Download - KAUNSELING KELOMPOK

Transcript
Page 1: KAUNSELING KELOMPOK

KAUNSELING KELOMPOK

Definisi

Kaunseling kelompok merupakan satu pendekatan yang dinamik dan berkesan bagi kaunselor

terlatih dalam proses membantu klien dalam menyelesaikan masalah. Pendekatan ini

dikhususkan bagi golongan individu biasa yang menghadapi masalah yang sama dalam satu

masa, dan isu permasalahan yang dihadapi berbentuk permasalahan yang normal. Hough

(1994), menjelaskan bahawa, In 1935, the first Alcoholics Anonymous group meeting was

held in Ohio, and the organization which was formed as a result of this, has proved to be one

of the most enduring and successful innitiaves world-wide (p. 143). Hal ini membuktikan

keberkesanan pendekatan kaunseling kelompok terhadap dunia kaunseling.

 Kaunseling kelompok juga dinamakan sebagai suatu hubungan antara seorang

individu dengan individu lain dalam satu kelompok yang menfokuskan aspek permasalah

yang sama dalam konteks tingkahlaku dan terdapat penglibatan fungsi- fungsi terapi atau

pemulihan. Pemilihan ahli-ahlinya adalah berbentuk sukarela. Rogers (1970), mendefinisikan

kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan dan proses pemulihan dalam usaha

merasionalkan seseorang mengikut kehendak ramai. Hal ini jelas menyokong penglibatan

fungsi-fungsi terapi dalam proses kaunseling kelompok.   

 Gibson dan Mitchell (1981) mentakrifkan kaunseling kelompok sebagai satu proses

membantu seseorang klien menyesuaikan diri dengan hal sehariannya dari aspek tingkah

laku, perhubungan peribadi, nilai diri, sikap serta permilihan kerjaya yang bersesuaian

dengan kemahiran yang dimiliki oleh individu berkenaan. Dalam hal ini, pelaksanaan

kaunseling kelompok dilihat sebagai satu ‘platform’ yang amat berkesan dalam membantu

ahli-ahlinya dalam menyelesaikan masalah di persekitarannya dan isu yang dibangkitkan oleh

mereka secara diskusi, perkongsian pendapat dan informasi dalam menemui solusi yang

paling sesuai dan tepat.

Top Related