-
PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012
1
Ke Arah Peningkatan Mutu Kursus Pra Penempatan Latihan
Amali/Industri, Fakulti Pengajian Islam di Kalangan Para Pelajar
Kod Projek: UKM-PTS-025-2009 1Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (Ketua Projek),
1,6Badlihisham Mohd. Nasir,
2Kamaruddin Salleh,
4Md. Nor Abdullah,
5Mohd Akil Muhamed Ali &
3Zaini Nasohah
1Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam
2Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam,
3Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam
4Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam
5Jabatan Pengajian al-Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian Islam
6Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor
PENGENALAN / PERNYATAAN MASALAH
Latihan Amali/Industri di Fakulti Pengajian Islam UKM merupakan kursus wajib yang
perlu diikuti oleh setiap pelajar. Ianya merupakan pendedahan yang penting ke arah
mewujudkan graduan pengajian Islam berkualiti melalui adunan pengetahuan dan
kemahiran. Dalam mengulas perkara ini, Mohd Asri Abdullah (2000:V) menyatakan
bahawa pemberian ilmu melalui kuliah, seminar dan tutorial secara formal dan terancang
di institusi-institusi pendidikan dapat membekalkan pelajar dengan dunia pengetahuan
dan kemahiran dan pengetahuan sosial untuk menghadapi cabaran hidup dan mencapai
kerjaya di masa depan. Namun begitu, jika mereka gagal melengkapkan diri dengan nilai-
nilai moral, etika dan agama yang mantap, mereka tidak akan berupaya dan mampu
bekerjasama dan berinteraksi secara harmoni dengan orang lain. Malah segala ilmu dan
kemahiran yang diperolehi tidak akan dimanfaatkan untuk pembangunan diri, keluarga,
komuniti, organisasi dan masyarakat. Ini menunjukkan hubungan antara teori dan
praktikal berupaya mendedahkan pelajar terhadap aspek pembangunan kemahiran diri
secara interpersonal mahupun intrapersonal. Di atas inisiatif ini, kursus Latihan
Amali/Industri telah lama diperkenalkan dan dilaksanakan di Fakulti Pengajian Islam.
Namun belum ada lagi kajian yang berkaitan dengan Latihan Amali/Industri sama ada
berkaitan dengan keberkesanan, pemantauan, persepsi dan maklum balas pihak agensi
terhadap pelajar Fakulti Pengajian Islam, dan pra pendedahan serta persediaan pelajar FPI
sebelum mengikuti Latihan Amali/Industri.
Kajian ini lebih tertumpu kepada penilaian umum pelajar yang akan mengikuti Latihan
Amali/ Industri terhadap Kursus Pra Penempatan LAI yang dianjurkan oleh pihak fakulti.
Pada dasarnya kursus pra penempatan ini, akan membekalkan maklumat berkaitan dengan
proses dan bentuk Latihan Amali/Industri yang bakal diikuti sebagai persediaan. Oleh itu,
kajian ini akan melihat aspek penilaian pelajar terhadap kursus ini, dalam melihat
sejauhmana keberkesanannya mencukupi bagi pelajar sebelum mengikuti Latihan
Amali/Industri.
Prosiding Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan Tindakan/Strategik (PTS) Fakulti Pengajian Islam 2012
disunting oleh: Ezad Azraai Jamsari, Zamri Arifin, Mohd. Al Adib Samuri, Mohd. Zamro Muda, Ahmad Munawar Ismail,
Muhamad Razak Idris, Hakim Zainal, Roziah Sidik @ Mat Sidek, Muhamad Faisal Ashaari, Salasiah Hanin Hamjah, Fadlan
Mohd Othman, Latifah Abdul Majid, Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Ahmad, Hasbi Mat Harun & Mohd Faizal Khatab
Fakulti Pengajian Islam, UKM, ISBN 978-967-5478-47-5 (2012), http://www.ukm.my/fpipts/online%20proceedings.html
http://www.ukm.my/fpipts/online%20proceedings.html
-
PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012
2
OBJEKTIF KAJIAN
1. Melihat penilaian pelajar terhadap penceramah Kursus Pra Penempatan Latihan
Amali/Industri FPI.
2. Melihat penilaian pelajar terhadap keseluruhan kursus tersebut.
3. Melihat penilaian pelajar terhadap tempat dan pengurusan kursus tersebut.
ULASAN KEPUSTAKAAN
Kajian berkaitan dengan Latihan Amali/Industri telah banyak diberi perhatian oleh pihak
institusi pengajian tinggi di Malaysia. Melalui latihan ini pelajar akan mengaplikasikan
teori-teori yang dipelajari di bilik kuliah di tempat praktikal. Latihan amali/industri ini
lebih memberikan perhatian kepada gabungan antara teori dan praktikal di kalangan
pelajar. Namun begitu, dalam konteks kajian Latihan Amali/Industri di kalangan pelajar
Pengajian Islam, masih tidak terdapat lagi. Kebanyakan kajian-kajian Latihan
Amali/Industri yang telah dijalankan adalah berbentuk kemahiran teknikal atau
pengajaran dan pembelajaran (P & P) di sekolah seperti institusi-institusi pengajian
tinggi awam atau swasta yang menawarkan program kemahiran dan pendidikan.
Contohnya pelajar yang mengikuti program pendidikan di institusi pengajian tinggi awam
(IPTA) wajib mengikuti praktikum dengan tempoh yang telah ditentukan. Di Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, pelajar yang mengambil kursus Sarjana
Bimbingan dan Kaunseling diwajibkan menjalani praktikum selama 14 minggu bagi
pelajar sepenuh masa dan 23 minggu bagi pelajar separuh masa. Dalam tempoh 14
minggu, kaunselor pelatih perlu mencukupkan 480 jam, di mana tempoh 120 jam
hendaklah merupakan perhubungan dengan klien secara bersemuka dan selebihnya untuk
aktiviti yang berkaitan dengan tugas-tugas kaunselor professional. Jumlah kreditnya
adalah 6 jam kredit seperti yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Standard Kelayakan
Kaunselor Malaysia 1998. Kursus ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar mendapatkan
pengalaman menjalankan kaunseling dalam situasi pekerjaan sebenar. Melalui praktikum
juga, kaunselor pelatih boleh menilai tahap kemampuan diri sendiri, mengenal pasti
kelemahan dan kekuatan serta potensi diri sebenar. Ia juga memberi ruang dan peluang
kepada kaunselor pelatih untuk melaksanakan tugas sebagai kaunselor yang melibatkan
semua aspek kerja kaunselor termasuklah merancang, mengelola, melaksana, menyelia dan
menilai aktiviti-aktiviti bimbingan dan kaunseling sebelum kaunselor pelatih bekerja di
setting sebenar (Nor Hidayah Ab. Wahab 2009:1).
Selain itu, dalam sorotan kajian lepas ini juga dapat dilihat kajian Latihan Amali/Industri
melibatkan kemahiran kendiri di kalangan pelajar-pelajar dalam bidang kemahiran
teknikal. Dalam kajian Yahya Buntat dan Juliana Abd Rahman (2003) yang bertujuan
untuk mengenal pasti elemen kemahiran employability yang sering diterapkan oleh
tenaga pengajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir gudang Johor Bahru, elemen
kemahiran employability yang dianggap penting, serta permasalahan yang dihadapi
untuk penerapan kemahiran tersebut semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan. Kajian ini dijalankan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang
Johor. Seramai 52 orang responden yang terdiri daripada tenaga pengajar terlibat dalam
kajian ini. Kajian mendapati, elemen kemahiran employability yang paling kerap
diterapkan dan juga dianggap paling penting oleh tenaga pengajar ialah kemahiran
-
PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012
3
komunikasi terutama kemahiran mengikuti arahan yang diberikan. Bagaimanapun hasil
kajian mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi oleh tenaga pengajar untuk
menerapkan kemahiran tersebut adalah pelajar kurang pengetahuan tentang kepentingan
kemahiran employability seperti; a) mengikut arahan yang diberikan; b) berpelakuan
secara jujur, ikhlas dan beretika; c) bertanggungjawab ke atas tindakan yang diambil; d)
mengkaji dan menilai sesuatu masalah; e) fleksibel (dapat menyesuaikan diri dengan
kumpulan); f) memberi kerjasama dengan pelatih yang lain; g) menerima dan belajar dari
kesilapan; h) boleh bergaul dengan orang lain.
Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Saari Yazit dan Azizi Hj. Yahaya (2003) tertumpu
kepada mengkaji keberkesanan latihan industri di kalangan pelajar- pelajar Politeknik
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah Darulaman. Aspek
yang dikaji ialah kesesuaian kurikulum, kerjasama pihak industri, kesesuaian tempat
latihan dan penyeliaan oleh Unit Latihan dan Perhubungan Industri. Dapatan dari kajian
menunjukkan bahawa latihan industri ini berkesan kepada pelajar - pelajar yang menjalani
latihan. Walaupun begitu keberkesanan latihan masih kurang kerana faktor pensyarah
masih kurang membuat lawatan industri. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, pihak
Unit Latihan dan Perhubungan Industri membuat lawatan sekurang kurangnya sekali
dalam masa 6 bulan dibuat kepada tempat-tempat latihan industri untuk menjadikan latihan
industri lebih berkesan.
Berdasarkan kepada kajian-kajian dahulu di atas, perbincangan tentang kajian yang
berkaitan dengan Latihan Amali/Industri secara khusus di kalangan pelajar Fakulti
Pengajian Islam masih belum didapati lagi. Walau bagaimanpun kajian ini merupakan
yang pertama dan akan menumpukan kepada penambahbaikkan dalam Kursus Pra
Penempatan Latihan Amali/Industri.
METODE KAJIAN
Metodologi kajian ini melibatkan rekabentuk kajian, populasi, kaedah persempelan,
instrumen kajian, tatacara pemerolehan soal selidik dan penganalisisan data yang
diperolehi. Semua kaedah yang dinyatakan merupakan sebahagian kerangka cadangan
penyelidikan bagi mencapai tujuan utama kajian.
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian terbahagi kepada dua iaitu secara
perpustakaan dan secara lapangan. Kaedah perpustakaan digunakan bagi membina konsep
kajian, diperolehi menerusi jurnal, dokumen, buku, makalah ilmiah, laman sesawang atau
blog, di mana pengolahan konsep kajian dibina dengan melihat hubungan antara konsep
Kursus Pra Penempatan Latihan Amali/Industri yang dilaksanakan oleh Fakulti Pengajian
Islam.
Kajian lapangan pula digunakan bagi mendapatkan penilaian sampel terhadap kursus pra
penempatan Latihan Amali Industri. Data kajian lapangan diperolehi melalui borang soal
selidik. Pendekatan ini juga dikenali dengan kaedah kuantitatif kerana melibatkan aspek
penomboran dan statistik. Menurut Rohana Yusof (2004:193) kaedah ini dilakukan ke atas
sejumlah besar individu dengan menggunakan soalan yang berbentuk tertutup. Menurut
Chua Yan Piaw (1996:111) pengkaji biasanya akan memilih sekumpulan subjek daripada
populasi sebagai responden. Tujuannya adalah untuk mendapatkan data atau maklumat
-
PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012
4
secara cepat. Data penyelidikan secara kuantitatif dapat diukur dengan nombor. Menurut
Turkman (1972:173) data-data yang diperolehi melalui kaedah tinjauan (soal selidik) akan
diterjemahkan dalam bentuk nombor (numerical) berdasarkan skala atau teknik statistik
dalam penyelidikan dalam mengukur sesuatu keadaan.
Menurut Fink (Juanda Jaya 2003:222) kaedah ini adalah satu sistem mengumpul maklumat
data untuk menghurai, membuat intrepretasi, membanding atau menjelaskan pengetahuan,
sikap dan amalan serta tingkahlaku. Ini adalah untuk mendapatkan gambaran yang jelas
terhadap fenomena yang sedang berlaku seperti menyoal individu tentang persepsi, sikap
dan tingkahlaku atau nilai mereka.
Populasi Kajian
Populasi ialah kelompok atau kumpulan dalam sesuatu unit yang dapat ditonjolkan melalui
ciri-ciri, karekter dan sebagainya. Populasi juga merupakan kumpulan seluruh unit di mana
unit tersebut mewakili unit-unit dalam populasi (Sulaiman Ngah Razali 1996:61). Populasi
kajian terdiri daripada semua pelajar pada semester IV sesi pengajian dengan nilaian 2 unit
untuk melayakkan mereka dianugerahkan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam dengan
Kepujian. Populasi dalam kajian ini adalah bersifat homogenus yang mempunyai ciri
demografi yang sama dalam saiz sampel yang kecil.
Kaedah Persempelan Dan Sampel Kajian
Kaedah persempelan adalah berkaitan dengan proses memilih sebilangan subjek daripada
sesuatu populasi untuk dijadikan responden kajian (Chua Yan Piaw 2006:179). Menurut
Mohd Sheffie Abu Bakar (1987:66), persempelan ialah satu proses di mana sebilangan
kecil daripada keseluruhan populasi dipilih dan dikaji untuk membolehkan kita membuat
generalisasi mengenai populasi itu. Tujuan utama persampelan ialah untuk mendapatkan
satu sampel yang mempunyai ciri-ciri umum populasi, terutama ciri-ciri yang hendak
diselidik. Untuk mendapatkan sampel yang boleh mewakili populasi pemilihan sampel ini
mestilah proses yang bebas.
Kajian ini menggunakan persampelan keberangkalian dengan memilih prosedur
persampelan rawak mudah. Persampelan rawak mudah digunakan untuk memastikan setiap
unit atau subjek dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai
responden kajian. Dalam hal ini, sampel secara langsung mempunyai peluang menjadi
responden. Pemilihan responden mengikut prosedur persampelan rawak mudah diperolehi
melalui rekod pelajar semester IV telah dikenalpasti oleh pihak fakulti. Justeru setiap
pelajar semester IV Fakulti Pengajian Islam yang menghadiri Kursus Pra Penempatan
Latihan Amali/Industri telah dibekalkan dengan borang soal selidik.
Instrumen Kajian
Borang soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada sampel
berdasarkan tujuan kajian yang telah ditentukan. Soaselidik yang dibina adalah untuk
menjelaskan kepada sampel mengenai penilaian pelajar terhadap Kursus Pra Penempatan
Latihan Amali/Industri (LAI). Kaedah soal selidik dikatakan membantu dalam
memperoleh maklumat yang dikehendaki oleh penyelidik. Pengkaji boleh mendapatkan
maklumat berdasarkan apa yang terdapat dalam kotak pemikiran atau di sebalik pandangan
fizikal subjek (responden). Dengan itu, penyelidik dapat mengetahui dan mengukur subjek
-
PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012
5
tentang ilmu dan kemahiran, apa yang disukai oleh subjek atau apa yang tidak digemari
subjek, melihat tentang sikap dan tingkahlaku subjek dan boleh mendapatkan data
berdasarkan pengalaman biografi subjek dalam sesuatu keadaan.
Soal selidik telah dibina dengan memanipulasi dua angkubah iaitu, pembolehubah bebas
dan pembolehubah bersandar. Sulaiman Ngah Razali (1996:72) menjelaskan,
pembolehubah bersandar ialah pembolehubah yang memberi sambutan kepada suasana
yang diubah, manakala pembolehubah tidak bersandar (pembolehubah bebas) ialah
pembolehubah yang suasananya diubah sendiri oleh penyelidik. Manakala Chua Yan Piaw
(2006:59) turut menyokong dengan menjelaskan bahawa perhubungan antara
pembolehubah bersandar (dependent variable) dan pembolehubah tidak bersandar
(independent variable) merupakan perhubungan sebab akibat, iaitu akibat pada
pembolehubah bersandar disebabkan perubahan pada pembolehubah tidak bersandar.
Maksud di sini ialah mempunyai faktor sebab dan akibat (cause and effect).
Pembolehubah bersandar (dependent variable) bagi kajian ini melibatkan aspek demografi
sampel yang terdiri daripada pelajar semester ke empat semua jabatan di Fakulti Pengajian
Islam UKM. Manakala pembolehubah tidak bersandar (independent variable) dalam kajian
ini adalah melibatkan penilaian pelajar terhadap penceramah yang telah diundang untuk
kursus, penilaian terhadap keseluruhan kursus, penilaian terhadap tempat kursus dan juga
urusetia.
Bentuk soal selidik yang digunakan dalam penyelidikan ini terbahagi kepada dua iaitu
terbuka dan tertutup. Menurut Mohd Sheffie Abu Bakar (1987:55), bentuk soal selidik
terbuka ialah soalan-soalan yang memerlukan kepada responden jawapan dengan
perkataan sendiri, di mana pengkaji menyediakan ruang jawapan untuk responden.
Manakala bentuk soal selidik tertutup atau dikenali sebagai soal selidik berstruktur ialah
soalan-soalan yang mengandungi jawapan aneka pilihan.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan bentuk soal selidik tertutup melibatkan
penilaian pelajar terhadap kursus. Bagi mendapatkan komentar daripada responden
berkaitan dengan aspek penambahbaikkan di masa akan datang, pengkaji telah
menyediakan satu item yang berbentuk terbuka. Tujuannya adalah untuk mendapatkan
maklumbalas responden secara langsung serta menggelakkan unsur bias dalam
memberikan maklumat dan responden tidak merasa terikat sepenuhnya dengan rekabentuk
soal selidik tertutup.
Dalam pembinaan instrumen soal selidik, pengkaji telah memilih untuk menggunakan
skala likert sebagai skala jawapan responden terhadap semua pernyataan yang digunakan
dalam instrumen kajian ini. Skala likert adalah sesuai digunakan bagi mengukur pandangan
yang diberikan oleh responden dalam ruangan tertentu secara berterusan tentang sesuatu
amalan, persepsi dan sikap (Cohen et al. 2000; Wiersma 2000).
Penetapan skala dilakukan kerana ia merupakan alat untuk mengukur suatu kuantiti yang
sukar diukur secara objektif. Skala ini memberi peluang kepada responden merekodkan
pendapatnya tentang darjah sesuatu pelakuan (Sulaiman Ngah Razali 1996:61). Dalam
kajian ini, responden diminta untuk menandakan di petak nombor (bulatkan) berdasarkan
skala yang diberikan iaitu 10 hingga 1. Skala ini juga dianggap sebagai skala simantik
yang menganggarkan nilai markah yang diberikan oleh responden.
-
PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012
6
Responden dikehendaki untuk menandakan dengan simbol bulatkan berdasarkan skala
yang diberikan seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.1. Nilai tengah bagi skala jawapan
responden ialah 3.0, iaitu jawapan sederhana. Nilai ini menunjukkan bahawa responden
tidak pasti dengan kenyataan pembolehubah yang diberikan pengkaji. Nilai >3.0
menunjukkan jawapan baik atau amat baik oleh responden. Manakala nilai
-
PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012
7
membuat satu kesimpulan umum yang boleh. Statistik deskriptif merangkumi taburan
frekuansi, ukuran kecenderungan tengah (mid, mod dan median) dan ukuran
kebolehubahan (julat, varian dan sisihan piawai). Tujuannya adalah untuk melihat nilai
kekerapan, min dan peratus responden terhadap item kajian yang diberikan.
Operasi pentadbiran analisis hasil kajian dijalankan mengikut jumlah penetapan skala
yang ditanda oleh keseluruhan responden (n = 297). Penetapan skala merupakan alat untuk
mengukur suatu kuantiti yang sukar diukur secara objektif. Skala ini bertujuan untuk
memberi peluang kepada responden merekodkan pendapatnya tentang darjah sesuatu
pelakuan (Sulaiman Ngah Razali 1996:61). Kemudian, keseluruhan hasil analisis diukur
berdasarkan interpretasi skor min bagi menunjukkan tahap penilaian responden terhadap
kursus. Dalam hal ini, pengkaji telah menggunakan petunjuk (indicator) intrepretasi skor
min yang telah dibina oleh Jamil Ahmad (1993). Dalam interpretasi skor min ini, nilai bagi
1.00 hingga 2.33 adalah tahap rendah, 2.34 hingga 3.66 adalah tahap sederhana dan skor
bagi 3.67 hingga 5.00 merupakan tahap tinggi seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.2.
Jadual 4.2 Interpretasi skor min
Skor Min Interpretasi
1.00 hingga 2.33
Tahap Rendah
2.34 hingga 3.66 Tahap Sederhana
3.67 hingga 5.00 Tahap Tinggi
Sumber: Ubahsuai daripada Jamil Ahmad. 1993. Tinjauan tentang kekangan-kekangan
dalam pelaksanaan sains KBSM di sekolah-sekolah menengah Negeri Kedah
Darul Aman. Disertasi Sarjana Fakulti Pendidikan UKM.
PERBELANJAAN
-
PROSIDING SEMINAR PEMANTAUAN PROJEK PTS-FPI, 24 MAC 2012
8
PENCAPAIAN PROJEK (OUTPUT)
Seminar
1. Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM, Awana Porto Malai, 14-16 Disember 2009.
2. Fifth Annual Education and Development Conference, Bangkok, Thailand 5-7 Mac 2010
Penerbitan
1. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Badlihisham Mohd Nasir, Md. Nor Abdullah, Kamarudin Salleh, Mohd Akil Muhamed Ali & Zaini Nasohah, 2009. Penilaian
Pelajar Terhadap Kursus Pra Penempatan Latihan Amali/Industri, Fakulti Pengajian
Islam. Diprosidingkan dalam CD Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM 2009.
KESIMPULAN
Dapatan kajian melalui projek penyelidikan ini serta output yang telah dihasilkan diharap
dapat membantu dalam penambaikan kursus Pra Penempatan Latihan Amali Industri
Fakulti Pengajian Islam