Download - Jms 320,315-Sejarah India Moden
-
7/29/2019 Jms 320,315-Sejarah India Moden
1/17
JMS 320/315 SEJARAH INDIA MODEN
Bincangkan tentang pemikiran Syah Waliyullah al-Dehlavi dan sumbangannya
terhadap gerakan tajdid di India.
Pendahuluan :
Sejarah telah membuktikan bahawa setiap kali bahtera Islam terperangkap di dalam ribut
taufan yang sudah pasti akan menenggelamkannya, ada sahaja pertolongan Tuhan yang
berupa orang istimewa muncul untuk mengemudikannya dan menyelamatkannya dari
ribut taufan itu. Orang itu tidak akan menarik nafas lega selagi ia tidak meletakkan
bahtera itu di suatu tempat selamat di dalam menuju destinasinya.1
Di sepanjang sejarah umat Islam di benua kecil India sekurang-kurangnya terdapat dua
kali malapetaka menimpa mereka di mana setiap orang yakin bahawa mereka tidak akan
dapat menyelamatkan dirinya lagi daripada malapetaka besar itu. Namun takdir
menghendaki peribadi-peribadi unggul dari anak cucu Sayyidina Umar Al Farouq r.a.
sebagai penyelamat umat daripada bencana itu.
Kali pertamanya ialah apabila malapetaka yang datang itu melanda benteng tamadun dan
kemasyarakatan Islam apabila Maharaja Akbar berusaha menyebarkan apa yang
dinamakan Din Ilahi. Walaupun Akbar gagal dalam memperkenalkan agama barunya
itu namun kesannya begitu mendalam kerana dari situlah telah bermula adat resam yang
bercanggah dengan Islam atau dalam lain perkataan adat resam yang berunsur kesyirikan
telah bertapak di dalam masyarakat Islam India. Untuk menghadapi dan memulihkan
suasana yang telah rosak ini, bangkitlah seorang hamba Allah yang menjulang panji
1 Ustaz Muhammad Asri Yusoff, Syah Waliyullah(r.a) Mujaddid Ulung Untuk Abad-abad Kemudian,
Prosiding Seminar, Badan Perkhidmatan Penerangan Islam (BPPI), Selangor dan Wilayah Persekutuan,
1994.
1
-
7/29/2019 Jms 320,315-Sejarah India Moden
2/17
Islam iaitu Syeikh Ahmad Sarhindi yang kemudiannya dikenali dengan nama julukan
Mujaddid Alfi Ats Tsani.2
Untuk kali keduanya pula umat Islam terdedah kepada bahaya yang mengancam
politik,ekonomi,ilmu dan agama.
Dengan kematian Aurangzeb Alamgir (1709 M ), timbul kekacauan politik yang
kemudian memuncak dengan runtuhnya kekuasaan orang Islam pada ketika itu3. Pihak
musuh Islam sama ada dari luar mahupun dalam mula tampil ke depan untuk
melenyapkan kesultanan Islam Moghul. Raja-raja yang tidak layak dan menteri-menteri
yang belot telahpun mereputkan akar dan umbi kerajaan Islam Moghul itu. Mereka juga
kurang memperhatikan urusan agama, padahal maharaja-maharaja Hindu mulai bangkit
mengaktifkan kembali kegiatan Hinduisasi di tengah-tengah masyarakat Islam. Dengan
pengaruh keagamaan yang tertanam dalam masyarakat maka dengan mudah maharaja-
maharaja Hindu tersebut berpakat menentang kerajaan pusat dan memisahkan diri
daripadanya.4
Delhi dan bandar-bandar sekitarnya selalu sahaja bermandi darah. Kawasan Utara dan
Tengah India menjadi mangsa keganasan puak-puak Sikh dan Marhat. Kawasan-kawasan
Timur dan Selatan India pula telahpun dikuasai oleh bangsa-bangsa Barat.
Dalam pada itu, persaingan sengit juga berlaku antara penganut Syiah dengan Ahlus
Sunnah dan sesama pendokong Ahlus Sunnah sendiri sehingga perpecahan di kalangan
umat Islam menjadi cukup parah. Selain itu, perpecahan turut melanda beberapa
kumpulan tariqat seperti Chisti, Qadiri, Naqshabandi, dan Suhrawardi. Para pengikut
2 Ibid, Hlm 38.3 Jamil Ahmad, Hundred Great Muslims, Ferozsons Ltd., Lahore, 1976. hlm. 3514 Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi, Sejarah Perkembangan Islam di India, Khazanah Banjariyah, Mahad
Tarbiyah Islamiyah, Derang Kedah, 1992, hlm. 107.
2
-
7/29/2019 Jms 320,315-Sejarah India Moden
3/17
setiap kumpulan ini mempertahan dan menyebarkan doktrin tariqat masing-masing
dengan fanatiknya.5
Orang-orang yang dianggap ulamak pula menjadi penganjur-penganjur kepada amalan
bidah dan khurafat. Merekalah yang berada di barisan hadapan dalam penyebaran fitnah
dan bibit-bibit perpecahan. Merekalah juga yang melahirkan puak-puak di kalangan umat
Islam yang begitu taksub dengan fahamannya. Perbincangan-perbincangan tentang
masalah khilafiyyah baik yang berpunca dari Al Quran atau Hadis atau Fiqh seringkali
berakhir dengan pergaduhan dan masam muka. Apa yang pasti ialah ulamak-ulamak itu
nampaknya bersependapat di dalam mengekalkan orang-orang awam dalam kejahilannya.
Maka dengan itu tetaplah agama menjadi monopoli mereka.
Dalam keadaan yang serba kacau ini, dengan kehendak Allah S.W.T., maka bangkitlah
para mujahid Islam, iaitu para pejuang yang berilmu dan berhati cekal serta tidak gentar
dalam menghadapi ancaman-ancaman dari dalam mahupun luar. Mereka yang sanggup
berhadapan dengan maut itu telah bangun untuk melaksanakan tajdid (pembaharuan),
yakni bagi memurnikan aqidah dan cara hidup umat Islam. 6 Keadaan seperti itulah
selalunya menghendaki kedatangan seorang tokoh mujaddid seperti Shah Waliyullah.
Sudah menjadi sunattullah pula menghantar orang-orang yang memulihkan kerosakan
berkaitan dengan agama yang telah sampai ke kemuncaknya seperti yang disebutkan oleh
Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadisnya:
Sesungguhnya Allah menghantar untuk umat ini di permulaan setiap 100 tahun orang-
orang yang memperbaharui untuknya agamanya. Riwayat Abu Daud.
5Fadhlullah Jamil,Shah Waliyullah: Riwayat Hidup dan Sumbangannya Dalam Membangunkan Umat
Islam,sebuah nota, 2004.6 Ibid.
3
-
7/29/2019 Jms 320,315-Sejarah India Moden
4/17
Shah Waliyullah juga dengan kehendak Allah (sama seperti mujaddid Alfi Ats Tsani
daripada keturunan Sayyidina Umar r.a.) adalah orangnya yang telah menghapuskan
perselisihan di antara sesama Islam dan menghilangkan semangat fanatik daripada jiwa
mereka. Beliaulah orangnya yang menjadikan ilmu-ilmu Islam yang sekian lama
dimonopoli oleh golongan tertentu sebagai bidang yang sama-sama dimiliki oleh semua
orang. Dengan itu, segala kebekuan yang selama beberapa abad menutupi permukaan
Islam mengalir kembali ke serata pelusuk dunia.
LATAR BELAKANG SHAH WALIYULLAH:
Shah Waliyullah atau nama sebenarnya Qutb al-Din Ahmad bin Abdul Rahim telah
dilahirkan pada tanggal 4 Syawal 114 Hijrah bersamaan 10 Februari 1703 Masehi
(Rabu) di Phulat, sebuah kampung dalam daerah Muzaffarnagar, Uttar Pradesh, India.
Pada mulanya, dia dinamakan Waliullah, tetapi kemudiannya dinamakan dengan rasmi
sebagai Qutb al-Din Ahmad. Menurut A.D. Muztar, keturunannya di sebelah bapa
berbalik kepada Umar al-Khattab, Khalifah kedua daripada rangkaian Khulafa al-
Rasyidin dan di sebelah ibunya kepada Ali bin Abi Talib, Khalifah ke-4 dalam
rangkaian yang sama. Moyangnya Shaikh Shamsuddin Mufti merupakan orang yang
pertama berpindah ke India dan mendiami bandar Delhi. Sejak itu, keturunan tersebut
terus terkenal sebagai para ulama dan kemudiannya ada juga dia antara mereka yang
menyertai bidang pentadbiran atau ketenteraan.
Ayahnya, Shah Abdul Rahim adalah seorang alim dan tokoh sufi yang hidup sezaman
dengan Aurangzeb. Beliau pernah bertugas untuk waktu yang singkat dalam sebuah
Jawatankuasa Ulama yang diamanahkan oleh Maharaja Aurangzeb untuk menyusun
4
-
7/29/2019 Jms 320,315-Sejarah India Moden
5/17
sebuah kitab undang-undang yang masyhur, iaitu Fatawa-i Alamgiri. Namun, oleh
kerana dirinya tidak secocok dengan suasana kehidupan di istana, maka beliau menarik
diri dan menumpukan perhatiannya kepada kegiatan mendidik dan beribadat.7
Shah Waliyullah memulakan pengajiannya ketika berumur 5 tahun di Madrasah-i
Rahimiyyah, kepunyaan ayahnya sendiri. Ketika berumur 7 tahun, beliau telah berjaya
menghafal Al Quran serta mahir membaca dan menulis. Di bawah asuhan ayahnya, Shah
Waliyullah yang memangnya amat cerdik telah mulai mempelajari bahasa Arab dan
bahasa Parsi. Ketika usianya 10 tahun, beliau telah mampu memahami kitab Sharh
Mulla Jami, iaitu sebuah kitab nahu Arab yang lebih kurang setaraf dengan Ibnu Aqil.
8
Boleh dikatakan semua asas ilmu umum yang dipelajari oleh penuntut-penuntut di
madrasah-madrasah Islam di India ketika itu dipelajari oleh Shah Waliyullah dari
ayahnya sendiri. Di antara bidang ilmu yang dipelajari dari ayahnya ialah Tafsir,
Hadith,Fiqh, Usul Fiqf, Mantiq, Ilmu Kalam, Tasawwuf, Ilmu Khawas Al Asma Wa Al
Ayat, Perubatan, Falsafah, Nahu, Saraf, Balaghah, Ilmu Hisab dan Handasah.9
Pada tahun 1143 H Shah Waliyullah pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji dan
juga untuk menuntut ilmu pengetahuan. Shah Waliyullah mengambil kesempatan itu
untuk berguru kepada para ulama yang masyhur, termasuk tokoh-tokoh hadith seperti
Shaikh Wafadullah, Shaikh Tajuddin Hanafi, Shaikh Abu Tahir Muhammad al-
Kurdi, dan Shaikh Zainul Abidin, iaitu Mufti Madinah dan pakar fikah yang terbilang.
Dahlawi sangat mengkagumi peribadi gurunya ini dan sangat terpengaruh dengan ilmu
yang diajarkannya, sehingga Dahlawi menghabiskan waktunya di sisi gurunya ini.
7 Fadhlullah Jamil, op. cit., hlm. 3.8 Ustaz Muhammad Asri Yusoff, op. cit.. hlm. 41.9 Ibid., hlm. 42
5
-
7/29/2019 Jms 320,315-Sejarah India Moden
6/17
Dahlawi banyak memberikan perhatian terhadap ilmu hadith yang tidak mendapat
perhatian dari ulama-ulama India.10
Setelah 2 tahun belajar di Hijaz, Dahlawi pulang ke India untuk menyebarkan ilmunya.
Banyak pelajar yang datang ke Kota Delhi untuk menimba ilmunya yang dibawa pulang
dari Mekah dan Madinah itu. Kota Delhi dibanjiri oleh para pelajar yang datang dari
seluruh pelusuk India. Kebesaran dan kedalaman ilmu Dahlawi telah memikat hati
mereka untuk datang belajar kepadanya. Melihat keadaan yang begitu meriah terlintaslah
di hati Sultan Muhamad Shah (yang memerintah dari tahun 1131-1161 H) untuk
menghadiahkan sebidang tanah yang luas kepada Dahlawi untuk dijadikan kompleks
madrasah dan dilengkapkan dengan kemudahan bagi sesiapa yang hendak belajar di sana.
Dahlawi tidak menolak pemberian sultan ini lalu dibangunkannya di tanah yang luas itu
satu kompleks madrasah yang diberi nama Darul Ulum. Madrasah ini telah menjadi
pusat pendidikan dan pengajian tinggi di India.
Dahlawi telah mengorbankan jiwa dan tenaganya untuk mengikis fikiran jahiliyah di
dalam masyarakat yang ada di sekelilingnya. Beliau berusaha membersihkan
masyarakatnya dari segala kekeliruan dan salah faham terhadap agama serta
membimbingnya untuk menjadi masyarakat yang aman, damai, berpegang teguh dengan
ajaran Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Di samping itu, Dahlawi juga adalah seorang pengarang yang berbakat. Karya-karyanya
telah menunjukkan ketajaman fikiran dan analisanya. Beliau memperkenalkan rahsia-
rahsia ilmu syariat dan membentangkan kritikan yang membina terhadap amalan
masyarakat serta menimbangkan segala masalah dengan sumber asli iaitu Al-Quran dan
Hadith. Setakat yang diketahui karya-karya beliau melebihi 73 buah. Di antara yang
10 Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi, op. cit., hlm. 114
6
-
7/29/2019 Jms 320,315-Sejarah India Moden
7/17
terpenting dan masyhur ialah Fathu Ar Rahman, Al Fauzu Al Kabir, Tawilu Al
Ahadits, Al Musawwa, Al Musoffa, Hujjatu Allahi Al Baalighah, Qurratu Al
Ainain Fi Tafdhili Asy Syaikhain, Iqdu Al Jid Fi Ahkaami Al Ijtihad Wa At
Taqlid, Al Insaf Fi Bayani Sababi Al Ikhtilaf, Al Khairu Al Katsir, Al Buduru Al
Bazihghah, At Tafhimat Al Ilahiah, Sathaat, Lammat, Hamaat, Izalatu Al Khafa
An Khilafati Al Khulafa dan lain-lain.11
KESEJAGATAN FIKRAH DAN SUMBANGAN SHAH WALIYULLAH
Sebagai seorang alim yang berkaliber, Shah Waliyullah merasa amat perihatin terhadap
kemelut yang sedang berlaku. Beliau melakukan pelbagai perkara bagi menyekat
kehancuran politik yang melanda umat Islam di India dan membawa kebangkitan Islam.
Melalui tulisannya, beliau mengkritik dengan keras dan tajam sekali mengenai
pencabulan kuasa oleh pihak pemerintah, menggesa mereka agar meninggalkan
perbuatan mengejar nikmat-nikmat dunia dan bertaubat di atas segala dosa mereka.
Shah Waliyullah sedar bahawa punca kejatuhan umat Islam ialah jauhnya mereka dari
sumber utamanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Untuk itu beliau telah menterjemahkan
Al-Quran dengan sedikit huraian di tempat-tempat yang perlu ke dalam bahasa Farsi.
Boleh dikatakan inilah dia terjemahan Al-Quran yang pernah dilakukan ke dalam bahasa
tempatan. Walaupun ianya menimbulkan reaksi yang sungguh hebat lantaran ada
sebilangan ulama yang dengki kepadanya telah merancang untuk membunuhnya kerana
bagi mereka dengan terbukanya erti-erti Al-Quran maka orang ramai tidak boleh lagi
diperbodohkan oleh mereka. Sememangnya terjemahan Al-Quran yang tepat dan baik
adalah sesuatu yang perlu kepada bangsa yang tidak mengerti bahasa asal Al-Quran itu.
11 Ustaz Muhammad Asri Yusoff, op. cit.. hlm. 45
7
-
7/29/2019 Jms 320,315-Sejarah India Moden
8/17
Dengan menulis Maktubat Madani dan Syarah Ar Rubaiyyatain sebenarnya Shah
Waliyullah mahu mendamaikan di antara dua aliran orang-orang sufi yang mana
pertentangan di antara keduanya tidak berkesudahan iaitu aliran Wujud dan aliran
Syuhudi. Dengan menulis beberapa buah buku tasawuf dengan gaya dan nada falsafah
Yunan, sebenarnya Shah Waliyullah mahu mengalihkan pandangan orang-orang yang
begitu terpesona dengan falsafah Yunan kepada hikmah Islam atau dengan kata lain
menundukkan falsafah kepada Islam bukan seperti orang-orang sebelumnya yang
menundukkan Al-Quran dan As-Sunnah kepada falsafah.
Oleh kerana umat Islam di India berjiran dengan penganut agama Hindu dan jumlah
mereka sedikit jika dibandingkan dengan penganut agama Hindu dan oleh kerana
kurangnya perhatian kerajaan Islam terhadap pendidikan masyarakat, maka banyak orang
Hindu yang sudah memeluk Islam tetapi aqidah dan keyakinan mereka masih
dipengaruhi oleh ajaran Hindu. Apabila menyaksikan keadaan ini, Dahlawi pun bangun
untuk memberikan bimbingan dengan menulis sebuah kitab yang bernama Al-Aqidatul
Hasanah (Aqidah Yang Sebenar). Di dalam kitab ini Dahlawi menerangkan dengan
jelas ajaran-ajaran yang murni dan bersih dari pengaruh ajaran Hindu dan dari falsafah
Yunani yang telah meresap masuk ke dalam ajaran tauhid yang telah sebati dalam
masyarakat Islam di India pada waktu itu.
Kebanyakan ulama yang ada pada zaman Dahlawi lebih banyak mendalami ilmu mantiq,
falsafah,, masalah furu dan khilafiyyah di dalam fiqh mazhab Hanafi.12Bahkan mereka
sering tenggelam dalam perdebatan yang sengit pada masalah-masalah khilafiyyah yang
tidak menguntungkan Islam. Maka sehubungan dengan itu , Dahlawi telah mengarang
sebuah kitab berjudul Iqdul Jid Fi Ahkamil Ijtihadi Wat Taqlid. Di dalam kitab ini
12Ibid, hlm. 59
8
-
7/29/2019 Jms 320,315-Sejarah India Moden
9/17
Dahlawi telah menghuraikan masalah-masalah yang berhubung dengan ijtihad dan
taqlid. Mengenai ijtihad, hampir dalam kebanyakan kitabnya beliau menekankan perlu
dan malah wajibnya berijtihad. Beliau benci kepada sikap bertaqlid buta sahaja.Sebab
itulah beliau bersungguh-sungguh mengajak umat Islam mengkaji Al-Quran dan Hadith.
Sebenarnya beliau tidaklah membuang taqlid kepada para ulama mazhab empat tersebut
Cuma belaiu tidak menyenagi mereka yang berpegang kepada mazhabnya sahaja, kerana
ini bererti menolak kebenaran.13
Beliau juga menganjurkan kepada setiap golongan agar mencari penyelesaian dengan
kembali kepada Al-Quran dan Hadith. Kepada ahli-ahli tasawwuf yang jahil tentang
kitab dan As Sunnah Shah Waliyullah berkata,Ahli-ahli tasawwuf yang jahil tentang Al-
Quran dan As Sunnah adalah perompak-perompak dan pencuri-pencuri agama. Meraka
adalah dajjal, pendusta besar dan pembawa fitnah. Jagalah baik-baik kamu daripada
mereka. Janganlah kamu turuti kecuali orang-orang yang menyeru kepada Allah dan
RasulNya.
Kitab-kitab seperti Hujjatullahi Al Baalighah ditulis untuk menyelesaikan persoalan-
persoalan dan kemusykilan-kemusykilan orang-orang yang berada di dalam keraguan dan
selalu mahukan bukti-bukti aqliah tentang prinsip-prinsip serta hukum-hukum agama.
Kitab ini adalah sebuah kitab yang tidak ada imbangannya dalam membentangkan rahsia-
rahsia yang terkandung dalam syariat dan tujuan hukum Islam, sehingga dapat
membuktikan bahawa hukum-hukum Al Quran yang dianggap oleh sebahagian orang
hanya merupakan undang-undang yang berlaku di padang pasir itu ternyata dapat
ditegakkan di mana-mana dan bila-bila sahaja dan sentiasa dapat membuahkan alam
13 Abdul Rahman Abdullah,Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah dan Aliran, DBP, Kuala Lumpur, 1992.
hlm. 174
9
-
7/29/2019 Jms 320,315-Sejarah India Moden
10/17
fikiran yang maju dan kebudayaan yang tinggi. Dahlawi telah meneliti bahawa dunia
Islam pada suatu masa yang akan datang akan menghadapi suatu zaman yang dilambangi
oleh akal, maka tulisannya dalam kitab ini dapat menjawab segala kemusykilan dan salah
faham terhadap Islam oleh beberapa golongan yang sangat mendewakan akal.
Dari isi kitab ini juga dapatlah kita katakan bahawa Dahlawi adalah seorang Fallasuf
(ahli falsafah) yang menandingi Al-Ghazali dan Ibnu Rusyd bahkan melebihi mereka
pada beberapa perkara.14Beliau adalah seorang yang kritis dan penganalisa yang
berfikiran secara mendalam. Pandangannya tajam dan jauh menyelami ke dasar
permasalahan yang dibahasnya. Karya-karyanya dapat menjadi cermin bagi sesiapa yang
ingin mengikuti jejak langkah dan pola pemikirannya.
Demikian juga dengan menulis kitab-kitab seperti Al Insaf Fi Bayani Sababi Al Ikhtilaf
. Shah Waliyullah bermaksud memecahkan kebekuan dan fanatik terhadap sesuatu
mazhab serta meniupkan roh ijtihad dalam jiwa penganut-penganut mazhab itu.Beliau
menerangkan sebab-sebab perselisihan pendapat para ulama dalam satu masalah dan
juga memberikan penjelasan bahawa perselisihan ulama salaf dahulu merupakan rahmat
dan kebaikan kepada umat, bukan membuat fitnah dan perpecahan di kalangan umat
Islam.
Selain itu, Dahlawi sama sekali tidak membantah pendapat satu golongan dengan
melupakan kebaikan yang terdapat di dalamnya. Malah beliau berusaha mengambil apa
yang baik dari semua pendapat yang berlainan kerana kebenaran itu milik bersama dan ia
akan diambil meskipun dari tangan orang lain walau dari musuh sekalipun.15 Sebagai
mana sabda Rasulullah s.a.w.;
14Ibid, hlm. 6315 Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi, op. cit., hlm. 116
10
-
7/29/2019 Jms 320,315-Sejarah India Moden
11/17
Kebenaran itu laksana barangmu yang tercicir. Bila-bila saja kau temui kau pasti
mengambilnya.
Pemikiran politk Shah Waliyullah dan huraian-huraian mengenainya tidaklah tersusun di
dalam sebuah buku yang khusus tetapi ianya berselerak di sana sini di dalam kitab-kitab
beliau seperti Hujjatullahi Al Baalighah, Al Budur Al Baazighah, Fuyudhu Al Harmain,
Al Khairu Al Katsir, Izaalatu Al Khafa dan juga di dalam surat-surat politik beliau yang
kemudiannya dikumpulkan oleh Khaleeq Ahmad Nidzami.
16
Shah Waliyullah menganggap sesuatu bangsa sama seperti seorang individu. Walaupun
bilangan mereka mungkin berjuta-juta, bagi beliau individu-individu yang hidup di
bawah satu sistem tamadun merupakan satu bangsa. Masyarakat pula perlulah dipimpin
oleh cerdik pandai yang dipilih dan mempunyai kuasa untuk memaksa orang ramai
mengikut peraturan-peraturan tertentu dan menghalang mereka daripada melanggar
peraturan yang telah ditetapkan. Kalau tidak dilakukan pemilihan dan pelantikan
pemimpin dengan sebaik-baiknya maka kekacauan dan huru-hara pasti akan berlaku.
Bagi Shah Waliyullah adalah menjadi tanggungjawab kerajaan mengekalkan keamanan
dan kedamaian masyarakat dengan menutup segala pintu yang membawa kepada
kerosakan, pembunuhan, perampasan hak, pemberontakan, pengkhianatan dan jenayah-
jenayah yang merobohkan akhlak masyarakat. Selain dari itu, menjadi tanggungjawab
kerajaan juga memelihara nyawa, harta, kehormatan rakyat dengan menghukum pesalah-
pesalah dan membasmi unsur-unsur yang boleh menghalang kemajuan dan
16 Ustaz Muhammad Asri Yusoff, op. cit.. hlm. 63
`
11
-
7/29/2019 Jms 320,315-Sejarah India Moden
12/17
perkembangan bangsa seperti pemberontakan yang dilakukan oleh sesetengah pihak,
lelaki-lelaki yang menyerupai perempuan dan yang sebaliknya, minum arak, judi, rasuah
dan lain-lain lagi.Beliau juga menegaskan bahawa mungkin juga kemunduran sesuatu
masyarakat itu disebabkan oleh pembahagian kerja yang tidak seimbang atau kebanyakan
orang memilih kerja yang tertentu dengan meninggalkan kerja-kerja lain yang diperlukan
oleh mereka juga.
Shah Waliyullah mengatakan bahawa di antara sebab runtuhnya sesuatu tamadun itu
ialah kerana anggota-anggota masyarakat kebanyakannya bergantung kepada kerajaan.
Ramai di antara mereka mendapat wang daripada perbendaharaan negara kerana sesuatu
sumbangan yang sebenarnya tidak berfaedah kepada negara seperti hadiah-hadiah besar
yang dianugerahkan kepada penghibur-penghibur, penyair-penyair pengampu dan lain-
lain. Akhirnya bila bilangan mereka ini semakin bertambah , maka dengan sendirinya
berkurang pula tenaga-tenaga yang menyumbangkan sesuatu yang benar-benar berguna
kepada masyarakat umumnya.
Beliau juga turut mengatakan , Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan juga
memberikan perhatian khusus kepada pembangunan yang membawa kemakmuran dan
ketenteraman rakyat seperti membangunkan pekan, menyediakan tempat-tempat
persinggahan untuk kemudahan orang yang bermusafir, mengadakan kemudahan infra
struktur dan kemudahan komunikasi, melengkapkan pasukan keselamatan di setiap
tempat terutamanya di perbatasan negeri. Selain itu, kerajaan juga bertanggungjawab
memajukan ilmu pengetahuan supaya tidak terdapat lagi orang yang buta huruf dan
supaya mereka juga mahir di dalam ilmu hisab, perubatan, sejarah, geografi, dan lain-
lain.
12
-
7/29/2019 Jms 320,315-Sejarah India Moden
13/17
Ketika membincangkan tentang pegawai-pegawai kerajaan, beliau menulis bahawa:
perkara pertama yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan di dalam melantik
seseorang memegang sesuatu jawatan ialah kesedaran yang cukup tentang
tanggungjawab yang diserahkan kepadanya selain daripada dia memiliki keupayaan dan
kemampuan untuk melaksanakan tugas yang diserahkan kepadanya dengan sebaik
mungkin.Pelantikan pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan daripada kaum kerabat
dan ahli keluarga juga adalah suatu yang tidak baik. Kerajaan juga semestinya sentiasa
mempastikan orang-orang yang berpura-pura menyokong untuk kepentingan peribadi.
Di dalam bidang ekonomi negara, Shah Waliyullah paling mengutamakan bidang
pertanian, perlombongan, dan penternakan selain daripada perniagaan. Beliau
menganggap kerja-kerja yang melahirkan kehidupan yang berfoya-foya, penuh dengan
kemewahan, perhiasan dan untuk memuaskan hawa nafsu merupakan racun yang
membunuh sesuatu kerajaan dan mematikan sesebuah negara.
Kepada ahli-ahli perniagaan dan perusahaan Shah Waliyullah tujukan kata-katanya,
Wahai ahli-ahli perniagaan dan ahli-ahli perusahaan ! Amanah sudah hilang dari hati
kamu. Fikiranmu sudah kosong dari takut kepada Allah. Kamu sekutukan Tuhan dengan
menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada thaghut, kamu naik haji ke kubur-
kubur Madai dan Salar. Alangkah buruknya perbuatan kamu ini ! Di antara kamu ada
yang hanya mengusahakan arak dan ada pula di antara kamu yang memelihara perutnya
dengan memperdagangkan wanita. Alangkah malangnya manusia-manusia seperti ini.
Mereka sebenarnya membinasakan dunia dan akhirat mereka sendiri
Berpandukan pandangan dan fikrah Shah Waliyullah di dalam politik dan ekonomi dapat
diketahui bahawa beliau tidak menyetujui sistem hidup kapitalis yang menjadikan
13
-
7/29/2019 Jms 320,315-Sejarah India Moden
14/17
seseorang yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin, di samping
melahirkan pula kemiskinan, pengangguran, hasad dengki dan pemberontakan di dalam
jiwa masyarakat. Demikian juga beliau tidak merestui sistem hidup sosialis kerana Shah
Waliyullah menerima konsep hak milik peribadi yang merupakan pendorong besar
kepada manusia untuk bekerja dan berusaha dengan sekuat-kuatnya.
Kepentingan ekonomi di dalam pemikiran Shah Waliyullah merupakan suatu yang amat
penting sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebelumnya tidak pernah ada
seorang ahli fikir Islam yang telah memberikan perhatian yang sewajarnya dalam bidang
ini. Kewafatan Shah Waliyullah terdahulu 56 tahun daripada kelahiran Karl Marx namun
begitu, perbincangan tentang ketidakseimbangan ekonomi dengan berlandaskan prinsip-
prinsip logik sebenarnya merupakan sesuatu yang tidak dapat ditemui walaupun di dalam
teori Karl Marx.
Sementara fikrah Shah Waliyullah berhubung dengan kemasyarakatan pula dapat dilihat
daripada teori yang dikemukakannya tantang Irtifaqat dalam 4 peringkatnya dan
perkara ini sebenarnya belum pernah dikemukakan oleh sesiapapun dari kalangan ulamak
sebelumnya.
14
-
7/29/2019 Jms 320,315-Sejarah India Moden
15/17
PENUTUP
Sesungguhnya kelahiran tokoh-tokoh mujaddid Islam itu adalah sesuatu yang di luar
jangkaan dan perkiraan manusia. Ia berlaku ketika mana umat Islam telah begitu jauh
menyimpang daripada ajaran Rasulullah s.a.w. yang sebenarnya. Tidak terdapat pula
sebab-sebab yang menyokong mereka. Meskipun begitu kesan pengajaran mereka amat
mendalam sehingga penyakit yang selama ini tidak terubat, hilang dalam masa yang
sesingkat-singkatnya. Seolah-olah pengajaran mereka itu merupakan cebisan daripada
ruh pengajaran Rasulullah s.a.w.
Shah Waliyullah sememangnya merupakan seorang alim yang hebat, terkenal
terutamanya dalam bidang Fiqh dan Hadith. Ilmu dan sumbangan beliau terhadap
gerakan tajdid di India begitu luas meliputi bidang tafsir, hadith, fiqh, mantiq, usul fiqh,
ilmu kalam, tasawwuf, perubatan, falsafah, tatabahasa, ilmu hisab dan sebagainya. Tidak
cukup dengan segala kitab yang dikarang, pengakuan dan pengiktirafan dari para ulamak
lain tentang beliau boleh menceritakan segalanya.
Allamah Syibli Numani berkata, Selepas zaman Ibn Rusyd dan Ibn Taimiyyah,
kejatuhan pemikiran umat Islam begitu ketara sekali sehingga boleh dikatakan tidak ada
harapan lagi akan lahirnya ahli fikir yang setanding dengan orang-orang sebelumnya
tetapi kuasa Tuhan mahu menunjukkan kepelbagaiannya apabila lahir peribadi seperti
Shah Waliyullah. Islam berada dalam serba kekurangan dan kemunduran namun begitu
lantaran amat cerah sinar pemikirannya, maka kelihatan malaplah pemikiran Al Ghazali,
Ar Radzi dan Ibn Rusyd di hadapannya.
15
-
7/29/2019 Jms 320,315-Sejarah India Moden
16/17
Nawab Siddiq Hasan Khan berkata, Jika Shah Waliyullah hidup di zaman permulaan
Islam, tentulah dia dianggap Imam dan ikutan para mujtahidin bahkan tentu sekali diberi
gelaran Taajul Nujtahidin dan Imamul Aaimah.
Syeikh Abul Hasan Ali An Nadwi pula berkata, Sekiranya Allah tidak melahirkan 2
tokoh penting di India17 untuk menjaga kesucian agamanya maka bagaimanapun Allah itu
Penjaga agamaNya dan untuk menjaganya ia mempunyai beribu-ribu cara. Tetapi jika
mengikut ukuran adat, sebelum abad ke-13 lagi Islam telahpun terhapus sama sekali dari
bumi India atau kalau tidak terhapuspun tentulah ia telah terpesong daripada bentuknya
yang asal sama seperti agama Hindu.
17 Dua tokoh istimewa yang dimaksudkan ialah yang telah begitu berjasa kepada umat Islam iaitu Syeikh
Ahmad Sarhindi Imam Rabbani, Mujaddid Alfi Ats Tsani dan Syeikhul Islam Shah Waliyullah Ad Dihliwi.
16
-
7/29/2019 Jms 320,315-Sejarah India Moden
17/17
, Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah dan Aliran, DBP,Kuala Lumpur, 1992.
, Sejarah Perkembangan Islam di India, KhazanahBanjariyah, Mahad Tarbiyah Islamiyah, Derang Kedah, 1992
,Shah Waliyullah: Riwayat Hidup dan Sumbangannya DalamMembangunkan Umat Islam,sebuah nota, 2004
, Hundred Great Muslims, Ferozsons Ltd., Lahore, 1976.
, Syah Waliyullah(r.a) Mujaddid Ulung UntukAbad-abad Kemudian, Prosiding Seminar, Badan Perkhidmatan Penerangan Islam(BPPI), Selangor dan Wilayah Persekutuan, 1994.
17