Download - induksi
![Page 1: induksi](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082422/55cf9319550346f57b9ba931/html5/thumbnails/1.jpg)
Subjek: Sains
Kelas: Tahun 4 Satria
Tema: Sains Hayat
Tajuk: Proses Hidup Manusia
Masa: 7.20 pagi – 8.20 pagi (60 minit)
Bil.murid: 15 orang
Standard Pembelajaran: 3.1.1, 3.1.2, 3.1.3 dan 3.1.5
Objektif Pembelajaran: Pada akhir P&P murid dapat:
1. Menyatakan manusia bernafas menggunakan peparu,
trakea dan hidung dengan membuat pemerhatian pada
gambar.
2. Melabel organ-organ yang terlibat dalam proses
pernafasan dengan betul.
3. Melukis laluan keluar dan masuk udara semasa
menghembus dan menarik nafas.
KPS: memerhati, membuat inferens, mendefinisi secara operasi, berkomunikasi
Bahan Bantu Belajar: Model replika tubuh manusia, Carta gambar, Kad imbasan,
Lembaran kerja.
Pengayaan & Pemulihan: Lembaran kerja 2 & 3
Aktiviti Set Induksi:
1. Guru menunjukkan replika tubuh manusia kepada murid-murid.
Murid tertarik dan ingin melihat dan mengetahui lebih banyak.
2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai organ-organ dalaman
dan juga proses-proses hidup yang dilakukan oleh manusia.
3. Guru menarik perhatian murid untuk belajar lebih fokus berkaitan
topik pembelajaran iaitu proses pernafasan manusia.
Disediakan oleh:Guru Sains SK Inarad
![Page 2: induksi](https://reader036.vdokumen.net/reader036/viewer/2022082422/55cf9319550346f57b9ba931/html5/thumbnails/2.jpg)
Disediakan oleh:Guru Sains SK Inarad
Untuk Perhatian:
En Arnold Samih
“Satu Guru Satu Set Induksi Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran”
Sek.Keb. Inarad (Tongod), Telupid