Download - IMBUHAN APITAN
-
IMBUHAN APITAN
Apitan meN......-kan dan meN............-i
Perkataan yang dihasilkan merujuk kepada:
(a) sesuatu yang dilakukan untuk faedah orang lain
(b) menyebabkan sesuatu hal itu terjadi
(c) perbuatan
Contoh :
membasuhkan , mengikatkan, merekodkan, melayani, merawati, mengetuai
Apitan ke-..............-an
boleh membawa beberapa maksud:
(a) menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar
(b) tempat
Contoh :
kesakitan, keletihan, kemuraman, kenakalan, kesempitan
Apitan peN-....-an
merujuk kepada tempat dan perbuatan serta keadaan:
(a) menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar
(b) tempat
Contoh :
pedalaman, pembunuhan, penginapan,perbarisan, pelabuhan
-
LEMBARAN KERJA
(IMBUHAN APITAN)\
NAMA: __________________
KELAS: 5A
A. Letakkan imbuhan pada perkataan di bawah.
1. Kita harus ______________ orang yang lebih tua daripada kita. ( hormat )
2. Salmi ___________akan tingkah laku pemuda itu. (curiga )
3. Ayah ___________seekor lembu pada Hari Raya Aidiladha. (korban)
4. Hanif ___________kasutnya sebelum masuk ke dalam rumah. (tanggal)
5. Rosnah sering menghabiskan masa lapangnya di __________.(pustaka)
Markah ___/ 5 ( M / TM )
B. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
Keberanian bertanyakan menghadiahi menanggalkan permohonan penggunaan
membincangkan kesunyian kesultanan membaiki
1. ____________ komputer dapat mempercepat segala urusan khususnya dalam penyimpanan data.
2. Asmat berusaha ____________ basikalnya yang rosak.
3. Mesyuarat yang diadakan akan ____________masalah pencemaran.
4. ___________Zaini untuk melanjutkan pelajaran telah diluluskan oleh majikannya.
5. Adik __________ kasut sebelum masuk kedalam rumah.
6. Ayah ___________ saya sebuah buku cerita.
7. Pihak polis telah memberikan pingat ___________kepada Amar kerana telah membantu mereka
menangkap perompak itu tempoh hari.
8. Seorang pemuda __________ arah ke rumah Encik Zahari.
9. Sejak anak-anaknya berpindah ke bandar, Makcik Ani hidup dalam ____________.
10. Salah seorang sultan pada zaman _______________Melayu Melaka ialah Sultan Mahmud Syah.
Markah ___/10 ( M / TM )