Download - Isl Bmm3053
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
ISL : MINGGU 1
TAJUK : PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
ISL : MINGGU 2
TAJUK : PENGGUNAAN INTERNET, ENJIN CARIAN BAHAN DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
ISL : MINGGU 3
TAJUK : PENGAPLIKASIAN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN
INTERNET
Maksud Garis Panduan
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet dan mel elektronik atau e-mel dalam sektor awam. Hakikat ini turut dipengaruhi oleh bilangan pengguna dan kepentingan maklumat yang kian meningkat dari semasa ke semasa. Komunikasi secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu saluran penting dalam membantu mewujudkan perkongsian maklumat. Tambahan pula, kaedah ini membolehkan proses penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakan dengan lebih cepat dan mudah. Bagaimanapun, pengurusan internet dan e-mel yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatan yang bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan. Tujuan utama garis panduan ini ialah untuk menerangkan tatacara penggunaan internet dan e-mel, meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dokumen rasmi Kerajaan dan mengurangkan risiko gangguan operasi internet dan e-mel.
Contoh garis panduan dan etika penggunaan internet
1. Jangan menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, menfitnah atau menabur perasaan benci.2. Jangan menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan serta perlanggaran undang-undang.3. Jangan menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.4. Jangan menggalakkan, membangunkan atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang menyalahi undang-undang.5. Jangan menceroboh (hacking) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain.6. Jangan memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.7. Jangan melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
ISL : MINGGU 4
TAJUK : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan seperti berikut:
• Bahan sastera• Bahan tatabahasa• Bahan bidang ilmu lain
Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Memilih Bahan Sastera
Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:
• Syair• Pantun• Seloka• Gurindam• Puisi• Cerita Pendek
Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:
i. Intelekii. Emosiiii. Imaginasiiv. Teknik
Pemilihan bahan tatabahasa
Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasaJenis-jenis tatabahasa
• Kata nama• Kata Hubung• Kata kerja• Kata sendi nama• Kata nama khas
Memilih bahan bidang ilmu lain.Bagi bidang ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan melayari pelbagai alamat URL.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
ISL : MINGGU 5
TAJUK : PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN TAPAK, LAMAN WEB,
PEMBELAJARAN DAN PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Apakah Frog VLE?
Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah.
Frog Virtual Learning Environment (VLE) ialah satu sistem pembelajaran berasaskan
web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan
konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru dapat
memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar
dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh
melihat berita sekolah dan dokumen-dokumen penting dari sekolah, manakala
pentabir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan menyampaikan notis
sekolah melalui Internet.
PEMBELAJARAN TANPA SEMPADAN
Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional.
Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa.
Sistem Frog yang mudah digunakan ini membolehkan pelajar dan guru untuk
menemui hampir segala-galanya di internet (video, gambar, bahan pendidikan) dan
membinanya menjadi sebuah Laman yang menarik, tanpa memerlukan sebarang
kepakaran teknikal. Frog VLE juga adalah gerbang kepada limpahan sumber
pengajaran dan aplikasi hebat dari seluruh web, yang kesemuanya boleh diakses
dalam persekitaran yang selamat dan telah ditapis.
Guru
Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk membawa sistem
pengajaran ke satu tahap baru sepenuhnya. Anda boleh memberi tugasan serta
mengetahui tentang kerja dan markah pelajar, menghasilkan sumber pengajaran dan
berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain. Rancang masa anda dengan lebih baik
dengan kalendar yang membolehkan anda untuk melihat, membuat, menyertai dan
memasukkan acara.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Pelajar
Pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat diperibadikan dengan Frog. Terokai
video, permainan dan pos-pos yang mengujakan di The Pond, reka sendiri laman
utama anda, muat naik dan simpan fail di awan, selesaikan tugasan pada bila-bila
masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat dengan rakan-rakan
sekelas serta guru-guru.
Ibu Bapa
Ketahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi
kalendar dan papan notis sekolah, cari semua butir perhubungan yang anda
perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan
dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
ISL : MINGGU 6
TAJUK : PEMBINAAN DAN PENGAPLIKASIAN STRUKTUR PERPAUTAN
DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU
Pengenalan
· Struktur perpautan lebih dikenali sebagai “hyperlink”. Struktur perpautan ini sering
digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita
sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint. Hal ini kerana
pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam
bentuk yang lain.
· Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan
interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web.
Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.
· Penghubung hyperteks ini juga mengandungi satu lamat yang dikenali untuk
disambungkan kepada alamat tersebut.
Terdapat empat jenis struktur perpautan iaitu:
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
(i) Struktur hierarki
Contoh urutan perpautan bagi struktur hierarki:
struktur hierarki
(ii) Struktur kompositStruktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.Kesan kepada muridMurid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.Kepentingan akses struktur perpautanSetiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan
(iii) Struktur linear
· Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.· Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.
struktur linear
(iv) Struktur Rangkaian
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Contoh urutan perpautan bagi struktur hierarki:
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
ISL : MINGGU 7
TAJUK : PENGAPLIKASIAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Pengenalan
Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang
menggunakan kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini
dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet
Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai
“offline”. dimana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan hal ini bermaksud
pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak
menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet.
Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di
dalam sati fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan
untuk menyambung talian ke komputer pengguna.
(i) Dapat mengakses bahan dengan cepat
(ii) Kepelbagaian bahan di internet
(iii) Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari
bahan.
Bahan yang boleh didapati daripada internet sepanjang proses P&P atas talian ialah:
Melaksanakan simulasi pengajaran atas talian
Set Induksi
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Penutup
Melaksana Simulasi Pengajaran Atas Talian Dan Luar Talian Dengan Menggunakan
Laman Web Dan Tapak Pembelajaran.
LANGKAH
PERKARA
Langkah 1
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Guru mengadakan ulangkaji tatabahasa kepada murid
Langkah 2
Mencari soalan di internet
http://www.tutor.com.my/tutor/banksoalan.asp?pg=banksoalan.htm
Langkah 3
Guru bersoal jawab dengan murid dan murid melakukan
perbincangan bersama rakan berkaitan soalan yang telah dijawab
Langkah 4
Mengadakan latihan berkumpulan mencari maklumat mengenai tatabahasa untuk
dibuat karangan
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
ISL : MINGGU 8
TAJUK : PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN DAN
LUAR TALIAN
Web 2.0 Dan Peranan Pelajar
Penggunaan teknologi berasaskan web dalam pendidikan mendorong
kepada anjakan paradigma peranan guru dan pelajar. Selain daripada berperananan
sebagai penyampai maklumat, guru kini berperanan sebagai perangcang strategi
kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan web sebagai fasilitator.
Manakala pelajar bukan sahaja menjadi penerima maklumat daripada guru semata-
mata tetapi pelajar kini boleh menjadi penyumbang aktif kepada pelbagai maklumat.
Ciri -ciri Web 2.0 boleh diintegrasikan dalam pendidikan melalui pelbagai aktiviti
yang merangkumi penghasilan dokumen, membuat penyuntingan, penyebaran
maklumat, penilaian, kritikan dan maklumbalas. Disamping itu, peranan pelajar
sebagai penyelidik, penulis dan pemberi khidmat sokongan membantu dalam
meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Berikut adalah peranan pelajar dalam menggunakan aplikasi web 2.0 dalam
pendidikan :
A) Pelajar Sebagai Penyumbang Kandungan
Keupayaan untuk mencipta serta memanipulasi maklumat seperti yang terdapat
dalam Wiki, blog dan podcast membolehkan pelajar untuk memanipulasi maklumat
yang dipaparkan, membekalkan maklumat tambahan dan seterusnya
menyebarkannya kepada orang lain. Dengan kaedah ini secara tidak langsung
pelajar itu sendiri telah mengalami proses pembelajaran kendiri dan ia juga
membekalkan maklumat kepada masyarakat sejagat.
B) Pelajar Sebagai Penyumbang Aktiviti Pembelajaran Dua Hala
Menerusi web khususnya melalui ruang forum, pelajar boleh melakukan aktiviti
tambahan seperti perkongsian idea, bahan dan sebagainya. Penggunaan ruang
forum maya yang terancang, aktif dan kreatif menyokong kepada pembentukan
telaga ilmu dalam sesuatu bidang. Teknologi dinamik ini dapat menghasilkan aktiviti
pembelajaran dua hala atau lebih kepada maya (virtual) dan aktif.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
C) Pelajar Sebagai Pengkritik
Dengan menggunakan aplikasi web 2.0, pelajar boleh menyumbang idea
sebagai pengkritik. Sebagai contoh kenyataan akhbar atau teks ucapan boleh
dijadikan bahan kritikan. Guru berperanan menyediakan bahan untuk membuat
kritikan. Dalam hal ini, guru perlu bijak menilai bahan yang bersesuaian untuk
dijadikan bahan kritikan. Kritikan dengan sokongan dari kajian literatur akan
menyumbang kepada penjanaan ilmu dan kemahiran pelajar kepada tajuk atau
bidang tersebut. Aktiviti ini menggalakkan pelajar kepada penerokaan ilmu yang
berkaitan dengan bahan atau subjek yang hendak dikritik disamping bijak berhujah
mengenai sesuatu isu.
Apa Perbezaan Di Antara Web 1.0 Dengan 2.0
Terdapat beberapa perbezaan di antara web 1.0 dan 2.0. Secara asasnya
web 2.0 adalah kesinambungan daripada web 1.0 itu sendiri. Namun begitu terdapat
perbezaan antara keduanya. Dalam web 2.0, pengguna tidak perlu melawat satu-
satu laman web yang khusus jika hendak mengetahui sebarang maklumat mengenai
sesuatu perkara. Maklumat tersebut boleh didapati pada mana-mana laman web
yang ada menyediakan perkhidmatan dan capaian untuk laman web lain.
Tidak seperti web 1.0, kita perlu buka laman web yang betul atau sama jika ingin
mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara. Sebagai contoh jika kita ingin
mendapatkan maklumat mengenai telefon Samsung, kita perlu pergi ke laman web
Samsung. Ini adalah ciri web 1.0. berbeza berbanding web 2.0, kita sudah tidak
semestinya perlu pergi ke laman web Samsung jika ingin mendapatkan sebarang
maklumat. Kita boleh melayari laman web Samsung melalui laman web lain yang
ada menyediakan perkhidmatan capaian yang mudah. Kita juga mampu melihat
sebarang maklumat berkaitan tanpa perlu melayari laman web tersebut. Aplikasi web
1.0 lebih terbatas. Pengguna perlu melawat laman web tertentu jika ingin
mendapatkan maklumat. Ia lebih sukar dan tidak mesra pelanggan. Web 1.0 juga
mempunyai aplikasi yang terbatas berbanding web 2.0.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Perbezaan Web 1.0 dengan Web 2.0
Dapat kita ringkaskan bahawa Web 1.0 dengan Web 2.0 ialah :
• web 2.0 mewakili jumlah perubahan yang berlaku semenjak web 1.0
diperkenalkan pada pertama kali.
• web 2.0 bersifat dinamik manakala web 1.0 adalah statik.
• web 1.0 lebih ke arah pelayaran halaman manakala web 2.0 menuntut aktiviti
yang lebih
• aliran dan sebaran maklumat web 1.0 adalah lebih linear berbanding web 2.0
Perbezaan utama dalam Web 2.0 dan Web 1.0 adalah keterbatasan pada Web
1.0 yang mengharuskan pengguna internet untuk datang ke dalam website
tersebut dan melihat satu persatu isi kandungan di dalamnya. Sedangkan Web
2.0 menghendaki pengguna internet dapat melayari semua maklumat dalam
website tanpa harus berkunjung ke alamat yang berkaitan.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Perbezaan web site 1.0 dengan web site 2.0
Konsep Web 2.0
Gambarajah berikut menunjukkan proses yang akan dilalui oleh pengguna bagi
konsep Web 1.0:
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Perhatikan laluan perjalanan di atas yang menggambarkan proses perjalanan
sesuatu laman Web 1.0. Perjalanan bermula dengan seorang pengguna menaip
alamat sesuatu laman web. Kemudian diikuti dengan paparan laman utama.
Seterusnya pengguna mula mencari pautan-pautan yang diingini dan seterusnya klik
pada pautan tersebut untuk mendapatkan maklumat. Seandainya pengguna masih
mencari-cari maklumat yang tertentu, dia akan klik lagi pautan yang lain dan
maklumat yang lain akan dipaparkan. Setelah semuanya selesai, pengguna akan
menutup laman web tersebut atau beralih ke laman web yang lain.
Secara ringkasnya, perjalanan Web 1.0 adalah lebih static dan boleh juga dikatakan
sebagai satu hala (sehala) sahaja. Pengguna hanya mampu untuk mendapatkan
maklumat yang disediakan oleh webmaster. Dan sekiranya tidak ditemui maklumat
yang tepat, maka pengguna akan beralih ke laman web yang lain.
Situasi ini amat berbeza jika dibandingkan dengan perjalanan Web 2.0 iaitu:
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Perhatikan perjalanan untuk Web 2.0, kita dapat saksikan bahawa setiap langkah
atau laluan menggunakan laman web tersebut tidak terhad kepada satu arah sahaja
tetapi lebih kompleks sehingga bersimpang siur antara satu sama lain. Pengguna
berupaya untuk menghantar sebarang maklumat, pertanyaan atau komen ke dalam
laman web tersebut dan data-data yang dihantar boleh dipaparkan kepada pengguna
yang lain. Manakala pengguna yang lain juga boleh menghantar balasan atau
maklumat yang berbeza sama ada kepada pengguna tersebut atau secara umum.
Jika diperhatikan dengan lebih dekat, kita dapat saksikan bahawa Web 2.0 akan
menghasilkan satu jaringan di dalam laman web tersebut malah tidak terhad dan
mampu untuk berkembang dengan menempatkan elemen-eleman atau maklumat
dari laman yang lain terus ke dalam laman web sendiri.
Apakah Itu Web 2.0?
Istilah Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh O’Reilly Media pada tahun 2004
sebagai teknologi Web generasi kedua yang boleh dilayari secara kolaborasi dan
pengkongsian maklumat secara online. Menurut Tim O’Reilly, Web 2.0 dapat
didefinisikan sebagai berikut: “Web 2.0 adalah revolusi arus perniagaan di
industri komputer yang disebabkan oleh penggunaan internet sebagai platform, dan
merupakan suatu percubaan untuk memahami pelbagai peraturan bagi mencapai
keberhasilan pada platform baru tersebut.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Pada umumnya, Website yang dibangun dengan menggunakan teknologi Web 2.0
memiliki ciri-ciri berikut:
• CSS (Cascading Style Sheets)
• Aplikasi Rich Internet atau berbasis Ajax
• Markup XHTML
• URL yang valid
• Folksonomies
• Aplikasi wiki pada sebagian atau seluruh Website
• XML Web-Service API
Web 2.0 lebih mesra pengguna iaitu interaksi sosial di dunia maya sudah menjadi
keperluan sehingga era Web 2.0 ini memiliki beberapa ciri yang boleh berkongsi
maklumat (share), berkerjasama dan mengeksploitasi.
Istilah Web 2.0 adalah yang berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan
perkongsian maklumat, mudah kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna, dan
kerjasama di “World Wide Web”. Laman Web 2.0 membolehkan pengguna untuk
berinteraksi dan bekerjasama dengan satu sama lain dalam dialog media sosial
sebagai pencipta kandungan yang dihasilkan pengguna dalam komuniti maya.
Contoh Web 2.0 termasuk laman rangkaian sosial, youtube, wiki, laman perkongsian
video, blog, Friendster, Myspace, Youtube, Fickr, aplikasi web, Mashup,
folksonomies dan sebagainya.
Web 2.0 Dalam Pendidikan
Konsep Web 2.0 merupakan satu revolusi kepada penggunaan Internetdan web
sebagai platform iaitu aplikasi yang dijalankan secara langsung melalui
media Internet. Tanpa perlu dibatasi oleh sistem operasi tertentu, aplikasi Web 2.0
boleh diakses di mana-mana sahaja secara atas talian (online) serta mobil
melalui telefon pintar ataupun tablet. Selain daripada itu, sifat unik aplikasi Web 2.0
adalah menjadi suatu pusat pengetahuan besar hasil daripada gabungan
pengumpulan maklumat yang disumbangkan oleh pengguna.
Kemunculan Web 2.0 serta kemajuan alat telekomunikasi seperti jalur
lebar (broadband) dan WiFi sebagai perantara untuk berkomunikasi merupakan
transformasi kepada aplikasi yang lebih interaktif. Berbanding penggunaan
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
aplikasi Web 1.0 yang amat terhad, aplikasi Web 2.0 menyediakan platform kepada
pengguna untuk berhubung, berkomunikasi dan berkolaborasi antara satu sama lain.
Penjanaan serta perkongsian maklumat antara pengguna membantu
mengembangkan informasi serta dapat menjadi pusat ilmu secara tidak formal.
Antara aplikasi Web 2.0 yang biasa digunakan adalah seperti Facebook, Google
docs, Twitter, Scribd, Blogger, Wiki dan Flickr.
Penggunaan teknologi Web 2.0 yang diaplikasikan dalam pendidikan
mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui penggunaan aplikasi tersebut,
pelajar tidak sekadar mengakses Internet untuk mendapatkan maklumat bahkan
mereka juga dapat membina pengetahuan melalui interaksi sosial. Kebanyakan
kajian yang dijalankan menunjukkan pengintegrasian teknologi Web 2.0 seperti blog
dan wiki di dalam persekitaran pembelajaran berkesan untuk meningkatkan
kepuasan pelajar, meningkatkan kualiti pembelajaran serta mewujudkan interaksi
sosial diantara pelajar dan pendidik.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
ISL : MINGGU 9
TAJUK : PENGEDITAN MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SECARA DALAM TALIAN MENJADI BROSUR, NEWS LETTER DAN KAD
PENGUMUMAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses
mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan
penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian,
penambahbaikan.
a) Prosedur pengeditan
Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada Brosur, News Letter dan
Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan
mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian internet.
Langkah-langkah untuk pengeditan ialah:
- Proses pengeditan menggunakan MyBrochureMaker -
http://www.mybrochuremaker.com/
Langkah 1;
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Langkah 2;
Langkah 3;
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Langkah 4;
Langkah 5;
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Langkah 6;
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Langkah 7;
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Prinsip Mengedit
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
ISL : MINGGU 10
TAJUK : MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN
KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level).
Kesimpulannya, kemahiran mendengar ini merupakan sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar adalah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.
Proses mendengar sesuatu yang didengar melibatkan organ telinga untuk mendengar sesuatu bunyi. Proses mendengar ini juga biasanya berlaku dalam empat peringkat iaitu :1. Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa2. Memahami bunyi-bunyi tersebut3. Menilai bunyi-bunyi tersebut4. Bertindak terhadap bunyi-bunyi tadi2.1.5 Jenis-jenis Mendengar.
Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu :
i) Mendengar Secara Aktif.
Mendengar secara aktif ini dikenali juga sebagai mendengar secara interaktif. Mendengar secara aktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar. Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut. Semasa aktiviti mendengar aktif, seseorang itu boleh mencelah dengan mengemukakan soalan tambahan bagi mencari penjelasan, pengulangan ataupun mengucapkan semula. Jadi, pelajar tidaklah merasa tidak dilibatkan semasa perbualan di dalam kelas. Mereka berpeluang mempraktikkan mendengar secara interaktif melalui perbualan dalam kelas biasa yang dapat membantu penguasaan kemahiran itu.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar, masa yang sedikit diperuntukkan tidak dapat membantu pelajar secara maksimum penguasaan kemahiran itu. Pelajar tidak berpeluang menjadi pendengar yang baik. Hal ini disebabkan guru lebih banyak meperuntukkan isi pengajarannya bagi menyediakan pelajar dengan keperluan penguasaan kemahiran yang berkaitan dengan peperiksaan. Penekanan ini juga menjadikan pelajar diabaikan dalam aspek kemahiran mendengar. Penguasaan untuk menguasai kemahiran mendengar secara efektif yang terbatas boleh mengakibatkan pelajar tersebut gagal dalam mengaplikasikan kemahiran mendengar tersebut dalam kehidupan seharian.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Pendengaran secara aktif juga merupakan suatu kemahiran dan seperti kemahiran yang lain, latihan dan amalan adalah penting. Kita boleh mempelajarinya untuk berbuatnya secara baik serta berkesan. Tambahan pula, kita boleh menambahbaikkannya sepanjang hayat kita.Pendengaran aktif adalah penting untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan kita. Kita perlu mengubah tabiat buruk pendengaran kita dan menjadi sebagai seorang pendengar aktif yang baik. Anda menjadi pendengar aktif apabila anda membuat suatu ringkasan atau rumusan mengenai hujah atau alasan penting yang dikemukakan oleh seseorang, menilainya dan menanya soalan bagi mendapat penjelasan mengenai apa yang diutarakan oleh seorang penutur. Tumpuan perhatian kepada minat ,kebimbangan atau kerisauan, bunyi bising, gangguan dan rupa serta perawakan penceramah menjadi halangan kepada pendengaran yang berkesan atau aktif.
ii) Mendengar Secara Pasif.
Mendengar secara pasif tidak melibatkan tindak balas secara langsung oleh pendengar. Seringkali juga wujud situasi mendengar secara pasif ini dalam kalangan pelajar semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar yang mendengar semasa guru sedang mengajar tidak berpeluang memberikan respons secara verbal terhadap mesej yang didengar.
Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan suasana berkomunikasi yang baik, pendengar perlu bersedia dengan situasi itu. Hal ini terjadi di mana pendengar tidak boleh mencelah dengan mengemukakan soalan ataupun ingin mendapatkan penjelasan yang terperinci dari penyampai.
Kecekapan Berbahasa Dalam Kemahiran Mendengar.
Kecekapan berbahasa bagi kemahiran mendengar adalah seperti yang berikut:a. Mendengar dan memahami tentang sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain dalam kehidupan seharian.b. Mendengar dan memahami maklumat tertentu seperti fakta, idea, dan hujah-hujah yang terkandung dalam berita, ucapan rasmi serta siaran media massa.c. Mendengar dan memahami arahan yang dituju kepadanya serta dapat memberi respons ke atas arahan tersebut.d. Mendengar dan memberikan respons secara lisan dan bertulis tentang sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain.e. Mendengar dan dapat membuat nota ringkas daripada maklumat yang diperoleh menerusi pelbagai bahan sumber.
Prinsip-prinsip Kemahiran Mendengar.
Kegiatan mendengar harus dijalankan berasaskan prinsip berikut:a. Pelajar mestilah diberi peluang mendengar Bahasa Malaysia yang standard dan fasih.b. Tajuk dan tema bahan rakaman haruslah sesuai dengan minat dan perkembangan intelek pelajar.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
c. Perhatian yang wajar haruslah diberi kepada intonasi, irama, keselamatan, dan perasaan dalam sesuatu petikan yang didengar.d. Ujian tertentu boleh dijalankan untuk menilai kemahiran mendengar pelajar.
Cara Meningkatkan Kemahiran Mendengar.Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kemahiran mendengar ini. Antaranya adalah :
1) Memandang kepada pengucap2) Berprasangka baik3) Niat yang betul4) Tumpuan yang tinggi5) Perhatikan apa yang ditulis6) Fokus apa yang ditunjuk7) Latih diri banyak mendengar dari bertutur
Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar:
a. Mendengar rakaman kaset yang mengandungi pelbagai jenis pertuturan seperti perbualan, ucapan, cerita, drama, dan juga pelafazan puisi.b. Mendengar lagu Melayu yang tema dan bahasanya sesuai dengan perkembangan mental dan emosi pelajar.c. Pertandingan kuiz di mana pelajar dilatih untuk mendengar soalan yang dibacakan oleh guru serta memberi jawapan yang betul.d. Menjalankan permainan bahasa yang dapat meningkatkan kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar.
Pengalaman mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mendengar bunyi percakapan (bahasa) dan bukan percakapan. Berikut ialah jenis gerak kerja yang boleh dijalankan dalam pelajaran bahasa Melayu :i. Mendengar bunyi alamiah.- Mengecam bunyi biasa seperti bunyi kenderaan, binatang dan lain-lain secara berasingan atau dalam satu turutan bunyi, secara jelas atau digangguioleh bunyi latar belakang.- Mendengar dan mengingat semula satu turutan bunyi yang biasa dan jarang didengar.- Mencari bunyi yang sengaja dihilangkan dalam sesuatu konteks pendengaran.- Mencari bunyi yang tidak sesuai dalam sesuatu konteks tertentu.- Memikirkan satu turutan peristiwa berdasarkan satu turutan bunyi yang diberi.- Memanjangkan arah dan jarak bunyi secara berasingan dan juga bersama-sama dengan bunyi lain.
ii. Kefahaman mendengar (percakapan)- Mendengar, mengingati dan menyebut semula kenyataan.- Mendengar. Mengingati dan melakukan arahan dengan teliti.- Mendengar dan encuba mencari kelainan dan persamaan bunyi.- Mendengar dan mencari isi atau butir utama dalam sesuatu cerita, laporan, perbahasa, ceramah dan perbualan.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
- Mendengar dan mencari suatu butiran terperinci yang dinyatakan terlebih dahulu ataupun tidak.- Mendengar dan membuat jangkaan daripada sesuatu cerita, kenyataan, pendapat dan sebagainya.- Mendengar untuk mencari bahan berkaitan ataupun tidak.- Mendengar dan memahami tafsiran tentang pendapat seseorang.- Mendengar dan menilai sesuatu kenyataan.- Mendengar dan membincangkan cerita atau laporan melalui pengingatan.- Mendengar sesuatu perbualan, kemudian menjangka keadaan, perasaan dan ragam penuturnya.- Mendengar perbualan dan menjangkakan perhubungan antara penutur.- Mendengar dan mencari perkara yang bercanggahan dalam sesuatu perbalahan pendapat.
Kemahiran Bertutur.Kemahiran bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia. Kemahiran tersebut merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa. Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat pelahiran yang tidak boleh dicipta oleh pelajar, tetapi mesti ditiru dan diajuk. Model pertuturan yang lemah akan menghasilkan ajukan yang lemah. Sementara model yang baik belum tentu dapat menjamin ajukan yang baik. Namun begitu, model yang baik itu sangat diperlukan kerana model tersebut mungkin akan menghasilkan tindak balas yang baik juga.
a. Pertuturan merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.b. Pertuturan berlaku pada peringkat pelahiran setelah penutur dapat lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecergasan otaknya.c. Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecergasan otaknya.d. Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina boleh mempengaruhi kemahiran bertutur.e. Pertuturan yang dapat dikuasai dengan baik akan menghasilkan tabiat berbahasa yang baik. Tabiat berbahasa yang baik itu pula membolehkan penutur berinteraksi atau berkomunikasi secara berkesan.f. Penutur fonologi yang baik boleh menguasai sesuatu bahasa dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi.
Aspek- Aspek Pertuturan.
Bahasa pertuturan melibatkan pelbagai aspek. Antara yang penting adalah sebutan intonasi, tekanan, jeda, mora, dan sebagainya. Berikut diperlihatkan aspek- aspek tersebut secara ringkas :
Sebutan.Sejak peringkat rendah lagi, pelajar telah diajar mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata, dan kalimat. Mereka kemudian dilatih menyebut aspek tersebut. Semua ini bertujuan untuk melatih pelajar supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat seperti yang sepatutnya. Mereka harus boleh menyebut sesuatu dengan betul mengikut bunyi, ejaan dan makna. Biasanya, kesalahan menyebut sering berlaku dalam kalangan para pelajar bahasa kedua. Gangguan bahasa ibunda sering menghalang pembelajaran mereka.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Sebutan ialah cara kita menyebut atau membunyikan sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa. Dalam mana-mana bahasa di dunia ini terdapat dua cara penuturnya menyebut sesuatu perkataan dalam bahasa itu, iaitu sebutan secara standard dan sebutan secara dialek. Biasanya, dalam negara yang besar saiznya dan ramai bilangan penduduknya (seperti China, Rusia dan India), sesuatu perkataan disebut menurut daerah dialek-dialek tersebut.Sungguhpun saiz negara kita ini tidak begitu besar dibandingkan dengan negara yang tersebut di atas, namun terdapat banyak dialek di Malaysia. Selain dialek atau bahasa daerah, bahasa ibunda murid yang bukan berketurunan melayu juga boleh mempengaruhi sebutan mereka apabila mereka bertutur dalam bahasa Melayu. Misalnya: ikan dalam bahasa Melayu baku disebut ike ( dialek Kelantan), ikang (dialek Terengganu)
Biasanya, murid-murid di Kelantan mengalami masalah sebutan baku. Guru boleh mengatasi masalah tersebut melalui kaedah yang berikut :
a. Mengadakan latih tubi untuk menyebut perkataan yang bermasalah bagi murid- murid.b. Menperdengarkan kepada murid model sebutan bahasa Melayu baku daripada radio, televisyen dan sumber- sumber lain dengan kerap.c. Menggalakkan dan memperbanyakkan latihan murid bercakap menggunakan sebutan baku dalam situasi formal dan tidak formal, misalnya, di luar bilik darjah seperti di kantin dan di padang permainan, dan semasa kegiatan kokurikulum di sekolah.
Tekanan.Tekanan adalah salah satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya, tekanan itu dilakukan pada suku kata dan bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu ucapan itu.Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna yang mungkin hanya untuk menyedapkan percakapan atau bacaan (misalnya dalam sajak) atau menandakan tempat- tempat penting atau yang perlu diberikan perhatian.
Tekanan juga adalah tempat-tempat suara ditekankan apabila menyebut sesuatu perkataan menurut suku kata dalam sesuatu perkataan. Tekanan pada peringkat perkataan boleh disamakan dengan rentak dalam muzik iaitu apabila tekanan itu berubah dari satu perkataan kepada satu perkataan yang lain.
Dalam bahasa Melayu, aspek tekanan bagi peringkat perkataan (antara suku katanya) kurang ketara jika dibandingkan dengan peranan tekanan sesuatu suku kata bagi perkataan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, tekanan memainkan peranan penting dalam menyebut sesuatu perkataan atau ayat kerana tekanan menguatkan aspek makna dalam konteks ayat.
Jeda.
Jeda biasanya disebut juga sebagai persendian iaitu unsur ini digunakan untuk
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat. Dalam sesuatu ayat yang diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ditandai /#/, dan apabila digunakan jeda boleh membawa makna yang berbeza. Contoh penggunaan jeda adalah seperti berikut :
/#saja minum susu lembu#/
(maksudnya : orang yang bercakap itu hanya minum susu lembu dan bukan susu yang lain).
/#saja minum susu # lembu #/
(maksudnya: orang yang bercakap itu memanggil orang yang dilawan bercakap itu sebagai lembu dan menyatakan yang dia hanya minum susu)
Lambang jeda yang menunjukkan pemisahan antara suku kata atau perkataan biasanya digunakan seperti ini /+/. Dalam bahasa Melayu, lambang ini boleh membezakan makna.
Misalnya, perkataan- perkatan yang berikut:a. Berikan 1. Ber + ikan (maksud : mempunyai ikan)2. berikan (maksud : menyerahkan)
b. Beritahu 1. Beri + tahu (maksud : memberi sejenis makanan)2. beritahu (maksud : member pengetahuan)
Intonasi.Intonasi ialah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. Kadang-kala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. Intonasi boleh menurun, boleh menaik, boleh mendatar, boleh meninggi dan sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi yang menaik pada akhir ayat. Ayat penyata pula mempunyai intonasi yang menurun.
Tatabahasa.Tatabahasa adalah satu sistem pertuturan atau undang- undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat- ayat. Peraturan atau undang-undang ini mempunyai kaedah dan formula tertentu.Tatabahasa terdiri daripada aspek fonologi, morfologi, dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan (lisan), walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dititikberatkan tetapi untuk memperoleh kebiasaan bertutur dan bercakap dengan sempurna dan berkesan, aspek ini haruslah ditekankan. Seseorang pelajar harus dipastikan boleh bercakap mengikut tatabahasa yang betul.
Dari segi fonologi, pelajar harus boleh membunyikan kata dan menyebutnya dengan tepat. Dari segi morfologi, mereka harus boleh memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul. Dari segi sintaksis pula, mereka perlulah boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jelas dan kemas. Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya dan sebagainya harus sesuai dengan
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
bahasa yang dituturkan.
Kelancaran.Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. Seseorang pelajar itu tidak akan menghadapi sebarang masalah atau gangguan semasa percakapan itu berlangsung.Dia boleh mengeluarkan idea, pendapat dan pandangan dengan baik dan menuturkan idea, pandangan dan pendapat tersebut dalam bahasa yang kemas, licin dan teratur.
Kefasihan.
Kefasihan beerti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur dan licin, tetapi boleh juga membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan jelas. Pada tahap ini, seseorang itu telah mencapai kesempurnaan berbahasa. Ia boleh menuturkan bahasa itu seperti seorang penutur jati bahasa tersebut.
Laras Bahasa.
Laras bahasa dalam konteks ini beerti kemampuan menggunakan bahasa itu dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai. Tujuan utama melatih pelajar menggunakan bahasa mengikut laras-larasnya yang betul adalah untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa itu untuk tujuan berkomunikasi secara tepat dan dapat digunakan dalam konteks yang sesuai. Penggunaan bahasa diberi keutamaan di samping kegunaannya.Laras yang berkaitan dengan kemahiran bertutur ini adalah laras bahasa lisan. Konsep laras telah diperkatakan oleh seorang ahli linguistik Barat yang bernama Reid pada tahun 1956. Antara lain beliau menjelaskan bahawa seseorang penutur dalam situasi bahasa yang berbeza-beza akan menggunakan laras mengikut situasi sosial yang berlainan. Dalam erti kata yang lain, penutur itu akan menggunakan laras yang distingtif. Reid telah menggunakan konsep ini sebagai istilah teknik untuk menyatakan perbezaan perlakuan bahasa seseorang individu.
Laras lisan lebih bersifat sederhana serta kurang mematuhi peraturan-peraturan nahu seperti yang dimestikan dalam gaya bahasa tulisan. Ayat-ayat adalah pendek, ringkas dan penggunaanya amat bergantung kepada intonasi, jeda, tekanan, nada dan sebagainya. Ciri- ciri paralinguistik yang melibatkan gerak-geri badan juga adalah penting untuk menyampaikan maksud atau makna tertentu.
Peringkat-peringkat Kemahiran Bertutur.
Untuk mencapai objektif kemahiran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan bahasa dengan tepat dan sesuai dalam pelbagai situasi perhubungan di sekolah dan masyarakat, kemahiran bertutur perlu dipelajari berperingkat-peringkat. Peringkat kemahiran bertutur terbahagi kepada tiga seperti yang ditunjukkan pada rajah berikut :
Peringkat Awal.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Pada peringkat awal, pertuturan biasanya berlaku dengan bertanya tentang hal-hal yang berkaitan dengan diri serta pengalaman murid-murid. Contohnya seperti bertanya khabar serta tentang kehidupan seharian yang dilalui oleh murid tersebut. Seseorang guru pula haruslah bertutur dengan pelajar mereka menggunakan perkataan yang sopan dan bertatasusila. Pada peringkat ini juga, seseorang guru haruslah bercakap dengan terus terang dan ikhlas terhadap pelajar mereka tentang sesuatu perkara.
Peringkat Pertengahan.
Pada peringkat pertengahan, murid-murid diajar untuk membuat deskripsi tentang sesuatu objek dan gambar. Kemudian guru akan bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri kepada murid-murid tersebut. Selain itu, pada peringkat ini juga guru akan mendeskripsikan pengalaman atau sesuatu peristiwa kepada murid-murid tersebut.
Pelajar juga diajar untuk membuat ucapan pendek dan ringkas serta mengambil bahagian dalam aktiviti perbualan yang mudah. Kemudian, pelajar yang lain akan memberi komen secara mudah serta membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan terhadap sesebuah aktiviti yang dijalankan di dalam kelas.
Peringkat Maju.
Pada peringkat maju pula, proses pertuturan biasanya berlaku untuk membuat analisis atau inferens, ramalan, pandangan, dan justifikasi seperti mengemukakan pendapat atau cadangan serta berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat.Hal ini dapat kita perhatikan dalam mesyuarat sosial seharian, perbincangan untuk mendapatkan kata sepakat merupakan contoh pertuturan peringkat maju. Selain itu, pada peringkat ini pelajar diajar untuk membuat pertimbangan untuk mencapai sesuatu keputusan keputusan. Keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan pertimbangan yang dibuat. Pelajar juga diajar untuk menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu serta dapat memberi respon peribadi tentang karya sastera ataupun tentang sesuatu perkara.
Cara Meningkatkan Kemahiran Bertutur
Berdasarkan hakikat ini, maka, eloklah guru memilih aktiviti pengajaran untuk tujuan tersebut seperti cadangan yang berikut:
a. Aktiviti bercakap untuk keseronokkan1. Murid menyampaikan cerita.2. Murid menyampaikan lawak atau jenaka.3. Murid menyampaikan sajak atau sebagainya.4. Murid menyanyi.5. Dua orang murid berbual (melalui telefon). Guru boleh menyuruh dua orang murid berlakon atau berbual seolah-olah mereka sudah lama berkenalan atau baru sahaja berjumpa dan ingin berkenalan.6. Murid berucap dalam majlis hari jadi atau majlis perpisahan seseorang kawan atau guru.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
7. Murid mengucapkan selamat datang kepada rakan baru dalam kelas atau guru baru yang datang mengajar di kelas mereka.8. Murid menyampaikan pidato orang kenamaan. Misalnya, pidato yang pernah dibacakan oleh Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31 Ogos 1957.ragbi, bola jaring atau bola keranjang.
Kemahiran Membaca.Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain.
Proses membaca dapat dirumuskan seperti yang berikut :i. Perlakuan membaca terdiri daripada kemahiran mengenal dan memahami bahan yang dibaca.ii. Kemudian, perlakuan membaca dapat menghasilkan kefahaman pembaca.iii. Dalam proses membaca, seseorang itu akan berfikir, mencuba untuk merasai dan akan membayangkan maklumat yang dibaca tadi. Dalam hal ini, aktiviti membaca seolah-olah menjalinkan interaksi antara pembaca dengan penulis, serta tujuan tertentu yang hendak ditonjolkan.iv. Seterusnya , perlakuan membaca memerlukan kebolehan pembaca mengaitkan dan mengintegrasikan segala aspek yang berkaitan dengan tujuan membaca, jangkaan, pengetahuan dan pengalaman lalu tentang perkara yang dibaca bagi menghasilkan sebuah pembacaan yang berkesan dan menerbitkan pemahaman terhadap bahan yang dibaca.
Jenis-jenis Bacaan
2.3.4.1 Bacaan Mekanis (Bersuara)
Membaca bersuara sering juga menggunakan nama-nama yang berbeza seperti membaca mekanis, membaca oral, membaca ulat dan membaca nyaring. Walau apa pun nama yang digunakan, membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang.Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca.Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata dengan baik dan cepat agar jelas maknanya bagi para pendengar.
Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan kompleks yang menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan memproduksi suara yang tepat dan bermakna. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, membaca mekanis yang digunakan lebih tertumpu kepada usaha menganalisis pengucapan (pronunciation) daripada pemahaman. Membaca mekanis adalah satu teknik yang mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan serta mengembangkan sejumlah ketrampilan serta minat.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Bacaan bersuara ialah bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakan alat-alat pertuturan.
Bacaan Mentalis (Senyap)
Membaca senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan. Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Dibandingkan dengan membaca nyaring, membaca dalam hati atau membaca senyap adalah lebih ekonomis, dan dapat dilakukan di mana-mana sahaja.Biasanya, membaca dalam hati atau senyap ini melibatkan dua jenis bacaan, iaitu membaca insentif dan membaca ekstensif. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Oleh itu, bacaan senyap atau bacaan akaliah ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukar isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada bacaan bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan bersuara seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan senyap. Bacaan senyap ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan bersuara.
Bacaan Intensif (Pantas dan Imbasan)
Bacaan intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama yang melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan insentif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam telaah isi ini, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan.
Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangankan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Bacaan tersebut juga memberi penekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan.
Bacaan intensif boleh juga boleh dibaca dengan pelbagai cara iaitu :i. bacaan pantasii. bacaan imbasan (scanning).
Bacaan pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dengan kadar kelajuan tertentu dan tujuannya adalah untuk menjimatkan masa. Walau bagaimanapun, membaca yang terlalu laju tidak semestinya baik. Sebaik-baiknya, kadar kelajuan membaca haruslah disesuaikan dengan apa yang dibaca dan tujuan membaca ketika itu.
Membaca yang dilakukan dalam keadaan yang terlalu pantas akan menyebabkan pembaca kehilangan isi-isi penting yang diperlukan atau gagal menggarap keseluruhan konsep yang cuba diketengahkan. Walau bagaimanapun, membaca
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
yang terlalu perlahan tidak pula menguntungkan kerana hanya akan membazirkan masa. Membaca pantas hanya boleh berlaku melalui bacaan senyap atau membaca dalam.
Ini kerana dalam bacaan kuat atau bersuara, pembaca akan menurunkan keupayaan membaca mereka pada kadar kelajuan bercakap. Sewaktu membaca kuat, pembaca akan melibatkan pergerakan bibir dan lain-lain alat pengucapan manusia.
Bacaan imbasan yang juga dikenali sebagai scanning pula adalah kegiatan membaca yang dilakukan secara sepintas lalu. Hal ini disebut sebagai membaca tinjauan. Biasanya.sebelum kegiatan membaca itu dilakukan, pembaca akan meneliti terlebih dahulu bahagian-bahagian buku atau apa sahaja yang harus ditelaah. Hal ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat awal dan gambaran keseluruhan tentang buku tersebut sebelum ia menjadi pilihan untuk dibaca.
Membaca sepintas lalu ini melibatkan pembaca memeriksa, meneliti indeks, melihat daftar kata yang terdapat dalam buku tersebut. Kadang kala proses melihat-lihat, memeriksa dan meneliti judul-judul bab juga dilakukan. Hal ini juga berlaku pada skema, rangka kasar buku, bahagian bibliografi, kandungan prakata, pendahuluan, sinopsis, abstrak dan sebagainya.
Kemahiran Menulis.Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan. Namun begitu, definisi ini begitu umum dan bersifat mekanikal.
Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.
Jenis-jenis Kemahiran Menulis.
Terdapat dua jenis kemahiran yang perlu dikuasai dalam menyampaikan pengajaran kemahiran menulis iaitu kemahiran menulis secara mekanis dan kemahiran menulis untuk pelahiran (mental).
Kemahiran Menulis Secara MekanisKemahiran menulis secara mekanis merupakan kemahiran menulis secara peringkat awal yang perlu dikuasai agar para pelajar dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.
Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting untuk memberi latihan dan pengalaman asas agar pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran selanjutnya seperti menulis suku kata, rangkai kata dan sebagainya.
Kebolehan menulis dalam kalangan kanak-kanak timbul daripada keinginan mereka untuk menyatakan sesuatu melalui perantaraan tulisan. Sebelum mereka dapat
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
berbuat demikian dengan cara yang dapat difahami oleh orang lain, mereka perlu menguasai mekanik tulisan itu dahulu. Keinginan tersebut haruslah digunakan sebagai pemangkin semangat untuk belajar menulis.
Kematangan urat saraf dan urat daging adalah diperlukan bagi mengawal jari dan tangan, seterusnya kematangan tersebut perlu untuk penyelarasan antara mata dan tangan. Contengan merupakan asas bagi kebolehan menulis kerana semasa kanak-kanak mempelajari fungsi lambang huruf (tulisan) sebagai mewakili bunyi suara (bahasa), mereka dapat membezakan bentuk-bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan. Kemudian, daripada latihan contengan tersebut mereka dapat meniru huruf yang dilihat dalam bacaan mereka.
Aktiviti-aktiviti mekanikal yang perlu ditekankan supaya lebih mahir dalam kemahiran menulis adalah seperti :a) Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk garisan-garisan, bulatan, segi-segi dan sebagainya.b) Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, pasir, papan tulis dan sebagainya.c) Bermain dengan benda-benda seperti plastisin dan susun blok mainan serta melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan.d) Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.e) Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, jarak, kekemasan dan lain-lain.f) Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca.g) Melatih menulis cantik dan kemas.
Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis.
Kemahiran menulis sememangnya perlu diajar kepada kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat tertentu supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif iaitu :
Peringkat Pramenulis (Persediaan)Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Ketika tempoh ini, latihan otot-otot, tangan, dan jari serta koordinasi tangan dan mata diber pendedahan kepada murid-murid sejak dari awal lagi.
Berdasarkan kajian Wilma dan Davidebbitt (1978), konsep peringkat pramenulis adalah berdasarkan aspek berikut :i. Melampiaskan otak isi atau idea sesuatu tajuk.ii. Perbincangan.iii. Membuat pembacaan dan rujukan.iv. Membuat rangka dasar.v. Mencari pendekatan yang sesuai.
Bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan mestilah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas.
Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut :
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna.c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.d) Melakukan latihan-latihan koordinasi tangan dan mata.
Aktiviti-aktiviti Latihan Pramenulis :
a. Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Ini adalah latihan menulis dari kiri ke kanan.
---------- ---------- ---------- ---------- ---------- ---------- ----------
b. Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.
c.Latihan membentuk bulatan di udara, meja, lantai, atas pasir dan rumput tanpa menggunakan alat tulis. (bulatan besar – bulatan kecil).
d. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekankan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.e. Latihan-latihan membentuk garisan lurus.f. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan secara bebasg. Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.
Peringkat Asas Menulis (Mekanis).Selepas murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, seterusnya mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan.
Peringkat ini dijalankan secara serentak dengan pengajaran bacaan murid-murid. Mereka diperkenalkan dengan lambang-lambang huruf yang bersesuaian dengan gambar dan seterusnya menulis ayat pendek. Semasa menulis, pelajar digalakkan menyebut huruf dan membaca perkataan tersebut.
Pada peringkat awal, dicadangkan agar murid-murid membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, barulah mereka dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan yang harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis.
Berikut adalah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu :i. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.
ii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
________________________________________________
iii. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.__________________________________________________________________________________________________
iv. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapatkan keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah dibaca.__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Semasa menyampaikan kemahiran-kemahiran yang telah dinyatakan di atas, guru haruslah memberi perhatian terhadap beberapa perkara iaitu :i. Kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf-huruf dengan menggunakan gambar.ii. Sebelum dilatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging kanak-kanak.iii. Kanak-kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf.iv. Menggunakan kertas, mula-mula tidak bergaris kemudian barulah menggunakan buku yang bergaris.v. Setelah kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik, seterusnya mereka boleh dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.Aktiviti-aktiviti yang perlu ditekankan dalam melatih murid-murid semasa peringkat asas menulis adalah seperti :a. Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan.b. Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan.c. Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna.d. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.e. Menyalin ayat-ayat mudah dan sebagainya.
Kecekapan Berbahasa bagi Kemahiran Menulis
Dalam kemahiran menulis, pelajar harus berupaya menghasilkan pelbagai penulisan dengan tepat dan jelas tentang perasaan, pengalaman diri, dan ilmu pengetahuan yang ingin disampaikan. penekanan harus diberi pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca, dan ejaan yang betul. Pelajar juga digalakkan menghasilkan karya yang kreatif berdasarkan pemikiran yang kritis dan analitis. Kecekapan berbahasa bagi kemahiran menulis adalah seperti berikut:a. Pelajar dapat melahirkan secara bertulis fikirannya, perasaan dan pengalaman dengan jelas, tersusun, logik, dan menggunakan tatabahasa yang betul.b. Mengembangkan daya cipta untuk menulis sesuatu yang kreatif atau kritis seperti cerpen, cerita imaginasi, pandangan, perbincangan, perbahasan, dan syarahan.c. Menterjemahkan bahan prosa bahasa tertentu ke dalam bahasa Malaysia Baku dengan memelihara makna asalnya.d. Menghasilkan rumusan daripada pelbagai bahan prosa.e. Membolehkan pelajar berkomunikasi secara bertulis dalam urusan rasmi atau
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
rakan sebaya untuk memenuhi pelbagai keperluan.
Cara untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis
Peranan guru amat penting dalam membimbing murid-murid untuk menguasai kemahiran menulis. Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar :b. Latihan imlak (dictation) di mana pelajar dikehendaki menyalin dengan betul ayat atau perenggan yang dipilih.c. Latihan menyempurnakan ayat atau urutan ayat dengan perkataan/frasa yang paling sesuai dan tepat.d. Latihan menyusun semula bahagian-bahagian ayat supaya menjadi ayat yang betul tatabahasanya.e. Latihan mengatur semula sebilangan ayat supaya menjadi satu perengan yang tersusun dan logik.f. Penulisan karangan bergambar sama ada berdasarkan sebuah gambar atau satu gambar bersiri.g. Penulisan surat biasa kepada ahli keluarga dan sahabat.h. Penulisan surat biasa kepada guru, jabatan kerajaan, dan syarikat untuk pelbagai tujuan.i. Penulisan notis, ucapan, mesej, kad jemputan, dan sebagainya.j. Latihan mengenal pasti dan membetulkan kesalahan (termasuk perbendaharaan kata, ejaan, tanda bacaan, imbuhan) dalam sebuah karangan.k. Menulis rangka karangan yang tajuknya telah diberi.l. Menulis karangan berformat (laporan, perbahasan, syarahan, ceramah, dan sebagainya) berdasarkan tugas yang diberi.m. Menilai suatu karangan dari segi kekuatan dan kelemahannya.n. Mengenal teknik-teknik untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik termasuk teknik membuat pendahuluan, huraian dan kesimpulan.o. Membuat rumusan daripada pelbagai bahan prosa.p. Menterjemahkan petikan daripada bahasa tertentu ke bahasa Malaysia tanpa menjejaskan makna asalnya.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
ISL : MINGGU 11
TAJUK : PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO
Pengenalan
Pengajaran bahasa Melayu Secara sidang video merupakan salah satu pengajaran
yang membantu P&P bahasa. Melayu selain menggunakan paparan media seperti
audio dan video sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Terdapat beberapa
perkara yang berkaitan dengan sidang video ini iaitu:
Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan satu set
teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih
lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis
perisian kumpulan.
Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu
persidangan dan bukan individu.
Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh
kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan,
tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian,
viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Jenis persidangan video
contoh jenis persidangan
Contoh penggunaan sidang video ialah
Konferensi Secara Atas Alian
Menurut kamus dewan bahasa keempat, koferensi bermaksudpertemuan formal
untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Selain itu juga ia
merupakan perbincangan tentang sesuatu perkara, ter utamanya di kalangan pihak-
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
pihak yang mem punyai minat dan kepentingan bersama. Koferensi selalunya
berlaku di atas talian iaitu menggunakan internet.
Transmisi sidang video
Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu:
(i) Cekup (capture)
- Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio
- Kamera menukar video ke dala format digital dan dihantar kepada perisian siding
video yang kemudiannya dimampatkan.
(ii) Mampat
- Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
- Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem
(iii) Siar
- Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia
boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
- Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa
banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Mengadakan Sidang Video Untuk Mengajarkan Kemahiran Mendengar, Bertutur,
Membaca Dan Menulis.
(i) Sidang video menggunakan perisian skype:
Langkah 1:
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Langkah 2:
Langkah 3:
Langkah 4:
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Langkah 5:
(ii) Sidang Video Menggunakan Yahoo Messenger
Sidang video menggunakan YM ini mempunyai sedikit kelainan dengan skype.
Langkah-langkah untuk melakukan sidang video YM ini adalah seperti di bawah.
Langkah 1:
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Langkah 2:
Langkah 3:
Langkah 4:
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Langkah 5:
Langkah 6:
Langkah 7:
Langkah 8:
Langkah 9: (hasil )
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
ISL : MINGGU 14
TAJUK : PENGGUNAAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN
BAHASA MELAYU
Pengenalan
Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk
menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan
mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada
pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-
programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan
digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan
untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.
Jenis-jenis Alat pengarangan
Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Alat pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan
penggunaannya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah
Google docs. Google dosc ini boleh didapati dengan melayari :
· "docs.google.com/"
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Karangan yang telah dihasilkan boleh disimpan secara atas talian. Hal ini
memudahkan murid untuk menyambung kerja pada bila-bila masa.
Google docs merangkumi:
Aplikasi
· Guru memberi satu tajuk karangan dan mengarahkann murid untuk
menghasilkan karangan tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui
Aplikasi Penyuntingan bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat
pengarangan
Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini
boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah
tersebut ialah:(i) Mengumpul bahan dari internet
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan
(v) Simpan maklumat atas talian
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
ISL : MINGGU 15
TAJUK : MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
ANIMASI
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan
hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya
bersifat statik.
Ia membolehkan sesuatu yang sukar untuk diterangkan dengan menggunakan
perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan
berkesan
. Penggunaan animasi boleh menceriakan proses penyampaian, di samping mampu
memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian
penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf,
AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR).
Format fail animasi tambahan adalah seperti format fail Quick Time (mov) atau Video
for Windows (avi).
MENGGUNAKAN ANIMASI DALAM POWERPOINT
Langkah 1
Membukakan Microsoft Powerpoint
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Langkah 2
Manaipkan maklumat yang ingin dianimasikan
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Langkah 3
Menekankan butang "custom animation"
Langkah 4
Pilih animasi yang diingin
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Langkah 5
Hasil yang didapati
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
ISL : MINGGU 16
TAJUK : BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN
BAHASA MELAYU
Pengenalan
Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang
digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.
Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat
Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya
ialah:
Contoh Jenis Cakera Padat
Memilih Cakera Padat pembelajaran Bahasa Melayu
Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak
penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat
pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu
Selain itu, cakera padat yang turut digunakan ialah:
- puisi tradisional dan kesusasteraan
- latihan dan soalan
Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran
Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran
pembelajaran Bahasa Melayu.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
CAKERA PADAT
CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera
padat.
Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat
menyimpan data secara optik.
Bagaimana cakera padat menyimpan data?
Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera.
Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan,
manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan.
Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili
dengan binari 1.
Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada
kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya.
Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan
berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0.
Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera.
Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75
batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan
1.6 ribu mm panjang.
Perbezaan CD dan DVD
Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat
menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang
dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan
sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan
antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB
sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Format CD
Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-
ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM.
CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna
anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh
dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda
merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan
menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti
mana memadam data di dalam cakera keras.
Format DVD
Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan
pengeluar-pengeluar utama DVD sedang bersaing antara satu sama lain untuk
mencipta satu "piawai" format rakaman.
Format
DVDCiri-ciri
DVD-RDVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk merakam video;
dimainkan pada pemain DVD.
DVD+R Sama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
DVD-RAMDVD-random access memory, boleh membaca dan menulis data
secara rawak.
DVD-RWDVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan
menulis data secara urutan.
DVD+RW Sama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
DVD-R/WSama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah
permukaan cakera (atas dan bawah).
DVD+R/WSama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah
permukaan cakera (atas dan bawah)
Jenis cakera padat
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
a) Cakera Liut
Cakera liut (floppy disk) adalah peranti berbentuk segiempat dan diselaputi
oleh kepingan plastik.
Peranti ini digunakan untuk menyimpan data yang kecil dan terdiri daripada
kepingan bulat nipis yang mudah lentur.
Data dan maklumat disimpan ke dalam kepingan bulat nipis dan ia dibaca
menggunakan pemacu cakera liut.
b) Cakera keras
Cakera keras (hard disk) merupakan antara peranti yang menyimpan data yang
banyak
Peranti ini terdiri daripada kepingan litar yang berfungsi untuk membaca dan
menerima data dan dilindungi oleh kepingan besi dan plastik.
Data disimpan di dalam cakera keras yang dibahagikan kepada beberapa
sektor.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Jarum pada peranti ini berfungsi untuk membaca data yang dikehendaki. Ia
bergerak setiap masa setiap kali arahan diberikan.
Saiz cakera keras adalah dalam saiz Gigabyte (GB) dan wujud dari saiz 40
GB hingga 800 GB.
Cakera keras disambungkan ke papan induk sama ada menggunakan
antaramuka SATA ataupun IDE yang juga dikenali sebagai ATA selari.
c) Cakera Optik
Cakera padat seperti cakera padat (VCD) atau audio (CD-DA) adalah contoh
cakera optik.
Cakera optik mampu menyimpan data yang sangat banyak, iaitu melebihi 6000
Megabait (melebihi 6 Gigabait).
Kesemua jilid ensiklopedia sekarang sudahpun dimuatkan dalam satu cakera
padat sahaja.
Maklumat disimpan dalam cakera optik dan dicapai daripadanya
menggunakan cahaya laser dan bukan lagi menggunakan bahan magnet seperti
dalam media magnet (cakera keras, cakera liut)
Terdapat tiga jenis cakera optik asas iaitu cakera padat ingatan baca sahaja.
(CD-ROM), WORM (cakera padat jenis write once, read many). dan cakera optik
boleh padam.
Setiap jenis cakera optik tersebut memerlukan pemacunya sendiri.
d) Cakera Kilat
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
• Pemacu kilat USB adalah peranti storan ingatan kilat yang disepadukan
dengan antaramuka USB.
•
Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh
dibawa ke mana sahaja.
• Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan 64 MB sehingga 128 GB[1]
dengan penambahbaikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga bagi setiap
gigabait.
• Sesetengah pemacu kilat membenarkan kitar tulis-padam sehingga lebih sejuta
kali[2][3] serta mempunyai jaminan pengekalan data selama 10 tahun,[4] disambung
menggunakan penyambung USB 1.1 atau USB 2.0.
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
ISL : MINGGU 17
TAJUK : SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA
MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG
Seminar menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik
dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli
dalam hal itu. Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu :
Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu
Penggunaan komputer di sekolah
Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Contoh seminar P&P Bahasa Melayu Berbantukan Komputer:
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Antara Hasil Bbm Berbantukan Komputer
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Pameran
Pengertian pameran adalah suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang
telah siap dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam
proses pembinaannya.
Jenis-jenis pameran:
BIL PERKARA HURAIAN
1Pameran tetap
Pameran yang dijalankan tanpa
melakukan perpindahan tempat
2
Pameran Temporer
Pemeran yang diadakan buat sementara
waktu iaitu mempunyai satu tempoh
masa yang ditetapkan
3
Pameran Keliling
Pameran yang dijalankan dengan secara
mengelilingi sesuatu tempat tanpa
mengira waktu yang tetap.
Contoh Pameran:
Contoh pamplet Pameran :
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113
Contoh pamplet Pameran :
Nurshaidatul Afina Binti Yusof2013021340113