Download - Kenali Kuman

Transcript

KENALI KUMANCikgu Razali meminta anggota kumpulan Nadia berkongsi maklumat yang diperoleh mereka daripada internet dengan kawan-kawan. Mereka menyampaikan maklumat tersebut secara bergilir-gilir.Nadia :Selamat sejahtera, kawan-kawan. Tajuk yang ingin kami kongsi ialah kuman. Tahukah kawan-kawan kuman itu apa? Kuman ialah hidupan yang amat halus. Kuman boleh hidup di tempat yang sejuk sekali.

Jun Wei :Kawan sekalian, kuman dapat masuk ke dalam badan kita melalui rongga mulut atau hidung. Kuman yang paling halus pula masuk ke dalam badan kita melalui luka pada kulit. Ada kuman yang sangat jahat kerana kuman itu memusnahkan sel-sel sihat di dalam badan kita.

Hafiz :Kawan-kawan, ada kuman yang hidup di dalam usus kita. Kuman ini agak baik kerana membantu penghadaman. Walau bagaimanapun, kuman ini mungkin menjadi agak ganas apabila daya tahan badan kita kurang.

Lalita :Maklumat seterusnya, ada kuman pembawa penyakit seperti taun, batuk kering dan demam kepialu. Penyakit ini lambat sembuh jika tidak dirawat dengan segera. Ada juga kuman yang mengeluarkan toksin yang menyebabkan keracunan makanan. Makanan akan berbau busuk sekali kerana kuman membiak di dalamnya.

Nadia :Sekian sahaja maklumat daripada kumpulan kami. Terima kasih.

Senaraikan kata penguat dan kata adjektif yang terdapat dalam petikan Kenali Kuman.Kata Penguat / Kata Adjektif

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

KATA ADJEKTIF DAN KATA PENGUAT

Kata Adjektif1. Kata adjektif atau kata sifat ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama.2. ContohCantik, halus, kasar, sihat, besar, luas, wangi, baik3. Ayat contoh :Badan pesakit barah itu sangat kurus.Kata Penguat1. Kata penguat ialah perkataan yang berfungsi untuk menguatkan maksud sesuatu kata adjektif atau frasa adjektif.2. Contoh Amat, sekali, paling, sangat, agak3. Ayat contoh :Air sungai itu amat jernih.

Bina ayat daripada padanan kata penguat dan kata adjektif di bawah.Pengayaan

1. amat baik____________________________________________________________________________________________________________________________2. sejuk sekali____________________________________________________________________________________________________________________________3. agak ganas____________________________________________________________________________________________________________________________4. sangat jahat ____________________________________________________________________________________________________________________________

Pemulihan

Salin semula ayat yang mengandungi kata adjektif dan kata penguat di bawah.1. Kuman bertindak agak ganas apabila daya tahan badan kita semakin kurang.

______________________________________________________________2. Kuman yang agak baik membantu penghadaman kita.

______________________________________________________________3. Makanan akan berbau busuk sekali kerana terdapat kuman.

______________________________________________________________


Top Related