Download - Kaedah Pandang Dan Sebut
KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
PENGENALAN
Kaedah seluruh perkataan Dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kataAktiviti utama – memandang dan menyebutPerkara yang dipandang- gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajarPerkara yang disebut- perkataan pada bahan yang ditunjukkan
Oleh sebab, murid-murid telah menguasai sejumlah kosa kata, maka pengajaran prabacaan hendaklah bermula dengan pengalaman tersebutPengajaran tidak akan seronok sekiranya tidak menghubungkan dengan pengalaman murid
Rasional
Mengecam huruf dan menghafal bunyi akan berkesan sekiranya murid-murid telah menguasai sejumlah perkataanMenurut Goodman; Pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka
Cara perlaksanaan
Menyebut perkataan
Mencerakinkan perkataan kata
Membina dan membaca ayat
KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
Kaedah ini dikenali sebagai kaedah perkataan. Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah perkataan dicam, perkataan tersebut tidak dibunyikan dan dieja tetapi terus disebut. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikut kaeadah ini disertakan dengan gambar.
Mencerakinkan perkataan menjadi suku kata
Kaedah ini dikenali sebagai kaedah rangkai kata. Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawan prinsipnya dengan cara menyebut perkataan. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau cerakin atau dengan perkataan lain mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil.
Membina dan membaca ayat Kaedah ini juga dikenal sebagai kaedah ayat. Kanak-kanak diperkenalkan dengan ayat-ayat yang pendek dan mudah setelah beberapa perkataan dikuasainya. Kemudian, mereka diminta mengecam terus dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam, kanak-kanak diminta terus membaca. Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.