Download - Kajian Kes Adik Mat
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 1/26
Pada 20 dan 23 September 2007, saya telah pergi ke sebuah sekolah yang terletak di
negeri Kedah bagi menjalankan satu kajian ke atas seorang murid yang mempunyai
masalah ketidakupayaan. Kajian yang telah saya lakukan adalah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Lubok Buntar, Serdang, Bandar Baru, 09800 Kedah Darul Aman. Sekolah
tersebut mempunyai kelas murid-murid normal dan juga kelas murid-murid
berkeperluan khas atau pun bermasalah pembelajaran.
Sekolah tersebut mempunyai 2 orang guru pendidikan khas dan seorang pembantu
pengurusan murid (PPM) serta 16 orang murid yang mempunyai pelbagai jenis
ketidakupayaan. Sebagai contoh, Sindrom Down, Autisme dan Disleksia. Terdapat 2
orang murid sindrom down, 2 orang disleksia, seorang murid autisme dan 5 orang
murid yang mempunyai masalah `slow learner’. Selebihnya adalah pelajar yang
diinklusifkan separa iaitu seramai 6 orang. Murid-murid ini hanya belajar mata pelajaran
bahasa Melayu kerana menurut guru yang telah ditemubual, mereka lemah dalam
kemahiran membaca dan menulis. Murid-murid ini terdiri daripada murid-murid
tingkatan 2, 3 dan 4.
Bagi murid tingkatan 2, seramai 4 orang diinklusifkan, murid tingkatan 3 seorang dan
murid tingkatan 4 juga seorang. Menurut guru, mereka semua diajar menjurus ke arah
bagaimana menjawab soalan peperiksaan. Rata-ratanya mereka berusia di antara 13-
18 tahun. Murid-murid yang betul-betul lemah serta tidak mempunyai peluang dalam
pelajaran akan diajar kepada persediaan selepas sekolah atau pun mereka ditekankan
kepada aspek kemahiran. Melalui temubual yang dijalankan, guru mereka menyatakan
bahawa murid-murid yang kurang pandai dalam pelajaran akan terus didedahkan
bagaimana cara untuk mereka menyesuaikan diri ke alam pekerjaan. Oleh sebab itu,
mereka lebih ditekankan ke arah kemahiran yang melibatkan penghasilan kraftangan.
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 2/26
Jadi, sebagai rumusannya, saya amat gembira menjalankan kajian individu ini. Di
samping menyiapkan tugasan yang telah diberi, saya dapat banyak pengalaman
bagaimana berdepan dengan murid-murid sedemikian serta guru-guru di sekolah
tersebut. Apabila melihat murid-murid tersebut, saya dapat merasakan bahawa tugas
dan tanggungjawab guru amat besar. Pihak sekolah terutamanya pengetua serta guru-
guru yang lain amat mesra dan memberikan kerjasama yang amat baik. Jika suatu hari
nanti saya bergelar pendidik, saya akan pastikan bahawa saya merupakan guru yang
rajin, baik serta bertanggungjawab terhadap anak-anak didik saya.
TUJUAN KAJIAN
Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti apakah jenis-jenis
ketidakupayaan kanak-kanak atau murid-murid tersebut. Sebelum menjalankan kajian,
saya telah menyediakan senarai semak atau instrumen diagnostik mengenai
ketidakupayaan-ketidakupayaan tertentu bagi mengetahui apakah ketidakupayaan
pelajar tersebut. Sebagai contoh, masalah pembelajaran Sindrom Down. Apakah ciri-
ciri yang boleh dikatakan seseorang itu mempunyai masalah pembelajaran Sindrom
Down. Setelah mengenal pasti ciri-ciri yang dimiliki, seseorang itu akan dikenalpasti
apakah jenis ketidakupayaan yang dialami.
Selain itu, kajian dijalankan bertujuan untuk menilai sejauh mana tahap pencapaian
seseorang kanak-kanak itu. Penilaian pencapaian ini dapat dilihat melalui markah yang
diperoleh dalam ujian bulanan yang dijalankan di sekolah. Penilaian pencapaian ini
hanya dilakukan terhadap murid-murid yang mengalami masalah `slow learner’
,autisme dan disleksia. Hal ini kerana, murid-murid yang mempunyai masalah Sindrom
Down di sekolah tersebut langsung tidak boleh dinilai dari aspek pencapaian kerana
mereka tidak dapat menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 3/26
Penilaian pencapaian yang dijalankan membolehkan guru-guru menilai kebolehan
seseorang murid dan mengetahui kelemahan serta kekuatan murid. Ini penting bagi
guru-guru untuk membolehkan guru-guru menyediakan Rancangan Pendidikan Individu
(RPI) yang sesuai.
Bukan itu sahaja, melalui penilaian pencapaian yang dijalankan, guru-guru dapat
merancang aktiviti-aktiviti pengayaan, pemulihan atau memilih kaedah pengajaran yang
sesuai dengan tahap pencapaian murid-murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P& P).
Kajian ini juga bertujuan untuk menilai tingkah laku, mental dan emosi kanak-kanak
yang berkeperluan khas. Sebagaimana yang kita ketahui, mereka mempunyai sifat dan
sikap yang berbeza dengan murid normal yang lain. Sebagai contoh, pelajar autisme,
mereka mempunyai tingkah laku yang agak pelik dan lebih suka bersendirian. Emosi
mereka juga tidak menentu. Kadang-kadang mereka akan ketawa, menangis dan
bercakap-cakap sendiri. Maklumat yang diperoleh dapat membantu seseorang guru itu
untuk menyelidik dan menyelesaikan masalah tingkahlaku, emosi, dan mental kanak-
kanak berkeperluan khas. Hal ini kerana, masalah-masalah ini memerlukan cara
penyelesaian yang bersesuaian dengan keadaan sebenar murid-murid khas.
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 4/26
KAEDAH KAJIAN
Dalam kajian yang telah saya jalankan, terdapat beberapa kaedah yang telah saya
gunakan. Kaedah-kaedah ini dapat membantu saya dalam menjalankan kajian serta
melengkapkan laporan ini. Maklumat-maklumat yang diperoleh lebih tepat dan amat
mudah. Di sini, saya telah menggunakan 3 kaedah iaitu:
Pertama, kaedah temubual. Saya telah menemubual beberapa orang guru pendidikan
khas bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai masalah-masalah yang dihadapi
oleh murid yang dikaji. Selain itu, saya juga sempat menemubual bapa murid
berkenaan. Namun begitu, apa yang saya dapati ialah, guru tersebut lebih mengetahui
masalah yang dihadapi oleh murid nya itu. Pada pendapat saya, ini kerana masa murid
tersebut lebih banyak dihabiskan di sekolah berbanding di rumah. Tambahan pula, guru
di sekolah tersebut mempunyai lebih banyak pengalaman dalam bidang pendidikan
khas ini. Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, saya dapati banyak maklumat
yang diperoleh dan mudah untuk difahami. Sewaktu menemubual bapa kepada murid
yang mempunyai masalah ketidakupayaan ini, saya lebih memfokuskan mengenai
tingkah laku anaknya apabila berada di rumah serta bagaimana anaknya menguruskan
diri di rumah.
Kedua, saya telah menggunakan kaedah soal selidik. Soal selidik diedarkan kepada
guru-guru pendidikan khas di sekolah tersebut bagi mengisi maklumat-maklumat yang
berkaitan dengan murid yang dikaji. Ini memudahkan lagi tugas saya untuk
menganalisis serta mengenal pasti apakah jenis ketidakupayaan yang dialami oleh
murid tersebut. Saya bersama guru-guru tersebut bekerjasama bagi mengesan dan
mengisi senarai semak bagi pelajar berkenaan. Apabila senarai semak mengenai murid
dipenuhi, pengesanan akan lebih mudah dilakukan untuk mengetahui sejauh mana
tahap perkembangan pelajar yang dikaji.
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 5/26
Ketiga, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian. Pemerhatian dilakukan dengan
melihat segala perbuatan atau tingkah laku murid yang dikaji. Pemerhatian yang saya
lakukan bertujuan untuk mengenal pasti sama ada murid ini bergaul dengan orang lain
atau tidak. Selain itu, saya turut memerhatikan tingkah lakunya adakah baik atau
sebaliknya. Hal ini kerana, sesetengah murid lain suka mengganggu rakan-rakan
mereka yang lain. Melalui kaedah ini juga, kita dapat melihat kelima-lima aspek
perkembangan murid yang dikaji. Aspek yang dimaksudkan ialah kognitif, kemahiran
berkomunikasi, kemahiran motor, sosial emosi serta pengurusan dirinya. Bukan itu
sahaja, kaedah ini dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai tingkah laku
seseorang murid yang mempunyai masalah ketidakupayaan dan ini memudahkan saya
membuat pengesanan dengan lebih jelas lagi mengenai murid berkenaan.
Jadi, jelaslah bahawa ketiga-tiga kaedah ini memainkan peranan yang penting dalam
memperoleh maklumat mengenai murid yang dikaji.
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 6/26
LATAR BELAKANG MURID
Nama murid tersebut ialah Muhammad Aiman bin Mohd. Ali(bukan nama sebenar).
Nama gelarannya ialah Mat. Adik Mat dilahirkan pada 09 Oktober 1989 di Hospital
Daerah Taiping dan sekarang adik Mat berusia 18 tahun. Adik Mat merupakan anak
kesepuluh daripada sepuluh orang adik beradik. Sewaktu Mat dilahirkan, ibunya berusia
43 tahun dan berat adik Mat pada masa dilahirkan ialah 2.1 kilogram sahaja.
Kini, adik Mat belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Buntar, Kedah dalam
tingkatan 5. Menurut gurunya, puan Normah Ibrahim, Mat telah bersekolah sejak dari
tahun 1 lagi, iaitu ketika usianya 7 tahun. Sewaktu di sekolah rendah, adik Mat
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Serdang, Pusat yang kini telah bertukar nama
kepada Sekolah Kebangsaan Dato Haji Zainuddin. Pada peringkat sekolah rendah, Mat
telah dikenalpasti mempunyai masalah dalam pembelajaran dan dia telah ditempatkan
di kelas integrasi.
Pada usianya 15 tahun, Mat telah dimasukkan ke dalam kelas PDK(Pemulihan Dalam
Komuniti) dan ketika Mat berusia 16 tahun, dia telah ditempatkan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Lubok Buntar sehinggalah usianya 18 Tahun.
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 7/26
LATAR BELAKANG IBU BAPA MURID
Nama bapa adik Mat ialah Mohd.Ali.(bukan nama sebenar). Bapa adik Mat berusia 70
tahun dan bekerja sebagai pekebun. Bapa adik Mat ini dilahirkan di Kedah dan
menetap di Kedah sehingga sekarang. Mempunyai 10 orang anak, berbangsa Melayu,
beragama Islam dan merupakan warganegara Malaysia. Bapa adik Mat dilahirkan pada
tahun 1937. Sebelum ini, bapa adik Mat seorang penoreh getah dan pernah juga
bekerja sebagai petani.
Nama ibu adik Mat ialah Zaini binti Omar.(bukan nama sebenar). Ibu adik Mat berusia
61 tahun dan tidak bekerja. Tugasnya hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Ibu
adik Mat dilahirkan di Kedah dan menetap di Kedah sehingga sekarang. Ibu adik Mat
dilahirkan pada tahun 1947. Mempunyai 5 orang adik beradik dan merupakan anak
kedua dalam keluarga.
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 8/26
PENILAIAN PENGESANAN
Langkah pertama yang telah saya jalankan ialah mengenal pasti apakah jenis
ketidakupayaan adik Mat. Jadi, untuk mengenal pasti ketidakupayaan tersebut, saya
telah menggunakan penilaian pengesanan.
Sebagaimana yang kita ketahui dan pelajari, penilaian pengesanan merupakan
penilaian yang tidak formal yang dilakukan dengan cara pemerhatian. Melalui
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 9/26
pemerhatian tersebut, kita dapat menyenaraikan tingkah laku yang diragui serta tanda-
tanda ketidakupayaan. Biasanya, penilaian ini dilakukan oleh individu yang terdekat
atau individu yang lebih mengenali kanak-kanak atau murid-murid tersebut.
Sewaktu menjalankan penilaian pengesanan ke atas adik Mat ini, saya telah
menyediakan satu senarai semak pengesanan bagi memudahkan saya mengenal pasti
apakah jenis ketidakupayaan adik Mat ini. Ewaktu kali pertama saya melihat adik Mat,
saya berpendapat bahawa adik Mat bermasalah Sindrom Down. Jadi, untuk
meneguhkan lagi pendapat saya, saya telah menggunakan senarai semak yang
berkaitan dengan ciri-ciri masalah Sindrom Down.
Terdapat lima kategori yang dicirikan sebagai Sindrom Down iaitu bahagian kepala,
muka dan leher, bahagian tangan dan lengan, bahagian kaki, bahagian otot dan
bahagian badan.
Setelah menjalankan pengesanan terhadap adik Mat, didapati bahagian kepalanya
lebih kecil dan agak leper (nipis) pada bahagian belakang. Kepalanya kelihatan agak
kecil berbanding saiz badannya yang lebih besar. Namun begitu, mukanya tidak
kelihatan rata. Tetapi, saya dapat menjangkakan bahawa adik Mat merupakan murid
yang bermasalah Sindrom Down. Bagi ciri seterusnya ialah, jarak di antara 2 mata jauh
dan matanya juga sepet. Selain itu, paras telinga adik Mat adalah rendah dan adik Mat
mempunyai telinga yang agak kecil (misshape). Pipinya juga agak tembam (moderately
fat) dan mempunyai pangkal hidung yang sedikit kemek. Saiz mulut adik Mat adalah
kecil dan kelihatan lidahnya lebih besar dan kadang-kadang terjelir keluar.
Pertumbuhan giginya juga tidak teratur dan agak lambat berbanding pelajar lain. Pada
bahagian lehernya pula, adik Mat mempunyai leher yang agak pendek dan besar.
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 10/26
Ciri-ciri seterusnya yang terdapat pada adik Mat ialah dia mempunyai jari-jemari yang
pendek dan kelihatan kontot. Jari kelingking(jari kelima) adik Mat membengkok ke
dalam. Sewaktu melihat tapak tangan adik Mat, terdapat hanya satu garis lurus iaitu
garisan transversi palmar berbanding dengan kanak-kanak normal yang mempunyai
urat di tapak tangan. Jadi, ini sudah jelas membuktikan bahawa adik Mat merupakan
seorang yang mempunyai masalah Sindrom down. Bahagian lengannya juga agak
pendek.
Pada bahagian kaki pula, didapati jari kakinya agak pendek dan dia mempunyai tapak
kaki yang leper. Namun begitu, jarak ibu jari kaki dengan jari kaki tidak jauh terpisah
dan tidak begitu ketara. Adik Mat dapat berjalan dengan baik serta boleh melakukan
kerja-kerja harian seperti menyapu sampah, menolak kereta tolak yang mengandungi
sampah ke tempat pembuangan sampah dan ini jelas menunjukkan dia mempunyai otot
yang kuat Oleh itu, adik Mat tidak mempunyai masalah dari segi otot.
Adik Mat juga turut mempunyai ketinggian tubuh badan yang rendah serta perutnya
kelihatan membonjol keluar. Namun begitu, menurut gurunya, adik Mat tidak pernah
mengalami masalah kesihatan yang teruk atau sebarang masalah perubatan seperti
masalh jantung, masalah usus dan lain-lain lagi penyakit yang berkaitan dengan
Sindrom Down. Kehadiran adik Mat ke sekolah juga amat baik dan ini menunjukkan
bahawa adik Mat jarang mendapat penyakit.
Jadi, sebagai kesimpulannya, penilaian pengesanan yang telah dijalankan ke atas adik
Mat mendapati bahawa dia mempunyai ciri-ciri seorang yang bermasalah Sindrom
Down. Ini dikukuhkan lagi dengan melihat laporan perubatan yang telah dijalankan oleh
Pegawai Perubatan dan Kesihatan Pusat Kesihatan serdang, Kedah Darul Aman. Adik
Mat sebenarnya telah didiagnos sebagai seorang yang mengalami masalah
pembelajaran iaitu Sindrom Down.
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 11/26
PENILAIAN PERKEMBANGAN
Penilaian perkembangan merupakan perubahan secara kuantitatif yang berlaku secara
berterusan sejak lahir hinggalah ke akhir hayat seseorang dan ianya dipengaruhi oleh
faktor baka dan persekitaran.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, perkembangan ialah perihal berkembang iaitu
menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, pertumbuhan serta kemajuan.
Penilaian perkembangan dijalankan bagi menilai 5 tahap perkembangan seseorang
kanak-kanak atau murid-murid dari segi kognitif, sosial emosi, motor,yang terdiri
daripada motor halus dan motor kasar, bahasa dan komunikasi, yang terdiri daripada
bahasa reseptif dan bahasa ekspresif serta perkembangan pengurusan diri.
Sekiranya seseorang kanak-kanak atau individu itu tidak berupaya berkembang secara
normal, guru-guru boleh serta harus menjalankan proses intervensi awal untuk
membantu kanak-kanak tersebut berkembang mengikut tahap umurnya walaupun tidak
sepenuhnya.
TUJUAN PENILAIAN PERKEMBANGAN
Salah satu tujuannya ialah, menilai perkembangan kanak-kanak atau seseorang
individu. Sebagaimana yang kita tahu, penilaian merujuk kepada dimensi
perkembangan yang meliputi aspek kognitif, sosiol emosi, motor, bahasa dan
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 12/26
komunikasi serta jagaan diri. Melalui penilaian , guru-guru dapat menyediakan satu
laporan atau pelan tindakan yang sewajarnya kepada kanak-kanak yang dikaji
sekiranya kanak-kanak itu mempunyai sebarang ketidakupayaan.
Selain itu, penilaian dilakukan bertujuan untuk mengesan kekurangan kanak-kanak atau
murid yang dikaji. Setelah melakukan penilaian, guru dapat mengesan sebarang
kekurangan kanak-kanak. Pada pandangan mata kasar, mungkin kanak-kanak itu
kelihatan normal, tetapi setelah menjalankan penilaian, kemungkinan kanak-kanak
tersebut mempunyai masalah. Sebagai contoh kanak-kanak atau murid-murid disleksia.
Mereka pada luarannya seperti kanak-kanak normal yang lain. Namun hakikatnya,
mereka adalah Disleksia.
Penilaian perkembangan dijalankan bagi membolehkan para guru atau pihak ibu bapa
mengambil langkah awal untuk meningkatkan tahap perkembangan kanak-kanak
tersebut. Mereka yang mempunyai ketidakupayaan tidak bermaksud mereka itu
mengalami perkembangan yang tersekat pada keseluruhannya, tetapi hanya pada
aspek yang dikaji.
Walaupun mereka mengalami ketidakupayaan-ketidakupayaan tertentu, mereka
mempunyai kelebihan pada bidang lain. Sebagai contoh, mereka mungkin sangat
kreatif dalam menghasilkan lukisan atau kraftangan. Oleh itu, penilaian penting agar
guru dapat mengetahui di mana potensi dan bakat yang dimiliki oleh kanak-kanak
tersebut bagi membantu mereka mengembangkan bakat semulajadi mereka ke tahap
yang lebih baik.
Selain itu, penilaian perkembangan dijalankan bagi mengelakkan masalah dalam
pembelajaran kanak-kanak daripada terus berlarutan serta dapat membantu
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 13/26
mengurangkan masalah kanak-kanak tersebut melalui program intervensi.(Kementerian
Pelajaran Malaysia),2003.
PERKEMBANGAN KOGNITIF ADIK MAT
Mengikut senarai semak perkembangan Prof. Dr. See Ching Mey, 2007, yang
diadaptasikan daripada 3 jenis senarai semak iaitu Go To Focus Developmental
Checklist, Satellite Family Child Care developmental Checklist and Macquarie
Developmental Skills Inventory, perkembangan kognitif adik Mat berfungsi dalam
lingkungan umur tahap pra operasi iaitu lingkungan umur 2 hingga 7 tahun. Menurut
guru yang ditemubual ,adik Mat mempunyai tahap perkembangan kognitif yang amat
lemah. Berdasarkan senarai semak yang digunakan , adik Mat didapati berfungsi pada
tahap umur 2 hingga 3 tahun berbanding umur sebenarnya adalah 18 tahun. Dapat
dilihat di sini bahawa adik Mat sukakan barang-barang permainan dan sewaktu
menjalankan pemerhatian ke atasnya, saya dapati adik Mat sering mengeluarkan
barang permainan daripada beg sekolahnya. Seabagai contoh, kad-kad gambar kartun,
pistol mainan, kereta mainan kecil dan banyak lagi. Menurut guru yang ditemubual,
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 14/26
setiap hari apabila datang ke sekolah, adik Mat akan membawa pelbagai jenis mainan
dan ini jelas menunjukkan bahawa adik Mat berada dalam lingkungan usia 2 hingga 3
tahun. Selain itu, adik Mat dapat mengenal dirinya sendiri walaupun di dalam gambar
atau album. Adik Mat juga suka mengikut atau membuat bulatan. Adik Mat juga
merupakan seorang murid yang rajin. Setiap hari dia akan menyapu sampah serta
membersihkan kelas. Adik Mat hanya dapat mengenal satu warna sahaja. Melalui
senarai semak yang dijalankan, didapati adik Mat mempunyai kekerapan boleh
melakukan sesuatu pada tahap umur 2 hingga 3 tahun. Senarai semak dinilai dengan
nombor 1 hingga 5. Semakin besar nombor, semakin kerap adik Mat boleh
melakukannya. Begitulah sebaliknya, nombor 1 bermaksud tidak pernah . Jadi, jelas di
sini berdasarkan senarai semak, adik Mat mempunyai kekerapan nombor 4 dan 5 pada
tahap umur 2 hingga 3 tahun.
PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI ADIK MAT
Menurut senarai semak yang sama yang telah diadaptasi oleh Prof. Dr. See Ching Mey,
didapati perkembangan adik Mat di dalam domain sosial emosi berada atau tersekat
pada umur 3 hingga 4 tahun. Pada mulanya, didapati adik Mat berada pada tahap umur
2 hingga 3 tahun, tetapi, setelah dikenalpasti serta membuat perbandingan adik Mat
sebenarnya tersekat pada umur 3 hingga 4 tahun. Perbezaan di antara kedua-dua
tahap umur tidak begitu ketara , namun setelah dibandingkan sekali lagi adik Mat sudah
dapat melepasi tahap umur 2 hingga 3 tahun di dalam domain ini. Dalam tahap umur 3
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 15/26
hingga 4 tahun, didapati adik Mat tidak dapat bercakap serta bergaul rapat dengan
rakan-rakan lain. Pada tahap umur 2 hingga3 tahun , adik Mat sudah dapat berkongsi
mainan, menunjukkan keinginan untuk bermain bersama kawan dan dia mempunyai
kawan yang baik serta rapat. Walaupun bahasa yang dituturkan oleh adik Mat tidak
difahami oleh rakan-rakannya yang lain, dia masih mempunyai rakan sepermainan.
Adik Mat juga dapat memahami serba sedikit keperluan orang lain. Sebagai contoh, jika
rakannya inginkan mainan, Mat tidak kedekut untuk memberi mainan tersebut kepada
rakannya. Dalam tahap umur 3 hingga 4 tahun, adik Mat hanya mampu atau kadang-
kadang sahaja dapat melakukan instrumen yang terdapat di dalam senarai semak.
Kadang –kadang mewakili nombor 3 dan kebanyakannya adalah nombor 1 dan nombor
2 iaitu mewakili tidak pernah dan jarang. Jadi, jelaslah di sini bahawa perkembangan
sosial emosi adik Mat tersekat pada tahap umur 3 hingga 4 tahun.
PERKEMBANGAN MOTOR ADIK MAT(MOTOR KASAR)
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 16/26
Menurut senarai semak yang telah diadaptasi ole Prof. Dr. See Ching Mey, dalam
perkembangan motor adik Mat, dia berada pada tahap umur 4 hingga 5 tahun didalam
domain motor kasar. Adik Mat dapat melakukan banyak perkara dan kerap
menunjukkan nombor 5 iaitu sangat kerap. Dapat dilihat di sini bahawa adik Mat
mampu melakukan banyak aktiviti yang melibatkan pergerakan motor kasar. Di
sekolahnya, pada setiap hari dia akan membersihkan halaman kelas serta menyapu
dan mengutip sampah. Adik Mat juga mampu membawa kereta tolak yang berisi
sampah untuk di buang ke tempat pembuangan sampah berhampiran kelasnya. Bukan
itu sahaja, walaupun adik Mat mempunyai masalah Sindrom Down, dia mempunyai
perkembangan motor kasar seperti kebanyakan rakan-rakannya yang lain seperti
disleksia serta rakan pelajar yang normal. Sewaktu di dalam kelas adik Mat ditugaskan
untuk menyapu papan putih serta menyusun buku di atas rak . Di dapati, melalui
pemerhatian saya, dengan mudah sahaja adik Mat menyapu papan putih itu ke kanan
dan ke kiri. Otot pada tangannya agak kuat kerana adik Mat dapat menyusun buku ke
atas rak dengan tersusun sekali. Jadi, kesimpulannya perkembangan motor kasar adik
Mat amat baik dan saya merasakan bahawa adik Mat dapat melakukan aktiviti lebih
daripada itu kerana saya hanya menilai berdasarkan senarai semak yang telah
disediakan dan itu sudah cukup membuktikan bahawa adik Mat mempunyai
perkembangan motor yang baik.
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 17/26
PERKEMBANGAN MOTOR ADIK MAT(MOTOR HALUS)
Bagi perkembangan motor halus, adik Mat berada pada tahap umur yang lebih kurang
sama dengan perkembangan motor kasar. Perkembangan motor halus adik Mat berada
pada tahap 4 hingga 5 tahun juga dan ianyan didapati sama dengan perkembanagan
motor kasar adik Mat. Kebiasaannya, perkembangan motor halus tidak boleh melebihi
perkembangan motor kasar, tetapi jika ianyan sama, tidaklah menjadi masalah. Hal ini
kerana, perkembangan motor kasar akan membentuk kemahiran motor halus. Apabila
adik Mat dapat melakukan banyak aktiviti yang melibatkan motor kasar, secara
automatik adik Mat akan dapat melakukan pergerakan yang melibatkan motor halus.
Berdasarkan senarai semak yang dirujuk, tahap perkembangan motor halus adik Mat
berada dalam tahap umur 4 hingga 5 tahun. Adik Mat mampu menggunakan gunting,
melukis, memegang pensel dengan baik serta boleh melakukan perkara-perkara yang
melibatkan motor halus seperti jari-jemarinya dan bermacam-macam lagi seperti
memasukkan benang ke dalam jarum dan apa yang menarik perhatian saya ialah,
sewaktu saya mula-mula sampai ke sekolah tersebut, saya dapat melihat adik Mat
memasukkan riben yang berwarna –warni ke dalam tudung saji. Riben dimasukkan
melalui celah-celah ruang tudung saji dan itu merupakan salah satu terapi untuk
meningkatkan kemahiran motor halusnya. Setelah siap, hasilnya amat cantik dan saya
ada mengambil gambarnya menyiapkan tudung saji tersebut. Gambar tersebut boleh
dilihat di bahagian lampiran. Bukan itu sahaja, saya dapati adik Mat amat berkemahirandalam melakukan kerja tersebut. Menurut gurunya, setiap hari, adik Mat akan dilatih ke
arah kemahiran kerana adik Mat tidak dapat membaca mahu pun menulis.
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 18/26
PERKEMBANGAN BAHASA(RESEPTIF)
Sebagaimana yang kita ketahui, bahasa reseptif merupakan bahasa yang kanak-kanak
tidak dapat memproses, memahami, dan mengintegrasi bahasa. Salah satu
simptomnya ialah, tidak dapat mengikuti arahan. Bagi adik Mat, dia boleh memahami
apa yang disuruh serta diarahkan, tetapi adik Mat tidak dapat meluahkan apa yang
ingin dicakapkan. Dia kelihatan hanya tersenyum, mengangguk, menggeleng kepala
apabila ingin atau tidak inginkan sesuatu. Menurut gurunya, adik Mat berada pada
tahap yang amat lemah jika dibandingkan dengan usianya yang sebenar iaitu adik mat
berada pada tahap umur19 hingga 24 bulan. Pada usia yang lebih tinggi iaitu pada
tahap 2 hingga 3 tahun, adik Mat langsung tidak dapat membuatnya. Pada tahap 19
hingga 24 bulan hanya sesetengah sahaja yang dapat dilakukan dan itu pun
menunjukkan jarang dan kadang-kadang. Sepanjang sya berada di dalam kelas
bersamanya, dia tidak pernah untuk bercakap mahu pun membunyikan suara seperti
o..,a.. dan lidahnya begitu kelu untuk menyebut sesuatu perkataan. Tetapi, menurut ibu
bapa adik Mat sewaktu menggunakan telafon atau menjawab panggilan telefon, Mat
mampu membunyikan suara. Adik Mat akan faham apabila saya memberikan contoh
dan menyuruhnya membuat atau mengambil kad warana yang sama, adik Mat faham
apa yang disuruh jika kita menunjukkan kepadanya satu persatu mengikut urutan dan
buat bersama-sama dengannya. Sebagai contoh , aktiviti megenal warna pada kad-kad
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 19/26
warna. Jadi, dapat disimpulkan bahawa di dalam domain ini, adik Mat berada pada
tahap umur 1 tahun hingga 2 tahun.
PERKEMBANGAN BAHASA (EKSPRESIF)
Bagi bahasa ekspresif pula, adik Mat mengalami kesukaran untuk menggunakan
perkataan bagi memformulasikan fikirannya. Jelas dapat dilihat bahawa adik Mat
mengalami masalah dalam penggunaan bahasa ekspresif kerana adik Mat amat kurang
perbendaharaan kata dan adik Mat langsung tidak dapat bertutur. Menurut gurunya,
adik Mat berada di tahap umur bawah daripada 1 tahun iaitu dalam lingkungan umur13-
18 bulan. Pada tahap ini adik Mat dapat melambai, senyum ke arah orang yang senyum
kepadanya dan kadang-kadang terdengar bunyi seperti sesuatu yang ingin disebut oleh
adik Mat, tetapi tidak terkeluar perkataan itu. Saya cuba menunggu untuk melihat reaksi
daripadanya, namun tidak ada apa-apa reaksi. Dia hanya tersenyum sahaja. Adik Mat
juga tidak dapat menyebut walaupun satu perkataan seperti `nak’, `tak’ dan bila
ditunjukkan seperti bahasa isyarat, iaitu mengangguk dan menggelangkan kepala , adik
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 20/26
Mat seakan faham. Namun begitu, adik Mat masih mempunyai peluang yang masih
cerah kerana adik Mat mempunyai kemahiran dalam membuat kraftangan. Sedikit
sebanyak dapat membantunya bergaul dengan orang lain serta belajar sedikit demi
sedikit kosa kata baru. Kesimpulannya, adik Mat mempunyai tahap perkembangan
bahasa ekspresif pada tahap umur kurang dari 1 tahun.
PERKEMBANGAN PENGURUSAN DIRI ADIK MAT
Sebagaimana yang kita ketahui, Mat secara kronologinya atau umur sebenarnya 18
tahun, namun pengurusan dirinya berada di tahap 4 hingga 5 tahun. Bagi saya, itu
adalah sangat baik. Sewaktu membuat pengesanan ini, saya dapati adik Mat
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 21/26
merupakan seorang yang kemas dari segi cara berpakaiannya. Bajunya dimasukkan ke
dalam seluar dan rambutnya kemas. Menurut senarai semak yang telah ditandakan,
adik Mat pandai memakai baju dengan sendiri, menggosok gigi dengan sendiri,
membutangkan butang baju, dapat membuang hingus menggunakan sapu tangan serta
memakai seluar tanpa bantuan orang lain. Adik Mat juga pandai ke tandas dengan
sendiri. Ini menunjukkan bahawa adik Mat mampu menguruskan dirinya dengan baik
sekali. Tetapi adik Mat tidak dapat memakai tali leher sendiri kerana adik Mat tidak
dikhaskan untuk memakai tali leher. Di sekolah adik Mat, hanya pengawas sekolah
sahaja yang memakai tali leher. Jadi, jelaslah di sini bahawa adik Mat mempu
menguruskan diri dengan baik dan dia mempunyai tahap pengurusan diri pada umur 4
hingga 5 tahun.
Sebagai kesimpulannya,merujuk jadual di bawah:
DOMAIN TAHAP PERKEMBANGAN
1.Kognitif 2 hingga 3 tahun
2.Sosial emosi 3 hingga 4 tahun
3.Motor
-Kasar 4 hingga 5 tahun
-Halus 4 hingga 5 tahun
4.Bahasa dan komunikasi
-Bahasa Reseptif 1 hingga 2 tahun
-Bahasa ekspresif kurang dari 1 tahun
5.Pengurusan diri 4 hingga 5 tahun
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 22/26
CADANGAN UNTUK INTERVENSI AWAL
Program intervensi awal pada kanak-kanak atau murid-murid yang mempunyai masalah
ketidakupayaan tertentu adalah sangat penting. Melalui program ini, kanak-kanak itu
akan diberikan perhatian yang khusus bagi mengatasi masalah ketidakupayaan yang
dialami. Bukan itu sahaja, di dalam pelaksanaan program intervensi awal ini, semua
pihak akan terlibat, bukan sahaja pakar-pakar, guru dan ibu bapa, malah jiran tetangga,
rakan-rakan dan pihak-pihak yang berkaitan. Oleh itu, program ini memerlukan
kerjasama daripada semua pihak bagi memastikan masalah yang dihadapi oleh
sesiapa sahaja khususnya adik Mat ini dapat diatasi kerana adik Mat dilihat sebagai
seorang yang mempunyai peluang yang cerah dalam bidang kemahiran.
Di sini terdapat beberapa cadangan yang saya ingin kemukakan dan ianya merupakan
satu cadangan yang mendatangkan banyak manfaat kepada semua pihak di samping
membantu golongan yang kurang upaya.
Setelah mengenal pasti seseorang kanak-kanak itu mempunyai ketidakupayaan
tertentu, pihak guru itu sendiri yang perlu merujuk kepada ibu bapa dengan segera.
Seabagaimana yang kita sedia maklum, pada peringkat tadika atau pra sekolah lagi,
seseorang kanak-kanak itu dapat dinilai serta dikesan jika mereka mempunyai
ketidakupayaan tertentu. Di sini peranan guru pra sekolah itu sendiri amat penting bagi
memastikan kanak-kanak tersebut diberi rawatan atau pemulihan awal. Sebagai
contoh, di dalam kes adi Mat ini, saya merasa amat sedih kerana adik Mat seolah-olah
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 23/26
tidak dikesan dari awal dan ini menyebabkan perkembangan kognitifnya amat jauh
berbeza berbanding dengan umurnya yang sebenar.
Selain itu, kerjasama daripada pihak ibu bapa juga amat penting. Terdapat segelintir ibu
bapa yang tidak mahu menerima ketidakupayaan anak-anak mereka apabila guru
memberi laporan mengenai anak-anak mereka. Seharusnya, ibu bapa berterima kasih
kepada guru kerana dapat mengesan ketidakupayaan anak-anak mereka untuk dirujuk
kepada pakar. Setelah mendapat pengesahan daripada pakar, ibu bapa perlu
menempatkan anak-anak mereka di sekolah yang sepatutnya kerana itu akan
menjamin kehidupan serta masa hadapan yang lebih baik untuk anak-anak mereka.
Saya sangat suka mencadangkan bahawa pihak sekolah mewujudkan satu bengkel
dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kebajikan Masyarakat bagi
menempatkan murid-murid yang mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu untuk
mereka mengembangkan lagi bakat mereka. Bengkel tersebut hendaklah dibina
berhampiran pusat bandar dan mempunyai pengurusan yang ditadbir oleh orang-orang
kurang upaya. Maksud saya, sepenuhnya bengkel itu betul-betul diuruskan oleh
mereka. Manakala pihak kementerian dan kebajikan Masyarakat memantau aktiviti-
aktiviti mereka. Hasil daripada jualan hasil kraftangan mereka akan dijual dan mereka
mempunyai gaji atau upah yang tetap. Ini dapat menjamin kelangsungan hidup mereka
dan mereka akan lebih berdikari.
Namun begitu ,apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh sesiapa sahaja, jika tidak
mempunyai satu perancangan yang baik tidak akan membuahkan apa-apa hasil. Oleh
itu, mentaliti masyarakat perlu diubah dan setiap orang haruslah berfikiran jauh ke
hadapan bagi memastikan golongann ini tidak terus terabai atau disisihkan masyarakat
sedangkan kita hidup bermasyarakat. Ingatlah bahawa kita datang daripada
masyarakat dan kita seharusnya kembali serta berkhidmat kepada masyarakat.
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 24/26
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, kajian individu ini memberi satu kesedaran kepada saya
betapa pentingnya peranan seseorang guru dalam manghadapi cabaran hidup yang
penuh dengan pancaroba. Melalui kajian ini, saya dapat sedikit sebanyak pengalaman
tentang bagaimana cara membuat penilaian, membuat pengesanan serta belajar untuk
menyesuaikan diri dalam komuniti sekolah.
Selain itu, dapat disimpulkan bahawa kanak-kanak khas sememangnya perlu diberi
perhatian yang lebih dan tugas guru pendidikan khas sangat berbeza dengan tugas
guru normal. Dapat dilihat di sini bahawa, kajian individu ini mendedahkan pelajar-
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 25/26
pelajar yang mengambil kos pendidikan untuk mengetahui keadaan sebenar proses
pengajaran dan pembelajaran di sekola.
Melalui kajian ini, Sindrom Down merupakan salah satu masalah yang tergolong dalam
kategori masalah pembelajaran dan ianyan terjadi akibat berlakunya kekurangan atau
kelebihan pada kromosom yang ke 21. Faktor usia seseorang ibu itu sangat
mempengaruhi. Jika seseorang ibu itu mengandung pada usia melebihi 35 tahun ke
atas, nisbah untuk mendapat anak Sindrom Down adalah sangat tinggi.
Namun begitu, tidak semua kanak-kanak khas yang dilahirkan tidak boleh berjaya.
Setiap manusia telah diberikan kekurangan dan kekuatan masing-masing dan
seseorang individu itu sendiri yang harus mengubah dirinya sendiri sama ada ingin
menjadi baik atau sebaliknya.
Akhir kata, kajian ini banyak meberi manfaat kepada saya sebagai seorang pelajar dan
segala tunjuk ajar daripada guru-guru amat berguna dalam menempuhi alam pekerjaan
yang sebenar untuk beberapa tahun akan datang.
BIBLIOGRAFI
Atan Long, 1987, Psikologi Pendidikan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
7/27/2019 Kajian Kes Adik Mat
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-kes-adik-mat 26/26
Jamila K.A Mohamed,2005. Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Kuala
Lumpur: PTS publication Sdn. Bhd.
Kamus Dewan .2004. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.