Baru‐baru ini saya telah terlihat sebuah buku belajar bahasa Arab lama daripada arkib yang dibiayai
oleh Microsoft. Buku itu ditulis oleh seorang orientalis/mubaligh Kristian berasaskan teknik
penyampaian sebuah buku belajar bahasa Hebrew (bahasa orang Yahudi) yang berjaya pada zaman
itu.
Buku itu telah diterbitkan sekitar tahun 1916 hingga tahun 1921, untuk kegunaan orang‐orang barat
belajar bahasa Arab, untuk tujuan dakwah mereka, urusan pentadbiran, diplomatik dan perniagaan
dengan orang‐orang arab. Buku ini pun pernah digunakan oleh pelajar‐pelajar sekolah dan universiti
dari golongan orang‐orang Islam juga.
Saya tertarik dengan cara penyampaian buku ini. Ia bermula daripada asas yang 'kosong' hinggalah
kepada peringkat lanjutan penguasaan bahasa arab. Semuanya secara peningkatan yang bertahap,
sedikit demi sedikit. Sesuai kepada mereka yang tiada asas langsung dalam bahasa Arab.
Jika orang‐orang barat yang bukan Islam, boleh belajar bahasa Arab yang sememangnya asing pada
mereka sehingga mereka mampu menguasainya dengan baik, kenapakah kita yang setiap hari
seumur hidup bergelumang dengan bahasa arab dalam ibadat, doa dan pembacaan Al‐Quran, tidak
dapat menguasainya langsung?
Sedangkan bahasa arab itu adalah bahasa Al‐Quran dan bahasa ibunda Rasul kita, Nabi Muhammad
SAW.
InsyaAllah, saya akan cuba adaptasi dan kongsikan pelajaran‐pelajaran yang ada di dalam buku itu ke
dalam album ini dari masa ke semasa.
Mudah‐mudahan Allah bagi kekuatan dan kefahaman kepada kita semua dalam mempelajari bahasa
Arab ‐ Bahasa Al‐Quran. Aamiin.
PENGHARGAAN
Seandainya draf buku ini ditakdirkan menjadi sebuah buku yang bercetak,
InsyaAllah, maka ruangan ini akan dikhususkan untuk mengabadikan nama‐
nama mereka yang telah membantu menjayakan buku ini. Terutamanya
kepada 10 orang yang paling kerap mengambil bahagian menjawab soalan‐
soalan latihan mengikut masa yang diberikan.
Selain menjadi rujukan yang sangat berharga kepada pelajar‐pelajar lain,
jawapan yang dikongsikan mereka di ruangan facebook itu menjadi feedback
yang sangat penting untuk proses penyediaan dan penambahbaikan bahan‐
bahan yang ada di dalam buku ini.
Semoga Allah mengganjarkan pahala yang mengalir berterusan dari ilmu yang
bermanfaat kepada semua yang telah/sedang/akan mengambil bahagian.
Aamiin.
Siri ini boleh diikuti di https://facebook.com/halimbede. Bab terbaru akan
disiarkan setiap dua atau tiga hari sekali. Latihan‐latihan hendaklah
dimuatnaikkan dalam masa 48 jam selepas ianya disiarkan.
Versi PDF seperti ini akan dikeluarkan selepas setiap 10 bab.
Sekiranya anda menghadapi sebarang kemusykilan mengenai pelajaran dalam
siri ini, sila berkomunikasi melalui komen facebook dalam bab yang berkaitan.
Jazakumullahu khairan.
PENYEDIAAN
Siri Belajar Bahasa Arab Selangkah‐selangkah ini tidak menyediakan senarai
makna kosakata‐kosakata yang digunakan di dalam teks dan latihan.
Oleh itu sebuah kamus diperlukan untuk menjadi rujukan semasa belajar dan
membuat latihan. Kamus sederhana dwi‐bahasa yang biasa digunakan di
sekolah menengah kerajaan adalah memadai.
Jika anda mencari kamus baru, pastikan dua perkara asas terdapat di dalam
kamus tersebut :
1) Kamus itu menyenaraikan perkataan mufrad (singular) dan jamak (plural)
bagi sesetengah katanama yang mempunyai jamak taksir.
Contohnya : كتب كتاب جـ 2) Kamus itu menyenaraikan fi’il madhi dan mudhorik.
Contohnya : يكتب -كتب
1
ISI KANDUNGAN
1 “Dha‐ra‐ba” 22 “Dha‐ra‐bat” 33 Fi'il Madhi Untuk Gantinama Tunggal 54 Katasoal dan lain‐lain 85 Kata Akar 136 Tanwin dan Isim Mu'rab 167 Isim Nakirah 208 Isim Makrifah 239 Huruf‐huruf Matahari dan Bulan 26
10 Huruf Jarr 2911 Gantinama Bersambung 3312 Katanafi, Katasoal dan lain‐lain 3713 Isim Ghoir Munsorif 4114 Ta Marbutah 4515 Muannats Sama'i 5016 Zharaf 5317 Rasulullahi ملسو هيلع هللا ىلص 5718 Idhofah 6119 I'rab pada Isim 6620 Sifah dan Mausuf 70
2
PELAJARAN 1.0 “Dha‐ra‐ba”
1.1 Apakah makna tulisan ini ( ضرب )?
Tulisan ini ialah perkataan arab yang
bermaksud "Dia seorang lelaki telah
memukul" ("he struck").
Gantinama "Dia" dan jantinanya "seorang
lelaki" tiada di dalam tulisan itu tetapi
difahami sedemikian.
1.2 Bagaimanakah perkataan ini terbentuk?
Perkataan ini terbentuk daripada tiga huruf
iaitu huruf pertama Dhod (ض), kedua Ra (ر) dan ketiga Ba (ب). Setiap huruf itu berharakat fathah (yakni berbaris di atas).
1.3 Apakah makna 'harakat' dan 'fathah'?
Harakat ( الحركات) ialah tanda‐tanda baris pada huruf arab. Juga disebut dengan istilah ( األشكال).
Fathah ( فتحة) ialah 'baris satu di atas'.
*****
Demikianlah pelajaran pertama Bahasa Arab yang diadaptasikan daripada buku Simplified Arabic
oleh Arthur T. Upson terbitan tahun 1921.
Pelajaran Pertama (dan pelajaran‐pelajaran berikutnya) adalah ringkas sahaja dan mudah diikuti.
Bagi yang belum pernah belajar Bahasa Arab atau yang belum mengetahui makna perkataan di atas
dengan tepat, sila hafal mantap‐mantap makna perkataan baru ini. Ia akan digunakan dalam
pelajaran‐pelajaran akan datang.
Jika hafal perkataan ( ضرب) janganlah ingat makna 'pukul' sahaja, tetapi mesti ingat maksud
keseluruhannya iaitu 'Dia seorang lelaki telah memukul'. Atau "He struck". Ini sangat penting!
(Perhatikan : Dalam bahasa arab satu perkataan ini diterjemahkan ke Bahasa Melayu dah jadi 5
perkataan. Ke bahasa Inggeris pula 2 perkataan).
3
PELAJARAN 2.0 “Dha‐ra‐bat”
2.1 Kita sudah tahu ضرب maknanya "Dia
seorang lelaki telah memukul". Bagaimana
pula nak sebut/tulis "Dia seorang perempuan
telah memukul?
Dengan meletakkan huruf 'Ta' dihujungnya.
Dan huruf ت tersebut disakinkan dengan sukun ( ن سكو ), manakala huruf‐huruf lain kekal
harakatnya.
Maka ( ضربت) maknanya ialah "Dia seorang
perempuan telah memukul" ‐ atau "she struck".
2.2 Apakah makna 'sukun'?
Sukun ialah tanda baris mati.
2.3 Apakah makna ( كـتـب )?
"Dia seorang lelaki telah menulis"
2.4 Bagaimana nak sebut/tulis "Dia seorang perempuan telah menulis"?
'Ka‐ta‐bat' = كـتـبـت
4
Latihan :
2.0(a) Baca dengan kuat dan ulang‐ulang yang berikut (dari kanan ke kiri),
kemudian terjemahkan :
كتبت كتب ضربت ضرب
2.0(b) Terjemahkan ayat‐ayat berikut ke bahasa arab :
1. Dia seorang perempuan telah menulis
2. Dia seorang lelaki telah memukul
3. Dia seorang lelaki telah menulis
4. Dia seorang perempuan telah memukul
Disarankan menulis berulang‐ulang perkataan‐perkataan ini :
( كتبت كتب ضربت ضرب ) serta menghafal dengan mantap ertinya sebelum kita
beralih ke pelajaran berikutnya.
5
PELAJARAN 3.0 (Fi'il Madhi Untuk Gantinama Tunggal)
3.1 Bagaimana kita menukarkan bentuk kata
"Dia seorang lelaki telah memukul" ( ضرب) kepada "Dia seorang perempuan telah
memukul"?
Dengan menambah huruf ت. (Lihat 2.1)
3.2 Bagaimana pula kita menukar bentuk
kata "Dia seorang lelaki telah memukul"
: kepada (ضرب )
"Kamu (1L) telah memukul"
"Kamu (1P) telah memukul"
"Saya (1L/1P) telah memukul" ???
Juga dengan menambah huruf ت !
Kemudian tukar harakat (baris huruf) tertentu.
ضربت ضربت ضربت ضربت ضرب
"Dia (1L) telah memukul" = ضرب
"Dia (1P) telah memukul" = ضربت
"Kamu (1L) telah memukul" = (Ba sukun, Ta fathah) ضربت
"Kamu (1P) telah memukul" = (Ba sukun, Ta kasrah) ضربت
"Saya (1L/1P) telah memukul" = (Ba sukun, Ta dhommah) ت ضرب
6
Ulang‐ulang baca dengan kuat sehingga anda kuasai makna setiap satunya
dengan mantap!
ضربت ضربت ضربت ضربت ضرب
3.3 Terdapat tanda harakat baru dalam bab ini. Apakah makna 'dhommah'
dan 'kasrah'?
Dhommah ( ة . ـ ialah baris di hadapan (ضم
Kasrah ( ة .ـ ialah baris di bawah (كرس
3.4 Apakah makna ( ركب)?
"Dia seorang lelaki telah menunggang/menaiki (kenderaan)". Atau "he rode".
Latihan:
3.0(a) Terjemahkan semua yang berikut :
ركبت ركبت ركبت ركبت ركب
3.0(b) Baca dan terjemahkan semua yang berikut :
كتبت كتبت كتبت كتبت كتب
ركبت ركبت ركبت ركبت ركب
ضربت ضربت ضربت ضربت ضرب
7
3.0(c) Terjemahkan yang berikut ke Bahasa Arab :
Dia (1L) telah menulis. Dia (1P) telah menulis. Kamu (1L) telah menulis. Kamu
(1P) telah menulis. Saya telah menulis.
Kamu (1P) telah menunggang. Saya telah menunggang. Dia (1L) telah
menunggang. Kamu (1L) telah menunggang. Dia (1P) telah menunggang.
Kamu (1L) telah memukul. Dia (1L) telah memukul. Saya telah memukul. Kamu
(1P) telah memukul. Dia (1P) telah memukul.
Sekiranya anda berlatih dan berjaya membuat latihan‐latihan di atas dengan
lancar, InsyaAllah anda akan mudah menguasai bab‐bab berikutnya. Dan tentu
sekali anda akan mudah menguasai Bahasa Arab suatu hari nanti, InsyaAllah.
Tahniah!
*Fi'il Madhi ialah Katakerja Masa Lampau (Past Tense Verb)
*Gantinama Tunggal ialah Dia(1L), Dia(1P), Kamu(1L), Kamu(1P) dan Saya (1L/1P).
*1L = Seorang Lelaki
*1P = Seorang Perempuan
8
PELAJARAN 4.0 Katasoal dan Lain‐lain
4.1 Apakah huruf pertama di dalam Abjad
Arab?
Alif ( ا ). (Secara umum buat masa ini kita terima alif
sebagai alif, yakni huruf pertama)
Alif adalah salah satu dari 3 'huruf vokal'.
Atau dinamakan juga 'huruf mad' kerana
fungsinya memanjangkan sebutan harakat
fathah pada huruf sebelumnya.
4.2 Apakah fungsi istimewa huruf alif?
Dengan hamzah dan fathah di atasnya ( أ ), ia menjadi salah satu dari Katasoal
yang utama di dalam Bahasa Arab. Tempatnya ialah di permulaan ayat.
Maknanya ialah "Adakah".
Contoh : ضرب = "Dia (seorang lelaki) telah memukul".
Maka : أضرب = "Adakah dia (seorang lelaki) telah memukul?"
4.3 Bagaimanakah caranya jika kita mahu menegatifkan "Fi'il Madhi"
(Katakerja Masa Lampau)?
Dengan meletakkan 'huruf nafi' Ma ( ما ) sebelumnya.
Contoh : ــت ."Dia (seorang perempuan) telah menulis" = كـتـب
Maka : كـتـبـت ما = "Dia (seorang perempuan) telah tidak menulis".
9
4.4 Katasoal ( أ ) boleh diletakkan di hadapan ayat positif dan juga ayat negatif untuk menukarkannya menjadi soalan. Kaji contoh‐contoh berikut :
i) ما كتبت "Saya telah tidak menulis"
ii) أما كتبت "Adakah saya telah tidak menulis?"
iii) أما ركبت "Adakah saya telah tidak menunggang?"
4.5 Apakah makna ( أكل )? "Dia (seorang lelaki) telah makan". Atau "He ate".
4.6 Apakah makna ( ال )? "Tidak"
Ia digunakan untuk menjawab pertanyaan أ (bagi jawapan yang negatif).
(Huruf ال juga adalah huruf untuk menegatifkan Fi'il Mudhorik*, manakala ما adalah untuk menegatifkan Fi'il Madhi)
10
Latihan :
4.0(a) Baca dengan kuat yang berikut kemudian terjemahkan. Sila semak
dengan (b) di bawah :
أما أكلت أأكلت أما أكلت أأكل
ضربت ما أضربت ما ركبت أما ركبت
ال ما أكلت أما أكلت ال ما كتبت أما كتبت
4.0(b) Terjemahkan semua yang berikut ke Bahasa Arab. Sila semak dengan (a)
di atas :
(1) Adakah dia (1L) telah makan?
(2) Adakah dia (1P) telah tidak makan?
(3) Adakah kamu (1L) telah makan?
(4) Adakah kamu (1P) telah tidak makan?
(5) Adakah kamu (1P) telah tidak menunggang?
11
(6) Saya telah tidak menunggang.
(7) Adakah dia (1P) telah memukul?
(8) Dia (1L) telah tidak memukul.
(9) Adakah dia (1P) telah tidak menulis?
(10) Tidak, dia (1P) telah tidak menulis.
(11) Adakah kamu(1P) telah tidak makan?
(12) Tidak, saya telah tidak makan.
12
*** Senangkan pelajaran kita kali ini? InsyaAllah tidak susah pun. Sekiranya anda telah berlatih dan
menguasi dengan fasih semua contoh‐contoh yang diberi di dalam bab‐bab terdahulu, pastinya
pelajaran kali ini adalah sangat mudah dikuasai.
Teruskan kuasai semua pelajaran yang ada sebelum kita beralih ke bab seterusnya.
*Fi'il Mudhorik ialah 'Katakerja Masa Sekarang atau Akan Datang' (Present or Future Tense Verb)
13
PELAJARAN 5.0 Kata Akar
5.1 Apakah suatu keunikan yang ada pada
bahasa‐bahasa Semitic (seperti Bahasa Arab,
Bahasa Yahudi/Hebrew...) berbanding
dengan bahasa‐bahasa yang lain?
Kata Akar.
Boleh dikatakan 99% perkataan‐perkataan
Bahasa Arab dibentuk daripada Kata Akar
(atau kata dasar) yang berasal daripada 3
huruf. Huruf‐huruf lain ditambah pada huruf
asal, atau huruf‐huruf itu diubah barisnya
untuk menghasilkan perkataan‐perkataan
lain yang berbeza makna tetapi berkaitan
dengan Kata Akar asalnya.
Fi'il Madhi yang terbentuk daripada Kata Akar 3 huruf dipanggil "Fi'il Tsulasi
Mujarrad" ( د فعل الثالثي المجر (ال
5.2 Fi'il Madhi yang dibentuk daripada 3 huruf tanpa menambahkan sebarang
huruf lain padanya adalah untuk Gantinama Diri yang mana?
Untuk Gantinama Diri Ketiga, Tunggal, Lelaki (yakni "Dia seorang lelaki")
Contoh :
ka‐ta‐ba ( كـتب) = "Dia seorang lelaki telah menulis"
a‐ka‐la ( أكل) = "Dia seorang lelaki telah makan"
5.3 Adakah Katanama (Isim) juga dibentuk daripada Kata Akar 3 Huruf?
Ya. Isim juga dibentuk dengan cara menukar harakat 3 huruf ini, atau ditambah
juga huruf lain padanya. (Huruf tambahan Alif‐lah yang paling kerap digunakan
untuk membentuk Isim.
14
Contoh‐contoh Katakerja (Fi'il) dan Katanama (Isim) yang dibentuk daripada
Kata Akar yang sama :
1) Fi'il : أكل = "Dia seorang lelaki telah makan"
‐‐> Isim : أكل = "Makanan"
2) Fi'il : قتل = "Dia seorang lelaki telah membunuh"
‐‐> Isim : قتال = "Peperangan" atau "Pertempuran"
3) Fi'il : كتب = "Dia seorang lelaki telah menulis"
‐‐> Isim : كتاب = "Sebuah buku" ‐‐> Isim : كاتب = "Seorang penulis" Perhatikan semua contoh‐contoh Isim di sini, hujungnya adalah berharakat
"Dhammah Tanwin" (atau juga disebut "Dhommatān").
5.4 Apakah itu "Tanwin"?
Tanwin adalah tanda harakat yang berbaris dua.
Dhammah Tanwin (Dhommatān ‐ تان ."bermakna "Baris Dua di Hadapan (ضم
Fathah Tanwin (Fathatān ‐ فتحتان) bermakna "Baris Dua di Atas".
Kasrah Tanwin (Kasratān ‐ تان ."bermakna "Baris Dua di Bawah (كرس
Dalam contoh‐contoh di atas semua Isim berharakat "Dhammah Tanwin" di
hujungnya.
Tanwin hanya terdapat pada Isim. Tanwin tidak boleh berada pada Fi'il.
15
Apabila sesuatu Isim itu berharakat dhommah dihujungnya maka ia
berkeadaan sebagai "subjek". Isim begini dipanggil Isim MARFU' (المرفوع) ‐ Jangan risau, kita akan belajar berkenaan ini di dalam bab‐bab akan datang.
InsyaAllah.
5.5 Beri satu contoh lain, Fi'il Madhi yang mengandungi huruf 'Alif berhamzah'
.( أ )qa‐ra‐a ( قرأ ) = "Dia seorang lelaki telah membaca"
5.6 Ulang‐ulang Tulis, Baca dan Fahamkan setiap yang berikut :
قرأت قرأت قرأت قرأت قرأ
Latihan :
5.0(a) Baca dengan kuat yang berikut kemudian terjemahkan :
قرأت كتاب قتال أقتلت قتلت أما أكل أكلت أقرأت
5.0(b) Terjemahkan berikut ke Bahasa Arab :
(1) Adalah Kamu (1P) telah membaca?
(2) Saya telah makan.
(3) Makanan.
(4) Adakah dia (1L) telah tidak membunuh?
(5) Adakah saya telah membunuh?
(6) Peperangan.
(7) Sebuah Buku.
(8) Dia (1P) telah membaca.
(9) Saya telah membaca.
(10) Adakah kamu (1L) telah menulis?
16
PELAJARAN 6.0 Tanwin dan Isim
6.1 Sekali lagi, terangkan apa itu "Dhammah
Tanwin"?
Dhammah Tanwin ialah tanda Dhammah
yang diletakkan 'dua kali' di hujung huruf
terakhir pada Isim (katanama). Ia
sebenarnya mewakili 'nun mati' yang tidak
ditulis, tetapi dibaca.
Dhammah Tanwin juga disebut
"Dhommatān" (تان Orang Melayu biasa .(ضم
sebut ia sebagai "Baris Dua Di Hadapan".
6.2 Semuanya terdapat berapa jenis
Tanwin? Dan berikan satu contoh perkataan yang hujungnya berTanwin
dengan semua Tanwin tersebut.
(1) Dhommatān ‐ ( كتاب) ki‐tā‐bun (2) Fathatān ‐ (كتابا) ki‐tā‐ban (perhatikan: 'alif' ditambah selepas Fathatān)
(3) Kasratān ‐ ( كتاب) ki‐tā‐bin
6.3 Ketiga‐tiga tanwin ini apakah kegunaannya?
Tanwin di hujung Isim menandakan bahawa Isim itu adalah 'Katanama
Umum'* . Contohnya 'sebuah buku', 'seorang lelaki' dsb)
Apabila sesuatu Isim itu boleh diberi Tanwin dihujungnya, maka Isim itu juga
dikatakan sebagai Isim Fleksibel ataupun Isim Mu'rab*.
Fleksibel bermakna hujungnya boleh diubah jenis barisnya. Dan perubahan
jenis baris hujungnya itu menunjukkan perbezaan peranannya di dalam ayat.
17
6.4 Apakah yang membezakan peranan yang ditunjuki oleh setiap jenis
baris/Tanwin?
Apabila di hujung Isim itu :
(1) Dhammah/Dhommatān ‐ maka Isim itu berperanan sebagai SUBJEK
(Pelaku)* dalam ayat.
(2) Fathah/Fathatān ‐ maka Isim itu sebagai OBJEK (Yang Kena Buat)*.
(3) Kasrah/Kasratān ‐ maka Isim itu sebagai OBJEK TAK LANGSUNG (indirect
object) ‐ Contohnya apabila Isim itu datang selepas Kata Sendi* (Preposition).
6.5 Apakah makna perkataan ini ( رجل )
Maknanya "Seorang lelaki" ("A man").
Ia adalah Katanama Umum kerana di hujungnya bertanwin.
6.6 Apakah keadaannya sesuatu Isim itu berperanan sebagai SUBJEK?
Apabila ia menjadi 'Pelaku' yang melakukan sesuatu perbuatan dalam ayat.
Contoh : (كتب رجل كتابا) "Seorang lelaki telah menulis sebuah buku".
Maka "Seorang lelaki" ( رجل ) di sini ialah SUBJEK. Tandanya sebagai subjek ialah Dhommatān di hujungnya.
6.7 Bilakah masanya pula sesuatu Isim berperanan sebagai OBJEK?
Apabila ia menjadi 'benda yang kena buat' dari perbuatan itu.
Contoh : كتب رجل كتابا
18
ka‐ta‐ba ( كتب) = Fi'il ro‐ju‐lun ( رجل) = SUBJEK ki‐ta‐ban (كتابا) = OBJEK
Maka (كتابا) di dalam ayat di atas adalah OBJEK. Tandanya sebagai objek ialah
Fathatān di hujungnya.
Perhatian : Kebiasaannya susunan ayat Arab dimulai dengan Fi'il (katakerja)
dahulu. Namun boleh juga dimulai oleh Isim (katanama) dahulu, untuk
'penegasan' kepada Subjek.
Latihan :
6.0(a) Baca dengan kuat, terjemahkan :
(1) كتابا كتبت
(2) كتابا كتبت
(3) كتابا أكتب
(4) رجال ضرب ما
(5) كتابا رجل أكتب
(6) كتابا رجل قرأ
(7) كتابا قرأت ما
(8) رجال ضربت أما
19
6.0(b) Terjemahkan yang berikut ke Bahasa Arab :
(1) Saya telah menulis sebuah buku.
(2) Adakah dia (1L) telah menulis sebuah buku?
(3) Dia (1P) telah menulis sebuah buku.
(4) Dia (1L) telah tidak menulis sebuah buku.
(5) Adakah seorang lelaki telah menulis sebuah buku?
(6) Seorang lelaki telah membaca sebuah buku.
(7) Dia (1P) telah tidak membaca sebuah buku.
(8) Adakah kamu (1L) telah memukul seorang lelaki?
(9) Tidak, saya telah tidak memukul seorang lelaki.
(10) Dia (1P) telah memukul seorang lelaki.
*Katanama Umum = Isim Nakirah ( ( النكرة
*Isim Fleksibel = Isim Mu'rab ( ب ( الم
*Subjek/Pelaku = Fa'il ( فاعل ) *Objek = Maf'ul Bih ( ( بهفعول م
*Kata Sendi = Huruf Jarr ( جر (حروف ال
20
PELAJARAN 7.0 Isim Nakirah
7.1 Tanwin pada hujung Isim boleh
menunjukkan bahawa Isim itu adalah
Fleksibel (Isim Mu'rab* ‐ Lihat 6.3). Selain itu,
apa lagi yang boleh diketahui daripada
Tanwin?
Tanwin juga menunjukkan Isim itu adalah
Katanama Umum* atau dipanggil "Isim
Nakirah". (Pengecualian pada Nama Khas
yang boleh bertanwin).
7.2 Terangkan apakah itu Katanama Umum
atau "Isim Nakirah"?
Katanama Umum ialah nama bagi sesuatu yang bersifat am dan ia tidak
merujuk kepada sesuatu yang tertentu atau ia tidak dikenali secara spesifik.
Misalnya : ( كتاب) iaitu "sebuah buku". Kita tidak tahu ia buku yang mana satu,
milik siapa dan sebagainya. Apa yang kita tahu hanyalah ia sebuah buku secara
umum sahaja.
7.3 Kenapa ( كتاب) diterjemahkan kepada "sebuah buku" atau "a book", tidak
diterjemahkan sebagai "buku" atau "book" sahaja? Sedangkan perkataan
Arabnya cuma sepatah. "Sebuah" atau "a" itu datang dari mana?
Setiap isim yang boleh dikira di dalam Bahasa Arab telah termaktub
bilangannya secara 'default' pada perkataannya. Maka contohnya pada semua
Katanama Tunggal*, bilangan padanya adalah satu. Jadi dalam Bahasa Arab
kita tidak perlu menambah bilangannya di dalam ayat, cukup perkataannya
sahaja sudah mewakili bilangan padanya.
Misalnya untuk mengatakan "Saya telah menulis sebuah buku", kita tidak perlu
kata ( واحدا كتابا كتبت ), tetapi memadailah kata ( كتابا كتبت ).
Oleh itu bila diterjemahkan kita perlu meletakkan bilangan atau penjodoh
21
bilangan supaya dapat difahami dengan tepat.
Contohnya : (كتب كتابا) hendaklah diterjemahkan "Dia (1L) telah menulis sebuah
buku" bukannya "Dia (1L) telah menulis buku" supaya maknanya jelas.
7.4 Apakah makna perkataan‐perkataan ini ‐ ل ), (قلم ), (ملك ( ( ?
1) ma‐li‐kun ( ملك) = "Seorang raja" 2) qa‐la‐mun ( قلم) = "Sebatang pen" 3) ja‐ma‐lun ( ل ) = "Seekor unta"
7.5 Bagaimanakah menjadikan suatu Isim Nakirah itu spesifik (yakni
diketahui)?
Dengan menambah awalan alif‐lam (ال) di depannya.
Contoh: kitābun ( كتاب) jadi al‐kitābu ( الكتاب). (Bersambung... di Pelajaran 8.0 insyaAllah)
Latihan :
7.0(a) Terjemahkan ke Bahasa Arab :
(1) Dia (1P) telah menunggang seekor unta.
(2) Adakah kamu (1L) telah makan?
(3) Ya, Saya belum* makan. (*Buat masa ini kita boleh guna frasa 'telah tidak' sebagai
'belum')
(4) Adakah seorang raja telah menunggang seekor unta?
(5) Tidak, seorang raja telah tidak menunggang.
22
7.0(b) Tuliskan, baca dan terjemahkan :
(1) رجال رجل أقتل
(2) كتابا قرأت أما
(3) ال أركبت
(4) رجل أكل
(5) ملك رجال قتل
*Katanama Umum = Isim Nakirah ( النكرة) *Katanama Fleksibel = Isim Mu'rab ( ب
(الم*Katanama Tunggal = Isim Mufrad ( (المفرد
23
PELAJARAN 8.0 Isim Makrifah
8.1 Apakah dia Isim Makrifah?
Isim Makrifah ialah lawan kepada Isim
Nakirah.
Jika Isim Nakirah ialah katanama umum yang
tidak dikenali, maka Isim Makrifah ialah
katanama yang khusus, dikenali dan tertentu
(spesifik).
Misalnya Isim Nakirah : kitābun ( كتاب ) = "sebuah buku" = "a book"
Dijadikan Makrifah dengan menambah awalan alif‐lam (ال) kepadanya :
alkitābu ( الكتاب) = "buku itu / buku tersebut" = "the book"
8.2 Apakah yang terjadi kepada tanwin pada Isim Nakirah yang dijadikan Isim
Makrifah?
Tanwinnya gugur dan diganti dengan baris tunggal sahaja.
PERHATIAN : Apabila sesuatu katanama itu diawali dengan alif‐lam maka
tanwinnya gugur dan diganti dengan satu baris tunggal sahaja. Ini adalah
kerana "alif‐lam tidak boleh berada bersama dengan tanwin di dalam satu
perkataan".
8.3 Apakah lagi Isim Makrifah selain isim yang diawali dengan alif‐lam?
Isim Makrifah tidak terhad kepada isim beralif‐lam sahaja.
Termasuk juga dalam Isim Makrifah ialah katanama Khas (nama orang, nama
tempat dan lain‐lain), gantinama diri dan beberapa jenis Isim lagi yang akan
kita pelajari di dalam pelajaran‐pelajaran akan datang, insyaAllah.
24
Contoh : Nama orang ( مد فاطمة , مح ) Nama tempat ( ة مصر , مك ) Gantinama (
أنا , هو ) dan lain‐lain...
8.4 Apakah dia syaddah?
Syaddah adalah tanda untuk menggandakan huruf. Juga dipanggil 'sabdu'.
Contoh : ( جل ) Syaddah pada huruf ro ‐‐‐> (الر ر ).
8.5 Apakah makna perkataan‐perkatan ini س ( )كرس ), (رأس ) , ( ?
1) syam‐sun ( س ) = matahari
2) ro'‐sun ( رأس) = kepala 3) ka‐sa‐ra ( كرس) = Dia (1L) telah memecah/merosakkan
Latihan :
8.0(a) Tuliskan, baca dan terjemahkan :
س (1) مس (2) الش رأس (3)أس (4) الر(5) مس رجال ضربت الش
(6) مس أضربت رأسا الش
(7) رأسا ضربت ما ال
25
8.0(b) Terjemahkan ke Bahasa Arab :
(1) Sebatang pen.
(2) Pen itu.
(3) Adakah kamu telah merosakkan pen itu?
(4) Tidak, saya telah tidak merosakkan pen itu.
(5) Seorang raja telah menunggang seekor unta.
(6) Raja itu telah menunggang seekor unta.
(7) Adakah raja itu telah menunggang seekor unta?
(8) Ya, raja itu telah menunggang seekor unta.
26
PELAJARAN 9.0 Huruf‐huruf Matahari dan Bulan
9.1 Apakah dia Huruf‐huruf Matahari dan
Bulan?
Huruf‐huruf Matahari atau Assyamsiyyah*
14 semuanya iaitu :
ن ل ظ ط ض ص ش س ز ر ذ د ث ت
Huruf‐huruf Bulan atau Alqamariyyah* 14
semuanya iaitu :
ي و ه م ك ق ف غ ع خ ح ج ب أ
9.2 Apa perbezaan huruf‐huruf Assyamsiyyah dengan Alqamariyyah?
Apabila (ال) mengawali perkataan yang bermula dengan huruf Assyamsiyyah,
'lam' tidak diberi harakah dan tidak disebutkan, sementara huruf Assyamsiyyah
itu ditasydidkan (diberi tanda syaddah).
Contoh : ( مس جل ) matahari = (الش seorang lelaki = (الر
Manakala apabila (ال) mengawali perkataan yang bermula dengan huruf
Alqamariyyah, 'lam' diberi tanda sukun (tanda mati) dan dijelaskan
sebutannya.
Contoh : ( القمر) = bulan ( الكتاب) = sebuah buku
9.3 Bagaimana caranya nak mudah mengingati senarai huruf‐huruf
Assyamsiyyah dan Alqamariyyah?
Dengan banyak membaca Al‐Quran!
Apabila kita kerap membaca Al‐Quran kita tidak perlupun menghafal yang
mana huruf Assyamsiyyah atau Alqamariyyah. Secara semulajadi kita akan tahu
membezakannya. InsyaAllah.
27
9.4 Bagaimana pula huruf alif pada aliflam?
Huruf alif pada (ال) sebenarnya ia adalah Hamzah Wasal*. Fungsi Hamzah
Wasal adalah sebagai penyambung dua perkataan dengan satu sebutan jika
ada perkataan lain yang datang sebelumnya.
Contohnya : ( جل كتب كتابا الر ) = "Lelaki itu telah menulis sebuah buku"
Hamzah Wasal tidak boleh berharakat. Namun jika (ال) berada dipermulaan
ayat, alif (Hamzah Wasal) itu dibaca dengan harakat fathah tetapi tidak ditulis.
Contoh : ( الملك) disebut almaliku = "Raja itu".
9.5 Bagaimana jika perkataan yang datang sebelum (ال), huruf terakhirnya adalah sakin (bertanda sukun)?
Umumnya huruf sakin itu diberi harakat kasrah supaya sebutannya boleh
disambungkan kepada perkataan seterusnya.
Contoh : ( كتابا البنت قرأت ) = "Anak perempuan itu telah membaca sebuah
buku".
Melainkan dengan ( من), diberi harakat fathah ( من) Contoh : ( من البيت) = "Dari rumah itu"
Latihan :
9.0(a) Berikan makna perkataan‐perkataan ini. (Boleh guna kamus) :
مس (1 الشسول (2 الرجل (3 الر الباب (4
28
الورق (5 القتال (6 المرسل (7 التاجر (8 القلم (9يف (10 الس
9.0(b) Tandakan betul atau salah. Jika salah nyatakan kesalahannya dan
betulkan.
1) كتاب مرسل كتب
2) سول ر ركبت
3) الرسول ركب ما
4) مس جال ضربت الش الر
5) جل أكلت الر
6) الباب التاجر ضرب
7) ال التاجر ركبت
*Huruf Assyamsiyyah ( مسية (الحروف الش*Huruf Alqamariyyah ( ة قمري
(الحروف ال*Hamzah Wasal ( همزة الوصل)
29
PELAJARAN 10.0 Huruf Jarr
10.1 Ulangan. Apakah dia Isim Mu'rab
ب ) ?(الم
Isim Mu'rab ialah Isim Fleksibel yang boleh
berubah hujungnya dalam tiga keadaan
mengikut peranannya di dalam ayat (Lihat
6.3, 7.1).
Contoh Nakirah : ( كتاب كتابا كتاب )
Contoh Makrifah : ( الكتاب الكتاب الكتاب )
10.2 Berikan tiga contoh ayat untuk ( القلم) "pen itu" dalam tiga keadaan
tersebut.
1. Alqalamu jamīlun ( يل القلم ) = "Pen itu cantik"
2. Kasartal qalama ( ت قلم كرسال ) = "Kamu telah merosakkan pen itu"
3. Katabtu bilqalami ( قلم كتبت بال ) = "Saya telah menulis dengan pen itu"
10.3 Apakah peranan huruf 'ba' ( ب ) pada ( قلم ?( بال
Huruf ( ب ) itu adalah sejenis 'katasendi' atau 'preposition'.
Katasendi (preposition) di dalam nahu Arab dipanggil Huruf Jarr*
30
10.4 Apakah kesan Huruf Jarr pada Isim Mu'rab yang datang selepasnya?
Isim yang datang selepas Huruf Jarr akan berbaris di bawah. Isim itu menjadi
OBJEK TIDAK LANGSUNG di dalam ayat tersebut.
Isim yang bergabung atau datang selepas Huruf Jarr dipanggil Isim Majrur*.
Gabungan Huruf Jarr dengan Isim selepasnya itu dipanggil 'Jarr dan Majrur'*.
10.5 Nyatakan beberapa contoh Huruf Jarr dan maknanya.
1. Bi ( ب) = dengan
2. Li ( ل) = bagi/untuk/milik
3. Fi ( يف) = di / dalam
4. Min ( من) = dari/daripada 5. Ila ( ke/kepada = (إ6. 'Ala ( atas/ di atas = (ع
Perhatian : ( ب) dan ( ل) hurufnya ditulis bersambung dengan Isim Majrur. Yang
lainnya ditulis berasingan.
Huruf ( ل) jika bergabung dengan isim yang ada (ال) maka alif pada alif‐lam itu
dibuang.
Contohnya <=== ل + اهللا هللا
Yang lain‐lain Huruf Jarr kita akan senaraikan kemudian.
31
10.6 Apakah makna perkataan‐perkataan ini ‐ )جلس ) , (ذهب ) , (خرج ( ?
1. kha‐ra‐ja ( Dia (1L) telah keluar = ( خرج
2. dza‐ha‐ba ( Dia (1L) telah pergi = ( ذهب
3. ja‐la‐sa ( Dia (1L) telah duduk = ( جلس
Latihan :
10.0(a) Perhatikan setiap Isim Mu'rab yang datang selepas Huruf Jarr di dalam
ayat‐ayat berikut, hujungnya berbaris bawah/kasrah ( ة Isim .( مجرور بالكرس
yang berkeadaan begini dipanggil Isim Majrur.
Terjemahkan ayat‐ayat tersebut :
1. بقلم الكتاب أكتبت
2. للطفل الطعام
3. القصر من الملك خرج
4. فاطمة ذهبت وق إ الس
5. ر الطا الغصن ع
10.0(b) Isikan tempat kosong dengan perkataan yang dicadangkan beserta
dengan Huruf Jarr yang sesuai. Kemudian terjemahkan :
1. ــ ـــــــــ زيد جلس (األرض ) 2. يارة ـــــــــــ الس (حامد ) 3. ـــــــــــ أكلت ( الملعقة ) 4. ـــــــــــ كتبت (البيت ) 5. جل ركب ال الر ــــــ ـــــ ( ( المسجد
33
PELAJARAN 11.0 Gantinama Bersambung
11.1 Apakah dia Dhomir Muttasil?
Dhomir = "Gantinama" atau "Pronoun".
Dhomir Muttasil* = "Gantinama
Bersambung" atau "Pronoun Affixes" or
"Attached Pronoun".
Dhomir Muttasil ialah Gantinama yang
bersambung pada hujung Katasendi (Huruf
Jarr) atau Katanama (Isim) atau Perbuatan
(Fi'il).
11.2 Apakah 5 Dhomir Mutassil untuk 'diri tunggal'?
1. hu ( ــه ) = dia/nya (1L). 2. ha ( ــها ) = dia/nya (1P). 3. ka ( ــك ) = kamu/mu (1L).
4. ki ( ــك ) = kamu/mu (1P).
5(a). ī ( ــي ) = saya/ku (bila bersambung dengan Huruf Jarr atau Isim).
5(b). ni ( ــني ) = saya/ku (bila bersambung dengan Fi'il).
11.3 Berikan contoh‐contoh Dhomir Muttasil yang bersambung dengan Huruf
Jarr 'li' ( ل ).
1. la‐hu ( هل) = untuknya/miliknya (1L).
2. la‐ha (هلا) = untuknya/miliknya (1P).
34
3. la‐ka ( لك) = untukmu/milikmu (1L).
4. la‐ki ( لك) = untukmu/milikmu (1P).
5. li ( ) = untukku/milikku.
Perhatikan bahawa ل hanya untuk 'ku' sahaja yang kekal berbaris kasrah, yang lainnya berbaris fathah.
11.4 Berikan beberapa contoh ayat yang menggunakan frasa‐frasa di atas.
1. أخ هل
"Baginya (1L) seorang abang/saudara lelaki".
(bermakna "Dia (1L) memiliki seorang abang/saudara lelaki").
2. أخت ـهال
"Baginya (1P) seorang kakak/saudara perempuan".
(bermakna "Dia (1P) memiliki seorang kakak/saudara perempuan").
3. أم
"Bagiku seorang ibu".
(bermakna "Saya memiliki seorang ibu").
4. ء أ
"Adakah bagiku sesuatu?"
(bermakna "Adakah aku memiliki sesuatu?").
("Have I a thing?" / "Have I anything?").
35
11.5 Bagaimanakah cara menulis/menyebut ( ــه + ع ) dan ( ــه + إ )?
'Alai‐hi ( عليه ) dan Ilai‐hi ( إليه ). Perhatikan dhomir ( ــه) dikasrahkan untuk memudahkan sebutan.
11.6 Bagaimanakah cara menulis/menyebut ( ـي + ع ) dan ( ـي + إ )?
'Alai‐ya ( ) dan Ilai‐ya ( ع .difathahkan (ـي) Dhomir .( إ
11.7 Berikan contoh Dhomir Muttasil bersambung dengan Isim.
ا ، كتابه كتايب ، كتابك ، كتابك ، كتا
Maknanya : Bukunya (1L), Bukunya (1P), Bukumu (1L), Bukumu (1P), Bukuku
Perhatian : Apabila Dhomir Muttasil bersambung dengan Isim, Dhomir tersebut
menjadi PEMILIK kepada Isim tersebut.
11.8 Berikah contoh Dhomir Muttasil bersambung dengan Fi'il.
ا ، ضربه ضربني ، ضربك ، ضربك ، ضر
Maknanya :
Dia (1L) telah memukulnya (1L).
Dia (1L) telah memukulnya (1P).
Dia (1L) telah memukulmu (1L).
Dia (1L) telah memukulmu (1P).
Dia (1L) telah memukulku.
36
Perhatian : Dhomir Muttasil berperanan sebagai OBJEK (Maf'ul bih) apabila
bersambung dengan Fi'il.
11.9 Apakah makna perkataan ini : ( أخذ)? a‐kha‐zha ( أخذ) = “Dia (1L) telah mengambil”.
Latihan :
11.0(a) Terjemahkan :
الطالب .1 كتب أ لـها أخ .23. يف الفصل ضربته
4. ا فاطمة جلست ما كرس ع
5. منك أأخذتـها
11.0(b) Pilih yang betul dan letakkan di tempat kosong. Kemudian
terjemahkan.
( قلما /قلم ) .1 لك ــــــــ
2. ( ( ملكا / ملك قتلها ــــــــ
يل ) .3 يل / ) ــــــبيتك ـــ
4. ( سه مدر سه / ( مدر ــــــــ إ ذهب
ا ) .5 ا /مدرس ( مدرس ذهبت ــــــــ إ
*Dhomir Muttasil ( ر المتصةل ما Gantinama Bersambung = (الض
37
PELAJARAN 12.0 Katanafi, Katasoal dll.
12.1 Yang manakah jawapannya yang betul?
) قلما / قلم ( ــــــــ لك )
Mesti yang berstatus SUBJEK yakni ( قلم) kerana setiap ayat perlu ada subjeknya.
Tidak boleh yang berstatus OBJEK (قلما) kerana Objek memerlukan Fi'il sedangkan di
dalam ayat itu tiada Fi'il.
Gabungan ( لك) bukanlah Subjek. Itu adalah 'Jarr dan Majrur', dimana (ل) ialah Huruf Jarr dan ( ك) adalah Dhomir Muttasil yang
menjadi Isim Majrur. Walaupun Majrur, ( ك) tidak boleh berharakat kasrah kerana ia adalah jenis Isim Mabni (yang tetap tidak boleh berubah harakatnya ‐
tidak fleksibel).
(Kita akan belajar mengenai Isim Mabni pada bab‐bab akan datang InsyaAllah)
12.2 Bagaimanakah cara menyoal "Adakah kamu memiliki sebatang pen"?
Gunakan Katasoal* ( أ ). Yakni ( .( هل ) Ataupun gunakan Katasoal .( قلم ألك Yakni ( قلم لك هل ).
12.3 Bagaimana menegatifkan ayat ( قلم لك ) agar memberi makna "Kamu
tidak memiliki sebatang pen"?
Dengan menggunakan Katanafi* 'Ma' ( ) Yakni .( ما .( قلم لك ما
Perhatian : Katanafi (ما) boleh digunakan untuk menegatifkan ayat yang
bermula dengan Fi'il Madhi atau juga 'Jarr dan Majrur'.
38
Contoh lain : ( "secara literalnya bermakna "tiada padanya sesuatu ( شيئ فيه ما
yang secara ringkasnya bermaksud "tiada" atau "tidak ada". Dalam percakapan
orang‐orang Arab sekarang kita selalu dengar mereka sebut ( ش Itu .( مافsebenarnya adalah singkatan kepada ( شيئ فيه ما ).
12.4 Apakah bezanya Katasoal ( أ) dan ( هل)? Tidak ada bezanya. Kedua‐duanya untuk soalan "adakah" yang memerlukan
jawapan "ya" atau "tidak". Kedua‐duanya boleh bertukar tempat dalam semua
keadaan melainkan ( هل) tidak boleh digunakan untuk bertanyakan ayat negatif.
Misalnya ( قلم لك ما هل ) adalah salah penggunaannya. Sebetulnya ( قلم لك أما ).
Katasoal ( هل) lebih banyak digunakan di dalam pertuturan dan tulisan di
zaman moden ini, sedangkan ( أ) lebih banyak digunakan di dalam Al‐Qur'an
walaupun ( هل) juga ada direkodkan di dalam Al‐Qur'an.
12.5 Bagaimanakah cara menyoal sesuatu dengan katasoal "apa", misalnya
"Apa ini?"
Dengan menggunakan Katasoal 'Ma' (ما). Contohya ( هذا ما ) = "Apa ini?".
( ذلك ما ) = "Apa itu?".
39
12.6 Bagaimanakah kita nak membezakan Katasoal (ما) dan Katanafi (ما)? Secara mudahnya Katanafi 'Ma' yang kita telah pelajari ianya datang sebelum
Fi'il Madhi atau 'Jar wa Majrur' untuk menegatifkannya.*
Katasoal 'Ma' (ما) digunakan untuk soalan "apa" pada Isim yang tidak
berakal.Contoh : ( "?Apa ini" = ( هذا ما
Katasoal 'Man' ( من) digunakan untuk soalan "siapa" pada Isim berakal.
Contoh : ( هذا من ) = "Siapa ini?"
Katasoal 'Ma‐dza' ( ماذا ) pula digunakan untuk soalan "apa" pada ayat yang bermula dengan Fi'il atau Huruf Jarr.
Contoh1 : ( كتبت ماذا ) = "Apa (yang) kamu (1L) telah tulis?"
Contoh2 : ( ماذا تب ـالمك ع ) = "Apa di atas meja?"
Contoh3 : ( الحقيبة يف ماذا ) = "Apa di dalam beg itu?"
(*Namun, ada beberapa pengecualian tertentu kerana Huruf 'Ma' ada beberapa makna lain yang kita
akan pelajari di peringkat pertengahan nanti).
40
Latihan :
12.0(a) Terjemahkan :
1. يارة هل س الس للمدر
2. الكتاب كتبت هل
3. يف أخذت جل من الس الر
4. الكتب أكتبت
5. ما كتاب تب ـالمك ع
12.0(b) Terjemahkan ke Bahasa Arab :
1. Adakah kereta ini milik gurumu?
2. Apa (yang) dia (1P) telah tulis di dalam buku itu?
3. Adakah kamu (1L) telah mengambil pedang itu dari lelaki itu?
4. Adakah ini beg kamu?
5. Apa di atas buku itu?
6. Siapa di dalam rumah itu?
*Katasoal ( االستفهام أدوات ) *Katanafi ( النافية الحروف ◌ )
41
PELAJARAN 13.0 Isim Ghoir Munsorif
13.1 Sekali lagi, apakah dia Isim Mu'rab?
Isim Mu'rab ialah Isim yang boleh bertanwin.
Juga dipanggil Isim Fleksibel kerana
hujungnya boleh berubah baris kepada tiga
kedudukan, bergantung kepada peranan Isim
itu di dalam ayat. Sila rujuk 6.3 dan 10.1.
13.2 Jika Isim Mu'rab ialah isim yang
fleksibel, terdapatkah juga Isim yang tidak
fleksibel?
Ya. Selain Isim Mu'rab, Isim juga dikelaskan
kepada Isim Semi‐Fleksibel dan Isim Tetap.
Boleh bertanwin adalah tanda khusus untuk Isim Mu'rob, maka dengan
sendirinya Isim Semi‐Fleksibel dan Isim Tetap (Mabni) TIDAK BOLEH
BERTANWIN.
Isim Semi‐Fleksibel dinamakan Isim Ghoir Munsorif*. Isim Tetap dinamakan
Isim Mabni*. Kita akan belajar tentang Isim Mabni di dalam bab‐bab akan
datang, InsyaAllah.
Isim Ghoir Munsorif baris hujungnya:
1) Tidak boleh bertanwin, tidak boleh berbaris di bawah.
2) Berharakat dhommah bila ia jadi SUBJEK.
3) Berharakat fathah bila ia jadi OBJEK (Maf'ul Bih).
4) Berharakat fathah juga bila ia jadi OBJEK TAK LANGSUNG (Isim Majrur).
42
Maka tanda penting Isim Ghoir Munsorif ialah hujungnya boleh berharakat
dhommah dan fathah tapi tidak boleh berharakat kasrah. Sudah tentu, ianya
tidak boleh bertanwin.
13.3 Berikan beberapa contoh Isim Ghoir Munsorif.
a) Nama Khas Perempuan seperti Maryam ( ) Su'ad ,(زينب ) Zainab ,(مر ,(سعادA'isyah ( شة .(فاطمة ) Fatimah ,(عا
b) Nama Lelaki seperti Ahmad ( د Thalhah ,(عثمان ) Uthman ,(يزيد ) Yazid ,(أزة ) Hamzah ,(طلحة ) ).
c) Nama Asing (Bukan Arab) seperti Ismail ( اعيل ) Ibrahim ,(إ
Ishak ,(إبراه .(يوسف ) Yusuf ,(يعقوب ) Yaakob ,(إسحاق )
d) Nama Tempat seperti Makkah ( ة Lubnan ,(دمشق ) Dimasqu atau Damsyik ,(مك ) Baghdad ,(نيورك ) Niyurku atau New York ,(لبنان ) .(بغداد
e) Warna dan sesetengah Katasifat sepeti merah ( ر ) hitam ,(أ malas ,(سوداء
(غضبان ) marah ,(عطشان ) dahaga ,(كسالن )f) Jamak Taksir dan lain‐lain (kita akan belajar mengenainya di dalam bab‐bab
akan datang insyaAllah)
Contoh ayat 1 : ( د جاء أ ) = "Ahmad telah datang". Pada ayat ini ( د adalah (أSubjek Pelaku (Fa'il). Ia berbaris dhommah tanpa bertanwin kerana Ghoir
Munsorif.
43
Contoh ayat 2 : ( د رأيت أ ) = "Saya telah melihat Ahmad". Di sini ( د sebagai (أObjek (Maf'ul bih) maka ianya berbaris fathah.
Contoh ayat 3 : ( د من أخذته أ ) = "Saya telah mengambilnya dari Ahmad". Di sini
pula ( د◌ أ ) selaku Isim Majrur kerana ia datang selepas Huruf Jarr. Ungkapan
( د من أ ) adalah "Jarr wa Majrur". ( د .Majrur dengan baris fathah (أ
Contoh ayat 4 : ( ة يف زينب مان عث رأى Uthman telah melihat Zainab di" = ( مك
Mekah".
Perhatikan ( عثمان) berbaris dhommah kerana ia Subjek Pelaku (Fa'il), ( زينب) berbaris fathah kerana ia Objek (Maf'ul bih). Manakala ( ة walaupun ia (مكdatang selepas Huruf Jarr, ia tidak boleh berbaris kasrah maka ia Majrur
dengan baris fathah.
Di dalam sesetengah buku, Isim Ghoir Munsorif juga dipanggil dengan nama
Mamnu' Minal Sorof*
Latihan :
13.0(a) Terjemahkan :
1. كتبت سعاد إ مر
2. وهذا يوسف أنا قال أ
3. زة ضربت أما
44
4. فاطمة من القلم أخذت
5. نيورك من أنت هل
13.0(b) Terjemahkan ke Bahasa Arab :
1. Ishak telah menulis kepada Muhammad.
2. Muhammad telah mengambil buku itu dari Ismail.
3. Saya telah melihat Zainab dan lelaki itu di Mekah.
4. Lelaki itu telah memukul Yazid.
5. Raja itu telah membunuh Zaid dan Ahmad.
13.0(c) Beri makna perkataan‐perkataan ini (boleh semak kamus):
1. qa‐ta‐la ( قتل)
2. qat‐lun ( قتل)
2. qi‐tā‐lun ( قتال)
3. qā‐ti‐lun ( قاتل◌ )
4. qa‐tī‐lun ( قتيل)
*Ghoir Munsorif ( المنصرف غري )
*Mamnu' Minal Sorof ( رف من الممنوع الص )
45
PELAJARAN 14.0 Ta Marbutah
14.1 Apakah makna perkataan‐perkataan ini
)طالب ( , ) طالبة ( , ) ذكي ( , )ذكية ( ?
"seorang pelajar lelaki" = (طالب )
"seorang pelajar perempuan" = (طالبة )
"pandai (1L)" = (ذكي )
"pandai (1P)" = (ذكية )
14.2 Apakah nama huruf terakhir pada ( طالبة) dan ( ذكية) ? Ta Marbutah*.
Ta Marbutah hanya berada di hujung perkataan. Huruf sebelumnya mesti
berharakat fathah. Ta Marbutah adalah tanda utama Isim Muannats*.
Apabila perkataan yang ada Ta Marbutah bersambung dengan Dhomir
Muttasil, Ta Marbutah itu diganti dengan Ta Maftuhah* ( ت ).
Contohnya : ( سيارة) = "sebuah kereta". ( سيارتك) = "keretamu".
14.3 Apakah itu Muannats?
Muannats ialah jantina Perempuan (Feminin).
Semua perkataan‐perkataan Arab terbahagi kepada dua jantina ( س iaitu (الجMuzakkar dan Muannats. Muzakkar ialah lelaki (maskulin) dan Muannats ialah
perempuan (feminin).
46
Secara 'default' semua perkataan adalah Muzakkar, melainkan bila wujud
padanya tanda‐tanda Muannats atau apabila ia dikategorikan sebagai
Muannats secara turun‐temurun.
14.4 Adakah semua perkataan yang ada Ta Marbutah itu adalah Muannats?
Oh tidak! Walaupun kebanyakan perkataan‐perkataan yang ada Ta Marbutah
adalah Muannats, terdapat juga perkataan‐perkataan yang ada Ta Marbutah
tetapi dari segi makna dan penggunannnya adalah Muzakkar.
Contohnya زة ( , ) معاوية ( , ) أسامة ( , )خليفة ( (
14.5 Bagaimana keadaannya apabila perkataan yang ada Ta Marbutah
bertanwin dan ianya berstatus 'Mansub' yakni misalnya menjadi OBJEK (maf'ul
bih)?
Tak perlu tambah alif selepas Fathatain. Contoh : ( طالبة) bukannya (طالبتا).
14.6 Bagaimakah cara mewakafkan (menghentikan) bacaan pada perkataan
yang hujungnya ada Ta Marbutah?
Wakafkan dengan bunyi 'ha' mati. Misalnya ( ة sayyarotun" jadi" (سري"sayyarah".
Mungkin kita perasan rata‐rata orang Arab sekarang ini apabila bercakap
mereka menghilangkan sebutan Ta Marbutah. Misalnya "sayyarotun" mereka
sebut "sayyara", "hidayah" jadi "hidaya", "Khadijah" jadi Khadija", "Fatimah"
jadi "Fatima" dan sebagainya...
Kita orang Melayu jangan terikut‐ikut 'style' orang Arab sebut begitu. Kita
hendaklah sebut perkataan sepertimana kita sebut ketika membaca Al‐Quran.
Kerana sebutan daripada bacaan Al‐Quran itulah yang seelok‐elok dan
sebenar‐benar lisan Arab dan pertuturan bahasa ibunda Rasulullah SAW.
47
14.7 Adakah tanda Muannats terhad kepada Ta Marbutah sahaja?
Tidak. Terdapat juga tanda‐tanda lain yang menunjukkan isim itu Muannats,
iaitu perkataan yang hujungnya ada Alif Maqsurah* ( ى ) atau Alif Mamdudah*
.( اء )
Contoh Muannats yang berhujung dengan Alif Maqsurah :
شفى( , )سلمى( , )أقصى( , )حلوى( )مس
Contoh Muannats yang berhujung dengan Alif Mamdudah :
) اء ( , )أ راء ( , ) ( , )صحراء قاء (
Perhatian : Sebagaimana Ta Marbutah, huruf sebelum Alif Maqsurah dan Alif
Mamdudah mesti berharakat fathah.
14.8 Berikan beberapa contoh ayat perbandingan Muzakkar dan Muannats.
Contoh 1 : ( طبيب هذا ) = "Ini seorang doktor (L)". ( طبيبة وهذه ) = "Dan ini
seorang doktor (P)".
Contoh 2 : ( ذكي الطالب ) = "Pelajar (L) itu pandai". ( ذكية الطالبة ) = "Pelajar (P) itu
pandai".
48
Contoh 3. ( الجميل التلميذ ذهب مدرسته إ ) = "Murid (L) yang kacak itu pergi ke
sekolahnya". ( التلميذة هبت ذ جميةل ال ا إ مدرس ) = "Murid (P) yang cantik itu
pergi ke sekolahnya".
Perhatian : Perhatikan apabila katanama itu Muannats maka katasifatnya
mesti juga Muannats. Apabila Subjek Muannats maka Predikat yang
menerangkannya pun mesti juga Muannats. Apabila Subjek (Fa'il) Muannats
maka Fi'ilnya juga mesti untuk Muannats.
Begitulah juga hal‐hal itu bagi Muzakkar.
Perhatian :
"Ini" (1L) ditulis (هذا) hendaklah dibaca (هاذا). "Ini" (1P) ditulis ( هذه) hendaklah dibaca ( هاذه). "Itu" (1L) ditulis ( ذلك) hendaklah dibaca ( ذالك). "Itu" (1P) ditulis ( تلك) juga dibaca ( تلك).
Latihan :
14.0(a) Tukarkan ayat‐ayat ini, yakni jika perkataan‐perkataannya Muzakkar
jadikan Muannats, atau jika Muannats jadikan Muzakkar. Kemudian
terjemahkan :
1. الفتى ذلك اسم ما
2. جديدا طالبا أرأيت
3. ضة ممر شيطة ال
49
4. ماهر مهندس األخ
5. ب أستاذك فصهل يف غا
14.0(b) Terjemahkan ke Bahasa Arab :
1. Apakah nama pelajar perempuan ini?
2. Adakah pelajar lelaki itu baru?
3. Rumahnya (1P) cantik.
4. Keretanya (1L) cantik.
5. Guru (1P) kamu (1L) pandai.
*Ta Marbutah ) ) ــة ( = )المربوطة التاء
*Ta Maftuhah ) ء ) ت (= )المفتوحة الت
*Alif Maqsurah ) ى (= )المقصورة األلف (
*Alif Mamdudah ) اء () = الممدودة األلف (
*Muzakkar ( ر Jantina Lelaki (Maskulin) = (المذك
*Muannats ( المؤنث) = Jantina Perempuan (Feminin)
50
PELAJARAN 15.0 Muannats Sama'i
15.1 Ulangan. Apakah tiga tanda‐tanda Isim
Muannats yang utama?
Ta Marbutah ( ة ), Alif Maqsurah ( ى ), Alif Mamdudah ( اء ).
15.2 Selain itu, apakah lagi tanda‐tanda
Muannats?
Perkataan yang maknanya sememangnya
merujuk kepada perempuan walaupun tanpa
tanda‐tanda Muannats seperti : ibu ( ,( أمMaryam ( ‐dan lain ( حامل ) orang yang mengandung ,( زينب ) Zainab ,( مرlain.
Selain daripada di atas, terdapat perkataan‐perkataan lain yang diterima
sebagai Muannats berdasarkan kepada penggunaan turun‐temurun. Ianya
dipanggil Muannats Sama'i* . Ini termasuklah :
1. Anggota‐anggota badan yang berpasangan : mata ( عني), kaki ( رجل), telinga .dan lain‐lain (أذن )
2. Kebanyakan nama‐nama tempat, negara dan kaum : Makkah ( ة Mesir ,(مك
.dan lain‐lain (قريـش ) Quraisy ,(مصر )
3. Lain‐lain : bumi ( أرض), matahari ( س ), angin ( ريح), cawan ( كأس), api ( نار), arak ( ر ), perang ( حرب) dan lain‐lain. 4. Semua huruf‐huruf abjad Arab adalah Muannats.
51
15.3 Adakah terdapat Isim yang dari segi penggunaannya boleh dua‐dua
Muzakkar dan Muannats?
Ya. Terdapat beberapa Isim yang digunakan untuk kedua‐dua Muzakkar dan
Muannats, seperti :
Negeri ( بدل), pasar ( سوق), ruh ( روح), jiwa( نفس), keadaan ( حال), jalan ( طريق), jari ( إصبع) dan lain‐lain.
15.4 Apakah makna perkataan ini : ( مع ) ?
Makna ( مع ) ialah "bersama".
Contoh : ( سول مع الر ) = "bersama rasul itu"
15.5 Apakah kesannya perkataan yang datang selepas ( مع) ?
Sama kesannya seperti Huruf Jarr. Yakni perkataan yang datang selepasnya
menjadi Majrur.
Jika perkataan itu Mu'rab hujungnya jadi berharakat kasrah (baris di bawah).
Jika Ghoir Munsorif, hujungnya berharakat fathah (baris di atas).
Latihan :
15.0(a) Ayat‐ayat berikut mungkin mengandungi beberapa kesalahan.
Perbetulkan dan lengkapkan barisnya. Kemudian terjemahkan :
1. جديدة طالب أنا .خديحة إسم
2. أمها مع مر أكل
3. المسجد ا الجمهل الرجل ركبت
52
4. معها الكتابه أخذ هل
5. الرجل هذه الشمس ضرب
15.0(b) Perkataan‐perkataan berikut terdapat di dalam Al‐Quran. Terjemahkan
maknanya kemudian tandakan (L) jika ia Muzakkar atau (P) jika ia Muannats.
أقصى .1
القمر .2
ر .3
النجم .4
الجبل .5
بئر .6
طاغوت .7
خزب .8
سبيل .9
سحاب .10
*Muannats Sama'i ( ماعي المؤنث الس )
53
PELAJARAN 16.0 Zharaf
16.1 Apakah dia Zharaf?
Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang
menjelaskan mengenai masa atau tempat
berlakunya sesuatu keadaan atau
perbuatan. Terbahagi dua :
Zharaf Zaman* ialah Kata Keterangan
mengenai masa.
Zharaf Makan* ialah Kata Keterangan
mengenai tempat.
16.2 Berikan beberapa contoh Zharaf Zaman.
1. Hari ( يوم). Contohnya : ( جو بارد اليوم ال )
"Cuaca hari ini dingin".
2. Malam ( ليل). Contohnya : ( ليال رجعت )
"Saya telah pulang di waktu malam".
3. Pagi ( صباح). Contohnya : ( المعلم أمام صباحا ادلرس قرأت )
"Saya telah membaca pelajaran itu di waktu pagi di depan guru itu".
(Kita akan bincangkan dengan lanjut mengenai Zharaf Zaman pada bab‐bab yang akan datang,
InsyaAllah)
54
16.3 Berikan beberapa contoh Zharaf Makan.
Depan ( أمام), belakang ( خلف), belakang ( وراء), atas ( فوق), bawah ( تحت), bersama ( مع), di sisi ( عند), di antara ( بني), kanan (يمينا), kiri ( اال ), kiri (سارا ),
timur (شرقا), barat (با ), utara ( اال ), selatan ( اجنوب ) dan lain‐lain.
Beberapa contoh ayat :
1) األستاذ أمام التلميذة جلست
"Murid perempuan itu telah duduk di hadapan ustaz itu".
2) شجرة تحت جلست
"Saya telah duduk di bawah sebatang pokok"
3) أكلت ها مع مر أم
"Maryam telah makan bersama ibunya"
16.4 Apakah status (keadaan) semua Isim Zharaf di dalam contoh ayat‐ayat di
atas?
Perhatikan semua Zharaf berkenaan hujungnya berharakat fathah. Keadaan
begini dikatakan berstatus Mansub*.
16.5 Bagi perkataan‐perkataan yang datang selepas Zharaf, apakah
statusnya?
Isim yang datang selepas Zharaf dan membentuk ungkapan (frasa) bersamanya
adalah berstatus Majrur (yakni jika Isim itu Mu'rab, hujungnya berbaris kasrah,
jika Ghoir Munsorif hujungnya berbaris fathah).
Keadaan ini samalah seperti 'Jarr wa Majrur' (lihat 10.3)
55
Kesimpulannya dari contoh‐contoh di atas ‐ Zharaf berstatus Mansub dan Isim
selepasnya berstatus Majrur. Kedua‐duanya dikatakan sebagai 'Zharaf wa
Majrur'.
16.6 Apakah panggilan lain kepada 'Jarr wa Majrur' dan 'Zharaf wa Majrur'?
Syibhu Jumlah*
Syibhu Jumlah adalah panggilan kepada 'Jarr wa Majrur' atau 'Zharaf wa
Majrur'. Syibhu Jumlah secara literalnya bermakna 'laksana ayat' atau 'seperti
ayat' kerana ia bukanlah ayat penuh tetapi berperanan seolah‐olah ayat
penuh.
Contoh Syibhu Jumlah daripada ayat‐ayat di atas ialah :
ها مع ( ، )شجرة تحت (، )األستاذ أمام ( )أم
16.7 Adakah di dalam semua keadaan Zharaf Makan berstatus Mansub?
Oh tidak! Kebiasaannya Zhorof di dalam ayat berstatus Mansub. Melainkan
terdapat beberapa Isim Zharaf yang boleh bergabung dengan Huruf Jarr
sebelumnya, maka ia jadi Majrur.
Contohnya : مال عن ( )شرق يف ( ، )تحت من ( ، )الش dan sebagainya.
Contoh ayat : ( عند من كل قل اهللا )
Zharaf Zaman dan Zharaf Makan juga dikenali sebagai Maf'ul Fih*.
56
Latihan :
16.0(a) Isikan tempat kosong dengan Zharaf yang sesuai, kemudian bariskan
ayat dengan lengkap dan terjemahkan :
1. األمام ـــــــــ المأموم قام
2. وأكلت أخذت نعم . ك ــــــ خزبا أخذت هل
3. الطاوةل ــــــــ الـهرة جلست
4. اال نظرت ـــــــــ نظرت
5. الحديقة ووراءه المسجد ــــــــ بيتي
16.0(b) Terjemahkan ke Bahasa Arab dengan berbaris lengkap.
1. Imam itu telah berdiri di hadapan Ahmad.
2. Adakah kamu telah membawa buku itu bersamamu?
3. Kucing itu telah duduk di bawah kerusi.
4. Pelajar itu telah melihat ke kiri kemudian dia telah melihat ke kanan.
5. Rumahnya (1P) di hadapan pasar itu.
*Isim Zharaf ( الظرف) *Zharaf Zaman ( مان ظرف الز )
*Zharaf Makan ( المكان ظرف )
*Mansub ( المنصوب◌ ) *Syibhu Jumlah ( الجمةل شبه )
*Maf'ul Fih ( فيه المفعول )
57
PELAJARAN 17.0 Rasulullahi ملسو هيلع هللا ىلص
17.1 Apakah makna ungkapan‐ungkapan ini
رسول ( بيت (، )اهللا كتاب ( ، )اهللا ، )زيد بيت (، )اهللا
؟ )كتاب الطالب (
a. ( رسول اهللا ) = "pesuruh Allah"
b. ( بيت اهللا ) = "rumah Allah"
c. ( كتاب اهللا ) = "kitab Allah"
d. ( زيد بيت ) = "rumah Zaid"
e. ( الطالب كتاب ) = "buku pelajar itu"
17.2 Apakah persamaaan‐persamaan yang ada pada ungkapan‐ungkapan di
atas?
1. Terbentuk dari dua perkataan (yakni gabungan dua Isim).
2. Isim Pertama asalnya Nakirah, boleh bertanwin tetapi tanpa tanwin dan
tanpa alif‐lam (ال). 3. Isim Kedua semuanya Majrur (berbaris kasrah) dan Makrifah.
4. Isim Pertama 'dimiliki' atau 'disandarkan' kepada Isim Kedua, di mana kita
boleh tafsirkan makna‐makna seperti berikut :
a. ( اہلل رسول ) = "pesuruh 'milik' Allah"
b. ( اہلل بیت ) = "rumah 'milik' Allah"
c. ( اہلل كتاب ) = "kitab 'milik' Allah"
d. ( زید بیت ) = "rumah 'milik' Zaid"
e. ( الطالب كتاب ) = "buku 'milik' pelajar itu"
58
Isim Pertama dipangil Mudhof* dan Isim Kedua dipanggil Mudhof Ilaih*.
17.3 Bolehlah Isim Pertama (Mudhof) beralif‐lam?
Umumnya tidak boleh. Walaupun tanpa alif‐lam, Mudhof dianggap Makrifah
jika Isim kedua (Mudhof Ilaih) adalah Makrifah. Keseluruhan ungkapan itu
dikira Makrifah jika Mudhof Ilaih adalah Makrifah.
17.4 Bolehkah Isim Kedua (Mudhof Ilaih) Nakirah?
Boleh. Tetapi kebiasaannya Mudhof Ilaih adalah Makrifah. Jika Mudhof Ilaih
Nakirah, maka keseluruhannya juga adalah Nakirah.
17.5 Bagaimana pula dengan 'status' Isim Pertama yakni Mudhof?
Jika tiada apa‐apa sebelumnya, Mudhof adalah dalam keadaan asli iaitu
Marfu'* yakni hujungnya barharakat dhommah.
Begitu juga jika ia adalah Subjek, statusnya adalah Marfu'.
Contoh : ( رسول قال اهللا ) = "Rasulullah telah berkata..."
Jika ia sebagai Objek (Maf'ul bih), maka statusnya adalah Mansub.
Contoh : ( رسول أطعت اهللا ) = "Saya telah mentaati Rasulallah"
Manakala jika sebelumnya ada Huruf Jarr maka ia menjadi Majrur.
Contoh : ( برسول آمنت اهللا ) = "Saya telah beriman dengan Rasulillah"
17.6 Adakah 'Mudhof Ilaih' mesti Majrur?
Ya. Mudhof Ilaih MESTI Majrur.
59
Sebagaimana juga Isim Kedua pada Syibhu Jumlah ('Jarr Wa Majrur' dan
'Zharaf Wa Majrur'), Mudhof Ilaih mesti Majrur.
Jika Isimnya Mu'rab, ia Majrur dengan kasrah. Jika Ghoir Munsorif, ia Majrur
dengan fathah.
Ungkapan Mudhof dan Mudhof Ilaih dipanggil Idhofah*
Latihan :
17.0(a) Ayat‐ayat berikut mungkin mengandungi beberapa kesalahan.
Perbetulkan dan lengkapkan barisnya. Kemudian terjemahkan :
1. اهللا رسول البيت ع بكر أبو ذهبت
2. اهللا رسول بن فاطمة
3. مكسور الطالب مسطرة
4. حسنة عثمان أخت األخالق
5. السيارة باب يوسف فتحت
17.0(b) Terjemahkan ke Bahasa Arab :
1. Saya telah pulang dari Makkah Al‐Mukarramah
2. Rumah Rasulullah di hadapan rumah Fatimah.
3. Ini kunci kereta kamu dan ini beg kamu.
4. Adakah kamu telah pergi ke rumah guru (P) itu?
5. Tidak, saya telah tidak memakan roti kamu.
61
PELAJARAN 18.0 Idhofah
18.1 Apakah dia Idhofah?
Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang
terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim
Pertama dikenali sebagai Mudhof. Isim
Kedua pula dikenali sebagai Mudhof Ilaih.
Mudhof disandarkan kepada Mudhof Ilaih.
Mudhof maknanya ialah 'Yang disandarkan'
atau 'Yang dimiliki'.
Mudhof Ilaih maknanya ialah 'Penyandar'
atau 'Pemilik'.
Idhofah dari segi bahasa maknanya ialah "penambahan" (addition, annexation,
attachment).
18.2 Berikan beberapa contoh Idhofah.
1. ( د كتاب أ )
"Buku Ahmad" atau "Buku (milik) Ahmad".
2. ( الطالب كتاب )
"Buku pelajar itu" atau "Buku (milik) pelajar itu".
(كتابه ) .3"Bukunya" atau "Buku miliknya".
62
Pada contoh‐contoh di atas, ( كتاب) adalah Mudhof. Asalnya Nakirah, tidak
boleh bertanwin dan tidak boleh beralif‐lam. ( كتاب) menjadi Makrifah kerana
'disandarkan' kepada Mudhof Ilaih iaitu ( د (أ , )الطالب ( , dan . )ــه (
Perhatikan bahawa semua Mudhof Ilaih pada contoh‐contoh di atas adalah
Majrur. Syarat utama Idhofah ialah Mudhaf Ilaih MESTI Majrur.
"Ahmad" ( د majrur dengan fathah kerana ia adalah Isim Ghoir Munsorif (أ
(lihat 13.1).
"Pelajar itu" ( الطالب) majrur dengan kasrah kerana ia adalah Isim Mu'rab (lihat
10.1 ).
"...nya" ( ــھ) majrur tanpa perubahan (yakni tetap) dengan dhommah ‐ kerana
ia Isim Mabni (tetap).
18.3 Adakah Mudhof Ilaih mesti Makrifah?
Tidak semestinya. Mudhof Ilaih boleh Nakirah dan juga boleh Makrifah.
Contoh : ( طالب كتاب ) = "Buku pelajar" adalah umum,
sementara ( الطالب كتاب ) = "Buku pelajar itu" adalah khusus.
Jika Mudhof Ilaih nakirah maka keseluruhan Idhofah itu adalah Nakirah. Begitu
juga, jika Mudhof Ilaih makrifah maka keseluruhan Idhofah adalah Makrifah.
63
18.4 Adakah Idhofah hanya menunjukkan makna 'pemilikan' yakni Mudhof
'milik' Mudhof Ilaih?
Tidak semestinya sedemikian walau sebahagian besarnya begitu. Idofah juga
menunjukkan penisbahan atau penyandaran yang kita boleh tafsirkan makna
'daripada' dan juga 'untuk'.
Contoh 1 ( الخشب باب ) = "Pintu kayu itu". Ini tidak boleh ditafsirkan bermakna
"Pintu (milik) kayu itu".
Tetapi maknanya ialah "Pintu (daripada) kayu itu".
Contoh 2 ( جان القهوة فن ) = "Cawan kopi" yakni maknanya "Cawan (untuk) kopi".
18.5 Bolehkah Idhofah berkait, yakni terdiri lebih daripada satu Mudhof dan
Mudhof Ilaih?
Ya boleh. Contohnya : ( فة باب المدرسة مدير ) "Pintu bilik guru besar sekolah itu"
1. Mudhof = ( باب), Mudhof Ilaih = ( فة )
2. Mudhof = ( فة ), Mudof Ilaih = ( مدير)
3. Mudhof = ( مدير), Mudhof Ilaih = ( المدرسة)
Hanya ( باب) berperanan sebagai Mudhof sahaja. Hanya ( المدرسة) berperanan sebagai Mudhof Ilaih sahaja. Manakala ( فة ) dan ( مدير) masing‐masing
mempunyai dua peranan serentak sebagai Mudhof dan Mudhof Ilaih. Di mana
semuanya menepati :
64
Syarat Mudhof :
1. Tidak boleh bertanwin
2. Tidak boleh beraliflam.
Syarat Mudof Ilaih :
1. Mesti majrur (eg. hujung berbaris di bawah)
18.6 Bolehkah perkataan lain berada di tengah‐tengah antara Mudhof dan
Mudhof Ilaih?
Tidak boleh. Melainkan Isim Isyarah* (... هذه ، هذا ) ataupun Isim yang
berperanan sebagai Mudhof Ilaih dan Mudhof sahaja sebagaimana contoh di
atas.
Contoh : ( الطالب هذا كتاب ) "Buku pelajar ini".
Sekiranya Mudhof Ilaih bagi Idhofah itu adalah Dhomir Muttasil, maka Isim
Isyarah itu boleh diletakkan selepasnya.
Contoh : ( هذا كتابه ) = "Bukunya ini".
Latihan :
18.0(a) Lengkapkan baris ayat‐ayat berikut dan terjemahkan :
1. الملك حارس ع الخشب باب وقع
2. حصني مطعم يف الملك ابن مع أكلت
3. المدير سيارة شباك العامل صلح
4. سليمان عم ابن بيت سقف ذلك
65
5. مغلق المكتب درج
18.0(b) Terjemahkan ke Bahasa Arab, lengkap dengan baris :
1. Ahmad telah makan bersama rakannya di kantin sekolah.
2. Saya telah membaiki tingkap rumah itu.
3. Anak perempuan bapa saudara Hamzah namanya Zainab.
4. Pintu masjid itu terbuka.
5. Tingkap perpustakaan itu tertutup.
*Isim Isyarah ( اء شارة أ اإل )
66
PELAJARAN 19.0 I'rab pada Isim
19.1 Apakah dia I'rab?
I'rab ialah perubahan pada hujung
perkataan, bergantung kepada peranan atau
fungsi perkataan itu di dalam ayat.
Dalam pelajaran yang terdahulu (lihat 10.1),
kita telah beberapa kali membincangkan
tentang Isim Mu'rab yang boleh berubah
hujungnya kepada tiga keadaan mengikut
peranannya di dalam ayat. Perubahan inilah
yang dikatakan I'rab*.
19.2 Apakah tiga keadaan I'rab pada Isim?
Tiga keadaan I'rab tersebut iaitu :
1. Rafa' ( فع (الر
2. Nasab ( النصب)
3. Jarr ( جر (ال
Manakala :
1. Isim yang berkeadaan Rafa' dipanggil Isim Marfu' ( المرفوع).
2. Isim yang berkeadaan Nasab dipanggil Isim Mansub ( المنصوب).
3. Isim yang berkeadaan Jarr dipanggil Isim Majrur ( المجرور).
67
19.3 Apakah tanda‐tanda asas Rafa', Nasab dan Jarr pada Isim Mu'rab?
Tanda‐tanda asas itu ialah baris hujungnya iaitu :
1. Dhommah = tanda Rafa' bagi Isim Marfu'.
2. Fathah = tanda Nasab bagi Isim Mansub.
3. Kasrah = tanda Jarr bagi Isim Majrur.
19.4 Apakah I'rabnya Isim di dalam keadaan aslinya?
Isim di dalam keadaaan asalnya yakni jika ia bersendirian tanpa berada
bersama perkataan‐perkataan lain ialah Marfu'. Contoh Isim Marfu' ialah :
( د ، محم كثرية ، كثري ، الكتاب ، كتاب ، مر )
19.5 Apakah contoh keadaan Isim dalam ayat yang menjadikan ia kekal
Marfu'?
Yang utamanya Isim itu Marfu' apabila ia berperanan sebagai Subjek, Predikat,
Kata Sifat (adjective) dan beberapa keadaan lagi.
19.6 Apakah contoh keadaan Isim dalam ayat yang menjadikan ia Mansub?
Paling utama sebagaimana yang kita telah pelajari Isim itu Mansub apabila ia
menjadi Objek (Maf’ul bih) (lihat 6.4), kemudian sebagai Zharaf (lihat 16.4).
Dan beberapa keadaan lain kita akan pelajari kemudian.
Contoh Isim Mansub ialah :
( دا ، محم كثرية ، كثريا ، الكتاب ، كتابا ، مر )
68
19.7 Apakah contoh keadaan Isim dalam ayat yang menjadikan ia Majrur?
Sebagai Objek Tidak Langsung dalam 'Jarr wa Majrur' (lihat 10.3), 'Zharaf wa
Majrur' (lihat 16.4) dan sebagai 'Mudhof Ilaih' dalam Idhofah (lihat 18.1).
Contoh Isim Majrur ialah :
( د ، محم كثرية ، كثري ، الكتاب ، كتاب ، مر )
Fahami dan hafalkan istilah Rafa', Nasab, Jarr, Marfu', Mansub dan Majrur
semantap‐mantapnya sebelum kita beralih ke pelajaran berikutnya.
Latihan :
19.0(a) Lengkapkan baris ungkapan/ayat berikut, tandakan semua Isim Marfu'.
Terjemahkan :
1. اإلسالم ديني
2. مكسورة البنت ساعة
3. يل الواسع زيد بيت
4. اطمةف من أكرب عائشة
5. عذب البئر ماء
19.0(b) Lengkapkan baris ungkapan/ayat berikut, tandakan semua Isim
Mansub. Terjemahkan :
1. به وكتبت القلم أخذت
69
2. المسجد يف الصالح الرجل هذا رأيت
3. علما وزاده فيه اهللا بارك
4. الرسول قصص قرأت
5. اللنب الودل شرب
19.0(c) Lengkapkan baris ungkapan/ayat berikut, tandakan semua Isim Majrur.
Terjemahkan.
1. الطعام أختي طبخت
2. الورقة ع الـهاتف رقم كتبت
3. دراجته الودل ركب
4. اطمةف من أكرب عائشة
5. فيك اهللا بارك صالحة امرأة أنت
*I'rab ( اب (اإل
70
PELAJARAN 20.0 Sifah dan Mausuf
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf?
Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan
kualiti atau sifat kepada Isim yang datang
sebelumnya. Isim yang diterangkan
kualitinya oleh Sifah itu dipanggil Mausuf*
(Yang disifatkan).
Ungkapan (frasa) 'Sifah dan Mausuf' juga
dipanggil Murrokab Tausifi*.
20.2 Berikan beberapa contoh 'Murokkab
Tausifi' atau frasa 'Sifah wa Mausuf'.
1. ( واسع بيت ) = "Sebuah rumah yang luas"
2. ( يارة جديدة السال ) = "Kereta baru itu"
3. ( صالح ودل ) = "Seorang anak lelaki yang baik"
Pada contoh‐contoh di atas ( يارة ، بيت ودل ، الس ) adalah Mausuf.
Manakala ( جديدة ، واسع صالح ، ال ) adalah Sifah.
20.3 Sifah menuruti Mausuf. Apakah ciri‐ciri yang mesti diikuti oleh Sifah
terhadap Mausuf?
Empat ciri yang mesti diikuti ialah :
1. Nakirah / Makrifah.
71
Jika Mausuf Nakirah, Sifah pun mesti Nakirah juga. Begitulah sebaliknya.
Contoh : ( جديد طالب ) dan ( الجديد الطالب )
2. Muzakkar / Muannats.
Jika Mausuf Muzakkar, Sifah pun mesti Muzakkar juga. Begitulah sebaliknya.
Contoh : ( جديد طالب ) dan ( جديدة طالبة ).
3. I'rabnya (rafa'/ nasab / jarr)
Contoh1 : ( الجديد الطالب رأيت ) = "Saya telah melihat pelajar baru itu".
Contoh2 : ( الجديد الطالب مع أكلت ) = "Saya telah makan bersama pelajar baru
itu".
4. Bilangan (Mufrad/ Mutsanna / Jama')
Contoh : ( ب جدد طال ) = "Pelajar‐pelajar baru" ‐ Kita akan bincang dengan lebih
lanjut lagi mengenai bilangan dalam bab‐bab akan datang. InsyaAllah.
20.4 Bolehkan Mausuf mempunyai lebih daripada satu Sifah?
Ya Boleh. Sifahnya boleh berturutan selepas Mausuf.
Contoh : ( جديدة الطالبة ال جميةل
ها ال زينب ا ) = "Pelajar perempuan yang baru
yang cantik itu namanya Zainab".
Contoh daripada Al‐Quran :
( القدوس الملك هو الم مؤمن السمهيمن ال
جبار العزيز ال ال متكرب
ال )
72
20.5 Bolehkah Isim yang menjadi Mudhof mempunyai Sifah?
Ya boleh. Sifah kepada Mudhof tersebut hendaklah datang setelah 'Mudhof
Ilaih' kerana Mudhof dan 'Mudhof Ilaih' mesti bersebelahan, tidak boleh ada
sebarang perkataan lain di antara keduanya.
Contoh : ( الجديد المدرسة طالب ) = "Pelajar baru sekolah itu".
20.6 Bagaimana pula jika kita hendak mengatakan "Pelajar sekolah baru itu"?
Katalah : ( الجديدة المدرسة ب طال ) = "Pelajar sekolah baru itu".
Perhatian : Istilah "Sifah dan Mausuf" juga dikenali dengan nama "Na'at dan
Man'ut"*.
Latihan :
20.0(a) Ayat‐ayat berikut mungkin terdapat beberapa kesalahan yang nyata.
Perbetulkan dan kemudian terjemahkan :
1. للتاجر جديد السيارة هذا
2. طبخ يذ طعام مر ذل
3. حامد أخت صغري الفتاة ذلك
4. امرأة تلك ودل أم الطويةل
5. د ذهبت أ شفى إ مريض زميهل لـزيارة المس
73
20.0(b) Terjemahkan ke Bahasa Arab :
1. Rumah kamu yang baru itu besar.
2. Muhammad telah pergi ke masjid baru itu dengan basikal barunya.
3. Masjid baru itu di depan sekolah baru itu.
4. Jururawat (P) yang rajin itu telah pulang dari hospitalnya.
5. Kucing itu telah memakan roti sedap itu.
*Sifah ( فة (الص*Mausuf ( الموصوف) *Murrokab Tausifi ( التوصيفي المركب )
*Na'at dan Man'ut ( والمنعوت النعت )