Download - KAUNSELING METHADONE
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
1/34
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
2/34
Memastikan pesakit memahami Rawatan Terapi Gantian(RTG) dengan Sirap Methadone.
Meningkatkan kepatuhan pesakit terhadap pengambilanSirap Methadone.
Memberi maklumat berkaitan kesan sampingan yangmungkin dialami pesakit sewaktu pengambilan SirapMethadone.
Memberi maklumat kepada pesakit tentang bahaya
pengambilan Sirap Methadone bersama-sama denganubat/ dadah lain.
Memberi penerangan kepada pesakit berkaitan dos bawabalik, dos tertinggal dan dos berlebihan.
Lain-lain penjagaan diri (self care) pesakit yang berkaitan.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
3/34
Untuk menghilangkan pergantungan
terhadap pengambilan semula opiod
yang diambil.
Membantu pesakit berada dalam
keadaan selesa dan bebas dari rasa
gian terhadap opiod.
Menyekat kesan dadah (opiod) yang
diambil secara haram.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
4/34
Methadone ialah ubat yang tergolong di
dalam kumpulan opioid yang digunakan
sebagai terapi gantian untuk merawat
ketagihan heroin dan lain-lain ketagihanopioid.
Opioid dikelaskan sebagai ubat-ubat penekan
(depressant drugs) kerana ia
memperlahankan sistem saraf. Kesan Methadone adalah lebih lama daripada
heroin (kesan heroin hanyalah selama
beberapa jam sahaja).
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
5/34
Hanya boleh dimulakan oleh pakar
psikiatri/doktor yang diberi kuasa untuk
mempreskrib ubat.
Pegawai Farmasi akan mendispens Sirap
Methadone kepada anda berdasarkan dos yang
telah dipreskrib.
Apabila mula-mula berhenti heroin, anda akan
berasa agak sukar untuk menyesuaikan hidup.
Oleh itu, selalulah berjumpa dengan kaunseloranda untuk membantu mengatasi kesukaran ini.
Kaunselor boleh membimbing anda untuk
mengatasi isu-isu atau masalah yang dihadapi.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
6/34
Dos Sirap Methadone yang betul:
Berkesan dalam tempoh yang lebih lama didalam badan berbanding heroin (ia hanya perludiambil sekali sehari).
Membantu anda mengatasi proses pengundurandengan lebih selesa.
Tidak dikontaminasi dengan bahan-bahan/dadahlain.
Memberi kesan positif dari segi penguranganrisiko dalam membendung jangkitan HIV keranaia tidak perlu disuntik seperti dadah heroin dandengan ini dapat mengelakkan amalanperkongsian jarum.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
7/34
Dos permulaan Sirap Methadone ialah 15-30mg/hari(tidak melebihi 40mg/hari),
walaubagaimanapun dos ini adalah bergantungkepada ciri-ciri individu pesakit tersebut. Masapenstabilan dos biasanya adalah satu (1) minggu atau
lebih tetapi penambahan dos biasanya diperlukanpada minggu dan bulan seterusnya.
Dos pengawalan (maintenance dose) adalah 60-80mg.Kekerapan dos Sirap Methadone ialah sekali seharidan diberi secara oral (diminum).
Sebaik-baiknya Sirap Methadone perlu diambil padawaktu pagi untuk memudahkan pemantauansekiranya berlaku kesan sampingan yang teruk.
Sirap Methadone boleh diambil dengan susu sekiranyamengalami gangguan perut.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
8/34
Sila berhubung dengan doktor anda jika andatertinggal lebih daripada dua dos.
Nota Pegawai Farmasi Sekiranya seseorang pesakit tertinggal dos :
Satu hari : tiada perubahan pada dos
Dua hari : sekiranya tiada bukti berlakuintoksikasi,berikan dos asal
Tiga hari : beri separuh dos dan bincangdengan preskriber
Empat hari : rujuk pesakit kepada preskriber
Hari ke lima dan seterusnya : dikira sebagaiinduksi baru (rujuk pesakit kepada preskriber)
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
9/34
Jika pesakit didapati betul-betul termuntahselepas dos diberikan, langkah penggantian dosakan diambil. Preskripsi baru perlu diperolehiuntuk gantian dos.
Nota Pegawai Farmasi
-Sekiranya seseorang pesakit termuntah dosyang diberikan :
-Kurang 15 minit dari pengambilan dos :
ganti dos penuh-Antara 15 minit hingga 30 minit daripengambilan dos : ganti 50% dos
-Jika muntah selepas 30 minit pengambilandos : Tiada gantian dos
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
10/34
Jangan mengambil Methadone bersama ubat-ubat berikutsebelum berbincang dengan doktor atau Pegawai Farmasi :-
-Alkohol
-Ubat ubat antiepileptik
-Cimetidine
-Ciprofloxacin-Efavirenz
-Fluoxetine
-Fluvoxamine
-Nicotine
-Rifampicin-Tricyclic Antidepressants
-Pengasid urin contohnya Vitamin C
-Pengalkali urin contohnya sodium bicarbonate
-Zidovudine
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
11/34
Jangan mengambil ubat- ubat atas kaunter (OTC) untukrawatan batuk, selesema atau tahan sakit sepanjangrawatan Sirap Methadone sebelum berbincang dengan
doktor anda.
Ini kerana ubat ubat tersebut mungkin mengandungi
alkohol atau bahan narkotik yang boleh membahayakankeadaan anda.
Methadone dimetabolismekan di hati (hepatic metabolism)oleh sistem sitokrom P450 melalui N-demethylation dancyclisation.
Kepentingan sistem enzim ini menjadikan proses metabolik
Methadone terdedah kepada interaksi dengan dadah lainsama ada mempercepat atau menghalang metabolismeMethadone.
Autoinduksi juga menyebabkan penurunan kepekatanMethadone dalam plasma.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
12/34
Terlebih dos (overdose) boleh berlaku
apabila lebih daripada satu dadah (atau
pengambilan kombinasi dadah) diambil
secara berlebihan di dalam badan.-Ia boleh terjadi sekiranya diambil dengan
ubat tertentu ataupun paling berisiko
sekiranya anda mengambil dadah lain.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
13/34
Pengambilan dos yang berlebihan adalah
merbahaya dan boleh membawa maut.
Terlebih dos juga boleh terjadi akibat
pengambilan Sirap Methadone bersamaalkohol atau ubat penenang (tranquilizers).
Oleh itu, beritahu doktor atau Pegawai Farmasi
anda jika anda mengambil alkohol atau ubatpenenang (tranquilizers) sepanjang rawatan
dengan Sirap Methadone.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
14/34
Simptom-simptom terlebih dos ialah:
-pengecilan anak mata (pinpoint pupils)
-rasa loya
-pening
-peluh berlebihan
-rasa mengantuk (nodding off )
-pertuturan yang kurang jelas (slurred
speech)-gaya jalan yang tidak seimbang(unsteady gait), berdengkur
-tekanan darah rendah
-nadi perlahan (bradycardia)
-pernafasan singkat (hypoventilation)
-mulut berbuih buih
-koma
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
15/34
Jenis-jenis Bahan/ Dadah terlibat :
Dadah depresi (mengurangkan aktiviti sistem
saraf)
Heroin Morphine
Methadone
Ubat tidur
Benzodiazepine e.g diazepam, alkohol Dadah depresi bertindak dengan mengurangkan
aktiviti sistem saraf ke paras bahaya dan ini
boleh menyebabkan pesakit berhenti bernafas.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
16/34
- Dadah perangsang (mempercepat sistemsaraf)
Amphetamine Ecstasy Caffeine Nicotine
Dadah perangsang pula bertindak denganmempercepatkan aktiviti badan dan bolehmenyebabkan berlakunya peningkatantekanan darah, peningkatan kadarjantung dan peningkatan suhu badan.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
17/34
Risiko dos berlebihan
Dos berlebihan (overdose) boleh berlakudengan mudah sama ada bagi penagih
berpengalaman ataupun penagih baru.
Di dalam kebanyakan kes kematian akibat
dos berlebihan dengan dadah seperti heroin,pada masa yang sama terdapat juga dadah-
dadah lain dalam aliran darah si mati.
Sebagaimana heroin boleh menyebabkan
kematian, begitu juga dengan campurandadah-dadah lain (cocktail) yang lebih
merbahaya kerana kesan dos berlebihannya
tidak dapat dijangka.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
18/34
Nota Pegawai Farmasi
Terdapat tiga jenis keadaan dos berlebihanMethadone:
i. Dos berlebihan bagi mereka yang tidak pernah
mengambil Methadone.
Isu yang utama di sini ialah kerana tempohtindakan Methadone adalah panjang. Dos 30mg
dan ke bawah didapati selamat untuk orang
dewasa, tetapi kajian menunjukkan dos melebihi
30mg jika diberi kepada mereka yang tidakpernah mengambil Methadone boleh
menyebabkan kematian dalam masa 24 jam
akibat depresi pernafasan dan kongesi
pulmonari.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
19/34
ii. Dos berlebihan di kalangan mereka yang
baru memulakan rawatan dengan Methadone.
Pesakit baru yang dimulakan dengan
Methadone tidak boleh diberi dos Methadonemelebihi 30mg sehari selama 3 hari.
iii. Dos berlebihan di kalangan mereka yang
telah stabil dengan Methadone.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
20/34
Rawatan Dos Berlebihan Opioid*
Nota Pegawai Farmasi
Sekiranya seseorang itu mengalami dos
berlebihan dengan heroin, Methadoneataupun lain-lain opioid, IV Naloxone 0.4-
2mg selang 2-3 minit diberi bergantung
kepada keperluan pesakit.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
21/34
Maklumat Tambahan kepada Pesakit/
Penjaga
Sekiranya anda telah mengambil terlebih dos
atau mengesyaki telah berlaku dos
berlebihan :
-Cuba bertenang-Buat panggilan kecemasan untuk
mendapatkan khidmat ambulans
-Beritahu kepada perkhidmatan
ambulans di mana kedudukan pesakit
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
22/34
Beritahu operator ambulan keadaan pesakit
e.g adakah masih bernafas, denyutan nadi
masih ada atau tidak.
Beritahu operator bahawa dos berlebihantelah berlaku.
Beritahu operator sekiranya anda tahu jenis
dadah yang telah diambil dan kuantiti jika
diketahui. Tunggu bersama pesakit sehingga ambulans
tiba.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
23/34
Sekiranya anda khuatir pesakit mungkin telah
mengalami dos berlebihan dan anda rasa tidak
perlu memanggil ambulans dahulu, awasi pesakit
dengan teliti dan periksa pesakit selang
beberapa minit.
Hubungi ambulans sekiranya tiada perubahan
keadaan pesakit.
Perkara-perkara yang TIDAK BOLEH anda lakukan
sekiranya pesakit mengalami terlebih dos ialah:
memaksa pesakit muntah
menyuruh pesakit mandi air sejuk (cold shower )
menyuntik air garam ke salur darah pesakit
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
24/34
Tiga atau lebih kesan berikut, akan berlaku
dalam masa beberapa minit atau hari selepas
pemberhentian atau pengurangandos/penggunaan opioid yang telah diambil
selama beberapa minggu atau lebih.
Sekiranya seseorang itu mengalami dos
berlebihan dengan heroin, Methadone
ataupun lain-lain opioid, IV Naloxone 0.4-
2mg selang 2-3 minit diberi bergantung
kepada keperluan pesakit.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
25/34
Antara simptom-simptom pengunduran:
-Disforia-Rasa loya dan muntah
-Rasa sakit badan (muscle aches)*
-Hingus meleleh dan pengeluaran air
mata
-Pembesaran anak mata (Pupillary
dilatation)
-Cirit birit-Menguap berlebihan
-Demam
-Tidak dapat tidur (insomnia)*
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
26/34
Sirap Methadone yang dibawa balik perlu
disimpan:
-Di tempat selamat (dalam kabinet atau
laci yang dikunci) dan jauh daripadakanak-kanak.
-Pada suhu bilik (tempat yang kering dan
tidak panas) dan tidak di dalam peti
sejuk.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
27/34
Sekiranya anda terlupa untuk mengambil dos
sirap Methadone anda, ambil dos tersebut
secepat mungkin sebaik sahaja anda
teringat.
Sekiranya waktu untuk mengambil dos
tersebut telah hampir dengan waktu untuk
dos seterusnya, abaikan dos yang tertinggal
tersebut dan ambil dos seterusnya sepertibiasa.
Jangan gandakan dos anda.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
28/34
Pengambilan ubat di rumah hanya dibenarkan:
-Selepas 6 minggu klien stabil mengikutiprogram RTG.
-Penilaian yang teliti mengenai kestabilan
dan tidak disalahguna.-Kesesuaian penilaian untuk pengambilanubat di rumah mestilah direkod dengan jelas didalam nota klinikal termasuk:
-Petunjuk Kestabilan pesakit yang
terperinci.-Tiada sebarang kontraindikasiterhadap rawatan.
-Maklumat penggunaan ubat-ubatpsikoaktif yang lain.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
29/34
Bagi dos bawa balik :
-Dos < 25 mg cairkan hingga 50 ml,
-Dos > 25 mg cairkan hingga 100 ml.
Sediakan label yang lengkap dan tampal padabotol yang mengandungi dos bawa balik.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
30/34
Semasa Hamil Dan Menyusu: Sirap Methadone selamat digunakan semasa
hamil kerana ia tidak menyebabkan
kecacatan fetus, kelahiran pra-matang, berat
kelahiran yang rendah dan tiada kesan adverskepada bayi.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
31/34
Sirap Methadone juga selamat digunakan
oleh ibu yang menyusukan anak.
Walaubagaimanapun, ia tidak selamat untuk
wanita yang positif HIV.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
32/34
Jangan berikan Sirap Methadone kepada
orang lain kerana ianya amat berbahaya
dan boleh menyebabkan kesan berlebihan
dadah berlaku secara tidak sengaja.
Jangan menyuntik Sirap Methadone keranaianya boleh menyebabkan komplikasi yang
membahayakan.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
33/34
Sila berjumpa dengan doktor gigi anda
sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun
untuk membuat pemeriksaan gigi.
Minum sekurang-kurangnya 2 liter gelas airsehari (lebih kurang 8 gelas).
Banyakkan senaman.
Makan makanan seimbang.
Jaga kebersihan diri
Banyakkan aktiviti keagamaan untuk mencari
ketenangan diri.
-
7/27/2019 KAUNSELING METHADONE
34/34
TERIMA KASIH