IDA 102 –
MANUSIA DAN AGAMA
Maruwiah
Ahmat
MAKLUMAT KURSUS
Kod Kursus : IDA 102
Nama Kursus : Manusia dan
Agama
Peringkat : Diploma
Unit Kredit : 02
Jam Temu : 02
Bahagian : 01
Status Kursus : Kursus Universiti
Penilaian Kursus Penilaian semester: 50%
Ujian pertengahan semester - 15 m
Kertas Kerja - 15 m
Pembentangan kertas kerja - 10 m
Kuiz - 10 m
Peperiksaan Akhir: 50%
Bahagian A: Soalan Objektif – 20 m
Bahagian B: Soalan Subjektif – 30 m
Rujukan
Haron Din. 2002. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan.
Mohd Asri Abdullah. 2006. Prinsip-prinsip
Asas Islam: Islam dan Akidah. UiTM Shah Alam: UPENA.
Mohd Asri Abdullah. 2006. Prinsip-prinsip
Asas Islam: Ibadat dan Akhlak. UiTM Shah Alam: UPENA.
Yusuf al-Qardhawi. 1977. Ibadah dalam
Islam. Kuala Lumpur: YADIM
Panduan Penyediaan Kertas Kerja (Assignment) Bentuk kumpulan dan pemilihan tajuk Kandungan kertas kerja:
Pendahuluan
Isi
Penutup/kesimpulan Senarai Rujukan
Format kertas kerja:
Font : Times New Roman (saiz 12) kecuali tajuk atau topik (saiz 14)
Margin : justify
Spacing : double spacing
Setiap kumpulan hendaklah segera
kumpul maklumat daripada sumber
rujukan – buku, majalah, keratan
akhbar dll setelah mendapat tajuk
kertas kerja.
Buat rangka kandungan kertas
kerja dengan menulis /
menyenaraikan topik-topik kecil
yang berkaitan atau bersesuaian
dengan tajuk kertas kerja.
Setiap topik atau isi hendaklah
dijelaskan dalam bentuk huraian ayat
bukan dalam bentuk ‘point’ (Peringatan: dilarang menggunakan
‘bullet’ seperti •, –, ).
Pastikan huraian adalah olahan sendiri bersumberkan rujukan yang dirujuk
dan menepati kehendak tajuk kertas
kerja
Pastikan setiap helaian kertas kerja
ada nombor mukasurat.
Pastikan sumber utama rujukan
adalah buku manakala majalah,
keratan akhbar dan internet adalah
sumber sekunder.
Muka hadapan kertas kerja
hendaklah mengikut format yang
diberi oleh pensyarah
Kertas kerja hendaklah disiapkan
dan diserahkan sebelum atau
pada minggu ke 10 perkuliahan.
Cara menyenaraikan rujukan
Al-Quran dan Terjemahannya, 1974. Jakarta: Yayasan Penyelenggara Penterjemah al-Quran.
Kamus Dwibahasa, 1994. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ismail al-Faruqi, 1999. Atlas Budaya Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Lukman Thaib, 1998. Politik Menurut Islam, Kajang: Synergymate.
Mohd Baidi Bahari dan Rahmat Awang, 1989. Panduan Mengguna Ubat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nasrul Hisyam. ‘Isu Poligami Dalam Islam’ dlm. Al-Islam 384, hlm. 46-49, Disember 2005.
Zaharuddin Mohd Ali. ‘PM: Maju Tanpa Mengorbankan Moral’ dlm Utusan Malaysia, 21 April 1993.
http://www.ikim.gov.my/bm/artikel/2004/cap04_7.htm.
Kandungan Kursus
1. Alam dan Manusia
1.1 Kejadian alam dari perspektif agama
dan sains
1.2 Kejadian manusia dari perspektif agama
dan sains
1.3 Alam dan manusia dari perspektif Islam
2. Manusia dan Agama
2.1 Keperluan manusia kepada agama
2.2 Agama samawi dan agama budaya
2.3 Agama samawi dan kitab-kitab suci
3. Kepercayaan dan Amalan beragama
3.1 Konsep kepercayaan
3.2 Konsep Ibadah
3.3 Dosa pahala
3.4 Konsep halal haram
3.5 Kehidupan selepas mati
4. KONSEP AKHLAK
4.1 Maksud moral, etika dan akhlak
4.2 Sumber dan pembahagian akhlak
4.3 Peranan akhlak dalam kehidupan
4.4 Akhlak pada nabi dan rasul