Download - Kajian Tindakan Nurhayati Ariffin
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN
1. Butiran Am
Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 3 T
Tarikh : 23 Ogos 2010
Masa : 8.15 – 9.15 Pagi
Jumlah Masa : 60 Minit
Bilangan Murid : 20 Orang
Tajuk : Pekerjaan
2. Hasil Pembelajaran
Fokus Utama : Membaca
5.1 : Membaca kuat perkataan dengan sebutan yang betul dan
memahami perkara yang dibaca
Aras 1 : Membaca perkataan mudah dengan intonasi yang betul
Fokus sampingan : Mendengar dan bertutur
1.2 : Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara
bertatasusila
Aras 1 : Memberi respon yang sesuai terhadap soalan yang
dikemukakan
3. Objektif
Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat :
i) membaca suku kata kvkv dan kvkvk
ii) membaca ayat mudah dengan lancar dan menggunakan intonasi
yang betul
iii) membina ayat mudah
1 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
4. Kemahiran
i) Membatang suku kata (1.16)
ii) Membaca petikan dengan nada dan intonasi yang sesuai (2.13)
iii) Membina ayat mudah (3.10)
5. Pengisian Kurikulum
i) Ilmu : Kajian Tempatan
ii) Nilai : Kesyukuran
6. Bahan Bantu Mengajar
i) Lembaran Teka Silang Kata
ii) Kad Perkataan
iii) Kad Gambar
iv) Ayat
v) Lembaran Kerja
7. Pengetahuan Sedia Ada
Murid-murid telah mengenal nama-nama benda dan beberapa jenis
pekerjaan.
2 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
8. Langkah-Langkah Pengajaran
Langkah /
MasaIsi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan
PembelajaranCatatan
Set Induksi
(5 minit)
Memperkenalkan
beberapa jenis
pekerjaan
- Polis
- Tentera
- Doktor
- Bomba
- Jururawat
- Guru memperlihatkan poster
pelbagai pekerjaan
- Murid melihat gambar-
gambar yang dibentangkan
- Guru meminta pelajar
menyebut setiap pekerjaan
yang ditunjukkan
- Guru mengaitkan dengan
pelajaran hari ini
BBM
Poster
pekerjaan
Langkah 1
(7 minit)
Suku kata
(Lampiran 1)
- Murid mengeja dan
membatang suku kata yang
ditunjukkan
- Murid mengeja dan
membatangkan perkataan
yang ditunjukkan secara
berkumpulan
BBM
- Kad suku
kata
- Kad
perkataan
Langkah 2
(15 minit)
Perkataan mudah - Guru meminta murid mencari
perkataan yang terdapat di di
dalam silangkata
BBM
- Silangkata
Kaedah
- Kumpulan
Langkah 3
(15 minit)
Membina ayat
(Lampiran 2)
- Guru mengedarkan carta
ayat untuk latihan menyusun
BBM
Carta ayat
3 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
ayat
- Murid membaca ayat
mengikut nada dan intonasi
yang betul
Langkah 4
(15 minit)
Semakan ayat - Murid membaca ayat yang
telah disusun di hadapan
kelas
- Guru membetulkan ayat
bersama-sama di dalam
kelas
BBM
Lemabaran
kerja
Penutup
(5 minit)
Rumusan isi
- Membina ayat
dengan
perkataan
yang diberi
- Melengkapkan
ayat dengan
perkataan
- Guru merumuskan pelajaran
hari ini dan menerapkan nilai
murni kepada murid
- Guru mengedarkan helaian
latihan sebagai kerja rumah
kepada murid
BBM
Helaian
latihan
Nilai Murni :
Menghargai
Refleksi
Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Saya banyak menekankan
kepada murid untuk mengeja jenis-jenis pekerjaan. Pengetahuan mereka
bertambah dengan penggunaan silang kata dan perkataan kerana semuanya
berdasarkan lingkaran kehidupan seharian mereka.
4 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Murid-murid telah mempelajari Bahasa Melayu sejak di Pra Sekolah lagi.
Murid-murid sepatutnya sudah dapat menguasai kosa kata Bahasa
Melayu mengikut topik yang terdapat di dalam Huraian Sukatan Pelajaran.
Malangnya apabila disoal secara lisan, di dapati masih ramai murid yang
belum menguasai atau telah lupa dengan kosa kata yang terdapat di
dalam senarai berkenaan.
Kesannya, guru Bahasa Melayu di tahun 3 menghadapi masalah untuk
mengajar murid-murid ini mengikut sukatan. Keadaan ini juga
menyukarkan guru untuk melanjutkan pelajaran kepada peringkat
pembinaan ayat. Justeru itu guru merasa perlu untuk mengajar semula
serta mengukuhkan penguasaan pelajaran kosa kata Bahasa Melayu
murid-murid terlebih dahulu.
Pada awal bulan Mac saya meminta murid-murid menyebut serta menulis
seberapa banyak kosa kata yang dikatahui dan telah dipelajari sejak di
tahun 1. Tujuannya ialah untuk meninjau sejauh mana tahap penguasaan
murid dalam kosa kata. Malangnya 50 peratus murid tidak dapat menulis
dan mengeja kosa kata Bahasa Melayu dengan betul.
Hasil dapatan ini mendorong kami untuk cuba mencari punca sebenar
kelemahan murid. Daripada temubual dengan murid-murid, dapatlah
dirumuskan bahawa;
1. Murid tidak minat kerana mungkin tidak memahami seterusnya
menguasai kosa kata Bahasa Melayu
2. Murid kurang membaca langsung bahan-bahan dalam Bahasa Melayu
termasuklah kurang mengulangkaji pelajaran Bahasa Melayu
5 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
3. Guru Bahasa Melayu kurang memberi bimbingan dan dorongan untuk
menarik minat murid
4. Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang digunakan
kurang menarik
Maka saya perlu membuat satu kajian untuk memulihkan sikap dan
keyakinan murid serta menanam minat mereka terhadap pelajaran
Bahasa Melayu serta mengubah cara pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan. Di samping itu usaha perlu dipertingkatkan
untuk menanamkan semangat dan minat untuk membaca, memahami dan
mengingati serta menghafal kosa kata yang dipelajari seterusnya
menambahkan kosa kata Bahasa Melayu yang baru untuk memantapkan
penguasaan pelajaran Bahasa Melayu.
FOKUS KAJIAN
Murid tahun 3 sekolah saya telah mempelajari Bahasa Melayu selama tiga tahun
(Pra sekolah hingga tahun 2). Sepatutnya mereka telah dapat menguasai kosa
kata bahasa Melayu tetapi masih terdapat murid yang tidak dapat menguasai
kosa kata mengikut topik di dalam Huraian Sukatan pelajaran Bahasa Melayu
Tahap 1. Malangnya secara lisan, separuh daripada murid tidak dapat menyebut
dan menamakan objek-objek yang terdapat di dalam kelas. Ada sesetengah
murid dapat menyatakan objek dengan betul tetapi tidak dapat mengejanya
dengan betul.
Saya dapati murid-murid susah hendak mengingat dan menghafal kosa kata
yang telah dipelajari. Hal ini berlaku kerana mereka kurang membuat ulangkaji
dan tiada aktiviti sokongan untuk tujuan pengukuhan.
6 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Jika masalah ini tidak diatasi segera maka pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Murid akan sering
merasa bosan dan ini akan mengakibatkan murid tidak dapat menguasai kosa
kata yang merupakan asas yang penting. Maka saya cuba untuk mencari jalan
untuk meningkatkan minat murid untuk belajar Bahasa Melayu. Murid-murid
didedahkan dengan kosa kata yang senang untuk meyakinkan mereka bahawa
mempelajari Bahasa Melayu adalah mudah dan menyeronokkan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am
i. Membantu murid menguasai kosa kata Bahasa Melayu
ii. Menanam semangat untuk belajar secara berkumpulan dan melahirkan
keyakinan dan minat terhadap Bahasa Melayu
iii. Membantu guru memahami dengan lebih mendalam masalah yang
dihadapi oleh murid menguasai Bahasa Melayu amnya dan kosa kata
khasnya.
Objektif khas
i. Melatih dan membimbing murid-murid untuk menguasai kosa kata Bahasa
Melayu
ii. Menimbulkan minat murid terhadap pelajaran Bahasa Melayu dan
seterusnya mereka berusaha sendiri mencari dan menambahkan
pengetahuan kosa kata yang baru
iii. Membantu guru menggunakan kaedah dan pendekatan yang lebih sesuai
iv. Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi pencapaian Bahasa Melayu di
peringkat sekolah dan seterusnya membantu meningkatkan kelulusan
UPSR sekolah
7 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 20 orang murid tahun 3 Sekolah
Kebangsaan Jitra 2, Jitra, Kedah Darul Aman.
PELAKSANAAN KAJIAN
Tinjauan Masalah
Saya mula membuat tinjauan awal mengenai penguasaan kosa kata murid-murid
secara lisan. Di dapati lebih daripada 50% murid-murid seolah-olah tidak
menguasai sebarang kosa kata yang telah mereka pelajari.
Daripada 20 orang murid, hanya 14 orang yang boleh menjawab soalan guru
dengan betul. Akan tetapi, apabila disuruh mengeja kosa kata yang disebut,
kebanyakkan daripada 14 orang itu juga menghadapi masalah untuk mengejanya
dengan betul. Selepas menemubual dan menganalisis buku latihan murid, saya
dapat mengenalpasti masalah-masalah seperti yang berikut
i) Murid kurang atau langsung tidak membaca buka Bahasa Melayu
mahupun mengulangkaji pelajaran Bahasa Melayu
ii) Kegagalan murid untuk memahami dan seterusnya menguasai kosa kata
Bahasa Melayu menyebabkan mereka tidak berminat
iii) Murid kurang menggunakan bahasa Melayu yang betul di rumah kerana
lebih banyak menggunakan bahasa dialek
Seterusnya masalah ditinjau dengan menemubual murid-murid untuk mengesan
penglibatan mereka dalam mempelajari atau mengulangkaji pelajaran Bahasa
Melayu di rumah. Contoh soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut;
i) Adakah anda mengulangkaji Bahasa Melayu di rumah?
8 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
ii) Jika ya, berapa kerap anda berbuat demikian?
A. Setiap hari
B. 3 – 5 hari dalam seminggu
C. Hanya 1 – 2 hari dalam seminggu
Hasil tinjauan adalah seperti dalam jadual 1
Jadual 1 : Dapatan temubual murid
Kekerapan membaca dan membuat mengulangkaji
Bilangan pelajar Peratus
Tiada langsung 12 60%
1 – 2 hari dalam seminggu 6 30%
3 – 5 hari dalam seminggu 1 5%
Setiap hari 1 5%
Jumlah 20 100%
Dapatan ini membuat saya berasa amat perlu untuk mencari satu kaedah yang
paling sesuai supaya murid berasa lebih selesa, seronok dan berminat untuk
mempelajari Bahasa Melayu.
Analisis Tinjauan Masalah
Saya telah mengadakan ujian bertulis ejaan di peringkat awal kajian dijalankan.
Keputusan ujian berkenaan adalah seperti di Lampiran (Ujian Pra). Dapatan ujian
ini menunjukkan bahawa ejaan Bahasa Melayu murid banyak dipengaruhi oleh
sebutan berdasarkan kepada bahasa ibunda mereka contohnya;
9 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu Bahasa Ibunda
Air Ayaq
Tidur Tidoq
Lapar Lapaq
Botol Botoi
Kereta Kegheta
Saya juga mendapati bahawa murid-murid ini dapat menguasai kosa kata
dengan lebih mudah jika mereka selalu membaca, menulis dan berbincang
sesama sendiri perkataan-perkataan kosa kata yang telah dipelajari. Maka
dengan itu murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan (Lampiran 3) dan setiap
kumpulan menjalankan aktiviti membaca, menulis dan berbincang sesama
mereka untuk mengukuhkan penguasaan kosa kata setiap ahli dalam kumpulan.
PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN
A) Membaca Dan Mengenal Kosa Kata
- Murid diberi senarai kosa kata dan mereka dikehendaki membaca
dan memahami makna kosa kata secara bersendirian
Pemerhatian
- Hanya sebilangan kecil sahaja murid yang datang berjumpa guru
untuk bertanya sebutan dan makna kosa kata yang mereka tidak
tahu. Ini mungkin disebabkan guru memberi peluang kepada
mereka untuk merujuk kamus. Ada antara murid yang tidak
memberi perhatian langsung, malahan ada yang menghilangkan
kosa kata yang telah diberikan oleh guru.
10 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Refleksi
- Aktiviti ini gagal menarik minat murid untuk belajar dan berusaha
sendiri untuk meningkatkan penguasaan kosa kata mereka,
walaupun dipupuk dengan cogan kata 1 jam sehari.
B) Membaca Kosa Kata Dari Kad Imbasan
- Murid membaca dan memahami kad-kad imbasan dan kad bacaan
dalam kumpulan masing-masing. Ketua kumpulan memastikan ahli
setiap kumpulan membaca dan memahami kosa kata yang tercatat
pada kad imbasan. Ganjaran akan diberikan kepada mana-mana
kumpulan yang berjaya mencapai tahap yang disasarkan.
Pemerhatian
- Ini menjadikan murid lebih komited untuk memperbaiki prestasi
masing-masing di mana kesalahan akan ditertawakan oleh rakan-
rakan dari kumpulan lain. Selepas tamatnya sesi P&P murid-murid
berebut untuk mendapatkan kad tersebut untuk dibaca pada masa
lapang.
Refleksi
- Murid mula menunjukkan minat dan perubahan sikap untuk belajar
setelah mendapat bimbingan dan teguran oleh rakan sebaya dalam
kumpulan masing-masing.
C) Menyelesaikan Teka Silang Kata (Secara Individu Dan Berkumpulan)
- Setiap kumpulan diberi 3 set silang kata. Kumpulan yang mendapat
paling banyak jawapan yang betul dalam masa yang singkat akan
menerima hadiah
11 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Pemerhatian
- Murid menunjukkan minat dan berusaha menyelesaikan silang kata
dengan cepat. Murid yang kurang cekap dan kurang berminat
dengan permainan ini terpaksa diberi sokongan dan bantuan untuk
menyelesaikan silang kata kosa kata yang diberi.
Refleksi
- Sebilangan kecil murid yang lemah dan melibatkan diri secara aktif
tetapi ramai murid yang menunjukkan minat dengan aktiviti ini
malahan meminta guru untuk mengadakan lagi aktiviti ini
terutamanya bagi kumpulan yang tidak mendapat hadiah.
D) Menulis Kosa Kata
- Kosa kata diajarkan secara kreatif menggunakan unsur seni. Murid
diminta menulis dengan tulisan kreatif dan mewarnakannya dengan
cantik dan menarik. Tulisan yang betul, kreatif dan paling menarik
akan dipamerkan serta diberikan ganjaran
Pemerhatian
- Murid lebih menunjukkan minat terhadap seni lukis berbanding
menulis biasa. Bagi murid yang kurang berminat dan lemah akan
diberikan galakan dan pujian untuk menarik minat mereka. Mereka
juga turut melakar kosa kata yang telah dipelajari dengan gaya
mereka sendiri.
12 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Refleksi
- Murid amat berminat untuk menguasai kosa kata tetapi mengambil
masa yang lama. Aktiviti sebegini dicadangkan untuk dilakukan
semasa kokurikulum.
E) Membuat Peta Minda Dengan Kosa Yang Telah Dipelajari
- Murid dikehendaki membuat kosa kata dengan menggunakan peta
minda yang menarik dan mudah difahami. Peta minda yang sudah
siap akan dipindahkan ke atas kad manila yang disediakan serta
dipamerkan di dalam kelas.
Pemerhatian
- Ramai murid dan kumpulan dapat menghasilkan peta minda
dengan baik serta dengan cara yang menarik.
13 NURHAYATI BT ARIFFIN
PEKERJAAN
GURU
DOKTOR
KERANI
PEGUAM
POLIS
TENTERA
JURUTERA
JURURAWAT
BOMBA
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Refleksi
- Ini dapat memupuk minat dan semangat murid untuk belajar dan
berbincang secara berkumpulan dan ini merupakan peluang untuk
murid menambahkan pengetahuan kosa kata mereka.
F) Mengisi Tempat Kosong Dengan Huruf Yang Betul
- Murid dikehendaki mengisi tempat kosong dengan huruf-huruf yang
betul
Pemerhatian
- Murid yang cekap dapat mengisi dengan cepat secara bersendirian.
Murid yang lembam terpaksa dibantu oleh guru untuk mengisi
ruang-ruang kosong dengan huruf-huruf yang betul.
Refleksi
- Murid berpotensi untuk menguasai kosa kata Bahasa Melayu.
Masalah mereka adalah disebabkan olehmurid langsung tidak
membaca dan tidak tahu cara hendak bermula. Murid berminat
untuk menghafal kosa kata untuk meningkatkan preasti sendiri dan
juga rakan-rakan sekumpulan yang lain.
G) Ujian Bertulis
- Merupakan Ujian terakhir dalam kajian tindakan dan guru dapat
mengesan sejauh mana murid-muridnya telah menguasai kosa kata
yang telah dipelajari. Murid yang memperolehi markah melebihi
85% diberikan ganjaran untuk menarik minat mereka agar terlibat
dalam kitaran kajian berikutnya.
14 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Pemerhatian
- Pada akhir aktiviti ini murid dapat menulis kosa kata dengan baik
dan betul.
H) Pelaksanaan Penilaian
Aktiviti ini merupakan proses penilaian pada peringkat akhir kajian
tindakan ini dan guru boleh mengesan sejauh mana murid-murid telah
memahami dan menguasai kosa kata Bahasa Melayu yang telah dipelajari
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di jalankan. Murid-murid
yang memperolehi markah 85% diberikan ganjaran (ganjaran
sememangnya telah diberikan kepada semua murid yang mengambil
bahagian dalam aktiviti kajian yang dijalankan sebagai menghargai
kerjasama dan komitmen yang diberikan) dan juga untuk menarik minat
murid untuk menyertai kitaran kajian berikutnya.
Pemerhatian
Pada akhir kajian ini, ramai murid dapat menulis kosa kata Bahasa Melayu
sekiranya mereka sentiasa membaca, bertanya sesama mereka dan
membuat ulangkaji untuk mengenal kosa kata yang telah dipelajari di
dalam bilik darjah.
15 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
REFLEKSI KAJIAN
1. Penilaian Pencapaian Murid
- Dinilai daripada aktiviti C hingga aktiviti H
- Penilaian terhadap kejayaan dan keberkesanan Kajian Tindakan
adalah berdasarkan kepada pencapaian dalam ujian bertulis
(ejaan) – Ujian Pra Dan Ujian Pos yang dijalankan
Berdasarkan keputusan tersebut, saya dapati bahawa terdapatnya
peningkatan terutamanya bagi murid-murid yang berada di dalam kelas
GALUS.
2. Rumusan Pemerhatian Aktiviti-Aktiviti Intervensi Yang Dijalankan
Berdasarkan tinjauan yang telah dijalankan di dapati bahawa murid-murid
telah mula berubah sikap, ramai di kalangan mereka mula menunjukkan
minat untuk membaca dan menghafal kosa kata daripada kad-kad
imbasan dan bacaan yang telah disediakan oleh guru.
Bagi murid-murid yang “agak berat” untuk belajar sendiri, guru harus
berperanan memberi lebih perhatian, sokongan dan pemantauan secara
berterusan. Ketua kumpulan juga diingatkan supaya sentiasa memastikan
ahli-ahli kumpulan yang lemah dalam kumpulan mereka dibimbing dan
mengambil bahagian dalam semua aktiviti perbincangan dalam kumpulan
masing-masing.
3. Refleksi Tentang Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Telah
Dijalankan Secara Keseluruhan
Berdasarkan pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan di dalam bilik darjah terutamanya bagi aktiviti 2, 3, 4 dan 5
didapati setiap aktiviti ini telah membuka mata dan menyedarkan murid-
murid untuk belajar Bahasa Melayu dengan lebih baik. Guru juga berjaya
meyakinkan murid-murid bahawa Bahasa Melayu sebenarnya adalah satu
mata pelajaran yang menarik dan mudah dipelajari.
16 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
CADANGAN UNTUK KAJIAN TINDAKAN SETERUSNYA
Kajian sebegini dilihat dapat membantu guru dalam usaha meningkatkan minat
murid-murid untuk belajar Bahasa Melayu. Ramai murid-murid langsung tidak
mempedulikan tentang kosa kata yang dianggap remeh dan mudah. Setelah
kajian tindakan dijalankan murid-murid telah menunjukkan perubahan sikap yang
positif. Walaupun tidak semua murid melibatkan diri secara aktif, sebahagian
besar murid berusaha menggunakan kamus untuk mencari kosa kata.
Ekoran daripada kajian tindakan ini, kitaran kajian seterusnya ialah mengenai
kesukaran murid untuk membina dan membuat ayat-ayat ringkas sendiri. Pihak
pentadbiran perlu didedahkan tentang sebenarnya yang dikatakan kajian
tindakan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan
lancar. Ahli panitia Bahasa Melayu khususnya perlu mengambil inisiatif
bekerjasama dalam usaha mengesan masalah yang dihadapi dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu dan merangka langkah-langkah penyelesaian
demi mengesan dan memulihkan masalah ini sedari awal lagi. Mungkin semua
warga sekolah amat diperlukan dalam menyumbangkan idea dan memberikan
sokongan dan galakan padu kepada para guru yang terlibat secara langsung
dengan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
17 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
LAMPIRAN 1
SILANG KATA : PEKERJAAN
G 1 U 2 P 2 M 5
T 3 N 3 A 4
K 4 A 6
Mendatar Menurun
1. Mengajar di sekolah 1. Pe………..
2. Berada di balai 2. Tukang ……..
3. Menjaga keamanan Negara 3. Bekerja menangkap ikan
4. Bertugas di pejabat 4. Berperang di hutan
5. Melukis bangunan 5. Bertugas di dewan rakyat
18 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
LAMPIRAN 2
LATIHAN MEMBINA AYAT
Susun semula perkataan di bawah supaya menjadi ayat yang betul.
1. alam sekitar - Kita - menjaga - mesti - keindahan
______________________________________________________
2. membuang - merata-rata - sampah - Jangan
______________________________________________________
3. tangan - sebelum - Basuhlah - dan - selepas - makan
______________________________________________________
4. seorang - Alisah - guru - ialah - bertanggungjawab
______________________________________________________
5. nelayan - tugas - Pak Ahmad - dengan - menjalankan -
sebagai - baik
______________________________________________________
6. doktor - merawat - orang - di hospital - sakit
______________________________________________________
7. Negara - polis - tentera - dijaga - dan - oleh - aman
______________________________________________________
8. Membersihkan - sekolah - kawasan - kami
______________________________________________________
19 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
9. Negeri - Saya - ke - melawat - Melaka
______________________________________________________
10. saya - ibu - bertugas - hospital - jururawat
______________________________________________________
20 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
LAMPIRAN 3
PEKERJAAN
Bil Pekerjaan
1 Tukang urut
2 Polis
3 Guru
4 Tentera
5 Nelayan
6 Askar
7 Kerani
8 Jururawat
9 Peguam
10 Arkitek
21 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
LAMPIRAN 4
MURID-MURID KELAS 3T DIBAHAGIKAN KEPADA 5 KUMPULAN
KUMPULAN 1 5 orang murid
KUMPULAN 2 5 orang murid
KUMPULAN 3 5 orang murid
KUMPULAN 4 5 orang murid
22 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
LAMPIRAN 5
KEKERAPAN MURID MEMBACA BUKU DAN MEMBUAT ULANGKAJI BAHASA MELAYU DI RUMAH
Bil Murid Setiap Hari
3 – 5 Hari Dalam
Seminggu
1 – 2 Hari Dalam
Seminggu
Tiada Langsung
1 Murid 1 √2 Murid 2 √3 Murid 3 √4 Murid 4 √5 Murid 5 √6 Murid 6 √7 Murid 7 √8 Murid 8 √9 Murid 9 √
10 Murid 10 √11 Murid 11 √12 Murid 12 √13 Murid 13 √14 Murid 14 √15 Murid 15 √
16 Murid 16 √
17 Murid 17 √18 Murid 18 √19 Murid 19 √20 Murid 20 √
23 NURHAYATI BT ARIFFIN
KAJIAN TINDAKAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
LAMPIRAN 6
JADUAL PERBANDINGAN PENCAPAIAN UJIAN BERTULIS EJAAN(UJIAN PRA DAN UJIAN POS)
Bil MuridPencapaian Ujian Pra Pencapaian Ujian Pos
Pekerjaan
Pekerjaan
1 Murid 1 3 72 Murid 2 2 53 Murid 3 6 94 Murid 4 4 85 Murid 5 7 106 Murid 6 1 67 Murid 7 3 98 Murid 8 4 89 Murid 9 5 910 Murid 10 4 911 Murid 11 5 912 Murid 12 3 813 Murid 13 3 714 Murid 14 3 715 Murid 15 5 916 Murid 16 5 1017 Murid 17 3 918 Murid 18 2 919 Murid 19 1 720 Murid 20 1 8
24 NURHAYATI BT ARIFFIN