Download - Kaedah Ajuk Hafaz
Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu:
-Kaedah Linguistik-Kaedah Ajuk Hafaz
Disediakan oleh: Tg Nur Ain bt Tg Mohd KhairiPensyarah: En. Nordin b Shaari
Kaedah Linguistik
• Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa iaitu bahasa yang dipelajari dan bahasa yang telah diketahui sama ada bahasa ibunda
• Dalam kaedah linguistik, bentuk didahulukan daripada makna.
Kaedah Linguistik
• Memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif
• Pemilihan bunyi-bunyi dilakukan terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa itu.
Contoh:
Bahasa inggeris Bahasa melayu
Cofffe Kopi
School sekolah
Bicycle basikal
• Dari segi pemilihan bentuk-bentuk ayat pula, guru hendaklah memilih bentuk-bentuk ayat yang ada dalam bahasa ibunda mereka dahulu.
• Selepas itu baharulah dipilih bentuk ayat yang berlainan atau tidak ada dalam bahasa ibunda mereka.
Contoh:
Subjek Predikat objek
Saya pergi ke sekolah.
I go to school.
Dia minum susu.
He drinks milk.
KELEBIHAN
- Murid dapat memahami serta bertutur dengan sebutan yang betul dan lebih baik.
- Murid mudah faham kerana guru bertutur menggunakan bahsa penutur sebagai bahasa utama
- Pengajaran tatabahasa juga mudah dilaksanakan kerana murid mudah memahami apa yang diajar oleh guru
- Guru menggunakan teknik latih tubi bagi meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur murid.
KELEMAHAN
• Antara kelemahan kaedah ini adalah kemahiran lisan murid iaitu bertutur diutamakan berbanding kemahiran membaca dan menulis
• Guru akan membuat pelbagai aktiviti yang melatih kemahiran lisan murid untuk berbahasa
• Guru juga mementingkan penggunaan bahasa yang diutarakan oleh murid berbanding makna ayat tersebut
Kaedah Ajuk Hafaz
Ajuk Hafaz
• Juga dikenali sebagai kaedah latih tubi informan.
• Pengajaran disampaikan melalui demonstrasi dan latih tubi.
• Demonstrasi- berkaitan dengan pertuturan dan sebutan yang dilaksanakan oleh guru
• Latih tubi - penutur jati akan membaca ayat beberapa kali diikuti oleh murid-murid sehinggalah mereka hafal
• Contoh: guru baca satu ungkapan dengan intonasi yang betul, kemudian pelajar dikehendaki mengajuk beberapa kali sehingga ungkapan itu disebut dengan intonasi yang betul.
• Guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan dalam pertuturan, karangan-karangan lisan, latihan cara menyebut sesuatu perkataan, menyebutkan dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu menggunakannya dalam bentuk-bentuk ayat yang betul.