Download - ILMU PENDIDIKAN PENGETAHUAN IKHTISAS
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008
ILMU PENDIDIKAN PENGETAHUAN IKHTISAS
MODUL 3/3
UNIT 1 : GURU DAN PROFESION KEGURUAN
SOALAN TUTORIAL :
Soalan 1
a : Berdasarkan Program Tahunan Bimbingan dan Kaunseling sekolah anda,
kenal pasti dan huraikan aktiviti yang telah dirancangkan.
Jawapan :
Setiap manusia perlu pada bimbingan untuk menjadi seorang yang lebih baik serta
dapat mempertinkatkan sesuatu kemahiran kea rah kehidupan yang lebih selesa.
Dalam kontek bimbingan di sekolah, bimbingan perlu diberi kepada murid dalam aspek
perkembangan akademik, peribadi atau sosial dan prkembangan kerjaya.
Antara program tahunan Bimbingan dan Kauseling yang telah dirancang di sekolah
saya adalah:
1- Program motivasi murid tahun enam menghadapi UPSR
Motivasi pada murid tentang persediaan menghadapi UPSR yang akan dihadapi
pada September ini. Seorang Motivator akan di jemput ke sekolah bagi membantu
murid-murid tahun enam dengan tip-tip yang berguna menghadapi UPSR. Ia juga
member semangat dan keyakinan pada murid dalam menghadapi UPSR.
2- Program motivasi kepada ibu bapa murid.
Program ini untuk semua murid dan ibu bapa murid dari tahun satu hingga tahun
enam. Ini untuk member kesedaran pada ibu bapa tentang pentingnya ilmu
pengetahuan. Selain itu juga ibu bapa juga akan diberi tip-tip mendidik anak-anak
supaya menjadi cemerlang.
Nizar Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008
3- Bimbingan kelas al-Quran dan Fardhu Ain.
Pada setiap malam selepas solat Maghrib murid-murid yang tinggal di asrama akan
diberi bimbingan oleh ustaz-ustaz tenang bacaan al-Quran dan Fardhu ain. Ini untuk
melengkapkan lagi murid tentang ilmu akhirat di samping ilmu dunia agar seimbang
dunia dan akhirat.
b : Pada pendapat anda, sejauhmanakah aktiviti-aktiviti ini memenuhi keperluan-
keperluan individu murid anda
Jawapan :
pada pendapat saya aktiviti-aktiviti yang telah dirancang hanya sedikit sahaja memberi
kesan dan memenuhi keperluan murid terutamanya bimbingan UPSR. Ini kerana
sekolah ini terletak di luar bandar dan kurangnya persaingan dengan pelajar-pelajar di
bandar. Oleh itu, program-program lain perlu lagi dirancang contohnya lawatan dan
sebagainya bagi membangkitkan semangat murid untuk belajar.
Selaian itu, murid-murid yang lemah dalah pelajaran juga harus diberi bimbingan secara
individu untuk mengenal pasti masalah dan seterusnya membantu murid tersebut
mengamalkan sesuatu kemahiran agar dapat diselesaikan.
Nizar Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008
Soalan 2
Berdasarkan apa yang telah anda pelajari mengenai profesion keguruan, banding
bezakan ciri-ciri professional dan bukan professional kerjaya guru.
Jawapan :
Ciri-ciri Profesional Bukan Profesional1) Mengamalkan etiket sosial yang baik 1- Penampilan yang tidak kemas,2) Adil dan bertanggungjawab 2- Tidak berbudi bahasa3) Sabar, penyayang dan berpekerti mulia 3- Beremosi ketika membuat keputusan4) Berilmu pengetahuan dan
berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu
4- Kurang ilmu kemahiran, berakademik rendah.
5) Peramah, baik hati dan jujur 5- Moody,tidak bertanggungjawab.6) Mesra, prihatin dan amanah 6- Penting diri (selfish)7) Memiliki sifat kepimpinan dan luhur
budi7- Tidak berpendirian
8) Mempunyai unsur-unsur kecindan tetapi tegas dan berdisiplin.
8- Tidak berdisiplin
Soalan 3
a : “Guru adalah pendidik dan juga pelajar” Bincangkan pernyataan ini dalam
konteks perkembangan profesional anda sebagai seorang guru.
Jawapan :
Guru bertanggungjawab melahirkan insan yang seimbang bagi memenuhi hasrat dan
aspirasi negara. Guru mesti berupaya membentuk insan yang dapat memberi
sumbangan kepada kesejahteraan dan pembangunan negara. Bangsa dan negara
yang kuat tidak hanya bergantung kepada kekuatan fizikal yang bercorak kebendaan
dan teknologi. Sebaliknya, bangsa itu harus membina kekuatannya berdasarkan
budaya, ilmu pengetahuan, akhlak yang mulia, keyakinan diri yang teguh, semangat
dan bertanggungjawab yang kukuh, dan jati diri serta kesanggupan berkorban diri yang
Nizar Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008
tinggi. Justeru, pendidikan yang disediakan harus dapat memenuhi matlamat
pembangunan diri insan secara menyeluruh dan seimbang, meliputi komponen rohani,
intelek, emosi dan jasmani. Kebimbangan dan kesepaduan antara aspek keilmuan,
kerohanian dan kemahiran, disertai rasa bertanggungjawab terhadap agama, bangsa
dan negara, dijangkakan dapat membawa bangsa dan negara ke mercu
kecemerlangan dan kejayaan.
Dengan adanya guru yang berkualiti, ia merupakan asset yang penting kepada
sesebuah Negara dan menjadi aspirasi kearah melahirkan pelajar yang cemerlang,
menepati hasrat Negara bagi mewujudkan sebuah Negara yang maju menjelang 2020.
Tanpa guru yang berkualiti adalah sukar untuk menjayakan sebarang pembangunan
dan pembentukan disiplin seperti yang dirancangkan.
Bagi menjadi seorang guru yang seimbang dan berjaya serta berkualiti bagi melahirkan
anak bangsa yang cemerlang sebagaimana aspirasi Negara, maka seorang guru itu
mestilah sentiasa menimba ilmu pengetahuan yang secukupnya. Arus perjuangan guru
bukan sahaja mendidik tetapi menjadi lebih kompleks di zaman globalisasi ini.
Arus globalisasi ini akan mengurangkan jati diri dan patriotisme di kalangan generasi
muda dari pelbagai sudut kerana pelbagai budaya yang kurang sihat akan berkembang
dengan hebat tanpa batasan, oleh itu guru terpaksa menangani masalah ini dengan
memperkasakan dan melengkapkan diri dengan kecanggihan teknologi malah
memahami pendekatan ilmu terkini agar dapat menjadi seorang guru yang profesional
seterusnya mendidik anak bangsa yang mampu membina kekuatannya berdasarkan
ilmu, akhlak yang mulia, budaya dan keyakinan diri yang teguh.
Peranan guru bukan sekadar mengajar murid di dalam bilik darjah, malah guru perlu
berusaha untuk mempertingkatkan keupayaan dan kecermelangan diri demi kejayaan
masa depan. Guru yang hanya melihat dan memerhati kejayaan rakan-rakan guru yang
lain tidak akan membawa perubahan dan makna kepada murid mahupun kepada
masyarakat dan negara. Oleh itu, guru perlu memikirkan strategi untuk meningkatkan
keupayaan dan kecermelangan diri.
Nizar Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008
Guru juga perlu rajin membaca dan peka terhadap isu-isu semasa serta maklumat-
maklumat mengenai matapelajaran lain. Ini membolehkan guru membantu murid
menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan bidang-bidang berkenaan. Selain itu
guru juga dapat berkongsi maklumat dengan murid-muridnya.
Oleh yang demikian, sebagai seorang guru mereka perlulah bersedia dengan segala
ilmu dan maklumat secara meluas. Ini penting agar mereka dapat menjadi guru yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Seterusnya akan melahirkan pelajar yang berguna
kepada agama, bangsa dan negara tercinta.
b: Bincangkan sejauh mana sekolah anda menyediakan peluang-peluang untuk
meningkatkan perkembangan profesional guru.
Jawapan :
Terdapat peluang-peluang yang dibuat di sekolah ini bagi meningkatkan pekembangan
professional guru antaranya :
1- Bengkel penggunaan ICT di sekolah.
Program ini penting dalam meningkatkan professional guru dalam Penggunakan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan sekarang ini zaman teknologi
maklumat maka amat rugilah seorang guru tidak pandai menggunakan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran.
2- Program 5 S ( sisih, susun ,sapu, seragam dan sitesuke)
Program ini dapat membentuk professional guru dalam membimbing guru supaya
sentiasa berdisiplin, kemas dan bertanggungjawab. Program ini diadakan pada
setiap hari isnin secara bergotong-royong, selain itu ia dapat mewujudkan semangat
kerjasama antara guru. Ia juga dapat mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif yang dapat memberi keselesaan kepada pelajar.
Nizar Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008
3- Pakaian yang sentiasa kemas.
Walaupun sekolah terletak di pedalaman namun, semua guru lelaki perlu sentiasa
memakai tali leher dan sentiasa kemas. Ini memberikan keyakinan kepada murid
untuk menimba ilmu dan sesuai dengan personaliti sebagai seorang guru yang
sentiasa kemas yang menjadi model kepada setiap pelajar.
Soalan 4
Berdasarkan pengalaman mengajar anda, kenal pasti satu masalah yang dihadapi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Buat refleksi dan huraikan
bagaimana mengatasi masalah ini mengikut proses kajian tindakan.
Jawapan :
Masalah yang telah dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah
murid kurang peka dan tumpuan semasa belajar. Ini berlaku kerana keadaan suasana
dalam pembelajaran tidak sistematik, suram dan kurang tindakbalas daripada pelajar.
Dalan hal sedemikian rupa murid kurang tumpuan terhadap pembelajaran.
Untuk mengatasi masalah tersebut guru telah merancang pengajaran mengikut
kebolehan dan pengetahuan yang sedia ada. Hubungkaitkan kemahiran asas yang
telah dikuasai oleh murid dengan kemahiran baru yang akan dipelajari. Hasil
pemerhatian yang dibuat ke atas semua murid beberapa perkara perlu diubah dan
diberi nafas baru bagi mengatasi masalah tersebut.
Guru perlu lebih kreatif menyediakan set induksi yang menarik. Ini dapat menarik
perhatian murid-murid, lebih-lebih lagi wujudnya suasana menarik dalam bilik darjah,
guru juga boleh menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan serta dapat menarik
perhatian murid, guru juga menghias bilik darjah dengah hasil-hasil pembelajaran agar
murid berada dalam suasana pembelajaran yang selesa, Serta menggunakan pelbagai
rangsangan untuk mengekalkan minat murid terhadap pembelajaran, serta
Nizar Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008
membangkitkan naluri ingin tahu murid dengan menggunakan teknik mennyoal dan
kaedah inkuiri-penemuan.
Selain itu, salah satu kaedah yang dipraktik ialah kaedah permainan kerana bermain
merupakan aktiviti kegemaran murid-murid kerana ia dapat mengekspresikan perasaan
dan emosi gembira mereka. Dalam kaedah ini guru perlu memberi penumpuan yang
sepenuhnya terhadap setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid. Bermain sambil belajar
terdiri daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada
pembelajaran.
Antara aktiviti permainan yang dilaksanakan ialah permainan boling. Dalam permainan
ini pin boling yang pelbagai warna yang telah dilabelkan dengan berbagai huruf
disediakan oleh guru. Pin boling yang disediakan disusun mengikut bentuk segitiga
seperti susunan boling yang sebenar.Jarak antara garisan permulaan dengan pin boling
adalah 2 meter mengikut kesesuaian.
Tujuan teknik bermain ialah
1. Menggalakkan seorang kanak untuk menggunakan dan mengembangkan
kemahiran sosial dan kognitifnya.
2. Selain daripada itu ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada kanak-
kanak menguasai maklumat dan pengalaman baru kerana ia mempunyai unsur-
unsur keseronokan dimana ia dapat membangkitkan naluri ingin tahu murid-
murid serta dapat mengembangkan daya imaginasi mereka.
3. Main membenarkan perkembangan murid mengikut kemajuan masing-
masing.Ketika bermain murid yang lemah akan mendaoat bantuan daripada
rakan-rakan dengan tidak berasa terdesak apabila mempelajari sesuatu.
4. Melalui permainan murid-murid dapat menghilangkan rasa kekecewaan atau
kegelisahan.
5. Ia dapat memupuk daya kepimpinan murid.
6. Komunikasi dan interaksi dalam proses main akan meningkatkan penguasaan
bahasa murid.
Nizar Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008
Setiap jenis permainan memang mendatangkan keseronokan kepada murid-murid.
Sejauh mana ia bermanfaat kepada murid adalah bergantung kepada pengurusan dan
pengelolaan permainan itu. Oleh itu sebagai seorang guru ia perlulah membuat
perancangan dan hendaklah menilai potensi pembelajaran permainan tersebut samada
ia dapat meningkatkan lagi pembelajaran murid-murid atau tidak.Bagi meningkatkan
keberkesanan strategi ini guru perlulah mengambil kira perkara berikut:
1. Menentukan tema. Kandungan sukatan pelajaran hendaklah ditentukan, iaitu
samada permainan yang dipilih itu berfaedah atau tidak dan samada ada kaitan
dengan isi pelajaran.
2. Menentukan tujuan. Guru hendaklah jelas dengan tujuan permainan itu samada
untuk memotivasikan murid atau memberi pengukuhan kepada murid.
3. Menentukan aras. Guru hendaklah memilih permainan sejajar dengan
keupayaan dan kebolehan murid.
4. Menentukan bentuk permainan. Guru hendaklah menentukan bentuk permainan
samada dilakukan secara individu atau kumpulan.
5. Menentukan jenis-jenis permainan yang hendak dilaksanakan seperti permainan
boling, pancing ikan dan sebagainya.
Terdapat banyak kesan positif yang boleh diperolehi oleh murid mahupun guru sendiri
dengan mengaplikasikan strategi ini, antaranya ialah:
1) Banyak penglibatan murid, menggalakkan seorang murid untuk
2) menggunakan dan mengembangkan kemahiran sosial dan kognitifnya.
3) Interaksi murid dengan murid
4) Dapat mengembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan
konsep dan sikap yang positif,
5) Menggalakkan motivasi, mengembangkan penyuburan diri dan
menggalakkan kemahiran sosial berkumpulan.
Nizar Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008
6) Murid diberi peluang berfungsi sebagai ahli kumpulan secara aktif dan mengalami
berbagai-bagai pengalaman pembelajaran.
9) Maklum balas pembelajaran dapat diperolehi secara serta-merta dalam
keadaan
yang tidak tegang.
10) Ia mewujudkan semangat bersaing secara sihat dan ini akan terus
merangsangkan murid.
12) Memudahkan guru untuk mengawal murid.
Tidak dinafikan strategi ini juga mempunyai kelemahan-kelemahannya. Antaranya ialah:
1. Jika terlalu kerap digunakan ia akan membosankan murid dan meletihkan
mereka.
2. Jika peraturan tidak diikuti dan diawasi oleh guru, suasana tegang akan timbul
disebabkan persaingan hebat.
3. Bagi guru yang kurang tegas masalah disiplin akan timbul.
4. Objektif pembelajaran tidak akan tercapai jika murid-murid tidak memberi
kerjasama dalam menjayakan satu-satu permainan.
5. Ia memerlukan masa perancangan yang lama kerana sesuatu permainan itu
perlu dikaji terlebih dahulu sebelum digunakan didalam bilik darjah.
6. Oleh sebab minat yang kuat terhadap satu-satu permainan murid-murid bermain
untuk memperoleh keseronokan bukannya untuk mencapai objektif pelajaran.
Tindakan susulan yang diperlukan untuk menambahbaik ke atas strategi tersebut
adalah bergantung kepada keupayaan dan kebijaksanaan guru itu menggunakannya.
Oleh itu, Strategi pengajaran yang baik ia perlulah mempunyai sifat-sifat berikut:
1. Ia harus berupaya menarik perhatian, menimbulkan minat serta mengekalkan di
sepanjangpengajaran guru.
2. Ia harus dapat bertindak sebagai alat penyalur ilmu pengetahuan dan kemahiran
secara berkesan.Nizar Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008
3. Ia harus dapat bertindak sebagai alat pengaliran deria yang terbaik.Keadaan ini
berupaya merangsangkan pembelajaran.
4. Ia harus mampu memberi penjelasan dan dalam masa yang sama dapat
memudahkan pembelajaran.
5. Ia harus berupaya mencorakkan dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah.
6. Ia harus mampu mebingkatkan kesan ingatan jangka panjang.
Soalan 5
Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini, kenal pasti dan bincangkan
pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru di dalam profesion mereka.
Jawapan :
Cabaran –cabaran yang akan dihadapi guru dalam profesion di era teknologi dan
komunikasi ini antaranya :
Cabaran yang perlu ditempuhi ialah untuk mewujudkan negara Malaysia bersatu. Ini
merupakan cabaran dan perkara penting dalam membina sebuah negara maju. Ini
kerana, negara maju akan terhasil apabila rakyatnya saling bersatu padu, bekerjasama,
bertoleransi, saling hormat menghormati dan banyak lagi. Apabila kata sepakat dan
persetujuan dicapai maka suatu kerja yang sukar akan menjadi mudah. Apabila rakyat
bersatu padu maka amat sukarlah pengkhianat membolosi negara untuk memporak-
perandakan masyarakat. Oleh itu, guru perlu sentiasa bersedia dan berusaha dalam
mendidik pelajar ke arah masyarakat yang bersatu padu.
Cabaran berikutnya ialah untuk mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas dan
maju. Ini kerana, kebebasan kepada rakyat untuk membuat keputusan juga penting.
Sekiranya kehendak rakyat disekat atau dihalang maka jiwa mereka akan
memberontak. Lama-kelamaan kemajuan yang diinginkan kurang mendapat kerjasama
Nizar Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008
dan tidak akan berjaya. Oleh itu, rakyat perlu diberi kebebasan untuk memilih dan
melakukan apa yang diingini selagi tidak menyalahi undang-undang negara.
Cabaran yang seterusnya adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral
dan beretika. Ini kerana tanpa akhlak dan tingkahlaku yang baik kemajuan sesebuah
negara boleh runtuh. Ini terjadi apabila adanya gejala sosial secara berleluasa maka
pelbagai wabak penyakit yang tidak ditemui ubatnya timbul. Secara tidak langsung
mutu kerja dan kualiti tidak dapat ditingkatkan. Tambahan pula dalam era teknologi
maklumat ini pelbagai maklumat yang salah senang diperolehi dengan sekelip mata
sahaja.
Selain itu cabaran untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya
menyayangi. Ini kerana apabila negara menuntut kepada kemajuan dan pembangunan
maka, pekerja dan rakyat terpaksa bertungkus-lumus bekerja untuk mencapai hasrat
kerajaan. Jadi, masa banyak dihabiskan untuk bekerja dan kerja yang belum disiapkan.
Akibatnya, rakyat tidak berpeluang mengenali dan bertanya khabar sesama mereka
sama ada jiran dan saudara. Apabila sesuatu musibah berlaku terhadap seseorang
individu mereka tidak mengetahui dan mengambil berat. Sikap mementingkan diri
bermaharajalela dikalangan rakyat. Kempen masyarakat penyayang yang dicetus
pemimpin hanya sekadar laungan tanpa diimplikasi oleh rakyat.
Oleh yang demikian, guru selaku pendidik anak bangsa haruslah berusaha
menyumbangkan peranan di era globanisasi ini. Ini semua dapat mengangkat martabat
kita sebagai pendidik. Guru perlu sentiasa bersedia dan menimba ilmu secukupnya bagi
menghadapai cabaran-cabaran yang mendatang, Ini semua penting agar kita dapat
mengecapi nikmat kemajuan dan pembangunan negara di masa akan datang.
Nizar Syarhan