Download - JURANG PENDIDIKAN
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
1/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
JURANG PENDIDIKAN
1.0 Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia pada awalnya telah berkembang sejak zaman pemerintahan
penjajah lagi. Kebanyakannya sistem pendidikan yang diperkenalkan adalah bersifat tidak formaliaitu secara lisan. Seterusnya kita diperkenalkan pula dengan sistem pendidikan formal seperti
pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris. Pada masa itu, jurang pendidikan telah pun wujud kerana
pihak penjajah telah mewujudkan jurang antara kaum pendekatandivide & rules bertujuan
mengelakkan pembangkitan semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Perkembangan pendidikan di
Malaysia pada peringkat awalnya lebih tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan
pertumbuhan ekonomi utama negara. Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan dan
peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih serta sumber yang mencukupi. Sebaliknya, peluang
menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman amat terhad.Sekolah luar
bandar pula mengalami pelbagai kekurangan dari segiinfrastruktur dan peralatan, kemudahan asas,
guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat. Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujuddisebabkan mereka lebih tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat
pendidikan pada masa itu berbanding dengan kualiti pendidikan. Kini, kerajaan telah banyak
memberi tumpuan terhadap kawasan luar bandar dan pedalaman bagi mengurangkan jurang
pendidikan serta mengurangkan kadar keciciran. Jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah,
kaum, jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Hal ini menyebabkan perbezaan
prestasi dan pencapaian pelajar. Kesan jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak
seimbang yang ketara daripada segi status ekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar.
2.0 Konsep dan Pengertian
Di dalam buku Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menetapkan dasar bagi merapatkan jurang pendidikan yang wujud seperti antara
lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Oleh itu, pihak Kementerian Pelajaran
Malaysi telah pun mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan agar akses, ekuiti dan
kualiti dalam pembelajaran dan pengajaran dapat ditingkatkan. Antara jurang pendidikan yang
wujud adalah seperti, jurang antara bandar dan luar bandar, jurang digital, jurang antara tahap
pencapaian pelajar, jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas serta juang
sosioekonomi.
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
2/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
Jurang bandar dan luar bandar adalah merujuk kepada ketidaksamarataan yang berlaku.
Contoh jurang yang wujud adalah daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan
kepada para guru yang mengajar. Kekangan sebegini berlaku terutamanya di Sekolah Kurang
Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan yang paling ketara sekali ialah sekolah di kawasan
pedalaman. Selain itu juga, jurang bandar dan luar bandar ini merujuk kepada tahap atau taraf
perbezaan dalam pelbagai aspek yang dicapai oleh kawasan bandar dan kawasan luar bandar
adalah berbeza. Perbezaan ini biasanya merujuk kepada perbezaan daripada segi kemudahan-
kemudahan seperti bas awam, perpustakaan awan dan sebagainya serta dari pelbagai aspek lain.
Seterusnya, wujud juga jurang digital. Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi
akses kepada kemudahan Information dan Communication Techology (ICT). Jurang digital ini
biasanya wujud di lokasi yang memiliki keadaan geografi yang berbukit bukau serta di kawasan
pedalaman. Hal ini demikian kerana perkhidmatan bagi mengakseskan internet adalah terhad.
Selain itu, jurang digital ini menunjukkan kepada tahap pencapaian tenaga pengajar dalambidang ICT. Kebiasaannya, tahap pencapaian tenaga pengajar adalah berbeza disebabkan
pelbagai aspek antaranya kurang pengalaman dan pengetahuan dari segi penggunaan ICT,
kurangnya kemudahan dan banyak lagi. Menurut Organisation for Economic Co-operation and
Development (OECD) pada tahun 2001 pula, jurang digital telah ditafsirkan sebagai satu jurang
yang wujud di antara individu, isi rumah, perniagaan dan kawasan geografi pada peringkat sosio-
ekonomi yang berbeza untuk mendapatkan peluang menggunakan internet dan mengakses ICT.
Jurang antara tahap pencapaian pelajar pula ialah kesulitan pelajar dalam menguasai 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira. Dalam situasi ini, kebanyakan pelajar sekolah rendah tidak
mampu menguasai 3M ini disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada faktor dalaman mahupunfaktor luaran. Selain itu, kegagalan mencapai standard minimum seperti yang dihasratkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan salah satu faktor daripadanya. Keadaan ini
akan menyebabkan seseorang pelajar itu berisiko tinggi tercicir daripada sistem pendidikan.
Seterusnya ialah jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas. Ia merujuk
kepada perbezaan dalam menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai. Kemudahan ini adalah
untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pelajar berkeperluan khas
termasuklah mereka yang kurang upaya, pintar cergas dan berbakat. Jurang ini biasanya
menyentuh tentang perbezaan daripada pelbagai segi antara golongan kelainan upaya dan
golongan pelajar biasa. Golongan kelainan upaya biasanya memerlukan kemudahan teknologi
yang canggih bagi membantu mereka dalam sistem pembelajaran dan pengajaran.
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
3/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
Jurang yang terakhir pula ialah jurang sosial. Jurang ini merujuk kepada perbezaan
daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah
kemiskinan dalam bandar dalam jurang sosial ini, lebih tertumpu kepada jurang kemiskinan.
Kemiskinan biasanya sering menjadi faktor utama yang menyebabkan berlakunya jurang sosial
yang ketara terutamanya antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar.
3.0 IsuIsu Berkaitan
3.1 Jurang Pendidikah Akibat Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris (PPSMI)
Sejak kemerdekaan, masalah jurang pendidikan telah wujud dan masih tidak dapat
dihapuskan sehingga zaman globalisasi ini. Masalah jurang pendidikan berterusan sehingga
pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
PPSMI diperkenalkan secara berperingkat-peringkat pada tahun 2003 bermula daripada Tahun 1
bagi peringkat sekolah rendah manakala Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 bagi sekolah menengah.
Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah bermula pada tahun 2007
manakala untuk sekolah rendah pula bermula pada tahun 2008.
Pelaksanaan PPSMI secara umumnya bertujuan untuk meningkatkan pembangunan sumber
tenaga manusia bagi mencapai taraf negara maju dan persiapan daripada peringkat awal
persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Selain itu, bahasa Inggeris ialah bahasa
komunikasi antarabangsa dan penguasaan bahasa Inggeris memudahkan penguasaan ilmu dalam
bidang Sains dan Matematik. Secara keseluruhan, dasar ini dilaksanakan dengan harapan
memberi kelebihan kompetitif kepada negara dengan penggunaan bahasa Inggeris. Akan tetapi,
PPSMI tidak begitu berjaya dan tidak mencapai objektif asalnya malah mendatangkan keburukan
kepada pelajar, terutamanya pelajar luar bandar.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Ahamad Sipon, pelajar sekolah rendah dan
sekolah menengah mencatatkan tahap kelulusan sederhana dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik dengan kelemahan ketara dikesan di sekolah luar bandar setelah pelaksanaan PPSMI.
Melalui dapatan laporan kajian ini, kita dapat lihat bahawa pelaksanaan PPSMI banyak
mempengaruhi pelajar terutamanya pelajar luar bandar. Ramai pelajar luar bandar telah menjadi
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
4/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
mangsa dalam pelaksanaan dasar ini. Keadaan ini juga menjadi salah satu faktor primer PPSMI
menerima pembidasan dan tentangan dari pelbagai pihak, terutamanya Datuk Dr. Hassan
Ahmad, Pengerusi Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris (GMP) yang mengatakan pembatalan PPSMI harus diimplimentasikan untuk
menyelamatkan pelajar luar bandar.
Jika disingkap daripada persepsi yang lebih terperinci, kewujudan masalah jurang
pendidikan akibat pelaksanaan PPSMI dapat dilihat daripada beberapa aspek. Pertama, ramai
pelajar menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara
dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Perubahan drastik dalam
pembelajaran Sains dan Matematik menyebabkan pelajar, terutama pelajar luar bandar berasa
tertekan dan tidak berkeyakinan untuk menguasai mata pelajaran yang berkaitan. Hal ini
demikian kerana pelajar luar bandar kurang terdedah kepada bahasa Inggeris berbanding dengan
pelajar di bandar. Pelajar luar bandar kurang berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Inggeriskecuali tugasan sekolah. Secara langsung, pencapaian prestasi Sains dan Matematik pelajar akan
terjejas kerana penguasaan bahasa Inggeris mereka yang lemah. Selanjutnya, jurang pendidikan
antara pelajar bandar dan luar bandar akan menjadi semakin besar.
Selain itu, kebanyakan pelajar luar bandar pada asalnya tidak menguasai bahasa Inggeris
dengan baik akan mengalami kesukaran untuk mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris. Hal yang demikian akan mempengaruhi minat pelajar dalam mempelajari subjek
Matematik dan Sains dan akhirnya mereka berputus asa untuk terus mempelajarinya kerana
wujud kekangan dalam penggunaan bahasa. Hal ini berlaku kerana pelajar sukar memahami
bahasa Inggeris di samping konsep dan teori Sains dan Matematik. Sebagai contoh, pelajar sukar
memahami konsep mata pelajaran Kimia melalui petikan atau buku kerana penguasaaan bahasa
Inggeris yang lemah. Pelaksanaan PPSMI bukan sahaja melemahkan penguasaan pelajar dalam
mata pelajaran Sains dan Matematik malah terdapat sebilangan pelajar mengalami keciciran.
Pelajar yang sangat lemah akan terus melepaskan peluang mereka untuk belajar dan akhirnya
mereka ketinggalan dalam mata pelajaran tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa ramai pelajar luar
bandar telah menjadi mangsa dalam pelaksanaan PPSMI dan mewujudkan masalah dalam jurang
pendidikan.
Pada persepsi yang lebih terperinci, faktor tenaga pengajar juga tidak kurang peranannya
dalam membincangkan isu ini. Para guru yang biasa mengajar Sains dan Matematik dalam
bahasa ibunda masing-masing akan mengalami masalah untuk mengajar dalam bahasa Inggeris.
Para guru yang tidak mempunyai kemahiran bahasa Inggeris tidak dapat menyampaikan mata
pelajaran yang berkaitan dengan berkesan kepada para pelajar. Secara tuntasnya, guru yang
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
5/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
kurang berkelayakan dan berkualiti secara langsung akan mempengaruhi kualiti pelajar,
terutamanya pelajar di luar bandar yang bergantung sepenuhnya terhadap pembelajaran di
sekolah.
3.2 Kemiskinan
Kemiskinan bukan lagi menjadi masalah baru yang melanda di negara kita.
DalamInternational Encyclopedia of the Social Science (1972), kemiskinan didefinisikan
kepada tiga maksud iaitu kemiskinan sosial, fakir dan kemiskinan moral. Kemiskinan sosial
bukan sahaja melibatkan ketidaksamaan ekonomi, iaitu dari segi pendapatan, taraf kehidupan
dan sebagainya tetapi juga meliputi ketidaksamaan sosial yang juga berkaitan dengan
pendidikan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa isu kemiskinan merupakan salah satu faktor
utama yang menyebabkan berlakunya jurang pendidikan di negara kita. Walaupun kerajaan
sentiasa mengambil inisiatif dalam membendung masalah ini, namun masalah ini masih
membelenggu masyarakat kita pada hari ini.
Keratan akhbar pada April 2009 menyatakan bahawa kerajaan telah membelanjakan 3 bilion
dalam masa dua tahun bagi merapatkan jurang pendidikan di negara kita. Kos tersebut adalah
bertujuan membantu pelajar-pelajar miskin di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(2006-2010). Hal ini menunjukkkan masih banyak lagi kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan
dalam mengatasi masalah kemiskinan ini. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Razali
Ismail, peruntukan itu telah disalurkan di setiap jabatan pendidikan dalam negeri untuk
membantu pelajar miskin dalam 12 skim termasuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT),
Skim Pinjaman Buku Teks, Skim Baucer Tuisyen dan pelbagai biasiswa lain. Datuk Razali
Ismail berkata, jumlah RM 3 Bilion merupakan jumlah peruntukan yang paling tinggi dalam
usaha merapatkan jurang pendidikan dirantau ini. Namun begitu, jika jumlah ini masih tidak
mencukupi, pihak kementerian akan menambah peruntukan ini dari semasa ke semasa.
Jika ditinjau dengan lebih teliti, ramai penduduk di kawasan luar bandar berorientasikan
kegiatan ekonomi primer mengikut kaedah traditional. Mereka tidak berupaya mendapat
pendapatan yang banyak melalui sektor ekonomi traditional dan secara tidak langsung keadaanini akan menjejaskan perbelanjaan mereka yang termasuk pendidikan anak-anak. Kebanyakan
daripada mereka tidak mampu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran kerana
pendapatan keluarga tidak dapat menampung perbelanjaan persekolahan. Hal ini demikian,
mereka perlu menampung perbelanjaan untuk keperluan asas yang lebih penting untuk
meneruskan kehidupan. Contohnya, makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya
merupakan elemen yang tidak boleh dikurangkan dalam kehidupan. Oleh itu, pendidikan anak-
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
6/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
anak telah diabaikan dan seterusnya dikorbankan dalam hal ini. Secara langsung, jurang
pendidikan akan berlaku terutamanya di kawasan luar bandar.
Tambahan pula, kemiskinan yang mengakibatkan faktor jarak juga tidak kurang
peranannya dalam mewujudkan masalah jurang pendidikan. Kebanyakan tempat tinggal
penduduk luar bandar adalah terletak di kawasan pedalaman. Jarak antara tempat tinggal mereka
dan sekolah biasanya sangat jauh. Keadaan ini telah menyusahkan pelajar untuk pergi ke
sekolah. Hal ini dapat dibuktikan dengan pelajar di Kampung Marudi, Sarawak yang perlu
menaiki bot dan berjalan kaki ke sekolah. Kekurangan kemudahan pengangkutan akibat
kemiskinan menyusahkan pelajar untuk menuntut ilmu. Terdapat ibu bapa sanggup melepaskan
peluang pendidikan anak mereka demi keselamatan anak. Dengan ini, jurang pendidikan akan
terus menjadi serius. Secara tuntas, kemiskinan telah mengundang masalah jurang pendidikan.
Ramai anak bangsa telah menjadi mangsa dalam isu kemiskinan dan terabai daripada
pendidikan.
3.3 Kekurangan Tenaga Pengajar Professional ICT
Seiring dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan dalam menerapkan ilmu ICT
dalam setiap kehidupan masyarakat masa kini. Tambahan pula, ilmu ICT semakin berkembang
di negara maju dan juga negara sedang membangun. ICT juga digunakan secara meluas dalam
pelbagai bidang sama ada dari segi ekonomi, sosial, pentadbiran mahupun pendidikan. Olehyang demikian, warga pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran seiring dengan perkembangan ICT pada masa kini. Warga kementerian
pelajaran juga telah berusaha dalam melakukan anjakan paradigma bagi membudayakan
kepelbagaian teknologi pendidikan meliputi penggunaan ICT.
Oleh yang demikian, para pendidik seharusnya memberikan perhatian yang serius
terhadap perkembangan teknologi di sekolah bagi mempergiatkan penggunaan teknologi dan
ICT di sekolah. Namun begitu, kebanyakan guru-guru di negara ini masih kurang mahir dalam
penggunaan ICT. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan kurang mahir berbanding
generasi yang lahir selepas era 1990-an dalam penggunaan ICT. Kini, masih ramai guru-guru
yang masih terkial-kial menggunakanmicrosoft wordmahupun memasukkan data ke dalam
komputer. Masalah ini menyukarkan pihak kerajaan dalam usaha mengaplikasikan penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah seluruh malaysia.
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
7/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
Kekurangan guru profesional ini telah menyebabkan jurang digital yang sangat ketara
antara sekolah kawasan luar bandar dan sekolah di kawasan bandar. Hal ini
disebabkan kebanyakan guru profesional tidak sudi ditempatkan di kawasan luar bandar. Hal ini
mengakibatkan kekurangan guru mahir ICT di kawasan luar bandar. Ternyata keadaan ini
mangakibatkan masalah buta ICT dalam kalangan pelajar luar bandar.
Selain itu juga, masalah kekurangan guru profesional juga adalah disebabkan oleh
insfrastruktur ICT yang kurang lengkap terutamanya di kawasan luar bandar. Kekurangan bahan
ICT menjadikan guru kurang mahir dalam penggunaan ICT dan tidak dapat mempraktikkannya
di dalam kelas. Persoalannya, bagaimana guru-guru serta pelajar ingin mengaplikasikan
penggunaan ICT jika bahan tersebut tidak mencukupi. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr
Ahamad berkata dapatan kajian mengenai pembudayaan ICT dalam kalangan pengguna
memerlukan pengurusan perubahan yang sistematik dan terarah. Tambahan pula, kita tidak dapat
membudayakan ICT jika kemudahan serta bahan pengajaran dan pembelajaran tidak lengkap.
Kekurangan tenaga pengajar profesional ini turut disebabkan oleh masalah kurangnya
perhatian pihak kerajaan dari sektor pendidikan dalam memberikan galakan serta latihan
kepada guru dalam penggunaan ICT. Pihak yang terbabit kurang menjalankan bengkel
kemahiran kepada para pendidik. Kekurangan latihan menjadi punca dalam melahirkan guru-
guru yang cemerlang dalam penggunaan ICT. Jika bengkel ini dijalankan, mereka lebih
memberikan tumpuan terhadap guru-guru di kawasan bandar berbanding luar bandar. Akhirnya
guru-guru di kawasan bandar semakin mahir manakala guru-guru dikawasan luar bandar
semakin ketinggalan dan mundur dari segi penggunaan ICT mahupun teknologi ini. Akhirnya hal
ini telah mewujudkan jurang digital yang ketara antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar.
3.4 Jurang Pelajar Biasa Dengan Orang Kurang Upaya (OKU)
Jurang pendidikan antara pelajar biasa dengan OKU atau boleh dikatakan sebagai golongan
ketidakupayaan pembelajaran merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang
sesuai untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) pelajar berkeupayaan khas
termasuklah pelajar yang kurang upaya, pintar, cerdas dan berbakat. Pelajar yang dikategorikan
bermasalah pembelajaran ialah mereka yang mengalami masalah seperti kognitif ringan, masalah
tingkah laku, simdrom down serta autisme. Pelajar normal pula merujuk kepada mereka yang
dapat belajar secara normal seperti dapat memahami sesuatu mata pelajaran dengan baik
berbanding mereka yang kurang upaya.
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
8/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
Isu penyediaan kemudahan kepada kedua-dua golongan pelajar ini telah menjadi isu
utama dan menjadikan jurang yang ketara antara mereka dari aspek pembelajaran. Sebagaimana
yang sedia maklum, pelajar normal lebih mendapat keutamaan dalam penyediaan kemudahan
infrastruktur berbanding pelajar OKU. Misalnya, penyediaan alat bantuan mengajar bagi pelajarnormal. Mereka diberikan banyak pilihan dalam menentukan dan mendapatkan alat bantuan
mengajar dalam proses pembelajaran mereka seperti komputer, LCD, rangkaian internet dan
banyak lagi. Kini, alat bantuan mengajar semakin canggih dan tidak menjadi halangan kepada
pelajar biasa untuk belajar serta mencari maklumat. Tapi malangnya bagi golongan tertentu
khususnya golongan OKU, mereka kurang mendapat perhatian daripada pihak tertentu untuk
mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Golongan ini seharusnya diberikan
kemudahan infrastruktur yang lengkap sama ada dari segi teknologi mahupun keperluan yang
lain. Hal ini dapat membantu mereka dalam mendapatkan maklumat serta memudahkan mereka
menjalani pembelajaran yang berkesan agar mereka tidak tercicir. Selain itu, terdapat golongan
yang mempunyai alat bantuan tetapi tidak mahir menggunakannya. Di samping itu, terdapat juga
masalah dari segi pengisian program khas kepada pelajar serta masalah guru pendidikan khas
yang tidak terlatih dan kurang mahir dalam mengelola pelajar kurang upaya ini. Program yang
dijalankan biasanya lebih tertumpu kepada kemahiran teori sahaja dan kemahiran dalam teknikal
jarang dipraktikkan seperti kemahiran membuat kraftangan, kemahiran dalam sukan serta
kemahiran-kamahiran lain. Selain itu, program yang dijalankan itu tidak bersesuaian dengan
kategori pemasalahan pelajar tidak berkeupayaan khas ini. Berbeza pula dengan pelajar normal,
pelbagai program telah dijalankan untuk meningkatkan prestasi pelajar terutamanya bagi pelajar
pintar. Program yang dijalankan adalah seperti bengkel kecemerlangan pelajar serta bengkel
kemahiran teknikal.
4.0 Cabaran
4.1 Cabaran Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris mengakibatkan Jurang Pendidikan
Robiah Sidin (1994) menyatakan bahawa guru merupakan aset utama bagi memastikan
perkembangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Setiap guru perlu
sentiasa bersedia dan mampu menghadapi perubahan dari semasa ke semasa. Pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)
terutamanya di sekolah luar bandar amat memerlukan persediaan tenaga pengajar untuk
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
9/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
menerima dan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh. Akan tetapi, keadaan ini tidak
berlaku seperti yang dihasratkan. Jika ditinjau dengan teliti, banyak guru di luar bandar adalah
terdiri daripada guru baru dan tidak begitu berpengalaman. Fenomena ini berlaku kerana ramai
guru yang berpengalaman terutamanya yang sudah berkeluarga tidak sudi untuk berkhidmat di
kawasan luar bandar. Hal ini kerana wujudnya masalah kekurangan kemudahan asas dan
infrastuktur, masalah pengangkutan, masalah jarak sekolah dari tempat tinggal, masalah enggan
berpisah dengan keluarga dan sebagainya. Oleh itu, pelaksanaan PPSMI yang amat memerlukan
guru yang berpengalaman dan berkemampuan akan mengalami cabaran dalam hal ini.
Serentak dengan konteks yang dibincangkan, lumrahnya guru baru tidak
begitu berpengalaman dan tidak mampu untuk membuat persediaan yang sempurna
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka masih tidak begitu
memahami keadaan pelajar, terutamanya pelajar luar bandar. Kualiti guru baru yang terhad
banyak mempengaruhi keberkesanan pengajaran kepada pelajar. Secara langsungnya, kualitipelajar juga akan terjejas. Selain itu, masalah kemahiran bahasa Inggeris guru mata pelajaran
Sains dan Matematik yang juga merupakan salah satu ranjau yang perlu ditempuhi. Sebelum
pelaksanaan PPSMI, guru mata pelajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa ibunda,
terutamanya bahasa Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, guru yang
tidak begitu mahir untuk berbahasa Inggeris telah menjadi satu masalah untuk mengajar
pelajarnya. Pelaksanaan PPSMI boleh dikatakan salah satu cabaran yang besar kepada mereka,
terutamanya guru yang tidak mahir dalam bahasa Inggeris. Mereka mengalami masalah untuk
bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan tepat dan secara langsung mereka akan
menghadapi masalah untuk menyampaikan ilmu yang berkenaan kepada pelajarnya. Oleh itu,
ilmu pengetahuan tidak dapat disampaikan kepada pelajar dengan berkesan. Pencapaian pelajar
luar bandar akan terjejas kerana kebanyakan pelajar luar bandar bergantung pada guru dengan
sepenuhnya.
Omar Hashim (1991) berpendapat bahawa guru harus memiliki beberapa
kemahiran dengan keperluan zaman globalisasi ini dan salah satunya adalah kemahiran
menggunakan media elektronik serta komputer untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran.
Penggunaan media elektonik seperti projektor, komputer, internet dan sebagainya telah menjadi
satu keperluan dan ia merupakan wahana yang penting dalam pengajaran terutamanya matapelajaran Sains. Penggunaan alat elektronik juga dapat membantu pelajar untuk memahami
pelajaran kerana dapat menunjukkan gambaran atau situasi yang sebenar kepada pelajar.
Contohnya, penggunaan tayangan video untuk mengajar mata pelajaran biologi dan fizik adalah
lebih berkesan. Di samping itu, penggunaan tayanganslide yang penuh dengan animasi juga
dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Malangnya, masih terdapat sebahagian guru yang
tidak mempunyai kemahiran menggunakan media elektronik dan keadaan ini biasanya
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
10/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
berlaku di kawasan luar bandar. Pelajar yang tidak terdedah dengan pengajaran melalui media
elektronik adalah lebih rugi dan proses pembelajaran mereka mungkin akan lebih lambat kerana
mereka memerlukan masa yang lebih panjang untuk memahami pelajaran. Justeru, guru yang
tidak mempunyai kemahiran menggunakan media elektronik dalam pengajaran akan
menyusahkan pelajarnya dan seterusnya menjejaskan prestasi pencapaian akademik, terutamanya
mata pelajaran Sains dan Matematik.
Tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan PPSMI merupakan satu dasar yang berhasrat
mendatangkan kebaikan kepada pelajar mahupun masyarakat dan negara. Jika ditinjau dengan
lebih teliti, boleh didapati bahawa pelaksanaan PPSMI pada masa yang sama juga mengundang
banyak kemelut kepada pelajar, dan terutamanya pelajar luar bandar. Pelajar luar bandar boleh
dikatakan merupakan mangsa utama dalam pelaksanaan dasar ini. Kebanyakan pelajar luar
bandar tidak mendapat manfaat melalui dasar ini malah memburukkan lagi pencapaian
akademik mereka dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
4.2 Cabaran Kemiskinan
Isu kemiskinan merupakan fenomana yang sering berlaku di luar bandar. Namun fenomena ini
juga wujud di kawasan bandar. Walaupun peratusan kemiskinan di bandar adalah lebih rendah
berbanding dengan peratusan kemiskinan di luar bandar, yang pasti kesan kemiskinan lebih
terasa oleh penduduk miskin di kawasan bandar. Oleh itu, pelbagai cabaran perlu dikenalpastikan
supaya pendekatan yang efisien dan betul dapat dilaksanakan untuk membendung fenomena ini.
Kajian yang dijalankan mengenai kemiskinan dan pembangunan desa sering menunjukkan tahap
pendidikan keluarga miskin adalah rendah. Misalnya kajian tentang sosioekonomi rakyat
termiskin oleh Chamhuri 1994, pada tahun 2001 beliau mendapati bahawa tahap pendidikan
keluarga miskin adalah lebih rendah berbanding bukan miskin.
Antara cabaran-cabaran yang sering diperkatakan ialah kurangnya kesedaran ibu bapa tentang
kepentingan pendidikan. Mereka lebih suka anak-anak mereka bekerja berbanding meneruskan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Terdapat juga segelintir ibu bapa membiarkan saja
anak-anak mereka ponteng sekolah kerana meraka berpendapat bahawa ilmu tidaklah begitupenting. Bagi mereka ilmu yang dipelajari di sekolah hanya membazirkan wang mereka tanpa
memberikan keuntungan kepada mereka. Ibu bapa mereka lebih rela untuk membiarkan anak-
anak mereka bekerja bagi menyara kehidupan keluarga seperti bekerja di sawah, ladang, kebun
dan laut. Di samping itu, terdapat juga para pelajar yang membantu kerja-kerja rumah seperti
menjaga adik ketika ibu bapa mereka bekerja. Oleh itu, mereka tidak mendapat peluang untuk ke
sekolah seperti pelajar-pelajar lain.
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
11/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
Cabaran kedua ialah faktor jarak. Jarak ini merujuk kepada jarak di antara sekolah
dengan tempat tinggal seseorang pelajar. Masalah jarak sering dialami oleh mereka yang tinggal
di kawasan luar bandar. Hal ini disebabkan kemudahan pengangkutan dan infrastruktur di
kawasan luar bandar yang kurang memuaskan seterusnya menyebabkan mobiliti pelajarterjejas. Dengan secara tidak langsung, pelajar tidak mempunyai motivasi untuk melanjutkan
pelajaran dan tercicir daripada melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Menurut laporan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Ahli, 34.31 peratus murid tercicir daripada
memasuki sekolah menengah manakala 46.28 peratus lagi dilaporkan tidak menamatkan
pendidikan sehingga ke tingkatan lima.
Selain daripada faktor jarak, kekurangan kemudahan seperti sekolah, perpustakaan, dan
sebagainya juga merupakan cabaran bagi pelajar miskin. Mereka yang miskin tidak
berkemampuan untuk membeli buku amat bergantung pada kemudahan perpustakaan untuk
menambah ilmu. Kekurangan kemudahan perpustakaan akan menyusahkan pelajar luar bandar
untuk menambah ilmu. Oleh itu, peluang untuk mereka terdedah dengan ilmu terbaru adalah
amat terhad. Dengan ini, mereka akan ketinggalan berbanding dengan pelajar di kawasan bandar.
Jurang pendidikan antara pelajar luar bandar dan bandar akan menjadi semakin besar.
4.3 Cabaran Dalam Jurang ICT
Masalah jurang literasi ICT berpunca daripada jurang digital yang wujud dalam semuaperingkat masyarakat. Jurang ICT ini semakin ketara terutamanya antara kawasan luar bandar
dan kawasan bandar. Hal yang demikian adalah bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti. Jurang
ICT ini turut memberi kesan ke atas sektor pendidikan di negara kita.
Pelbagai halangan yang wujud dalam jurang ICT seperti kekurangan pengalaman asas
digital disebabkan oleh kurangnya minat masyarakat terhadap bidang ICT. Masyarakat luar
bandar kurang berminat dalam bidang ICT disebabkan mereka kurang terdedah kepada
penggunaan serta kepentingan ICT dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, mtelah
memberi impak negatif ke atas sistem pendidikan negara. Kekurangan kesedaran masyarakat
tentang kepentingan ICT telah menyebabkan bidang ICT ini kurang berkembang di kawasan luar
bandar.
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
12/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
Selain itu, ia turut disebabkan oleh kekurangan akses yang diakibatkan oleh kekurangan
peralatan dan perkhidmatan seperti perkakasan komputer dan rangkaiannya. Kebiasaannya
masalah ini berlaku di sekolah kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman serta kawasan
terpencil. Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara kawasan luar bandar dan kawasan
bandar ini telah menyebabkan berlaku jurang ICT yang ketara antara kawasan tersebut. Sekolah
di kawasan luar bandar dan pedalaman dikatakan jarang atau dengan kata lainnya kawasan
sekolah di pedalaman tidak memperolehi langsung kemudahan ICT. Hal ini menyebabkan
pelajar kurang terdedah dengan ICT dan akhirnya menjadikan mereka buta ICT.
Tambahan pula, wujudnya jurang digital ini juga disebabkan kekurangan kemahiran guru
di sekolah yang berpunca daripada teknologi yang tidak mesra pengguna di samping tenaga
pengajar yang kurang pengetahuan ICT dan sokongan sosial. Guru yang kurang pengetahuan
ICT menyebabkan mereka tidak mampu dan kemahiran semasa menggunakan ICT yang
disediakan oleh pihak kerajaan di sekolah. Hal ini telah memberikan impak yang besar kepadapelajar. Masalah ini boleh dikatakan berpunca daripada latihan dalam perkhidmatan untuk
guru mengendalikan sistem komputer di sekolah. Kerajaan haruslah menyediakan peruntukan
bagi membantu para pendidik dalam meningkatkan kemahiran mereka dengan cara yang lebih
efektif.
Selain itu, kekurangan peluang penggunaan turut akan menjadi halangan dalam akses ini.
Misalnya pelajar-pelajar di luar bandar yang kurang didedahkan dengan penggunaan komputer
dan teknologi lain akibat daripada kekangan kemudahan infrastruktur ini menyebabkan peluang
mereka untuk menggunakan kemudahan ini terbatas. Seperti yang kita ketahui, penggunaan ICT
di kawasan bandar semakin meluas dari hari ke hari sedangkan kawasan luar bandar dan
pedalaman masih dibelenggu dengan masalah kekurangan ICT dikawasan mereka malahan ia
sangat ketara. Masalah ini disebabkan kesukaran untuk membawa masuk teknologi ini akibat
kekangan geografi dan fizikal kawasan tersebut. Contohnya,di kawasan pedalaman sabah dan
sarawak yang sukar untuk didedahkan dengan teknologi ini akibat kesukaran membawa
peralatan teknologi akibat kekangan struktur muka bumi.
4.4 Cabaran yang timbul antara pelajar biasa dengan Pelajar Kurang Upaya
Antara cabaran yang wujud adalah seperti masalah tenaga pengajar orang kurang
upaya(OKU). Hal ini demikian kerana, kerajaan mengalami kekurangan guru yang berkemahiran
dalam bidang ini berikutan ramai golongan mahasiswa dan mahasisiwa di Institusi Pengajian
Tinggi sama ada di IPTA atau IPTS yang mengambil bidang pendidikan lebih cenderung
memilih bidang pendidikan biasa berbanding pendidikan khas. Hal ini menyebabkan jumlah guru
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
13/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
yang mengajar pelajar pendidikan khas sangat terhad. Namun begitu walaupun terdapat tenaga
pengajar yang ingin mengajar timbul pula masalah lain seperti golongan pengajar yang tidak
berkemahiran dan tidak terlatih dalam subjek yang kritikal terutamanya di sekolah-sekolah
pedalaman. Alasan mereka ialah kesukaran untuk memberikan maklumat dan cara penyampaian
supaya pelajar kurang upaya memahami apa yang dipelajari. Mereka juga tidak mahu mengambil
risiko yang tinggi untuk mengajar pelajar OKU terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman.
Selain itu, cabaran kepada pihak KPM untuk menyediakan kurikulum yang sesuai kepada pelajar
pintar cerdas dan menyediakan sekolah seni bagi mereka yang berbakat serta cenderung dalam
bidang seni.
Selain itu, cabaran lain yang dihadapi ialah dari aspek pelajar OKU itu sendiri. Fenomana
ini berlaku kerana mereka lebih suka mengasingkan diri daripada bergaul dengan masyarakat
sekeliling berikutan malu dengan keadaan fizikal mereka yang tidak sempurna. Di samping itu,
juga masalah ibu bapa yang kurang mendapat kesedaran bahawa anak mereka yang tidak upayajuga perlu diberi keutamaan dalam bidang pendidikan. Oleh itu, mereka tidak mahu belajar dan
menganggap belajar sangat menyukarkan.
Di samping itu juga, cabaran yang dihadapi ialah ketiadaan bajet untuk menyediakan
kemudahan infrastruktuk khusus bagi golongan pelajar pendidikan khas, misalnya penyediaan
kawasan untuk membina sekolah pendidikan khas. Selain itu, kekangan dalam mendapatkan
peralatan bantuan mengajar. Hal ini kerana, pihak kerajaan tidak memandang kes ini sebagai
sesuatu yang serius sehinggalah menyebabkan pelajar pendidikan khas ramai yang tercicir dalam
pendidikan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.
Tidak hairan juga ada antara kanak-kanak kurang upaya yang tidak terbela sehinggakan
terpaksa ditempatkan di rumah-rumah kebajikan. Hal ini turut menjadi kekangan kerana mereka
tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarga mereka sendiri, sekaligus menyebabkan mereka
menjadi tersisih dan menganggap diri sebagai seorang yang tidak membawa kepentingan kepada
keluarga dan masyarakat.
Selain itu, kekurangan buku rujukan kepada pelajar pendidikan khas misalnya kepada
pelajar buta yang kurang mendapat bahan rujukan untuk belajar. Bagi pelajar bisu dan pekak
mereka tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan sumber rujukan tetapi meraka
menghadapi masalah apabila meminta penjelasan mengenai apa yang tidak difahami. Untuk
golongan pelajar sindrom down pula, mereka tidak mendapat pendidikan formal berikutan
golongan mereka yang sukar diajar dalan sistem pendidikan formal, mereka hanya dapat
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
14/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
didedahkan dengan sistem pendidikan tidak formal sahaja seperti mengajar mereka dengan cara
praktikal.
5.0 Pendekatan
5.1 Langkah mengatasi jurang pendidikan akibat pelaksanaan Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Robiah Sidin (1994) mengatakan bahawa salah satu kriteria yang perlu dimiliki oleh
guru untuk mempunyai kesediaan dan mampu mengahadapi persediaan adalah sentiasa
mengikuti peredaran masa. Dalam konteks membincangkan pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris amat memerlukan tenaga pengajar
yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri dari semasa ke semasa, terutamanya dari
aspek peningkatan ilmu dan bahasa Inggeris. Sebagai contoh, guru harus banyak membaca
buku tambahan dan menggunakan bahasa Inggeris. Di samping itu, guru juga harus selalu
mengikuti perkembangan pendidikan global untuk menimbakan ilmu dan meningkatkan
kaedah pengajaran. Dalam usaha meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris guru PPSMI,
kerajaan juga tidak ketinggalan peranannya. Misalannya, latihan intensif bahasa Inggeris
(Kursus ETeMS) telah dijalankan terhadap guru PPSMI. Nanum begitu, guru tidak harus
bergantung pada Kursus ETeMS sematamata, inisiatif ini perlu disokong melalui usaha
guru kendiri dengan membiasakan diri dengan bahasa Inggeris. Dengan peningkatan guru
PPSMI yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, terutamanya di kawasan luar bandar,barulah jurang pendidikan dapat dieratkan.
Peningkatan bilangan guru berpengalaman juga tidak kurang penting dalam
usaha mengurangkan jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar. Dalam hal ini,
kerajaan harus meningkatkan elaun atau menambahbaikan infrastuktur di luar bandar untuk
menarik minat guru untuk terus berusaha di kawasan luar bandar. Keperluan asas guru harus
dijamin oleh kerajaan untuk memastikan guru dapat berusaha di luar bandar tanpa kekurangan.
Seperti yang sedia maklum, kerajaan juga telah melaksanakan Bayaran Intensif Subjek
Pendidikan (BISP) kepada guru mengikut syaratsyarat yang ditetapkan sebagai dorongan.
Pelaksanaan BISP dapat mendorong guru untuk berusaha dalam pengajaran dan pembelajaran
terutamanya, Sains dan Matematik.
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
15/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
Selain meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris guru dan bilangan guru pengalaman,
kemahiran guru menggunakan media elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik juga harus ditingkatkan. Guru juga harus diberi latihan penggunaan media elektonik
agar guru dapat menggunakan alat media elektronik yang berkenaan untuk menarik minat pelajar
untuk belajar. Dengan menjaminkan keperluan dan kualiti guru barulah sistem pendidikan di
kawasan luar bandar dapat berkembang dan meningkatkan kualiti pelajar.
Seterusnya, penguasaaan bahasa Inggeris pelajar kawasan luar bandar yang lemah harus
ditingkatkan supaya mereka dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris. Beberapa kaedah atau strategi boleh diaplikasikan untuk meningkatkan
penguasaan bahasa
Inggeris pelajar. Kelas tambahan Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik boleh diadakan
supaya guru mempunyai masa yang mencukupi untuk mengajar pelajar, terutamanya pelajar
luar bandar yang lebih lemah dalam bahasa Inggeris. Dalam usaha meningkatkan penguasaan
bahasa Inggeris pelajar, pihak sekolah memainkan peranan yang dominan. Pihak sekolah boleh
mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar.
Contohnya, Minggu Berbahasa Inggeris boleh dijalankan setiap bulan untuk membudayakan
pelajar berbahasa Inggeris. Buku bahasa Inggeris di perpustakaan juga harus diperbanyak agar
meningkatkan pendedahan pelajar kepada bahasa Inggeris. Dengan secara tidak langsung,
penguasaan bahasa Inggeris, Sains dan Matematik pelajar dapat ditingkatkan dan selanjutnya
jurang pendidikan dapat diminimumkan.
5.2 Pendekatan untuk membendung masalah kemiskinan
Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara
lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan
keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah
Jenis Kebangsaan. KPM telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya
akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.
Pihak kerajaan amat mementingkan masalah keciciran dalam kalangan masyarakat.
Kerajaan akan memperluaskan sekolah komprehensif di kawasan pendalaman terutamanya
Sarawak khususnya di kawasan Baram bagi menangani masalah keciciran terutamanya di
kalangan kaum Penan. Langkah ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
16/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
pendidikan dalam kalangan kaum Penan yang masih jauh ketinggalan. Menteri Pelajaran
Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lebih 125,000 kanak kanak yang mencapai umur
persekolahan tercicir daripada alam persekolahan di luar bandar dan pedalaman. Menurutnya
banyak usaha perlu dilakukan bagi memastikan semua rakyat telah mengambil tindakan yang
relaven untuk mengatasi masalah tersebut dengan memperkenalkan pelbagai program pemulihan
atau penambahbaikan. Dengan menunaikan tanggungjawab ini, Jabatan Pendidikan Khas
memutuskan untuk turun padang dengan melancarkan Program Outreach. Program ini
merupakan satu perkhidmatan bergerak untuk mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan
khas di bawah lingkungan umur persekolah. Melalau program ini, maklumat berkaitan
program pendidikan khas, kebajikan murid serta hal berkenaan masalah pendengaran, pertuturan,
penglihatan serta masalah pembelanjaran dapat disebarkan.
Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan dari segi tahap kesihatan, disiplin,
kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam Bandar, bagi memantapkansistem pengagihan bantuan, berbagai-bagai program perlu diwujudkan supaya kebajikan pelajar-
pelajar miskin terpelihara. Antara yang boleh dilakukan ialah memantau pelaksaan program
secara berterusan, mengukuhkan kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta. Yayasan
Basmi Kemiskinan(YBK) ditubuhkan pada 16 Mac 1990 yang berdaftar di bawah Akta Amanah
Ordinan, 1952. YBK ini dilancarkan secara rasmi pada April 1990 oleh Tan Sri Haji Muhammad
Haji Muhd. Taib untuk memastikan kemiskinan dan ketaksamaan dapat dikurangkan, kerajaan
telah mempelbagaikan program terus pembangunan di luar bandar.
Selain itu, bantuan dari segi kewangan juga dapat mengatasi masalah keciciran pelajar
disebabkan kemiskinan. Contohnya sebanyak 179,227 pelajar miskin menerima peruntukan
tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM) berjumlah RM21.4 juta. Menurut
Datuk Seri Hishammudi Tun Hussein, KWAPM akan mendahului Kelantan, Sarawak, Wilayah
Persekutuan Labuan dan kuala Lumpur serta Perlis. Setiap seorang pelajar miskin akan
menerima RM120 bagi pembelian tersebut yang sebelum ini peruntukan itu disediakan dibawa
Belanja Mengurus yang dikenali One-Off.
Selain memberi bantuan, menyediakan kemudahan dan perbekalan di semua sekolahterutamanya sekolah pedalaman. Kemudahan dan perbekalan pelajaran yang disediakan adalah
banyak serta beraneka jenis masing-masing mempunyai hubung- kait yang tersendiri dengan
kegiatan pengajaran dan pembelanjaran yang dijalankan di sekolah-sekolah. Antara kemudahan
ialah kemudahan fizikal, asrama, buku teks, perpustakaan, bantuan makanan tambahan dan
sekolah redah pusat. Bantuan tersebut ada memberi kemudahan kepada para pelajar dan
membendung jurang pendidikan. Contohnya, asrama dibina dengan tujuan untuk member
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
17/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
ikemudahan tempat tinggal yang berdekatan dengan sekolah kepada murid-murid datang dari
jauh, terutamanya mereka yang miskin.
5.3 Pendekatan Jurang ICT
Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) merupakan salah satu asas dalam
pembentukan generasi serta pelajar-pelajar yang berkualiti pada masa kini. Tambahan pula, ICT
ini banyak member sumbangan kepada Negara samaada dari segi politik, ekonomi mahupun
sosial. Hal ini telah menyebabkan penggunaan ICT di negara kita berkembang dengan pesat.
Kepesatan ini juga secara tidak disedari telah mewujudkan jurang ICT dalam kalangan
masyarakat di negara kita dan hal ini sudah pasti turut memberikan kesan dalam sektor
pendidikan di negara kita. Pelbagai langkah yang telah diambil serta wajar diambil oleh
pihak kerajaan malaysia bagi mengurangkan jurang digital yang berlaku dalam sektor
pendidikan.
Antara langkah serta pendekatan yang harus dijalankan adalah dengan mempergiatkan
lagi kempen kesedaran dalam penggunaan komputer dan juga ICT terutama di kawasan luar
bandar, kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli. Hal ini dapat membantu
menyedarkan masyarakat malaysia di kawasan luar bandar tentang kepentingan ICT serta faedah
yang boleh didapati dalam penggunaan ICT. Apabila golongan masyarakat sedar tentang
kepentingan penggunaan ICT dalam kehidupan secara semulajadinya, mereka akan
memberikan galakan kepada anak- anak mereka dalam mempelajari tetntang penggnaan Ict.
Antara program yang dijalankan dalam kempen kesedaran yang telah dilancarkan oleh kerajaan
ini adalah E-Komuniti Malaysia yang menempatkan bahan digital di setiap kawasan dalam
menggalakkan penggunaan digital dalam kalangan masyarakat.
Selain itu juga, pihak kerajaan harus menyediakan lebih banyak kemudahan dalam bidang
ICT ini di setiap sekolah-sekolah diseluruh malaysia tanpa mengambil kira kawasan, jarak atau
jenis sekolah. Kerajaan kini telah dalam usaha meningkatkan kemudahan ICT diseluruh sekolah
bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tanpa mengira peringkat umur tentang
penggunaan ICT ini. Datuk Dr Ahamad pernah berkata bahawa segala kemudahan sertainfrastruktur ICT telah diperkenalkan di sekolah dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran. Tambahan pula, bahan- bahan ICT yang disediakan di sekolah-sekolah ini
harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua guru, pelajar dan juga pihak pentadbir.
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
18/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
Salah satu pendekatan yang berkesan dalam memantapkan penggunaan digital disekolah
dalam mengurangkan jurang ICT ialah dengan memberikan latihan serta bengkel kemahiran
kepada guru-guru di setiap sekolah. Hal ini demikian bertujuan mengurangkan kadar guru-guru
buta komputer. Dalam bengkel kemahiran tersebut, para pendidik harus diberikan penekanan
dalam penggunaan komputer serta ICT bagi tujuan menambahkan pengetahuan mereka mendidik
pelajar dalam menggunakan ICT. Oleh yang demikian kerajaan turut menjalankan program
untuk para guru iaitu Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dalam program ini guru-guru
diberikan taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pembelajaran dalam pengajaran
pelajar oleh tenaga pengajar terlatih.
Kerajaan juga turut memperkenalkan pelbagai program dalam meningkatkan pengetahuan
serta penggunaan pelajar dalam bidang ICT ini antaranya program pembestarian sekolah.
Program pembestarian sekolah ini menggambarkan komitmen dan kesungguhan pihak kerajaan
dalam membangunkan pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia. Program pembestarian
sekolah ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusat kepada pelajar dengan
menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai
pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu mengajar di sekolah bestari ini adalah sangat
bertepatan dalam tujuan memberikan pendidikan tentang ICT dalam kalangan pelajar.
Pendekatan serta penggunaan ICT ini tidak terikat kepada bidang kurikulum sahaja malahan ia
turut melibatkan pelbagai bidang penting di sekolah. Hal ini turut memberikan kesan kepada
pentakbiran sekolah kerana ia dapat melancarkan pengurusan di sekolah tersebut.
5.4 Pendekatan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah antara pelajar bias dengan OKU
Antara pendekatan yang dibuat adalah seperti peranan pihak kerajaan, terutamanya pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti memperluas dan mempertingkatkan pengisian
program khas integriti bermasalah pembelajaran, iaitu dengan menyediakan guru pendidikan
khas yang terlatih serta menyediakan pembantu pengurusan murid yang mencukupi. Seterusnya
menjalankan kursus pra-vokasional pendidikan khas untuk guru pendidikan khas sekolah
menengah dan kursus ko-kurikulum untuk guru pendidikan khas sekolah rendah dan sekolah
menengah yang telah dijalankan antara tahun 2006 hingga 2008. Pendekatan kedua ialah pihak
kerajaan akan menjalankan latihan kepada golongan OKU ini, misalnya dengan menjalankan
latihan penjagaan diri dan kemahiran hidup asas diberikan seawal mungkin agar mereka tidak
merasakan diri sebagai seorang yang tidak membawa aset kepada keluarga, masyarakat dannegara. Kemudiannya diikuti pula dengan kemahiran menyesuaikan diri dan pendedahan kepada
pengalaman hidup sebenar sejajar dengan peralihan kehidupan inklusif dalam persekitaran
keluarga, sosial dan komuniti.
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
19/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
Yang seharusnya menjalankan latihan kepada golongan ini, misalnya dengan menjalankan
latihan penjagaan diri dan kemahiran hidup asas diberikan seawal mungkin, dan diikuti pula
dengan kemahiran menyesuaikan diri dan pendedahan kepada pengalaman hidup sebenar sejajar
dengan peralihan kehidupan inklusif dalam persekitaran keluarga, sosial dan komuniti. Di
samping itu juga KPM perlu menyediakan lebih banyak infrastruktur dengan menambahkan
bajet seperti, kemudahan dan program yang releven. Selain daripada itu, KPM juga menyediakan
pentaksiran altenatif, menyediakan kemudahan ICT yang sesuai dengan mereka yang kurang
upaya ini. Tambahan lagi, KPM juga turut menjalankan perkongsian pintar dengan badan
sukarela dan kementerian lain yang turut menyediakan perkhidmatan untuk pelajar kurang
upaya. Untuk memberi peluang kepada murid yang pintar dan cerdas pula, Kelas Rancangan
Khas (KRK) diadakan di sekolah biasa. Mereka akan diberi penekanan yang lebih untuk
meningkatkan lagi potensi mereka dalam pelajaran.
Pihak kementerian menyediakan pendidikan khas dengan membina sekolah pendidikankhas yang terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah. Pihak kementerian juga turut
menjalankan program pendidikan khas integriti di sekolah harian bagi membolehkan lebih ramai
OKU mendapat pendidikan formal. Program yang dijalankan ini dapat dibuktikan dengan
kejayaan pada tahun 2000 meningkat daripada 564 kepada 973 pada tahun lalu. Dalam tahun
2005 pula sebanyak 32 program pendidikan khas integriti untuk pelajar bermasalah pembelajaran
diwujudkan di sekolah harian biasa. Seterusnya, bagi kanak-kanak kurang upaya yang berusia
kurang daripada 4 tahun akan mendapat pendidikan intervensi awal di pusat kelolaan
kementerian kesihatan atau di Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) yang dianjurkan oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
atau di pusat-pusat kelolaan badan sukarela. Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) juga
menyediakan pendidikan kepada pelajar kurang upaya dengan lebih dari satu jenis kecacatan.
6.0 Penutup
Keseluruhannya, sistem pendidikan negara kita mengalami perubahan kepadapendekatan
yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat. Perubahan ini memberi kesan langsung
terhadap perkembangan pendidikan yang selaras dengan era globalisasi yang melibatkan semuaperingkat sekolah seperti sekolah rendah, menengah dan juga institusi tinggi. Apa yang pasti,
jurang pendidikan masih berlaku dan akan dapat dikurangkan dengan penyediaan asas secara
berterusan dan pada masa yang sama, kementerian perlu merancang untuk melonjak sistem
pendidikan ke tahap yang lebih tinggi supaya masalah ini dapat diatasi. Hal ini demikan kerana
kemajuan sesebuah negara sama ada dari segi teknologi ataupun ekonomi amat bergantung
kepada generasi muda yang mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, jasmani, rohani dan
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
20/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
emosi . Oleh itu, halangan-halangan melahirkan modal insan yang berdaya maju perlu
dikenalpastikan supaya pendekatan yang betul dapat dilaksanakan. Oleh itu, bantuan
Persekolahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajar Malaysia mampu memenuhi matlamat
dalam memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama
untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan aktiviti kokurikulum. Di samping
itu, kejayaan dalam merapatkan jurang pendidikan boleh dicapai melalui usaha dan komitmen
berterusan daripada semua pihak, terutamanya pegawai pelaksana, ibu bapa, badan bukan
kerajaan , kumpulan masyarakat, dan penderma. Tambahan pula, semua pihak pelaksana
haruslah mengambil perhatian dan komitmen yang tinggi bukan sahaja dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) murid, tetapi juga dalam aspek kebajikan dan keperluan sosial murid
terutamanya di kawasan pedalaman.
Bibliografi
Azlina Hilma Hillaluddin (2006)Isuisu & Pendidikan Kerja Sosial.
Jabatan Penerbitan dan Teknologi Media UUM
Izham Yusoff (10/10/06)Menggempur Kemiskinan Menerusi Pendidikan
Utusan Melayu
Norizan Abdul Razak, Rozainee Khairudin, Ravichandran VengadasamyIsu - Isu
Pendidikan Bahasa Sastera dan Psikologi di Malaysia.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 (RMK-9)
Pencapaian Dalam Mengatasi Jurang(18/01/2007) Utusan Malaysia
pendidikanhttp://www.utusan.com.my/utusan/infor.asp?y
2007&dt=0118&pub=Utusan Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_04.
Diperoleh pada 19 Januari 2010.
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran dan Pembelanjaran Sains dan Matematik
k d dalam_Bahasa_Inggeris
Pelajar Miskin 179227 Terima RM21.4 juta (12/03/05) Utusan Malaysia
-
7/30/2019 JURANG PENDIDIKAN
21/21
Sumber : http://ariesdasketchbook.blogspot.com/2011/11/jurang-pendidikan.html
Program Outreach Pasyi Anak Orang Asli Terima Pendidikan(21/09/06) Berita Harian
Siti Masayu Rosliah Binti Abdul Rashid (2008)Peluang Dan Cabaran Pendidikan
Dalam Kalangan Masyarakat Luar Bandar.
http://eprints.usm.my/10323/1/PELUANGDAN CABARAAN PENDIDIKAN
DALAM MASYARAKAT LUAR BANDAR .pdf.Diperoleh pada 19 January 2010.
http://eprints.usm.my/10323/1/PELUANGhttp://eprints.usm.my/10323/1/PELUANGhttp://eprints.usm.my/10323/1/PELUANG