KAJIAN LITERASI MAKLUMAT PERPUSTAKAAN DALAM KALANGAN
PELATIH TAHUN AKHIR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS
MEREALISASIKAN KAJIAN TINDAKAN
Jauriah Md Azali Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
Emel: [email protected], [email protected]
ABSTRAK
Abstrak
Sumber maklumat dianggap sebagai sumber penting yang menyumbang ke arah
pembangunan sesebuah negara. Maklumat menjadi teras kepada perkembangan
pengetahuan dan pembentukan masyarakat berilmu. Tingkahlaku mendapatkan maklumat
melibatkan satu set aktiviti seperti keperluan maklumat, mencari maklumat, menilai dan
memilih maklumat dan akhirnya menggunakan maklumat tersebut. Kajian ini dijalankan
untuk mengenalpasti tahap kemahiran dan tingkahlaku literasi maklumat pelatih semester 8
di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Tinjauan keberkesanan tahap kemahiran dan
tingkahlaku literasi maklumat telah dilaksanakan untuk melihat sejauh manakah
kefahaman pelatih dalam melaksanakan aktiviti kemahiran maklumat dalam merealisasikan
tugasan kajian tindakan . Daripada tinjauan didapati kefahaman pelatih amat positif dalam
memahami tingkahlaku bagi mendapatkan maklumat, dapatan purata min skor ialah 4.75
manakala mengaplikasi kemahiran perpustakaan dalam tugasan min skor adalah 4.97 ,
aplikasi sumber elektronik Pusat Sumber dan mylib menunjukkan min 4.81 dan mereka
sangat bersetuju bahawa aplikasi berasaskan internet Learning Web 2.0 memberikan
potensi yang baik dalam pendidikan dengan min skor sebanyak 4.96.
Kata kunci: literasi maklumat, literasi digital, kemahiran perpustakaan, internet
Pengenalan
Evolusi masa yang digariskan oleh Toffler (1983) telah memperlihatkan pengaruh
maklumat terhadap perkembangan pendidikan. Di zaman ini, maklumat sangat mudah
diperolehi. Situasi ini memerlukan setiap individu berupaya untuk memilih, mengguna dan
menilai maklumat itu. Dalam persekitaran pendidikan di Malaysia, kemahiran-kemahiran
maklumat tidak dititikberatkan walaupun aspek ini dianggap penting dalam proses
pencapaian serta kematangan pelajar. Penggunaan pusat sumber dalam proses pengajaran
dan pembelajaran tidak dioptimumkan sepenuhnya kerana tanda aras pencapaian pelajar
masih terikat dengan pencapaian dalam peperiksaan. Maklumat yang terdapat di pusat
sumber tidak dapat diterokai oleh pelajar sepenuhnya dan ini menyebabkan penggunaan
pusat sumber berada di tahap yang kurang memuaskan. Keadaan ini menyebabkan guru
sukar mengajar pelajar untuk mengklasifikasikan jenis maklumat, memproses maklumat
serta menilai maklumat supaya menjadi pengetahuan yang berguna dalam proses
pembelajaran mereka.
Sumber maklumat dianggap sebagai sumber penting yang menyumbang ke arah
pembangunan sesebuah negara. Maklumat menjadi teras kepada perkembangan pengetahuan
dan pembentukan masyarakat berilmu. Oleh itu, adalah penting untuk setiap individu yang
memerlukan maklumat mengetahui dan memiliki kemahiran untuk mendapatkan maklumat ,
memilih sumber maklumat yang sesuai dan menilai maklumat yang diperolehi sebelum ia
diaplikasikan. Menurut Khalid (2000) , beliau mendefinisikan maklumat sebagai input yang
diproses secara kognitif dalam mengembangkan ilmu pengetahuan di mana pengetahuan
tersebut dapat menyelesaikan masalah atau membantu dalam membuat keputusan.
Ingwersen(1995) pula mendefinisikan maklumat sebagai hasil transformasi struktur kognitif,
di mana individu yang menerimanya dakan mengalami kesan dan berlaku perubahan dalam
tahap pengetahuan individu tersebut. Maklumat juga dikaitkan dengan sesuatu yang
diperlukan oleh pelajar pada sebarang usia semasa melalui proses pembelajaran.
Masyarakat bermaklumat
Sullman dan Hart(2002) menyatakan masyarakat bermaklumat ialah masyarakat yang
mempunyai ciri-ciri yang sebahagian daripadanya ialah seperti berikut:
Masyarakat tersebut kaya dengan maklumat dan maklumat dijadikan tunjang atau
pemacu kepada perkembangan produk dan perkhidmatan mereka. Masyarakat tersebut
juga menjadikan maklumat sebagai salah satu sumber utama untuk bersaing dalam dunia
ekonomi yang semakin global
Masyarakat tersebut proaktif dalam inovatif dan penjanaan pengetahuan. Peruntukan
kewangan yang besar juga dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan.
Oleh itu, fungsi sains dalam masyarakat ini sangat ketara dan aktiviti penyelidikan
dijadikan salah satu komponen utama untuk menjana pengetahuan. Masyarakat ini juga
bekerjasama dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan berusaha menyeragamkan
standard terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan.
Masyarakat tersebut sangat bergantung kepada teknologi maklumat dan komunikasi
serta mereka memenafaatkan infrastruktur komunikasi seperti internet dan intranet untuk
proses penghasilan dan perkongsian pengetahuan. Mereka juga bertindakbalas dengan
cepat terhadap sebarang perubahan pada teknologi. Ini untuk mempastikan mereka tidak
ketinggalan dan sentiasa terkehadapan dalam menghadapi saingan daripada pihak luar
Literasi Maklumat
Webber (2010) mendefinisikan bahawa literasi maklumat untuk abad ke-21 sebagai
penyesuaian kepada maklumat yang diperlukan merangkumi keupayaan mengenalpasti
maklumat melalui media lalu mendapatkan maklumat yang diperlukan kearah menjadikan
masyarakat yang beretika dan mahir maklumat. Literasi maklumat adalah suatu kemahiran
yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi
kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta
menggunakannya semula secara aktif. Literasi maklumat merangkumi keupayaan untuk
mengakses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan
permasalahan secara efektif. Berdasarkan maksud yang dinyatakan, Literasi maklumat
merangkumi kebolehan dan keupayaan untuk mengakses, menilai dan menggunakan
maklumat daripada pelbagai sumber.
Model Literasi Maklumat “The Big Six Skills” merupakan salah satu piawai tentang literasi
maklumat yang dikeluarkan oleh Information Library Standard yang dihasilkan oleh
American Association of School Librarians(AASL) yang boleh digunapakai di peringkat
institusi pengajian tinggi. The Big Six Skills ini menekankan enam kemahiran utama iaitu:
Bil Kemahiran Aktiviti
1. Definisi maklumat Mengenal pasti maklumat yang
diperlukan
2. Strategi mencari
maklumat
Mengenal pasti semua sumber
maklumat yang boleh digunakan dan
memilih sumber maklumat yang
terbaik
3. Lokasi dan capaian Mendapatkan sumber maklumat yang
sudah dipilih dan mencari maklumat
di dalamnya
4. Penggunaan maklumat Membaca, mendengar dan melihat
maklumat yang sudah dicari dan
mengambil maklumat yang relevan
5. Pengumpulan maklumat Menyusun maklumat yang mudah
diambil
6. Penilaian Menilai proses pencarian maklumat
dan hasil maklumat yang sudah
diperolehi
Rajah 1.1: Model Literasi Maklumat (Big 6 Skills)
Sumber elektronik
Mengakses maklumat daripada laman web merupakan salah satu kaedah penyebaran
maklumat yang penting dalam persekitaran pembelajaran hari ini. Dalam era digital kini,
maklumat di hujung jari diimplementasikan melalui kemudahan mengakses makluamt
diperlukan melalui jaringan yang disediakan di internet. Internet adalah sumber maklumat
paling popular kini. Perkembangan dan penggunaan internet di seluruh dunia meledak
dengan cepat, malah paling pantas berbanding dengan media lain. Pusat sumber elektronik
ialah pusat sumber yang menggunakan kemudahan rangkaian LAN (Local Area Network)
dan WAN (Wide Area Network) untuk berurusan dan berkomunikasi, di samping
mempunyai system catalog berautomasi yang boleh dicapai di mana-mana.
Sistem Pengurusan Perpustakaan Berdigital (Integrated Library Management System-
ILMU) yang dibekalkan oleh peruntukan kerajaan. Ianya dilengkapkan dengan modul:-
o ILMU™ professional
Authority control
Cataloging
Circulation
Foundation
Infortrack (OPAC)
Inter Library Loan
Reserve circulation
o NeuSync®
Z39.50 Interface
Paramips
EIS Report Generator
Receipting
Web Enabler for OPAC
Parable
Smart Card Interface
o NewWeb ™
Electronic Query Using Internet Protocol
Kemudahan perpustakaan maya menggunakan kemudahan berita dan e-jurnal melalui
langganan EBCOS dan ERIC melalui laman web www.mylib.pnm.my untuk melihat koleksi
yang terdapat dalam langganan kemudahan yang dibekalkan oleh perpustakaan Negara dan
juga di semua perpustakaan yang berada dalam kelolaan perpustakaan Negara Malaysia.
Pelaksanaan
Responden kajian ini terdiri daripada pelajar PISMP Tahun Akhir IPG Kampus Perlis
seramai 160 orang yang terdiri daripada pelbagai major iaitu Pengajian Bahasa Cina,
Pendidikan Jasmani, Matematik, Sains, Pemulihan, Pengajian Sosial, Rekabentuk dan
Pendidikan Seni Visual. Responden kajian terdiri pelajar yang mengambil kursus kajian
tindakan bagi semester 8 sebagai salah satu daripada keperluan kursus untuk bergraduat.
Tinjauan ini dilakukan bagi melihat beberapa dimensi dalam literasi maklumat iaitu:
i. Tingkahlaku pelatih dalam mendapatkan maklumat
ii. Kemahiran perpustakaan
iii. Sistem Maklumat Pusat Sumber (OPAC) dan portal mylib
iv. Learning web 2.0
Pernyataan Masalah
Kajian tentang kemahiran maklumat menunjukkan bahawa pengetahuan tentang kemahiran
menggunakan sumber maklumat dan maklumat itu sendiri amat bernilai terutamanya dalam
transformasi ilmu. Bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki, seseorang harus
mempunyai kemahiran menggunakan strategi mengesan maklumat, menganalisis maklumat
yang diterima, membuat refleksi maklumat yang perlu ditambah, membuat sintesis dan
penilaian. Kesemua kemahiran tersebut adalah sebahagian daripada ciri-ciri orang yang
literasi maklumat. Kajian Juhana (1999) mendapati ramai pengurus yang mempunyai
kelulusan universiti tidak terlatih langsung dalam strategi mengesan maklumat yang
merupakan salah satu komponen penting dalam kemahiran maklumat. Justeru, penyelidikan
tindakan merupakan salah satu platform membina kemahiran maklumat bagi kajian wajib
bagi pelatih tahun akhir di Institut Pendidikan Guru. Kajian ini adalah untuk melihat
tingkahlaku pelajar dalam mendapatkan maklumat, tahap kemahiran perpustakaan dan
carian secara elektronik dan learning Web 2.0.
Objektif kajian
1. Mengetahui tahap tingkahlaku pelatih dalam mendapatkan maklumat
2. Mendapatkan tahap kemahiran perpustakaan yang dapat diaplikasikan dalam kajian
tindakan
3. Mengenal pasti penggunaan sumber elektronik maklumat Pusat Sumber dan portal
4. Mengenal pasti penggunaan aplikasi learning web 2.0 dalam membuat kajian
tindakan
Persoalan Kajian
1. Apakah tingkahlaku pelatih dalam mendapatkan maklumat?
2. Bagaimana pelatih dapat mengaplikasi kemahiran perpustakaan dalam kajian
tindakan?
3. Apakah berlaku peningkatan kefahaman pelatih dan keberkesanan dalam
penggunaan sumber elektronik maklumat Pusat Sumber dan portal mylib yang sedia
ada di IPGK Perlis?
4. Apakah berlaku peningkatan penggunaan aplikasi Learning Web 2.0 dalam membuat
kajian tindakan?
Metodologi Kajian
Secara umumnya , kajian ini berasaskan kepada kajian lalu (literature review) daripada
pakar dalam bidang pendidikan, pakar psikologi dan penyelidikan. Tinjauan dalam bentuk
soal selidik dan pemerhatian ke atas persepsi guru pelatih . Kajian ini adalah untuk
meninjau keberkesanan tingkahlaku pelatih, kemahiran perpustakaan, sumber elektronik
dan aplikasi learning web 2.0
Populasi dan Sampel:
Populasi: 166 orang pelajar PISMP , Tahun akhir IPGK Perlis (Ambilan Januari 2010)
Sampel : 160 orang pelajar PISMP Tahun akhir , yang mengikuti pengajian sepenuh masa
dipilih secara rawak di IPG Kampus Perlis
Instrumentasi Kajian
1. Dokumen – penggunaan dan interaksi tugasan dan cadangan projek kajian
2. Soal selidik mengandungi dua bahagian. Bahagian A meninjau tentang latar
belakang dan maklumat peribadi responden. Bahagian B mengandungi maklumat
mengandungi soalan soal selidik yang terdiri daripada konstruk iaitu berkaitan
dengan tingkahlaku pelatih dalam carian maklumat, kemahiran perpustakaan, sumber
elektronik dan internet. Pecahan dan bilangan soalan adalah seperti yang dinyatakan
dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1: Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian
Perkara Bilangan Item
Bahagian A
Latar belakang pelajar
Bahagian B
i.Tingkahlaku pelatih dalam
mendapatkan maklumat
25 soalan
ii.Kemahiran perpustakaan
5 soalan
iii.Sistem Maklumat Pusat Sumber
(OPAC) dan portal mylib 6 soalan
iv. Learning web 2.0 9 soalan
Jumlah 45 soalan
Bahagian B ( soalan) menggunakan Linear Skala Likert seperti yang ditunjukkan di dalam
Jadual 1.2.
Jadual 1.2 : Maklum Balas Responden Mengikut Skala Likert
Skala Jawapan
1 Sangat tidak bersetuju
2 Tidak bersetuju
3 Tidak pasti
4 Bersetuju
5 Sangat bersetuju
Analisis Data
Semua data yang diperolehi dari soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package for The Social Sciences versi 21.0 (SPSS) untuk mendapatkan nilai min dan peratus
bagi setiap aspek yang hendak dikaji. Dalam kajian ini min skor yang digunakan merujuk
kepada jadual berikut:
Min Skor Tahap Persetujuan Guru Pelatih
1.00hingga 1.89
1.90 Hingga 2.69
2.70 Hingga 3.49
3.50 Hinggga 4.29
4.30 Hingga 5.00
Sangat Tidak Bersetuju
Tidak Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat Bersetuju
Analisa Dapatan Kajian
Latar Belakang Responden
Responden kajian ini terdiri daripada pelajar PISMP Semester 8 IPG Kampus Perlis
seramai 160 orang yang terdiri daripada pelajar Pengajian Bahasa Cina, Pendidikan Jasmani,
Matematik, Sains, Pemulihan, Pengajian Sosial, Rekabentuk dan Pendidikan Seni Visual.
Responden kajian terdiri pelajar yang mengambil kursus Kajian Tindakan semester akhir.
Ciri-ciri demografi responden yang dikaji dalam kajian ini ialah dari segi jantina,program
dan major (pengkhususan) bidang pengajian di IPG Kampus Perlis.
Jadual 2 menunjukkan maklumat latar belakang responden yang diperolehi dalam
kajian ini.
Jadual 2 Latar Belakang Responden
Pembolehubah
Kategori
Bil. Responden
Peratus
1. Jantina Lelaki
Perempuan
Jumlah
54
106
160
33.8
66.3
100
2. Pengajian
(Major)
Bahasa Cina
Pendidikan Jasmani
Matematik
Rekabentuk
Pemulihan
Pengajian Sosial
Sains
Pendidikan Seni Visual
Jumlah
15
36
17
21
20
13
17
21
160
9.4
22.5
10.6
13.1
12.5
8.1
10.6
13.1
100
Pada keseluruhannya , responden perempuan melebihi 49% berbanding responden
lelaki iaitu 33.8%. Kebanyakan responden yang mewakili setiap kumpulan major dalam
kajian ini .
Dapatan Kajian
Soalan kajian yang dinyatakan dalam kajian ini akan dijawab berdasarkan analisis
data soal selidik mengikut kategori berikut :
v. Tingkahlaku pelatih dalam mendapatkan maklumat
vi. Kemahiran perpustakaan
vii. Sistem Maklumat Pusat Sumber (OPAC) dan portal mylib
viii. Learning web 2.0
Tingkahlaku pelatih dalam mendapatkan maklumat
i. Untuk melihat soalan kajian berkaitan tingkahlaku pelatih dalam mendapatkan
maklumat, 25 item soal selidik telah dikemukakan kepada responden. Dapatan kajian
dipaparkan dalam Jadual 3, menunjukkan min skor dan sisihan piawai kesemua skor
keseluruhan item tingkahlaku pelatih dalam mendapatkan maklumat yang diperolehi
daripada responden. Hasil kajian ini dilaporkan dalam bentuk jadual kekerapan
jumlah dan peratus serta mengikut susunan min skor tertinggi kepada yang terendah.
Jadual 3 Tingkahlaku pelatih dalam mendapatkan maklumat
Pernyataan Peratus persetujuan (%)
Tingkahlaku pelatih dalam mendapatkan maklumat STS TS TP S SS
Saya merancang jenis maklumat yang diperlukan 0.6 27.5 71.5
Saya sedar akan maklumat dalam jurnal lebih kerap disemak ,
disunting dan dikritik berbanding majalah
0.6 28.1 71.5
Saya sedar maklumat boleh didapati dalam pelbagai teknik 22.5 77.5
Saya sedar sumber primer ialah sumber asal yang merekodkan
kerja literatur
28.8 71.3
Saya sedar sumber sekunder ialah sumber membincangkan hasil
kerja orang lain
0.6 0.6 26.9 1.9
Saya sedar maklumat boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk 0.6 28.1 71.3
Saya mengenalpasti tema-tema lain yang berkaitan kata kunci
yang boleh digunakan bagi mencari maklumat
26.1 71.9
Saya membaca pelbagai sumber umum bagi mendapatkan
pemahaman tentang topik yang dikaji
0.6 0.6 26.9 71.9
Saya sedar boleh menggunakan ‘shorcut’ dalam pencarian
maklumat
26.9 73.7
Saya sedar boleh mencari buku berdasarkan judul yang diberikan 28.1 71.9
Saya perlu membuat pencarian mengikut bidang judul yang
diberikan sebagai tugasan
28.1 71.9
Saya melihat semula strategi pencarian maklumat jika item-item
yang didapati tidak menepati carian
28.1 71.9
Saya membaca sumber-sumber lain 0.6 28.8 70.6
Saya biasa menilai kepakaran penulis samada berkelayakan atau
tidak dalam bidang yang ditulis
0.6 14.4 85
Saya menilai ketepatan kandungan dengan membaca sumber-
sumber lain yang dinyatakan oleh penulis
0.6 14.4 85
Pernyataan Peratus persetujuan (%)
Tingkahlaku pelatih dalam mendapatkan maklumat STS TS TP S SS
Saya memahami bahawa kesan konteks pelbagai sejarah, budaya
dan geografi akan mempengaruhi perspektif maklumat
100
Saya sedar faktor masa mempengaruhi kerelevanan maklumat
dengan topik kajian
100
Saya mendapatkan pengesahan tentang pemahaman sesuatu topik
dengan mendapatkan pendapat pakar
0.6 99.4
Saya menyusun item-item dengan sistematik semasa mencari
maklumat
100
Saya tahu cara menyimpan maklumat ke dalam virtual disk atau
0.6 99.4
Saya boleh merekodkan petikan bagi memudahkan carian
maklumat
0.6 99.4
Saya menulis sendiri konsep-konsep penting menggunakan
perkataan sendiri
100
Saya menggunakan idea-idea utama yang terdapat dalam
maklumat yang ditemui untuk menyokong topik kajian
0.6 99.4
Saya menggabungkan idea-idea utama dari satu sumber atau
lebih untuk membentuk idea baru
100
Saya boleh membina sendiri kesimpulan berdasarkan maklumat
yang telah dikumpulkan
100
Berdasarkan jadual 3, dapatan kajian menunjukkan melebihi 95% responden
bersetuju dan menunjukkan tingkahlaku yang amat positif dan memahami bahawa
kemahiran maklumat dan carian maklumat sekunder merupakan pendekatan yang baik
dalam mencari maklumat berkaitan bahan kajian di perpustakaan.Keseluruhan item tentang
tingkahlaku pelatih dalam mendapatkan maklumat mendapat persetujuan yang tinggi iaitu
melebihi 95%.
Jadual 4 Tingkahlaku pelatih mendapatkan maklumat mengikut min dan sisihan
piawai
Pernyataan
Tingkahlaku pelatih dalam mendapatkan maklumat Min Sisihan
Piawai
Saya merancang jenis maklumat yang diperlukan 4.71 0.468
Saya sedar akan maklumat dalam jurnal lebih kerap disemak ,
disunting dan dikritik berbanding majalah
4.71 0.470
Saya sedar maklumat boleh didapati dalam pelbagai teknik 4.77 0.470
Saya sedar sumber primer ialah sumber asal yang merekodkan
kerja literature
4.71 0.454
Saya sedar sumber sekunder ialah sumber membincangkan hasil
kerja orang lain
4.59 0.549
Saya sedar maklumat boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk 4.70 0.499
Saya mengenalpasti tema-tema lain yang berkaitan kata kunci yang
boleh digunakan bagi mencari maklumat
4.72 0.451
Pernyataan
Tingkahlaku pelatih dalam mendapatkan maklumat Min Sisihan
Piawai
Saya membaca pelbagai sumber umum bagi mendapatkan
pemahaman tentang topik yang dikaji
4.69 0.574
Saya sedar boleh menggunakan shorcut dalam pencarian maklumat 4.73 0.445
Saya sedar boleh mencari buku berdasarkan judul yang diberikan 4.72 0.451
Saya perlu membuat pencarian mengikut bidang judul yang
diberikan sebagai tugasan
4.72 0.451
Saya melihat semula strategi pencarian maklumat jika item-item
yang didapati tidak menepati carian
4.72 0.451
Saya membaca sumber-sumber lain 4.70 0.473
Saya biasa menilai kepakaran penulis samada berkelayakan atau
tidak dalam bidang yang ditulis
4.84 0.381
Saya menilai ketepatan kandungan dengan membaca sumber-
sumber lain yang dinyatakan oleh penulis
4.84 0.381
Saya memahami bahawa kesan konteks pelbagai sejarah, budaya
dan geografi akan mempengaruhi perspektif maklumat
5.00 0.000
Saya sedar faktor masa mempengaruhi kerelevanan maklumat
dengan topik kajian
5.00 0.000
Saya mendapatkan pengesahan tentang pemahaman sesuatu topik
dengan mendapatkan pendapat pakar
3.99 0.079
Saya menyusun item-item dengan sistematik semasa mencari
maklumat
5.00 0.000
Saya tahu cara menyimpan maklumat ke dalam virtual disk atau
4.99 0.168
Saya boleh merekodkan petikan bagi memudahkan carian maklumat 3.99 0.079
Saya menulis sendiri konsep-konsep penting menggunakan
perkataan sendiri
5.00 0.000
Saya menggunakan idea-idea utama yang terdapat dalam maklumat
yang ditemui untuk menyokong topik kajian
4.99 0.168
Saya menggabungkan idea-idea utama dari satu sumber atau lebih
untuk membentuk idea baru
5.00 0.000
Saya boleh membina sendiri kesimpulan berdasarkan maklumat
yang telah dikumpulkan
5.00 0.000
Keseluruhan 4.75 0.298
______________________________________________________________________
Berdasarkan Jadual 4, dapatan kajian mengesahkan bahawa analisis keseluruhan min
tingkahlaku pelatih dalam mencari maklumat amat positif dan bersetuju bahawa perubahan
tingkahlaku positif ke arah menghasilkan kajian tindakan yang berinovatif adalah paling
tinggi sekali iaitu 4.75. Namun keseluruhan semua item mendapat skor melebihi 4.
Secara keseluruhannya kesemua item terbukti menunjukkan bahawa responden
faham bahawa tingkahlaku yang positif bertujuan membudayakan kemahiran berfikir dan
carian maklumat perlu dilaksanakan kearah menghasilkan kajian yang baik.
Berdasarkan sisihan piawai pula, di dapati pernyataan-pernyataan keseluruhan item
mendapat nilai sisihan piawai antara 0.00 hingga 0.50. Ini menggambarkan persetujuan yang
baik oleh kesemua responden terhadap item bahawa tingkahlaku pelatih dalam mendapatkan
maklumat penting dalam membudayakan kajian yang baik.
Keseluruhannya min item berkaitan tingkahlaku dalam mendapatkan maklumat
mendapat 4.75 dan sisihan piawai 0.298. Ini menunjukkan bahawa responden memahami
tentang keperluan terhadap tingkahlaku mendapatkan maklumat dalam kajian tindakan.
Kemahiran perpustakaan
Untuk melihat soalan kajian berkaitan kemahiran perpustakaan dalam kajian
tindakan, sebanyak 5 item telah dikemukakan. Dapatan kajian dipaparkan dalam Jadual 5
menunjukkan lebih 98 % responden bersetuju bahawa skor item saya mengetahui lokasi
bahan dan sumber yang terdapat di Pusat Sumber, saya menggunakan bahan rujukan realia
di Pusat Sumber , saya sering membuat bibliografi dan rujukan bagi setiap tugasan yang
saya cari, saya menggunakan indeks dalam membuat carian buku dan saya merujuk kepada
glosari dalam mencari maklumat dalam buku memberikan dapatan persetujuan min yang
tinggi. Hanya 1.9 % masih tidak pasti bagi item saya menggunakan bahan rujukan realia di
Pusat Sumber , saya sering membuat bibliografi dan rujukan bagi setiap tugasan yang saya
cari manakala 0.6% masih tidak pasti bagi item saya menggunakan indeks dalam membuat
carian buku dan saya merujuk kepada glosari dalam mencari maklumat dalam buku.
Jadual 5 Kemahiran perpustakaan
Pernyataan Peratus persetujuan (%)
Kemahiran perpustakaan
STS TS TP S SS
Saya mengetahui lokasi bahan dan sumber yang terdapat
di Pusat Sumber
1.9 98.1
Saya menggunakan bahan rujukan realia di Pusat Sumber 1.9 98.1
Saya sering membuat bibliografi dan rujukan bagi setiap
tugasan yang saya cari
0.6 1.3 98.1
Saya menggunakan indeks dalam membuat carian buku 0.6 0.6 98.8
Saya merujuk kepada glosari dalam mencari maklumat
dalam buku
0.6 99.4
Berdasarkan maklumat yang ditunjukkan dalam jadual 6, didapati min skor item
bahawa saya mengetahui lokasi bahan dan sumber yang terdapat di Pusat Sumber, saya
menggunakan bahan rujukan realia di Pusat Sumber , saya sering membuat bibliografi dan
rujukan bagi setiap tugasan yang saya cari, saya menggunakan indeks dalam membuat
carian buku dan saya merujuk kepada glosari dalam mencari maklumat dalam buku
memberikan dapatan persetujuan min yang tinggi.
Jadual 6 Kemahiran perpustakaan
Pernyataan
Kemahiran perpustakaan
Min Sisihan
Piawai
Saya mengetahui lokasi bahan dan sumber yang terdapat di
Pusat Sumber
4.96 0.272
Saya menggunakan bahan rujukan realia di Pusat Sumber 4.96 0.272
Saya sering membuat bibliografi dan rujukan bagi setiap
tugasan yang saya cari
4.97 0.193
Saya menggunakan indeks dalam membuat carian buku 4.98 0.176
Saya merujuk kepada glosari dalam mencari maklumat
dalam buku
4.99 0.158
Keseluruhan 4.97 0.214
Keseluruhannya kemahiran perpustakaan skor min yang tinggi juga iaitu 4.97
dengan sisihan piawai kurang dari satu iaitu 0.214. Ini menggambarkan bahawa responden
menyatakan kemahiran perpustakaan membantu responden dalam melaksanakan tugasan
kajian tindakan mereka.
Sistem Maklumat Pusat Sumber (OPAC) dan portal mylib
Pusat Sumber merupakan agen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
pusat sumber dapat membantu guru menyediakan bahan untuk pengajaran. Kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang kini telah diserapkan kepada guru-guru
sumber dan media perlulah dijana supaya hasrat mewujudkan pusat sumber digital sebenar
akan tercapai. Masnizah &Zawiyah(2005) menyatakan perpustakaan digital adalah koleksi
maklumat yang besar dan teratur , didigitalkan dalam bentuk yang membenarkan capaian
maklumat pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui konsep rangkaian komunikasi
global serta penggunaan teknologi maklumat yang optimum .Aplikasi WebOPC dan portal
mylib merupakan inisiatif kepada pembangunan pusat sumber elektronik di pusat-pusat
pengajian tinggi.
Untuk melihat soalan kajian berkaitan sistem maklumat Pusat Sumber (OPAC) dan
portal mylib sebanyak 6 item telah dikemukan. Dapatan kajian dipaparkan dalam Jadual 7
menunjukkan sebanyak 89.4% responden bersetuju dengan item Saya kerap menggunakan
aplikasi ini dalam carian maklumat untuk menyiapkan kajian, sebanyak 88.8% Saya
mendapati system ini mesra pengguna (OPAC dan mylib), sebanyak 90% Saya mahir
menggunakan OPAC, sebanyak 90.6% Saya mahir menggunakan mylib dan sebanyak
90.6% Saya telah mengetahui dan tahu menggunakan system aplikasi ini melalui latihan
yang diberi oleh pegawai PS serta sebanyak 91.3% Saya dapati kandungan system ini
berinformasi dan memuaskan.
Jadual 7 Sistem Maklumat Pusat Sumber (OPAC) dan portal mylib
Pernyataan Peratuspersetuuan (%)
Sistem Maklumat Pusat Sumber (OPAC) dan portal mylib
STS TS TP S SS
Saya kerap menggunakan aplikasi ini dalam carian maklumat
untuk menyiapkan kajian
0.6 0.6 9.4 89.4
Saya mendapati system ini mesra pengguna (OPAC dan mylib) 0.6 10.6 88.8
Saya mahir menggunakan OPAC 9.4 0.6 90
Saya mahir menggunakan mylib 8.8 0.6 90.6
Saya telah mengetahui dan tahu menggunakan system aplikasi
ini melalui latihan yang diberiolehpegawai PS
8.8 0.6 90.6
Saya dapati kandungan system ini berinformasi dan memuaskan 4.4 4.4 91.3
Berdasarkan maklumat yang ditunjukkan dalam jadual 8, didapati min skor item saya
kerap menggunakan aplikasi ini dalam carian maklumat untuk menyiapkan kajian, sebanyak
4.77 , saya mendapati sistem ini mesra pengguna (OPAC dan mylib), sebanyak 4.77 .
Manakala min bagi item saya mahir menggunakan OPAC, sebanyak 4.81, min skor item
saya mahir menggunakan mylib dan sebanyak 4.82. Bagi min skor saya telah mengetahui
dan tahu menggunakan system aplikasi ini melalui latihan yang diberi oleh pegawai PS ialah
4.82 serta bagi item saya dapati kandungan sistem ini berinformasi dan memuaskan min
skor ialah 4.87. Bagi keseluruhannya, min skor adalah 4.81 dan menunjukkan tahap
persetujuan yang tinggi.
Dari segi sisihan piawai pula, di dapati semua pernyataan mempunyai nilai kurang
dari satu. Ini menggambarkan majoriti responden bersetuju bahawa aplikasi sumber
elektronik OPAC dan portal mylib amat membantu dalam pencarian maklumat.
Jadual 8 Sistem Maklumat Pusat Sumber (OPAC) dan portal mylib
Sistem Maklumat Pusat Sumber (OPAC) dan portal mylib
Min Sisihan piawai
Saya kerap menggunakan aplikasi ini dalam carian maklumat
untuk menyiapkan kajian
4.77 0.693
Saya mendapati system ini mesra pengguna (OPAC dan
mylib)
4.77 0.693
Saya mahir menggunakan OPAC 4.81 0.588
Saya mahir menggunakan mylib 4.82 0.570
Saya telah mengetahui dan tahu menggunakan system
aplikasi ini melalui latihan yang diberiolehpegawai PS
4.82 0.570
Saya dapati kandungan system ini berinformasi dan
memuaskan
4.87 0.450
Keseluruhan 4.81 0.594
Learning Web 2.0
Internet ialah sumber maklumat yang kaya dan membolehkan seseorang seperti ‘hilang
dalam lautan’ maklumat tanpa kemahiran tertentu. Justeru untuk mencari dan mencapai
maklumat di Internet, pengguna perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran lat carian
dan capaian yang ada di Internet sama ada enjin pencari, perisian, pangkalan data dan
perisian khusus. Untuk melihat soalan kajian berkaitan aplikasi Learning Web 2.0
sebanyak 3 item telah dikemukakan. Dapatan kajian dipaparkan dalam Jadual 9
menunjukkan sebanyak 95.6% responden bersetuju dengan item saya sering juga
menggunakan carian laman web seperti google scholar dan yahoo dalam mendapatkan
maklumat kajian, manakala sebanyak 98.1% responden bersetuju bagi item saya ada
menggunakan wikis untuk dapatkan maklumat sesuatu item . Sebanyak 98.1%
responden bersetuju bagi item saya juga ada menghubungi rakan dalam ‘social
bookmarking’ , ‘facebook ‘untuk mendapatkan pengesahan carian saya.
Jadual 9 Learning Web 2.0
Pernyataan Peratuspersetuuan (%)
Learning Web 2.0
STS TS TP S SS
Saya sering juga menggunakan carian laman web seperti google
scholar dan yahoo dalam mendapatkan maklumat kajian
1.3 3.1 95.6
Saya ada menggunakan wikis untuk dapatkan maklumat sesuatu
item
1.3 0.6 98.1
Saya juga ada menghubungi rakan dalam ‘social bookmarking’ ,
‘facebook ‘untuk mendapatkan pengesahan carian saya
0.6 1.3 98.1
Berdasarkan maklumat yang ditunjukkan dalam jadual 10, didapati min skor item
saya sering juga menggunakan carian laman web seperti google scholar dan yahoo dalam
mendapatkan maklumat kajian memberikan min sebanyak 4.94, manakala sebanyak 4.94
juga bagi item saya ada menggunakan wikis untuk dapatkan maklumat sesuatu item. Min
skor 4.97 bagi item saya juga ada menghubungi rakan dalam ‘social bookmarking’ ,
‘facebook ‘untuk mendapatkan pengesahan carian saya..
Dari segi sisihan piawai pula, di dapati semua pernyataan mempunyai nilai kurang
dari satu. Ini menggambarkan majoriti responden bersetuju bahawa carian aplikasi Learning
Web 2.0 seringkali digunakan.
Jadual 10: Learning Web 2.0
Penyataan Min Sisihan
Piawai
Learning Web 2.0
Saya sering juga menggunakan carian laman web
seperti google scholar dan yahoo dalam mendapatkan
maklumat kajian
4.94 0.280
Saya ada menggunakan wikis untuk dapatkan maklumat
sesuatu item
4.97 0.236
Saya juga ada menghubungi rakan dalam ‘social
bookmarking’ , ‘facebook ‘untuk mendapatkan
pengesahan carian saya
4.97 0.236
Keseluruhan 4.96 0.251
Keseluruhannya, min bagi Learning Web 2.0 mendapat nilai tinggi iaitu 4.96 dengan
sisihan piawai dibawah nilai satu iaitu 0.251. Ini bermakna responden membuat carian
menggunakan platform Learning Web 2,0. Responden juga memahami bahawa carian
berasaskan web sering mereka lakukan.
Kesimpulan
Kajian ini telah memenuhi semua persoalan yang diingini oleh penyelidik di mana semua
objektif yang diingini telah tercapai. Literasi maklumat perpustakaan telah memainkan
peranan dalam merealisasikan transformasi ilmu terutamanya dalam kalangan para pelatih
guru . Namun, kajian ini juga terdapat kekurangan kerana jumlah responden yang terlibat
hanya 160 orang, yang terdiri dalam kalangan pelajar semester akhir sepenuh masa yang
mengikuti Pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Instititut Pendidikan Guru
Kampus Perlis sahaja kerana kekurangan daripada aspek kos. Dari segi data yang diperolehi
berkemungkinan kurang tepat tetapi kajian penyelidikan ini boleh dijadikan rujukan dan
maklumat kepada yang terlibat dan orang ramai.
Rujukan:
1. Amy Solomon (2012). 100% Information Literacy Success, 2nd
edition. Cencage
learning.USA.
2. Abdul Fatah Hasan (2001). Penggunaan Minda Secara Optimum Dalam Pembelajaran.
Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
3. Ahmad Azman .Kompetensi Profesional Maklumat di Zaman Masyarakat Bermaklumat,
Journal Informika Jilid 1, MS 137-146 , 2011.Blanche W.O’Bannon(2010). Preparing to
use Technology: A Practical Guide to curriculum Integration. Pearson.USA.
4. Bhasah (2007). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Kuala Lumpur.Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
5. Cresswell.J(2012). Educational Research: Planning, conducting, and evaluating
quantitative and qualitative research. Pearson. USA.
6. Chua Yan Pua (2008). Analisis Statistik Kaedah Penyelidikan Buku 3. Mc Graw Hill.
Kuala Lumpur.
7. Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran. Utusan Publishing. Kuala
Lumpur.
8. Juhana et.al(2010). Kemahiran Maklumat : Teori dan Amalan.UTM, Skudai, Johor.
9. Najib (2010). Transformasi Minda.INTAN . Malaysia
10. Nunnally, J.C., Bernstein, I.H.(1994). Pyschometric Theory. 3rd edition. New York.Mc
Graw Hill Book .
11. Sulaiman Masri (2005). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (esei, proposal,
tesis).Utusan Publication. Kuala Lumpur.
12. Syed Arabi Idid. (1998). Kaedah Penyelidikan Komunikasi Dan Sains Sosial. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
13. Tenku Putri Norishah et.al (2012).Digital Literacy Competence for Academic Needs: An
Analysis of Malayisan Students in Three Universities.Procedia Social dan Behavioral
Sciences ,69, 1489-1496.
14. Webber(2010).Information Literacy for the 21st Century.INFORUM 2010: 16th
conference on Information Resources. http://www.inforum.cz./pdf/2010/webber-sheila-
1.pdf.