Transcript

KEBURUKAN PENGGUNAAN PLASTIKTidak salah menggunakan baranganplastikasalkan kena pada tempatnya. Kita sedia maklumplastikadalah terdiri daripada bahan2 estrak petroleum. Ada sebahagiannya boleh bertahan pada suhu didih air dan ada juga sebahagian bahannya boleh terlepas keluar pada tahap suhu tertentu.

PenggunaanPolystyrene (PS) foam ataupun Styrofoam sebagai pembungkus makanan atau minuman memang sepatutnya diharamkan dari dulu lagi. Ini kerana didalam PS foam itu terdiri daripada Benzene, Styrene, Ethylene dan Blowing agents yang mampu mengakibatkan leukimia, kerosakan organ dalaman dan lain2 alahan.

Oleh itu elakkan membungkus makanan panas atau hangat, menggunakan cawan Styrofoam pakai buang dan pastikan 'mi segera cawan' kegemaran anda tidak menggunakan bahan tersebut. Ianya lebih sesuai untuk membungkus TV, peti ais, dsbg. Banyak negara barat telah menetapkan had penggunaanya.

Kesan Chloride yang tersejat atau terlepas keluar sebagai gas pada manusia memang hebat, selain kanser dan kerosakan otak, banyak lagi gejala lain yang teruk. Hatta besi acuan dan mesin pun boleh terhakis inikan pula manusia.

Gunakanlah sesuatu itu kena pada tempatnya. Pastikan botol susu anak atau cucu kita daripada bahan PC dan jangan sekali kali membeli jag air murah yang berwarna atau berbau pelik yang tidak diketahui asal usulnya (banyak dipasaran sekarang). Jangan cari nahas. Wallahualam


Top Related