ISL:Pengaruh baka/ genetic dan persekitaran ke atas anak kembar
Kesan Baka Ke Atas Perkembangan Manusia
Kesan baka ke atas perkembangan adalah hasil daripada daya usaha seorang paderi Austria yang
bernama Gregor Mendel (1857). Eksperimen-eksperimen beliau di dalam kebunnya di Broneo
mengenai “swee peas” telah merintiskan jalan kepada ilmu genetik Prinsip-prinsip kesan baka ke
atas perkembangan yang dikemukakan adalah ciri-ciri yang diwarisi hasil daripada gen-gen yang
diperturunkan tanpa pertukaran daripada satu generasi ke satu generasi. Dalam setiap individu
gen-gen ini adalah berpasangan dan di mana dua gen dalam satu pasang itu berlainan kesannya
satu gen dominan menindasi yang lemah yang dipanggil gen resesif.Gen adalah penentu utama
dalam perwarisan ciri-ciri biologi. Perkembangan manusia yang dipengaruhi oleh kesan baka
adalah seperti berikut:
Fizikal
Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-
pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga pekerjaan, baka
merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Biasanya
anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-
anak ibu bapa yang kecil. Teori biologi William H. Sheldom dalam Mohammad Aziz Shah
(1924:73) mengkategorikan tiga jenis bentuk badan iaitu endomorf, ektomorf dan mesomorf.
Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang
atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga memainkan
peranan penting.
Kajian Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) mendapati
kanak-kanak yang kembar seuri mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan
kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain
uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan
perkembangan individu.
Mental /Kognitif (Kecerdasan)
Perkembangan mental seseorang itu banyak dipengaruhi oleh faktor baka. Kecerdasan tinggi atau
rendah, biasanya telah ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Walau
bagaimanapun pengaruh persekitaran tidak kurang pentingnya. Kajian-kajian tentang kecerdasan
menunjukkan bahawa nisbahnya ialah baka 51% dan persekitaran 40%. Setiap individu
dilahirkan mewarisi beberapa ciri dari kedua ibu bapa serta saudara sedarah sebelumnya.
Adakalanya anak-anak tidak banyak mewarisi ciri-ciri daripada ibu bapanya tetapi apabila
dikesan, dia lebih mirip kepada nenek atau moyangnya. Begitu juga dengan aspek intelek, yang
mana sebahagiannya diwarisi. Baka menentukan had kecerdasan seseorang, namun begitu
Anastasi (1958) dalam Tang Chee Yee (1990) mengatakan bahawa tidak ada gunanya kita
berbahas yang mana faktor yang lebih penting dalam proses perkembangan. Yang pentingnya
ialah kita mesti membincangkan bagaimana kedua-dua faktor persekitaran dan baka dalam
proses perkembangan manusia.
Ahli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan seperti Alfred Binet (1857-1911), Theodore
Simon (1873-1961), dan Guilford dalam Ramlah Jantan dan rakan (2004) percaya bahawa
kecerdasan adalah diwarisi dan percaya bahawa kecerdasan tidak dapat dipertingkatkan melalui
pengajaran, Borich dan Tombari, (1997). Pendapat mereka ini tidak dipersetujui oleh ahli
psikologi yang mengkaji kecerdasan dari tradisi revisionist seperti Howard Gardner (1983) dan
Sternberg (1985) yang mengatakan kecerdasan yang diwarisi boleh dipertingkatkan melalui
pembelajaran .
Mental /Kognitif (Kecacatan mental)
Kecacatan mental juga disebabkan oleh perwarisan genetik, misalnya ketololan (idiocy) kedua-
dua ibu bapa terjadi apabila ibu dan bapa ini mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Penyakit
phenylkeyonuria oleh kekurangan enzim yang menyebabkan penghasilan kimia beracun di dalam
badan yang akhirnya merosakkan mental kanak-kanak, Tang Chee Yee (1990:34).
Kajian juga mendapati sebahagian daripada kecacatan mental adalah diwarisi. Contohnya,
penyakit Tay-Sachs, dikaitkan dengan gen resesif yang diterima oleh anak daripada ibu atau
bapa. Tay-Sachs adalah berkaitan dengan masalah kecelaruan enzim, menyebabkan otak tidak
berupaya memecahkan lemak tertentu. Bila keadaan berterusan, menghalang pemindahan
maklumat oleh saraf dan menyebabkan kerosakan sel otak. Individu yang mengidap penyakit
Tay–Sachs biasanya meninggal dunia sebelum umur 3 tahun.
Mental /Kognitif(Down Syndrome dan Sindrom anak menggoloid)
Penyakit tersebut disebabkan oleh pembahagian dan percantuman sel yang tidak sempurna
semasa meiosis, Lefrancois (1999). Sindrom ini berlaku satu dalam setiap 680 kelahiran.
Kebanyakan kanak-kanak sindrom ‘down’ adalah terencat akal, pendek dan otot-ototnya lembik.
Salah satu faktor kecacatan baka ialah umur ibu atau bapa yang terlalu tua. Oleh kerana itulah
wanita yang telah melebihi umur 40 tahun tidak digalakkan hamil.
Mental /Kognitif (Phenylketonuria, PKU)
Phenylketonuria adalah kecelaruan genetik yang dikaitkan dengan kehadiran dua gen resesif.
Individu yang mengidap penyakit PKU, enzim di hatinya yang bertanggungjawab memecahkan
”phenylalanine” kepada bahan protein kegunaan tubuh tidak ada atau tidak aktif. Ini
menyebabkan kerosakan pada sistem saraf dan kecacatan mental. Tapi pada hari ini, bayi-bayi
yang menghidap PKU diberi pemakanan khas dan boleh mengatasi masalah kekurangan enzim
tersebut (Ramlah Jantan dan Mahani Razali 2004:25)
Penyakit kebakaan (Hemophilia)
Penyakit-penyakit kebakaan lebih banyak diturunkan melalui kromosom X. Antaranya
Hemophilia iaitu sejenis kelainan sel darah. Mangsa hemophilia tidak mempunyai bahan
pembeku di dalam sel darahnya, iaitu AHG. Pendarahan yang dialaminya tidak berhenti kerana
pembekuan pada tempat luka tidak terjadi.
Rabun warna
Mata mengandungi pigmen-pigmen warna merah, hijau dan biru. Kelainan dan kekurangan
pigmen ini akan mengakibatkan rabun warna. Rabun warna yang kerap dihidapi ialah merah dan
hijau. Lelaki jauh lebih kerap mengalaminya dari kaum perempuan.
Muscular Dystrophy
Muscular dystrophy ialah keadaan otot-otot menjadi lemah dan lama kelamaan tidak boleh
berfungsi. Penyakit ini boleh berlaku pada peringkat kanak-kanak umur 4 hingga 10 tahun, iaitu
pada anak lelaki. Jenis kedua melibatkan kanak-kanak remaja dibahagian muka dan lengan.
Pengidap penyakit ini merasa lemah otot-ototnya yang jelas kelihatan bila berjalan.
Kekurangan Enzim G6PD
Gen yang terdapat pada kromosom X yang mengawal penghasilan enzim G6PD sangat rendah
parasnya. Enzim ini terlibat dalam pemecahan (metabolisma) karbohidrat untuk mengekalkan
stabiliti sel-sel darah merah. Pengidap penyakit ini terdedah kepada anemia.
Talasemia
Talasemia ialah sejenis anemia yang diwarisi oleh sebilangan kecil orang-orang keturunan
Mediterranean dan timur. Tanda-tanda penyakit ini kekuningan kekuningan kulit dan mata putih,
demam, lemah, lesu serta tidak selera makan. Penyakit ini biasanya disedari apabila bayi
berumur 3 hingga 4 bulan. Bayi akan terbantut pertumbuhan dan perkembangannya malah boleh
membawa maut jika tidak dirawat. Pertukaran darah diperlukan selalu oleh pesakit berpenyakit
ini.
Kerdil (Dwarfism)
Kerdil berlaku pada kadar 1 :1000. ’Cartilage’ yang biasanya terdapat pada tulang-tulang kaki
dan tangan tidak lengkap kejadiannya. Pertumbuhan tulang yang sedang berlaku terbantut
menyebabkan tangan dan kaki pengidapnya pendek.
Sindrom Edwards dan Sindrom Patau
Lain-lain penyakit kebakaan ialah seperti Sindrom Edwards dan Sindrom Patau. Pengidap hanya
boleh hidup 3 hingga 4 bulan. Kecacatan yang teruk berlaku dari segi mental dan fizikal.
Kepalanya lonjong dan kecil, telinganya cacat, dagu dan mulutnya kecil (Surina Sangari
1989:14).
Sahsiah
Kajian juga mendapati sahsiah juga adalah diwarisi daripada ibu atau bapa melalu baka. Helen
Bee (1995), mengatakan temperamen iaitu tret–tret personaliti adalah diwarisi daripada ibu bapa
dan akan kekal pada individu sepanjang hayatnya. Kajian Loehlin, 1992, Plomin, 1994 dalam
(Shaffer, 1999) juga mendapati sebahagian besar dimensi personaliti adalah mewarisi baka.
Contohnya personaliti ekstrovert, di mana seseorang lebih suka bersosial dan selalu gembira; dan
introvert di mana individu biasanya pemalu, suka menyendiri dan kurang selesa bergaul dengan
ramai orang.
Temperamen yang diwarisi akan mempengaruhi cara individu bertindak kepada persekitarannya
turut mempengaruhi cara bagaimana orang lain dan persekitaran bertindak balas terhadap
individu. Maksudnya, terdapat tindak balas terhadap individu iaitu tindak balas dua hala.
Contohnya, kanak–kanak yang suka bergaul akan mencari kawan yang suka bergaul, mereka
yang suka bergaul pula akan mencari atau memerlukan individu tersebut untuk dibuat kawan
(Newman dan Newman, 1997).
Kajian Plomin, (1990) dalam Shaffer, (1990) mendapati korelasi positif antara IQ dengan
individu yang ada pertalian keluarga. Persamaan skor IQ di kalangan individu kembar seuri yang
tinggal bersama adalah paling tinggi berbanding lain–lain bentuk persaudaraan.
Kematangan
Gesell (1952) memperkatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan kanak–kanak
dipengaruhi oleh dua faktor yang utama. Pertama, kanak–kanak itu adalah hasil daripada
persekitaran sendiri. Tetapi secara khususnya, Gesell percaya bahawa perkembangan kanak–
kanak ditujukan dari dalaman dengan perlakuan baka. Gesell menamakan proses ini sebagai
kematangan.
Menurut Gesell lagi, semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan dan
berlari dan keupayaan tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik. Mereka muncul
dengan pertumbuhan sistem saraf yang dengan sendirinya ditentukan oleh gen. Kanak–kanak
sudah tentunya berbeza dari segi kepantasan perkembangan. Mereka tidak berdiri dan berjalan
pada umur yang sama. Walau bagaimanapun, mereka melalui sekuens yang serupa. Bagi Gesell,
perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik
dalaman.
Kamarulzaman (2003), mengatakan kematangan merujuk kepada proses perkembangan yang
dikawal oleh faktor dalaman, terutama gen, iaitu bahan kimia yang terkandung dalam nukleus
setiap sel. Gen yang menentukan sekuens, masa dan bentuk tingkah laku yang terhasil. Walau
bagaimanapun proses mekanisme ringkas di mana gen bekerja, pada masa Gesell dan hari ini,
masih kabur. Kita tahu bahawa gen tidak bekerja secara berasingan dan mereka menerima isyarat
daripada “ cytoplasm” ialah persekitaran gen, maka sukar bagi kita menentukan perbezaan antara
faktor dalaman dan persekitaran. Walau bagaimanapun, kita dapat menganggap kematangan
sebagai proses semasa gen mengarahkan perkembangan, walaupun bersama dengan faktor lain.
Sumber: http://alkauthar.blogspot.com/2007/08/implikasi-kepada-perkembangan-manusia.html
Dicapai pada : 13 January 2011 (8.46pm)