 4.36. Kedua-dua
item ini juga mempunyai nilai sisihan piawai yang sama.
Min terendah bagi Sekolah Menengah Berasrama Aialah pada Item 22 dengan 4.36. Ini
menunjukkanresponden bersetuju tentang pengetua mereka yang membuat “post moterm”pada
setiap program yang telah dijalankan, namun ada sebilangan responden yang kurang pasti dalam
menjawab item ini yang menyebabkan skor min item ini mendapat nilai terendah berbanding
item yang lain. Skor min terendah bagi Sekolah Menengah Berasrama Bialah 4.28 pada item
yang sama dengan Sekolah Menengah Berasrama A iaitu Item 22.
19
6.0 PERBINCANGAN
Berdasarkan analisis data yang telah dibuat, kedua-dua pengetua memainkan peranan
dalam mendefinisikan misi sekolah. Di sini, pengetua telah merangka, membina dan
menyampaikan visi dan matlamat sekolah dengan jelas. Apa yang lebih penting, pengetua
sentiasa memaklumkan visi dan matlamat sekolah kepada pelajar-pelajarnya. Pengetua di kedua-
dua sekolah bertanggungjawab membawa seluruh warga sekolah ke arah hala tuju yang sama.
Pengetua telah melaksanakan pelbagai aktiviti di mana aktiviti penjelasan matlamat sekolah
merupakan aktiviti yang paling kerap dilakukan. Jelasnya,pengetua telah berperanan memastikan
semua pihak diberi penjelasan yang secukupnya tentang matlamat sekolah, sesuai dengan kajian
Hallinger dan Murphy (1985). Peranan ini dapat memastikan semua pihak memahami,
menghayati dan melaksanakan program yang dirancang mengikut kerangka yang telah
ditetapkan.
Walau bagaimanapun daripada dapatan ini juga menunjukkan pengetua Sekolah
Menengah Berasrama B lebih menekankanpembinaan visi dan matlamat sekolah secara bersama
dengan pihak PIBG dan pihak berkepentingan seperti PPD dan JPN, berbanding dengan
pengetua Sekolah Menengah Berasrama A. Menurut Weber (1996), pemimpin instruksional
seharusnya menyediakan peluang kepada pihak berkepentingan bagi bersama-sama menyediakan
visi dan matlamat sekolah. Kerjasama ini perlu bagi menghasilkan sesuatu yang jelas dan jujur.
Matlamat sekolah yang diterjemahkan melalui pengajaran dalam bilik darjah, kemudian
dipantau oleh pengetua dengan menguatkuasakan dasar akademik, memberi sokongan kepada
aktiviti pengajaran, menjaga masa pengajaran, serta melakukan pencerapan dan penilaian
pengajaran guru, adalah antara penekanan yang diberi oleh kedua-dua pengetua dalam
pengurusan kurikulum dan pengajaran. Walaubagaimanapun berdasarkan dapatan, pengetua
Sekolah Menengah Berasrama A lebih memberi penekanan kepada menggalakkan pengajaran
berkualiti di dalam bilik darjah, pengetua sentiasa memastikan pelaksanaan program pengajaran
dalam ruang lingkup kerangka yang telah ditetapkan dan ianya selari dengankajian Smith dan
Andrews (1989). Guru-guru mesti menepati masa untuk memulakan dan menamatkan kelas
pengajaran masing-masing serta memberi sokongan kepada guru-guru melaksanakan tugas
mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
20
Berbeza dengan pengetua Sekolah Menengah Berasrama B, dalam dimensi ini penekanan
diberi kepada pemantauan kemajuan murid. Dalam hal ini, pengetua telah melakukan
pemantauan ke bilik-bilik darjah untuk memastikan murid-murid menggunakan masa
pembelajaran untuk belajar dan memperolehi kemahiran. dapatan ini selari dengan pandangan
Ginsberg dan Murphy (2002), di mana pengetua perlu mengamalkan pemantauan harian dari
bilik darjah ke bilik darjah walaupun telah membuat pencerapan secara formal. Pemantauan ini
penting bagi mengawasi kemajuan pelajar untuk pencapaian matlamat sekolah.
Dalam dimensi menggalakkan iklim pembelajaran yang positif, pengetua Sekolah
Menengah A memberi keutamaan kepada penetapan target, memberi harapan yang positif
kepada guru-guru dan pelajar-pelajarnya, serta suasana pembelajaran yang teratur dan ekspektasi
disiplin yang jelas. Di sini pengetua sebagai pemimpin instruksional memastikan persekitaran
pembelajaran teratur, serius dan berfokus pada visi dan matlamat akademik yang tinggi tetapi
realistic dan boleh dicapai. Aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pembangunan dan perkembangan
pelajar yang boleh meningkatkan pencapaian akademik mereka, membina iklim sekolah yang
positif, memberi motivasi, membina semangat, pemantauan dan penilaian adalah bertujuan untuk
peningkatan akademik.
Bagi pengetua Sekolah Menengah Berasrama B pula, dalam dimensi ini keutamaan diberi
kepada penyediaan intensif kepada kejayaan guru-guru dan pelajar-pelajarnya. Dalam memupuk
iklim pembelajaran yang kondusif di sekolah, pengetua telah memberi dorongan dan
memotivasikan pelajar dengan menghargai mereka yang menunjukkan peningkatan prestasi
akademik. Pendapat Hoy dan Miskel (2001) turut menyatakan tujuan mendorong dan
memotivasikan pelajar adalah supaya mereka terus berusaha dengan lebih tekun untuk
meningkatkan prestasi akademik.
Dalam dimensi 4, kedua-dua pengetua mementingkan motivasi kepada guru-guru untuk
mengubah kelakuan yang boleh menghalang pembangunan professional dan pembelajaran
pelajar. Penghargaan kepada guru dilakukan dengan memberi peluang kea rah pengiktirafan
professional dengan menambah ilmu dan kemahiran yang standing dengan keadaan semasa.
Dapatan ini selari dengan pandangan Fullan (2002) yang menyatakan bahawa pembelajaran
pelajar yang lebih mendalam memerlukan perubahan kepada guru. Dalam hal ini, pengetua telah
21
menyokong dan memberi kemudahan kepada guru-guru untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.
Selain daripada itu, bagi pengetua Sekolah Menengah Berasrama B penekanan juga
diberi kepada aktiviti pencerapan dan perbincangan penambahbaikan serta diskusi bersama guru
tentang kekuatan dan kelemahan sesuatu program yang ingin ditingkatkan demi kepentingan
pelajar dan peningkatan prestasi akademik.
Akhir sekali, dalam dimensi 5 iaitu menilai program pengajaran, kedua-dua pengetua
juga memberi keutamaan kepada mendapatkan komitmen sesame pihak yang terlibat untuk
meningkatkan pembelajaran murid. Ini penting kerana penelitian berterusan terhadap program-
program kurikulum membolehkan guru-guru memenuhi keperluan murid secara berkesan apabila
tindakan berterusan dan penambahbaikan dibuat. Selain daripada itu kedua-dua pengetua juga
kurang memberi penekanan kepada penetapan suasana pembelajaran yang teratur dan ekspektasi
disiplin yang jelas.
7.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan daripada dapatan soal selidik yang telah dianalisis dan perbincangan
yang telah dibuat, jelas menunjukkan secara keseluruhannya kedua-dua pengetua melaksanakan
kepimpinan instruksional dalam pentadbirannya. Namun begitu, penekanan kepada peranan di
dalam dimensi tertentu menunjukkan bahawa terdapat persamaan dan perbezaan ketara di antara
amalan instruksional kedua-dua pemimpin sekolah berkenaan. Oleh itu, tidak hairanlah
pencapaian akademik kedua-dua sekolah ini berada di tangga yang membanggakan dalam daerah
Kota Tinggi. Kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh kedua-dua pengetua ini telah
menjadikan sekolah mereka sekolah berkesan dengan penjanaan modal insan yang cemerlang
untuk keperluan negara.
22
RUJUKAN
Abas bin Haji Awang (2006). Kepimpinan Instruksional. Kuala Lumpur: Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz & Mohammed Zohir Ahmad (2010). Gaya-gaya Kepimpinan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan 31 (ms 3 – 19). Diambil pada 2011, Dis 10 daripada www.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jpend31_01.pdf
Bahagian Sekolah KPM (2007). Memperkasa Kepimpinan Instruksional Di Sekolah. Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
EPRD MOE (2001).Education In Malaysia : A Journey To Excellence, 2001. Kuala Lumpur:AG Grafic Sdn Bhd.
Fullan, M. (2002). The Change Leader. Educational Leadership 59 (8): 16-23.
Gerald C. Ubben, Larry W. Hughes & Cynthia J. Norris (2007). The Principal: Creative Leadership for Excellence in School (6th ed.). US: Pearson Education, Inc.
Ginsberg, M.B. & Murphy, D. (2002). How Walkthroughs Open Doors. Educational Leadership 58 (8). 34-36.
Hallinger, P. & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional management behavior of principals. The Elementary School Journal 86 (2): 217-247.
Hoy, W.K & Miskel, C.G. (2001). Educational Administration: Theory, Research and Practice. (6th ed.). New York: McGraw-Hill, Inc.
23
Harun Mat Isa, Norihan Azizan & Junaidah Abdul Jamil (2002). Kepimpinan Instruksional : Satu Tinjauan Empirikal dalam “Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-11” Institut Aminuddin Baki: Hotel Pan Pacific, KLIA.
Hussein Mahmood (1989). A study of principals' perception of their competency needs in
instructional leadership. Ph.D thesis, University of Michigan.
Hussien Mahmood (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah (2009). Kepimpinan Instruksional: satu Panduan Praktikal. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Lokman Mohd. Tahir & Mohd. Anuar Abd. Rahman (2011). Orientasi Kepimpinan Pengetua Sekolah. Johor Bahru: Penerbit UTM Press.
Robiah Sidin (1994). Pendidikan Di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Robiah Sidin(2003).Teori Pentadbiran Pendidikan: Satu Pengenalan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shahril@Charil Marzuki, Rahimah Ahmad & Hussien Ahmad (2010). Kepimpinan Pengetua Menjana Modal Insan Di Sekolah Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Smith, W.F. & Andrews, R.L. (1989). Instructional Leadership: How Principals Make a Difference. Washington: Association for Supervision and Curriculum Development.
Covey, S.R., Whitman, B. & England, B. (2010). Sukses Setiap Saat (BM Ed.). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
24