bahasa melayu · 11 ayat yang manakah yang mengandungi perkataan yang diterbitkan dengan...

8
1 910/2 STPM KERTAS 2 (Satu jam setengah) KERTAS MODEL 9 BAHASA MELAYU Arahan kepada calon: Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Jawab semua soalan dalam Bahagian B. Untuk kegunaan pemeriksa Bahagian A 1 – 30 Bahagian B 31 32 33 34 35 36 37 38 Jumlah SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Bahasa Melayu(S9).indd 1 03/01/2020 6:05 PM

Upload: others

Post on 09-Jul-2020

46 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

910/2 STPM

KERTAS 2(Satu jam setengah)

KERTAS MODEL 9

BAHASA MELAYU

Arahan kepada calon:

Jawab semua soalan dalam Bahagian A.

Jawab semua soalan dalam Bahagian B.

Untuk kegunaanpemeriksa

Bahagian A

1 – 30

Bahagian B

31

32

33

34

35

36

37

38

Jumlah

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Bahasa Melayu(S9).indd 1 03/01/2020 6:05 PM

2

1 Morfem yang manakah mempunyai makna leksis?A Usah C SungguhB Kepada D Pelanduk

2 Kata dasar yang manakah dapat digunakan untuk penggandaan penuh dan penggandaan separa? I Gunung II Rumput III Langit IV Labi

A I dan II C I dan IVB II dan III D III dan IV

3 Yang manakah merupakan kata majmuk? I Air sejuk III Ular sawa II Kasut sekolah IV Timbang tara

A I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

4 Perkataan yang manakah mengandungi kata akar?A Hakisan C Bandar rayaB Perniagaan D Kemampuan

5 Tetamu itu tidak datang-datang juga.

Apakah jenis kata tugas bagi perkataan bergaris di atas?A Kata pemeri C Kata penegasB Kata penguat D Kata penekan

6 I : Pekerja-pekerja itu sedang mendalamkan parit.II : Seorang pegawai di pejabat itu menyerupai abang.

Yang manakah fungsi yang betul bagi perkataan-perkataan yang berhuruf tebal dalam ayat di atas?

I II

A Penerang Pelengkap

B Objek Penerang

C Objek Pelengkap

D Pelengkap Objek

7 Ayat yang manakah mengandungi kata adverba yang betul dengan jenisnya?

Kata adverba jati Kata adverba asalnya kata kerja

A Anak-anak bermain di taman. Pemain itu segera melompat tinggi.

B Mereka sudah bertemu kelmarin. Kami makan bersila di rumah nenek.

C Tempat peranginan itu sungguh cantik. Pengkhianat negara perlu dihukum.

D Kita wajar berterima kasih kepadanya. Cabaran getir sedang menunggu atlet negara.

Bahagian A[30 markah]

Jawab semua soalan.

STPM2018

KLON

Bahasa Melayu(S9).indd 2 03/01/2020 6:05 PM

3

8 • Digunakan di hadapan kata adjektif• Membawa maksud darjah penghabisan

Ayat yang manakah mengandungi kata penguat yang terdiri daripada ciri-ciri di atas?A Persembahan itu paling lucu pernah saya tontoni.B Keputusan ujiannya pada kali ini sungguh baik sekali.C Ibunya amat suka akan gadis itu tetapi dia mempunyai pilihan lain.D Dia sudah belajar beberapa perkara asas sebelum menyertai latihan ini.

9 Yang manakah kata bilangan pisahan? I Kedua puluh satu II Masing-masing III Berguni-guni IV Tiap-tiap

A I dan II C II dan IVB I dan III D III dan IV

10 Yang berikut ialah jenis kata praklausa, kecuali I Katanafi II Kata penegas III Kata perintah IV Kata pembenar

A I dan II C I dan IVB II dan III D III dan IV

11 Ayat yang manakah yang mengandungi perkataan yang diterbitkan dengan menggunakan apitan ke-...-an yang berfungsi sebagai imbuhan kata nama?

I Dia menyertai kerja-kerja kemasyarakatan itu sejak lima tahun yang lalu. II Beberapa orang pekerja itu mengalami keracunan makanan. III Selepas lima tahun menetap di Kuala Lumpur, sikap kekampungannya mulai hilang. IV Majlis itu diadakan di kediaman beliau dengan dihadiri oleh teman rapat.

A I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

12 Yang manakah bukan frasa kerja?A Tidur nyenyakB Latihan berenangC Berjalan-jalan ke sanaD Sudah lama membujang

13 Kalau ibu saya tidak mengizinkan saya berbuat demikian, saya tidak boleh berbuat apa-apa walaupun saya memang mahu melakukannya.

Berapakah klausa yang terdapat dalam ayat di atas?A Empat C SatuB Tiga D Dua

14 Yang manakah tidak dapat berfungsi sebagai subjek?A Frasa kerja B Frasa nama C Frasa adjektif D Frasa sendi nama

15 Ayat yang manakah boleh dipasifkan?A Remaja itu mahu menjadi usahawan.B Tersenyum mereka setelah berpandangan seketika.C Agensi itu akan menamatkan perkhidmatan beberapa orang kakitangan.D Ibu sanggup bekerja keras demi kepentingan kami selepas kematian ayah.

STPM2018

KLON

Bahasa Melayu(S9).indd 3 03/01/2020 6:05 PM

4

16

XPendepanan kata bantu dengan kata kerja

YPendepanan kata adjektif sahaja

Ayat songsang

Kumpulan ayat yang manakah sesuai dengan X dan Y?

X Y

A Pernah ditangkap budak samseng itu. Cemerlang pencapaiannya dalam beberapa bidang.

B Telah bersara kedua-dua orang tuanya. Sangat mulia pengorbanan ibu bapa kita.

C Sungguh tertekan kami pada masa itu. Ramah anak gadis Ustazah Rozamah.

D Pegawai itu mahu bercuti dua hari. Indah sungguh pemandangan pada awal pagi.

17 Yang manakah bukan ayat larangan?A Dilarang berkumpul di sini.B Usah ditanya sebab aku merajuk.C Jangan terlajak hingga hujung kampung.D Pelajar dilarang duduk di bahagian belakang.

18 Kata kerja sebagai subjek + Kata kerja sebagai predikat

Antara yang berikut, yang manakah padan dengan binaan di atas? I Menolong orang amalan mulia. II Menembak tupai pemilik kebun kelapa itu. III Bercucuk tanam menjimatkan perbelanjaan. IV Tembak-menembak sedang terjadi di selatan negara jiran.

A I dan II C II dan IVB I dan III D III dan IV

19 Yang manakah ayat penyata?A Jangan gelojoh ketika makan.B Dia berdiri di situ semenjak tadi?C Wah, besar sungguh rumah kamu!D Kami diminta agar meninggalkan tempat itu.

20 Semua yang berikut ialah ayat tunggal, kecualiA Dia kelihatan tenang walaupun masalahnya banyak.B Pengguna lebuh raya mendapat potongan bayaran tol.C Pada suatu ketika dahulu kami mandi-manda di air terjun itu.D Murid-murid sekolah rendah di kampung itu mendapat bantuan pakaian.

21 Bahawa Ali anak orang kaya bukan hal rahsia lagi kepada kawan-kawannya.

Berdasarkan ayat di atas, yang manakah subjek?A anak orang kayaB bukan hal rahsia lagiC kepada kawan-kawannyaD Bahawa Ali anak orang kaya

22 Ayat yang manakah berpola FN + FN?A Saya kepenatan.B Mereka orang kaya.C Ayah berkursus di Melaka.D Saudara mereka dari Kalimantan.

Bahasa Melayu(S9).indd 4 03/01/2020 6:05 PM

5

23 Yang manakah ayat yang betul?A Dia memasukkan dengan banyaknya perasa itu.B Tindakan itu dibuat dengan berdasarkan pada peruntukan khas.C Hal tersebut telah diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak.D Banyak dahan-dahan pokok di kawasan itu sekah semasa ribut semalam.

24 Yang berikut merupakan ayat majmuk pancangan, kecualiA Kamu atau dia yang mahu ke tandas?B Hashimah menyatakan bahawa dia tidak sihat.C Bahan yang digunakan oleh syarikat itu tidak berbahaya.D Ayahnya terpaksa bekerja di situ walaupun gajinya rendah.

25 Ayat pasif ialahA ayat yang mementingkan objek asal sebagai judulB ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judulC ayat yang memerlukan objek selepas kata kerja pasifD ayat yang menggunakan pelengkap selepas kata kerja tak transitif

26 Yang manakah tidak benar tentang ayat majmuk?A Terbina lebih daripada satu klausa.B Dua ayat disambung dengan menggunakan kata hubung.C Binaannya terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.D Gabungan daripada dua jenis ayat majmuk membentuk ayat majmuk campuran.

27 Untuk menyalahkan orang lain tidaklah sukar.

Ayat di atas ialahA ayat majmuk relatifB ayat majmuk gabunganC ayat majmuk campuranD ayat majmuk komplemen

28

Ayat majmuk pancangan keterangan

I Tempat II Syarat III Harapan IV Persamaan

Berdasarkan carta di atas, yang manakah tidak berkaitan dengan ayat majmuk tersebut?A I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

29 Ayat terbitan terhasil melalui proses I menambah klausa II mengubah susunan subjek dan predikat III menambah frasa keterangan pada bahagian tertentu ayat IV mencantumkan suku kata dan huruf daripada serangkaian kata

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

30 Ayat yang manakah mengalami dua proses penerbitan ayat?A Dari dahulu lagi kedua-duanya tidak mahu bergaduh.B Budak-budak itu sedih kerana mereka kalah dalam perlawanan itu.C Mereka diberikan semangat oleh pengurus yang memahami perasaan mereka.D Kedudukan beberapa syarikat terjejas selepas harga minyak mentah dunia jatuh.

Bahasa Melayu(S9).indd 5 03/01/2020 6:05 PM

6

31 Berikan bentuk morfem terikat kompleks dan contohnya.

Bentuk morfem terikat kompleks Contoh

[3]

3

32 (a) Nyatakan satu contoh kata tunggal bagi setiap yang berikut: (i) Dengan tiga suku kata:

[1]

(ii) Dengan empat suku kata:

[1]

(b) Beg yang disukainya ialah beg yang berkocek.

Apakah ciri kata pemeri dalam ayat di atas?

[1]

3

33 (a) Mengapakah klausa utama merupakan klausa bebas?

[1]

(b) Bina satu ayat yang mempunyai klausa utama.

[1]

2

Bahagian B[30 markah]

Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruangan yang disediakan.

Bahasa Melayu(S9).indd 6 03/01/2020 6:05 PM

7

34 Ayat 1 : Adik hendak ke sekolah ketika hujan mula turun.Ayat 2 : Besar sungguh banglo di atas bukit itu.

(a) Nyatakan susunan dan bentuk ayat-ayat di atas.

Susunan ayat Bentuk ayat

Ayat 1

Ayat 2

[2](b) Tukarkan Ayat 1 kepada ayat pendepanan sebahagian daripada predikat.

[1]

3

35

Ayat tanya

Berdasarkan struktur

X

(a) Apakah bentuk ayat tanya bagi X?

[1]

(b) Berikan dua jenis ayat tanya X tersebut.

[2]

3

36 Bina satu ayat bagi setiap jenis yang berikut: (a) Ayat aktif transitif dengan dua objek

[1]

(b) Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya

[1]

(c) Ayat pasif dengan kata kerja pasif

[1]

(d) Ayat yang mengalami pengguguran predikat yang serupa

[1]

4

Bahasa Melayu(S9).indd 7 03/01/2020 6:05 PM

8

37 Ayat

Subjek

V

Kata nama Kata ganti nama

Predikat

W

Kata bantu Keterangan Kata kerjaBerdasarkan rajah pohon di atas,(a) nyatakan unsur bahasa bagi V dan W.

[2]

(b) bina satu ayat yang sesuai dengan unsur-unsur yang dikemukakan.

[1]

3

38 Baca petikan yang berikut dan kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan, dan buat pembetulan.

[9]

Untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, semua pihak harus menghormati dan mematuhi kontrak sosial yang dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan telah memberi dan menjamin hak setiap keturunan yang menjadi warga negara Malaysia. Walaupun orang Melayu diberikan beberapa keistimewaan, kaum laintidakdinafikan.MeskipunagamarasmiMalaysiaadalahIslam,agamalaindibenarkanuntukdiajarkan dan diamalkan dalam kalangan penganut masing-masing. Bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan kerajaan, tetapi bahasa-bahasa lain boleh digunakan dalam situasi tidak formal.

Bil. Kesalahan Sebab kesalahan Pembetulan

(a)

[3]

(b)

[3]

(c)

[3]

9

Bahasa Melayu(S9).indd 8 03/01/2020 6:05 PM