i
HUBUNGAN KEKUATAN BAHAGIAN ATAS DAN KELAJUAN
MENGGERAKKAN KERUSI RODA MENAIKI LALUAN KHAS DI KAL ANGAN
KANAK-KANAK CEREBRAL PALSY
AZRINA BINTI MD AZHARI
Tesis ini di kemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2009
ii
iii
DEDIKASI
“ PENGHARGAAN ISTIMEWA KHAS UNTUK “
Ibu dan ayah yang dikasihi dan dihormatiIbu dan ayah yang dikasihi dan dihormatiIbu dan ayah yang dikasihi dan dihormatiIbu dan ayah yang dikasihi dan dihormati
Kerana Bimbingan Mu, Aku Berjaya
Kerana Semangat yang kamu berikan kepada Ku, Aku tekun
Kerana Nasihat Mu, Aku Bersungguh
Setiap Pengorbanan Mu, Aku akan Ingati
Setiap Doa Mu Pelindung kepada Diri Ku,
Akan Ku Kenang Sehingga Ke Akhir Hayatku
Abang dan kakak yang disayangiAbang dan kakak yang disayangiAbang dan kakak yang disayangiAbang dan kakak yang disayangi
Herman, Redzuan dan Neyni
Kerana Kerjasama dan Dorongan daripada Kalian, Aku Bersemangat Dalam Memenuhi
Impian Keluarga
Dan
Teman-teman Seperjuangan.........
Jutaan terima kasih diucapkan kerana selama ini sentiasa memberi bantuan dan
dorongan kepadaku, semoga kalian berjaya dunia dan akhirat
iv
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada Puan Halijah Binti
Ibrahim selaku pensyarah dan penyelia Projek Sarjana Muda saya. Segala bimbingan
dan tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau kepada saya dalam menghasilkan Projek
Sarjana Muda saya ini tidak ternilai harganya., maka saya telah berjaya menyiapkan
projek ini mengikut perancangan yang telah dibuat sejak awal semester lagi.
Jutaan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah Sains Sukan yang
mengambil berat dan juga yang turut memberi bimbingan dalam penghasilan kajian ini.
Selain itu, tidak dilupakan kepada pelajar-pelajar Sekolah Spastik Johor yang telah
memberi kerjasama yang baik dalam menjalani ujian dalam kajian saya ini. Tidak
dilupakan juga guru-guru Sekolah Spastik Johor yang memberi pandangan, maklumat
dan kerjasama kepada saya sepanjang saya menjalankan ujian bagi kajian saya ini di
Sekolah Spastik Johor.
Selain itu, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan SPS saya yang turut
membantu dalam mengendalikan pelajar-pelajar Sekolah Spastik Johor memandangkan
mereka merupakan individu kurang upaya yang memerlukan bantuan kita. Selain itu,
penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang saling berkongsi
ilmu dan maklumat yang diperlukan untuk menghasilkan kajian ini. Terima kasih di atas
pandangan dan bantuan yang diberikan. Maka diakhir sekali, saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu saya semasa
melakukan Projek Sarjana Muda ini. Sekian terima kasih.
v
ABSTRAK
Kekuatan bahagian atas badan sangat mempengaruhi kelajuan pengguna kerusi
roda menggerakkan kerusi roda menaiki laluan khas. Kajian ini bertujuan untuk menguji
hubungan kekuatan bahagian atas badan pengguna kerusi roda dan kelajuan
menggerakkan kerusi roda pada dua laluan khas utama di Sekolah Spastik Johor
dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah Cerebral Palsy. Laluan tempat kajian
adalah laluan khas menghala ke Dewan Besar dan Bilik Fisioterapi. Kajian ini juga
bertujuan untuk mengetahui kesesuaian penggunaan dan pembinaan laluan khas untuk
pelajar-pelajar kurang upaya di sekolah tersebut. Kaedah eksperimental dilaksanakan ke
atas 4 orang pelajar lelaki. Setiap pelajar menjalani ujian 'Bench Press' dan ujian
kepantasan menggerakkan kerusi roda di laluan yang dipilh. Penganalisaan data adalah
menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science (SPSS) versi 16.0.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kekuatan
bahagian atas badan dan kelajuan menggerakkan kerusi roda di bahagian B pada laluan
khas menghala ke Dewan Besar (r = 0.955, p = .045, p< 0.05) dan Bilik Fisioterapi (r =
0.957, p = .043, p< 0.05). Walaubagaimanapun tidak terdapat hubungan signifikan
diantara kekuatan bahagian atas badan dan kelajuan menggerakkan kerusi roda di
bahagian A bagi laluan khas di Dewan Besar (r = 0.927, p = .073, p> 0.05) dan Bilik
Fisioterapi (r = 0.919, p = .081, p> 0.05). Ini menunjukkan bahawa tahap penggunaan
kekuatan bahagian atas badan adalah berbeza bagi setiap bahagian laluan khas yang
dibina. Pengguna kerusi roda menggunakan kekuatan bahagian atas badan yang
maksimum pada bahagian B berbanding bahagian A di setiap laluan khas yang dibina.
Hasil kajian turut mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara berat
badan subjek dan kelajuan menggerakkan kerusi roda di kedua-dua laluan khas di
sekolah tersebut.
vi
ABSTRACT
The speeds of wheelchair's user when using a ramp are depends on their upper
body strength so this research intended to study the correlation between the upper body
strength of the wheelchair user’s (cerebral palsy) and the speed of moving their
wheelchair at two main ramps in Spastic School Johor. The ramps are located at Dewan
Besar and Bilik Fisioterapi. This research also intended to investigate the suitability of
the ramps for the disabled. Four male subjects were selected for this research. All the
subjects have to do a bench press test and speed of moving wheelchair test at both
ramps. Data were analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS)
version 16.0 software. The correlation between upper body strength and speed of
moving the wheelchair was significant at part B for the ramp at the Dewan Besar (r =
0.955, p = .045, p< 0.05) and at the Bilik Fisioterapi (r = 0.957, p = .043, p< 0.05). But
The correlation between upper body strength and speed of moving the wheelchair was
not significant at part A for the ramp at the Dewan Besar (r = 0.927, p = .073, p> 0.05)
and at the Bilik Fisioterapi (r = 0.919, p = .081, p> 0.05). This shows that there are
differences in using of upper body strength at both part of ramps The wheelchair users
use their maximum strength of their upper body on the part B ramp compared to the part
A at both ramps. The result of the test also found that the correlation between subject’s
weight and speed of moving the wheelchair for both ramps were not significant.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTACT vi
KANDUNGAN vii
DAFTAR SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH x
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Operasional 9
viii
2 SOROTAN KAJIAN 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Jenis-Jenis Cerebral Palsy 13
2.3 Kerusi Roda 13
2.4 Laluan Khas 18
2.5 Otot 22
2.6 Kekuatan Bahagian Atas Badan 24
2.7 Prinsip Latihan Kekuatan 25
2.8 Jenis Latihan Kekuatan Atas Badan 26
2.9 Faktor Yang Mempengaruhi Kekuatan
Menggerakkan Kerusi Roda 28
2.10 Kajian Berkaitan 28
2.11 Penutup 29
3 METODOLOGI 29
3.1 Pengenalan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 30
3.3 Tempat Kajian 31
3.4 Sampel Kajian 31
3.5 Instrumen Kajian 32
3.6 Prosedur Kajian 32
3.7 Analisis Data 38
3.8 Jangka masa Kajian 38
3.9 Pengurusan Pengujian 39
ix
4 ANALISIS DATA 40
4.1 Pengenalan 40
4.2 Ciri-ciri laluan khas yang dikaji 40
4.3 Umur, berat badan dan kekuatan atas badan subjek 45
4.4 Masa menggerakkan kerusi roda mengikut jarak laluan 47
4.5 Kelajuan menggerakkan kerusi roda 49
4.6 Analisis ujian kolerasi berat badan subjek dengan
Kelajuan menggerakan kerusi roda pada setiap
Laluan khas ( ujian bench press ) 51
4.7 Analisis Ujian Korelasi Kekuatan Bahagian
Atas Badan (BP) Dan Kelajuan Menggerakkan
Kerusi Roda Pada Setiap Laluan Khas. 53
4.8 Kesimpulan 54
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 56
5.1 Pengenalan 56
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 56
5.3 Rumusan 61
5.4 Cadangan 62
5.5 Penutup 64
RUJUKAN 65
Lampiran A-J 71-80
x
DAFTAR SINGKATAN/ SIMBOL/ISTILAH
BP - Bench Press
Kg - Kilogram
m - Meter
cm - Sentimeter
mm - Millimeter
s - Saat
S1 - Subjek Pertama
S2 - Subjek Kedua
S3 - Subjek Ketiga
S4 - Subjek Keempat
OKU - Orang Kurang Upaya
RM - Repetition Maximum
HAD - Halaju Bahagian A Dewan Besar
HBD - Halaju Bahagian B Dewan Besar
HAF - Halaju Bahagian A Bilik Fisioterapi
HBF - Halaju Bahagian B Bilik Fisioterapi
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.4.1.1 Spesifikasi Sebenar Laluan Khas
Pengguna Kerusi Roda 20
4.1 Maklumat Ciri-Ciri Laluan Khas 44
4.2 Maklumat Latar Belakang Subjek Serta Kekuatan
Bahagian Atas Badan 46
4.3 Maklumat Masa Menaiki Laluan Khas 48
4.4 Maklumat Kelajuan Mengerakkan Kerusi Roda
Berdasarkan Kekuatan Bahagian Atas Badan
Subjek 50
4.6 Ujian Kolerasi (Kaitan Berat Badan Subjek
Dengan Kelajuan Menaiki Kerusi Roda) 52
4.6.1 Hubungan Berat Badan Subjek Dengan
Kelajuan Menaiki Kerusi Roda 53
4.7 Ujian Kolerasi (Kaitan Kekuatan Subjek
Dengan Kelajuan Menaiki Kerusi Roda ) 54
4.7.1 Hubungan Kekuatan Subjek Dengan
Kelajuan Menaiki Kerusi Roda 55
xii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1 Kerusi Roda Manual 15
2 Kerusi Roda Elektrik 16
3 Kerusi Roda Sukan 17
4 Ukuran Laluan Khas Sebenar 20
5 Otot (Anterior) 23
6 Otot (Posterior) 24
7 Laluan Khas Di Dewan Besar 33
8 Laluan Khas Di Bilik Fisioterapi 33
9 Bagi Ujian Kekuatan Bahagian
Atas Badan Subjek 34
10 Bagi Ujian Kelajuan Menaiki
Laluan Khas 36
11 Lakaran Struktur Bentuk Laluan Khas
Di Dewan Besar 41
12 Lakaran Struktur Bentuk Laluan Khas
Di Bilik Fisioterapi 42
13 Ciri-Ciri Laluan Khas Di Dewan besar 44
14 Ciri-Ciri Laluan Khas Di Bilik Fisioterapi 45
15 Umur, Berat Badan Dan Kekuatan
Bahagian Atas Badan Subjek 47
16 Masa Menaiki Laluan Khas Di Dewan Besar 48
17 Masa Menaiki Laluan Khas Di Bilik
Fisioterapi 49
xiii
18 Halaju Menaiki Laluan Khas Di Dewan Besar 50
19 Halaju Menaiki Laluan Khas Di Bilik
Fisioterapi 51
xiv
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Maklumat Data Penyelidikan 71
B Borang Skor Ujian Halaju (Dewan Besar) 72
C Borang Skor Ujian Halaju (Bilik Fisioterapi) 73
D Borang Skor Ujian Kkekuatan 74
E Surat Kebenaran UTM 75
F Surat Minta Kebenaran 76
G Surat Minta Kebenaran Sekolah 77
H Surat Perjanjian 78
I Ujian Kolerasi
(Kekuatan Bahagian Atas Badan Dan Halaju) 79
J Ujian Kolerasi (Berat Badan Dan Halaju) 80
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kurang Upaya boleh ditafsirkan sebagai satu keadaan dimana seseorang itu
mengalami kekurangan fungsi badan atau keupayaan berbanding dengan individu
normal. Di Negara kita, Kurang Upaya boleh diklasifikasikan dengan pelbagai jenis
masalah, salah satunya ialah masalah Cerebral Palsy. Cerebral Palsy lebih dikenali
sebagai satu kondisi dimana berlakunya kecederaan pada otak kanak-kanak sebelum,
semasa dan selepas kelahiran yang boleh menyebabkan berlakunya kecelaruan dan
kehilangan fungsi pada perkembangan fizikal seseorang itu sebagai contoh duduk,
merangkak, berjalan, berdiri, penggunaan tangan, perkembangan pertuturan,
perkembangan sosial dan perkembangan mental. (Unit Pemulihan Universiti Sains
Malaysia, 2001).
Cerebral Palsy boleh dibahagikan kepada 3 jenis kategori iaitu Spastik,
Athethoid dan juga Ataxia. Golongan ini juga dikenali juga sebagai individu Kurang
Upaya atau juga lebih dikenali sebagai individu istimewa. Segelintir daripada golongan
ini memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak dan ada segelintirnya yang boleh
berjalan sendiri tetapi tidak seperti individu yang normal. Individu yang menggunakan
kerusi roda tidak semestinya terdiri daripada mereka yang mengalami masalah Cerebral
Palsy malah individu yang mengalami masalah kecederaan tulang belakang, kemalangan
dan masalah kekudungan juga merupakan antara golongan yang menggunakan kerusi
roda. Kerusi roda dijadikan sebagai alat penting yang digunakan untuk bergerak supaya
dapat menjalankan kehidupan seharian seperti individu lain.
Terdapat 1.6 juta pengguna kerusi roda di Amerika Syarikat, dan hanya 150 ribu
sahaja yang menggunakan kerusi roda elektrik (National Health Interview Survey On
Disability, 1994). Pengguna kerusi roda elektrik tidak perlu risau mengenai tahap
kekuatan tangannya untuk menggerakkan kerusi rodanya berbanding pengguna kerusi
roda manual.
Individu Cerebral Palsy yang menggunakan kerusi roda memerlukan satu laluan
khas untuk memudahkan pergerakkan mereka berbanding individu normal. Kekuatan
otot bahagian atas badan sangat diperlukan untuk menggerakkan kerusi roda tersebut.
Antara otot-otot yang terlibat adalah triceps brachii, biceps brachii, brachialis, pectoral
major, deltoid, trapezius, infraspinatus, teres minor dan teres major.
Selain daripada faktor kekuatan otot, terdapat juga beberapa faktor persekitaran
yang turut mempengaruhi kelancaran pergerakkan kerusi roda seperti jenis permukaan
lantai, kecerunan dan jarak yang dilalui. Terdapat banyak kemudahan pendidikan yang
kerajaan sediakan untuk individu pengguna kerusi roda contohnya seperti kemudahan
pendidikan di sekolah-sekolah yang berkualiti iaitu seperti Sekolah Spastik Johor,
Sekolak Kanak-Kanak Istimewa dan lain-lain.
Menurut Berita Harian pada 15 September 2003, kemudahan asas yang disediakan
untuk orang Kuran Upaya kini boleh ditemui di mana sahaja. Logo penumpang
berkerusi roda dapat dilihat di tempat-tempat awam seperti di tempat letak kereta, lif,
stesen kereta api transit ringan (LRT), lapangan terbang, pengangkutan awam,
bangunan-bangunan awam dan sebagainya. Kemudahan yang disediakan ini boleh
digunakan sepenuhnya oleh individu yang mengalami masalah Cerebral Palsy dan
Orang Kurang Upaya yang lain.
1.2 Latar belakang Masalah
Seperti sedia maklum, pengguna kerusi roda tidak dapat menjalani kehidupan
seharian dengan selesa di tempat-tempat awam di negara kita. Mereka terpaksa
menghadapi pelbagai masalah dalam menjalani kehidupan sosial seperti individu normal
yang lain. Sebagai contohnya laluan khas yang disediakan untuk golongan Kurang
Upaya tidak menepati sfesifikasi yang sepatutnya. Dengan ini menunjukkan masyarakat
kita masih kurang pendedahan tentang keperluan dan kebajikan golongan tersebut.
Pengguna kerusi roda memerlukan kekuatan bahagian atas badan untuk bergerak
secara bebas tanpa memerlukan bantuan orang lain. Oleh itu, kecerunan pembinaan
laluan kerusi roda perlulah mengikut kesesuaian kekuatan bahagian atas badan
penggunanya. Kajian terhadap pelbagai tahap kecerunan harus dilakukan untuk
mengetahui perbezaan yang wujud antara keupayaan kekuatan atas badan pengguna
kerusi roda.
Seperti tinjauan yang dibuat di Sekolah Spastik Johor, terdapat hampir 50 %
daripada pelajarnya iaitu dalam lingkungan 30 orang pelajarnya menggunakan kerusi
roda untuk bergerak dan terdapat dua laluan khas yang disediakan. Didapati laluan khas
yang disediakan tidak dapat dinaiki oleh segelintir pengguna kerusi roda yang mendapat
pendidikan di tempat tersebut. Pengguna kerusi roda di Sekolah tersebut terpaksa
meminta bantuan daripada tenaga pengajar atau sukarelawan ketika menaiki laluan khas
yang disediakan. Walaubagaimanapun terdapat juga segelintir pelajar yang boleh
menaiki laluan khas tersebut. Semua ini bergantung kepada keadaan keupayaan
seseorang. Kemungkinan kecerunan bagi laluan khas yang dibina tidak sesuai mengikut
kekuatan bahagian atas badan pengguna kerusi roda disitu. Oleh itu penggunaan yang
secara terpaksa akan menyebabkan berlakunya kecederaan berulang pada sendi, bahu
dan otot bahagian atas badan.
Dengan penggunaan daya mekanikal yang besar pada otot bahagian atas badan
pengguna kerusi roda semasa menggunakan cerun laluan khas ini akan menyebabkan
kecederaan dan kesakitan pada bahu. Kecederaan ini disebabkan berlakunya tekanan
yang kuat pada struktur anatomi pengguna kerusi roda tersebut. Maka simptom dan
kecederaan pada bahu akan berlaku (Kirby, 1990).
Kebanyakkan pengguna kerusi roda mengalami kesakitan pada bahu disebabkan
aktiviti seharian yang mereka lakukan antaranya ialah penggunaan kerusi roda dan juga
aktiviti yang banyak menggunakan tangan. Satu sebab yang utama yang menyebabkan
kesakitan pada bahu adalah beban yang terlalu berat pada bahu bagi pengguna kerusi
roda ketika menggerakkan kerusi roda (Kirby, 1990).
1.3 Pernyataan Masalah
Golongan individu yang menggunakan kerusi roda menghadapi masalah ketika
menggunakan kemudahan yang disediakan di tempat-tempat yang ingin dikunjungi
begitu juga dengan tempat mereka mendapatkan ilmu iaitu di sekolah. Mengikut
Perundangan Bangunan Setara, Uniform Building By-Laws, semua bangunan sama ada
baru atau lama, seharusnya boleh diakses dengan mudah oleh golongan Kurang Upaya
(Bishop, 1979). Tetapi sedihnya hanya segelintir bangunan yang terdapat di negara kita
yang mesra OKU.
Kadang kala, laluan khas yang dibina pada dasarnya memberi keselesaan kepada
pengguna kerusi roda tetapi pada hakikatnya, laluan khas tersebut memang tidak sesuai
dengan kekuatan bahagian atas badan pengguna kerusi roda. Disini menunjukkan
bahawa ukuran laluan khas hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Ini adalah
bertujuan bagi memberi keselesaan kepada pengguna kerusi roda untuk memasuki
sesuatu tempat-tempat awam atau bangunan-bangunan tertentu.
Bukan untuk memburuk-burukkan keadaan kemudahan awam yang disediakan
disesuatu tempat tetapi semua ini bertujuan sebagai tindakan awal bagi pihak yang
bertanggungjawab untuk menjadikan semua rakyat dapat menggunakan kemudahan
secara adil seperti individu yang normal. Maka kecerunan yang ingin dibina mestilah
sesuai mengikut tahap kekuatan tangan semua pengguna kerusi roda tersebut. (Kulig,
1998).
1.4 Objektif Kajian
Berikut merupakan objektif untuk kajian ini :-
1.4 1 Untuk mengetahui ukuran laluan khas pengguna kerusi roda yang sebenar di
Sekolah Spastik Johor.
1.4.2 Untuk mengetahui kesesuaian laluan khas pengguna kerusi roda di Sekolah
Spastik Johor dengan pengguna kerusi roda di sekolah tersebut.
1.4.3 Untuk mengetahui perkaitan hubungan kekuatan otot tangan melalui ujian bench
press dengan kelajuan subjek semasa menaiki laluan khas.
1.4.4 Untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pengguna kerusi roda yang
menggunakan laluan khas cerun di Sekolah spastik Johor.
1.5 Persoalan Kajian
Berikut merupakan persoalan kajian ini :-
1.5.1 Adakah jarak, ketinggian, darjah kecerunan dan rekabentuk dua laluan khas yang
terdapat di Sekolah Spastik Johor sesuai untuk pengguna kerusi roda disitu?
1.5.2 Adakah dua laluan khas utama yang terdapat di Sekolah Spastik Johor sesuai
dengan pengguna kerusi roda di sekolah tersebut?
1.5.3 Adakah terdapat hubungan kekuatan bahagian atas badan pengguna kerusi roda
dan kelajuan menggerakkan kerusi roda pada dua laluan khas utama di Sekolah
Spastik Johor?
1.5.4 Apakah pengguna kerusi roda di Sekolah Spastik Johor boleh menaiki laluan
khas yang disediakan tanpa bantuan?