Bahagian Kabinet dan DasarBerita Semasa Kuarter Kedua
1
BERITA SEMASA KUARTER KEDUA BAHAGIAN KABINET DAN DASAR
K
B
D
ualiti
erintegrasi
edikasi
Disediakan Oleh : Encik Lubelter Voy
HUBUNGI KAMI
088-369000
BAHAGIAN KABINET DAN DASAR, JABATAN KETUA MENTERI, TINGKAT 27, BLOK A, PUSAT PENTADBIRAN NEGERI SABAH, 88400 KOTA KINABALU.
Bahagian Kabinet dan DasarBerita Semasa Kuarter Kedua
1
Mesyuarat Pemilihan Soalan Keutamaan
Pada 4 April 2019 yang lalu satu mesyuarat memilih soalan keutamaan DUN yang
dipengerusikan oleh Datuk Seri Panglima Hashim Paijan sendiri telah diadakan di
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) di tingkat 29 Pusat Pentadbiran Negeri
Sabah (PPNS). Seramai 14 orang telah menghadiri mesyuarat ini yang terdiri daripa-
da beberapa Ketua-Ketua Jabatan, bersama Pembantu Menteri. Objektif mesyuarat
ini adalah untuk memilih soalan yang perlu diberi keutamaan untuk dijawab oleh
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri semasa berlangsungnya Persidangan Dewan
Undangan Negeri Sabah.
Bahagian Kabinet dan DasarBerita Semasa Kuarter Kedua
2
Persediaan bagi persidangan Dewan Undangan Negeri pada April 2019 yang melibatkan beberapa
kakitangan BKD amat memerlukan komitmen yang tinggi. Persiapan ini juga adalah bertujuan agar
tugas - tugas keurusetiaan BKD berjalan secara lancar, lebih sistematik dan teratur.
Persidangan DUN April 2019
Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah YB Datuk Seri Panglima Haji Syed Abas Bin Syed Ali datang melawat ke Bilik Gerakan Layang-Layang.
Persediaan sedang dijalankan oleh Kakitangan BKD.
Bahagian Kabinet dan DasarBerita Semasa Kuarter Kedua
3
Taklimat keselamatan, kebakaran dan penyelamat dalam bangunan-bangunan tinggi kerajaan telah dianjurkan oleh Pejabat Bahagian Kabinet Dasar pada 26 April 2019 di bilik mesyuarat BKD tingkat 27 bangunan PPNS. Penceramah Jemputan yang diundang ialah Tn. Ordine Gilu yang merupakan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Kota Kinabalu. Selain daripada kakitangan BKD, beberapa pegawai daripada beberapa bahagian dalam Jabatan Ketua Menteri juga telah turut hadir dalam sesi ceramah yang sangat bermanfaat ini.
TAKLIMAT PENGURUSAN KESELAMATAN KEBAKARAN
Tn. Ordine Gilu, Ketua Balai Bomba
dan Penyelamat, Kota Kinabalu.
Tuan Ordine Gilu sedang memberi ceramah di bilik mesyuarat BKD.
Bahagian Kabinet dan DasarBerita Semasa Kuarter Kedua
4
TERIMA KASIH!
Pengarah BKD Encik Ridhwan Roger Linus ( Tengah ) bersama-sama dengan semua kaki-tangan BKD menyampaikan cendera kenangan kepada Puan Rosni.
Puan Rosni menyampaikan ucapan perpisahannya.
Puan Rosni bersama dengan beberapa orang pegawai BKD.
Majlis perpisahan Puan Rosni yang bertu-kar daripada Bahagian Kabinet dan Dasar ke Kementerian Kesihatan dan Kese-jahteraan Rakyat telah diadakan di pejabat BKD pada 30 April 2019. Majlis ini telah dihadiri oleh semua kakitangan Bahagian Kabinet dan Dasar. Seluruh warga BKD mengucapkan selamat maju jaya kepa-da Puan Rosni dan semoga persahabatan yang terjalin akan terus kekal erat serta se-lamat menjalankan tugas di tempat yang baru.
Bahagian Kabinet dan DasarBerita Semasa Kuarter Kedua
5
Majlis Sambutan Hari Raya BKD
Majlis Sambutan Hari Raya BKD telah diadakan pada 27 Jun 2019 yang bertempat di pejabat BKD tingkat
27 bangunan PPNS. Majlis ini telah dihadiri oleh semua kakitangan BKD , mantan-mantan Pengarah BKD
dan staf BKD terdahulu. Kakitangan daripada bahagian dan jabatan lain juga telah turut hadir di dalam
majlis rumah terbuka ini untuk beramah mesra dengan tetamu yang hadir sambil menjamu hidangan yang
telah disediakan. Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Datuk Seri Panglima Hashim Paijan juga sempat
hadir untuk memeriahkan lagi suasana majlis sambutan Hari Raya ini.