Transcript

KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGANKata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan ayat utama denganayat yang menjadi keterangan . Antara contoh kata hubung pancangan keterangan ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.

Contoh ayat:Persembahan itu akan dibatalkan sekiranya sambutannya dingin. Persembahan itu akan dibatalkan. Sambutan persembahan itu dingin.

Apabila hujan turun dengan lebat, kawasan rendah itu akan banjir. Hujan turun dengan lebat. Kawasan rendah itu akan banjir.

Jenis kata hubung pancangan keterangan: a. Keterangan waktu : sesudah, setelah, sejak, sehabis, ketika, tatkala, sehingga, sewaktu, sampai, selama, sementara dan sebelum. b. Keterangan bersyarat : jika, jikalau, kalau, sekiranya, andaikata dan manakala. c. Keterangan akibat : hingga dan sehinggad. Keterangan sebab : sebab, oleh sebab, lantaran, dan kerana e. Keterangan perbandingan : seperti , bagai, macam, ibarat, laksana, bak, umpama, seakan-akan, seolah-olah, seumpama dan sebagaimana.f.Keterangan harapan : supaya, agar, semoga, moga-moga, kalau-kalau g. Keterangan tujuan : untuk , demi , bagi h. Keterangan pertentangan : walaupun, bagaimanapun, biarpun, sungguhpun, namun, meskipun, sekalipun dan sedangkani. Keterangan cara :dengan


Top Related