Download - Jurang Perbezaan ICT
-
7/30/2019 Jurang Perbezaan ICT
1/1
Jurang Perbezaan ICT
Masalah jurang literasi ICT berpunca daripada jurang digital yang wujud dalam
semua peringkat masyarakat. Jurang ICT ini semakin ketara terutamanya antara
kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Hal yang demikian adalah bertujuan
untuk mempelbagaikan aktiviti. Jurang ICT ini turut memberi kesan ke atas sektorpendidikan di negara kita.
Pelbagai halangan yang wujud dalam jurang ICT seperti kekurangan
pengalaman asas digital disebabkan oleh kurangnya minat masyarakat terhadap
bidang ICT. Masyarakat luar bandar kurang berminat dalam bidang ICT disebabkan
mereka kurang terdedah kepada penggunaan serta kepentingan ICT dalam
kehidupan seharian. Oleh yang demikian, keadaan ini telah memberi impak negatif
ke atas sistem pendidikan negara. Kekurangan kesedaran masyarakat tentang
kepentingan ICT telah menyebabkan bidang ICT ini kurang berkembang di kawasan
luar bandar.
Murid di kawasan pendalaman tidak berpeluang untuk mengunakan literasi
ICT berpunca daripada masalah kekurangan bekalan elektrik di kawasan tersebut.
Bagi mengatasi masalah ini, warga pendidik yang ditugaskan untuk mengajar di
sekolah-sekolah yang sedemikian perlu bijak menggunakan kaedah pengajaran yang
lebih imaginatif dan kreatif terutamanya matapelajaran Sains dan Matematik. Guru
perlu bijak menghubungkan pengajaran seharian dengan persekitaran dan
pengalaman sedia ada murid.
Seseorang guru juga hendaklah kreatif dalam P&P untuk menyesuaikan
dengan pelbagai situasi yang tidak terjangka di sekolah kelak. Contohnya guru di
sekolah pedalaman yang tidak mempunyai literasi ICT yang lengkap untuk mengajar
dan keadaan murid yang tidak tahu tentang teknologi semasa. Guru perlu kreatif
supaya setiap objektif pengajaran tercapai. Guru bukan sahaja bertanggung jawab
mendidik murid dari segi akademik, tetapi juga dari segi jasmani, emosi dan rohani
untuk memastikan pengemudi negara di suatu masa kelak adalah insan yang
terbilang dan seimbang dan juga berjaya di dunia dan akhirat.
Bagi memaksimakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran,
guru boleh meminta sokongan dari pihak luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan
akademik serta ibu bapa amat penting. Mereka bukan sahaja boleh memberi
sokongan dalam bentuk kewangan malah apa juga bantuan yang disalurkan amat
dihargai oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, Syarikat Telekom Malaysia dapat
menyediakan talian internet tanpa wayar percuma disekolah bagi memudahkan guru
dan pelajar mengakses internet untuk mencari sumber rujukan dalam pembelajaran.
Syarikat swasta yang ingin menyumbang komputer atau alat-alat teknologi disekolah
juga amat digalakan. Mereka juga boleh membantu sekolah dengan melanggan
jurnal-jurnal pendidikan sebagai bahan tambahan rujukan dalam pembelajaran.