Download - Isi Kajian
1
1.0 PENDAHULUAN
Kajian Tempatan merupakan mata pelajaran elektif dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR). Mata pelajaran ini diajar di tahap dua di peringkat
sekolah rendah bertujuan untuk melahirkan warganegara yang bersatu padu, hidup
dalam masyarakat yang demokratik, penyayang, progresif dan sejahtera. Antara
hasrat KBSR bagi mata pelajaran ini ialah mengukuhkan lagi pengetahuan,
pemahaman, kemahiran, kesedaran dan nilai yang telah disepadukan secara
terancang dalam mata pelajaran lain pada tahap satu terutamanya mata pelajaran
bahasa. (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004)
Mata pelajaran Kajian Tempatan mengandungi banyak fakta atau isi penting dan
kadangkala dalam sesuatu tajuk mengandungi isi yang sukar untuk diingat oleh
murid-murid dalam tahap dua di sekolah rendah. Kemahiran mengingat isi-isi
penting perlu dititik beratkan pada murid ketika di sekolah rendah lagi. Mereka
harus dibiasakan dengan teknik-teknik daya ingatan yang betul agar apa yang
mereka pelajari dapat diingat. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid
sentiasa didedahkan dengan maklumat baru, seterusnya maklumat baru ini akan
mengambil alih maklumat lama.
Menurut Francis Casey (1985),
“Understanding and memory retention do not remain
unchanged as time passes. You may understand an idea or
theory perfectly well in the first instance, but there is no
guarantee that you will be able to understand or recall it
some time later.”
2
Situasi ini lazim berlaku di sekolah. Semasa pengajaran guru dalam kelas, guru
akan bertanya kepada murid untuk menilai kefahaman mereka. Sebahagian besar
murid-murid akan dapat menjawab dengan tepat. Tetapi, apabila guru masuk untuk
mata pelajaran yang sama pada minggu berikutnya, hanya terdapat sebahagian kecil
murid sahaja yang masih ingat pelajaran yang lepas apabila disoal.
Menurut Azri Aziz (1994), terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk
memperbaiki ingatan kita. Antaranya ialah, Teknik “Chunking”, Teknik Gabungan
Huruf Pertama, Teknik Penggunaan Daya Imaginasi, Teknik Membuat Peta Minda,
Teknik PQRST (Preview, Question, Read, Self Recitation dan Test) dan Tidur
Selepas Pembelajaran Baru Berlaku.
Maka, kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah murid-murid
Tahun 5A Mawar mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.
Kajian ini telah dijalankan ke atas 29 orang responden iaitu murid-murid Tahun 5A
Mawar di salah sebuah sekolah di daaerah Sarikei. Murid-murid terdiri daripada 13
orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan. Terdapat beberapa instrumen
yang telah digunakan semasa mengumpul data untuk kajian ini iaitu soalan temu
bual, borang soal selidik, pemerhatian, Ujian Pra dan Ujian Pasca.
1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
Pengkaji merupakan salah seorang pelajar PISMP Pengajian Sosial Ambilan
Januari 2009 di Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang. Pengkaji telah menjalani
Praktikum Fasa 3 selama tiga bulan dan sebulan Internship di salah sebuah sekolah
3
di Sarikei, Sarawak. Sekolah ini pula merupakan sekolah yang sederhana
pencapaiannya dalam bidang akademik. Responden yang telah terlibat dalam kajian
ini ialah 29 orang murid Tahun 5A Mawar yang terdiri daripada 13 orang murid
lelaki dan 16 orang murid perempuan.
Sewaktu Praktikum Fasa 3, pengkaji telah mengajar mata pelajaran Kajian
Tempatan bagi Tahun 5A Mawar, pengkaji mendapati bahawa responden sukar
untuk mengingat fakta atau isi-isi penting yang perlu difahami dalam sesuatu tajuk.
Pengkaji telah mengajar beberapa tajuk dalam tema “Mengenal Negara Kita”.
Selepas pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati bahawa apabila soalan
tentang isi pembelajaran yang lepas diajukan, terdapat beberapa respon negatif
yang telah diberikan oleh responden. Antaranya ialah, ada yang menjawab ‘tidak
ingat’, ‘tidak tahu’, ada yang ingat tetapi hanya separuh jawapan yang mampu
diberikan dan terdapat responden yang tidak menjawab langsung.
Semasa menjalani Praktikum Fasa 3 di sekolah tersebut, pengkaji juga terlibat sama
membantu guru menggubal soalan ujian untuk Kajian Tempatan Tahun 5 bagi
Peperiksaan Pertengahan Semester 1 Tahun 2012. Soalan yang disoal meliputi isi
pelajaran dalam tema “Mengenal Negara Kita”. Berdasarkan analisis jawapan
responden, kesalahan yang paling kerap dilakukan ialah pada soalan yang berkaitan
“Lokasi Malaysia”. Topik ini merupakan topik terawal dalam sukatan pelajaran
mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun Lima. Apabila ditanya kepada responden,
mereka menjawab ‘tidak ingat’, ‘lupa’ dan ‘susah sebab tidak faham’.
4
Berdasarkan situasi yang lain pula, dalam jangka masa dua minggu selama tempoh
tiga bulan, pengkaji tidak dapat masuk ke kelas dan pengajaran mata pelajaran
Kajian Tempatan tidak dapat dijalankan berikutan gotong-royong sekolah dan cuti
umum. Pengkaji sengaja mengajukan soalan berkaitan isi pembelajaran yang lepas.
Responden sudah tidak ingat apa yang telah dipelajari sebelum ini. Untuk
mendapatkan lebih kepastian, pengkaji telah menguji mereka dengan lembaran
kerja, sesi soal jawab dan aktiviti berkumpulan berdasarkan topik yang diajar
sebelum ini. Ternyata, terdapat beberapa responden yang tidak dapat menjawab
lembaran kerja dengan baik.
Kebanyakan responden mengalami masalah menguasai kemahiran belajar di dalam
bilik darjah. Hasil soal selidik yang dilakukan sebelum ini menunjukkan sebahagian
kecil responden tidak mempunyai sebarang kaedah dalam membuat nota ulang kaji
yang berkesan menyebabkan mereka sukar mengingat konsep dan fakta
terutamanya responden yang sederhana dan lemah dan tidak berminat untuk
membaca dan mengingat. Oleh itu, masalah ini akan berterusan sekiranya kaedah
yang sesuai tidak dicari untuk menanamkan minat untuk mengingat dengan baik.
Semasa Internship selama sebulan di sekolah yang sama, pengkaji telah mengajar
beberapa hasil pembelajaran dalam tajuk Pengasasan Melaka di bawah tema
Kesultanan Melayu Melaka. Pada akhir pengajaran, pengkaji telah menyoal
beberapa soalan kepada responden. Responden dapat menjawab soalan dengan baik
walaupun terdapat beberapa responden yang memerlukan masa untuk mengimbas
semula isi pelajaran yang telah diajar sebelumnya. Pengkaji telah mentadbir ujian
pra kepada responden. Berdasarkan kepada keputusan ujian pra, terdapat sebilangan
5
kecil responden yang kurang menguasai beberapa hasil pembelajaran yang telah
diajar. Masalah utama mereka ini ialah mudah lupa dan tidak ingat isi pelajaran
yang lepas.
Daya ingatan responden terhadap isi pelajaran bagi mata pelajaran ini adalah
rendah. Satu cara mengurangkan lupaan ialah pengkaji perlu menjadikan
pembelajaran sesuatu yang memberangsangkan. Pengkaji perlu merancang pelbagai
kaedah pengajaran yang menarik dan sesuai bagi setiap topik yang diajar serta
berkesan bagi daya ingatan mereka.
Berdasarkan refleksi diri setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran,
pengkaji menyedari lemah dalam pemilihan strategi kemahiran berfikir. Pengkaji
perlu memikirkan alat berfikir yang sesuai dengan topik yang diajar. Som dan
Mohd Dahalan (1998) pula menerangkan bahawa alat berfikir merupakan
instrumen yang dapat membantu individu menggunakan minda dengan lebih
sistematik dan berkesan. Alat-alat berfikir ini mampu menyampaikan idea
seseorang dengan lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Alat berfikir yang
ditekankan secara menyeluruh adalah peta minda.
1.2 Refleksi Sorotan Literatur
Pengkaji telah merujuk kepada beberapa sumber semasa menjalankan kajian ini.
Antara sumber yang telah digunakan ialah kajian lepas, buku, jurnal, majalah dan
sumber internet. Pengkaji telah menggunakan kajian kepustakaan untuk mencari
maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian ini. Pengkaji telah merujuk
6
beberapa buah buku, jurnal dan majalah yang berkaitan dengan kajian di
perpustakaan.
Antara sumber yang paling banyak dirujuk ialah buku yang ditulis oleh Tony
Buzan (2007) yang dikenali sebagai pelopor Peta Minda. Selain itu, pengkaji turut
merujuk beberapa kajian yang lepas berkaitan dengan peta minda. Kajian-kajian ini
diperoleh daripada perpustakaan.
Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia
Rohani Malik Panter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul
Ittifaq, Besut, Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata
pelajaran yang diambil dalam peperiksaan tersebut. Pejabat Pelajaran Daerah Besut
(2007) melaporkan bahawa beliau menggunakan alat berfikir peta minda bagi
memudahkan mengulangkaji dan mengingat setiap isi pelajaran.
Hanis Jenalis (2011) menjelaskan dalam rencananya yang bertajuk “Peta Minda”,
peta minda merupakan salah satu kaedah mudah untuk melihat gambaran
keseluruhan, memahami topik pelajaran dan membantu proses mengingat. Peta
minda boleh dibuat sekali sahaja dan boleh dijadikan sumber rujukan akan datang
tanpa perlu membaca teks berkali-kali.
Mata pelajaran Kajian Tempatan bertujuan melahirkan murid yang setia kepada
negara, cinta akan tanah air, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.
Melalui pembelajaran Kajian Tempatan, murid dapat berinteraksi secara berkesan
7
ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang bertanggungjawab, harmonis,
bersatu padu, demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.
8
2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini ialah untuk menangani masalah kesukaran murid Tahun 5A Mawar
mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan dengan
menggunakan peta minda sebagai rawatan.
2.1 Tinjauan Masalah
Semasa Praktikum Fasa 3 dan Internship, pengkaji berpeluang mengajar mata
pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5A Mawar di salah sebuah sekolah di daerah
Sarikei. Dalam tempoh ini, pengkaji telah mengenal pasti dua masalah utama yang
dialami oleh responden dalam mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5.
Masalah pertama yang telah dikenal pasti ialah daya ingatan responden yang rendah
dan sederhana sahaja dalam mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian
Tempatan. Buktinya ialah, terdapat beberapa orang responden yang tidak dapat
menjawab soalan yang dikemukakan oleh pengkaji di akhir sesi pengajaran.
Alasannya ialah mereka tidak ingat dan lupa. Ada juga beberapa responden yang
meminta bantuan kawan di sebelah untuk menjawab soalan.
Masalah yang kedua pula ialah, responden keliru dengan isi pelajaran yang
dipelajari. Contohnya, dalam satu hasil pembelajaran terdapat dua isi yang hampir
sama. Semasa pengkaji menyoal responden untuk hasil pembelajaran ini, ada
responden yang tertukar isi atau fakta yang telah dipelajari. Hal ini juga dapat
dilihat berdasarkan latihan pengukuhan yang dijawab oleh responden. Responden
9
sering keliru dan tertukar jawapan kerana tidak ingat semua isi penting yang telah
dipelajari.
2.2 Analisis Masalah
Setiap masalah yang timbul mempunyai sebab dan puncanya. Responden yang
dikaji terdiri daripada latar belakang akademik yang pelbagai dan mempunyai tahap
kecerdasan yang berbeza. Terdapat responden yang cerdas, sederhana dan lemah.
Masalah pertama ialah daya ingatan responden yang rendah dan sederhana sahaja
dalam mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Hal ini
berlaku kerana berdasarkan pemerhatian, pengkaji telah mendapati responden tidak
mempunyai nota ulangkaji sebagai rujukan. Apabila menduduki peperiksaan,
responden lazimnya menggunakan buku teks untuk mengulangkaji pelajaran yang
lepas. Mereka tidak mempunyai satu kemahiran menulis nota yang efektif yang
boleh membantu mereka ingat kembali isi-isi penting yang telah dipelajari.
Masalah kedua iaitu responden keliru dengan isi pelajaran yang mereka pelajari.
Hal ini berlaku kerana isi pelajaran dalam sesuatu hasil pembelajaran mungkin
banyak dan penerangan guru yang panjang lebar. Menurut Francis Casey (1985),
“Understanding and memory retention do not remain
unchanged as time passes. You may understand an idea or
theory perfectly well in the first instance, but there is no
guarantee that you will be able to understand or recall it
some time later.”
10
Berdasarkan petikan kata-kata ini, jelas menunjukkan bahawa ingatan manusia ini
pendek dan tidak kekal. Maka, pengkaji telah mencadangkan peta minda sebagai
rawatan atau alternatif kepada responden untuk mengatasi masalah mengingat isi-
isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.
2.3 Tinjauan Literatur
Menurut Sulaiman (2005), tinjauan literatur adalah satu proses sistematik yang
memerlukan pembacaan dan perhatian kepada butiran yang terperinci. Setiap tesis
atau laporan penyelidikan mengandungi tinjauan literatur yang memenuhi beberapa
tujuan yang khusus. Tinjauan literatur memenuhi dua tujuan utama dalam kajian
iaitu untuk menjustifikasikan kepentingan soalan kajian dan membekalkan rasional
bagi tujuan, soalan atau hipotesis kajian. Bagi memenuhi tujuan ini, pengkaji perlu
membuat tinjauan literatur secara kritis.
Creswell (2005) pula menjelaskan bahawa tinjauan literatur membabitkan
kesimpulan bertulis tentang artikel dalam buku, jurnal dan dokumen lain yang
menjelaskan keadaan maklumat lepas dan semasa menyusun literatur dalam topik
tertentu dan mendokumenkan keperluan bagi kajian yang dicadangkan.
Menurut Blaxter et al. (2006), tinjauan literatur adalah satu aktiviti awal yang
penting dalam setiap penyelidikan. Mereka turut menegaskan bahawa kebolehan
untuk membuat kajian secara kompeten merupakan satu kemahiran penting bagi
pengkaji.
11
2.3.1 Literatur Berkaitan
R. Freeman (1982) menyatakan,
“...we quickly lose the capacity to recall events. Even at the
end of one hour’s lecture, most students find it difficult to
recall the first half of lecture. After two hours or so, half the
lecture will have been forgotten.”
Penggunaan peta minda dalam Kajian Tempatan boleh membantu mencapai
beberapa matlamat. Menurut Ab Fatah Hassan (1994), antaranya
mengorganisasikan maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat
perkaitan antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu
kepada pengekalan konsep baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur
kognitif pelajar dan menggalakkan kreativiti. Faktor tersebut juga boleh menarik
minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru.
Kajian ini dicadangkan berdasarkan beberapa teori. Teori Pembelajaran Bermakna
adalah satu idea pembelajaran bermakna dibina daripada teori yang diasaskan oleh
Ausubel (1963) dalam Woolfolk (1994). Dalam teori ini, maklumat dalam bentuk
bahasa idea dan hubungan antara idea-idea tersebut diambil bersama.
Menurut Mohd Nasuha Jamidin et al. (1995), peta minda yang diperkenalkan oleh
Tony Buzan pada tahun 1974 merupakan teknik lakaran yang boleh digunakan
untuk mencatat nota. Teknik ini mengambil kira faktor-faktor yang membantu
ingatan. Otak akan lebih mudah menyimpan dan mengingat kembali maklumat-
12
maklumat yang tersusun, ada hubung kait, mempunyai imej yang jelas,
berkelompok dan mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Keupayaan ingatan tidak terhad kepada bilangan maklumat yang boleh disimpan
tetapi sekiranya pemprosesan berlaku dengan segera, maklumat akan cepat hilang
(Leahey & Harris, 1997). Maknanya, bilangan maklumat bukanlah faktor utama
mengapa lupaan berlaku dengan cepat.
Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen yang
dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematis dan berkesan.
Dengan menggunakan alat berfikir ini, idea-idea yang disampaikan akan menjadi
lebih tersusun, jelas dan mudah difahami.
Menurut Mat Jamudin (2002), teori pembelajaran berasaskan kognitif menekankan
bagaimana individu boleh mengekalkan maklumat dalam ingatan mereka iaitu
melalui kemahiran menggunakan ingatan jangka panjang. Jika individu boleh
menggunakan ingatan jangka panjang. Ia dapat membina satu rangkaian
pengetahuan yang berhubung kait dan berstruktur yang mana jika pengetahuan itu
diimbas atau diperlukan. Menurut teori ini, pada peringkat pertama tumpuan
pelajar memberi fokus kepada bahan rangsangan. Ingatan di peringkat ini dikenali
sebagai ingatan sensori.
Gagne (1996) dalam Mohan & Balan Ratnakrisnan (2004) menyatakan bahawa
penggunaan peta minda merupakan satu strategi kognitif yang mudah diamalkan.
Pelajar akan mempelajari bahan yang diajar dengan cepat apabila pengajaran dibuat
13
dalam bentuk kumpulan dengan menggunakan lakaran yang berbentuk gambar atau
bentuk perkataan yang tersusun. Pelajar juga akan menggunakan kemahiran
kemahiran intelek untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah yang diberi
berdasarkan mata pelajaran yang diajar.
Menurut Mahani Razali et al. (2004: 94), beliau menyatakan bahawa peta minda
yang menarik perlu mempunyai ciri-ciri seperti berwarna-warni, menggunakan
anak panah atau kod, menggunakan kata kunci atau imej yang ringkas dan padat,
bercorak dan sesuatu yang kreatif dan menyeronokkan. Bentuk peta minda adalah
pelbagai dan bergantung kepada kreativiti penulis. Biasanya, ia adalah perkara yang
menjadi makna kepada penulis, menarik dan mudah.
Menurut Sulaiman Masri (2005: 51), peta minda menarik tumpuan mata pelajar, di
samping menggunakan banyak unit otak, berbanding dengan cara tradisional yang
menggunakan cara logik, otak kiri A-B-C. Cara ini membolehkan murid-murid
fokus dan mengelakkan kekeliruan fakta.
Noraini Ahmad (2005: 91) menyatakan bahawa sekiranya pelajar mempraktikkan
teknik membuat peta minda pelajar boleh memperincikan beberapa idea dengan
menggunakan kata kunci. Kata kunci merupakan idea yang penting dan melalui
setiap kata kunci yang telah anda perturunkan, ia dapat dipecahkan semula kepada
fakta berikutnya.
Menurut Rubiah Aksah dan Yea Jing Ong (2005), peta minda merupakan kaedah
yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk
14
ditukarkan kepada bentuk yang boleh dilihat. Peta minda boleh membantu
mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman. Pada peringkat umur ini, murid-murid
kurang berminat dengan perkara yang abstrak kerana mereka tidak nampak perkara
yang dibincangkan. Peta minda membantu mereka melihat idea-idea dalam bentuk
tersusun dan jelas.
Menurut Yayaha et al. (2005) menyatakan bahawa peta minda memainkan peranan
penting dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan berkaitan topik. Mulakan peta
dengan menulis tajuk utama di tengah-tengah muka surat. Kemudian, bentuk
cabang daripada tajuk utama, satu cabang bagi setiap isi utama dan gunakan
pelbagai warna bagi setiap cabang. Bentuk ranting-ranting daripada cabang utama
bagi memasukkan maklumat tambahan.
Menurut M. Fadzli A. Bakar (2006) menyatakan bahawa peta minda ini sangat
sesuai digunakan dalam mengingat pelajaran. Daya ingatan memerlukan maklumat
yang tersusun supaya senang diterima dan disimpan secara sistematik. Membaca
sebuah buku pelajaran yang tebal sememangnya membosankan dan mengelirukan.
Menurut Mel Silbermen et al. (2006), pemetaan minda adalah cara yang kreatif
untuk setiap pelajar menjana idea, mencatat pembelajaran ataupun merancang
projek baru. Menyuruh pelajar mencipta peta minda membolehkan mereka
mengenal pasti dengan jelas dan kreatif apa yang sudah dipelajari dan sedang
dirancang oleh mereka.
15
Menurut Malek Muhamat Said (2006), peta minda adalah pendekatan
menggunakan seluruh otak bagi memuatkan intipati suatu tajuk atas satu muka
surat dalam bentuk gambar, corak, simbol-simbol, perasaan dan bunyi. Bentuk peta
minda adalah bergantung dengan penggunanya supaya mereka sendiri lebih faham
dengan peta minda yang telah dibuat.
Peta minda diasaskan oleh Tony Buzan sebagai suatu cara mencatat nota dengan
ringkas dan berkesan. Menurut Tony Buzan (2007: 198), peta minda ialah kaedah
menyimpan, menyusun dan mengutamakan maklumat (selalunya pada kertas)
dalam bentuk grafik dan berangkai-rangkai menggunakan imej dan kata pencetus
atau kata penting, yang setiap satunya akan ‘merakam’ memori khusus dan
menggalakkan idea dan pemikiran baru.
Menurut Tee et al. (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk
atau tema di bahagian tengahnya. Terdapat beberapa garisan yang dikembangkan
dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-
cabang kecil ini sebagai huraiannya.
Dalam proses pembelajaran, peta minda adalah sangat penting. Ini kerana menurut
Kang Chui Yeong et al. (2009: 201) menyatakan bahawa peta minda merupakan
satu kaedah yang boleh membantu mengingat fakta-fakta penting secara berkesan.
Penggunaan peta minda memudahkan pemikiran, membantu mengukuhkan daya
ingatan dan murid dapat mengingati fakta-fakta penting.
16
Menurut Tengku Asmadi Tengku Mohamad (2009) menyatakan bahawa peta
minda lebih mudah dihafal dan diingat berbanding dengan nota biasa kerana
penggunaan imej seperti lakaran. Penggunaan peta minda secara tidak langsung
cenderung kepada proses pembelajaran menggunakan keseluruhan otak.
Peta minda diakui sebagai salah satu cara pengambilan nota yang cukup berkesan
bagi membantu proses pembelajaran. Peta minda membolehkan fakta-fakta yang
telah diringkaskan untuk dimuatkan dalam sehelai kertas. Menurut Tengku Asmadi
dan Osman Affan (2011: 127) menyatakan bahawa peta minda mudah dihafal dan
diingati berbanding dengan nota biasa kerana penggunaan imej visual seperti
lakaran, simbol, gambar, kata kunci, warna dan sebagainya.
Menurut Hanis Jelanis (2011: 7), peta minda merupakan salah satu kaedah mudah
untuk melihat gambaran keseluruhan, memahami topik pelajaran dan membantu
proses mengingat. Peta minda boleh dibuat sekali sahaja dan boleh dijadikan
sumber rujukan akan datang tanpa perlu membaca teks berkali-kali.
2.3.2 Kajian Berkaitan
Berdasarkan dapatan yang diperoleh oleh Pejabat Pelajaran Daerah Besut (2007),
keberkesanan peta minda ini diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia
Rohani Malik Panter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul
Ittifaq, Besut, Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam 14 mata pelajaran
yang diambil dalam peperiksaan tersebut. Beliau menyatakan bahawa kaedah peta
minda Tony Buzan memudahkan ulangkaji dan mengingat setiap isi pelajaran.
17
Tee et al. (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema
di bahagian tengahnya. Terdapat beberapa garisan yang dikembangkan dari
sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang
kecil ini sebagai huraiannya.
Nur Ezaini bt Wahab telah menjalankan satu kajian tindakan tentang Pembelajaran
Kajian Tempatan Menggunakan Peta Minda Bagi Murid Tahun Empat di salah
sebuah sekolah rendah. Dalam kajian tersebut, Nur Ezaini bt Wahab melaporkan
bahawa penggunaan peta minda dapat membantu murid-murid mengingat isi-isi
penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Laporan ini dibuktikan
peningkatan markah dalam ujian pasca berbanding ujian pra dan instrumen yang
lain.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Zahara Aziz dan Nurliah Jair (2009), kedua-dua
pengkaji ini telah memetik pandangan Novak (1993) yang menyatakan bahawa
apabila seorang menghafal maklumat, maklumat ini hanya boleh disimpan untuk
jangka masa pendek iaitu ingatan yang hanya boleh memegang tujuh item sahaja.
Seseorang yang pintar boleh mengingat tujuh item sahaja daripada maklumat yang
dipelajari.
Dalam kajian lain yang dijalankan oleh Wong Pui Chze (2009), beliau ada memetik
pendapat Vanessa Steele (2005),
“ Making a mind map should be a spontaneous pre-writing
activity. Students start with a topic at the centre and then
generate a web of ideas from that, developing and relating
18
these ideas as their mind makes associations. Mind maps
work well as their visual design enables students to see the
relationship between ideas, and encourages them to group
certain ideas together as the proceed.”
Gordon Howe (2011) dari Universiti Exeter dan penyelidik lain telah menjalankan
kajian tentang pelbagai teknik membuat nota. Nota yang pendek adalah nota yang
baik. Didapati juga kadar ingatan kembali bagi nota yang menggunakan kata kunci
adalah lebih tinggi berbanding notayang tiada kata kunci. Kata kunci merupakan
perkataan yang signifikan bagi sesuatu ayat ataupun idea. Ia mudah diingat kerana
dapat menggambarkan maklumat yang lebih bermakna daripada perkataan lain.
2.4 Kepentingan Kajian
Kajian yang dijalankan bertujuan secara umumnya untuk meningkatkan kualiti
pendidikan negara dan dapat menjadi panduan kepada warga dunia pendidikan
dalam menentukan keperluan pengajaran dan pembelajaran. Secara khususnya,
kajian ini penting kepada lima golongan iaitu murid, ibu bapa, guru, sekolah dan
panitia mata pelajaran Kajian Tempatan.
i. Kepentingan kepada murid
Pengukuhan ingatan dan kefahaman dalam mata pelajaran Kajian Tempatan
pada peringkat sekolah rendah lagi akan memberikan manfaat kepada murid-
murid di sekolah menengah kelak. Di sekolah menengah kelak, mereka akan
belajar isi pelajaran yang lebih luas dalam mata pelajaran Sejarah dan
Geografi. Penggunaan peta minda ini merupakan satu cara untuk belajar sendiri
19
dan berterusan, bukan sekadar digunakan dalam bilik darjah semata-mata. Peta
minda boleh dijadikan dijadikan nota untuk mengulangkaji. Peta minda boleh
dibuat sekali sahaja dan boleh dijadikan sumber rujukan akan datang tanpa
perlu membaca teks berkali-kali.
ii. Kepentingan kepada ibu bapa
Mendedahkan kepada ibu bapa tentang teknik terbaik untuk membantu murid
mencapai pembelajaran yang bermakna. Ibu bapa juga dapat mengenalpasti
teknik dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk anak mereka.
iii. Kepentingan kepada guru
Dapat mempelbagaikan kaedah, teknik dan kemahiran dalam pengajaran dan
pembelajaran dan sebagai panduan untuk pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
iv. Kepentingan kepada panitia
Kajian ini memberikan manfaat kepada Jawatankuasa Panitia Kajian Tempatan
untuk merancang aktiviti tahunan panitia.
v. Kepentingan kepada sekolah
Kajian ini dianggap sebagai penemuan dan inovasi kepada pihak sekolah. Hasil
kajian ini dapat digunakan sebagai salah satu alternatif lain untuk sekolah
menyelesaikan masalah pembelajaran murid-murid.
20
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah pernyataan tujuan spesifik kajian yang disenaraikan sebelum
sesuatu kajian dijalankan. Penyenaraian tujuan kajian ini amat mustahak kepada
pengkaji kerana membolehkan pengkaji mengutip data yang sesuai dan jenis alat
yang perlu digunakan. Semasa membina instrumen kajian, pengkaji perlu merujuk
kepada objektif yang ingin dicapai.
3.1 Objektif Kajian
Berikut merupakan objektif kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji. Semasa
menjalankan kajian ini, pengkaji telah menjadikan objektif ini sebagai panduan
dalam memilih instrumen, membina soalan dan menganalisis dapatan.
3.1.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan bagi menangani masalah murid Tahun 5A Mawar mengingat
isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.
3.1.2 Objekif Khusus
Kajian ini mempunyai beberapa objektif yang perlu dicapai iaitu:
i. mengenal pasti tahap keupayaan murid Tahun 5A Mawar mengingat isi-isi
penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan,
21
ii. mengenal pasti penggunaan peta minda dalam membantu murid Tahun 5A
Mawar mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan,
dan
iii. menganalisis tahap pengetahuan murid dalam mengingat isi-isi penting
berdasarkan perbezaan ketara markah ujian murid Tahun 5A Mawar
sebelum dan selepas menggunakan peta minda.
3.2 Soalan Kajian
Kajian ini dilakukan untuk mencari jawapan kepada tiga soalan yang berikut.
i. Adakah murid Tahun 5A Mawar menghadapi masalah mengingat isi-isi
penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan?
ii. Bagaimanakah penggunaan peta minda dapat membantu murid Tahun 5A
Mawar mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan?
iii. Adakah terdapat perbezaan yang ketara pada markah ujian murid Tahun 5A
Mawar sebelum dan selepas menggunakan peta minda?
22
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran melibatkan bilangan kumpulan klien yang hendak diuji.
Pemilihan kumpulan sasaran mengambil kira aspek populasi dan sampel. Kedua-
dua aspek ini diambil kira kerana akan membantu pengkaji mendapat dapatan
kajian yang sangat berkesan.
Kajian ini melibatkan populasi murid di sebuah sekolah di bahagian Sarikei,
tempat pengkaji menjalani Praktikum Fasa 3 dan Internship. Pengkaji telah
memilih murid Tahun 5A Mawar kerana pengkaji lebih mengenali respondennya
berbanding dengan kelas lain. Pengkaji juga telah mengenal pasti kelemahan
murid Tahun 5A Mawar sejak mula mengajar di sekolah tersebut dan sudah
mengenali setiap responden dengan baik. Jadual berikut menunjukkan maklumat
kumpulan sasaran yang telah dijadikan sebagai sampel kajian ini.
Jadual 1: Jantina responden
Jadual 1 menunjukkan jantina responden. Berdasarkan jadual, jumlah murid
lelaki dalam kelas 5A Mawar ialah 13 orang (44.8%). Manakala murid
perempuan dalam kelas ini ialah 16 orang (55.2%). Jumlah keseluruhan murid
dalam kelas ini ialah 29 orang. Pemilihan sampel adalah berdasarkan populasi
Jantina Kekerapan Peratus (%)
Lelaki 13 44.8
Perempuan 16 55.2
Jumlah Besar 29 100
23
yang dipilih. Dalam kajian ini sampel yang dipilih secara adil, iaitu semua murid
dalam Tahun 5A Mawar seramai 29 orang. Bilangan sampel dihadkan dengan
jumlah bilangan murid dalam kelas tersebut sahaja supaya pengkaji boleh
memperkenalkan penggunaan peta minda secara serentak kepada respondennya.
Jadual 2: Taburan kaum responden
Jadual 2 menunjukkan taburan kaum responden. Berdasarkan data yang
diperoleh, responden terdiri daripada tiga kaum. Kaum yang paling banyak ialah
kaum Melayu iaitu terdiri daripada 20 orang dengan peratus sebanyak 69.0%.
Manakala kaum yang paling sedikit ialah kaum Melanau, hanya empat orang
responden sahaja dengan peratus sebanyak 13.8%. Selebihnya ialah kaum Iban
yang terdiri daripada lima orang responden dengan peratus sebanyak 17.2%.
Jadual 3: Taburan umur responden
Kaum Kekerapan Peratus (%)
Iban 5 17.2
Melayu 20 69.0
Melanau 4 13.8
Jumlah Besar 29 100
Umur Kekerapan Peratus (%)
11 tahun 29 100
Jumlah Besar 29 100
24
Jadual 3 menunjukkan taburan umur responden yang dikaji. Semua responden
adalah 100% berumur 11 tahun kerana kajian ini melibatkan semua murid dalam
kelas yang sama iaitu Tahun 5A Mawar. Murid-murid dalam kelas ini terdiri
daripada pelbagai kecerdasan dalam akademik. Semua murid boleh
berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Kelebihan murid Tahun 5A Mawar ialah
mereka mampu menerima arahan guru dengan jelas dan sentiasa menunjukkan
sikap ingin tahu dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Secara keseluruhannya,
kumpulan sasaran yang dipilih adalah berdasarkan masalah kajian yang dikenal
pasti dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan.
25
5.0 TINDAKAN
Bahagian ini membincangkan tentang beberapa tindakan yang telah dirancang oleh
pengkaji untuk menjalankan kajian. Tindakan yang dijalankan merupakan elemen
yang penting dalam sesuatu kajian kerana tanpa tindakan yang dijalankan adalah
mustahil untuk pengkaji mengumpul data dengan lengkap dan bersistematik.
Tindakan yang dijalankan akan dihuraikan melalui kerangka kajian. Kerangka
kajian adalah merujuk kepada struktur idea yang abstrak atau logik yang memandu
kepada perancangan, pelaksanaan dan laporan sesuatu kajian.
5.1 Prosedur Tindakan
Secara umumnya, kerangka kajian merupakan struktur idea yang abstrak atau logik
yang menjurus kepada perancangan, pelaksanaan dan laporan sesuatu kajian.
Menurut Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
(2008), kerangka ini digunakan dalam proses mengenal pasti metodologi yang
diaplikasikan dalam kajian, pemilihan subjek kajian, jenis maklumat yang akan
dikumpulkan, cara pengumpulan data, cara pentafsiran data dan juga cara untuk
menghasilkan laporan.
Pada awal kajian, masalah pembelajaan dikenal pasti iaitu masalah mengingat isi-
isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5. Seterusnya, pengkaji
akan menggunakan peta minda sebagai rawatan untuk memastikan murid-murid
mengingat isi-isi penting dalam topik yang diajar oleh pengkaji semasa pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5. Jangkaan keputusan
26
daripada penyelesaian masalah tersebut, murid-murid atau responden dapat
mengingat isi-isi penting dalam topik yang diajar serta dapat menjawab soalan
dalam ujian pasca yang diberikan.
Rajah 1: Kerangka kajian Penggunaan Peta Minda bagi Menangani Masalah Murid Tahun
5A Mawar Mengingat Isi-Isi Penting dalam Mata Pelajaran Kajian Tempatan
Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Ujian Pasca
Menjalankan rawatan peta minda
Menjalankan ujian pra, temu bual dan pemerhatian sebelum intervensi
Tinjauan terhadap responden
Mengenalpasti masalah responden iaitu masalah mengingati isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan
27
5.1.1 Pelaksanaan Tindakan
Berikut merupakan proses kajian tindakan yang dilalui oleh pengkaji. Setiap
langkah yang diambil telah dimaklumkan kepada pihak sekolah, guru dan
responden kajian. Hal ini dilakukan supaya kajian boleh dijalankan dengan lancar
dan mengelakkan salah faham antara pengkaji dengan pihak sekolah, guru dan
responden.
Minggu Pertama
Semasa melaporkan diri kepada pihak sekolah untuk program Internship selama
sebulan di sekolah tersebut, pengkaji telah memaklumkan kepada pihak sekolah
tentang kajian ini. Pengkaji telah memaklumkan tentang tujuan kajian ini dilakukan
sebagai syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian.
Selain itu, pengkaji juga turut meminta kebenaran untuk menggunakan kelas 5A
Mawar sebagai sampel kajian.
Pada minggu pertama, sebelum memulakan pengajaran, pengkaji telah
memaklumkan kepada murid-murid yang mereka terlibat sebagai sampel kajian
dalam kajian tindakan yang akan dijalankan. Pada minggu ini, pengkaji telah
mengajar topik pertama dalam tema Kesultanan Melayu Melaka iaitu Pengasasan
Melaka. Pengkaji telah mengajar menggunakan paparan slaid Power Point.
Semasa sesi soal jawab di akhir pengajaran, pengkaji telah menyoal soalan-soalan
tentang isi pelajaran yang telah diajar. Terdapat beberapa orang responden yang
berjaya menjawab dengan lengkap dan tepat namun ada juga responden yang
28
tertukar isi penting dan memberikan jawapan yang salah serta ada yang tidak
menjawab langsung. Apabila disoal, responden menjawab dengan alasan ‘tidak
tahu’ dan ‘tidak ingat’. Berdasarkan pemerhatian pengkaji juga, terdapat beberapa
orang responden yang kurang memberikan perhatian kepada pengajaran berikutan
mereka hanya mendengar pendengaran dan melihat tayangan yang ditunjukkan oleh
pengkaji. Fikiran mereka tidak fokus kepada isi pelajaran yang dipelajari.
Minggu Kedua
Bagi mengenal pasti masalah, ujian pra diberikan dengan mengedarkan soalan
mengenai topik pelajaran yang dipelajari iaitu Pengasasan Melaka. Item ujian pra
ini mengandungi 20 soalan dan empat bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D.
Bahagian A terdiri daripada 10 soalan aneka pilihan, Bahagian B terdiri daripada
item isi tempat kosong, Bahagian C terdiri daripada item betul-salah dan Bahagian
D terdiri daripada item susun ikut urutan. Setiap item ini dibina berdasarkan isi
pelajaran dalam topik Pengasasan Melaka. Secara keseluruhannya, keputusan yang
diperolehi ialah sederhana. Terdapat sebilangan kecil sahaja responden yang
berjaya menjawab soalan dengan tepat, sebilangan besar responden yang berjaya
menjawab soalan dengan sederhana dan sebilangan kecil responden yang masih
lemah dan tidak dapat menjawab soalan dengan tepat.
Minggu Ketiga
Langkah 1
Pengkaji menyediakan satu set pengajaran dengan menggunakan peta minda untuk
mengatasi masalah responden mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran
Kajian Tempatan.
29
Langkah 2
Pengkaji memperkenalkan peta minda sebagai rawatan untuk mengatasi masalah
mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Pengkaji telah
menerangkan maksud peta minda, fungsi peta minda, jenis-jenis peta minda dan
ciri-ciri peta minda kepada responden.
Langkah 3
Pada langkah set induksi, pengkaji menunjukkan kad gambar kepada responden.
Kemudian, pengkaji mengedarkan edaran peta minda kepada setiap responden.
Pengkaji tidak menggunakan Projektor LCD kerana ada guru lain yang
menggunakannya. Setiap responden menumpukan perhatian kepada peta minda di
tangan masing-masing sambil mendengar penerangan pengkaji. Pengkaji sengaja
membiarkan beberapa tempat kosong dalam peta minda tersebut agar responden
peka dan mengisi tempat kosong dengan isi pelajaran yang betul.
Langkah 4
Seterusnya, responden dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diminta
untuk bekerjasama menyediakan satu peta minda tentang topik yang diagihkan oleh
pengkaji. Hasil kerja kumpulan kemudian dibentang di hadapan kelas. Selesai
pembentangan, setiap hasil kerja tersebut disusun membentuk peta minda induk di
papan tulis.
Langkah 5
Secara individu, setiap murid diminta untuk menyediakan satu peta minda
berdasarkan isi pelajaran yang telah dipelajari pada hari ini. Responden diminta
30
untuk merujuk buku teks Kajian Tempatan Tahun 5. Rasional pengkaji melakukan
tindakan ini adalah untuk memastikan setiap individu mempraktikkan cara
menggunakan peta minda dengan betul. Hal ini kerana peta minda merupakan salah
satu kaedah untuk membuat nota sebagai cara untuk mengatasi masalah mengingat
isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Pengkaji mengharapkan
responden akan menggunakan peta minda ini secara berterusan bagi menangani
masalah mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.
Semasa responden menyediakan peta minda tersebut, pengkaji telah menjalankan
pemerhatian dari setiap meja. Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati semua
responden dapat menyediakan peta minda dengan betul dan lengkap namun sedikit
mengambil masa kerana ini merupakan kali pertama mereka didedahkan dengan
peta minda. Terdapat empat orang responden yang mengambil masa yang lama
kerana lama untuk mencari kata kunci daripada petikan teks yang dibaca. Hal ini
berikutan kemampuan mereka membaca dan mengenal pasti isi-isi penting dalam
sesuatu teks agak lemah. Pada akhir pengajaran, pengkaji menyoal kembali apa
yang telah dipelajari. Pengkaji mendapati bahawa responden dapat menjawab
dengan lengkap dan betul.
Minggu Keempat
Pengkaji telah mentadbir Ujian Pasca pada minggu ini. Berdasarkan keputusan
yang diperoleh, terdapat perbezaan yang signifikan pada markah ujian responden
sebelum dan selepas menggunakan peta minda. Keputusan ujian pasca tersebut
dianalisis untuk mengetahui peningkatan dari segi pencapaian responden.
31
5.2 Cara Mengumpul Data
Dalam bahagian ini, pengkaji akan menghuraikan kaedah yang digunakan untuk
mengumpul data kajian bagi menjawab persoalan kajian. Cara pengumpulan data
adalah elemen penting dalam sesebuah kajian tindakan kerana boleh mempengaruhi
ketepatan maklumat yang diperlukan oleh pengkaji. Pengumpulan data yang
bersistematik akan membantu pengkaji untuk menganalisis data. Dalam kajian ini,
pengkaji akan menggunakan instrumen temu bual, soal selidik, ujian dan
pemerhatian. Terdapat dua reka bentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji iaitu
kajian kualitatif dan kajian kuantitatif. Kajian ini merupakan kajian kualitatif jenis
kajian tindakan.
5.2.1 Reka Bentuk Kajian
Menurut Mohd. Majid Konting (2005), reka bentuk merupakan suatu penyelidikan
yang berkaitan dengan teknik dan kaedah tertentu untuk memperoleh maklumat
yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah dan membincangkan bagaimana
pengkaji mencapai objektif penyelidikan. Reka bentuk kajian juga merupakan
keseluruhan rangka kerja penyelidikan bagi menjawab dan mencapai objektif
kajian. Terdapat dua jenis reka bentuk yang digunakan oleh pengkaji iaitu kajian
kualitatif dan kajian kuantitatif.
Kajian ini menggunakan beberapa instrumen kajian seperti temu bual, pemerhatian,
soal selidik, ujian pra dan ujian pasca sebagai alat pengumpulan data. Penggunaan
32
pelbagai instrumen dalam kajian membolehkan pengkaji mendapatkan bukti dan
data yang lebih kukuh lagi tentang kajian yang ingin diselesaikan.
5.2.2 Kajian Kuantitatif
Pardi (2011), menyatakan bahawa penyelidikan kuantitatif adalah satu kajian
saintifik yang sistematik berkenaan sifat-sifat kuantitatif dan fenomena serta
hubungan antara kedua-duanya menggunakan kaedah statistikal yang bermula
dengan pengumpulan data berdasarkan hipotesis atau teori.
Kajian kuantitatif merupakan kajian yang menggunakan maklumat atau data yang
bersifat kuantitatif. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian
kualitatif. Terdapat beberapa jenis kajian kuantitatif iaitu kajian tinjauan, kajian
korelasi, kajian sebab-akibat dan kajian eksperimental.
Data kuantitatif berbentuk angka yang boleh diukur, melalui proses pengukuran
dan memerlukan instrumen seperti soal selidik dan ujian. Pengkaji menggunakan
instrumen seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi mengumpul data.
Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat pengantaraan antara
pengkaji dan responden kajian.
Reka bentuk kajian ini telah ditetapkan sebelum data dikumpul. Ujian dan soal
selidik telah disediakan terlebih dahulu untuk diedarkan kepada responden bagi
mendapatkan data kajian.
33
5.2.3 Kajian Kualitatif
Lim (1998) menyatakan bahawa pendekatan kualitatif ialah prosedur penyelidikan
yang menghasilkan data gambaran yang boleh diamati. Kajian kualitatif adalah
kajian yang menggunakan maklumat atau data yang bersifat kualitatif. Saiz sampel
bagi kajian ini lebih kecil berbanding kajian kuantitatif. Terdapat beberapa jenis
kajian kualitatif yang sering digunakan iaitu kajian etnografi, kajian tindakan,
kajian kes, kajian sejarah dan kajian naratif.
Data kajian lebih kepada berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui
temu bual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video. Data kualitatif
diperoleh dengan cara pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan lain-lain.
Kajian kualitatif bersifat mudah lentur atau fleksibel, boleh diubahsuai mengikut
keadaan dan keperluan situasi. Semasa mengumpul data, pengkaji adalah instrumen
utama. Pengkaji perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati
sendiri fenomena yang ingin dikaji. Maklumat kajian diperoleh secara langsung
daripada responden kajian.
5.2.4 Soal selidik
Menurut Sabitha (2005), beliau menyatakan bahawa borang soal selidik
merupakan satu set soalan dalam bentuk tulisan. Mohd. Majid Konting (1990),
sampel kajian lebih mudah memberi tindak balas terhadap aspek-aspek yang telah
dikaji kerana sampel kajian hanya perlu memilih jawapan yang telah disediakan. Ini
34
berbeza dengan kaedah temu bual kerana sampel kajian terpaksa berfikir dan terikat
dengan emosi.
Kenyataan ini disokong oleh J.W. Creswell (2002), penggunaan soal selidik
merupakan alat pengumpulan data yang banyak diguna pakai oleh penyelidik. Soal
selidik berupaya mengumpul data secara terperinci, tersusun, piawai, mudah
ditadbir, menjimatkan tenaga, masa, minda dan wang penyelidik. Instrumen jenis
ini adalah lebih cepat, menjimatkan masa dan menjimatkan kos.
Terdapat 10 item yang dibina dalam borang soal selidik untuk kajian ini. Borang
soal selidik ini menggunakan Skala Likert 5 poin yang menggunakan 5 skala iaitu
1=Sangat Tidak Setuju, 2=Tidak Setuju, 3=Kurang Setuju, 4=Setuju dan 5=Sangat
Setuju. Item yang dibina oleh pengkaji merupakan jawapan kepada soalan kedua
kajian berkenaan dengan bagaimana penggunaan peta minda dapat menangani
masalah murid mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.
Pengkaji mengedarkan borang soal selidik setelah memberikan rawatan kepada
masalah murid iaitu menggunakan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Kajian Tempatan. Sebelum responden menjawab soal selidik yang
diberikan, pengkaji menerangkan terlebih dahulu makna skala-skala yang terdapat
dalam soal selidik tersebut. Langkah ini diambil bagi mengelakkan responden salah
faham dan menanda soal selidik sebarangan.
35
5.2.5 Pemerhatian
Chua Yan Piaw (2005), kaedah pemerhatian merupakan kaedah untuk mengukur
pembolehubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada
dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu
bual. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek
berpandukan pembolehubah-pembolehubah yang telah dikenal pasti.
Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal.
Pemerhatian sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid berdasarkan
pemboleh ubah atau aspek yang dikenal pasti. Pemerhatian perlu dijalankan secara
sistematik. Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan mencatat nota tentang apa yang
berlaku di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya
bagaimana guru mengajar dan bagaimana reaksi murid semasa pengajaran.
Bagi menjawab soalan kajian yang pertama berkaitan adakah responden
menghadapi masalah mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian
Tempatan, pengkaji turut menggunakan instrumen pemerhatian. Selain itu,
pemerhatian berstruktur juga digunakan oleh pengkaji untuk mengenal pasti ingatan
murid berdasarkan lima hasil pembelajaran dalam tajuk yang diajar oleh pengkaji.
Pemerhatian separa berstruktur dilakukan terhadap responden bagi mendapat
maklumat yang lebih pasti tentang penerimaan, perubahan tingkah laku dan
penglibatan responden terhadap penggunaan peta minda dalam mata pelajaran
Kajian Tempatan.
36
5.2.6 Temu bual
Menurut Azizi Ahmad et al. (2006: 61), temu bual merujuk kepada teknik
mendapatkan maklumat melalui perbualan yang tidak tertumpu kepada set soalan
tertentu, manakala temu bual berstruktur cuba mendapatkan maklumat melalui
perbualan tertumpu kepada set soalan tertentu. Pengkaji menggunakan kaedah temu
bual berstruktur, iaitu pengkaji telah menyediakan soalan temu bual terlebih dahulu.
Pengkaji mengenal pasti sekurang-kurangnya 10 orang responden iaitu murid
Tahun 5A Mawar untuk mengikuti sesi temu bual ini. Pengkaji memilih responden
yang mempunyai tahap pencapaian yang berbeza untuk ditemu bual dengan
menggunakan catatan sebagai nota lapangan. Soalan yang ditanyakan adalah lebih
kepada pendapat dan respon responden setelah menggunakan peta minda dalam
mata pelajaran Kajian Tempatan. Melalui soalan-soalan yang diutarakan,
jawapannya akan membawa pengkaji menjawab objektif dan soalan kajian yang
ingin dijawab.
Setelah mendapat jawapan kepada setiap soalan temu bual, pengkaji
menterjemahkan data tersebut dalam bentuk transkripsi dan dihuraikan dalam
bahagian analisis data.
5.2.7 Ujian Pra
Ujian pra ialah ujian pencapaian yang diduduki semua responden kajian. Ujian ini
digunakan untuk menguji murid-murid mengenai topik pelajaran yang diajar
37
sebelum menggunakan peta minda sebagai rawatan. Pengkaji menjalankan satu
ujian pra terhadap responden iaitu murid-murid Tahun 5A Mawar bertujuan untuk
mendapatkan peratus pencapaian responden dalam topik yang diajar dalam mata
pelajaran Kajian Tempatan.
Responden diminta untuk menjawab 20 soalan atau item yang terdiri daripada
empat bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D. Bahagian A merupakan item aneka
pilihan, Bahagian B ialah item isi tempat kosong, Bahagian C ialah item betul-salah
dan Bahagian D ialah item susun mengikut urutan. Setiap responden diminta untuk
menjawab semua soalan dengan betul dan lengkap.
5.2.8 Ujian Pasca
Ujian pasca ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua responden selepas
kajian dijalankan. Pengkaji akan menjalankan satu ujian pasca setelah
memperkenalkan penggunaan peta minda kepada responden iaitu murid Tahun 5A
Mawar. Ujian ini merupakan ujian yang serupa dengan ujian pra. Hasil keputusan
responden akan dikumpul untuk mendapatkan nilai purata keseluruhan gred murid.
Ini bertujuan untuk membuat perbandingan antara keputusan ujian pra dan ujian
pasca.
Melalui perbandingan ini, peraturan peningkatan pencapaian murid akan dapat
dilihat dengan jelas. Analisis data daripada ujian tersebut adalah untuk menjawab
soalan kajian yang ketiga iaitu perbezaan yang ketara pada markah ujian murid
Tahun 5A Mawar sebelum dan selepas menggunakan peta minda.
38
6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
6.1 Prosedur Analisis dan Interpretasi Data
Dalam bahagian ini, setiap data yang telah diperoleh daripada instrumen-instrumen
yang telah digunakan akan dianalisis. Hasil analisis data-data ini dihurai untuk
menjawab soalan-soalan kajian seperti yang telah dinyatakan. Hasil analisis data ini
juga akan menentukan sama ada objektif bagi kajian tindakan terhadap masalah ini
tercapai atau tidak.
Pengkaji telah memindahkan data-data daripada instrumen yang digunakan ke
dalam jadual, rajah, peratusan setelah dianalisis. Kemudian, setiap jadual dan rajah
tersebut diterangkan kembali secara deskriptif untuk menjelaskan data tersebut
dengan terperinci. Pengkaji menggunakan rajah seperti graf bar dan carta pai
supaya perbandingan data dapat dilihat secara jelas.
6.2 Keputusan Kajian
Soalan Kajian Pertama :
Bagi menjawab soalan kajian yang pertama iaitu adakah murid Tahun 5A
Mawar menghadapi masalah mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran
Kajian Tempatan?
39
Bagi menjawab soalan kajian pertama, pengkaji telah menggunakan instrumen
temu bual dan pemerhatian berstruktur. Temu bual telah dijalankan bersama guru
Kajian Tempatan yang mengajar responden. Selain itu, pengkaji telah menjalankan
pemerhatian terhadap responden kajian untuk mendapatkan maklumat yang tepat
bagi menjawab soalan kajian yang pertama ini.
Hasil analisis temu bual
Berdasarkan temu bual pengkaji bersama guru, pengkaji mendapati bahawa punca
tahap pengetahuan dan kefahaman responden rendah dan sederhana dalam mata
pelajaran Kajian Tempatan ialah responden yang bermasalah dalam mengingat isi-
isi penting yang telah dipelajari. Berikut merupakan hasil temu bual yang
dijalankan oleh pengkaji bersama guru:
Soalan 1 : Apakah tajuk dalam mata pelajaran Kajian Tempatan yang anda
sedang ajar sekarang ini?
Sekarang ini, saya baru masuk ke tema Kesultanan Melayu Melaka, topik yang
pertama iaitu Pengasasan Melaka.
Soalan 2 : Bagaimanakah pencapaian murid dalam mata pelajaran Kajian
Tempatan?
Secara keseluruhannya, pencapaian murid agak sederhana dan rendah. Hanya
terdapat beberapa orang sahaja murid yang cemerlang dalam mata pelajaran ini.
Sebagai contohnya, baru-baru ini kami baru sahaja selesai menjalankan Ujian Akhir
40
Penggal 1 bagi tahun ini. Saya mendapati secara keseluruhannya, markah murid
adalah rendah dan sederhana.
Soalan 3 : Pada pendapat anda, apakah punca tahap pencapaian murid-murid
dalam mata pelajaran Kajian Tempatan rendah?
Pada pendapat saya, murid-murid mempunyai kecerdasan yang berbeza dalam
kelas. Tidak hairanlah kalau terdapat markah yang tinggi, sederhana dan rendah
dalam kelas ini. Biasanya, kalau saya masuk kelas selepas menyemak kertas ujian
mereka, saya akan soal mereka balik apa punca markah mereka rendah. Jawapan
yang sering saya terima ialah tidak ingat, lupa, susah, tidak sempat belajar dan
sebagainya.
Soalan 4 : Pernahkah anda tidak mengajar atau masuk kelas dalam masa
yang lama?
Ya, pernah. Contohnya, beberapa minggu sebelum ujian ini, sekolah sibuk dengan
pelbagai aktiviti rasmi menyebabkan kadang-kadang komitmen guru dalam kelas
terganggu. Kadang-kadang ada ketikanya saya tidak masuk kelas kerana terpaksa
menghadiri kursus. Kelas akan lama ditinggalkan dan murid-murid tentu akan lupa
akan pelajaran yang sudah dipelajari.
Soalan 5 : Adakah murid-murid masih ingat apa yang dipelajari pada minggu
sebelumnya jika anda menyoal mereka semula?
Sebahagian kecil murid yang agak cerdas akan ingat lagi apa yang telah dipelajari
kalau saya soal kembali. Tetapi ada juga murid yang ingat-ingat lupa iaitu tidak
ingat sepenuhnya isi pelajaran. Ada juga murid yang tidak menjawab langsung
41
kerana tidak ingat langsung pelajaran yang lepas. Lazimnya, mereka akan tertukar
isi-isi penting. Lain yang ditanya, lain yang mereka jawab.
Berdasarkan temu bual yang dijalankan oleh guru, guru menyatakan bahawa
majoriti responden memperoleh markah yang rendah dan sederhana berikutan
mereka mempunyai masalah mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian
Tempatan. Berikut merupakan jadual yang menunjukkan markah setiap responden
dalam Ujian Akhir Penggal 1 Tahun 2012 yang lepas.
Jadual 4: Markah Ujian Akhir Penggal 1 Tahun 2012
Bil Responden Markah %
1 Responden 1 66
2 Responden 2 58
3 Responden 3 54
4 Responden 4 66
5 Responden 5 52
6 Responden 6 56
7 Responden 7 64
8 Responden 8 70
9 Responden 9 48
10 Responden 10 42
11 Responden 11 64
12 Responden 12 62
13 Responden 13 60
14 Responden 14 42
15 Responden 15 38
16 Responden 16 64
17 Responden 17 68
18 Responden 18 52
19 Responden 19 52
20 Responden 20 44
21 Responden 21 58
22 Responden 22 48
23 Responden 23 70
24 Responden 24 50
25 Responden 25 40
26 Responden 26 72
27 Responden 27 56
28 Responden 28 80
29 Responden 29 70
42
Hasil analisis pemerhatian sebelum intervensi
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan terhadap responden, pengkaji mendapati
bahawa tahap pencapaian mereka rendah dan sederhana dalam mata pelajaran
Kajian Tempatan adalah kerana mempunyai masalah dalam mengingat isi-isi
penting dalam mata pelajaran ini. Semasa mengajar topik Pengasasan Melaka,
pengkaji telah mengajar lima hasil pembelajaran :
Jadual 5 : Hasil Pembelajaran dalam Topik Pengasasan Melaka
Hasil Pembelajaran Simbol
menceritakan latar belakang Parameswara sebagai pengasas Melaka HP 1
menjelaskan sebab Parameswara melarikan diri dari Palembang HP 2
menyatakan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka HP 3
menceritakan peristiwa pembukaan Melaka HP 4
menjelaskan sebab yang mendorong Parameswara mengasaskan Melaka HP 5
Pengkaji telah menanda hasil pembelajaran yang diingati, difahami dan dikuasai
oleh responden. Berikut merupakan ringkasan pemerhatian yang telah dijalankan
oleh pengkaji yang menunjukkan kekerapan responden betul dalam setiap hasil
pembelajaran yang telah dipelajari.
Jadual 6 : Jadual peratusan responden yang menguasai hasil pembelajaran dalam topik
Pengasasan Melaka
Hasil Pembelajaran Kekerapan Peratus (%)
HP1 17 68
HP2 24 96
HP3 23 92
HP4 20 80
HP5 14 56
43
Rajah 2 : Analisis hasil pembelajaran yang diingati oleh responden
Berdasarkan Rajah 2, pengkaji mendapati 68% responden menguasai hasil
pembelajaran pertama dalam topik Pengasasan Melaka iaitu menceritakan latar
belakang Parameswara sebagai pengasas Melaka. Manakala 32% responden lagi
gagal menguasai hasil pembelajaran pertama dalam topik ini. Bagi hasil
pembelajaran kedua iaitu menjelaskan sebab Palembang melarikan diri dari
Palembang, pengkaji mendapati bahawa 96% responden ingat dan faham. Hasil
pembelajaran yang kedua ini merupakan hasil pembelajaran mengandungi isi
pelajaran yang sedikit sahaja. Jadi, amat mudah bagi responden ingat akan isi
penting ini.
68%
96% 92%
80%
56%
0%
20%
40%
60%
80%
100%
120%
HP1 HP2 HP3 HP4 HP5
Analisis hasil pembelajaran yang diingati oleh responden
HP1
HP2
HP3
HP4
HP5
Per
atu
s b
ilan
gan
res
po
nd
en
Hasil Pembelajaran
44
Bagi hasil pembelajaran yang ketiga, rajah menunjukkan 92% responden yang
masih ingat dan menguasai isi penting yang terkandung dalam hasil pembelajaran
ini. Responden masih dapat menyatakan perjalanan Parameswara dari Palembang
ke Melaka dengan betul dan lengkap. Namun demikian, terdapat hanya 8%
responden yang gagal mengimbas semula perjalanan Parameswara dari Palembang
ke Melaka.
Bagi hasil pembelajaran keempat iaitu menceritakan peristiwa pembukaan Melaka
menunjukkan 80% responden yang masih ingat isi penting dalam hasil
pembelajaran ini. 20% yang selebihnya gagal untuk mengingat kembali isi-isi
penting dalam hasil pembelajaran ini.
Akhir sekali, hasil pembelajaran kelima iaitu menjelaskan sebab yang mendorong
Parameswara mengasaskan Melaka menunjukkan 56% sahaja responden yang
masih ingat isi-isi penting dalam hasil pembelajaran ini. 44% yang selebihnya
sudah lupa isi-isi penting dalam hasil pembelajaran ini. Hal ini berlaku kerana
dalam hasil pembelajaran kelima ini, isi penting agak banyak dan responden mudah
keliru dan tertukar isi penting tersebut.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, responden mempunyai masalah mengingat isi-isi penting
dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Masalah ini telah menyebabkan pencapaian
responden dalam mata pelajaran Kajian Tempatan agak rendah. Pemerhatian yang
dijalankan oleh pengkaji adalah relevan dengan respon guru dalam temu bual yang
45
telah dijalankan. Masalah mengingat isi-isi penting dalam kalangan responden
mengakibatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Kajian Tempatan rendah.
Maka dengan itu, pengkaji telah menyediakan beberapa instrumen lain untuk
menjawab soalan kajian seterusnya untuk menangani masalah mengingat isi-isi
penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.
46
Soalan Kajian Kedua:
Bagi menjawab soalan kajian yang kedua, bagaimanakah penggunaan peta
minda dapat membantu murid mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran
Kajian Tempatan?
Pengkaji telah menggunakan instrumen soal selidik, pemerhatian dan temu bual
untuk mengenal pasti dan meninjau bagaimana penggunaan peta minda dapat
menangani masalah murid mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian
Tempatan.
Cara Penggunaan Peta Minda dalam Mata Pelajaran Kajian Tempatan
Pengkaji merancang satu set pengajaran mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5.
Pengkaji menggunakan peta minda sebagai rawatan untuk menangani masalah
mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Tempoh
pelaksanaan adalah satu jam iaitu sepanjang tempoh proses pengajaran dan
pembelajaran. Topik yang diajar oleh pengkaji ialah topik Pengasasan Melaka
dalam tema Kesultanan Melayu Melaka. Untuk pengajaran ini, pengajaran pengkaji
adalah berbantukan contoh-contoh peta minda dan edaran peta minda.
Pada langkah satu, pengkaji menerangkan tentang peta minda dengan bantuan
contoh peta minda yang ditunjukkan kepada responden. Antara isi penerangan
pengkaji ialah maksud peta minda, tujuan peta minda, ciri-ciri peta minda dan cara
menyediakan peta minda.
47
Langkah kedua, pengkaji memperkenalkan peta minda “Kesultanan Melayu
Melaka”. Pengkaji menerangkan isi pelajaran dalam topik Pengasasan Melaka
dengan menggunakan peta minda. Pengkaji menggunakan kapur dan pen marker
yang berwarna-warni untuk setiap isi yang berbeza. Pengkaji juga memasukkan
elemen gambar dalam peta minda dan menggunakan kata kunci dalam setiap isi
pelajaran yang terkandung dalam peta minda ini. Langkah ketiga, responden
dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu kumpulan A, B, C, D dan E. Setiap
kumpulan diminta untuk menyediakan peta minda berdasarkan tajuk tugasan yang
diberikan oleh pengkaji :
Jadual 7 : Tugasan kumpulan mengikut agihan tajuk
Kumpulan Tajuk tugasan
A menceritakan latar belakang Parameswara sebagai pengasas
Melaka
B menjelaskan sebab Parameswara melarikan diri dari Palembang
C menyatakan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka
D menceritakan peristiwa pembukaan Melaka
E menjelaskan sebab yang mendorong Parameswara mengasaskan
Melaka
Antara bahan yang pengkaji gunakan ialah pen marker pelbagai warna, kad manila
yang dipotong pelbagai bentuk, kad gambar dan kapur pelbagai warna. Setiap
kumpulan dikehendaki untuk menulis isi-isi penting dalam kad manila yang
dipotong pelbagai bentuk berdasarkan tajuk kecil yang diagihkan oleh pengkaji.
Semasa kerja berkumpulan dijalankan, pengkaji mendapati responden dapat
menyediakan peta minda dengan baik dan lengkap.
48
Langkah keempat ialah, setiap kumpulan diminta untuk membentangkan peta
minda yang dihasilkan di hadapan kelas. Pengkaji dan responden yang lain
menyemak hasil kerja tersebut bersama-sama. Kemudian, pengkaji menulis satu
tajuk besar di papan tulis iaitu “Kesultanan Melayu Melaka” dan meminta setiap
kumpulan melakar setiap cabang pada tajuk tersebut. Setiap kumpulan diminta
untuk menulis tajuk peta minda kumpulan masing-masing dan menampal hasil
kerja mereka pada peta minda yang bertajuk “Kesultanan Melayu Melaka” seperti
berikut :
Rajah 3 : Gambaran hasil kerja berkumpulan
Rajah 3: Agihan tugasan kumpulan mengikut tajuk
Langkah kelima pula, responden diminta secara individu untuk menyediakan peta
minda yang bertajuk “Kesultanan Melayu Melaka”. Pengkaji menggunakan ansur
maju dari kerja berkumpulan kepada kerja individu agar setiap responden betul-
betul memahami bagaimana cara menyediakan peta minda untuk kegunaan mereka
sendiri di masa akan datang, bukan setakat dalam bilik darjah sahaja. Pengkaji
Tajuk kumpulan
B
Tajuk kumpulan
A
Kesultanan
Melayu Melaka
Tajuk kumpulan
C
Tajuk kumpulan
E
Tajuk kumpulan
D
49
membuat pemerhatian dari meja ke meja untuk memastikan semua responden
menyediakan peta minda dengan cara yang betul.
Analisis data pemerhatian
Semasa responden menyediakan peta minda secara individu, pengkaji telah
memerhatikan perlakuan responden dari segi penyediaan bahan, cara mengenal
pasti isi penting, masalah yang dihadapi oleh responden, tahap kefahaman
responden terhadap peta minda serta penglibatan dalam aktiviti yang dijalankan. Di
samping itu, pengkaji turut membuat cadangan penambahbaikan setiap kali sesi
pengajaran dan pembelajaran. Rumusan bagi pemerhatian bagi sepanjang tempoh
pelaksanaan aktiviti adalah seperti di Jadual 8.
Jadual 8: Pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji semasa menjalankan
penggunaan peta minda dalam pengajaran mata pelajaran Kajian Tempatan
Hasil pemerhatian Cadangan penambahbaikan
Penyediaan bahan
- Semua responden menyediakan pensel
- Terdapat sejumlah responden yang
menyediakan pen yang berwarna-warni
- Terdapat sejumlah responden yang
menggunakan pensel warna
- Memaklumkan lebih awal
kepada responden untuk
menyediakan bahan
mereka sendiri seperti
pensel warna
Cara menggunakan peta minda
- Sebahagian besar responden boleh
mengenalpasti isi-isi penting dalam teks
yang dibaca
- Terdapat sejumlah kecil responden yang
lambat mengesan isi penting dalam teks yang
dibaca
- Sejumlah besar responden menggunakan
pensel dan pensel warna
- Sejumlah kecil responden menggunakan pen
yang pelbagai warna
- Responden yakin membuat lakaran, corak,
bentuk dan cabang pada peta minda
- Memberikan tumpuan
kepada responden yang
bermasalah semasa
aktiviti ini
50
Masalah yang dihadapi oleh responden
- Sejumlah kecil responden tidak mahir
mengesan isi-isi penting dalam teks yang
dibaca
- Membimbing responden
yang lemah
Tahap kefahaman responden terhadap peta
minda
- Sebahagian besar menggunakan warna yang
berlainan untuk membezakan isi-isi penting
dalam peta minda
- Isi-isi penting akan mudah diingati dan dapat
mengelakkan kekeliruan serta tertukar isi
penting
- Meminta responden
menyediakan peta minda
untuk satu tajuk yang lain
Penglibatan responden
- Semua mengikuti program yang djalankan
bersama pengkaji
- Memberikan ganjaran
kepada yang terlibat
seperti pujian dan token
Analisis data soal selidik
Pengkaji telah menjalankan soal selidik kepada responden untuk mendapatkan
jawapan kepada soalan kajian yang kedua ini. Pengkaji telah menggunakan Borang
Soal Selidik Skala Likert 5 Poin untuk mengumpul data daripada responden.
Terdapat 10 item soal selidik yang telah disediakan oleh pengkaji untuk dijawab
oleh responden. Berikut merupakan petunjuk kepada setiap skala yang digunakan
oleh pengkaji:
Jadual 9 : Skala Likert 5 Poin
Skala Petunjuk
Skala 1 Sangat Tidak Setuju
Skala 2 Tidak Setuju
Skala 3 Kurang Setuju
Skala 4 Setuju
Skala 5 Sangat Setuju
51
Item 1 : Saya mudah ingat isi-isi penting menggunakan peta minda kerana
notanya ringkas
Jadual 10 : Kekerapan Responden Menjawab Item 1
Skala Kekerapan Peratus
1 0 0%
2 0 0%
3 0 0%
4 6 20.7%
5 23 79.3%
Jumlah 29 100 %
Berdasarkan Jadual 10, pengkaji mendapati tiada responden yang menanda untuk
Skala 1=Sangat Tidak Setuju, Skala 2=Tidak Setuju dan Skala 3=Kurang Setuju
untuk item 1. Namun, terdapat enam orang responden (20.7%) yang menanda Skala
4=Setuju dengan kenyataan bahawa mereka mudah ingat isi-isi penting
menggunakan peta minda kerana notanya ringkas. Manakala terdapat 23 orang
responden (79.3%) yang menanda Skala 5=Sangat Setuju bahawa mereka mudah
ingat isi-isi penting menggunakan peta minda kerana notanya ringkas. Respon yang
diberikan oleh responden ini memberangsangkan kerana jelas menunjukkan bahawa
ciri peta minda yang ringkas dapat membantu mereka mengingat isi-isi penting
dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Dapatan item 1 juga boleh dilihat seperti
dalam Rajah 4.
52
Rajah 4: Kekerapan Responden Menanda Item 1 Mengikut Skala Likert 5 Poin
Item 2: Melalui penggunaan peta minda, saya lebih mudah ingat isi-isi penting
kerana ia menarik
Jadual 11 : Kekerapan Responden Menjawab Item 2
Skala Kekerapan Peratus
1 0 0%
2 0 0%
3 1 3.4%
4 8 27.6%
5 20 69.0%
Jumlah 29 100 %
Berdasarkan Jadual 11 di atas, terdapat 20 orang responden (69.0%) yang memilih
Skala 5 iaitu Sangat Setuju bahawa melalui penggunaan peta minda, mereka lebih
0
5
10
15
20
25
Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5
Skala 1
Skala 2
Skala 3
Skala 4
Skala 5
0% 0% 0%
20.7%
79.3%
Skala
Kekerapan
53
mudah mengingat isi-isi penting kerana peta minda menarik pemikiran mereka
untuk mengikuti pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan. Lapan orang
responden (27.6%) yang memilih Skala 4 iaitu Setuju pada item ini. Mereka
bersetuju bahawa penggunaan peta minda mampu menarik mereka untuk
mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Hanya terdapat
seorang responden (3.4%) yang memilih Skala 3 iaitu responden tersebut kurang
setuju dengan kenyataan ini. Manakala, untuk Skala 1 dan Skala 2, tiada seorang
daripada 29 orang responden yang memilih kedua-dua skala tersebut. Hasil analisis
untuk kedua-dua skala tersebut ialah 0%. Jelas menunjukkan bahawa majoriti
responden dalam kelas tersebut bersetuju dengan penggunaan peta minda yang
menarik mampu membantu menangani masalah mengingat isi-isi penting dalam
mata pelajaran Kajian Tempatan. Hasil analisis item 2 ini boleh dilihat dengan jelas
melalui Rajah 5.
Rajah 5: Kekerapan Responden Menanda Item 2 Mengikut Skala Likert 5 Poin
0
5
10
15
20
25
Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5
Skala 1
Skala 2
Skala 3
Skala 4
Skala 5
Skala
0% 0% 3.4%
27.6%
69.0%
Kekerapan
54
Item 3 : Peta minda yang berwarna-warni memudahkan saya untuk
mengingat isi-isi penting
Jadual 12 : Kekerapan Responden Menjawab Item 3
Skala Kekerapan Peratus
1 0 0%
2 0 0%
3 0 0%
4 9 31.0%
5 20 69.0%
Jumlah 29 100 %
Antara elemen peta minda yang dinyatakan oleh Joyce Wycoff (1991) ialah warna
yang pelbagai untuk membezakan isi-isi penting dan membantu ingatan. Bagi item
3 ini, ternyata bilangan responden paling ramai iaitu 20 orang (69.0%) yang sangat
setuju dengan kenyataan ini dengan memilih Skala 5. Mereka bersetuju bahawa
peta minda yang berwarna-warni memudahkan mereka mengingat isi-isi penting.
Selebihnya, seramai sembilan orang responden (31.0%) yang memilih Skala 4 iaitu
setuju bahawa peta minda yang berwarna-warni memudahkan mereka mengingati
isi-isi penting. Secara keseluruhannya, semua responden bersetuju dan menyokong
kenyataan bahawa elemen peta minda yang berwarna-warni memudahkan mereka
mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Buktinya, tiada
responden (0%) yang memilih skala yang rendah iaitu Skala 1, Skala 2 dan Skala 3
untuk menjawab item ini. Rujuk Rajah 6.
55
Rajah 6: Kekerapan Responden Menanda Item 3 Mengikut Skala Likert 5 Poin
Item 4 : Saya lebih mudah ingat isi-isi penting menggunakan peta minda
kerana mudah untuk dibaca
Jadual13 : Kekerapan Responden Menjawab Item 4
Skala Kekerapan Peratus
1 0 0%
2 0 0%
3 1 3.4%
4 4 13.8%
5 24 82.8%
Jumlah 29 100 %
Berdasarkan Jadual 13, terdapat 24 orang responden (82.8%) yang sangat setuju
bahawa mereka lebih mudah ingat isi-isi penting menggunakan peta minda kerana
mudah untuk dibaca. Manakala terdapat empat orang responden (13.8%) yang
setuju dengan kenyataan ini. Selebihnya, hanya seorang daripada 29 orang
0
5
10
15
20
25
Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5
Skala 1
Skala 2
Skala 3
Skala 4
Skala 5
0% 0% 0%
31.0%
69.0%
Kekerapan
Skala
56
responden (3.4%) yang kurang setuju dengan kenyataan ini. Hasil analisis ini telah
menunjukkan bahawa bilangan dan peratusan responden yang menyokong
kenyataan ini adalah tinggi. Mereka bersetuju bahawa dengan menggunakan peta
minda, mereka lebih mudah ingat isi-isi penting kerana mudah untuk dibaca. Rujuk
Rajah 7 untuk melihat perbandingan yang lebih jelas.
Rajah 7: Kekerapan Responden Menanda Item 4 Mengikut Skala Likert 5 Poin
Item 5 : Penggunaan gambar dalam peta minda memudahkan saya untuk
mengingat isi-isi penting
Jadual14: Kekerapan Responden Menjawab Item 5
Skala Kekerapan Peratus
1 0 0%
2 0 0%
3 0 0%
4 9 31.0%
5 20 69.0%
Jumlah 29 100 %
0
5
10
15
20
25
30
Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5
Skala 1
Skala 2
Skala 3
Skala 4
Skala 5
0% 0% 3.4%
13.8%
82.8%
Kekerapan
Skala
57
Berdasarkan Jadual 14, bilangan responden atau murid yang yang sangat setuju
dengan kenyataan penggunaan gambar pada peta minda memudahkan mereka
untuk mengingat isi-isi penting adalah paling tinggi iaitu sebanyak 20 orang
(69.0%). Manakala responden yang setuju telah menanda Skala 4 adalah sebanyak
sembilan orang (31.0%). Selebihnya, untuk Skala 1, Skala 2 dan Skala 3, hasil
dapatan menunjukkan 0%. Hasil dapatan jelas sekali menunjukkan bahawa 100%
responden menyokong kenyataan bahawa penggunaan gambar pada peta minda
memudahkan mereka mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian
Tempatan. Perbandingan antara skala ini jelas ditunjukkan dalam Rajah 8 berikut.
Rajah 8: Kekerapan Responden Menanda Item 5 Mengikut Skala Likert 5 Poin
0
5
10
15
20
25
Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5
Skala 1
Skala 2
Skala 3
Skala 4
Skala 5
Kekerapan
0% 0% 0%
31.0%
)
69.0%
58
Item 6: Kata kunci yang digunakan dalam peta minda membantu saya
mengingat isi-isi penting
Jadual15 : Kekerapan Responden Menjawab Item 6
Skala Kekerapan Peratus
1 0 0%
2 0 0%
3 2 6.9%
4 6 20.7%
5 21 72.4%
Jumlah 29 100 %
Berdasarkan Jadual 15, 21 orang responden (72.4%) telah memilih Skala 5 iaitu
sangat setuju dengan kenyataan bahawa kata kunci yang digunakan dalam peta
minda membantu responden mengingat isi-isi penting. Manakala enam orang
responden (20.7%) yang menyatakan mereka setuju dengan kenyataan ini. Namun,
terdapat dua orang responden (6.9%) yang kurang setuju dengan kenyataan ini.
Mereka mendapati kata kunci kurang membantu dalam mengingat isi-isi penting
dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Secara keseluruhannya, hasil dapatan
menunjukkan bilangan dan peratusan responden yang menyokong dan bersetuju
dengan kenyataan pada item ini adalah lebih tinggi berbanding responden yang
kurang setuju. Perbandingan data adalah lebih jelas pada Rajah 9 berikut.
59
Rajah 9: Kekerapan Responden Menanda Item 6 Mengikut Skala Likert 5 Poin
Item 7 : Penggunaan peta minda telah membantu saya untuk mengingat isi-
isi penting mengenai tajuk yang diajar
Jadual16 : Kekerapan Responden Menjawab Item 7
Skala Kekerapan Peratus
1 0 0%
2 0 0%
3 0 0%
4 6 20.7%
5 23 79.3%
Jumlah 29 100 %
Berdasarkan Jadual 16, terdapat 23 orang responden (79.3%) sangat setuju bahawa
penggunaan peta minda telah membantu mereka untuk mengingat isi-isi penting
mengenai tajuk yang diajar. Enam orang responden (20.7%) pula setuju dengan
kenyataan ini. Secara keseluruhannya, 100% responden bersetuju dan menyokong
0
5
10
15
20
25
Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5
Skala 1
Skala 2
Skala 3
Skala 4
Skala 5
Kekerapan
0% 0%
6.9% 20.7%
72.4%
Skala
60
dengan penggunaan peta minda telah membantu mereka untuk mengingat isi-isi
penting mengenai tajuk yang diajar. Lihat rajah berikut untuk hasil analisis yang
lebih jelas.
Rajah 10 : Kekerapan Responden Menanda Item 7 Mengikut Skala Likert 5 Poin
Item 8 : Saya suka membuat latihan menggunakan peta minda
Jadual17 : Kekerapan Responden Menjawab Item 8
Skala Kekerapan Peratus
1 0 0%
2 0 0%
3 2 6.9%
4 6 20.7%
5 21 72.4%
Jumlah 29 100 %
0
5
10
15
20
25
Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5
Skala 1
Skala 2
Skala 3
Skala 4
Skala 5
Kekerapan
Skala
0% 0% 0%
20.7%
79.3%
61
Berdasarkan Jadual 17, bagi item 8, terdapat 21 orang responden (72.4%)
menyatakan mereka sangat setuju dengan kenyataan bahawa mereka suka membuat
latihan menggunakan peta minda. Manakala enam orang responden (20.7%)
bersetuju dengan kenyataan ini dan terdapat dua orang responden (6.9%) yang
kurang setuju dengan kenyataan ini. Namun demikian, bilangan dan peratusan
responden yang suka membuat latihan menggunakan peta minda adalah lebih tinggi
berbanding dengan responden yang kurang suka. Rajah berikut menunjukkan
perbandingan data statistik yang lebih jelas.
Rajah 11 : Kekerapan Responden Menanda Item 8 Mengikut Skala Likert 5 Poin
0
5
10
15
20
25
Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5
Skala 1
Skala 2
Skala 3
Skala 4
Skala 5
0% 0%
6.9% 20.7%
72.4%
Kekerapan
Skala
62
Item 9 : Pembinaan peta minda dalam aktiviti kumpulan membantu saya
mengingat isi-isi penting
Jadual 18 : Kekerapan Responden Menjawab Item 9
Skala Kekerapan Peratus
1 0 0%
2 0 0%
3 1 3.4%
4 8 27.6%
5 20 69.0%
Jumlah 29 100 %
Berdasarkan Jadual 18, bilangan dan peratusan responden yang paling banyak iaitu
20 orang responden (69.0%) telah menyatakan mereka sangat setuju bahawa
pembinaan peta minda dalam aktiviti kumpulan membantu mengingat isi-isi
penting. Sebanyak lapan orang responden (27.6%) yang setuju dengan kenyataan
ini namun terdapat seorang responden sahaja (3.4%) yang kurang setuju.
Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya, majoriti responden dalam kelas
menyokong dan bersetuju bahawa pembinaan peta minda dalam aktiviti kumpulan
membantu mengingat isi-isi penting. Rajah 12 berikut jelas menunjukkan
perbandingan hasil dapatan yang telah dianalisis oleh pengkaji.
63
Rajah 12 : Kekerapan Responden Menanda Item 9 Mengikut Skala Likert 5 Poin
Item 10 : Setelah menggunakan peta minda, saya yakin saya dapat menjawab
ujian Kajian Tempatan dengan baik
Jadual 19 : Kekerapan Responden Menjawab Item10
Skala Kekerapan Peratus
1 0 0%
2 0 0%
3 0 0%
4 1 3.4%
5 28 96.6%
Jumlah 29 100 %
Berdasarkan Jadual 19, secara keseluruhannya, 100% responden telah bersetuju
setelah menggunakan peta minda, mereka yakin dapat menjawab ujian Kajian
Tempatan dengan baik. 28 orang responden (96.6%) yang sangat setuju setelah
0
5
10
15
20
25
Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5
Skala 1
Skala 2
Skala 3
Skala 4
Skala 5
Skala 0% 0%
3.4%
27.6%
69.0%
Kekerapan
64
menggunakan peta minda, mereka yakin dapat menjawab ujian Kajian Tempatan
dengan baik. Selebihnya seorang responden (3.4%) menyatakan setuju dengan
kenyataan ini. Hasil dapatan ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan peta minda
merupakan rawatan yang sesuai menangani masalah mengingat isi-isi penting
dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Rujuk Rajah 13 untuk perbandingan
bilangan dan peratusan yang jelas.
Rajah 13 : Kekerapan Responden Menanda Item 10 Mengikut Skala Likert 5 Poin
0
5
10
15
20
25
30
Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5
Skala 1
Skala 2
Skala 3
Skala 4
Skala 5
Kekerapan
Skala
0% 0% 0% 3.4%
96.6%
65
Analisis Data Temu Bual
Berikut merupakan hasil analisis temu bual terhadap responden. Pengkaji telah
memilih 10 orang responden untuk menjawab soalan-soalan berikut. Temu bual ini
dijalankan untuk mendapatkan pendapat responden tentang keberkesanan
penggunaan peta minda dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.
Soalan 1 : Adakah peta minda dapat membantu anda mengingat isi penting
dalam sesuatu tajuk bagi mata pelajaran Kajian Tempatan?
Berdasarkan jawapan responden, 10 orang (100%) bersetuju bahawa peta minda
dapat membantu mereka mengingat isi penting dalam sesuatu tajuk bagi mata
pelajaran Kajian Tempatan.
Soalan 2 : Adakah peta minda dapat membantu anda mengulangkaji
pelajaran secara lebih berkesan?
Berdasarkan jawapan responden, 10 orang (100%) bersetuju bahawa peta minda
dapat membantu mereka mengulangkaji pelajaran secara lebih berkesan. Alasan
mereka ialah peta minda lebih ringkas dan mudah untuk diingat daripada membaca
terus daripada buku teks.
Soalan 3 : Antara nota yang dibuat menggunakan peta minda dengan nota
dalam bentuk perenggan, yang mana satu lebih mudah difahami
dan senang untuk ingat?
Berdasarkan analisis yang dibuat, pengkaji mendapati bahawa 10 orang responden
(100%) ternyata bersetuju dengan nota yang dibuat menggunakan peta minda.
66
Responden menjelaskan bahawa nota dalam bentuk peta minda adalah mudah
difahami dan senang untuk tujuan mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran
Kajian Tempatan.
Soalan 4 : Apakah keistimewaan peta minda yang membuatkan anda
tertarik untuk menggunakannya?
Berdasarkan temu bual yang dijalankan, jawapan mereka dipengaruhi oleh
pengalaman mereka sendiri semasa menyediakan peta minda. Enam orang
responden (60%) menyatakan bahawa keistimewaan peta minda yang membuatkan
mereka tertarik untuk menggunakannya ialah rupa peta minda yang berwarna-
warni. Pendapat ini disokong dengan pernyataan mereka bahawa isi-isi penting
yang berlainan warna dapat membantu meningkatkan daya ingatan mereka dan
mengelakkan mereka keliru dan tertukar isi penting dalam sesuatu tajuk. Manakala,
dua orang responden (20%) pula menyatakan bahawa peta minda mengandungi
ayat yang mudah, ringkas, mudah difahami dan membantu mereka mengingat isi-isi
penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.
Seorang responden (10%) turut menyatakan bahawa keistimewaan peta minda yang
membuatkannya tertarik untuk menggunakannya ialah peta minda mempunyai
pelbagai bentuk. Responden menjelaskan bahawa banyak corak yang boleh dibuat
seperti corak ikan atau pokok. Seorang responden lagi (10%) menjelaskan bahawa
kata kunci yang digunakan dalam peta minda menyebabkannya tertarik untuk
menggunakan peta minda. Kata kunci yang digunakan memudahkan responden
untuk mengingat isi-isi penting berikutan sifatnya yang ringkas dan mudah.
67
Rajah 14: Keistimewaan Peta Minda Berdasarkan Analisis Temu Bual Responden Kajian
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa masalah murid Tahun 5A
mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan dapat diatasi
dengan menggunakan peta minda. Berdasarkan analisis data soal selidik, majoriti
responden dari segi bilangan dan peratusannya, bersetuju dan menyokong dengan
penggunaan peta minda dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Tidak keterlaluan
bagi pengkaji menyatakan bahawa keyakinan responden terhadap penggunaan peta
minda dapat menangani masalah mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran
Kajian Tempatan adalah 100%.
10%
60%
20%
10%
Keistimewaan Peta Minda Berdasarkan Analisis Temu Bual
Responden Kajian
Peta minda mengandungi
kata kunci
Peta minda yang berwarna-
warni
Peta minda mengandungi
ayat yang mudah, ringkas,
mudah difahami dan mudah
diingat
Peta minda yang terdiri
daripada pelbagai bentuk
68
Pengkaji ingin mendapatkan dapatan yang menunjukkan bagaimana penggunaan
peta minda dapat menangani masalah murid mengingat isi-isi penting dalam mata
pelajaran Kajian Tempatan. Maka, pengkaji telah menyoal soalan yang berkaitan
dengan ciri-ciri atau elemen dalam peta minda itu sendiri dalam instrumen temu
bual. Menurut Joyce Wycoff (1991), terdapat beberapa elemen dalam peta minda
yang berkesan iaitu kata kunci, warna, gambar atau simbol, ringkas dan pelbagai
corak. Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati hasil analisis data temu bual ini,
semua elemen ini berjaya menarik responden untuk menggunakan peta minda
dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Elemen dalam peta minda itu sendiri
merupakan tarikan kepada responden untuk menggunakannya.
Objektif kajian semakin jelas dengan adanya hasil analisis daripada dapatan yang
diperoleh. Jawapan kepada soalan kedua iaitu bagaimanakah penggunaan peta
minda dapat membantu murid mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran
Kajian Tempatan ialah elemen dalam peta minda itu sendiri iaitu kata kunci, warna,
gambar atau simbol, ringkas dan pelbagai corak. Jawapan ini telah disokong dengan
data yang telah dianalisis dan diterjemahkan dalam bentuk jadual, rajah dan
peratusan.
69
Soalan Kajian Ketiga
Bagi menjawab soalan kajian yang ketiga iaitu adakah terdapat perbezaan
yang ketara pada markah ujian murid Tahun Lima A Mawar sebelum dan
selepas menggunakan peta minda?
Seterusnya untuk menganalisis tahap keupayaan responden mengingat isi-isi
penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan, pengkaji membuat dua ujian
pencapaian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra telah dilaksanakan oleh
pengkaji sebelum memperkenalkan penggunaan peta minda untuk mendapatkan
peratusan responden yang lemah, sederhana dan cemerlang dalam mata pelajaran
Kajian Tempatan. Manakala, ujian pasca dibuat setelah pengkaji memberikan
rawatan kepada masalah tersebut iaitu menggunakan peta minda dalam pengajaran.
Perbandingan antara kedua-dua keputusan ujian pra dan ujian pasca adalah untuk
mencari perbezaan yang ketara pada markah ujian sebelum dan selepas
menggunakan peta minda. Pengkaji telah menetapkan gred bagi setiap markah atau
peratusan yang diperoleh oleh responden.
Jadual 20: Gred dan Markah
Gred Markah (%)
A 80 – 100
B 60 – 79
C 50 – 59
D 30 – 49
E 0 – 29
70
Hasil analisis Ujian Pra
Berikut adalah analisis keputusan ujian pra:
Jadual 21: Analisis Ujian Pra (Gred Responden)
Gred A B C D E
Kekerapan 19 8 2 0 0
Peratus 65.5% 27.6% 6.9% 0% 0%
Berdasarkan Jadual 21, pengkaji mendapati bilangan dan peratusan responden
mendapat gred A adalah tinggi iaitu 19 orang responden iaitu 65.5%. Lapan orang
daripada 29 orang responden iaitu 27.6% yang mendapat gred B. Selebihnya, dua
orang responden iaitu 6.9% yang mendapat gred C. Tiada responden yang
mendapat gred D dan gred E. Tujuan kajian ini ialah untuk menangani masalah
mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan seterusnya
responden dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran ini.
Berikut merupakan jadual yang menunjukkan bilangan dan peratusan responden
mengikut markah masing-masing.
71
Jadual 22: Analisis Ujian Pra (Markah Responden)
Markah Kekerapan Peratusan
100 4 13.8%
95 2 6.9%
90 4 13.8%
85 6 20.7%
80 3 10.3%
75 2 6.9%
70 2 6.9%
65 4 13.8%
60 0 0%
55 0 0%
50 2 6.9%
Jumlah 29 100%
Berdasarkan jadual ini, data dapat dilihat dengan lebih jelas lagi. Bilangan
responden yang mendapat markah 100% adalah seramai empat orang sahaja dengan
13.8%. Dua orang responden (6.9%) mendapat markah 95% manakala empat orang
responden (13.8%) mendapat markah 90%. Seterusnya, enam orang responden
(20.7%) mendapat markah 85% dalam ujian pra. Tiga orang responden (10.3%)
berjaya mencapai markah 80% dalam ujian ini. Bagi markah 70% dan 75%, kedua-
duanya memperoleh hasil dapatan yang sama dari segi kekerapan responden dan
peratusannya iaitu dua orang responden (10.3%)
Manakala, terdapat empat orang responden (13.8%) yang memperoleh markah
65%. Selebihnya, dua orang responden (6.9%) yang mendapat markah paling
rendah iaitu 50%. Secara keseluruhan, pengkaji mendapati bahawa perbandingan
melalui markah seperti ini adalah lebih jelas. Pencapaian responden dalam mata
pelajaran ini adalah boleh dikatakan agak sederhana dan lemah kerana terdapat
beberapa responden yang mendapat markah dalam lingkungan 80% ke bawah.
Lihat rajah berikut:
72
Rajah 15: Analisis Markah Ujian Pra
Hasil Analisis Ujian Pasca
Berikut adalah analisis keputusan ujian pasca:
Jadual 23: Analisis Ujian Pasca (Gred Responden)
Gred A
B C D E
Kekerapan 25 4 0 0 0
Peratus 86.2% 13.8% 0% 0% 0%
Jadual 23 merupakan analisis Ujian Pasca yang menunjukkan bilangan dan
peratusan responden mengikut gred yang dicapai. Berdasarkan jadual ini, bilangan
dan peratusan responden yang paling tinggi adalah dalam gred A iaitu 25 orang
0
1
2
3
4
5
6
7
50 55 60 65 70 75 80 85 90 95 100
50
55
60
65
70
75
80
85
90
95
100
Markah
Kekerapan
73
dengan 86.2%. Manakala, empat orang selebihnya iaitu 13.8% memperoleh gred B.
Tiada responden yang memperoleh gred C, D dan E. Ini jelas menunjukkan
perbezaan yang ketara dalam pencapaian responden selepas menggunakan peta
minda berbanding dengan pencapaian sebelum menggunakan peta minda dalam
mata pelajaran Kajian Tempatan. Jadual berikut akan menunjukkan markah Ujian
Pasca.
Jadual 24: Analisis Ujian Pasca (Markah Responden)
Markah Kekerapan Peratusan
100 10 34.5%
95 12 41.4%
90 1 3.4%
85 2 6.9%
80 0 0%
75 2 6.9%
70 2 6.9%
65 0 0%
60 0 0%
55 0 0%
50 0 0%
Jumlah 29 100%
Berdasarkan jadual berikut, bilangan dan peratusan responden yang paling tinggi
iaitu 12 orang (41.4%) mendapat markah 95%. Manakala, 10 orang (34.5%)
berjaya mendapat markah 100% dalam ujian setelah menggunakan peta minda.
Seorang responden (3.4%) mendapat markah 90%. Manakala dua orang responden
(6.9%) mendapat markah 85%. Dua orang responden (6.9%) mendapat markah
75% dan dua responden lagi (6.9%) memperoleh markah 70%. Tiada responden
yang mendapat markah 80%, 60%, 55%, 50%. Terdapat peningkatan dalam markah
74
ujian kali ini selepas pengkaji menggunakan peta minda dalam mata pelajaran
Kajian Tempatan. Lihat rajah berikut:
Rajah 16: Analisis Markah Ujian Pasca
Perbezaan Hasil Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca
Berikut merupakan jadual perbandingan yang menunjukkan perbezaan ketara
markah ujian sebelum dan selepas menggunakan peta minda dalam mata pelajaran
Kajian Tempatan.
0
2
4
6
8
10
12
14
50 55 60 65 70 75 80 85 90 95 100
50
55
60
65
70
75
80
85
90
95
100
Kekerapan
Markah
75
Jadual 25: Perbezaan gred sebelum dan selepas menggunakan peta minda (Hasil dapatan
Ujian Pra dan Ujian Pasca)
Rajah 17: Perbandingan pencapaian gred responden berdasarkan hasil analisis Ujian Pra
dan Ujian Pasca
Setelah mendapat keputusan bagi ujian pra dan ujian pasca, pengkaji membuat satu
perbandingan pencapaian responden bagi kedua-dua ujian berkenaan. Berdasarkan
jadual dan rajah di atas, responden yang mendapat gred A meningkat sebanyak
20.7% iaitu dari pencapaian 65.5% kepada 86.2%. Bilangan responden yang
mendapat gred A juga meningkat iaitu sebanyak iaitu dari 19 kepada 25 orang.
0
5
10
15
20
25
30
A B C D E
Ujian Pra
Ujian Pasca
Gred
Ujian Pra Ujian Pasca
Gred A B C D E A
B C D E
Bilangan
murid
19 8 2 0 0 25 4 0 0 0
Peratus
(%)
65.5 27.6 6.9 0 0 86.2 13.8 0 0 0
Kekerapan
76
Peningkatan juga berlaku dalam gred B iaitu responden yang mendapat gred ini
menurun daripada lapan kepada empat orang sebanyak 13.8% daripada 27.6%
kepada 13.8%. Bilangan dan peratusan responden memperoleh gred C semakin
menurun daripada bilangan dua orang kepada 0. Terdapat penurunan sebanyak
6.9% berlaku pada gred C. Gred D dan E kekal 0%, tiada peningkatan atau
penurunan.
Jadual 26: Perbezaan markah sebelum dan selepas menggunakan peta minda (Hasil
Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca)
Ujian Pra Ujian Pasca
Markah Kekerapan Peratusan Markah Kekerapan Peratusan
100 4 13.8% 100 10 34.5%
95 2 6.9% 95 12 41.4%
90 4 13.8% 90 1 3.4%
85 6 20.7% 85 2 6.9%
80 3 10.3% 80 0 0%
75 2 6.9% 75 2 6.9%
70 2 6.9% 70 2 6.9%
65 4 13.8% 65 0 0%
60 0 0% 60 0 0%
55 0 0% 55 0 0%
50 2 6.9% 50 0 0%
Jumlah 29 100% Jumlah 29 100%
Berdasarkan jadual ini, terdapat perbezaan yang ketara pada markah sebelum dan
selepas menggunakan peta minda. Peningkatan yang ketara pada bilangan dan
peratusan responden yang mendapat markah 100% iaitu enam orang (20.7%)
daripada empat orang (13.8%) kepada 10 orang (34.5%). Peningkatan yang ketara
pada bilangan dan peratusan responden mendapat markah 95% iaitu dari seorang
responden (3.4%) kepada 11 orang responden (37.9%).
77
Terdapat seorang responden (3.4%) yang memperoleh markah 90%. Terdapat
penurunan yang berlaku iaitu sebanyak 10.4% dari pencapaian 13.8% kepada 3.4%
dengan pengurangan bilangan dari empat kepada seorang responden.
Terdapat penurunan yang berlaku pada bilangan dan peratusan responden yang
mendapat markah 85% dari bilangan enam orang (20.7%) kepada dua orang
(6.9%). Penurunan yang berlaku adalah sebanyak 13.8% bersamaan dengan empat
orang responden. Penurunan ini bukan bersifat negatif kerana terdapat banyak
peningkatan pada markah 95% dan 100%.
Seterusnya, bilangan responden yang mendapat markah 75% ialah dua orang
dengan 6.9%. Bilangan dan peratusannya masih sama. Manakala, bilangan
responden yang mendapat markah 70% juga kekal iaitu masih dua orang responden
(6.9%). Seterusnya, penurunan berlaku pada bilangan dan peratus responden yang
mendapat 65% dari empat orang responden (13.8%) kepada 0%. Begitu juga
dengan markah 50% mengalami penurunan dari pencapaian 6.9% kepada 0%.
Rajah berikut menunjukkan perbezaan markah yang lebih ketara.
78
Rajah 18: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca
Pengkaji juga telah mendapatkan min markah bagi kedua-dua ujian. Kemudian,
pengkaji telah membandingkan min markah antara ujian pra dan ujian pasca.
Perbandingan min markah ini menunjukkan terdapat perubahan yang ketara dan
jelas pada sebelum dan selepas penggunaan peta minda. Jadual 27 menunjukkan
min markah bagi ujian pra ialah 81.0% manakala min markah ujian pasca ialah
92.8%. Peningkatan min markah sebanyak 11.8% menunjukkan bahawa
penggunaan peta minda berkesan untuk menangani masalah mengingat isi-isi
penting. Lihat Jadual 27 dan Rajah 19 berkaitan perbandingan min markah kedua-
dua ujian pra dan ujian pasca.
0
2
4
6
8
10
12
14
50 55 60 65 70 75 80 85 90 95 100
Ujian Pra
Ujian
Pasca
Kekerapan
Markah
79
Jadual 27: Perubahan min markah ujian pra dan ujian pasca
Ujian Min Markah (%)
Ujian Pra 81.0
Ujian Pasca 92.8
Rajah 19: Perubahan min peratus pencapaian ujian pra dan ujian pasca
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa setelah menggunakan peta
minda dalam pengajaran mata pelajaran Kajian Tempatan kepada responden iaitu
murid Tahun 5A Mawar, terdapat peningkatan peratus dari segi bilangan respoden
yang mendapat gred A iaitu sebanyak 20.7% dari pencapaian 65.5% (ujian pra)
kepada 86.2% (ujian pasca).
Peratus dan bilangan responden yang mendapat gred B menurun sebanyak 13.8%
daripada 27.6% kepada 13.8%. Penurunan ini bukanlah sesuatu yang negatif kerana
74.00%
76.00%
78.00%
80.00%
82.00%
84.00%
86.00%
88.00%
90.00%
92.00%
94.00%
Ujian Pra Ujian Pasca
Ujian Pra
Ujian Pasca
Min markah (%)
Ujian
80
peratus dan bilangan responden yang mendapat gred B dalam ujian pra telah
berjaya meningkat ke gred A dalam ujian pasca. Seterusnya 0% responden yang
memperoleh gred C, D dan E memandangkan sebelum ini terdapat 6.9% responden
yang mendapat gred C. Namun, setelah menggunakan peta minda dan mengambil
ujian semula, responden ini telah meningkat kepada gred yang lebih tinggi.
Perubahan min markah ujian pra dan ujian pasca turut menunjukkan peningkatan
sebanyak 11.8% daripada 81.0% kepada 92.8%. Berdasarkan kepada hasil analisis
ini, soalan kajian yang ketiga telah terjawab iaitu sememangnya terdapat perbezaan
yang ketara pada markah ujian responden sebelum dan selepas menggunakan peta
minda. Tujuan kajian iaitu penggunaan peta minda bagi menangani masalah
mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan semakin jelas dan
menampakkan keberkesanan terhadap responden yang dikaji.
81
7.0 DAPATAN KAJIAN
7.1 Pengenalan
Dalam bahagian ini, pengkaji akan merumuskan keseluruhan hasil dapatan kajian
berkenaan penggunaan peta minda bagi mengatasi masalah responden dalam
mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Rumusan kajian
akan dibuat untuk mengetahui sama ada hasil kajian menjawab soalan-soalan kajian
atau tidak.
7.2 Analisis Soalan Kajian Pertama
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk menjawab tiga soalan kajian yang
dikemukakan. Hasil kajian dapat dirumuskan untuk menjawab ketiga-tiga soalan
kajian tersebut. Soalan yang pertama “Adakah murid Tahun 5A Mawar
menghadapi masalah mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian
Tempatan?”. Berdasarkan data temu bual yang dianalisis, guru telah
mengemukakan pendapat melalui pemerhatian beliau dan pencapaian markah Ujian
Akhir Penggal 1 Tahun 2012 iaitu responden sememangnya menghadapi masalah
mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Seterusnya,
dapatan kajian dikuatkan lagi dengan senarai semak pemerhatian berstruktur yang
dijalankan oleh pengkaji terhadap responden. Hasil analisis pemerhatian ini telah
memberikan dapatan yang selari dengan analisis data temu bual guru seperti yang
sudah dihuraikan dalam bahagian analisis dan interpretasi data kajian.
82
7.3 Analisis Soalan Kajian Kedua
Bagi menjawab soalan kajian yang kedua iaitu “Bagaimanakah penggunaan peta
minda dapat membantu murid Tahun 5A Mawar mengingati isi-isi penting dalam
mata pelajaran Kajian Tempatan?”, pengkaji menghuraikan dapatan data daripada
hasil pemerhatian sepanjang menggunakan peta minda dalam pengajaran mata
pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5A Mawar. Berdasarkan pemerhatian yang
dilakukan oleh pengkaji, didapati berlaku peningkatan daya ingatan responden
apabila diuji oleh pengkaji. Di samping itu juga, terdapat perubahan dari segi
tingkah laku dan minat responden terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan apabila menggunakan peta minda. Antaranya ialah responden telah
mengikuti arahan dengan baik dan melibatkan diri 100% dalam pembelajaran
bersama pengkaji.
Pengkaji ingin mendapatkan dapatan yang menunjukkan bagaimana penggunaan
peta minda dapat menangani masalah mengingati isi-isi penting dalam mata
pelajaran Kajian Tempatan. Maka, pengkaji telah menyoal soalan yang berkaitan
dengan ciri-ciri atau elemen dalam peta minda itu sendiri dalam instrumen temu
bual. Menurut Joyce Wycoff (1991), terdapat beberapa elemen dalam peta minda
yang berkesan iaitu kata kunci, warna, gambar atau simbol, ringkas dan pelbagai
corak. Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati hasil analisis data temu bual ini,
semua elemen ini berjaya menarik responden untuk menggunakan peta minda
dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Elemen dalam peta minda itu sendiri
merupakan tarikan kepada responden untuk menggunakannya.
83
Objektif kajian semakin jelas dengan adanya hasil analisis daripada dapatan yang
diperoleh. Jawapan kepada soalan kedua iaitu bagaimanakah penggunaan peta
minda dapat menangani masalah murid mengingati isi-isi penting dalam mata
pelajaran Kajian Tempatan ialah elemen dalam peta minda itu sendiri iaitu kata
kunci, warna, gambar atau simbol, ringkas dan pelbagai corak. Jawapan ini telah
disokong dengan data yang telah dianalisis dan diterjemahkan dalam bentuk jadual,
rajah dan peratusan.
7.4 Analisis Soalan Kajian Ketiga
Seterusnya, bagi menjawab soalan kajian yang ketiga iaitu “Adakah terdapat
perbezaan yang ketara pada markah ujian murid Tahun 5A Mawar sebelum dan
selepas menggunakan peta minda?”. Pengkaji telah menganalisis peratus
pencapaian murid semasa menduduki ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra
dijalankan sebelum murid diperkenalkan dengan penggunaan peta minda untuk
menangani masalah dalam mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian
Tempatan.
Manakala ujian pasca pula dijalankan selepas murid diperkenalkan dengan
penggunaan peta minda tersebut. Kemudian, pengkaji telah membuat perbandingan
terhadap kedua-dua keputusan ujian untuk mendapatkan kepastian adakah wujud
perbezaan yang signifikan pada markah murid sebelum dan selepas menggunakan
peta minda atau lebih jelas lagi adalah untuk mendapatkan peratus peningkatan
pencapaian murid serta memastikan peratus murid yang lemah menurun. Pengkaji
84
turut membuat perbandingan min markah responden dalam ujian pra dan ujian
pasca. Berlaku banyak peningkatan dalam keputusan ujian mereka.
7.5 Kesimpulan
Kesimpulannya, dalam membantu murid Tahun 5A Mawar menangani masalah
mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian Tempatan, pengkaji telah
memperkenalkan penggunaan peta minda. Hasil dapatan jelas menunjukkan
bahawa penggunaan peta minda memberikan hasil yang baik dan menunjukkan
peratus peningkatan yang tinggi. Pengajaran menggunakan peta minda ini
dilakukan secara ansur maju oleh pengkaji. Setelah memperkenalkan peta minda
kepada responden, pengkaji menjalankan aktiviti menyediakan peta minda secara
berkumpulan. Kemudian, setelah aktiviti berkumpulan, pengkaji telah menjalankan
tugasan secara individu terhadap responden.
Pengkaji turut mengesan dan mengenal pasti bahawa elemen yang terdapat pada
peta minda itu sendiri mampu menarik responden untuk menggunakannya sebagai
cara untuk mengingat isi-isi penting yang dipelajari. Dalam masa yang sama, kajian
ini juga telah dapat mengesan kelemahan responden dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran iaitu tiada kemahiran mencatat nota. Maka, pengkaji sebagai guru
akan merancang pengajaran dengan lebih baik dan terancang lagi untuk
memastikan responden faham dan menerima penggunaan peta minda sebagai cara
mencatat nota yang ringkas.
85
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Menurut Chua (2005), had yang ada bagi membolehkan pengkaji untuk melakukan
penyelidikan yang lebih berstruktur di samping mengetahui batas-batas tertentu
yang perlu dipatuhi. Bahagian ini akan membincangkan beberapa cadangan yang
seterusnya untuk kajian ini.
8.1 Pengenalan
Kajian ini merupakan kajian tindakan yang bertujuan untuk menangani masalah
murid Tahun 5A Mawar mengingat isi-isi penting dalam mata pelajaran Kajian
Tempatan. Rawatan yang digunakan oleh pengkaji adalah peta minda. Kajian ini
dijalankan terhadap 29 orang murid Tahun 5A Mawar sebagai responden. Pengkaji
telah menggunakan perbandingan antara ujian pra dan ujian pasca untuk mengenal
pasti implikasi penggunaan peta minda ini kepada pencapaian responden dalam
mata pelajaran Kajian Tempatan.
8.2 Batasan Kajian dan Cadangan Kajian Seterusnya
Berdasarkan masalah-masalah yang wujud semasa menjalankan kajian, pengkaji
telah mengemukakan beberapa cadangan untuk kajian yang seterusnya atau yang
akan datang. Kajian ini hanya memfokuskan penggunaan peta minda bagi mata
pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5 sahaja. Pada kajian yang akan datang, pengkaji
boleh mengkaji kesan penggunaan peta minda kepada murid tahun 4 dan 6 dalam
mata pelajaran Kajian Tempatan.
86
Responden kajian merupakan murid dalam kelas yang diajar sahaja. Cadangan
kajian lanjutan ialah memilih responden daripada kelas dan tahun yang berlainan
untuk mendedahkan penggunaan peta minda dalam meningkatkan mutu
pembelajaran mereka.
Di samping itu, saiz sampel perlu diperbanyakkan supaya dapatan kajian dapat
digeneralisasikan. Penggunaan sampel yang besar akan memberikan dapatan kajian
yang lebih tepat. Untuk mendapatkan saiz sampel yang lebih ramai, pengkaji boleh
mengkaji dengan menggunakan sekolah yang berdekatan iaitu kajian yang dibuat
tidak terhad kepada satu sekolah sahaja. Kajian juga boleh dibuat berdasarkan
beberapa buah sekolah untuk mendapatkan dapatan yang lebih tepat.
Penggunaan peta minda bukan sahaja untuk tujuan meningkatkan daya ingatan
malah boleh digunakan untuk tujuan lain dalam mata pelajaran lain selain Kajian
Tempatan. Contohnya, penggunaan peta minda dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia yang mengkehendaki murid untuk membuat karangan atau ayat pendek.
Melalui penggunaan peta minda, murid akan lebih senang untuk merangka setiap isi
atau ayat yang akan dibuat.
87
SENARAI RUJUKAN
DOKUMEN RASMI
Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Manual Kajian
Tindakan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1990). Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan
Tahun 5. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2004). Huraian Sukatan Pelajaran Kajian
Tempatan Tahun 5. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum
JURNAL
Dilip Mukerjea. (1996). Kajian Penggunaan Peta Minda Bagi Mata Pelajaran
Matematik Di Kalangan Pelajar Perakaunan. Super Brain
Hasnah binti Musa. (2003). Cemerlang Sejarah dengan Peta Minda. Koleksi
Abstrak Institut Perguruan Tuanku Bainun. Koleksi Kajian 2003-2008
Hanis Jenalis. (2011). Dewan Pelajar: Peta Minda. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Jamiah binti Abdullah. Penggunaan Peta Konsep Dalam Meningkatkan Sikap dan
Minat Pelajar Terhadap Sains. Seremban: Sekolah Menengah
Kebangsaan Tunku Ampuan Durah
Mohan & Balan Ratnakrisnan. (2004). Keberkesanan penggunaan peta konsep dan
pembelajaran koperatif terhadap prestasi pelajar dalam mata pelajaran
Tingkatan 4. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Malaysia Sabah
Nur Ezaini bt Wahab. Pembelajaran Kajian Tempatan Menggunakan Peta Minda
Bagi Murid Tahun Empat. Jabatan Kajian Sosial
88
Tee Tze Kiong et al. (2009). Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Menerusi Peta Minda Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST
2009)
Zahara Aziz & Nurliah Jair. (2011). Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan
Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia
Wong Pui Chze. (2009). Penggunaan Peta Minda dalam Meningkatkan Prestasi
Penulisan Karangan Naratif Bahasa Cina dalam Kalangan Murid Tahun
5 Sekolah Jenis Kebangsaan. Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan
IPGMKBL Kuching
BUKU
Abdul Razak. (2009). Pendidikan Andragogi. Shah Alam: Universiti Malaya
Ab. Fatah Hasan. (1990). Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran.
Skudai: Penerbit UTM
Ahmad Fadzli Yusof & Mohd Zarifi Daud. (2007). Panduan dan asas untuk
pembentangan berkesan. Selangor: PTS Millenia
Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan
Dalam Penyelidikan Pendidikan. Puchong: Penerbitan Mulitimedia Sdb.
Bhd
Alias Baba. (1999). Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan Sains Sosial.
Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Azizi Ahmad & Mohd Isha bin Awang. (2006). Pengukuran dan Penilaian dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Blaxter, L., Hughes, C., & Tigh, M. (2006). How To Research. Maidenhead United
Kingdom: Mc-Graw-Hill International
89
Charles, Z. et al. (2009). Understanding human behavior and the social
environment. United States of America: Cengage Learning
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Asas Statistik
Penyelidikan Buku 2. Malaysia: McGraw-Hill (M) Sdn. Bhd.
Creswell, J.W., Vicki, L. & Clark, P. (2005). Designing and Conducting Mixed
Methods Research. Teller Road Thousand Oaks: SAGE Publications Inc.
Ee Ah Meng. (2002). Psikologi Pendidikan III Edisi Ketiga (Semester III).
Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Casey, F. (1985). How To Study: A Practical Guide. London: MacMillan Education
Ltd.
Joyce Wycoff. (1991). Mindmapping Your Personal Guide to Exploring Creativity
and Problem Solving. New York: The Berkley Publishing Group
Kamus Dewan. (Edisi Keempat). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Kang Chui Yoeng et al. (2009). Focus Ace PMR Geografi. Petaling Jaya: Pelangi
Publishing Group Bhd
Karissoe, C. (2008). Researching Operations Management. New York: Routledge
Mok Soon Sang. (1990). Strategi Pengajaran dan Pengajaran Mikro. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Mohd. Fadzli A. Bakar. (2006). Chit chat Remaja Mengenai Potensi Diri. Pahang:
PTS Millenia
Mahani Razali, Ramli Jantan & Shahabuddin Hashim. (2004). Psikologi
Pendidikan. Bentong: PTS Publishing
Malek Mohamat Said. (2006). Studi Smart. Kuala Lumpur: PTS Professional
90
Mel Silberman. (2009). Pembelajaran Aktif 101 Strategi untuk Mengajar Apa Jua
Subjek. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mat Jamudin Jamrin. (2002). Keberkesanan penggunaan teknik pengajaran peta
konsep dalam mata pelajaran ekonomi asas Tingkatan 4. Selangor:
Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd. Nasuha Jamidin et al. (1995). Kemahiran Berfikir dan Belajar. Selangor:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
Muhamad Ali Embi. (2006). Cabaran Melaksanakan Sistem Saran Berasaskan
Merit di Sektor Awam. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd
Noraini Ahmad. (2005). Persediaan Psikologi Menghadapi Peperiksaan. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Rubiah Aksah & Yea Jing Ong. (2005). Belajar Cara Belajar: Belajar Secara Aktif
& Praktikal. Shah Alam: Karya Bestari
Salhah Abdullah. (2009). Kecerdasan Pelbagai Aplikasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Publications Sdn. Bhd.
Som Hj. Nor & Mohd Dahalan Mohd Ramli. (1998). Kemahiran Berfikir Secara
Kritis & Kreatif. Selangor: Longman
Sulaiman Masri. (2005). Tuju Cemerlang Peperiksaan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd
Tengku Asmadi & Osman Affan. (2011). Motivasi Alihan Pelajar Gaya Smart
Study. Selangor: PTS Millenia Sdn. Bhd.
Tony Buzan. (2007). Panduan Kemahiran Belajar Buzan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Widad Othman & Kandar Selamat. (2006). Types of Learning in Module Teaching
Methods in Technical and Vocational Education. Kuala Lumpur: PD
Offset Sdn. Bhd.
91
Yahaya et al. (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Pahang: PTS
Publications
92
Soalan Temu Bual Kajian Tindakan Penggunaan Peta Minda bagi Menangani
Masalah Murid Tahun 5 Mawar Mengingati Isi-isi Penting dalam Mata
Pelajaran Kajian Tempatan
Responden : Guru
Soalan 1 : Apakah tajuk dalam mata pelajaran Kajian Tempatan yang anda sedang
ajar sekarang ini?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
Soalan 2 : Bagaimanakah pencapaian murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
Soalan 3 : Pada pendapat anda, apakah punca tahap pencapaian murid-murid dalam
mata pelajaran Kajian Tempatan rendah?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
Soalan 4 : Pernahkah anda tidak mengajar atau masuk kelas dalam masa yang lama?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
Soalan 5 : Adakah murid-murid masih ingat apa yang dipelajari pada minggu
sebelumnya jika anda menyoal mereka semula?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
LAMPIRAN 1
93
Keputusan Ujian Akhir Penggal 1 Tahun 2012 bagi Mata Pelajaran Kajian
Tempatan Tahun 5A Mawar
Bil Responden Markah %
1 Responden 1 66
2 Responden 2 58
3 Responden 3 54
4 Responden 4 66
5 Responden 5 52
6 Responden 6 56
7 Responden 7 64
8 Responden 8 70
9 Responden 9 48
10 Responden 10 42
11 Responden 11 64
12 Responden 12 62
13 Responden 13 60
14 Responden 14 42
15 Responden 15 38
16 Responden 16 64
17 Responden 17 68
18 Responden 18 52
19 Responden 19 52
20 Responden 20 44
21 Responden 21 58
22 Responden 22 48
23 Responden 23 70
24 Responden 24 50
25 Responden 25 40
26 Responden 26 72
27 Responden 27 56
28 Responden 28 80
29 Responden 29 70
LAMPIRAN 2
94
Petunjuk
1 – menceritakan latar belakang Parameswara sebagai pengasas Melaka
2 – menjelaskan sebab Parameswara melarikan diri dari Palembang
3 – menyatakan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka
4 – menceritakan peristiwa pembukaan Melaka
5 – menjelaskan sebab yang mendorong Parameswara mengasaskan Melaka
Tandakan (√ ) pada isi pelajaran yang telah dikuasai oleh murid-murid.
Bil Nama Penguasaan
1 2 3 4 5
1 Abang Mohd Hakimi
2 Amirul Rahim
3 Azwatul Aziba
4 Celyn Anne Jati
5 Dyg Nurmeen Zulaika
6 Dyg Shafawati
7 Fatin Nurizzanie
8 Felicia Nuja
9 Herbert Ardhin
10 Khairill Zaz'zwan
11 Luqman Hakim
12 Melsha Ak Gideon
13 Mohamad Hakimmi
14 Mohamad Hamizan
15 Mohd Nur Lukman
16 Mohd Haiqal
17 Mohd Khazmizie
18 Mohd Shafiq
19 Morin Ak Gani
20 Muhamad Akasyah
21 Muhd Muhaimin
22 Nur Arfariza
23 Nur Atiqah Syuhada
24 Nur Fifi Amirah
25 Nur Haliza Nabilla
26 Nurhaleeza
27 Nurhidayah
28 Nurul Aini
29 Siti Aishah
LAMPIRAN 3
95
Pemerhatian Terhadap Responden Semasa Penggunaan Peta Minda dalam
Pengajaran Mata Pelajaran Kajian Tempatan
Hasil Pemerhatian Cadangan Penambahbaikan
Penyediaan bahan
Cara menggunakan peta minda
Masalah yang dihadapi oleh murid
Tahap kefahaman murid terhadap peta minda
Penglibatan murid
LAMPIRAN 4
96
Borang soal selidik menilai respon murid-murid Tahun 5 Mawar terhadap
penggunaan peta minda dalam mata pelajaran Kajian Tempatan
Petunjuk :
1 = Sangat Tidak Setuju
2 = Tidak Setuju
3 = Kurang Setuju
4 = Setuju
5 = Sangat Setuju
Tandakan (/) pada skala-skala berikut. Setiap item hanya boleh ditanda sekali
sahaja.
Bil Item 1 2 3 4 5
1 Saya mudah ingat isi-isi penting menggunakan
peta minda kerana notanya ringkas
2 Melalui penggunaan peta minda, saya lebih
mudah ingat isi-isi penting kerana ia menarik
3 Peta minda yang berwarna-warni memudahkan
saya untuk mengingati isi-isi penting
4 Saya lebih mudah ingat isi-isi penting
menggunakan peta minda kerana mudah untuk
dibaca
5 Penggunaan gambar dalam peta minda
memudahkan saya untuk mengingat isi-isi
penting
6 Kata kunci yang digunakan dalam peta minda
membantu saya mengingati isi-isi penting
7 Penggunaan peta minda telah membantu saya
untuk mengingat isi-isi penting mengenai tajuk
yang diajar
8 Saya suka membuat latihan menggunakan peta
minda
9 Pembinaan peta minda dalam aktiviti kumpulan
membantu saya mengingati isi-isi penting
10 Setelah menggunakan peta minda, saya yakin
saya dapat menjawab ujian Kajian Tempatan
dengan baik
LAMPIRAN 5
97
Soalan Temu Bual Kajian Tindakan Penggunaan Peta Minda bagi Menangani
Masalah Murid Tahun 5 Mawar Mengingati Isi-isi Penting dalam Mata
Pelajaran Kajian Tempatan
Bil. Soalan Respon Murid
1 Adakah peta minda dapat membantu
anda mengingati isi penting dalam
sesuatu tajuk bagi mata pelajaran
Kajian Tempatan?
2 Adakah peta minda dapat membantu
anda mengulangkaji pelajaran secara
lebih berkesan?
3 Adakah anda suka dengan
penggunaan peta minda dalam
Kajian Tempatan? Mengapa?
4 Antara nota yang dibuat
menggunakan peta minda dengan
nota dalam bentuk perenggan, yang
mana satu lebih mudah difahami dan
senang untuk ingat?
5 Apakah keistimewaan peta minda
yang membuatkan anda tertarik
untuk menggunakannya?
LAMPIRAN 6
98
UJIAN ULANGKAJI 1
KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5A MAWAR
Nama : __________________________________
Tarikh : __________________________________
Topik : Kesultanan Melayu Melaka
A. Pengasasan Melaka
Bahagian A.
Jawab soalan berikut dengan memilih satu jawapan yang tepat sahaja. Bulatkan.
1. Pada tahun bilakah Melaka diasaskan ?
A. 1400
B. 1444
C. 1300
D. 1500
2. Siapakah nama pengasas Melaka ?
A. Temagi
B. Parameswara
C. Pendekar Berlima
D. Temenggung Ibrahim
3. Parameswara merupakan putera raja yang berasal dari ______________
A. Srivijaya
B. Sri Indah
C. Majapahit
D. Temasik
4. Sebelum memeluk agama Islam, apakah agama asal Parameswara ?
A. Budha
B. Kristian
C. Hindu
D. Tamil
100
LAMPIRAN 7
99
5. Parameswara berusaha untuk membebaskan Palembang daripada naungan
kerajaan ___________
A. Siam
B. Temasik
C. Majapahit
D. Terengganu
6. Mengapakah Parameswara melarikan diri dari Palembang ?
A. Kerana telah diserang oleh tentera kerajaan Temasik
B. Kerana telah diserang oleh tentera kerajaan Melaka
C. Kerana telah diserang oleh tentera kerajaan Muar
D. Kerana telah gagal membebaskan Palembang dari Majapahit dan
melarikan diri dari diserang oleh tentera Majapahit
7. Susunkan perjalanan Parameswara dengan tepat.
A. Melaka Palembang Muar Temasik
B. Temasik Palembang Muar Melaka
C. Palembang Temasik Muar Melaka
D. Muar Palembang Temasik Melaka
8. Siapakah nama pemerintah di Temasik yang telah dibunuh oleh Parameswara ?
A. Temagi
B. Srivijaya
C. Temasik
D. Majapahit
9. Mengapakah kerajaan Siam menyerang Parameswara ?
A. Kerana Parameswara telah membunuh pemerintah Temasik iaitu Temagi
B. Kerana Parameswara telah membunuh isteri pemerintah Temasik
C. Kerana Parameswara enggan bekerjasama dengan tentera kerajaan
Temasik
D. Kerana Parameswara telah menipu kerajaan Temasik
100
10. Bagaimanakah cara Parameswara memeluk agama Islam ?
A. Melalui perkahwinan dengan puteri raja Pasai, Indonesia
B. Melalui perkahwinan dengan puteri raja Arab, Mesir
C. Melalui perdagangan dengan kerajaan Pasai, Indonesia
D. Melalui perdagangan dengan kerajaan Arab di Mesir
Bahagian B
Berdasarkan peta, nyatakan nama tempat yang dilalui oleh Parameswara sebelum
mengasas Melaka dalam ruangan yang disediakan.
Bahagian C
Tandakan (√) pada pernyataan yang betul dan tandakan (X) untuk pernyataan yang
salah.
1. Anjing perburuan Parameswara ditendang oleh seekor kuda
( )
2. Melaka mendapat nama sempena nama pokok Melaka
( )
3. Muara Sungai Melaka yang dalam dan terlindung sesuai dijadikan
pelabuhan dan persinggahan kapal
( )
4. Pokok api-api di muara Sungai Melaka sesuai dijadikan tiang rumah.
( )
Muar
Palembang
101
5. Bukit di Melaka dapat mengawal kapal yang keluar dan masuk ke
Melaka.
( )
Bahagian D
Susun semula peristiwa pembukaan Melaka mengikut urutan yang betul dengan
meletakkan nombor pada ruangan yang disediakan.
• Kegagahan pelanduk menyebabkan baginda merasakan tempat itu istimewa untuk mendirikan kerajaan.
• Oleh itu, baginda telah mendirikan kerajaan di situ dan menamakan kawasan itu sebagai Melaka sempena nama pokok tempat baginda berehat.
• Semasa tiba di sebuah kampung nelayan, Parameswara dan pengikutnya berehat di bawah sepohon pokok
1
• Parameswara telah melihat anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai.
102
PERATURAN MEMBERI MARKAH (PMM) SOALAN UJIAN PRA
KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5A MAWAR
Mata pelajaran : Kajian Tempatan Tahun 5
Topik : Sejarah Negara Kita
Subtopik : Kesultanan Melayu Melaka
Tajuk : Pengasasan Melaka
Hasil Pembelajaran : 1. Menceritakan latar belakang Parameswara
sebagai pengasas Melaka
2. Menjelaskan sebab-sebab Parameswara
melarikan diri dari Palembang
3. Menyatakan perjalanan Parameswara dari
Palembang ke Melaka
4. Menceritakan peristiwa pembukaan Melaka
5. Menjelaskan sebab yang mendorong
Parameswara mengasaskan Melaka
BAHAGIAN MARKAH
A (ANEKA PILIHAN) 10
B (BETUL-SALAH) 2
C (MELENGKAPKAN) 5
D (PADANAN) 3
JUMLAH 20x5=100%
103
BAHAGIAN A (20 MARKAH)
1. A
2. B
3. A
4. C
5. C
6. D
7. C
8 A
9. A
10. A
1 soalan = 1 markah
10 soalan x 1 markah = 10 markah
BAHAGIAN B (2 MARKAH)
1 fakta = 2 markah
2 fakta x 1 markah = 2 markah
Melaka
Temasik
104
BAHAGIAN C (10 MARKAH)
1. Anjing perburuan Parameswara ditendang oleh seekor kuda ( X )
2. Melaka mendapat nama sempena nama pokok Melaka ( √ )
3. Muara Sungai Melaka yang dalam dan terlindung sesuai dijadikan
pelabuhan dan persinggahan kapal
( √ )
4. Pokok api-api di muara Sungai Melaka sesuai dijadikan tiang
rumah.
( X )
5. Bukit di Melaka dapat mengawal kapal yang keluar dan masuk ke
Melaka.
( √ )
1 fakta = 1 markah
5 fakta x 1 markah = 5 markah
BAHAGIAN D (10 MARKAH)
1 fakta = 1 markah
3 fakta x 1 markah = 3 markah
• Kegagahan pelanduk menyebabkan baginda merasakan tempat itu istimewa untuk mendirikan kerajaan.
3
• Oleh itu, baginda telah mendirikan kerajaan di situ dan menamakan kawasan itu sebagai Melaka sempena nama pokok tempat baginda berehat.
4
• Semasa tiba di sebuah kampung nelayan, Parameswara dan pengikutnya berehat di bawah sepohon pokok
1
• Parameswara telah melihat anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai.
2
105
UJIAN ULANGKAJI 2
KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5A MAWAR
Nama : __________________________________
Tarikh : __________________________________
Topik : Kesultanan Melayu Melaka
A. Pengasasan Melaka
Bahagian A.
Jawab soalan berikut dengan memilih satu jawapan yang tepat sahaja. Bulatkan.
1. Pada tahun bilakah Melaka diasaskan ?
A. 1400
B. 1444
C. 1300
D. 1500
2. Siapakah nama pengasas Melaka ?
A. Temagi
B. Parameswara
C. Pendekar Berlima
D. Temenggung Ibrahim
3. Parameswara merupakan putera raja yang berasal dari ______________
A. Palembang
B. Sri Indah
C. Majapahit
D. Temasik
4. Sebelum memeluk agama Islam, apakah agama asal Parameswara ?
A. Budha
B. Kristian
C. Hindu
D. Tamil
100
LAMPIRAN 8
106
5. Parameswara berusaha untuk membebaskan Palembang daripada naungan
kerajaan ___________
A. Siam
B. Temasik
C. Majapahit
D. Terengganu
6. Mengapakah Parameswara melarikan diri dari Palembang ?
A. Kerana telah diserang oleh tentera kerajaan Temasik
B. Kerana telah diserang oleh tentera kerajaan Melaka
C. Kerana telah diserang oleh tentera kerajaan Muar
D. Kerana telah gagal membebaskan Palembang dari Majapahit dan
melarikan diri dari diserang oleh tentera Majapahit
7. Susunkan perjalanan Parameswara dengan tepat.
A. Melaka Palembang Muar Temasik
B. Temasik Palembang Muar Melaka
C. Palembang Temasik Muar Melaka
D. Muar Palembang Temasik Melaka
8. Siapakah nama pemerintah di Temasik yang telah dibunuh oleh
Parameswara ?
A. Temagi
B. Srivijaya
C. Kedah
D. Majapahit
9. Mengapakah kerajaan Siam menyerang Parameswara ?
A. Kerana Parameswara telah membunuh pemerintah Temasik iaitu Temagi
B. Kerana Parameswara telah membunuh pemerintah Majapahit
C. Kerana Parameswara enggan bekerjasama dengan tentera kerajaan
Temasik
D. Kerana Parameswara telah menipu kerajaan Temasik
107
10. Bagaimanakah cara Parameswara memeluk agama Islam ?
B. Melalui perkahwinan dengan puteri raja Pasai, Indonesia
C. Melalui perkahwinan dengan puteri raja Arab, di Mesir
D. Melalui perdagangan dengan kerajaan Pasai, Indonesia
E. Melalui perdagangan dengan kerajaan Arab di Mesir
Bahagian B
Berdasarkan peta, nyatakan nama tempat yang dilalui oleh Parameswara sebelum
mengasas Melaka dalam ruangan yang disediakan.
Bahagian C
Tandakan (√) pada pernyataan yang betul dan tandakan (X) untuk pernyataan yang
salah.
1. Seekor pelanduk putih menendang anjing pemburuan baginda. ( )
2. Melaka mendapat nama sempena nama pokok Melaka ( )
3. Muara Sungai Melaka yang dalam dan terlindung sesuai
dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal
( )
4. Pokok api-api di muara Sungai Melaka sesuai dijadikan tiang
rumah.
( )
Muar
Palembang
108
5. Bukit di Melaka dapat mengawal kapal yang keluar dan masuk
ke Melaka.
( )
Bahagian D
Susun semula peristiwa pembukaan Melaka mengikut urutan yang betul dengan
meletakkan nombor pada ruangan yang disediakan.
• Kegagahan pelanduk menyebabkan baginda merasakan tempat itu istimewa untuk mendirikan kerajaan.
• Akhirnya, baginda telah mendirikan kerajaan di situ dan menamakan kawasan itu sebagai Melaka sempena nama pokok tempat baginda berehat.
• Semasa tiba di sebuah kampung nelayan, Parameswara dan pengikutnya berehat di bawah sepohon pokok
1
• Parameswara telah melihat anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai.
109
PERATURAN MEMBERI MARKAH (PMM) SOALAN UJIAN PASCA
KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5A MAWAR
Mata pelajaran : Kajian Tempatan Tahun 5
Topik : Sejarah Negara Kita
Subtopik : Kesultanan Melayu Melaka
Tajuk : Pengasasan Melaka
Hasil Pembelajaran : 1. Menceritakan latar belakang Parameswara
sebagai pengasas Melaka
2. Menjelaskan sebab-sebab Parameswara
melarikan diri dari Palembang
3. Menyatakan perjalanan Parameswara dari
Palembang ke Melaka
4. Menceritakan peristiwa pembukaan
Melaka
5. Menjelaskan sebab yang mendorong
Parameswara mengasaskan Melaka
BAHAGIAN MARKAH
A (ANEKA PILIHAN) 10
B (BETUL-SALAH) 2
C (MELENGKAPKAN) 5
D (PADANAN) 3
JUMLAH 20x5=100%
110
BAHAGIAN A (20 MARKAH)
1. A
2. B
3. A
4. C
5. C
6. D
7. C
8 A
9. A
10. A
1 soalan = 1 markah
10 soalan x 1 markah = 10 markah
BAHAGIAN B (2 MARKAH)
1 fakta = 2 markah
2 fakta x 1 markah = 2 markah
Melaka
Temasik
111
BAHAGIAN C (10 MARKAH)
1. Seekor pelanduk putih menendang anjing pemburuan baginda. ( √ )
2. Melaka mendapat nama sempena nama pokok Melaka ( √ )
3. Muara Sungai Melaka yang dalam dan terlindung sesuai
dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal
( √ )
4. Pokok api-api di muara Sungai Melaka sesuai dijadikan tiang
rumah.
( X )
5. Bukit di Melaka dapat mengawal kapal yang keluar dan masuk
ke Melaka.
( √ )
1 fakta = 1 markah
5 fakta x 1 markah = 5 markah
BAHAGIAN D (10 MARKAH)
1 fakta = 1 markah
3 fakta x 1 markah = 3 markah
• Kegagahan pelanduk menyebabkan baginda merasakan tempat itu istimewa untuk mendirikan kerajaan.
3
• Akhirnya, baginda telah mendirikan kerajaan di situ dan menamakan kawasan itu sebagai Melaka sempena nama pokok tempat baginda berehat.
4
• Semasa tiba di sebuah kampung nelayan, Parameswara dan pengikutnya berehat di bawah sepohon pokok
1
• Parameswara telah melihat anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai.
2
112
Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Responden
Bil Responden Ujian Pra
%
Ujian Pasca
%
1 Responden 1 75 B 90 A
2 Responden 2 85 A 95 A
3 Responden 3 90 A 95 A
4 Responden 4 85 A 95 A
5 Responden 5 80 A 95 A
6 Responden 6 65 B 75 B
7 Responden 7 95 A 95 A
8 Responden 8 80 A 100 A
9 Responden 9 50 C 70 B
10 Responden 10 85 A 95 A
11 Responden 11 90 A 100 A
12 Responden 12 90 A 95 A
13 Responden 13 70 B 85 A
14 Responden 14 85 A 100 A
15 Responden 15 55 C 95 A
16 Responden 16 90 A 100 A
17 Responden 17 100 A 100 A
18 Responden 18 70 B 95 A
19 Responden 19 65 B 75 B
20 Responden 20 100 A 100 A
21 Responden 21 80 A 100 A
22 Responden 22 75 B 85 A
23 Responden 23 75 B 100 A
24 Responden 24 80 A 95 A
25 Responden 25 90 A 100 A
26 Responden 26 85 A 95 A
27 Responden 27 70 B 75 B
28 Responden 28 100 A 100 A
29 Responden 29 100 A 100 A
LAMPIRAN 9