i
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN PELAJAR-PELAJAR
TINGKATAN EMPAT TERHADAP MATA PELAJARAN KIMIA DI SEBUAH
SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KULAI, JOHOR.
NG SIAU YUEH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2004
ii
iii
Dedikasi
Untuk emak, ayah, kakak dan kekasih tersayang sekalian
iv
PENGHARGAAN
Setingi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih ditujukan kepada Profesor
Madya Haji Aziz Nordin selaku penyelia projek ini atas bimbingan, tunjuk ajar dan
bantuan yang tidak ternilai beliau.
Penghargaan juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah memberi kebenaran untuk
menjalankan kajian ini.
Selain itu, rakaman terima kasih ditujukan kepada semua warga Perpustakaan
Sultanah Zanariah dan Pusat Sumber Fakulti Pendidikan UTM, Johor, Pegawai
Pendidikan Daerah Kulai, Pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Ibrahim, Kulai, Johor, serta rakan-rakan dan sesiapa jua yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kajian ini. Segala
bantuan dan kerjasama tersebut akan dicurahkan limpah kurnia Tuhan sebagai
balasan.
v
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan untuk meninjau tahap kefahaman kemahiran
mengeksperimen pelajar-pelajar tingkatan empat terhadap mata pelajaran kimia.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah utama
yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tersebut dalam pembelajaran kemahiran
mengeksperimen. Seramai 80 orang pelajar tingkatan empat beraliran sains tulen di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim, Kulai, Johor dipilih sebagai sampel
dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set borang
soal selidik. Kesemua data dianalisis secara berkomputer iaitu dengan menggunakan
perisian Statistical Package For Social Science 10.0 for Windows (SPSS 10.0 for
Windows). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar mencapai tahap
kefahaman kemahiran mengeksperimen yang lemah. Kelemahan utama pelajar-
pelajar adalah dari aspek membuat pemerhatian dan merekod data, mentafsir data,
mengenal pasti pemboleh ubah- pemboleh ubah dan mencadangkan hipotesis. Selain
itu, didapati masalah-masalah utama pelajar dalam pembelajaran kemahiran
mengeksperimen ialah sikap dan motivasi serta pola pembelajaran mereka.
vi
ABSTRACT
This study carried out to identify the form four students’ achievement in
experimental skill especially in Chemistry. Besides, the main problems encountered
by these students in learning experimental skill were also determined in this study. A
total of 80 form four students of pure science stream were selected to participate in
this study. All of them are students from Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Ibrahim, Kulai, Johor. A set of questionnaire was used as instrument in this study.
All data were analyzed by using Statistical Package For Social Science 10.0 for
Windows (SPSS 10.0 for Windows). The result of the study indicated that the
students achieved poor grades in experimental skill. The main weaknesses of the
students were the aspect of making observations and recording data, interpretating
data, understanding the variables and making hypotheses. The students’ attitude and
motivation and learning style were the main problems encountered by these students
in learning experimental skill.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Senarai Kandungan vii
Senarai Jadual ix
Senarai Singkatan xii
Senarai Lampiran xiii
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Objektif Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Istilah 7
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Peranan Kerja Amali Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Sains 13
2.3 Kajian Kemahiran Mengeksperimen 14
2.4 Kajian-kajian Umum Kemahiran Saintifik 16
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 18
3.2 Reka Bentuk Kajian 18
3.3 Sampel Kajian 19
3.4 Masa Kajian 19
3.5 Prosedur Kajian 20
3.6 Instrumen Kajian 20
3.7 Kaedah Pemungutan Data 22
3.8 Analisis Data 23
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 24
4.2 Latar Belakang Pelajar 25
4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Eksperimen
Pelajar-pelajar 38
BAB V KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 55
5.2 Kesimpulan Kajian 57
5.3 Implikasi Kajian 57
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 58
RUJUKAN 59
LAMPIRAN 63
ix
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Skala Pemeringkatan Julat Markah Dan Tahap
Kefahaman Pelajar 11
3.1 Pemeringkatan Aras Dan Tahap Kefahaman 23
4.1 Taburan Bilangan Pelajar Mengikut Jantina 25
4.2 Taburan Bilangan Pelajar Mengikut Bangsa 25
4.3 Taburan Pencapaian Ujian Pertengahan Tahun Kimia 26
4.4 Kelulusan Tertinggi Ibu Bapa 26
4.5 Taburan Pendapatan Ibu Bapa 27
4.6 Respon Pelajar Terhadap Kelas Amali Kimia 27
4.7 Respon Pelajar Terhadap Membuat Persediaan Sebelum
Kelas Amali 28
4.8 Respon Pelajar Terhadap Cara Kerja Amali Kimia 28
4.9 Respon Pelajar Terhadap Kebolehan Menghubungkaitkan
Eksperimen Dengan Pembelajaran Kelas Teori 29
4.10 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelajar Mengadakan
Perbincangan Selepas Eksperimen 30
4.11 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelajar Meminta Tunjuk
Ajar Guru 30
4.12 Respon Mengenai Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajarn
Kimia 31
4.13 Respon Pelajar Terhadap Kerja Amali Kimia 31
4.14 Respon Pelajar Terhadap Keyakinan Membuat Ujikaji
Bersendirian 32
x
4.15 Respon Mengenai Cita-cita Pelajar Untuk Memperolehi
Keputusan Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Kimia 32
4.16 Respon Pelajar Terhadap Ruang Makmal Kimia Selesa
Dan Menggalakkan Pembelajaran 33
4.17 Respon Pelajar Terhadap Kebersihan Makmal Kimia 33
4.18 Respon Pelajar Terhadap Alat Radas Dan Bahan Kimia
Dalam Makmal Kimia 34
4.19 Respon Mengenai Bilangan Pelajar Dalam Makmal Kimia 34
4.20 Respon Pelajar Terhadap Saiz Papan Tulis 35
4.21 Respon Pelajar Terhadap Penyampaian Guru Bersemangat
Dan Berpelbagaian Pendekatan 35
4.22 Respon Pelajar Terhadap Persediaan Pengajaran Guru 36
4.23 Respon Pelajar Terhadap Penguasaan Pengetahuan Dan
Kemahiran Kerja Amali Guru 36
4.24 Respon Pelajar Terhadap Hubungan Guru Dengan Pelajar 37
4.25 Respon Mengenai Pandangan Pelajar Terhadap Pengajaran
Guru 37
4.26 Analisis Tahap Kefahaman Kemahiran Merancang
Eksperimen Pelajar 39
4.27 Analisis Tahap Kefahaman Kemahiran Mencadangkan
Hipotesis Pelajar 40
4.28 Analisis Tahap Kefahaman Kemahiran Mengenal Pasti
Pemboleh Ubah Pelajar 41
4.29 Analisis Tahap Kefahaman Kamahiran Membuat
Pemerhatian Pelajar 42
4.30 Analisis Tahap Kefahaman Kemahiran Mentafsir Data
Pelajar 43
4.31 Bahagian Menentukan Tujuan Eksperimen 45
4.32 Bahagian Mencadangkan Hipotesis 45
4.33 Bahagian Mengenal pasti Pemboleh ubah-pemboleh ubah 46
4.34 Bahagian Merancang Eksperimen 47
4.35 Bahagian Membuat Pemerhatian Dan Merekod Data 47
4.36 Bahagian Mentafsir Data 48
xi
4.37 Bahagian Menganalisis Data 48
4.38 Bahagian Membuat Kesimpulan 49
4.39 Bahagian Menentukan Tujuan Eksperimen 50
4.40 Bahagian Mencadangkan Hipotesis 50
4.41 Bahagian Mengenal pasti Pemboleh ubah-pembolehubah 51
4.42 Bahagian Merancang Eksperimen 51
4.43 Bahagian Membuat Pemerhatian Dan Merekod Data 52
4.44 Bahagian Membuat Kesimpulan 53
4.45 Bahagian Mentafsir Data 53
xii
SENARAI SINGKATAN
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KE - Kemahiran Mengeksperimen
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
KPS - Kemahiran Proses Sains
KPSB - Kemahiran Proses Sains Bersepadu
KS - Kemahiran Saintifik
PEKA - Pentaksiran Berasaskan Sekolah
P & P - Pengajaran Dan Pembelajaran
SAS - Skills Assessment Sheet
SCS - Skills Communication Sheet
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Packages For Social Sciences
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
TIPS - Test Of Integrated Process Skills
TIPS II - Test of Integrated Process Skills II
UKPSB - Ujian Kemahiran-kemahiran Proses Sains Bersepadu
UPKS - Ujian Pencapaian Kemahiran Saintifik
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia 63
B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan, UTM 65
C Surat Pengesahan Instrumen Kajian Daripada
Pihak SMKSI 66
D Borang Soal Selidik 67
E Taburan Soalan-soalan Objektif 79
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran saintifik
dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini adalah penting untuk menjamin mutu
pendidikan sains. Selain daripada sebagai satu bidang ilmu pengetahuan yang
membolehkan pelajar memahami alam sekeliling, sains juga merupakan satu proses
yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru, sains
memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan
kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik.
Dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Sains Negara, pendidikan sains di
Malaysia mempunyai misi yang luhur, iaitu untuk melahirkan masyarakat Malaysia
yang celik sains dan teknologi serta membangunkan sumber manusia yang terlatih,
dinamik dan produktif dan yang menyumbangkan pencapaian taraf negara maju yang
terulung. Kurikulum sains terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat mata
pelajaran elektif. Mata pelajaran teras sains adalah untuk sekolah rendah dan juga
untuk sekolah menengah. Manakala, mata-mata pelajaran elektif hanya ditawarkan di
2
sekolah menengah atas. Mata-mata pelajaran ini merangkumi Biologi, Fizik, Kimia
dan Sains Tambahan.
Kimia merupakan satu cabang ilmu sains yang mengkaji bahan yang terdapat
dalam alam semesta serta perubahan yang berlaku ke atas bahan ini apabila
berinteraksi antara satu sama lain. Oleh itu, ilmu kimia merangkumi bidang yang
amat luas, iaitu daripada mengkaji zarah-zarah asas dalam sesuatu bahan hingga
bagaimana bahan ini bertindak balas dan menghasilkan bahan baru. Perkembangan
yang pesat dalam bidang kimia telah membawa sumbangan terhadap kemajuan
kehidupan manusia sejagat. Maka, ilmu kimia perlu dikuasai oleh pelajar supaya
mereka dapat menangani paradigma yang berlaku kian hari.
Menurut Lagowski (1989), Liebig telah menyediakan makmal pertama di
Giessen pada tahun 1824. Makmal ini dijadikan sebagai model kepada makmal yang
wujud pada hari ini. Objektif mengeksperimen adalah untuk:
1. mewujudkan minat di antara pelajar terhadap pembelajaran sains.
2. memajukan kemahiran amali. Misalnya pemerhatian, kuantifikasi,
generatif, melapor secara efektif dan lain-lain.
3. membolehkan pelajar merasakan sains melalui pengalaman ‘hands
on’.
4. membolehkan pelajar merancangkan aktiviti berdasarkan
penyelesaian masalah.
5. memupuk semangat inkuiri dan untuk memajukan pemikiran
sainstifik.
Menurut Buni (2001), demi peningkatan kemahiran pelajar dalam bidang
penyelidikan dan kajian terutamanya dalam pendidikan kimia, kaedah saintifik
hendaklah diamalkan oleh pelajar. Secara umumnya, kaedah saintifik merupakan
kaedah penyelidikan yang sistematik untuk mengkaji dan memahami fenomena alam
semula jadi. Langkah-langkah kaedah saintifik perlu diikuti semasa mereka bentuk
eksperimen dan kajian saintifik ialah:
3
Membuat pemerhatian
Membuat inferens
Membuat hipotesis
Mengenal pasti pemboleh ubah
Mengawal pemboleh ubah
Merancang kaedah penyiasatan
Mengumpul data
Menganalisi dan mentafsir data
Membuat kesimpulan
Menyedia laporan
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Mary B. Nakhleh (1994) menyatakan bahawa kerja amali merupakan satu
perkara yang amat penting bagi seseorang yang mempelajari sains. Walau
bagaimanapun, beliau berpendapat tidak banyak penyelidikan mengenai bagaimana
pelajar-pelajar belajar sesuatu daripada kerja amali yang dijalankan. Pertanyaannya
ialah adakah pelajar-pelajar benar-benar mempelajari sesuatu daripada kerja amali?
Ini disebabkan oleh pelajar mungkin menjadi pening dan keliru kerana makmal
merupakan suatu tempat yang kompleks dan kaya dengan maklumat.
Berdasarkan permasalahan di atas, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh
manakah pelajar-pelajar tingkatan empat menguasai kemahiran mengeksperimen
(KE) dalam mata pelajaran kimia.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini telah dilakukan untuk meninjau tahap kefahaman kemahiran
mengeksperimen pelajar-pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di
Daerah Kulai, Johor iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (SMKSI).
Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah-masalah utama yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar tersebut dalam pembelajaran KE.
5
1.4 Objektif Kajian
Secara khususnya penyelidikan ini bertujuan untuk:
i. Mengukur tahap kefahaman KE pelajar terhadap mata pelajaran kimia.
ii. Mengetahui masalah-masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam
penguasaan KE.
1.5 Persoalan Kajian
Berhubung dengan pernyataan masalah yang telah disebutkan di atas,
perkara-perkara yang boleh menjadi persoalan utama dalam kajian ini ialah:
i. Sejauh manakah tahap kefahaman KE pelajar terhadap mata pelajaran
kimia?
ii. Apakah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh para pelajar dalam
menguasai KE?
1.6 Kepentingan Kajian
Penulis berharap hasil penyelidikan ini dapat memberikan gambaran yang
sebenar dan jelas kepada pembaca tentang tahap kefahaman KE pelajar-pelajar
tingkatan empat terhadap mata pelajaran kimia.