KEBERKESANAN PENGGUNAAN BUKU CERITA BERGAMBAR YANG TELAH DITETAPKAN TAHAP BACAANNYA TERHADAP PENINGKATAN
TAHAP BACAAN KANAK-KANAK
ZAINIAH MOHAMED ISA
KOD PENYELIDIKAN: 03-18-29-07
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2009
PENGAKUAN
Saya mengaku Laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian saya kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
15.05.2009 Tandatangan
PENGHARGAAN
Alhamdulillah kerana dengan kehendaknya kajian ini dapat disiapkan. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada suami dan anak-anak, guru-guru tadika UPSI yang bekerjasama di dalam pengumpulan data kajian ini, rakan- rakan sejawatan yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung serta kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan RMC yang sudi memberikan geran bagi memudahkan perjalanan penyelidikan ini. Semoga budaya penyelidiakan akan sentiasa menyubur di kalangan pensyarah-pensyarah UPSI dengan bantuan geran yang disediakan.
iii
ABSTRAK
Bahan bacaan perlu disesuaikan dengan tahap pembacaan kanak-kanak agar kanak-kanak mudah dan berminat untuk membaca. Oleh itu suatu sistem pemeringkatan buku adalah perlu agar kanak-kanak disediakan dengan buku yang bersesuaian dengan tahap pembacaannya. Oleh kerana di tadika terdapat kanak-kanak yang berbeza tahap pembacaannya iaitu tahap pembaca baru (tahap 1), pembaca awal (tahap 2) dan pembaca maju (tahap 3); perlulah disediakan buku-buku bagi pembaca di tahap-tahap tersebut Oleh itu kajian eksperimen ini ingin melihat kesan penggunaan buku cerita yang telah diperingkatkan untuk pembaca tahap 1, tahap 2 dan tahap 3 terhadap pemunculan literasi kanak-kanak prasekolah di Malaysia. Sebanyak 40 sampel kanak-kanak telah dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kawalan secara rawak. Buku cerita dibacakan secara kuat kepada kanak-kanak selama 15 mint sehari selama 5 minggu. Hasil dapatan secara peratusan dan ujian t menunjukkan perbezaan di antara kumpulan rawatan dan kawalan dari segi tahap pemunculan literasi. Dapatan secara keseluruhan bagi Peningkatan Pemunculan Literasi Tahap 1, Tahap 2, dan Tahap 3 menunjukkan perbezaan yang signifikan iaitu bagi tahap 1 (0.015), tahap 2 (0.000) dan tahap 3 (.004). Tahap 1 menunjukkan kesan yang lebih baik berbanding dengan tahap 3 iaitu menunjukkan membaca buku yang diperingkatkan dapat memberikan kesan kepada pembaca tahap 1 dan 3. Akan tetapi bagi tahap 2 kajian ini tiada menunjukkan kesan yang signifikan kepada pembaca tahap ini.
IV
THE EFFECTIVENESS STORYBOOK LEVELLING SYSTEMS TO IMPROVE CHILDREN'S READING LEVELS
ABSTRACT
Children's reading materials should be produced appropriately according to children's reading level. This is important to make the book easier to read, and also to nurturing their reading habits. It is thought that a suitable book levelling system therefore is urgently needed in order to provide children with books that suit their reading levels and abilities. Children in kindergartens generally are categorized into three groups of reading levels, which are Emergent (Level 1), Early (Level 2) and Fluent (Level 3) readers. It is therefore crucial for these children to be provided with books that suit their levels. Hence, an experiment was conducted to see the impacts of a book levelling system for these three different levels to the level of emergent literacy of preschool children in Malaysia. About 40 samples (of preschool children) were chosen randomly for this experiment. They then were divided into two groups, namely 'Experiment5 and 'Controlled' groups. After that, teachers were asked to read aloud the levelled books to them for 15 minutes each day for the duration of 25 days (5 weeks). The results of the experiment showed that there were some differences between the results of the two groups involved. When the researcher carried a T-test also show a significant impact; Level 1 (0.015), Level 2 (0.000), and Level 3 (0.004). Level 1 readers showed better improvements after using the system, compared to Level 3 readers. Yet, for Level 2 readers, it seemed that the book levelling system that they used did not leave any traction to their level of emergent literacy.
V
KANDUNGAN
Muka Surat
Pengakuan i
Penghargaan ii
Abstrak iii
Abstract iv
Daftar Kandungan v
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Penyataan Masalah 3
1.3 Tujuan Kajian 4
1.4 ObjektifKajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Hipotesis Kaj ian 5
1.7 Pemboleh ubah Kaj ian
1.7.1 Pemboleh ubah Rawatan 6
1.7.2 Pemboleh ubah Kawalan 6
1.8 Kerangka Konsep Kajian 7
1.9 Kerangka Teori Kaj ian 8
1.10 Istilah - Istilah yang digxinakan 9
1.10.1 Membaca 9
1.10.2 Kanak-kanak Prasekolah 10
1.10.3 Buku Kanak-Kanak Prasekolah 10
1.10.4 Tahap Pembacaan (Menurut Teori
Pemunculan Literasi 11
vi
1.10.4.1 Tahap 1 rPembaca Baru 12
1 .10.4.2 Tahap 2:Pembaca Awal 13
1.10.4.3 Tahap 3rPembaca Maju 13
1.11 Kesimpulan 14
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 15
2.1 Kajian-Kajian di Malaysia 15
2.2 Kajian-Kajian di Luar Negara 18
BAB 3 METODOLOGIKAJIAN 22
3.1 Populasi dan Sampel Kajian 22
3.2 Pembahagian Sampel Secara Rawak 23
3.3 Kaedah Pembacaan Buku 24
3.4 Jadual Pelaksanaan dalan Bilik Darjah 26
3.5 Lokasi Kajian 30
3.6 Instrumen 30
3.7 Kebolehpercayaan 30
3.8 Kesahan 32
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 33
4.1 Dapatan Analisis Data 33
4.2 Pembahagian Kumpulan 33
4.3 Peratus Peningkatan Pemimculan Literasi bagi
Tahap 1,2 dan 3 34
4.3.1 Peratus Peningkatan Pemimculan Literasi
bagi Tahap 1 35
43.2 Peratus Peningkatan Pemunculan Literasi
bagi Tahap 2 36
433 Peratus Peningkatan Pemunculan Literasi
bagi Tahap 3 37
Analisis perbezaan Pemunculan Literasi. 38
4.4.1 Analisis Tahap Pemunculan Literasi bagi
Pembaca Tahap 1 38
4.4.1.1 Perbandingan bagi Konsep Cetakan 3 8
4.4.1.2 Perbandingan bagi Strategi Membaca 39
4.4.1.3 Perbandingan bagi Fonetik & Fonemik 40
4.4.1.4 Perbandingan bagi Kefahaman 40
4.4.2 Analisis Tahap Pemunculan Literasi bagi
Pembaca Tahap 2 41
4.4.2.1 Perbandingan bagi Konsep Cetakan 42
4.4.2.2 Perbandingan bagi Strategi Membaca 42
4.4.2.3 Perbandingan bagi Fonetik & Fonemik 43
4.4.2.4 Perbandingan bagi Kefahaman 44
4.4.3 Analisis Tahap Pemunculan Literasi bagi
Pembaca Tahap 3 44
4.4.3.1 Perbandingan bagi Konsep Cetakan 45
4.43.2 Perbandingan bagi Kefahaman 46
4.4.3.3 Perbandingan bagi Kelancaran 46
Dapatan bagi secara keseluruhan bagi Pemunculan
Literasi Tahap 1, Tahap 2, dan Tahap 3 47
viii
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN, KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
5.2 Komponen-Komponen Pemunculan Literasi Tahap 1
5.3 Komponen-Komponen Pemunculan Literasi Tahap 2
5.4 Komponen-Komponen Pemunculan Literasi Tahap 3
5.5 Peningkatan terhadap Komponen-Komponen Pemunculan
Literasi Tahap 1, 2 dan 3 bagi kumpulan rawatan dan kawalan
5.6
5.7
Rujukan
Senarai Carta
Senarai Jadual
Senarai Rajah
Perbezaan Pemunculan Literasi Secara Keseluruhan
Tahap 1,2 dan 3.
Cadangan
5.8 Kesimpulan
49
49
49
50
51
51
52
53
53
54
ix
x
xi
SENARAI CARTA
Carta
Peratus Peningkatan Pemunculan Literasi
Kanak-kanak Tahap 1
Peratus Peningkatan Pemunculan Literasi
Kanak-kanak Tahap 2
Peratus Peningkatan Pemunculan Literasi
Kanak-kanak Tahap 3
SENARAI JADUAL
Jadual
Contoh Ayat Buku dan Ayat Rawatan
Jadual Pembacaan Buku Cerita
X
4.1 Pembahagian Murid Mengikut Kumpulan 34
4.2 Uj ian t Berpasangan terhadap Konsep Cetakan Tahap 1 3 8
4.3 Ujian t Berpasangan terhadap Strategi Membaca Tahap 1 39
4.4 Ujian t Berpasangan terhadap Fonetik & Fonemik Tahap 1 40
4.5 Ujian t Berpasangan terhadap Kefahaman Tahap 1 40
4.6 Ujian t Berpasangan terhadap Konsep Cetakan Tahap 2 42
4.7 Ujian t Berpasangan terhadap Strategi Membaca Tahap 2 42
4.8 Ujian t Berpasangan terhadap Fonetik & Fonemik Tahap 2 43
4.9 Ujian t Berpasangan terhadap Kefahaman Tahap 2 44
4.10 Ujian t Berpasangan terhadap Strategi Membaca Tahap 3 45
4.11 Ujian t Berpasangan terhadap Kefahaman Tahap 3 46
4.12 Uj ian t Berpasangan terhadap Kelancaran Tahap 3 46
4.13 Ujian t Berpasangan terhadap Tahap Pemunculan Literasi Tahap 1 48
4.14 Ujian t Berpasangan terhadap Tahap Pemunculan Literasi Tahap 2 48
4.15 Ujian t Berpasangan terhadap Tahap Pemunculan Literasi Tahap 3 48
1.1
1.2
SENARAI RAJAH
Rajah
Kerangka Konseptual Kajian
Kerangka Teori Kajian
Muka Surat
7
8
xi
3.1 Pembahagian Sampel secara Rawak 24
1
BAB1
PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan
Bermula dari tahun 2006, kanak-kanak yang memasuki darjah satu akan didiagnos
bagi memantau kebolehan mereka menguasai kemahiran membaca dan mengira
(KIA2M). Bagi kanak-kanak yang belum boleh menguasai kemahiran ini mereka
akan dimasukkan ke program intervensi sehingga mereka dapat menguasai
kemahiran membaca ini.
Tujuan program intervensi ini adalah untuk membanteras masalah
membaca sejak dari peringkat awal lagi. Ini kerana jika masalah membaca yang
bermula di peringkat awal iaitu di peringkat pemerolehan pembacaan ini tidak di
atasi segera, ianya pasti akan berlarutan (Juel, 1988,1991; Snow et al, 1998; Mc
Cathern, 2003). Oleh itu adalah amat kritikal bagi kanak-kanak yang mengalami
masalah membaca atau yang berkemungkinan akan mengalami masalah membaca
2
mendapat bantuan secepat mungkin. (Snow et al., 1998; Mc. Cathren, 2003).
Menurut teori "Matthew-effect", jika dibiarkan permasalahan yang kecil dalam
bacaan semasa kanak-kanak di peringkat awal, ianya akan menjadi lebih serius
lagi apabila mereka di sekolah rendah dan seterusnya di sekolah menengah
( Satnovich, 1998; Spardocia, 2005). Oleh itu langkah yang diambil oleh pihak
kementerian yang mengatasi masalah 2M semasa kanak-kanak di darjah satu lagi
adalah langkah yang bijak.
Guru di peringkat prasekolah perlu bertindak proaktif bagi memastikan
kanak-kanak prasekolah telah boleh membaca sebelum mereka melangkah ke
sekolah rendah kerana sememangnya kebolehan membaca dan memahami apa
yang dibaca amat penting bagi kanak-kanak. Ini adalah selari dengan matlamat
pendidikan prasekolah di Malaysia yang telah menetapkan adalah amat penting
bagi kanak-kanak prasekolah untuk boleh membaca sebelum mereka melangkah
ke sekolah rendah. Ini kerana;
"Kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan nadi kepada pembelajaran murid. Seseorang murid sudah menguasai kemahiran asas bahasa apabila mereka mempunyai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta berinteraksi dengan orang lain. Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran sepanjang hayat."
(PPK,KPM,2003)
Kanak-kanak yang gagal membaca pada tahun awal persekolahan akan
menghadapi resiko untuk memasuki program pemulihan ataupun ke program khas
(McGill-Franzen, 1993 dan Slavin, 1994). Oleh kerana kejayaan dalam bidang
akademik berkaitan rapat dengan kebolehan kanak-kanak membaca, maka kanak-
kanak haruslah telah boleh membaca di tahun-tahun awal persekolahannya.
3
1.2 Penyataan Masalah
Pada tahun 2005, negara inl telah dikejutkan dengan satu kebimbangan mengenai
masalah membaca yang berlaku di kalangan murid-murid sekolah rendah dan
sekolah menengah sepert yang dilaporkan oleh Berita Harian (2006), Lebih
daripada 100 000 murid sekolah rendah di seluruh negara dikenal pasti belum
dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira atau 3M. Oleh itu
Kementerian Pelajaran akan melaksankan program intervensi untuk murid Tahun
Satu yang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di
semua sekolah rendah, mulai tahun 2006 (Berita Harian, 2005).
Ini merupakan satu petanda amaran kapada kita tentang masalah membaca
di kalangan murid-murid di Malaysia. Masalah ini bukanlah masalah baru kerana
mengikut perangkaan yang telah didapati melalui kajian yang dibuat oleh
Perpustakaan Negara Malaysia (1996) menyatakan bahawa 2.4 juta kanak-kanak
adalah berusia 5 ke 9 tahun yang merupakan 12 peratus daripada penduduk
Malaysia keseluruhannya. Kajian terhadap kebolehan membaca mengikut
peringkat umur ini menunjukkan 52 peratus kanak-kanak di usia 5-9 tahun boleh
membaca tetapi yang mengamalkan pembacaan hanyalah 30 peratus. Menurut
kajian tersebut ini adalah kerana pada peringkat prasekolah mereka tidak
mendapat sokongan dari segi kebiasaan membaca oleh ibu bapa. Walau
bagaimanapun kajian terhadap peringkat usia 7-9 tahun pula menunjukkan
kebolehan membaca adalah 96 peratus. Ini menunjukkan walaupun kanak-kanak
pada usia 5-6 tahun dan 7-9 tahun ada yang telah boleh membaca akan tetapi
bilangan yang mengamalkan pembacaan agak membimbangkan. Namun begitu
setelah kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2005 dikeluarkan laporannya,
didapati berlaku penurunan kadar literasi secara keseluruhan bagi rakyat Malaysia.
Fokus kepada peringkat awal kanak-kanak pula mendapati bagi usia 5-9 tahun
4
tahun kebolahan membaca adalah 75.0% (PNM, 2005) berbanding dengan
dapatan kajian 1996 iaitu 79.0%.
Oleh itu adalah kritikal bagi kanak-kanak yang mengalami masalah
membaca atau yang berkemungkinan akan mengalami masalah membaca
mendapat bantuan secepat mungkin (Snow et al., 1998 dalam Allor &
McCathreen, 2003). Di antara langkah yang boleh diambil ialah dengan
menyediakan buku yang sesuai dengan tahap kebolehan pembacaan kanak-kanak.
Menurut Johnston (1998), antara yang paling berkesan ialah memperkenalkan
teks mudah berpandu dan bacaan bersama di bilik darjah semenjak hari pertama
persekolahan. Walaupun kanak-kanak tidak boleh membaca menerusi pembacaan
yang sebenar tetapi dengan menghafal dan menggunakan gambar sebagai
petunjuk, sudah pasti kanak-kanak ini akan suka membaca dan merasa yakin
dengan kebolehan mereka sebagai pembaca.
1.3 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk menggunakan bahan bacaan mudah di dalam bilik
darjah prasekolah. Ini kerana jika bahan yang disediakan ialah bahan bacaan
mudah yang bersesuaian dengan tahap pembacan kanak-kanak, sudah tentu buku-
buku ini akan dibaca oleh mereka. Hasilnya ialah akan berlaku peningkatan
terhadap tahap pemunculan literasi kanak-kanak.
5
1.4 Objektif kajian
1. Untuk melihat kesan penggunaan buku yang diperingkatkan mengikut 3
tahap pembacaan terhadap peningkatan tahap pemunculan literasi kanak-
kanak prasekolah tahap 1, tahap 2 dan tahap 3.
1.5 Persoalan kajian
1. Adakah terdapat perbezaan terhadap komponen-komponen dalam tahap
pemunculan literasi kanak-kanak tahap 1, 2 dan 3.
2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap konsep cetakan,
strategi membaca, fonetik dan fonemik serta kefahaman bagi kumpulan
rawatan dan kawalan bagi tahap 1, 2 dan 3.
3. Adakah terdapat perbezaan secara keseluruhan terhadap tahap pemunculan
literasi di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan bagi tahap 1, 2
dan 3.
1.6 Hipotesis Kajian
Hipotesis 1
Pembaca baru yang dibacakan buku yang diperingkatkan akan mempunyai peratus
pencapaian yang lebih tinggi terhadap a) Konsep Cetakan, dan b) Strategi dan
pelakuan pembaca, dan c) Kesedaran fonetik dan fonemik, dan d) Kefahaman
berbanding dengan mereka yang tidak dibacakan buku yang diperingkatkan.
6
Hipotesis 2
Pembaca Awal yang dibacakan buku yang diperingkatkan akan mempunyai
pencapaian yang lebih tinggi terhadap a) Konsep Cetakan, dan b) Strategi dan
pelakuan pembaca, dan c) Kesedaran fonetik dan fonemik, dan d) Kefahaman
berbanding dengan mereka yang tidak dibacakan buku yang diperingkatkan.
Hipotesis 3
Pembaca Maju yang dibacakan buku yang diperingkatkan akan mempunyai
pencapaian yang lebih tinggi terhadap a) Strategi dan pelakuan pembaca, dan b)
Kesedaran fonetik dan fonemik, dan c) Kefahaman, dan d) Kelancaran
berbanding dengan mereka yang tidak dibacakan buku yang diperingkatkan.
1.7 Pembolehubah Kajian
1.7.1 Pembolehubah Rawatan
Pembolehubah rawatan merupakan faktor yang dimanipulasi untuk
menentukan kesannya pada fenomena yang diperhatikan. Dalam kajian ini
pembolehubah rawatan adalah penggunaan buku cerita yang
diperingkatkan bagi kanak-kanak di prasekolah.
1.7.2 Pembolehubah Hasilan
Pembolehubah hasilan merupakan faktor yang diukur untuk menentukan
kesan pembolehubah rawatan. Di dalam kajian ini pentaksiran tahap
pemunculan literasi merupakan pembolehubah hasilan.
9
1.10 Istilah-Istilah
Berikut adalah istilah-istilah yang digunakan bagi tujuan penyelidikan ini.
1.10.1 Membaca
Dalam kajian ini adalah amat penting untuk memahami apakah yang dimaksudkan
dengan membaca dan minat membaca yang akan menjadi fokus kepada
penyelidikan ini.
Menurut Kamus Dewan Bahasa (2002);
"Memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan kandungannya."
Atan Long (1978) telah menghuraikan proses membaca sebagai;
"Kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu."
Bums, Griffin dan Snow (1999) dalam 'Starting Out Right' pula melihat pembaca sebagai,
" Kanak-kanak yang berjaya membaca menguasai tiga elemen utama. Mereka berupaya untuk mengenal cetakan perkataan dengan menyambung bunyi-bunyi huruf dan juga perkataan-perkataan yang biasa mereka lihat. Mereka boleh menggunakan pengetahuan lalu, perbendaharaan kata, dan kefahaman untuk membaca bagi mendapatkan permaknaan. Mereka membaca dengan lancar seperti mereka boleh mengenal perkataan sepintas lalu supaya apa yang dibaca di fahami dan membaca menjadi pengalaman yang menyeronokkan.
10
Melalui pelbagai huraian yang telah dibuat di atas ternyatalah membaca
bukanlah hanya merupakan proses mekanikal yang melibatkan tulisan huruf
semata-mata. Ianya merupakan proses yang saling bertimbal balik di antara
tulisan huruf yang menyebabkan berlakunya proses menterjemahkan penulisan
kepada permaknaan. Permaknaan akan mudah berlaku jika pembaca lancar di
dalarn pembacaannya.
1.10.2 Kanak-kanak prasekolah
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kanak-kanak prasekolah adalah terdiri
dari kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun (Bahagian Pernbangunan Kurikulum,
2001). Peringkat usia prasekolah adalah di mana kanak-kanak baru hendak mula
mendekati proses pembacaan. Di peringkat ini mereka akan melalui tahap
pembaca baru, pembaca awal dan juga pembaca lancar.
1.10.3 Buku Kanak-kanak Prasekolah
Sebelum menyentuh tentang tahap pembacaan dan buku-buku yang sesuai,
terlebih dahulu perlu dilihat apakah yang dimaksudkan dengan buku kanak-kanak.
Menurut definisi yang diberikan oleh Clynch-Brown & Tomlinson (1999), sastera
kanak-kanak adalah buku berkualiti yang terdapat di pasaran bagi kanak-kanak
daripada usia kelahiran sehingga dewasa. Topik-topik buku tersebut adalah yang
11
berkaitan dengan kanak-kanak usia tersebut yang dinukilankan dalam bentuk
prosa, puisi, fiksyen dan bukan fiksyen.
Dalam konteks kajian ini, buku kanak-kanak bermaksud buku-buku yang
ditulis bagi tujuan pembacaan kanak-kanak ataupun buku yang menjadi bacaan
kanak-kanak, tidak kira apa jua bentuk penulisannya samada ianya buku cerita
(berbentuk fiksyen) dan bukan fiksyen yang ditulis untuk memberi maklumat,
atau pun buku yang menggunakan bahasa berirama seperti lagu, sajak pantun dan
Iain-lain. Buku kanak-kanak adalah juga buku yang mengambil kira tema, minat
kanak-kanak, sifat kanak-kanak, keperluan tahap pembacaan kanak-kanak agar
buku yang dihasilkan bersesuaian dengan kanak-kanak.
Bagi kajian ini pengkaji hanya akan memokuskan kepada buku cerita
bergambar kerana ramai penulis mendapati buku jenis ini amat sesuai bagi
pembacaan kanak-kanak. Antaranya Sulzby (1985) mencadangkan penggunaan
gambat dan teks bagi membina permaknaan kepada kanak-kanak dalam proses
mereka melangkah kepada membaca yang sebenarnya. Menurut Tucker (1988),
dalam buku bergambar, panjang cerita sepatutnya tidak melebihi 2000 patah
perkataan bagi tujuan memelihara daya penumpuan kanak-kanak terhadap cerita
tersebut. Antara ciri-ciri buku bergambar yang baik menurut beliau ialah gambar
yang terdapat di dalam cerita mampu memberikan maklumat tentang teks yang
dibaca.
12
1.10.4 Tahap Pembacaan (menurut teori pemunculan literasi)
Kanak-kanak yang berada di prasekolah adalah terdiri daripada mereka yang
mempunyai pelbagai kebolehan membaca. Secara keseluruhan mereka boleh
digolongkan kepada 3 kumpulan iaitu yang lemah, sederhana dan cemerlang.
Oleh itu mereka perlukan bahan bacaan yang boleh mereka kuasai dan pada masa
yang sama memberikan sedikit cabaran. Ini akan membolehkan kanak-kanak
memperolehi keyakinan diri bahawa dia berkebolahan dalam membaca. Tahap
pembacaan boleh dikenalpasti melalui penafsiran yang dilakukan oleh guru, dan
guru boleh mencadangkan bahan yang bersesuaian dengan tahap pembacaan
mereka.
Kajian ini akan menggunakan definisi yang dikemukakan oleh Mary Clay
(1989) iaitu pemunculan literasi adalah perlakuan menulis dan membaca kanak-
kanak yang berkembang kepada kebolehan membaca dan menulis sebenar.
Menurut Clay (1991), kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai belum boleh
membaca tiga peringkat iaitu:
1.10.4.1 Tahap 1: Pembaca Baru
Clay (1991) menyatakan peringkat pembaca baru adalah pembaca yang
mempelajari bagaimana buku berfungsi. Walker (2003) juga menyatakan
amat penting bagi pembaca baru memiliki kemahiran menghubungkan apa
yang dituturkan dengan tulisan teks, iaitu kemahiran konsep cetakan.