HUBUNGAN GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN PENGHARGAAN KENDIRI PELAJAR
SEKOLAH
HAFIZAH ABU BAKAR
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2012
HUBUNGAN GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN PENGHARGAAN KENDIRI PELAJAR
SEKOLAH
HAFIZAH ABU BAKAR
PROJEK TAHUN AKHIR INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK
MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2012
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa Projek Tahun Akhir ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
19 JANUARI 2012 HAFIZAH BINTI ABU BAKAR
D20082033722
PENGESAHAN
Projek Tahun Akhir ini telah diterima dan diluluskan untuk memenuhi syarat kursus
KKR 3996, kertas projek bagi memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan
dan Kaunseling), Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Pengesahan Penyelia Projek Tahun Akhir
...............................................................
(Dr. Syed Sofian Syed Salim)
...............................................................
(Tarikh)
Pengesahan Penyelaras Projek Tahun Akhir
...............................................................
(Dr. Ahmad Jazimin Jusoh)
...............................................................
(Tarikh)
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
kajian ini dapat disiapkan. Walaupun terdapat sedikit kekangan, dengan berkat
kesungguhan dan tunjuk ajar daripada semua pihak, akhirnya dapat juga saya
menyiapkan Projek Tahun Akhir ini.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penyelia Projek Tahun Akhir saya iaitu Tuan
Syed Sofian bin Syed Salim. Beliau telah memberikan tunjuk ajar dan bimbingan serta
kesabarannya dalam menghadapi kerenah saya untuk menyiapkan Projek Tahun Akhir.
Tidak dilupakan juga kepada semua pensyarah-pensyarah Jabatan Bimbingan dan
Kaunseling kerana tanpa tunjuk ajar daripada mereka sudah pasti saya akan menghadapi
masalah dalam menyiapkan kajian ini.
Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak Sekolah Menengah
Kebangsaan Ketereh, Kota Bharu, Kelantan kerana telah memberi kerjasama dalam
menyiapkan kajian ini. Tanpa kebenaran pihak sekolah tersebut sudah pasti saya tidak
dapat menjalankan kajian ini. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada
individu-individu yang terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.
Jutaan terima kasih saya ucapkan dan penghargaan kepada ahli keluarga saya iaitu abang-
abang, kakak-kakak dan ibu bapa saya yang turut membantu saya dari segi kewangan,
masa dan dorongan secara berterusan. Semoga Allah memberkati atas segala jasa dan
bakti yang telah kalian curahkan.
Akhir kalam, kerjasama daripada semua pihak amatlah saya hargai dan harapan
saya dengan terhasilnya Projek Tahun Akhir ini, ia akan menjadi titik tolak kepada saya
untuk menjadi seorang kaunselor yang berwibawa di sekolah kelak. Dorongan, sokongan,
didikan dan tunjuk ajar daripada semua pihak amatlah saya hargai. Semoga Allah jua
dapat membalasnya.
Sekian, terima kasih. HAFIZAH BINTI ABU BAKAR
ISMP BIMBINGAN & KAUNSELING
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan gaya keibubapaan dengan penghargaan
kendiri dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh, Kota Bharu,
Kelantan. Kajian ini berbentuk kolerasi iaitu melibatkan analisis data deskriptif dan
inferensi. Subjek kajian ini terdiri daripada 108 orang pelajar Tingkatan Empat yang
dipilih secara persampelan rawak mudah. Alat ukuran Parental Authority Questionnaire
(PAQ) digunakan untuk mengukur gaya keibubapaan manakala alat ukuran Coopersmith
Self Esteem Inventory (CSEI) digunakan untuk mengukur penghargaan kendiri dalam
kalangan pelajar. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS Versi 17 (Statistical
Package For The Social Science). Data kajian telah dianalisis dengan teknik kolerasi
Pearson dan teknik Independent Sample t-Test. Secara keseluruhan dapatan kajian
menunjukkan gaya keibubapaan mempunyai hubungan dengan penghargaan kendiri.
Kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan tahap penghargaan kendiri
pelajar berdasarkan jantina. Berdasarkan tiga dimensi gaya keibubapaan, didapati tidak
terdapat hubungan signifikan gaya keibubapaan autoritarian dengan penghargaan kendiri
pelajar. Selain itu, kajian mendapati terdapat hubungan signifikan gaya keibubapaan
permisif dan autoritatif dengan penghargaan kendiri pelajar. Berdasarkan keputusan
kajian yang diperoleh ini beberapa implikasi dan cadangan telah dibincangkan.
THE RELATION BETWEEN PARENTING STYLE WITH SELF-ESTEEM AMONG
SCHOOL STUDENT
Abstract
The purpose of this sudy was to observe relationship between parenting style and self-
esteem in Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. The design of
this study that has been used is the correlation study, which used the descriptive and
inferential of data analysis. The participants consisted of 108 Form Four students was
selected by using simple random. Parental Authority Questionnaire has been used to
measure self esteem parenting style and Coopersmith Self-Esteem Inventory has used to
measure self-esteem level among student. Data was analyzed using SPSS Version 17
(Statistical Package For The Social Science). Data were analyzed with Pearson
correlation and Independent Sample t-Test techniques. Generally, the findings show a
relationship between parenting style and self-esteem. The study also showed that there
was no significant differences in students level of self-esteem based on gender. Based on
the three dimensions of parenting styles, there was no obvious significant relationship
found in the authoritarian parenting style and students self-esteem. In addition, the study
showed a significant correlation permissive and authoritative parenting style to the
student self esteem. Based on the results of this study, there are some implications and
discussions were discussed.
KANDUNGAN
Halaman
PENGAKUAN ii
PENGESAHAN iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH ix
LAMPIRAN x
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 1
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Tujuan Kajian 7
1.5 Tujuan Umum 7
1.6 Tujuan Khusus 8
1.7 Objektif Kajian 8
1.8 Persoalan Kajian 9
1.9 Kesignifikan Kajian 9
1.9.1 Bidang Pendidikan 10
1.9.2 Ibu bapa 10
1.9.3 Kaunselor Sekolah 12
1.9.4 Remaja 12
1.10 Definisi Pembolehubah Kajian 13
1.10.1 Gaya keibubapaan 13
1.10.2 Penghargaan Kendiri 15
1.10.3 Pelajar 16
1.11 Definisi Konsep Operasional Pembolehubah Kajian 17
1.11.1 Gaya keibubapaan 17
1.11.2 Penghargaan Kendiri 17
1.11.3 Pelajar 18
1.12 Limitasi Kajian 18
1.13 Hipotesis Kajian 18
1.9 Rumusan 19
BAB 2 PENDEKATAN TEORI DAN KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 20
2.2 Pendekatan Teori 21
2.2.1 Teori Gaya Keibubapaan 21
2.2.2 Teori Keperluan Maslow 24
2.3 Kajian Lepas Dalam Negara 28
2.4 Kajian Lepas Luar Negara 37
2.5 Rumusan 40
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 41
3.2 Reka Bentuk Kajian 41
3.3 Alat Kajian 42
3.3.1 Bahagian A: Maklumat Diri 42
3.3.2 Bahagian B: Parental Authority Questionnaire 43
3.3.3 Bahagian C: Coopersmith Self-Esteem Inventory 45
3.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian 46
3.4.1 Parental Authority Questionnaire 47
3.4.2 Coopersmith Self-Esteem Inventory 48
3.5 Tempat Kajian 49
3.6 Subjek Kajian 50
3.6.1 Populasi Kajian 50
3.6.2 Sampel Kajian 50
3.7 Pemarkatan 51
3.7.1 Parental Authority Questionnaire 51
3.7.2 Coopersmith Self-Esteem Inventory 53
3.8 Prosedur Kajian 54
3.9 Pengujian Hipotesis 55
3.10 Penganalisaan Data 56
3.11 Rumusan 57
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 58
4.2 Keputusan Kajian Melibatkan Statistik Deskriptif 59
4.2.1 Profil Latar Belakang Responden 59
4.3 Keputusan Kajian 60
4.4 Analisis Deskriptif 61
4.4.1 Apakah corak gaya keibubapaan yang kerap digunakan
dalam kalangan pelajar sekolah? 61
4.4.2 Apakah tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar
sekolah? 62
4.5 Analisis Inferensi 63
4.5.1 Hipotesis Nol 1: Tidak Terdapat Perbezaan Signifikan
Tahap Penghargaan Kendiri Pelajar Sekolah Berdasarkan
Jantina 63
4.5.2 Hipotesis Nol 2: Tidak Terdapat Hubungan Signifikan Antara
Gaya Keibubapaan Autoritarian dengan Penghargaan
Kendiri dalam Kalangan Pelajar Sekolah 64
4.5.3 Hipotesis Nol 3: Tidak Terdapat Hubungan Signifikan Antara
Gaya Keibubapaan Permisif dengan Penghargaan
Kendiri dalam Kalangan Pelajar Sekolah 65
4.5.4 Hipotesis Nol 4: Tidak Terdapat Hubungan Signifikan Antara
Gaya Keibubapaan Autoritatif dengan Penghargaan
Kendiri dalam Kalangan Pelajar Sekolah 66
4.6 Rumusan 66
BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 68
5.2 Rumusan Kajian 69
5.3 Perbincangan Hasil Kajian 70
5.3.1 Corak Gaya Keibubapaan yang Paling Kerap dalam
Kalangan Pelajar Sekolah 70
5.3.2 Tahap Penghargaan Kendiri Dalam Kalangan
Pelajar Sekolah 72
5.3.3 Tidak Terdapat Perbezaan Signifikan Tahap Penghargaan
Kendiri Pelajar Sekolah Berdasarkan Jantina 73
5.3.4 Tidak Terdapat Hubungan Signifikan Antara Gaya
Keibubapaan Autoritarian Dengan Penghargaan Kendiri
Dalam Kalangan Pelajar Sekolah 74
5.3.5 Tidak Terdapat Hubungan Signifikan Antara Gaya
Keibubapaan Permisif Dengan Penghargaan Kendiri
Dalam Kalangan Pelajar Sekolah 75
5.3.6 Tidak Terdapat Hubungan Signifikan Antara Gaya
Keibubapaan Autoritatif Dengan Penghargaan Kendiri
Dalam Kalangan Pelajar Sekolah 76
5.4 Cadangan 77
5.5 Masalah Dalam Melaksanakan Kajian 78
5.6 Implikasi 79
5.6.1 Implikasi Terhadap Model Gaya Keibubapaan
Diana Baumrind 79
5.6.2 Implikasi Terhadap Pelajar 80
5.6.3 Implikasi Terhadap Ibu Bapa dan Masyarakat 81
5.6.4 Implikasi Terhadap Pihak Sekolah Dan Unit Bimbingan
Dan Kaunseling Sekolah 82
5.6.5 Implikasi Terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia
Dan Agensi Bukan Kerajaan (NGO) 83
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 84
5.8 Penutup 85
BIBLIOGRAFI 89
LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
Jadual Halaman
3.1 Taburan Item-Item Parental Authority Questionnaire (PAQ)
Mengikut Item Positif Dan Negatif 44
3.2 Pemberian Skala Bagi Skor Parental Authority Questionnaire (PAQ) 44
3.3 Pembahagian Item Mengikut Dimensi Bagi Coopersmith
Self-Esteem Inventory (CSEI) 46
3.4 Jumlah Populasi dan Sampel Pelajar Tingkatan Empat
Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh 51
3.5 Taburan Item Parental Authority Questionnaire (PAQ) 52
3.6 Pemberian Skor Bagi Parental Authority Questionnaire (PAQ) 53
3.7 Taburan Nombor Item Coopersmith Self-Esteem Inventory (CSEI) 53
3.8 Taburan Markat Bagi Penghargaan Kendiri 54
3.9 Pengujian Hipotesis 56
4.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina 59
4.2 Bilangan Responden Mengikut Umur 60
4.3 Gaya Keibubapaan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah 61
4.4 Tahap Penghargaan Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Sekolah 62
4.5 Analisis Ujian t Perbezaan Penghargaan Kendiri Berdasarkan Jantina 63
4.6 Analisis Pekali Pearson Untuk Hubungan antara
Gaya Keibubapaan Autoritarian dengan Penghargaan Kendiri
Dalam Kalangan Pelajar Sekolah 64
4.7 Analisis Pekali Pearson Untuk Hubungan antara
Gaya Keibubapaan Permisif dengan Penghargaan Kendiri
Dalam Kalangan Pelajar Sekolah 65
4.8 Analisis Pekali Pearson Untuk Hubungan antara
Gaya Keibubapaan Autoritatif dengan Penghargaan Kendiri
Dalam Kalangan Pelajar Sekolah 66
LAMPIRAN
A Borang soal selidik Maklumat Diri Responden
B Soal selidik Parental Authority Questionnaire (PAQ)
C Soal selidik Coopersmith Self-Esteem Inventory (CSEI)
D Surat kelulusan menjalankan kajian di sekolah, Institut Perguruan, Jabatan
Pelajaran Negeri, Bahagian-bahagian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
E Surat permohonan kebenaran untuk menjalankan kajian di Sekolah Menengah
Kebangsaan Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.
F Analisis Alat Kajian
G Analisis Hasil Kajian
I-1 Min/peratusan gaya keibubapaan
I-2 Tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar sekolah
I-3 Ujian-t: Perbezaan Penghargaan Kendiri Berdasarkan Jantina
I-4 Korelasi Pearson: Hubungan gaya keibubapaan autoritarian dengan
penghargaan kendiri
I-5 Korelasi Pearson: Hubungan gaya keibubapaan permisif dengan
penghargaan kendiri
I-6 Korelasi Pearson: Hubungan gaya keibubapaan autoritatif dengan
penghargaan kendiri
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
SENARAI SINGKATAN
EPRD - Education Planning and Research Development
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
PAQ - Parental Authority Questionnaire
CSEI - Coopersmith Self-Esteem Inventory
N - Saiz sampel
SPSS - Statistical Package For The Social Science
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
Hо1 - Hipotesis nul 1
Hо2 - Hipotesis nul 2
Hо3 - Hipotesis nul 3
Hо4 - Hipotesis nul 4
p - Nilai Kebarangkalian
sd - Sisihan Piawai
t - Perbezaan dua sample tidak bersandar
r - Korelasi
α - Alpha
df - Darjah kebebasan
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SENARAI SIMBOL
( / ) - Simbol untuk menandakan jawapan ditempat yang disediakan
% - Peratus
= - Sama dengan
> - Lebih daripada
< - Kurang daripada
X - Min
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan mengenai perkara-perkara asas yang berkaitan dengan
kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji. Tumpuan utama bab ini adalah mengenai latar
belakang kajian, pernyataan masalah, tujuan kajian, persoalan kajian, objektif kajian,
definisi pembolehubah kajian dan limitasi kajian yang berkaitan dengan masalah pelajar
dalam kalangan pelajar.
1.2 Latar Belakang Kajian
Gaya keibubapaan sudah lama menjadi fokus utama sejak awal abad ke-21 (Caporella,
2007). Gaya keibubapaan penting kepada masyarakat kerana aspek ini memainkan
peranan utama kepada pembangunan kanak-kanak dan remaja untuk masa depan. Amalan
keibubapaan yang baik boleh memberi kesan postif kepada perkembangan kanak-kanak
dan remaja. Banyak kajian yang telah dijalankan kerana terlalu banyak catatan mengenai
kepentingan gaya keibubapaan terhadap pelbagai perkembangan (Gale Encyclopedia of
Education, 2002). Tambahan pula, ia bermula sejak tahun 1920-an. Penyelidikan yang
sama juga telah dijalankan oleh Baumrind dan Black (1967), seorang ahli psikologi
Amerika dan rakannya untuk mengkaji hubungan antara corak pemeliharaan tertentu
kanak-kanak dan hasil terhadap perkembangannya dalam (Ding & Littleton, 2005).
Golongan remaja merupakan aset yang penting dalam sesebuah negara. Golongan
remaja merupakan pewaris negara pada masa depan. Mereka merupakan sumber modal
insan yang berguna untuk keperluan negara dalam membangunkan negara. Justeru itu,
golongan remaja perlu dididik dengan baik agar pembangunan masa depan sesebuah
negara lebih terjamin. Erikson (1963), dalam bukunya “Childhood and Society‟
menyarankan bahawa perkembangan ego yang ditekankan dalam peringkat remaja ialah
pembentukan identiti. Beliau telah menekankan kepentingan perkembangan penghargaan
kendiri dan keunikan individu dalam proses pembentukan identiti dengan mengatakan
bahawa perkembangan personaliti yang sempurna bergantung kepada kebebasan individu
dalam menentukan pilihan sendiri.
Penilaian kendiri dan persepsi kendiri amat penting kerana penilaian kendiri dapat
membawa kesan dalam kesejahteraan hidup seseorang individu. Kegembiraan yang
paling besar dalam jiwa seseorang manusia ialah memiliki pandangan yang tinggi
terhadap diri sendiri. Sementara itu, persepsi kendiri pula merujuk kepada keyakinan
kendiri yang ada pada diri seseorang individu yang akan memainkan peranan dalam
menentukan kejayaan atau kegagalan hidup individu tersebut.
Kesedaran tentang pentingnya konsep kendiri yang melibatkan penghargaan
kendiri dalam kalangan remaja mungkin berbeza antara remaja lain. Perbezaan ini
mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang dominan dalam diri dan juga keluarga.
Antara faktor yang dikenal pasti sebagai pendorong utama remaja mempunyai
penghargaan kendiri yang tinggi ialah faktor keluarga. Pada tahap ini, ibu bapa
memainkan peranan serta tanggungjawab penting dalam mendidik dan memberi kawalan
terhadap anak-anak.
Peranan ibu bapa dalam pendidikan akhlak kaum remaja diperkukuhkan lagi oleh
pendapat Hassan (1980) yang menjelaskan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
penting sekali dalam pendidikan akhlak kaum remaja. Keluarga merupakan institusi yang
mula-mula sekali bertindak balas dengan kaum remaja.
Penyelidikan yang diperolehi dalam buku Psikologi Remaja, Jas Laile (2002) juga
menunjukkan bahawa pola pengasuhan anak-anak banyak sekali mempengaruhi harga
diri. Ibu bapa yang mempunyai harga diri tinggi cenderung membesarkan anak-anak
mereka dengan harga diri yang tinggi. Sebaliknya, ibu bapa yang mempunyai harga diri
rendah cenderung membesarkan anak-anak yang rendah harga dirinya. Kajiannya
menunjukkan bahawa keibubapaan autoritarian dan permisif cenderung membesarkan
anak-anak yang rendah harga dirinya. Manakala keibubapaan autoritatif cenderung
membesarkan anak-anak yang tinggi harga dirinya.
Justeru itu, ahli masyarakat, institusi keluarga khususnya serta institusi-institusi
lain yang wujud dalam masyarakat memainkan peranan yang sama penting dalam
membantu remaja menjalani kehidupan yang lebih selesa. Ini akan membuatkan mereka
sering rasa dihargai dan disayangi oleh masyarakat yang berada di sekeliling mereka.
1.3 Pernyataan Masalah
Konteks keluarga seringkali menjadi isu utama kepada perbincangan berkaitan dengan
berfungsinya sesebuah keluarga sebagai satu entiti kepada masyarakat. Menurut Zuria
(1997) (dalam Nuraini Nawwar, 2009), kajian yang terdahulu telah menunjukkan bahawa
tahap perkembangan seseorang remaja seperti konsep kendiri, pencapaian akademik,
perkembangan bakat, pendedahan diri, penghargaan kendiri dan sebagainya mempunyai
hubungan dengan faktor-faktor kekeluargaan seperti gaya keibubapaan serta hubungan
kekeluargaan.
Kebanyakan ibu bapa tidak tahu apa harus dilakukan apabila anak-anak remaja
mereka datang dengan masalah atau perasaan. Setengah ibu bapa langsung tidak
membantu memainkan peranan sebagai kaunselor atau sesetengah itu langsung tidak
mahu berperanan sebagai pembantu atau kaunselor kepada anak mereka sendiri. Apabila
anak remaja mendapati ibu bapa mereka tidak peka dengan masalah mereka, maka
mereka akan mencari alternatif sama ada merujuk kepada guru atau kaunselor di sekolah.
Ada juga yang akan mencari rakan baik atau memasuki mana-mana laman sosial dengan
harapan ada insan yang prihatin akan membantu melegakan tekanan yang dihadapi. Ibu
bapa mempunyai dua alasan yang lumrah digunakan iaitu merasakan tidak pandai atau
tidak berupaya untuk menangani masalah remaja dan kedua, merasakan apa yang
diperkatakan sentiasa tidak diterima oleh anak remaja mereka. ( Utusan Malaysia, 2010).
Penyelidikan selama bertahun-tahun telah mengesahkan bahawa gaya
keibubapaan mempunyai kesan langsung dalam membentuk perkembangan individu.
Sebagai contoh, Baumrind dan ramai pengkaji lain mendokumenkan mengenai hubungan
antara amalan gaya keibubapaan dengan penghargaan kendiri. (Gale Encyclopedia
Pendidikan, 2002).
Amalan keibubapaan mempunyai kesan yang kuat ke atas perkembangan emosi,
sosial dan intelek seseorang anak. Hubungan amalan keibubapaan ini juga dikaitkan
dengan kesejahteraan hidup anak-anak dari aspek kepuasan hidup, konsep kendiri,
tingkah laku dan sebagainya. Walau bagaimanapun, apa yang berlaku pada hari ini adalah
soal didikan anak-anak kebanyakannya ibu bapa serahkan kepada pihak sekolah dan
pembantu rumah. Ibu bapa lebih mementingkan keperluan dari segi material semata-mata
daripada memikirkan kawalan yang bersesuaian yang perlu diberikan kepada anak-anak
bagi mengisi keperluan emosi dan psikologi. Jika ibu bapa mendidik anak-anak tanpa ada
latihan maka kemungkinan ibu bapa lebih cenderung ke arah tindakan yang lebih ekstrem
(Studer & Diambra, 2010).
Berdasarkan kajian Diana Baumrind juga mengatakan bahawa, terdapat 3 jenis
gaya keibubapaan iaitu autoritarian, permisif dan autoritatif di mana ibu bapa seharusnya
memilih cara didikan yang bagaimana menjadi pilihan ibu bapa terhadap anak-anak.
Setiap didikan yang menjadi pilihan ibu bapa akan memberi kesan kepada anak-anak.
Mengikut Hoffman (1994) dalam Nurani Nawwar Musa (2009), menyatakan keluarga
telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang
amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang apabila dewasa. Jelas di
sini menunjukkan bahawa cara didikan yang diberikan oleh ibu bapa sangat memainkan
peranan kepada anak-anak sama ada ke arah positif atau negatif. Menurut Azizi dan
Jaafar (2006) menyatakan penerimaan oleh keluarga, guru dan rakan sebaya adalah
penting. Hal ini kerana setiap individu memerlukan penghargaan kendiri yang terdiri
daripada kejayaan dan keyakinan.
Ranjit Singh Malhi (1997) dalam bukunya Harga Diri, juga menyaran bahawa
perkembangan harga diri bermula sejak kelahiran kita. Umumnya, pakar-pakar psikologi
bersetuju bahawa pengalaman awal ketika zaman kanak-kanak dan masa remaja
mempunyai kesan besar terhadap perkembangan harga diri . Keluarga sebagai agen
pertama pemasyarakatan mengemukakan petunjuk awal kepada seorang kanak-kanak
sama ada dia diterima atau tidak, disayangi atau tidak, dan layak untuk hidup atau tidak
imej diri awal kita dibentuk oleh komen-komen tentang diri kita oleh ibu bapa kita. Para
penyelidik mendapati bahawa pertimbangan yang dibuat oleh ibu bapa bertahan lama di
kalangan individu hingga ke zaman dewasa.
Walau bagaimanapun, dalam ibu bapa mempraktikkan cara didikan kepada anak-
anak, adakah bersesuaian diamalkan dalam keluarga dan adakah semua remaja merasai
didikan seperti mana yang diimpikan? Seperti mana yang dapat kita lihat fenomena
keluarga pada hari ini, jelas ibu bapa lebih mementingkan kerjaya daripada kehidupan
berkeluarga. Banyak masa ibu bapa ditumpukan pada kerjaya berbanding anak-anak.
Disebabkan kesibukan ini menyebabkan ibu bapa kekurangan masa untuk bersama
dengan anak-anak di rumah. Oleh itu, nilai gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu
bapa pada hari ini adakah ia memberi kesan terhadap penghargaan kendiri anak-anak.
Berdasarkan kepada permasalahan di atas, kajian berikut dilakukan untuk
mengkaji perhubungan antara gaya keibubapaan dengan penghargaan kendiri remaja.
Pengkaji cuba memberi penjelasan lebih mendalam tentang konsep penghargaan kendiri
dalam kalangan remaja dan melihat sejauhmana hubungan gaya keibubapaan dalam
mempengaruhi pembentukan penghargaan kendiri remaja. Bagi melihat kesignifikan
kajian ini maka, pengkaji mengambil inisiatif dengan mengemukakan beberapa
permasalahan kajian dalam menjalankan kajian bagi melihat fenomena ini.
1.4 Tujuan Kajian
Tujuan kajian merujuk kepada perkara-perkara yang hendak dicapai atau dilaksanakan
secara umum. Umumnya, tujuan kajian adalah untuk menambah dan memperkaya ilmu
pengetahuan. Dalam kajian ini, pengkaji membina tujuan umum dan khusus sebagai garis
panduan dalam menjalankan kajian dan sebagai asas dalam mendapatkan maklumat
tentang kajian.
1.5 Tujuan Umum
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap gaya keibubapaan dengan penghargaan kendiri
pelajar sekolah. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan antara
gaya keibubapaan dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar sekolah.
1.6 Tujuan Khusus
Berdasarkan tujuan umum di atas, maka tujuan khusus kajian ini adalah untuk mengenal
pasti:
1. Corak gaya keibubapaan dalam kalangan pelajar sekolah.
2. Tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar sekolah.
3. Perbezaan tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar sekolah berdasarkan
jantina.
4. Hubungan gaya keibubapaan autoritarian dengan penghargaan kendiri dalam
kalangan pelajar sekolah.
5. Hubungan gaya keibubapaan permisif dengan penghargaan kendiri dalam kalangan
pelajar sekolah.
6. Hubungan gaya keibubapaan autoritatif dengan penghargaan kendiri dalam kalangan
pelajar sekolah
1.7 Objektif Kajian
Berdasarkan tujuan khusus di atas, maka objektif kajian ini ialah untuk mengukur:
1. Corak gaya keibubapaan yang paling kerap dalam kalangan pelajar sekolah.
2. Min tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar sekolah.
3. Perbezaan min tahap penghargaan kendiri pelajar sekolah berdasarkan jantina.
4. Hubungan antara gaya keibubapaan autoritarian dengan penghargaan kendiri dalam
kalangan pelajar sekolah.
5. Hubungan antara gaya keibubapaan permisif dengan penghargaan kendiri dalam
kalangan pelajar sekolah.
6. Hubungan antara gaya keibubapaan autoritatif dengan penghargaan kendiri dalam
kalangan pelajar sekolah.
1.8 Persoalan Kajian
Berdasarkan tujuan dan objektif di atas, maka kajian ini bertujuan untuk menjawab
soalan-soalan kajian berikut:
1. Apakah corak gaya keibubapaan yang kerap digunakan dalam kalangan pelajar
sekolah?
2. Apakah tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar sekolah?
3. Adakah terdapat perbezaan tahap penghargaan kendiri pelajar sekolah berdasarkan
jantina?
4. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya keibubapaan autoritarian
dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar sekolah?
5. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya keibubapaan permisif dengan
penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar sekolah?
6. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya keibubapaan autoritatif
dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar sekolah?
1.9 Kesignifikan Kajian
Dalam mencapai wawasan 2020, sembilan cabaran telah digariskan dan cabaran yang
ketujuh menjurus kepada masyarakat Malaysia iaitu „Mewujudkan masyarakat
penyayang dan budaya menyayangi iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat
lebih utama dari diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau
individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh‟. Oleh itu diharapkan hasil
daripada kajian ini dapat memberikan pendedahan kemahiran dan menentukan gaya
keibubapaan yang lebih berkesan dalam mempengaruhi tahap penghargaan kendiri
remaja. Berdasarkan dapatan kajian ini pengkaji dapat melihat beberapa kepentingan dan
keperluan mungkin diperoleh daripada hasil kajian ini. Antaranya ialah bidang
pendidikan, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, ibu bapa dan remaja sendiri.
1.9.1 Bidang Pendidikan
Hasil daripada kajian ini sedikit sebanyak memberi pengaruh besar ke atas perkembangan
sistem pendidikan negara masa ini terutamanya kepada guru-guru. Mengikut kajian-
kajian yang dijalankan oleh pengkaji terdahulu, penghargaan kendiri dan nilai gaya
keibubapaan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kepada pelajar untuk
mencapai keselesaan dan kejayaan di dalam pendidikan. Pelajar yang mempunyai konsep
penghargaan kendiri yang positif akan melahirkan pelajar yang lebih cemerlang dalam
pendidikan dan kehidupan.
Diharap hasil daripada kajian ini akan dapat menolong badan perancangan
khususnya biro rancangan pendidikan keibubapaan yang boleh menggunakan maklumat
ini dalam perancangan program selanjutnya.
1.9.2 Ibu bapa
Dapatan kajian ini juga, secara tidak langsung dapat dijadikan panduan kepada keluarga
khususnya kepada ibu bapa di dalam lebih mengenali anak-anak remaja masa sekarang
dengan lebih mendalam dan mengukuhkan lagi serta memperbaiki sistem kekeluargaan.
Ini adalah kerana institusi keluarga memainkan peranan yang penting kerana remaja
banyak menghabiskan masa bersama-sama dengan keluarga. Perhatian yang sewajarnya
harus diberikan kepada golongan remaja kerana pada peringkat ini mereka berada dalam
tahap perkembangan.
Tingkah laku ibu bapa mempengaruhi tingkah laku anak-anak remaja. Ini kerana
ramai anak remaja yang berada di bawah penjagaan ibu bapa. Semua tingkah laku yang
dilakukan oleh remaja akan dikawal oleh ibu bapa. Mereka berhak menerima atau
menolak semua tingkah laku yang dilakukan oleh remaja. Segala tingkah laku ibu bapa
ini akan memberi kesan ke atas keyakinan diri, kesedaran diri, penerimaan diri dan
sebagainya. Oleh itu, dapatlah kita kata bahawa cara asuhan ibu bapa sangat penting
dalam menentukan konsep kendiri sama ada positif atau negatif.
Sekiranya ibu bapa tidak mampu untuk menjadi pelindung dan tempat bergantung
bagi golongan remaja kerana pada usia inilah mereka perlu diberi perhatian yang
sewajarnya agar mereka rasa disayangi dan dipunyai oleh ahli keluarga sendiri. Ibu bapa
juga dapat mengetahui cara didikan yang lebih efektif kepada remaja dan memperbaiki
kelemahan-kelemahan yang telah dilakukan. Oleh itu, kajian ini boleh membantu
keluarga membuat pengukuhan dalam perhubungan kekeluargaan dan interaksi di antara
remaja dan ibu bapa kerana melalui interaksi dapat merapatkan hubungan.
Kajian ini juga dapat memberi pendedahan kepada para ibu bapa pelajar bagi
memastikan mereka mengambil berat hal-hal yang berkaitan dengan kendiri anak-anak.
Hal ini secara tidak langsung akan mengubah sikap ibu bapa untuk mendidik anak-anak
mereka agar menjadi seorang insan yang berguna.
1.9.3 Kaunselor Sekolah
Melalui kajian yang telah dijalankan, penyelidik melihat bahawa dapatan kajian ini dapat
menolong kaunselor dalam meningkatkan kefahaman terhadap golongan remaja yang
sering mengalami pelbagai masalah. Ini dapat diketahui kerana kebanyakan daripada
remaja yang berada pada tahap ini mengalami krisis dalam proses perkembangan dan
menghadapi masalah penyesuaian daripada zaman kanak-kanak kepada zaman remaja.
Berdasarkan kajian ini juga, dapat membantu kaunselor dalam menangani
permasalahan yang sering dihadapi oleh remaja dan kaunselor dapat mengetahui sebab-
sebab mengapa remaja bertingkahlaku sedemikian. Kaunselor juga dapat membina
program atau aktiviti yang dapat meningkatkan rasa keyakinan remaja yang lebih ke arah
positif serta bersesuaian dengan remaja tersebut. Pembinaan perasaan empati terhadap
remaja bermasalah dapat dipertingkatkan dan membantu kaunselor daripada membuat
pelbagai tanggapan yang negatif terhadap remaja apabila mereka menghadapi masalah
dengan keluarga.
1.9.4 Remaja
Secara amnya kajian ini juga dapat memberikan maklumat tambahan kepada remaja
mengenai permasalahan yang sering mereka hadapi. Kadang kala remaja itu sendiri tidak
menyedari bahawa yang sebenarnya mereka menghadapi masalah dalam kehidupan
seharian. Melalui kajian ini, mungkin dapat memberikan pendedahan awal kepada remaja
tindakan yang perlu mereka lakukan dan memberi bimbingan secara tidak langsung
kepada remaja tersebut. Selain itu, remaja akan celik akal bahawa apa yang mereka
lakukan adalah salah dan menyedarkan remaja bahawa kawalan dan kasih sayang
keluarga khususnya daripada ibu bapa adalah sangat penting.
Kajian ini juga akan cuba dapat memberi gambaran bagaimanakah suasana yang
seharusnya diwujudkan bagi menghasilkan seorang remaja yang mempunyai konsep
kendiri yang lebih positif. Ini kerana konsep kendiri memainkan peranan yang penting
dalam pembentukan personaliti seseorang remaja. Apabila seseorang remaja itu
mempunyai konsep kendiri yang positif, sudah pasti sikap yang mereka pamerkan dan
bertingkah laku yang baik.
1.10 Definisi Pembolehubah Kajian
1.10.1 Gaya Keibubapaan
Gaya keibubapaan boleh ditakrifkan sebagai satu proses kompleks di mana ibu bapa
mengasuh, mendidik, mendisiplin dan membimbing anak-anak. Ini termasuk keinginan
untuk menolong serta menikmati pertumbuhan dan kematangan anak-anak mereka.
Proses ini juga melibatkan pertukaran idea, emosi dan kuasa antara ibu bapa dengan
anak-anak. Ibu bapa dan anak-anak juga mempelajari cara-cara menghormati dan
mempengaruhi antara satu sama lain. (Westman, 1997).
Berdasarkan kajian oleh Diana Baumrind, beliau telah mengenal pasti tiga jenis
gaya keibubapaan yang utama dan bentuk-bentuk tingkah laku yang terhasil berdasarkan
kepada setiap gaya keibubapaan ini (Baumrind & Black, 1967). Gaya keibubapaan yang
dimaksudkan ialah:
i) Autoritatif
Ibu bapa autoritatif bersifat tegas namun sedia mendengar pandangan anak-anak mereka.
Ibu bapa juga sedia bertolak ansur mengikut keadaan dan anak-anak dididik dengan
penuh kemesraan. Ibu bapa yang autoritatif mengawal dan bertanggungjawab terhadap
anak-anak mereka. Gaya asuhan mereka yang bersifat rasional dan demokratik dapat
membentuk anak-anak yang berfikiran positif, aktif bersosial, bertanggungjawab, dan
mempunyai kompeten daripada aspek kognitif. Hasil kajian mendapati bahawa
komunikasi antara ibu bapa dan anak yang baik, suasana keluarga yang tenteram dan
beberapa ciri asuhan autoritatif yang baik akan menghasilkan remaja yang bersikap
positif.
ii) Autoritarian
Gaya autoritarian merupakan satu keadaan di mana ibu bapa mengawal anak-anak
mereka terlalu ketat dan memaksa mereka akur kepada apa yang diarahkan dan tidak
membenarkan mereka membantah keputusan yang dibuat. Ibu bapa bersifat tidak
bertolak ansur, menentukan peraturan keluarga yang perlu dipatuhi tanpa membenarkan
anak-anak mempersoalkannya, menggunakan kaedah disiplin yang bersifat hukuman dan
setiap keputusan yang dibuat oleh ibu bapa tidak boleh dibantah. Kesannya, hubungan
akan lebih renggang di antara ibu bapa dan anak-anak serta lebih untuk tidak
mempercayai dan berpuas hati. Gaya keibubapaan ini menggambarkan ciri-ciri kesan
negatif terhadap konsep kendiri anak kerana anak akan mempunyai kemahiran sosial
yang lemah, menjadi individu yang terlalu agresif atau terlalu pasif serta mempunyai
mood yang tidak menentu.
iii) Permisif
Ibu bapa memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak tanpa ada kawalan. Ibu
bapa lebih kepada memenuhi keperluan anak-anak. Ibu bapa dalam gaya ini juga
peramah dan tidak menghalang kreativiti anak-anak mereka. Ibu bapa tidak membentuk
peraturan keluarga yang jelas dan tidak menerangkan antara tingkah laku yang baik dan
sebaliknya. Ibu bapa hanya membuat sedikit permintaan, membenarkan anak-anak
membuat keputusan sendiri dan jarang menggunakan kuasa yang tegas untuk mengawal
tingkah laku anak-anak. Anak-anak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang permisif
cenderung bersifat tidak dapat mengawal diri, impulsif, kurang berdikari dan kurang
menjelajah. Walau bagaimanapun, mereka lebih gembira dan cepat sembuh daripada
sesuatu tekanan ataupun krisis berbanding kanak-kanak yang dibesarkan secara
autoritarian.
1.10.2 Penghargaan Kendiri
Menurut Coopersmith (1967), penghargaan kendiri adalah penilaian tentang harga diri
ataupun kebaikan diri. Berne dan Savary (1985) pula menyatakan penghargaan kendiri
yang tinggi atau sihat bermaksud seseorang itu dapat mengenal dan menerima dirinya
dengan segala keterbatasannya dan kemungkinan juga menjadikan keterbatasan diri
sebagai asas untuk berkembang. Apabila wujud penilaian yang baik tentang diri,
seseorang itu akan berasa selesa „menjadi dirinya‟, maka timbullah sifat-sifat positif yang
lain seperti gembira, yakin diri, berani mencuba sesuatu yang baru, tidak mudah putus
asa, mudah menyesuaikan diri dan sifat-sifat lain yang penting bagi perkembangan yang
sihat dan kejayaan dalam hidup (Philipchalk, 1995).
Penghargaan kendiri juga boleh dirujuk bagaimana seseorang menghargai dirinya.
Joseph (1992) telah memberikan dua dimensi dalam penghargaan kendiri individu iaitu
persetujuan kendiri dalam memiliki apa yang dikehendakinya, dan berbangga dengan
dirinya.
Horney (1992) pula menyatakan bahawa individu yang dilahirkan mempunyai
potensi yang unik dan penghargaan kendiri dalam diri setiap individu berasal daripada
potensi ini. Penghargaan kendiri yang tinggi berasal daripada pemupukan sahsiah diri
seseorang individu, iaitu sahsiah diri yang berkembang dengan pengiktirafan dan serta
galakan dan sokongan kepada diri sendiri.
Menurut Palladino (1989), penghargaan kendiri adalah keadaan fikiran. Ia adalah
cara merasa dan berfikir tentang diri dan orang lain dan ia diukur bagaimana individu itu
bertindak. Satir (1988) menyatakan individu yang mempunyai penghargaan kendiri yang
tinggi merasa bagus terhadap dirinya, merasa mempunyai peluang yang cemerlang, dan
berupaya untuk hidup dengan rasa dihormati, jujur, bertenaga, kasih sayang dan realiti.
Sebaliknya pula bagi seseorang yang rendah penghargaan kendiri akan merasakan dirinya
tidak bernilai, merasa terancam, dan tidak berupaya untuk melihat ke dalam diri sendiri.
1.10.3 Konsep Pelajar
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mendefinisikan pelajar sebagai orang yang belajar
seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya, orang yang mengajar atau
orang yang menyelidiki ilmu.
1.11 Definisi Konsep Operasional Pembolehubah Kajian
1.11.1 Gaya Keibubapaan
Dalam konteks kajian ini, gaya keibubapaan adalah merujuk kepada tiga jenis gaya iaitu
autoritarian, autoritatif dan permisif. Bagi setiap gaya keibubapaan terdapat beberapa
kenyataan yang akan menggambarkan cara ibu bapa akan mengawal anak-anak mereka
seperti peraturan di dalam keluarga, kawalan terhadap anak-anak, hukuman dikenakan
bagi kesalahan yang dilakukan, penglibatan ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak,
perhatian serta kasih sayang yang diberikan dan sebagainya. Kajian ini akan melihat
sama ada gaya keibubapaan yang menjadi amalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
akan memberikan hubungan yang positif atau tidak terhadap penghargaan kendiri remaja
sekolah di sebuah sekolah menengah harian biasa.
1.11.2 Penghargaan Kendiri
Dalam konteks kajian ini, penghargaan kendiri adalah bermaksud penghargaan seseorang
remaja pada dirinya sendiri dan individu lain serta mengharapkan penghargaan untuk
dirinya daripada individu lain. Ia diukur daripada lima perkara iaitu kendiri umum,
kendiri sosial, kendiri akademik, kendiri keluarga dan kendiri pembelaan. Dalam konteks
ini menunjukkan bahawa remaja yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi akan
mempunyai sahsiah diri yang baik, bertingkah laku positif dan berfikiran terbuka.
1.11.3 Konsep Pelajar
Dalam konteks kajian ini, pelajar yang dimaksudkan ialah terdiri daripada pelajar berusia
16 tahun yang belajar di tingkatan empat di sebuah sekolah menengah harian di salah
sebuah daerah di Kota Bharu, Kelantan.
1.12 Limitasi Kajian
Dapatan yang diperolehi adalah khusus kepada situasi di sebuah sekolah menengah
harian sahaja. Kesahihan maklumat yang diterima daripada soal selidik adalah
bergantung kepada kejujuran dan kerjasama responden dalam memberikan jawapan
kepada persoalan. Selain itu, pengkaji mengemukakan limitasi dari aspek gaya
keibubapaan yang tidak tetap dalam kalangan ibu bapa remaja sekolah.
1.13 Hipotesis Kajian
Di dalam kajian ini terdapat beberapa hipotesis kajian seperti di bawah:
Hipotesis 1: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap penghargaan kendiri
pelajar sekolah berdasarkan jantina.
Hipotesis 2: Tidak terdapat hubungan signifikan antara gaya keibubapaan
autoritarian dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar
sekolah.
Hipotesis 3: Tidak terdapat hubungan signifikan antara gaya keibubapaan
permisif dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar
sekolah.
Hipotesis 4: Tidak terdapat hubungan signifikan antara gaya keibubapaan
autoritatif dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar
sekolah.
1.14 Rumusan
Secara keseluruhannya, bab 1 ini membincangkan tentang pengenalan kepada kajian.
Dalam bab ini turut membincangkan latar belakang kajian tersebut, pernyataan masalah,
objektif kajian, persoalan kajian, tujuan kajian secara umum dan khusus, kesignifikanan
kajian, definisi pembolehubah, hipotesis kajian serta tidak terkecuali limitasi kajian.
BAB 2
PENDEKATAN TEORI DAN KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan mengenai pendekatan teori dan kajian literatur yang
berkaitan dengan gaya keibubapaan dan penghargaan kendiri pelajar. Ulasan kajian
literatur sangat penting kerana ia akan memberi idea dan hala tuju tentang kajian ini.
Kajian literatur yang dimuatkan dalam bab ini memberi idea mengenai kajian gaya
keibubabapaan dan penghargaan kendiri. Ini tentunya akan memberi idea kepada saya
mengenai pemboleh ubah yang dikaji sama ada relevan atau tidak. Kajian lepas yang
diterapkan ke dalam perbincangan memerlukan kajian yang relevan dengan kajian yang
dilakukan. Kajian yang dijalankan itu juga perlu dibincangkan dengan teliti berdasarkan
teori yang digunakan. Perbincangan yang baik juga tertumpu kepada kekuatan dan
kelemahan kajian secara rintis. Pendekatan teori yang digunakan juga dapat menyokong
dapatan kajian.
2.2 Pendekatan Teori
Dalam kajian ini, pengkaji telah mengemukakan dua jenis teori yang berkaitan dengan
masalah pelajar, di mana, teori ini diguna pakai oleh pengkaji dalam menjalankan kajian.
2.2.1 Teori Gaya Keibubapaan
Di dalam kajian ini, teori yang digunakan ialah Model Gaya Keibubapaan Baumrind.
Teori ini dijadikan asas dalam sumber rujukan dalam kajian ini. Model gaya keibubapaan
telah diperkenalkan oleh Diana Baumrind (Ellen, 1998) yang dibahagikannya kepada tiga
jenis iaitu gaya autoritatif, autoritarian dan permisif. Model ini telah dikembangkan oleh
Baumrind berdasarkan dapatan kajian yang konsisten terhadap keupayaan gaya
keibubapaan meramal perkembangan psikososial kanak-kanak serta kekompetenan
instrumental, pencapaian akademik dan kawalan tingkah laku kanak-kanak (Nik Hairi,
Azmi & Ahmad Shazili, 2012).
Baumrind (1991) dalam Pellerin (2005), menyatakan kepentingan dua dimensi
dalam cara pembesaran anak-anak iaitu indeks mengarah (demandingnes) dan indeks
responsif (responsiveness) ibu bapa. Mekanisme pembesaran yang mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak adalah diwakili oleh penyilangan antara dua dimensi
tersebut. „Demandingness‟ didefinisikan sebagai jumlah atau darjah ketegasan serta
kawalan yang dikenakan oleh ibu bapa terhadap anak manakala „responsiveness‟ pula
dilihat sebagai kekerapan interaksi dan kemesraan dengan anak sama ada secara positif
atau negatif.
Dimensi „demandingness‟ adalah merujuk kepada gaya keibubapaan berkaitan
dengan tahap ketegasan dan kawalan ibu bapa. Selalunya ibu bapa tegas terhadap apa
yang dilakukan oleh anak-anak dan akan memarahi sekiranya tidak mencapai tahap dan
ekspektasi yang mereka ingini. Gaya autoritarian merupakan dimensi „demandingness‟
di mana ia melibatkan kepatuhan, perlu akur, kawalan ibu bapa dan perlu menghormati
kuasa yang menjadi keutamaan gaya ini (Huver et al., 2009).
Bagi dimensi „responsiveness‟ pula, gaya keibubapaan berkaitan dengan tahap
sokongan, kemesraan dan penglibatan ibu bapa. Selalunya ibu bapa dalam dimensi ini
akan melibatkan diri dan memberikan sokongan terhadap aktiviti yang dijalankan oleh
anak-anak mereka. Mereka boleh mendengar dengan aktif, memberi respon,
menunjukkan kemesraan dan boleh memberi fokus kepada apa yang dititikberatkan oleh
anak-anak. Baumrind (1991) dalam Jr., Overbey, & Brewer (2005), menyatakan gaya
keibubapaan permisif tinggi dalam dimensi „responsiveness‟ dan rendah dalam
„demandingness‟ di mana ia jarang menguatkuasakan peraturan untuk diikuti oleh anak-
anak.
a) Gaya keibubapaan autoritatif
Ibu bapa autoritatif bersifat tegas namun sedia mendengar pandangan anak-anak mereka.
Ibu bapa juga sedia bertolak ansur mengikut keadaan dan anak-anak pula dididik dengan
penuh kemesraan. Gaya keibubapaan ini menyediakan satu keseimbangan antara
kemesraan dan kawalan serta menekankan ketegasan ke atas sebab serta alasan dalam
komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak (Knox & Schact, 2007). Kesannya anak-anak
dapat menikmati kehidupan dan mempunyai motivasi yang tinggi. Ini adalah gaya
keibubapaan yang terbaik. Ciri-ciri gaya autoritatif ialah tegas tetapi penyayang dan
konsisten. Ibu bapa dalam kategori ini juga suka menerangkan sebab-sebab setiap
peraturan yang dibuat. (Azizi, Yusof, & Kamaliah, 2010). Hasil kajian mendapati bahawa
komunikasi antara ibu bapa dan anak yang baik, suasana keluarga yang tenteram dan
beberapa ciri asuhan autoritatif yang baik akan menghasilkan remaja yang bersikap
positif.
b) Gaya keibubapaan autoritarian
Ibu bapa sedemikian bersifat tidak bertolak ansur, mengenakan kawalan yang ketat,
menentukan peraturan keluarga yang perlu dipatuhi tanpa membenarkan mereka
mempersoalkannya, berunsur arahan, amat mendesak, menggunakan kaedah disiplin
yang bersifat hukuman dan setiap keputusan yang dibuat oleh para ibu bapa tidak boleh
dibantah (Gould & Martindale, 2009). Kesannya hubungan akan lebih renggang di antara
ibu bapa dan anak-anak serta lebih untuk tidak mempercayai dan berpuas hati. Selain itu,
kanak-kanak perempuan lebih bergantung kepada ibu bapa manakala kanak-kanak lelaki
cenderung bersikap agresif.
c) Gaya keibubapaan permisif
Ibu bapa memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak mereka tanpa ada
kawalan. Ibu bapa lebih kepada memenuhi keperluan anak-anak mereka. Mereka juga
tidak membentuk peraturan keluarga yang jelas dan tidak menerangkan antara tingkah
laku yang baik dan sebaliknya. Ibu bapa yang menggunakan cara gaya keibubapaan ini
akan membentuk sifat kurang matang, kurang kawalan diri, kurang tanggungjawab sosial
dan kurang keyakinan diri pada anak-anak mereka (Gould & Martindale, 2009).
Permisif terbahagi kepada dua jenis iaitu permisif-indulgen dan permisif-negligen.
Permisif-indulgen dicirikan dengan corak komunikasi yang terbuka dan ibu bapa kurang
menekankan tentang tingkah laku anak. Ibu bapa juga bersifat tidak mengawal tetapi
tinggi dalam responsif. Permisif-negligen dicirikan dengan tiada langsung corak
komunikasi terbuka antara ibu bapa dengan anak. Ibu bapa mengambil langkah tidak
terlibat atau mengabaikan terus anak-anak. Dengan kata lain, ibu bapa disifatkan tidak
mengawal dan tidak memberi respon terhadap anak-anak mereka.
Menurut Darling (1999), ibu bapa permisif adalah ibu bapa yang tidak
mempunyai sebarang tindak balas dan kawalan terhadap anak-anak. Ibu bapa ini leka
dengan masalah mereka sendiri tanpa menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa.
Anak-anak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang permisif cenderung bersifat tidak dapat
mengawal diri, impulsif, kurang berdikari dan kurang menjelajah. Walau bagaimanapun,
mereka lebih gembira dan cepat sembuh daripada sesuatu tekanan ataupun krisis
berbanding kanak-kanak yang dibesarkan secara autoritarian.
2.2.2 Teori Hierarki Keperluan Maslow
Teori Hierarki Keperluan Maslow dipilih oleh penyelidik sebagai model kajian kerana ia
mengambil kira konsep penghargaan kendiri. Menurut Azizi dan Jaafar Sidek (2006),
penerimaan oleh keluarga, guru dan rakan sebaya adalah penting. Hal ini kerana setiap
individu memerlukan penghargaan kendiri yang terdiri daripada kejayaan dan keyakinan.
Dalam konteks kajian ini, keyakinan diri akan mendorong individu tersebut untuk
berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kejayaan cemerlang dalam akademik.
Penghargaan kendiri yang sempurna mendorong anak-anak untuk berkelakuan baik yang
seterusnya boleh mempengaruhi pembentukan personalitinya.
Teori ini muncul dari persepsi Abraham Maslow yang mempercayai bahawa
keperluan yang diingini akan menggerakkan tingkah laku manusia. Menurut teori ini lagi,
keperluan peringkat rendah perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum
menyempurnakan keperluan peringkat tinggi. (Ishak, 2006)
Kebiasaannya, individu cenderung untuk membuat penilaian terhadap dirinya
berdasarkan tanggapan dan layanan orang-orang di sekeliling terhadap dirinya. Individu
akan lebih berkeyakinan pada dirinya sendiri jika tanggapan dan layanan yang positif dan
baik diberikan kepadanya. Di sini satu penghargaan kendiri akan terbina iaitu penilaian
tentang diri sendiri dan akan mempengaruhi sikap, interaksi sosial dan juga personaliti
seseorang. Seterusnya, ia juga mempengaruhi matlamat dan juga cita-cita seseorang
dalam memenuhi kehendaknya.
Menurut Maslow, beliau mengkelaskan keperluan asas manusia kepada lima
keperluan mengikut hierarki. Keperluan asas tersebut ialah keperluan fisiologi, keperluan
keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan juga peringkat tertinggi iaitu
kesempurnaan kendiri. Tingkat keperluan itu boleh digambarkan seperti di dalam Rajah
1.1 di bawah:
Rajah 1.1 Piramid Hierarki Keperluan Maslow Mengikut Keutamaan
Berdasarkan rajah 1.1 di atas, setiap manusia akan melalui tahap-tahap keperluan ini.
Dapat diperhatikan, setelah keperluan bawah dipenuhi barulah keperluan di peringkat
atas menonjol. Semasa manusia mengikut keperluan yang terbentuk hierarki ini, ia perlu
bergerak daripada bergantung kepada berdikari dan saling bergantung.
Teori ini menyatakan manusia terdorong bertindak melakukan sesuatu kerana
mempunyai sesuatu kemahuan atau kehendak. Andaian yang dibina adalah berasaskan
manusia yang tidak pernah puas dengan perkara yang dicapai. Menurut Maslow,
keperluan asas perlu dipenuhi sebelum aras yang lebih tinggi dipenuhi. Kajian Maslow
mendapati, semakin tinggi keperluan individu, semakin kurang pergantungan pada
persekitaran sosial. Ini kerana individu menggunakan –pengalaman lampau bagi
menentukan tingkah lakunya. Pada masa ini, motivasi bergantung kepada kemahuan
Kesempurnaan Kendiri
Penghargaan Kendiri
Kasih sayang
Keselamatan
Fisiologi
dalaman, kemampuan, potensi, bakat dan kreativiti impuls individu. Sementara itu,
persekitaran sosial adalah faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini. Sebab itulah
Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan
peringkat paling tinggi sebagai peringkat perkembangan. (Azizi & Jaafar, 2006).
Keperluan paling asas iaitu keperluan fisiologi adalah keperluan asas yang
bersifat biologi seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Diikuti keperluan
keselamatan adalah seperti keperluan yang memberi perlindungan daripada segi fizikal
dan emosi seperti kestabilan, bebas dan ketakutan. Kemudian, diikuti keperluan kasih
sayang adalah satu keperluan yang berhubung dengan kepercayaan orang lain di mana
keperluan ini memusatkan kepada perhubungan dengan orang lain iaitu perhubungan
sosial. Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu
berkuasa, sekurang-kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga
perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Keperluan paling tinggi pula
iaitu keperluan kesempurnaan kendiri bermaksud apa juga anggapan seseorang individu
itu terhadap kebolehan dirinya maka ia harus mengikut kebolehan dirinya.
Model Maslow dari pernyataannya tentang keperluan manusia merupakan
perkembangan „antologikal‟ individu. Ini adalah kerana setiap peringkat perkembangan
perlu dilalui oleh individu dari zaman bayi atau kanak-kanak di mana individu
memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti dengan kasih sayang dan
penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga kepada peringkat
penyempurnaan kendiri terutama pada zaman dewasa seseorang individu itu. Kajian
Maslow juga mendapati semakin tinggi keperluan individu itu, maka semakin kurang
pergantungan kepada persekitaran sosial kerana dalam hal ini individu menggunakan
pengalaman lampau untuk menentukan tingkah lakunya. Keperluan penghargaan kendiri
akan tercetus apabila ketiga-tiga keperluan iaitu keperluan fisiologi, keperluan
keselamatan dan keperluan kasih sayang dipenuhi. Ini termasuklah tanggungjawab, harga
diri, penghormatan, status dan sebagainya.
Setiap individu memerlukan penilaian yang tinggi dan stabil tentang diri mereka.
Bagi memenuhi kehendak atau membolehkan perkara ini berlaku, terlebih dahulu
seseorang itu perlu menghormati dirinya sendiri dan berusaha pula menjadikan dirinya
dihargai oleh orang lain. Faktor yang penting ialah keperluan ini dapat dipenuhi apabila
seseorang itu mempunyai keyakinan diri dan kebebasan, juga pengiktirafan, perhatian
dan penilaian diri orang lain. Konsep ego seseorang itu berkait rapat dengan penghargaan
kendiri.
Menurut Maslow, harga diri yang stabil adalah berlandaskan penghormatan yang
layak diterima dan bukannya daripada orang lain. Individu yang menghargai diri sendiri
secara negatif akan mudah merasa rendah diri, kecewa, tiada keyakinan diri, emosi
kurang stabil, dan sering mengalami tekanan perasaan atau tekanan jiwa. Sebaliknya
individu yang menghargai diri sendiri, tingkah laku dan sikapnya lebih ke arah positif.
(Azizi & Jaafar, 2006).
2.3 Kajian Lepas Dalam Negara
Kajian yang dijalankan oleh Wan Mohd Agil (2009), mengkaji hubungan di antara gaya
keibubapaan dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA). Subjek kajian ini terdiri daripada 100 orang pelajar
Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Slim River, Batang
Padang, Perak. Alat ukuran Coopersmith Self-Esteem Inventory (CSEI) telah digunakan
untuk mengukur tahap penghargaan kendiri pelajar manakala alat ukur Parental Authority
Questionnaire (PAQ) digunakan untuk mengukur gaya keibubapaan. Secara keseluruhan
dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya keibubapaan mempunyai hubungan dengan
penghargaan kendiri pelajar. Berdasarkan tiga dimensi gaya keibubapaan, didapati
dimensi autoritatif dan permisif mempunyai hubungan yang positif dengan penghargaan
kendiri pelajar, manakala dimensi autoritarian mempunyai hubungan yang negatif dengan
penghargaan kendiri pelajar. Di samping itu, dapatan kajian mendapati bahawa tidak
terdapat perbezaan signifikan penghargaan kendiri berdasarkan jantina.
Kajian yang dijalankan oleh Norhusna (2009) untuk melihat gaya asuhan ibu bapa
dengan tahap kemurungan dalam kalangan pelajar berisiko tinggi. Kajian ini juga turut
melihat perbezaan gaya asuhan ibu bapa dengan tahap kemurungan dalam kalangan
pelajar berisiko tinggi berdasarkan jantina. Data kuantitatif dalam kajian ini dikumpul
dengan menggunakan dua soal selidik iaitu Parental Authority Questionnaire dan juga
Children Depression Inventory. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat
hubungan signifikan antara gaya asuhan ibu bapa dengan tahap kemurungan. Kajian ini
juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya asuhan ibu bapa
dalam kalangan pelajar berisiko berdasarkan jantina. Seterusnya kajian ini juga
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemurungan dalam
kalangan pelajar berisiko berdasarkan jantina. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya
asuhan yang paling dominan yang dipersepsikan oleh pelajar berisiko adalah gaya asuhan
permisif diikuti dengan gaya asuhan autoritatif.
Kajian yang dilakukan oleh Norhayati (2009) mengenai hubungan antara cara
gaya asuhan ibu bapa dengan konsep kendiri remaja (FELDA) dari Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Kajian bertujuan untuk melihat hubungan antara gaya asuhan ibu bapa
dengan konsep kendiri remaja yang tinggal di kawasan FELDA di Pahang. Di samping
itu, kajian ini juga untuk melihat jenis dan tahap konsep kendiri dalam kalangan remaja
ini. Selain itu juga, hubungan gaya asuhan ibu bapa dengan konsep kendiri ini juga dilihat
berdasarkan jantina. Data kuantitatif dikumpul dengan menggunakan soal selidik
Parental Authority Questionnaire (PAQ) dan Culture Free Self-Concept Inventory
(CFSEI). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan gaya asuhan ibu bapa remaja
ini adalah autoritatif dan tahap konsep kendiri mereka adalah di peringkat sederhana.
Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi gaya asuhan
ibu bapa dengan konsep kendiri remaja.
Norhayatunnisha‟ (2011) mengkaji hubungan antara kecerdasan intelek,
kecerdasan emosi, kecerdasan spiritual dan gaya asuhan ibu bapa terhadap tingkah laku
kenakalan pelajar. Dua dimensi kecerdasan intelek iaitu kecerdasan interpersonal dan
kecerdasan intrapersonal telah digunakan untuk mengukur faktor mana yang paling
utama dalam kecerdasan intelek responden. Di samping item-item berkaitan kerohanian
dan keagamaan digunakan untuk melihat tahap kecerdasan spiritual responden. Manakala
gaya asuhan ibu bapa seperti autoritatif dan autoritarian digunakan untuk mengenal pasti
gaya asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa responden. Akhir sekali mengenal pasti tahap
tingkah laku kenakalan responden. Soal selidik telah diedarkan kepada 320 responden di
sekolah menengah di daerah Pontian. Hasil kajian menunjukkan kesedaran diri (ß=-
0.155) merupakan faktor peramal yang signifikan terhadap tingkah laku kenakalan
pelajar dan menyumbang sebanyak 2.4 % variasi. Manakala empati (ß=-0.321),
kecerdasan spiritual (ß=-0.256) dan motivasi (ß=-0.147) memberi kesan yang signifikan
terhadap gaya asuhan ibu bapa melalui gaya autoritarian dan menyumbang sebanyak 32.5
% variasi.. Bagi gaya asuhan ibu bapa melalui gaya autoritatif, faktor peramal seperti
kecerdasan spiritual (ß=-0.323), motivasi (ß=-0.206) dan kemahiran sosial (ß=-0.180)
memberi kesan yang signifikan terhadap gaya asuhan ibu bapa melalui gaya autoritatif
dan menyumbang sebanyak 31.1 % variasi.
Habibah Elias dan Tan Huey Yee (2009) dari Universiti Putra Malaysia telah
mengkaji mengenai hubungan antara persepsi gaya keibubapaan ibu dan bapa dengan
pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah terpilih. Tujuan kajian adalah untuk
mengkaji hubungan antara persepsi gaya keibubapaan ibu dan bapa dengan pencapaian
akademik pelajar di sekolah menengah terpilih (permisif, autoritarian, dan autoritatif) dan
pencapaian akademik pelajar. ( keputusan peperiksaan awam tingkatan tiga). Sampel
kajian terdiri daripada 247 orang pelajar tingkatan empat di dua buah sekolah menengah.
Data telah dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik. Keputusan menunjukkan
bahawa majoriti pelajar mempunyai persepsi terhadap bapa (n =200) dan ibu (n = 197)
sebagai autoritatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi bapa iaitu permisif,
autoritarian, dan autoritatif tidak berkait rapat dengan pencapaian akademik pelajar. Hasil
kajian juga menunjukkan bahawa persepsi ibu iaitu permisif, autoritarian, dan autoritatif
tidak berkait rapat dengan pencapaian akademik pelajar. Implikasi kajian telah
dibincangkan dan cadangan untuk kajian pada masa hadapan telah dicadangkan.
Nor Hasida (2009) telah menjalankan kajian untuk melihat hubungan antara gaya
keibubapaan dan kemurungan kanak-kanak. Sampel terdiri daripada 87 orang pelajar
darjah 5 di tiga buah sekolah di Perak. Ketiga-tiga gaya keibubapaan iaitu autoritarian,
permisif dan autoritatif diukur menggunakan alat ujian Parental Authority Questionnaire
(PAQ). Manakala kemurungan dalam kalangan kanak-kanak diukur menggunakan alat
ujian Children Depression Inventory (CDI). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ketiga-tiga gaya keibubapaan dengan
kemurungan kanak-kanak. Dapatan juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara gaya keibubapaan autoritarian dan autoritatif berdasarkan jantina.
Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya keibubapaan
permisif dengan gender kanak-kanak. Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara kemurungan kanak-kanak berdasarkan gender.
Nurul Ain dan Azizi (2012) telah mengkaji hubungan antara motivasi
pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik di kalangan
pelajar sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan antara motivasi
pembelajaran, gaya keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik di kalangan
pelajar sekolah. Seramai 291 orang pelajar di lapan buah sekolah menengah di daerah
Kulai, Johor telah dipilih secara rawak berkelompok. Soal selidik berkaitan aspek
motivasi pembelajaran dan sikap pelajar dibina sendiri dan diubahsuai berpandukan
instrumen yang digunakan oleh penyelidik terdahulu dalam kajian-kajian lepas dan
pendekatan psikologi bagi menyediakan pelbagai jenis soalan berdasarkan objektif
kajian. Hasil kajian mendapati bahawa faktor matlamat merupakan faktor yang paling
dominan dalam motivasi intrinsik, manakala faktor gred merupakan faktor yang paling
dominan dalam motivasi ekstrinsik. Analisis korelasi Pearson mendapati bahawa tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan
sikap dengan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, beberapa cadangan telah
dikemukakan dalam kajian ini dalam usaha untuk meningkatkan motivasi pembelajaran
dan pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah.
Che Hasniza (2011) menjalankan kajian mengenai hubungan empati dan
penghargaan kendiri ibu bapa dengan gaya keibubapaan. Justeru, satu kajian telah
dijalankan terhadap 300 ibu dan 277 bapa di Terengganu untuk melihat ciri ibu bapa iaitu
empati dan juga penghargaan kendiri. Sementara itu, kajian ini juga melibatkan anak
responden yang berada di tingkatan empat bagi tujuan mendapatkan maklumat berkaitan
gaya keibubapaan. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden di kalangan ibu bapa
mempunyai tahap empati dan penghargaan kendiri yang tinggi, serta mengamalkan gaya
keibubapaan autoritatif dalam mendidik anak-anak. Kajian juga menunjukkan tidak
terdapat hubungan signifikan antara empati ibu dan bapa dengan kedua-dua gaya
keibubapaan permisif dan autoritarian.
Kajian yang dijalankan oleh Salasiah (2011) bagi mengenal pasti gaya
keibubapaan yang mempengaruhi personaliti Islamik dalam kalangan pelajar tingkatan 1
hingga 6 di salah sebuah sekolah menengah di daerah Batu Pahat, Johor. Pemilihan
sampel secara rawak berlapis telah dilakukan dan seramai 302 orang pelajar tingkatan 1
hingga 6 dari sebuah sekolah menengah telah dipilih sebagai responden. Soal selidik
yang dibentuk mengandungi item yang mengukur tahap pengamalan gaya keibubapaan
yang telah diubahsuai daripada Paulson's Perception of Parenting Scale dan tahap
personaliti Islamik daripada Inventori personaliti Ummah oleh Nooraini pada tahun 2008.
Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap pengamalan gaya keubibapaan
autoritatif adalah sederhana, tahap tinggi bagi pengamalan gaya autoritarian dan hanya
sedikit sahaja pengamalan gaya keububapaan permisif dan personaliti Islamik pada tahap
yang tinggi. dapatan analisis inferensi pula mendapati, terdapat hubungan yang signifikan
di antara gaya keibubapaan (autoritarian, autoritarif dan permisif) dengan personaliti
Islamik.
Nik Hairi Omar, Azmi & Ahmad Shazili (2012) menjalankan kajian untuk
menguji sejauhmana model Baumrind dapat diterima sebagai model asuhan yang
deduktif dan universal seperti yang didakwa. Hasil tinjauan soal selidik secara rawak
berkelompok ke atas sekumpulan 55 pelajar sekolah menengah mendapati ciri gaya
keibubapaan paling dominan diterapkan ibu bapa adalah gaya autoritatif. Ujian Friedman
selanjutnya mendapati pengamalan jenis gaya keibubapaan adalah berbeza secara
signifikan (k < 0.05) dengan hasil yang menunjukkan gaya autoritatif dipraktikkan di
tahap tinggi sementara gaya autoritarian dan permisif di tahap sederhana dan rendah.
Walau bagaimanapun, pengujian kolerasi sehala antara kesemua jenis gaya keibubapaan
dengan pencapaian akademik menunjukkan hasil yang tidak signifikan (k > 0.05).
Dapatan juga menunjukkan kesemua pembolehubah sosio demografi tidak berpengaruh
secara signifikan ke atas perhubungan antara gaya keibubapaan dengan pencapaian
akademik. Berdasarkan penemuan, kajian menolak penggunaan model Baumrind sebagai
sebuah model asuhan yang deduktif dan sejagat sebaliknya dirumuskan bahawa tinggi
atau rendah pencapaian akademik pelajar tidak dipengaruhi jenis gaya keibubapaan yang
diamalkan semata-mata.
Gaitire (2011) telah mengkaji gaya asuhan ibu bapa, tahap pencapaian akademik
serta hubungan antara kedua-duanya bagi pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Daerah Kluang. Daripada 1173 orang pelajar, seramai 290 orang pelajar
telah dipilih dengan menggunakan persampelan rawak berlapis. Terdapat tiga jenis soal
selidik telah digunakan untuk menjalankan kajian tersebut. Soal selidik yang dibina oleh
Tee (2009) digunakan dalam kajian ini untuk mengukur gaya asuhan ibu bapa pelajar.
Soal selidik ini mempunyai nilai Cronbach alpha 0.600. Analisis deskriptif berbentuk
peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis data mengenai maklumat
demografi pelajar dan gaya asuhan demokratik, autokratik dan laissez faire yang
diamalkan oleh ibu bapa. Kaedah Kolerasi Pearson telah digunakan oleh penyelidik untuk
mengenalpasti hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dengan tahap pencapaian
akademik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kecenderungan gaya asuhan ibu bapa
adalah lebih cenderung kepada gaya asuhan demokratik diikuti dengan gaya asuhan
autokratik dan laissez faire. Secara keseluruhannya, pencapaian akademik pelajar adalah
berada pada tahap yang sederhana. Kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang
signifikan di antara gaya asuhan ibu bapa dengan tahap pencapaian akademik. Cadangan-
cadangan untuk beberapa pihak yang terlibat juga telah dikemukan untuk meredakan
masalah yang wujud dalam kalangan pelajar.
Kajian yang dijalankan oleh Azizi, Yusof, Kamaliah (2010) ialah untuk
mengetahui hubungan antara gaya keibubapaan, motivasi dan konsep kendiri akademik
dengan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga bertujuan
untuk mengenal pasti gaya keibubapaan ibu bapa pelajar yang sering mereka amalkan.
Jenis motivasi yang dominan di kalangan pelajar serta sama ada motivasi intrinsik atau
ekstrinsik yang lebih mempengaruhi pencapaian pelajar juga dikenal pasti. Di samping
itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui tahap konsep kendiri akademik di
kalangan pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 216 orang pelajar tingkatan 4 di 3 buah
sekolah menengah dalam daerah Johor Bahru. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa
majoriti pelajar mempunyai tahap konsep kendiri akademik yang tinggi. Jenis motivasi
yang dominan di kalangan mereka pula ialah motivasi ekstrinsik dengan min keseluruhan
sebanyak 3.43 berbanding dengan min motivasi intrinsik sebanyak 3.39. Di samping itu,
gaya keibubapaan yang sering diamalkan ialah gaya authoritatif. Hasil kajian juga
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan pada aras 0.01 antara konsep
kendiri dengan pencapaian dengan nilai „r‟ lemah iaitu 0.19. Hubungan antara gaya
keibubapaan keseluruhan dengan pencapaian juga signifikan pada aras 0.01 dengan nilai
„r‟ 0.41. Hubungan antara jenis gaya keibubapaan authoritatif dengan pencapaian pula
juga signifikan pada aras 0.01 dengan nilai „r‟ 0.43. Bagi jenis authoritarian,
hubungannya dengan pencapaian juga didapati signifikan pada aras 0.05 di mana nilai „r‟
ialah 0.37. Gaya permisif pula mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian
dan nilai „r‟nya sebanyak 0.35 pada aras 0.01. Walaubagaimanapun, tidak terdapat
sebarang hubungan yang signifikan antara gaya kecuaian dengan pencapaian. Bagi
motivasi pula, hasil kajian menunjukkan motivasi intrinsik menyumbangkan sebanyak
16.7 peratus kepada pencapaian pelajar, signifikan pada aras 0.05, sedangkan motivasi
ekstrinsik tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar.
Md. Zahir (2009) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti hubungan di
antara perhubungan ibu bapa dan anak dengan penghargaan kendiri dalam kalangan
pelajar. Selain itu, ia juga melihat perbezaan perhubungan ibu bapa dan anak serta
perbezaan penghargaan kendiri remaja berdasarkan jantina. Satu tinjauan ke atas 132
orang pelajar di salah sebuah sekolah menengah harian di Taiping telah dijalankan
melibatkan 62 orang pelajar lelaki dan 70 orang perempuan. Dua soal selidik kajian
digunakan iaitu Family Adaptability and Cohesion Scale (FACES II) yang mengukur
perhubungan ibu bapa dan anak, serta borang soal selidik Culture Free Self-Esteem
Inventory yang penghargaan kendiri pelajar. Antara metod statistik yang digunakan
adalah kolerasi Pearson dan juga ujian-t. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara perhubungan ibu bapa dan anak dengan penghargaan
kendiri pelajar (r = .63). Selain itu, dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan
signifikan perhubungan ibu bapa dan anak dalam kalangan pelajar berdasarkan jantina (t
= .23). Keputusan juga menunjukkan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar
berdasarkan jantina secara statistiknya adalah tidak signifikan (t = 1.68). Berdasarkan
dapatan yang diperolehi, dapat disimpulkan bahawa tahap perhubungan ibu bapa dan
anak serta tahap penghargaan kendiri dalam kalangan sampel adalah berada pada tahap
yang terbaik.
2.4 Kajian Lepas Luar Negara
Driscoll, Russell dan Crocket (2008) telah menjalankan kajian tentang gaya keibubapaan
dan kehidupan remaja dalam pelbagai generasi golongan imigran. Kajian ini mengkaji
tentang gaya keibubapaan yang diamalkan oleh pelbagai generasi, hubungan antara gaya
keibubapaan dan kehidupan remaja dalam kalangan pendatang awal Mexico dan peranan
gaya keibubapaan yang diwarisi bagi menerangkan corak umum tingkah laku remaja
(delinkuensi dan masalah penyalahgunaan alkohol) dan aspek psikologi (kemurungan dan
keyakinan diri). Kajian ini menggunakan data daripada National Longitudinal Study of
Adolescent Health (Add Health). Didapati bahawa penggunaan gaya keibubapaan
permisif semakin meluas dari generasi ke generasi. Tahap masalah tingkah laku dan
keyakinan diri turut meningkat berbanding generasi terdahulu. Walaubagaimanapun,
kemurungan didapati tidak dipengaruhi oleh generasi terdahulu.
Kajian yang dijalankan oleh Hawkins (2005) mengemukakan hubungan antara
gaya keibubapaan dengan perkembangan penilaian moral dalam kalangan pelajar kolej
tahun keempat di salah sebuah kolej swasta di Central Virginia. Tujuan kajian ini adalah
untuk mengenal pasti sejauh mana gaya keibubapaan menjadi satu penghalang dalam
perkembangan penilaian moral dalam kalangan remaja. Instrumen yang digunakan ialah
soal selidik Parental Authority Questionnaire dan Defining Issues Test – II. Pengkaji
membuat hipotesis di mana tahap penilaian moral yang ditemui dalam kalangan pelajar
kolej menyedari mereka diasuh oleh ibu bapa dengan gaya keibubapaan autoritatif adalah
nyata sekali lebih tinggi berbanding tahap yang ditemui dalam kalangan pelajar yang
diasuh secara autoritarian atau permisif. Analisis statistik dilakukan dengan
menggunakan analisis regresi dan hipotesis ditolak kerana gaya keibubapaan permisif
didapati mempunyai kesan yang kuat ke atas perkembangan moral, walaupun gaya
keibubapaan autoritatif yang penting.
Kajian yang dijalankan oleh Cfroerer et.al., (2011) mengkaji tentang
perkembangan personaliti dan gaya keibubapaan dengan menggunakan Psikologi
Individu sebagai teori asas. Secara umumnya, pengkaji mengkaji sejauh mana gaya
keibubapaan Baumrind (1996) berkait dengan gaya hidup personaliti remaja dan ibu
bapa mereka. Aspek kedua dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti sejauhmanakah
psikologikal susunan kelahiran remaja berkait dengan persepsi mengenai keibubapaan.
Sampel kajian terdiri daripada 80 orang remaja dan ibu bapa mereka dari sekolah tinggi
di Amerika Syarikat Tenggara. Hubungan statistik yang signifikan telah didapati ianya
berkait dengan gaya keibubapaan kepada gaya hidup ciri-ciri personaliti Adlerian dan
psikologikal susunan kelahiran. Kajian ini menyediakan maklumat merentasi generasi
mengenai sifat gaya hidup personaliti dan keibubapaan. Memahami khususnya
bagaimana sifat-sifat personaliti gaya hidup dan susunan kelahiran psikologi berkaitan
keibubapaan merupakan maklumat yang penting untuk doktor klinikal dan ibu bapa.
Rivers et.al., (2012) mengkaji hubungan antara gaya keibubapaan, prestasi
akademik, dan kesan pengantara motivasi, orientasi matlamat, dan keberkesanan diri.
Hubungan antara gaya keibubapaan, prestasi akademik, dan kesan pengantara motivasi,
orientasi matlamat, dan keberkesanan diri telah diperiksa. 148 orang pelajar sekolah
tinggi yang mengambil bahagian, termasuk 58 orang lelaki dan 90 orang perempuan.
Gaya Keibubapaan / Soalan Penglibatan Ibu Bapa telah digunakan untuk mengukur
persepsi pelajar mengenai gaya keibubapaan ibu bapa mereka. Skala Orientasi Intrinsik-
ekstrinsik mengukur motivasi pelajar. Kaji Selidik Corak Ukur Adaptasi Pembelajaran
mengukur orientasi matlamat peserta dan keberkesanan kendiri akademik. Remaja yang
dilaporkan ibu bapa mereka yang mempunyai gaya keibubapaan autoritatif didapati
menunjukkan lebih motivasi intrinsik dalam kegiatan akademik mereka.
Li, Costanzo , dan Putallaz (2010) menunjukkan bahawa peserta-peserta dalam
kalangan orang Cina di dalam kajian mereka menerima gaya keibubapaan autoritarian
berbanding peserta-peserta dari Amerika Eropah. Walaupun majoriti orang Cina
menerima gaya keibubapaan autoritarian, hasil kajian ini menunjukkan bahawa individu
lebih cenderung menerima gaya autoritatif keibuan di mana ia dikaitkan dengan
penghargaan kendiri yang lebih kuat antara kedua-dua kumpulan budaya ini.
Penemuan ini juga sama mengikut kajian Supple dan rakan-rakannya (yang dinyatakan
dalam Li, Costanzo, & Putallaz, 2010) kerana mereka mengenal pasti persepsi dalam
kalangan remaja-remaja Cina mengenai keibubapaan autoritatif keibuan secara positif
berkaitan dengan penghargaan kendiri dan kepatuhan mereka sementara hanya terdapat
kaitan yang sedikit antara keibubapaan autoritarian keibuan dengan penghargaan kendiri
remaja-remaja.
Elham, Siti Nor, Rumaya & Mansor (2012) telah menjalankan kajian mengenai
hubungan antara gaya keibubapaan dan pencapaian akademik. Tujuan kajian ini adalah
untuk menentukan hubungan antara gaya keibubapaan dan pencapaian akademik dalam
kalangan remaja di Iran. Responden kajian terdiri daripada 382 orang remaja sekolah
tinggi (251 orang perempuan dan 131 orang lelaki) dalam lingkungan umur antara 15
hingga 18 tahun dari sekolah-sekolah tinggi yang terpilih di Iran. Instrumen yang
digunakan untuk mengukur gaya keibubapaan adalah skala keibubapaan gaya oleh
Baumrind (1991). Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya keibubapaan berwibawa
mempunyai korelasi positif yang signifikan dengan pencapaian akademik, manakala gaya
permisif mempunyai korelasi negatif dengan pencapaian akademik. Hasil kajian juga
menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya keibubapaan
autoritarian dan pencapaian akademik. Keputusan kajian menunjukkan dengan
mencadangkan pencapaian akademik itu dalam kalangan remaja boleh ditingkatkan
melalui gaya keibubapaan yang positif. Oleh itu, dicadangkan bahawa ibu bapa perlulah
dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai bagi keperluan dan
pembangunan anak-anak remaja mereka.
2.5 Rumusan
Dalam bab ini telah membincangkan mengenai pendekatan teori yang berkaitan dengan
kajian dan kajian dalam negara serta luar negara. Melalui kajian ini juga, ia menerangkan
hasil bagi beberapa senario yang signifikan dengan isu yang hendak dikaji di dalam
kajian.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan.
Bab ini akan membincangkan mengenai metodologi yang diambil oleh pengkaji dalam
proses mengumpul data mentah untuk memenuhi tujuan kajian. Dalam bab ini juga, ia
akan menerangkan tentang reka bentuk kajian, tempat kajian, subjek kajian dan alat
kajian. Kaedah analisis data statistik yang digunakan dalam kajian ini juga dibincangkan.
3.2 Reka Bentuk Kajian.
Dalam kajian ini, reka bentuk kajian adalah kajian kuantitatif yang berbentuk deskriptif
yang menggunakan kaedah soal selidik. Dua jenis alat ukuran yang digunakan bagi
mengumpulkan data dalam kajian ini iaitu alat ukuran Parental Authority Questionnaire
(PAQ) iaitu untuk mengukur jenis gaya keibubapaan dan Coopersmith Self-esteem
Inventory (CSEI) yang digunakan untuk mengukur penghargaan kendiri pelajar. Faktor
demografi melibatkan gender lelaki dan perempuan.
Kaedah soal selidik dipilih untuk mendapatkan data bagi kajian tinjauan ini.
Johnson (1994) dalam Izyani (2009) menyatakan terdapat tiga kekuatan menggunakan
kaedah ini. Pertama, dapat melibatkan responden yang ramai. Kedua, membolehkan
pengkaji membuat kajian hubungan dan perbandingan dengan hasil kajian kepada
populasi yang lebih besar dan yang ketiga ialah dapat menghasilkan fakta dan maklumat
yang boleh di “cross-tabulate” dalam pelbagai kaedah statistik bagi mendapatkan dapatan
sesuatu kajian. Tinjauan soal selidik ini dijalankan sekali tadbir sahaja iaitu kepada
sampel daripada populasi yang dipilih dan maklumat yang dikutip daripada sampel
adalah sekali sahaja. Data yang diperolehi, dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package for The Social Sciences (SPSS).
3.3 Alat Kajian.
Kajian ini menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini mengandungi tiga
bahagian iaitu:
Bahagian A : Maklumat Diri Responden.
Bahagian B : Soal Selidik Parental Authority Questionnaire (PAQ).
Bahagian C : Coopersmith Self-esteem Inventory (CSEI).
3.3.1 Bahagian A: Maklumat Diri.
Bahagian A ini merupakan bahagian pertama dalam soal selidik yang mengandungi
maklumat latar belakang diri responden. Maklumat yang diminta adalah jantina, bangsa
dan tinggal bersama siapa. Semua maklumat yang dikumpulkan dari responden adalah
hanya untuk mendapatkan maklumat umum tentang latar belakang peribadi diri
responden.
3.3.2 Bahagian B: Parental Authority Questionnaire (PAQ)
Alat ukuran ini digunakan untuk mengukur jenis gaya keibubapaan yang digunakan oleh
ibu bapa subjek. Parental Authority Questionnaire (PAQ) ini telah dibentuk oleh John R.
Buri pada tahun 1991. Soal selidik ini telah digunakan dalam kajian Kuan Siew Ling
(2004). Alat kajian ini digunakan untuk mengkaji pilihan jenis gaya keibubapaan yang
digunakan oleh ibu bapa responden. Soal selidik ini adalah jenis ‘self-report
questionnaire’ yang mengandungi enam puluh soalan tertutup pada asalnya. Kemudian ia
telah diubah suai oleh Kuan Siew Ling (2004) supaya lebih bersesuaian dengan tujuan
kajian ini dan menjadikannya tiga puluh soalan tertutup di mana soalan berasingan ibu
dan bapa telah dikombinasikan menjadi satu soalan.
Soal selidik ini mengandungi 30 soalan yang telah dibahagikan kepada tiga sub
bahagian iaitu sepuluh soalan gaya keibubapaan autoritarian, sepuluh soalan gaya
keibubapaan autoritatif dan sepuluh soalan gaya keibubapaan permisif. Daripada tiga
puluh soalan ini, terdapat dua puluh soalan positif (1 hingga 10 dan 21 hingga 30) dan
sepuluh soalan negatif (11 hingga 20). Soalan yang berbentuk positif dikira dengan
markat item positif dari sangat setuju hingga sangat tidak setuju dengan markah lima
hingga satu markah. Manakala bagi item yang negatif pula, pengiraan adalah sebaliknya
iaitu dari markat sangat tidak setuju hingga sangat setuju dengan markah lima hingga
satu markah.
Seperti yang dinyatakan di atas, item-item dalam soal selidik ini dibahagikan
mengikut fungsinya dalam mengukur gaya kepimpinan/ asuhan. Jadual 3. 1 di bawah
memberi gambaran dengan lebih jelas mengikut susunan item-item positif dan negatif.
Jadual 3.1
Taburan Item-item Parental Authority Questionnaire (PAQ) Mengikut Item Positif dan
Negatif
Dalam soal selidik ini, subjek ditanya sama ada Sangat Tidak Setuju (STS), Tidak Setuju
(TS), Tidak Pasti (TP), Setuju (S) dan Sangat Setuju (SS). Skor dinilai melalui skala
likert lima mata dan subjek hanya perlu menandakan satu pilihan jawapan sahaja
daripada lima pilihan singkatan jawapan yang telah diberikan. Pemberian skor bagi skala
Parental Authority Questionnaire (PAQ) adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual
3.2 berikut.
Item Nombor Item Gaya Keibubapaan
Positif 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 Autoritarian
Negatif 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20 Permisif
Positif 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30 Autoritatif
Jadual 3.2
Pemberian skala bagi skor Parental Authority Questionnaire (PAQ)
Jawapan Skor Item Positif Skor Item Negatif
Sangat Tidak Setuju 1 5
Tidak Setuju 2 4
Tidak Pasti 3 3
Setuju 4 2
Sangat Setuju 5 1
3.3.3 Bahagian C: Coopersmith Self-esteem Inventory (CSEI)
Alat ukuran Coopersmith Self-esteem Inventory (CSEI) ini telah direka oleh Coopersmith
(1967) dan beliau telah mengubahsuainya pada tahun 1981. Alat ukuran ini digunakan
sebagai alat ukuran penghargaan kendiri. Alat ini mudah untuk difahami dan dimarkatkan
serta mempunyai kestabilan dari segi nilai, kesahan dan kebolehpercayaannya. Dari aspek
bahasa yang mudah difahami serta format ujian sebanyak 58 item memberi faedah dalam
mengukur tentang penghargaan kendiri pada subjek dewasa yang memiliki tahap
pendidikan yang berbeza.
Khamsiah, Shukran dan Hariyati (2012) telah menggunakan soal selidik ini di
dalam kajian mereka. Skala asal soal selidik CSEI dalam bahasa Inggeris telah
diterjemahkan dan diterjemahkan kembali ke dalam bahasa Melayu. Soal selidik ini juga
telah disesuaikan bagi subjek tempatan oleh penyelidik sebelumnya.
Perkataan-perkataan dalam beberapa item CSEI ini telah diistilahkan agar dapat
diaplikasikan pada subjek-subjek di peringkat umur persekolahan dan beberapa
perubahan juga telah dilakukan terhadap beberapa item untuk membolehkan inventori ini
digunakan terhadap subjek dewasa. Dengan itu, pengkaji telah melakukan beberapa
perubahan dalam istilah item untuk kesesuaian dengan penggunaannya terhadap subjek
kajian ini. CSEI dikatakan sesuai mengukur penghargaan kendiri secara umum dan
memiliki nilai kepercayaan ujian-ujian kembali (sela masa 3 tahun) yang agak tinggi.
Alat ukuran ini mengandungi 58 item, iaitu 50 item daripadanya mengukur
penghargaan kendiri dan 8 item yang lain membina skala bohong. Item-item dalam CSEI
terbahagi kepada 4 subskala iaitu penghargaan kendiri secara umum, sosial, keluarga dan
sekolah. Selain itu, terdapat kajian-kajian telah menunjukkan bahawa markat dalam
inventori ini adalah berhubung dengan ciri-ciri keluarga dan individu yang lain dalam
kalangan remaja. Pembahagian item-item mengikut dimensi bagi CSEI telah ditunjukkan
dalam Jadual 3.3.
Jadual 3.3
Pembahagian Item Mengikut Dimensi Bagi Coopersmith Self-esteem Inventory (CSEI)
Dimensi Penghargaan Kendiri Nombor Item
Umum 1, 3, 4, 7, 10, 12, 13, 15, 18, 19, 24, 25,
26, 27, 30, 31, 32, 34, 35, 36, 38, 39, 43,
45, 47, 48, 50, 51, 53, 55, 56, 57, 58
Sosial 5, 8, 14, 21, 28, 40, 41, 49, 52.
Keluarga 6, 9, 11, 16, 20, 22, 29, 44.
Sekolah 2, 17, 23, 33, 42, 46, 56
3.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian
Kebolehpercayaan ujian itu bermakna ujian itu konsisten (Tuckman, 1978). Sesuatu ujian
itu dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya skor yang sama
diperoleh individu yang sama dengan menjawab ujian yang sama pada masa yang
berbeza (Sidek, 2002).
Mohd. Majid (1990) menyatakan bahawa ketekalan sesuatu alat ukur dalam
mengukur pemboleh ubah atau gagasan adalah pengertian bagi konsep kebolehpercayaan
alat ujian atau ukuran. Alat ukur yang mengukur sesuatu pemboleh ubah atau gagasan
dengan tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, sebaliknya alat ukur
yang menghasilkan markat yang berubah-ubah bagi mengukur gagasan yang sama
dikatakan tidak tekal dan mempunyai kebolehpercayaan yang rendah.
Sidek (2002) berpendapat bahawa sesuatu penyelidikan itu dikatakan mempunyai
kesahan dalaman yang tinggi apabila hasil penyelidikan yang diperolehi benar-benar
disebabkan oleh rawatan yang diberikan dan bukan disebabkan oleh faktor-faktor lain.
Penyelidikan yang dijalankan tidak akan berguna sekiranya ia tidak dapat diaplikasi
dalam dunia realiti. Sesuatu penyelidikan itu dikatakan mempunyai kesahan luaran yang
tinggi sekiranya keputusan yang diperolehi daripada kajian boleh diaplikasi dalam dunia
sebenar. Tuckman (1978) dalam Sidek (2002) menyatakan bahawa kesahan sesuatu alat
ujian menggambarkan sejauh mana ujian tersebut mengukur apa yang sepatutnya diukur.
3.4.1 Parental Authority Questionnaire (PAQ)
Alat PAQ mempunyai kesahan yang tinggi kerana banyak digunakan oleh pengkaji
sebelum ini untuk melihat gaya keibubapaan yang digunakan ketika mendidik anak-anak.
Alat PAQ juga telah diuji kepercayaannya sebelum ini. Nilai yang diperolehi
menunjukkan darjah kebolehpercayaan yang sederhana tinggi iaitu nilai alpha 0.61.
Dalam kajian yang lepas juga, pengkaji telah menggunakan teknik kuder Richardson-20
untuk menguji kebolehpercayaan PAQ. Keputusan analisis menunjukkan bahawa
kebolehpercayaan alat ukuran Parental Authority Questionnaire (PAQ) adalah sederhana
tinggi dengan nilai alpha =.62. Oleh itu, PAQ boleh digunakan dalam kajian ini.
Menurut Buri (1991) dalam Mariechia, 2007 menyatakan kebolehpercayaan alat
ujian PAQ melalui uji dan uji kembali mendapati bahawa ibu autoritatif alpha = .78, ibu
autoritarian alpha = .86 dan ibu permisif alpha = .81. Manakala bapa autoritatif alpha =
.92, bapa autoritarian alpha = .81 dan bapa permisif alpha = .71.
Buri (1991) dalam Wang & Taylor (2000) menyatakan PAQ mempunyai
ketekalan dalaman yang baik diukur dengan pekali Alpha Cronbach dengan skala gaya
permisif, 0.75, autoritarian 0.85 dan autoritatif, 0.82 manakala mempunyai kestabilan
yang baik di dalam kebolehpercayaan uji dan uji kembali dengan 0.81 untuk permisif,
0.86 untuk autoritarian dan 0.78 untuk autoritatif masing-masing.
Shahla, Mansor, Rohani & Mariani (2011) dalam kajian mereka menyatakan
kebolehpercayaan alat ujian PAQ melalui uji dan uji kembali mendapati gaya
keibubapaan permisif adalah .69 dan autoritarian .78 sementara .73 mewakili autoritatif.
3.4.2 Coopersmith Self-esteem Inventory (CSEI)
Untuk mengetahui kesahan CSEI, analisis faktor yang dijalankan oleh Kokenes (dalam
Isberg et.al., 1989) telah mengidentifikasikan berbagai-bagai dimensi penghargaan
kendiri yang didefinisikan oleh Coopersmith. Kajian ini menganggap CSEI adalah sah
dan dapat mengukur penghargaan kendiri remaja.
Menurut Anastasi (1993) dalam (Adler & Stewart, 2004), terdapat dua jenis
borang yang telah disediakan iaitu borang untuk pelajar sekolah yang terdiri dari usia 8-
15 tahun dan borang untuk golongan dewasa yang berusia dari 16 tahun dan ke atas.
Kebolehpercayaan untuk instrumen ini diukur menggunakan kaedah Uji dan Uji-kembali
„Test retest reliability’ yang asal dan telah dilaporkan oleh Coopersmith (1967) adalah
0.88 bagi 50 orang kanak-kanak pada peringkat V (jarak masa adalah 5 minggu) dan
bagi sampel 50 orang kanak-kanak yang berusia 12 tahun menunjukkan 0.70
kebolehpercayaan (jarak masa adalah 3 tahun). Manakala kesahan untuk inventori ini
diukur menggunakan pemusatan dan membezakan maklumat (Adler and Stewart, 2004).
Selain daripada itu, cara-cara pembahagian dua (split-half) dan uji-uji semula
(test-retest) menunjukkan bahawa kebolehpercayaan CSEI ini adalah memuaskan
(Coopersmith, 1967). Oleh itu, alat ukuran penghargaan kendiri ini amat terkenal dan
luas digunakan kerana didapati stabil dari segi kebolehpercayaan dan kesahan.
Dalam konteks Malaysia, nilai kesahan dan kebolehpercayaan CSEI ddapati
tinggi. Lam Paw Lien (1990) menggunakan teknik Kuder Richardson 20 mendapati nilai
alpha bersamaan dengan 0.84.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Rozali (2003), nilai
kebolehpercayaan CSEI dengan alpha cronbach 0.88 dan Pekali Kolerasi item
keseluruhan CSEI antara 0.86 – 0.88.
3.5 Tempat Kajian
Penyelidik telah memilih untuk menjalankan kajian ini di sebuah sekolah di salah sebuah
daerah di Kota Bharu, Kelantan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh. Pengkaji
memilih sekolah ini kerana sekolah berkenaan memenuhi tuntutan, keperluan dan
kehendak dalam kajian ini. Sekolah ini juga mempunyai bilangan pelajar yang
mencukupi untuk dijadikan responden dan seterusnya dijangka akan dapat menjawab
persoalan-persoalan yang timbul dalam kajian ini.
Selain itu, pemilihan sekolah ini sebagai lokasi pilihan untuk kajian kerana di
sekolah tersebut memudahkan proses pengedaran soal selidik kerana sekolah ini terletak
berhampiran dengan kediaman pengkaji. Pemilihan sekolah ini juga adalah disebabkan
sekolah ini merupakan sekolah harian biasa yang mempunyai pelbagai tahap pencapaian
akademik.
3.6 Subjek Kajian
Kajian ini dijalankan ke atas pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan
Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. Pelajar yang dipilih sebagai responden mempunyai
sampel yang memenuhi skop kajian yang dikehendaki.
3.6.1 Populasi Kajian
Dalam menjalankan kajian ini, populasi kajian terdiri daripada pelajar-pelajar di sebuah
sekolah menengah. Jumlah populasi yang dikenal pasti di sekolah berkenaan adalah
seramai 150 orang pelajar dari tingkatan empat.
3.6.2 Sampel Kajian
Berpandukan kepada jadual penentuan saiz sampel oleh Krejcie dan Morgan, 1970,
dalam Sidek Mohd Noah 2002), saiz populasi pelajar tingkatan empat ini ialah 150 orang
maka saiz sampel ialah 108 orang dengan 54 orang pelajar perempuan dan 54 orang
pelajar lelaki. Saiz sampel ini dibahagi dengan kadar ratio seimbang 50:50 bagi kedua-
dua gender secara kaedah persampelan rawak mudah. Kaedah ini digunakan dengan
mengambil kira bilangan populasi pelajar sekolah yang terlibat. Dengan menggunakan
prosedur ini, sampel kajian akan dipilih berdasarkan undian yang dijalankan. Ini adalah
untuk memastikan kesemua responden dalam populasi mempunyai peluang yang sama
untuk dipilih.
Jadual 3.4
Jumlah Populasi dan Sampel Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan
Ketereh.
3.7 Pemarkatan
3.7.1 Parental Authority Questionnaire (PAQ)
Dalam kajian Tay dan Tam (2011), kedua-dua pengkaji ini telah mengubahsuai dan
menetapkan pembahagian skor item pada skala Likert 5 mata dari 1 (sangat tidak setuju)
hingga 5 (sangat setuju). 30 item yang dibahagikan kepada tiga skala iaitu Permisif,
Autoritarian dan Autoritatif. Sepuluh item dalam setiap subskala merumuskan dan
subskala dengan skor tertinggi menunjukkan jenis keibubapaan yang diterima pakai.
PAQ mempunyai ketekalan dalaman yang baik dengan nilai alpha antara .74 sehingga .87
dan stabil kebolehpercayaan uji dan uji kembali dalam tempoh dua minggu ia bermula.
Jantina Populasi Sampel
Lelaki 61 54
Perempuan 89 54
Jumlah 150 108
Jadual 3.5
Taburan Item Parental Authority Questionnaire (PAQ)
Jawapan Skor Item Positif Skor Item Negatif
Sangat Tidak Setuju 1 5
Tidak Setuju 2 4
Tidak Pasti 3 3
Setuju 4 2
Sangat Setuju 5 1
Contoh soalan positif adalah item 22 iaitu “Ibu bapa saya cuba memahami masalah yang
saya hadapi”. Manakala contoh soalan negatif adalah item 14 iaitu “Ibu bapa tidak kisah
apabila saya pergi tanpa menyelesaikan kerja yang disuruh oleh mereka”. Oleh itu, cara
pemarkatan bagi soal selidik Parental Authority Questionnaire (PAQ) adalah
berdasarkan kepada skala likert iaitu skala 1 - Sangat tidak setuju, skala 2 - Tidak setuju,
skala 3 - Tidak pasti, skala 4 - Setuju dan skala 5- Sangat setuju. Subjek dikehendaki
membulatkan jawapan berdasarkan lima skala likert dan skor akan dinilai dengan
menggunakan skala likert tersebut. Daripada tiga puluh soalan ini terdapat dua puluh
soalan berbentuk positif (soalan 1-10 dan 21-30) dan sepuluh soalan lagi adalah negatif
(soalan 11-20). Pembahagian item-item soalan ini dibuat mengikut 3 jenis gaya
keibubapaan yang dinyatakan oleh Baumrind. Pemberian skor bagi skala Parental
Authority Questionnaire (PAQ) adalah seperti berikut.
Jadual 3.6
Pemberian Skor Bagi Parental Authority Questionnaire (PAQ)
Gaya Keibubapaan Nombor Item
Autoritarian 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10
Permisif 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20
Autoritatif 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30
3.7.2 Coopersmith Self-esteem Inventory (CSEI)
CSEI terdiri daripada 25 item positif dan 33 item negatif. Bagi item positif, skor 1 diberi
kepada jawapan „Ya‟ dan skor „0‟ pada jawapan „Tidak‟. Sebaliknya bagi item negatif,
skor 1 akan diberi pada item „Tidak‟ dan skor 0 diberi kepada jawapan „Ya‟. Individu
yang memperolehi skor tinggi dikategorikan sebagai individu yang mempunyai tahap
penghargaan kendiri yang tinggi, manakala individu yang skornya rendah
menggambarkan penghargaan kendiri yang rendah. Taburan nombor item Coopersmith
Self-esteem Inventory (CSEI) ditunjukkan dalam Jadual 3.7.
Jadual 3.7
Taburan Nombor Item Coopersmith Self-esteem Inventory (CSEI)
Item Jawapan
Ya Tidak
Nombor Item
Positif
1
0
1, 4, 5, 8, 9, 14, 19, 20, 26,
27, 28, 29, 32, 33, 37, 38, 39,
41, 42, 43, 45, 47, 50, 53, 58
Negatif
0
1
2, 3, 6, 7, 10, 11, 12, 13, 15,
16, 17, 18, 21, 22, 23, 24, 25,
30, 31, 34, 35, 36, 40, 44, 46,
48, 49, 51, 52, 54, 55, 56, 57.
Bagi pembahagian skor penghargaan kendiri, Azizi, Jamaludin & Wei (2006) telah
menetapkan dan membahagikan skor alat ujian ini kepada dua tahap iaitu skor tinggi dan
skor rendah. Pengkaji-pengkaji ini mengukur penghargaan kendiri dengan menentukan
skor markah penghargaan kendiri rendah ialah 0-29 manakala skor markah penghargaan
kendiri tinggi iaitu 30-58. Taburan markat bagi penghargaan kendiri ditunjukkan dalam
Jadual 3.8.
Jadual 3.8
Taburan Markat Bagi Penghargaan Kendiri
Taburan Markat Penghargaan Kendiri
0 - 29 Rendah
30 - 58 Tinggi
3.8 Prosedur Kajian
Bagi menjalankan kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh, pengkaji perlu
mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil. Pertama pengkaji bersama-sama
dengan penyelia akan berbincang bagi menetapkan tajuk yang akan dikaji sebagai latihan
di dalam penulisan latihan ilmiah ini. Pengkaji dan penyelia akan berbincang mengenai
kesesuaian tajuk kajian yang akan dijalankan sama ada bersesuaian ataupun sebaliknya.
Tajuk berkenaan juga mestilah relevan dan menepati kehendak kursus ini.
Selepas itu, penulisan proposal bermula daripada bab 1, bab 2, dan bab 3. Di
dalam penulisan tersebut, terkandung pengenalan, kajian literatur dan metodologi kajian.
Penulisan ini juga hendaklah dipersetujui oleh penyelia. Selepas itu, pengkaji mestilah
mendapatkan kelulusan untuk menjalankan penyelidikan daripada Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. Setelah mendapat
kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, kajian lapangan dilakukan bagi
mendapatkan data-data dan maklumat berkenaan dengan kajian yang dikaji.
Pengkaji menyediakan soal selidik yang mengandungi 3 bahagian iaitu maklumat
diri responden, soal selidik Parental Authority Questionnaire (PAQ) dan Coopersmith
Self Esteem Inventory (CSEI). Kebenaran diperolehi untuk mengedarkan soal selidik
kepada responden. Semua maklumat yang diperolehi diproses menggunakan program
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Seterusnya semua data dibuat
penganalisaan untuk hasil laporan akhir.
3.9 Pengujian Hipotesis
Analisis inferensi digunakan untuk pengujian hipotesis pada signifikan p < 0.01 sebagai
asas menerima atau menolak sesuatu hipotesis. Ujian kolerasi Pearson digunakan untuk
melihat sama ada terdapat hubungan signifikan gaya keibubapaan dengan pendedahan
kendiri dalam kalangan pelajar tingkatan empat.
Jadual 3.9
Pengujian Hipotesis
Hipotesis
Kaedah Statistik
Hо1
Tidak terdapat perbezaan tahap penghargaan
kendiri pelajar sekolah berdasarkan jantina.
Ujian-t
Hо2
Tidak terdapat hubungan signifikan antara gaya
keibubapaan autoritarian dengan penghargaan
kendiri dalam kalangan pelajar sekolah
Pekali Kolerasi Pearson
Hо3
Tidak terdapat hubungan signifikan antara gaya
keibubapaan permisif dengan penghargaan
kendiri dalam kalangan pelajar sekolah.
Pekali Kolerasi Pearson
Hо4
Tidak terdapat hubungan signifikan antara gaya
keibubapaan autoritatif dengan penghargaan
kendiri dalam kalangan pelajar sekolah.
Pekali Kolerasi Pearson
3.10 Penganalisaan Data
Data yang diperolehi dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif
dan kaedah inferensi. Kaedah deskriptif digunakan untuk memberi gambaran umum
mengenai gaya keibubapaan dan tahap pendedahan kendiri dalam kalangan pelajar. Data
mentah dipaparkan dalam bentuk peratusan, min dan sisihan piawai.
Kaedah inferensi pula digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Data
yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS). Hipotesis-hipotesis dalam kajian ini diuji dengan SPSS
menggunakan teknik Kolerasi Pearson dan teknik Independent Sample t-Test. Kolerasi
Pearson digunakan untuk menguji perhubungan antara pembolehubah bebas dengan
pembolehubah terikat yang telah dibina oleh pengkaji dalam hipotesis. Ini kerana teknik
ini dapat menghubungkan di antara dua pembolehubah sama ada bercorak hubungan
positif, hubungan negatif atau tidak mempunyai hubungan.
Teknik statistik Independent Sample t-Test pula digunakan untuk mengkaji
perbezaan tiga corak gaya keibubapaan terhadap penghargaan kendiri pelajar berdasarkan
faktor gender serta perbezaan tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar lelaki
dan perempuan.
3.11 Rumusan
Bab ini membincangkan proses pengumpulan data yang meliputi aspek reka bentuk
kajian, lokasi kajian, sampel kajian, alat kajian dan pemarkatan data. Sebelum kajian
dimulakan, pengkaji mesti mengetahui terlebih dahulu siapa sampel kajian, di mana
tempat kajian akan dijalankan dan apakah alat kajian yang akan digunakan untuk
mengukur masalah pelajar di sekolah yang dipilih. Setelah pengkaji mengetahui semua
persoalan itu, pengkaji perlu mengetahui metod pengukuran untuk menganalisis data
yang dikumpulkan melalui alat kajian yang digunakan. Selepas itu, pengkaji boleh
meneruskan kajian kepada peringkat yang seterusnya.
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan.
Dalam bab ini, pengkaji akan memperlihatkan tentang keputusan kajian yang diperolehi
setelah proses pengumpulan data dijalankan dan proses penganalisaan data dilakukan
berdasarkan tujuan dan hipotesis data yang telah dibentuk. Penganalisaan data telah
dibuat dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan deskriptif akan
menjelaskan profil latar belakang responden, corak gaya keibubapaan dan tahap
penghargaan kendiri responden. Manakala dapatan inferensi kajian pula akan
menghuraikan pengujian statistik dengan menggunakan analisis ujian-t dan korelasi
Pearson-r.
Tujuan utama kajian ini adalah untuk menguji hipotesis yang telah dibina sama
ada pengkaji patut menyokong atau tidak kajian yang dilakukan. Pengkaji akan
membincangkan tentang laporan keputusan statistik yang telah diperolehi daripada
penganalisisan data melalui Pakej SPSS 17.0 (Statistical Package For the Social Sciences
17.0). Pengkaji menggunakan kaedah deskriptif iaitu min, peratusan dan kekerapan bagi
mengukur gaya keibubapaan dengan penghargaan kendiri dalam kalangan responden dan
Independent-Samples t-Test bagi melihat perbezaan tahap penghargaan kendiri dalam
kalangan pelajar sekolah berdasarkan jantina serta korelasi Pearson-r bagi melihat
hubungan antara dua pembolehubah yang dikaji.
4.2 Keputusan Kajian Melibatkan Statistik Deskriptif
4.2.1 Profil Latar Belakang respoden
Dalam bahagian ini, data yang dikumpulkan adalah berkaitan dengan demografi
responden. Bahagian yang dikaji dalam bahagian ini adalah berkenaan dengan jantina dan
tingkatan responden yang terlibat. Jadual 4.1 seperti di bawah menunjukkan kekerapan
serta peratusan yang diperolehi mengikut jantina.
i. Jantina
Bilangan responden mengikut jantina adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1 di
bawah:
Jadual 4.1
Bilangan responden mengikut jantina
Jantina
Kekerapan (F)
Peratus (%)
Lelaki
Perempuan
54
54
50
50
Jumlah
108
100
N=108
Jadual 4.1 menunjukkan kategori jantina yang terlibat dalam kajian mengenai kecerdasan
emosi dan tingkah laku langsang. Berdasarkan jadual tersebut menunjukkan bahawa
responden lelaki dan perempuan yang terlibat dalam kajian ini adalah sama rata iaitu 54
orang responden lelaki dan 54 orang responden perempuan dengan peratusnya adalah
sama iaitu 50 peratus.
ii. Umur
Bilangan responden mengikut umur pula adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
4.2 di bawah:
Jadual 4.2
Bilangan responden mengikut umur
Gender Kekerapan (F) Peratusan (%)
16 tahun 108 100%
JUMLAH 108 100%
N=108
Jadual 4.2 di atas menunjukkan jumlah pelajar mengikut umur yang terlibat dan di dalam
kajian ini. Seramai 108 orang pelajar tingkatan empat yang berusia 16 tahun dipilih
dalam kajian ini dengan peratusannya 100 peratus.
4.3 Keputusan Kajian
Keputusan kajian adalah hasil yang diperolehi daripada penyelidikan yang telah
dijalankan oleh pengkaji. Oleh yang demikian, keputusan kajian akan melihat peratusan
corak gaya keibubapaan dan tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar. Selain
itu, keputusan kajian juga melihat perbezaan tahap penghargaan kendiri dalam kalangan
pelajar sekolah berdasarkan jantina. Akhir sekali pengkaji akan memperlihatkan samaada
wujudnya hubungan gaya keibubapaan autoritarian, permisif dan autoritatif dengan
penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar sekolah. Berikut akan dipaparkan hasil
keputusan kajian daripada penyelidikan yang dijalankan ke atas sampel. Keputusan ini
dianalisis berdasarkan kutipan data daripada 108 sampel dengan menggunakan perisian
SPSS.
4.4 Analisis Deskriptif
4.4.1 Persoalan 1 : Apakah corak gaya keibubapaan yang kerap
digunakan dalam kalangan pelajar sekolah?
Gaya keibubapaan dibahagikan kepada tiga dimensi iaitu autoritarian, permisif dan
autoritatif. Kekerapan yang paling tinggi dikira sebagai gaya keibubapaan yang paling
kerap digunakan dalam kalangan ibu bapa pelajar sekolah. Analisis yang dijalankan
dijelaskan dalam Jadual 4.3.
Jadual 4.3
Gaya keibubapaan dalam kalangan pelajar sekolah
Gaya keibubapaan
Kekerapan (F)
Peratus (%)
Autoritarian
Permisif
Autoritatif
6
79
23
5.5
73.2
21.3
Jumlah
108
100
N=108
Berdasarkan Jadual 4.3 di atas menunjukkan gaya keibubapaan yang kerap digunakan
dalam kalangan ibu bapa pelajar sekolah ialah gaya keibubapaan permisif mewakili
sebanyak 79 orang dengan peratusan 73.2 peratus diikuti oleh autoritatif, 21.3 peratus
sebanyak 23 orang serta autoritarian seramai 6 orang dengan 5.5 peratus. Hal ini
menunjukkan corak gaya keibubapaan yang paling tinggi ialah gaya keibubapaan
permisif.
4.4.2 Persoalan 2 : Apakah tahap penghargaan kendiri dalam
kalangan pelajar sekolah?
Tahap penghargaan kendiri responden telah dibahagikan kepada dua tahap iaitu tinggi
dan rendah. Bagi skor 30 hingga 58 adalah skor yang diletakkan pada tahap tinggi dan
bagi skor 0 hingga 29 adalah skor tahap rendah. Analisis yang dijalankan dijelaskan
dalam Jadual 4.4.
Tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar sekolah
Jadual 4.4
Tahap Kekerapan Peratusan Taburan Markat
Tinggi 92 85.2% 30-58
Rendah 16 14.8% 0-29
Jumlah 108 100%
Berdasarkan jadual 4.4 di atas, keputusan analisis deskriptif menunjukkan terdapat 92
orang responden yang mempunyai tahap penghargaan kendiri tinggi iaitu 85.2 peratus.
Tahap penghargaan kendiri rendah adalah 16 orang responden dengan peratusan
sebanyak 14.8 peratus.
4.5 Analisis Inferensi
Analisis inferensi dijalankan ke atas data yang diperoleh berkaitan dengan penerimaan
atau penolakan hipotesis. Terdapat satu hipotesis yang telah diuji dengan menggunakan
ujian-t dan tiga hipotesis diuji dengan menggunakan pekali Pearson-r dengan nilai
kebarangkalian p di paras signifikan .05. Untuk hipotesis diterima p>0.05 dan sebaliknya
jika p<0.05 maka hipotesis nul adalah ditolak.
4.5.1 Hipotesis 1: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap
penghargaan kendiri pelajar sekolah berdasarkan
jantina.
Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan penghargaan kendiri pelajar sekolah
berdasarkan jantina. Analisis dijalankan bagi menguji hipotesis yang menyatakan “Tidak
terdapat perbezaan signifikan tahap penghargaan kendiri pelajar sekolah berdasarkan
jantina”. Analisis ini ditunjukkan dalam Jadual 4.5 seperti berikut:
Jadual 4.5
Jantina N Min Sisihan
Piawai
df t Sig
Lelaki
54 1.8148
0.39210
106
-1.079
0.283
Perempuan
54 1.8889
Signifikan pada nilai alpha (α) = 0.05
Jadual 4.5 di atas menunjukkan hasil ujian-t yang digunakan untuk melihat perbezaan
tahap penghargaan kendiri pelajar sekolah berdasarkan jantina. Daripada nilai min yang
diperolehi, didapati min penghargaan kendiri perempuan adalah lebih tinggi iaitu 1.8889
berbanding lelaki iaitu 1.8148. Hipotesis menyatakan tidak terdapat perbezaan signifikan
tahap penghargaan kendiri pelajar sekolah berdasarkan jantina iaitu t (106) = -1.079, p >
0.05. Oleh itu, hipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan signifikan tahap
penghargaan kendiri sekolah berdasarkan jantina diterima.
4.5.2 Hipotesis 2: Tidak terdapat hubungan signifikan antara gaya
keibubapaan autoritarian dengan penghargaan kendiri
dalam kalangan pelajar sekolah.
Jadual 4.6
Pekali Pearson di antara Gaya Keibubapaan Autoritarian dengan Penghargaan Kendiri
Pembolehubah Autoritarian p Penghargaan
kendiri
Autoritarian -
0.346
-0.092
Penghargaan
Kendiri
-0.092
Signifikan pada nilai alpha (α) = 0.05
Berdasarkan jadual di atas, didapati nilai r bersamaan dengan -0.092 dengan nilai p,
0.346 > 0.05 pada aras keyakinan 0.05. Hal ini jelas menunjukkan tidak terdapat
hubungan negatif yang signifikan di antara gaya keibubapaan autoritarian dengan
penghargaan kendiri pelajar. Maka hipotesis yang menyatakan bahawa tidak terdapat
hubungan yang signifikan di antara gaya keibubapaan dimensi autoritarian dengan
penghargaan kendiri pelajar diterima.
4.5.3 Hipotesis 3: Tidak terdapat hubungan signifikan antara gaya
keibubapaan permisif dengan penghargaan kendiri
dalam kalangan pelajar sekolah.
Jadual 4.8
Pekali Pearson di antara Gaya Keibubapaan Permisif dengan Penghargaan Kendiri
Pembolehubah Permisif p Penghargaan
kendiri
Permisif -
0.000
0.370**
Penghargaan
Kendiri
0.370** -
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Berdasarkan jadual di atas, didapati nilai r = 0.370** dengan nilai p, 0.000 < 0.01. Hal ini
jelas menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya keibubapaan
dimensi permisif dengan penghargaan kendiri pelajar. Maka hipotesis yang menyatakan
bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya keibubapaan dimensi
permisif dengan penghargaan kendiri pelajar tidak diterima.
4.5.4 Hipotesis 4: Tidak terdapat hubungan signifikan antara gaya
keibubapaan autoritatif dengan penghargaan kendiri
dalam kalangan pelajar sekolah.
Jadual 4.9
Pekali Pearson di antara Gaya Keibubapaan Autoritatif dengan Penghargaan Kendiri
Pembolehubah Permisif p Penghargaan
kendiri
Permisif -
0.000
0.366**
Penghargaan
Kendiri
0.366** -
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Berdasarkan jadual di atas, didapati nilai r = 0.366** dengan nilai p, 0.000 < 0.01. Hal ini
jelas menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya keibubapaan
dimensi autoritatif dengan penghargaan kendiri pelajar. Maka hipotesis yang menyatakan
bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya keibubapaan dimensi
autoritatif dengan penghargaan kendiri pelajar tidak diterima.
4.6 Rumusan
Bab ini telah memperlihatkan dapatan kajian yang telah dianalisis berdasarkan hipotesis
yang telah dibina. Dapatan ini diperolehi daripada 108 subjek kajian. Hasil dapatan telah
dihuraikan melalui analisis deskriptif dan inferensi dalam bentuk jadual. Setelah
menjalankan analisa deskriptif dan ujian-t, keputusan kajian bagi responden telah
diperolehi oleh pengkaji. Dapatan kajian adalah berdasarkan enam persoalan yang telah
dinyatakan. Persoalan pertama, apakah peratusan/kekerapan corak gaya keibubapaan
yang kerap digunakan dalam kalangan pelajar? Dapatan kajian menunjukkan peratus
gaya keibubapaan permisif mendapat kekerapan yang paling tinggi iaitu sebanyak 73.2
peratus dan diikuti oleh autoritatif, 21.3 peratus sebanyak 23 orang serta autoritarian
seramai 6 orang dengan 5.5 peratus. Hal ini menunjukkan corak gaya keibubapaan yang
paling tinggi ialah gaya keibubapaan permisif.
Bagi persoalan kedua iaitu apakah tahap peratusan/kekerapan penghargaan
kendiri dalam kalangan pelajar sekolah dan hasil dapatan menunjukkan sebanyak 85.2
peratus responden yang berada pada tahap tinggi dan 14.8 peratus responden yang berada
tahap penghargaan kendiri yang rendah. Manakala, bagi persoalan yang ketiga iaitu
adakah terdapat perbezaan tahap penghargaan kendiri pelajar sekolah berdasarkan
jantina. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan penghargaan
kendiri berdasarkan jantina. Persoalan keempat pula hasil keputusannya mendapati tidak
terdapat hubungan antara gaya keibubapaan autoritarian dengan penghargaan kendiri.
Persoalan seterusnya mendapati terdapat hubungan yang signifikan gaya keibubapaan
permisif dan autoritatif dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar sekolah.
BAB 5
METODOLOGI KAJIAN
5.1 Pendahuluan.
Bab ini akan membincangkan dan mengulas secara terperinci berhubung dengan
keputusan hasil dapatan yang dikemukakan dalam hipotesis yang dibina. Perbincangan
keputusan kajian akan dikaitkan dengan pernyataan masalah, pendekatan teori serta
sokongan daripada kenyataan dan kajian-kajian lepas. Hal ini bertujuan untuk melihat
sama ada dapatan dan keputusan ini konsisten atau tidak. Selain itu, pengkaji juga
membincangkan kesimpulan, implikasi serta cadangan untuk bidang penyelidikan dan
pelaksanaan masa akan datang juga akan dikemukakan. Secara keseluruhannya,
perbincangan dan penulisan bab ini berkait rapat dengan hipotesis yang telah
dikemukakan.
5.2 Rumusan Kajian
Pengkaji menjalankan kajian yang berkaitan hubungan gaya keibubapaan dengan
penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar sekolah. Pengkaji telah menjalankan kajian
ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini
melibatkan seramai 54 orang pelajar lelaki dan 54 orang pelajar perempuan.
Bagi mendapatkan data kajian, pengkaji telah mengedarkan satu set soal selidik
yang digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis yang dibina. Soal selidik yang
digunakan adalah bersesuaian untuk mengukur hubungan gaya keibubapaan dengan
penghargaan kendiri pelajar. Pengkaji telah menggunakan satu set soal selidik yang
mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A adalah berkaitan
dengan maklumat diri responden, manakala Bahagian B pula adalah berkaitan dengan
mengkaji jenis pilihan gaya keibubapaan yang digunakan oleh ibu bapa responden di
mana pengkaji mengggunakan soal selidik Parental Authority Questionnaire (PAQ).
Manakala pada bahagian C, pengkaji menggunakan soal selidik Coopersmith Self Esteem
Inventory (CSEI) adalah untuk mengukur penghargaan kendiri pelajar. Soal selidik ini
telah digunakan kerana ia mempunyai nilai atau tahap kebolehpercayaan yang tinggi.
Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
keibubapaan dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar sekolah. Hasil kajian
juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan gaya keibubapaan dalam
kalangan pelajar sekolah berdasarkan jantina. Kajian menunjukkan bahawa gaya
keibubapaan permisif mendominasi dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Ketereh. Hipotesis kedua menyatakan tidak terdapat hubungan signifikan
antara gaya keibubapaan autoritarian dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar
diterima. Hipotesis yang menyatakan tidak terdapat hubungan signifikan antara gaya
keibubapaan permisif dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar tidak diterima.
Seterusnya, hipotesis yang menyatakan tidak terdapat hubungan signifikan antara gaya
keibubapaan autoritatif dengan penghargaan kendiri pelajar tidak diterima.
5.3 Perbincangan Hasil Kajian
Perbincangan dapatan kajian adalah berdasarkan kepada persoalan-persoalan kajian dan
hipotesis-hipotesis nul yang telah dibentuk. Berdasarkan kepada hasil dapatan yang telah
diperolehi, pengkaji akan membincangkan hasil dapatan tersebut secara deskriptif dan
inferensi. Penjelasan ini turut disertakan bersama andaian-andaian dan kajian daripada
pengkaji-pengkaji lepas yang telah menjalankan penyelidikan yang sama atau hampir
sama. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini dapat dirumuskan sebagaimana berikut.
5.3.1 Corak gaya keibubapaan yang paling kerap dalam kalangan pelajar
sekolah
Perbincangan tentang gaya keibubapaan dalam kalangan pelajar sekolah merujuk kepada
Jadual 4.3 di dalam bab empat. Gaya keibubapaan yang paling kerap dalam kalangan
pelajar sekolah ialah permisif. Gaya keibubapaan ini adalah paling tinggi kekerapannya
mewakili sebanyak 79 orang dengan peratusan 73.2 peratus diikuti oleh autoritatif, 21.3
peratus sebanyak 23 orang serta autoritarian seramai 6 orang dengan 5.5 peratus. Hal ini
menunjukkan corak gaya keibubapaan yang paling tinggi ialah gaya keibubapaan
permisif.
Perbincangan tentang gaya keibubapaan yang dipraktikkan oleh ibu bapa dalam
kalangan pelajar sekolah merupakan satu isu yang amat penting dan perlu diberi
perhatian. Ibu bapa merupakan model utama dalam mendisiplinkan anak-anak.
Sehubungan dengan itu, bentuk gaya keibubapaan memainkan peranan yang sangat
penting sama ada secara langsung atau tidak terutama dalam menentukan perhubungan
yang terjalin di antara ibu bapa dengan anak.
Berdasarkan hasil persoalan kajian yang dikemukakan mendapati corak gaya
keibubapaan permisif paling tinggi kekerapannya. Pengkaji berpendapat jika remaja
menafsir kurangnya kawalan ibu bapa itu sebagai tidak berminat atau penolakan, mereka
akan menyalahkan ibu bapa kerana tidak membimbing mereka dan sebaliknya, jika
remaja menafsir gaya permisif ibu bapa mereka adalah menaruh kepercayaan yang tinggi
dan yakin terhadap kebolehan atau keupayaan mereka serta bertujuan melatih mereka
menjadi lebih berdikari dan berdedikasi, maka mereka akan bertingkah laku dan
berfikiran positif terhadap ibu bapa mereka. Hal ini bermakna persepsi remaja terhadap
penggunaan gaya keibubapaan adalah penting dalam membentuk penghargaan kendiri
mereka sendiri.
Berdasarkan teori gaya keibubapaan Diana Baumrind menyatakan gaya
keibubapaan permisif tinggi dalam dimensi „responsiveness‟ dan rendah dalam
„demandingness‟ di mana ia jarang menguatkuasakan peraturan untuk diikuti oleh anak-
anak. Dapatan kajian yang terhasil ini juga dapat dihuraikan berdasarkan gaya
keibubapaan permisif yang mengandungi dua kategori iaitu permisif-indulgen dan
permisif-negligen. Permisif-indulgen dicirikan dengan corak komunikasi yang terbuka
dan ibu bapa kurang menekankan tentang tingkah laku anak. Ibu bapa juga bersifat tidak
mengawal tetapi tinggi dalam responsif. Permisif-negligen dicirikan dengan tiada
langsung corak komunikasi terbuka antara ibu bapa dengan anak. Ibu bapa mengambil
langkah tidak terlibat atau mengabaikan terus anak-anak. Dengan kata lain, ibu bapa
disifatkan tidak mengawal dan tidak memberi respon terhadap anak-anak mereka.
Kajian ini turut disokong oleh kajian Norhusna (2009) untuk melihat gaya asuhan
ibu bapa dengan tahap kemurungan dalam kalangan pelajar berisiko tinggi. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa gaya asuhan yang paling dominan yang dipersepsikan oleh
pelajar berisiko adalah gaya asuhan permisif diikuti dengan gaya asuhan autoritatif.
Hasil ini juga disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Azizi, Yusof dan
Kamaliah (2010) membuktikan bahawa gaya keibubapaan yang paling dominan atau
yang sering diamalkan para ibu bapa dalam kajian mereka ialah gaya keibubapaan
autoritatif. Gaya keibubapaan autoritatif berkemungkinan banyak diamalkan ini juga
menyumbang kepada tahap motivasi yang baik dalam kalangan responden.
5.3.2 Tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar sekolah.
Perbincangan tentang tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar sekolah adalah
merujuk kepada Jadual 4.4 sebagaimana di dalam bab 4. Tahap penghargaan kendiri
responden telah dibahagikan kepada dua tahap iaitu tinggi dan rendah. Bagi skor 30
hingga 58 adalah skor yang diletakkan pada tahap tinggi dan bagi skor 0 hingga 29
adalah skor tahap rendah. Keputusan analisis deskriptif menunjukkan terdapat 92 orang
responden yang mempunyai tahap penghargaan kendiri tinggi iaitu 85.2 peratus. Tahap
penghargaan kendiri rendah adalah 16 orang responden dengan peratusan sebanyak 14.8
peratus.
Apabila seseorang individu tersebut memiliki penghargaan kendiri yang rendah,
kemungkinan individu tersebut akan memliki ciri-ciri seperti rendah diri, tidak yakin,
kemurungan emosi yang serius, kurang kecekapan sosial dan perkembangan kognitif
yang kurang. Penghargaan kendiri biasanya terbentuk sejak kanak-kanak lagi dan
sentiasa berubah-ubah mengikut pengalaman yang dilalui bersama ibu bapa.
Pembentukan penghargaan kendiri remaja banyak dipengaruhi beberapa faktor penting
seperti sikap ibu bapa, baka, rakan sebaya, disiplin di rumah dan sekolah, pengaruh sosio
budaya atau masyarakat sekeliling, pengamatan diri sendiri dan orang lain, serta sikap
atau kepercayaan semulajadi (Mohd Salleh, 1999)
Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan oleh Md Zahir (2009) menunjukkan
penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar berdasarkan jantina secara statistiknya
adalah tidak signifikan (t = 1.68). Berdasarkan dapatan yang diperolehi juga, dapat
disimpulkan bahawa tahap perhubungan ibu bapa dan anak serta tahap penghargaan
kendiri dalam kalangan sampel adalah berada pada tahap yang terbaik.
5.3.3 Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap penghargaan kendiri pelajar
sekolah berdasarkan jantina
Dapatan kajian yang dijalankan ke atas sampel seramai 108 orang di Sekolah Menengah
Kebangsaan Ketereh, Kota Bharu, Kelantan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar
sekolah berdasarkan jantina.
Keputusan kajian ini disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Norhusna
(2009) untuk melihat gaya asuhan ibu bapa dengan tahap kemurungan dalam kalangan
pelajar berisiko tinggi. Kajian ini juga turut melihat perbezaan gaya asuhan ibu bapa
dengan tahap kemurungan dalam kalangan pelajar berisiko tinggi berdasarkan jantina.
Hasilnya kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
tahap kemurungan dalam kalangan pelajar berisiko berdasarkan jantina.
5.3.4 Tidak terdapat hubungan signifikan antara gaya keibubapaan autoritarian
dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar sekolah.
Berdasarkan dapatan kajian, didapati nilai r bersamaan dengan -0.092 dengan nilai p,
0.346 > 0.05 pada aras keyakinan 0.05. Hal ini jelas menunjukkan tidak terdapat
hubungan negatif yang signifikan di antara gaya keibubapaan autoritarian dengan
penghargaan kendiri pelajar. Maka hipotesis yang menyatakan bahawa tidak terdapat
hubungan yang signifikan di antara gaya keibubapaan dimensi autoritarian dengan
penghargaan kendiri pelajar diterima.
Kajian ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Wan Mohd Agil (2009),
mengkaji hubungan di antara gaya keibubapaan dengan penghargaan kendiri dalam
kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Secara keseluruhan
dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya keibubapaan mempunyai hubungan dengan
penghargaan kendiri pelajar. Berdasarkan tiga dimensi gaya keibubapaan, didapati
dimensi autoritatif dan permisif mempunyai hubungan yang positif dengan penghargaan
kendiri pelajar, manakala dimensi autoritarian mempunyai hubungan yang negatif dengan
penghargaan kendiri pelajar.
5.3.5 Tidak terdapat hubungan signifikan antara gaya keibubapaan permisif
dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar sekolah.
Berdasarkan kajian di dalam dapatan kajian, didapati nilai r = 0.370** dengan nilai p,
0.000 < 0.01. Hal ini jelas menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara
gaya keibubapaan dimensi permisif dengan penghargaan kendiri pelajar. Maka hipotesis
yang menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya
keibubapaan dimensi permisif dengan penghargaan kendiri pelajar ditolak.
Hasil kajian ini disokong dan dibuktikan oleh kajian luar negara yang telah
dijalankan oleh Driscoll, Russell dan Crocket (2008) telah menjalankan kajian tentang
gaya keibubapaan dan kehidupan remaja dalam pelbagai generasi golongan imigran.
Kajian ini mengkaji tentang gaya keibubapaan yang diamalkan oleh pelbagai generasi,
hubungan antara gaya keibubapaan dan kehidupan remaja dalam kalangan pendatang
awal Mexico dan peranan gaya keibubapaan yang diwarisi bagi menerangkan corak
umum tingkah laku remaja (delinkuensi dan masalah penyalahgunaan alkohol) dan aspek
psikologi (kemurungan dan keyakinan diri). Didapati bahawa penggunaan gaya
keibubapaan permisif semakin meluas dari generasi ke generasi. Tahap masalah tingkah
laku dan keyakinan diri turut meningkat berbanding generasi terdahulu. Selain itu, ia
turut disokong oleh kajian Hawkins (2005) mengemukakan hubungan antara gaya
keibubapaan dengan perkembangan penilaian moral dalam kalangan pelajar kolej tahun
keempat di salah sebuah kolej swasta di Central Virginia. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengenal pasti sejauh mana gaya keibubapaan menjadi satu penghalang dalam
perkembangan penilaian moral dalam kalangan remaja. Pengkaji membuat hipotesis di
mana tahap penilaian moral yang ditemui dalam kalangan pelajar kolej menyedari
mereka diasuh oleh ibu bapa dengan gaya keibubapaan autoritatif adalah nyata sekali
lebih tinggi berbanding tahap yang ditemui dalam kalangan pelajar yang diasuh secara
autoritarian atau permisif. Analisis statistik dilakukan dengan menggunakan analisis
regresi dan hipotesis ditolak kerana gaya keibubapaan permisif didapati mempunyai
kesan yang kuat ke atas perkembangan moral, walaupun gaya keibubapaan autoritatif
yang penting.
5.3.6 Tidak terdapat hubungan signifikan antara gaya keibubapaan autoritatif
dalam kalangan pelajar sekolah
Berdasarkan dapatan kajian, didapati nilai r = 0.366** dengan nilai p, 0.000 < 0.01. Hal
ini jelas menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya keibubapaan
dimensi autoritatif dengan penghargaan kendiri pelajar. Maka hipotesis yang menyatakan
bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya keibubapaan dimensi
autoritatif dengan penghargaan kendiri pelajar ditolak.
Kajian ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Che Hasniza (2011)
menjalankan kajian mengenai hubungan empati dan penghargaan kendiri ibu bapa
dengan gaya keibubapaan. Justeru, satu kajian telah dijalankan terhadap 300 ibu dan 277
bapa di Terengganu untuk melihat ciri ibu bapa iaitu empati dan juga penghargaan
kendiri. Sementara itu, kajian ini juga melibatkan anak responden yang berada di
tingkatan empat bagi tujuan mendapatkan maklumat berkaitan gaya keibubapaan.
Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden di kalangan ibu bapa mempunyai tahap
empati dan penghargaan kendiri yang tinggi, serta mengamalkan gaya keibubapaan
autoritatif dalam mendidik anak-anak.
5.4 Cadangan
Tanggungjawab remaja di dalam hidup ialah mencapai nilai untuk membentuk kehidupan
mereka. Remaja perlu mencapai kejayaan dalam erti kata dunia yang lebih mantap. Ibu
bapa merupakan individu yang signifikan dalam kehidupan anak-anak. Dalam usaha
untuk mendidik anak-anak maka seharusnya ibu bapa rapat dengan mereka agar elemen
didikan dapat diterapkan. Dalam hal ini, penerimaan anak terhadap ibu bapa harus berada
pada tahap yang terbaik. Hubungan yang berkualiti terutama yang melibatkan ibu bapa
akan mewujudkan hubungan keluarga yang baik dan harmonis.
Gaya keibubapaan yang tidak praktikal akan mewujudkan konflik di dalam diri
terutama apabila melalui waktu transisi di antara alam kanak-kanak dan remaja. Malahan
persekitaran keluarga yang tidak kondusif dan harmoni akan menyebabkan tingkah laku
bermasalah. Sebagai contoh ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan autoritarian
lebih cenderung memberi tekanan dalam mendapatkan sesuatu kepastian , terutamanya
dalam memenuhi permintaan ibu bapa tersebut. Ibu bapa seperti ini biasanya akan
berjaya dalam arahannya kerana menggunakan kekerasan dan disiplin. Namun demikian,
anak-anak yang dihasilkan melalui gaya keibubapaan ini menunjukkan bahawa mereka
mengalami masalah perkembangan kualiti diri, tidak berminat di dalam pelajaran serta
menarik diri daripada hubungan sosial.
Justeru itu, dalam menerapkan gaya keibubapaan terhadap anak-anak mereka, ibu
bapa harus memilih pendekatan gaya keibubapaan yang bersesuaian dan tepat. Ibu bapa
perlu banyak terlibat dalam aktiviti anak seperti meluangkan masa dan bertingkah laku
menyayangi. Ini akan menyebabkan anak merasa lebih persaingan, dapat mengawal diri
dan lebih berorientasikan motivasi dan autonomi.
5.5 Masalah Dalam Melaksanakan Kajian
Semasa menjalankan kajian, pengkaji telah menghadapi beberapa masalah untuk
menyempurnakan kajian ini. Masalah yang dihadapi oleh pengkaji ialah terpaksa
menukar tempat kajian yang ingin dijalankan. Hal ini berlaku disebabkan proses untuk
mendapat kelulusan menjalankan kajian di sekolah tersebut memakan masa yang agak
lama. Oleh itu, pengkaji mengambil alternatif dengan mencari sekolah lama pengkaji
iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh, Kota Bharu.
Selain itu, kajian yang dilakukan hanya melibatkan satu kaum sahaja iaitu Melayu
sahaja. Masalah ini wujud kerana sekolah tersebut hanya terdiri daripada kalangan pelajar
Melayu sahaja. Oleh yang demikian, kajian yang dilakukan ini tidak boleh
digeneralisasikan sepenuhnya kepada keseluruhan masyarakat di Malaysia.
Dalam proses menjalankan kajian, beberapa limitasi dalam kajian yang
kemungkinan telah berlaku antaranya ialah kurang mendapat kerjasama dari responden
dengan baik serta responden mungkin memberi jawapan yang tidak jujur. Selain itu,
kajian ini merupakan kajian pertama bagi penyelidik, tidak mempunyai pengalaman dan
perlu banyak bimbingan dan tunjuk ajar daripada pengajar.
5.6 Implikasi
Berdasarkan hasil kajian yang telah diperolehi, pengkaji telah mengenal pasti beberapa
implikasi kajian yang berkaitan dengan hubungan gaya keibubapaan dengan
penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh.
Dalam konteks ini, pengkaji akan membincangkan beberapa implikasi yang merangkumi
implikasi terhadap model gaya keibubapaan Diana Baumrind, implikasi terhadap pelajar,
ibu bapa dan masyarakat, pihak sekolah dan unit bimbingan dan kaunseling sekolah serta
implikasi terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan agensi bukan kerajaan
(NGO).
5.6.1 Implikasi Terhadap Model Gaya Keibubapaan Diana Baumrind
Berdasarkan kepada Model Gaya Keibubapaan Diana Baumrind, beliau telah mengenal
pasti tiga jenis gaya keibubapaan yang utama dan bentuk-bentuk tingkah laku yang
terhasil berdasarkan kepada setiap gaya keibubapaaan tersebut.
Dalam konteks kajian ini, model ini telah dijadikan rujukan utama dalam kajian.
Setiap gaya keibubapaan tersebut didapati memberikan kesan kepada tingkah laku anak-
anak. Kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa autoritatif cenderung menikmati
kehidupan, mempunyai motivasi yang tinggi, berpuas hati dengan diri dan bersikap
positif terhadap rakan sebaya. Anak-anak juga cenderung bersikap bertanggungjawab dan
mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Manakala, kanak-kanak yang dibesarkan
oleh ibu bapa autoritarian cenderung untuk menjadi terlalu agresif atau pasif, mempunyai
kemahiran sosial yang lemah dan mempunyai penghargaan kendiri yang rendah. Kanak-
kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa permisif pula akan membentuk sifat kurang matang,
kurang kawalan diri dan kurang keyakinan diri dalam diri mereka. Malalui kajian ini, ia
diharapkan membantu pelajar memahami jenis gaya keibubapaan dan bentuk-bentuk
tingkah laku yang terhasil daripada gaya keibubapaan tersebut.
5.6.2 Implikasi Terhadap Pelajar
Kajian yang dijalankan ini memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar
tentang kepentingan aspek penghargaan kendiri dalam kehidupan mereka. Melalui kajian
ini, pelajar dapat mengetahui sejauhmana pengaruh gaya keibubapaan terhadap
pembentukan penghargaan kendiri mereka.
Pelajar perlu menyedari bahawa peringkat keremajaan ini sangat penting dalam
memupuk pengenalan diri individu bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan tentang
peranan diri. Kekeliruan dengan peranan diri akan menjadikan pelajar sukar dalam
kehidupan seharian kerana tidak tahu tentang matlamat hidup. Justeru, dalam peringkat
perkembangan remaja ini, pelajar perlu tahu siapa dirinya, baik atau buruk dan
mempunyai keyakinan diri untuk menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam
kehidupan.
Kajian ini juga memberikan gambaran bagaimanakan suasana yang seharusnya
diwujudkan bagi menghasilkan seorang remaja yang mempunyai konsep kendiri yang
lebih positif. Ini kerana konsep kendiri merupakan peranan yang penting dalam
pembentukan personaliti seseorang remaja. Apabila seseorang remaja itu mempunyai
konsep kendiri yang positif, sudah pasti sikap yang mereka pamerkan dan bertingkah
laku yang baik.
5.6.3 Implikasi Terhadap Ibu Bapa dan Masyarakat
Kajian yang dijalankan ini memberikan kesan kepada ibu bapa dan masyarakat.
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan ibu bapa memainkan peranan
yang signifikan dalam pembentukan penghargaan kendiri anak-anak. Dalam kebanyakan
budaya, agen utama sosialisasi bagi kanak-kanak adalah ibu bapa yang begitu kuat
pengaruhnya ke atas tingkah laku. Malah anak-naka bergantung pada ibu bapanya bagi
mendapatkan keperluan asas. Anak-anak banyak menghabiskan masa mereka di rumah.
Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan ataupun pengaruh yang penting dalam
pembentukan konsep kendiri mereka.
Ibu bapa adalah model penting kepada anak-anak daripada segi sikap,
kepercayaan dan tingkah laku. Contohnya, ibu bapa yang mesra dan melibatkan diri
dalam aktiviti anak dan responsif cenderung menjadikan anak popular di sekolah. Ini
membantu dalam pembentukan konsep kendiri anak mereka. Ibu bapa juga membantu
pembentukan konsep kendiri anak-anak mereka dengan cara mensosialisasikan mereka
melalui latihan langsung, menawarkan maklumat ataupun memberi peneguhan kepada
tingkah laku yang baik, betul dan diingini. Contohnya, ibu bapa menggalakkan anaknya
bermain dengan rakan sebaya ataupun melarang anaknya bermain dengan orang asing.
Oleh yang demikian, ibu bapa diharapkan akan memperolehi pengetahuan dalam
memilih jenis gaya keibubapaan yang bersesuaian terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa
merupakan model utama dalam mendisiplinkan anak-anak. Oleh yang demikian, bentuk
gaya keibubapaan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan
perhubungan yang terjalin di antara ibu bapa dengan anak. Melalui gaya keibubapaan ini
juga, anak-anak lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran terutamanya
bagi anak-anak remaja yang sedang melalui proses perkembangan dan pertumbuhan.
Melalui kajian ini, ibu bapa dapat mengetahui bahawa mereka perlu memberikan galakan
dan sokongan dalam mendidik anak-anak di mana galakan dan sokongan ini menjadi
faktor penting dalam meningkatkan perkembangan penghargaan kendiri anak-anak.
Di samping itu, kajian ini turut memberi kesan kepada masyarakat di mana
masyarakat akan lebih sedar akan kepentingan aspek gaya keibubapaan dalam
mempengaruhi perkembangan penghargaan kendiri remaja. Tanpa penghargaan kendiri
yang tinggi, adalah sukar bagi remaja untuk membangunkan diri sendiri dan memenuhi
keinginan untuk mencapai kehidupan yang lebih berkualiti. Dalam hal ini, masyarakat
memerlukan pengetahuan yang menyeluruh bagi memahami kesan pembentukan
penghargaan kendiri daripada gaya didikan yang diterapkan terhadap anak-anak mereka.
Kajian ini juga menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang aspek gaya
keibubapaan dan peranan yang perlu dimainkan sebagai anggota masyarakat dalam usaha
untuk melahirkan insan yang berkualiti.
5.6.4 Implikasi Terhadap Pihak Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah
Kajian ini turut memberi kesan kepada pihak sekolah dan Unit Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah. Berdasarkan kajian ini, pihak sekolah dapat merangka program
yang bersesuaian di mana program tersebut akan dapat membantun pelajar untuk
memperkembangkan penghargaan kendiri. Oleh itu, program berbentuk kursus
kemahiran keibubapaan yang boleh melibatkan ibu bapa dan anak-anak remaja boleh
dijalankan bagi membantu pelajar menyelesaikan masalah yang dialami di sekolah.
Peranan unit bimbingan dan kaunseling sekolah sebagai satu unit penting dalam
pentadbiran sekolah adalah penting dalam membentuk dan melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Kajian ini jelas
menunjukkan bahawa perkembangan penghargaan kendiri seseorang pelajar adalah
mempunyai perkaitan dengan gaya keibubapaan yang diterapkan oleh ibu bapa mereka.
Justeru, unit bimbingan dan kaunseling sekolah boleh merencanakan pelbagai intervensi
dan program bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar dan ibu bapa
mereka supaya mereka memahami tentang hubungan gaya keibubapaan dengan
penghargaan kendiri anak-anak mereka.
5.6.5 Implikasi Terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia dan Agensi Bukan
Kerajaan (NGO).
Kajian ini juga turut membawa implikasi kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM). Dalam hal ini, pihak KPM dapat merangka program yang dapat memenuhi
keperluan psikologi pelajar. Kandungan sukatan tugas dan tanggungjawab kaunselor
yang sedia ada di mana ia melibatkan keibubapaan boleh diperkemaskan kandungan
sukatan dan pelaksanaannya supaya input yang bakal diperolehi oleh ibu bapa dan pelajar
dapat mencetuskan satu dimensi baru dalam pemilihan gaya keibubapaan yang
bersesuaian dan tepat oleh ibu bapa.
Di samping itu, kajian ini turut membawa implikasi kepada Agensi Bukan
Kerajaan (NGO) khususnya yang ditubuhkan untuk membentuk komuniti masyarakat.
Melalui kajian ini agensi bukan kerajaan (NGO) boleh melaksanakan pelbagai program
yang boleh membantu masyarakat terutamanya dalam memberikan pendedahan
kemahiran keibubapaan dan keluarga. Justeru, dengan penglibatan semua pihak termasuk
NGO ini dapat menyediakan satu medium dan landasan yang terbaik dalam mendidik
masyarakat berkaitan aspek kekeluargaan.
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan
Berdasarkan dapatan kajian yang telah dibincangkan, maka pengkaji menyarankan
beberapa cadangan supaya kajian berkaitan dengan gaya keibubapaan dengan
penghargaan kendiri pelajar dapat diteruskan dan diperkembangkan. Hal ini adalah
penting dalam membentuk pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi,
berkeyakinan dan berketrampilan.
Kajian dalam negara tentang hubungan di antara gaya keibubapaan dengan
penghargaan kendiri anak-anak remaja sudah lama dikaji. Terdapat pelbagai pendekatan
yang berbeza yang digunakan dalam mengkaji kajian ini. Justeru, pengkaji menyarankan
supaya lebih banyak lagi kajian mengenai gaya keibubapaan dengan penghargaan kendiri
dengan pendekatan yang berbeza. Pendekatan yang boleh digunakan antaranya ialah
kaedah intervensi menangani permasalahan remaja dengan mengadakan program yang
berkaitan keibubapaan.
Dalam kajian lanjutan, pengkaji mencadangkan supaya sampel kajian dapat
merangkumi berbagai-bagai aspek yang dapat menggambarkan populasi pelajar yang
sebenar seperti melibatkan saiz sampel yang lebih besar serta perbandingan dengan
sekolah di kawasan luar bandar dengan sekolah di kawasan bandar.
Selain itu, faktor-faktor lain dalam kehidupan remaja mungkin juga menyumbang
kepada penghargaan kendiri remaja selain daripada gaya keibubapaan seperti pergaulan
dengan rakan sebaya, kecekapan fizikal dan mental serta pencapaian akademik juga
menjadi faktor penting dalam mempengaruhi pembentukan penghargaan kendiri. Justeru
itu, dalam kajian lanjutan, pembolehubah-pembolehubah seperti ini boleh menjadi satu
kerangka yang baik dalam membina kajian mengenai penghargaan kendiri.
5.8 Penutup
Secara keseluruhan, didapati bahawa perkembangan penghargaan kendiri pelajar adalah
berhubungan dengan gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa pelajar. Hasil
kajian ini adalah sangat berguna kepada pelajar, ibu bapa dan masyarakat umum dalam
memahami tentang pengaruh gaya keibubapaan dan kesannya terhadap perkembangan
kendiri anak-anak. Tambahan pula, ia memberikan pengetahuan dan pemahaman kepada
ibu bapa untuk memilih jenis gaya keibubapaan yang bersesuaian terhadap anak-anak
mereka.
BIBLIOGRAFI
Abd. Razak Zakaria & Norani Mohd Salleh (2011). Konteks keluarga dan hubungannya
dengan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah menengah.
Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)(2011): 35-44.
Adler, N. and Stewart, J. (2004). Self-esteem. Research network on socioeconomic
status and health. Diperolehi pada October 17, 2012, dari
http://www.macses.ucsf.edu/Research/Psychosocial/notebook/selfesteem.html.
Aries, P. (1984). Centuries of childhood: A social history of family. New York:
Random House Inc.
Atwater, E. (1992). Adolescence New Jersey: Prentice Hall.
Azizi Yahaya & Jaafar Sidek (2006). Siri kaunseling: membentuk identiti remaja.
(Cetakan Kedua). Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli & Wei May Lin (2006). Hubungan antara tingkah
laku keibubapaan dengan penghargaan kendiri di kalangan remaja. Jurnal
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 11. pp. 36-45
Azizi Yahaya, Yusof Boon & Kamaliah Noordin (2010). Hubungan antara konsep
kendiri, motivasi dan gaya keibubapaan dengan pencapaian pelajar.
Persidangan Antarabangsa ON LEARNING AND MOTIVATION 10-12
September : Langkawi Kedah, Malaysia.
Baumrind, D. (1968). Autoritarian vs Autoritative Parental Central Adolescence. New
Jersey: Prentice Hall Inc.
Baumrind, D. & Black, A.E. (1967). Socialization Practices Associated With
Dimensions of Competente In Preschool Boys and Girls. Child Development,
38, 291-327.
Baumrind, D. (1971). Current Patterns Of Parental Authority. Developemental
Psychology Monograph. 4(1): 1-102.
Baumrind, D. (1971). Current Patterns Of Parental Authority. Developmental
Psychology Monographs, 4, part 2.
Berne, P.H., Savary L.M. (1985). Building Self-Esteem in Children. New York: The
Continuum Publishing Company.
Buri, J. R. (1991). Parental authority questionnaire. Journal of Personality and Social
Assessment, 57, 110-119. Retrieved August 18, 2012, from
http://faculty.sjcny.edu/~treboux/documents/parental%20authority%20questionnaire.
Caporella, D. (2007). Has today’s modern lifestyle influenced parenting style?
Retrieved October 25, 2012, from http://ezinearticles.com/?Has-Todays-
Modern-Lifestyle-Influenced-Parenting-Style&id=503650.
Cfroerer, K.P., Kern, R.M., Curlette, W.L., White, J., & Jonyniene.J (2011).
Parenting style and personality: perceptions of mothers, fathers, and
adolescents. The Journal of Individual Psychology 6(1)(2011).
Che Hasniza Che Noh. (2011). Hubungan empati dan penghargaan kendiri ibu bapa
dengan gaya keibubapaan. Jurnal Kemanusiaan Universiti Teknologi
Malaysia 17: 66-79.
Coopersmith S. (1967) The antecedents of self-esteem. Freeman : San Francisco.
Darling. (1999). Parenting styles and its correlates. ERIC/ EECE Publications
Digests. [Electronic version]. Diperoleh October 20, 2012 daripada
http://ericeece.org/pubs/digest/1999/darlin99.html.
Darling, N. (2010). Parenting style dan its correlates. Retrieved October 25, 2012,
from http://www.athealth.com/Practitioner/ceduc/parentingstyles.ht
ml.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ding, S., & Littleton, K. (2005). Children’s personal and social development.
Oxford, England: Wiley-Blackwell.
Driscoll, A.K., Russel, S.T.,Crocket, L.J.(2008). Parenting styles and youth well- being
across imigrant generations. Journal of Family Issues 29:2.
Elham Dehyadegary, Siti Nor Yaacob, Rumaya Juhari & Mansor Abu Talib (2012).
Relationship between parenting style and academic achievement among Iranian
adolescents in Sirjan. Asian Social Science Journal, 8 (1) (2012)
Ellen. K.S. (1998). Relationship of Parenting Style to Behavioral Adjustment in
Graduating High School Senior. Journal of Youth And Adolescense, 27 (3),
345-372
Erikson, E.H. (1963). “Childhood and Society.” New York: Norton.
Gaitire Dewadasan (2011). Gaya asuhan ibu bapa dan hubungannya dengan tahap
pencapaian akademik pelajar. Tesis sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan.
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Gale Encyclopedia of Education. (2002). Adolescent peer culture: Parents’ role.
Retrieved October 01, 2012, from http://www.answers.com/topic/adolescent-
peer-cultureparents-role
Gfroerer, Kelly P. , Kern, Roy M., Curlette, William L.,White, JoAnna & Jonynienė,
Jolita (2011). Parenting style and personality: perceptions of mothers, fathers
and adolescents. Journal of Individual Psychology; Spring2011, Vol. 67 Issue 1,
p57-73, 17p
Gould, J. W., & Martindale, D. A. (2009). The art and science of child custody
evaluations. New York: Guilford Press.
Habibah Elias & Tan Huey Yee (2009). Relationship between perceived paternal and
maternal parenting styles and student academic achievement in selected
secondary schools. European Journal of Social Sciences, 9 (2). pp. 181-192.
Hassan Langgulung. (1980). Pendidikan Islam di rumah. Seminar Pendidikan Islam pada
peringkat kanak-kana. Pulau Pinang.
Hawkins, S.M (2005). The influence of parenting styles on the development of moral
judgment in college level adolescents. Published Doctoral Dissertations and
Projects. United States: Liberty University.
Hetherington, E.M. (Ed.) 1983. Mussen manual of child psychology (Vol. 4, 4th ed.).
New York: John Wiley.
Horney, K. (1992). Our inner conflict. New York: Norton.
Huver, R. M. E., Otten, R., Vries, H. de., & Engels, R. C. M. E. (2009). Personality and
parenting style in parents of adolescents. Journal of Adolescence, 33, 395-402.
Retrieved March 23, 2011, from ScienceDirect database.
Isberg, R. S., Hauser, S. T., Jacobson, A. M., Powers, S. I., Noam, G., Weiss-Perry, B. &
Follansbee, D. (1989). A Development Perspective. Journal of Youth and
Adolescence.
Ishak Mad Shah (2006). Kepimpinan dan hubungan interpersonal dalam komunikasi.
Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.
Izyani Abd Wahid (2009). Hubungan konsep kendiri dan komunikasi interpersonal
dalam kalangan pelajar rendah akademik. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan.
Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Jas Laile Suzana Jaafar (2002). Psikologi Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Joseph, L. (1992). Character structure and the organization of the self. New York:
Columbia University Press
Jr., W. E. S., Overbey, G. A., & Brewer, A. L. (2005). Parenting perfectionism and the
parenting role. Personality and Individual Differences, 39, 613-624. Retrieved
March 20, 2011, from ScienceDirect
Khamsiah Ismail, Shukran Abdul Rahman & Hariyati Shahrima Abdul Majid (2012).
Psychosocial predictors of academic achievement of adolescents. Germany: Lap
Publishing
Knox, D., & Schacht, C. (2007). Choices in relationships: An introduction to
marriage and the family (9th ed.). Florence, KY: Cengage Learning
Kuan Siew Ling (2004). Hubungan gaya keibubapaan di kalangan remaja.
Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Lam Paw Lien (1990). Tingkah laku keibubapaan dan penghargaan kendiri
remaja. Tesis yang tidak diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Li, Y., Costanzo, P. R., & Putallaz, M. (2010). Maternal socialization goals, parenting
styles, and social-emotional adjustment among Chinese and European
American young adults: Testing a mediation model. The Journal of Genetic
Psychology, 171(4), 330-362. Retrieved March 28, 2010, from ProQuest
database.
Mariechia L. Palmer (2007). A cross-culture comparison of the factors associated with
academic competence. Dissertation Doctor of Philosophy. Oklahoma: Oklahoma
State University.
Maznah Baba & Zainol Madon (2005). Kaunseling Individu. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
Md Zahir Abdul Hamid (2009). Hubungan antara perhubungan ibu bapa dan anak
dengan penghargaan kendiri pelajar di salah sebuah sekolah menengah di
Taiping. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan. Tanjung Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Salleh Lebar (1999). Memahami psikologi. Selangor: Thinker‟s Library Sdn Bhd.
Mohd Zaki Al-Jihadi Mat Yunus (2009). Kesan kaunseling kelompok berstruktur bagi
meningkatkan tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar pencapaian
akademik rendah. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan. Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Muhd Mansor (1998). Psikologi Remaja. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Nelson, J. & Lott, L. (1994). Positive discipline for teenager. New York: Prima
Publishing.
Nik Hairi Omar, Azmi Abdul Manaf & Ahmad Shazili Ayob (2012) Pengujian model
gaya keibubapaan baumrind ke atas pencapaian akademik pelajar sekolah
menengah. Journal of Social Sciences and Humanities 7(1): 105-120.
Nor Hasida Kamarudin (2009). Hubungan antara gaya keibubapaan dan kemurungan
kanak- kanak di tiga buah sekolah di Perak. Latihan Ilmiah yang tidak
diterbitkan. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Norhayati Alias (2009). Hubungan antara cara gaya asuhan ibu bapa dengan konsep
kendiri remaja (FELDA). Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan. Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Norhayatunnisha‟ Nordin (2011). Hubungan antara kecerdasan intelek, kecerdasan
emosi, kecerdasan spiritual dan gaya asuhan ibu bapa dengan tingkah laku
kenakalan dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Pontian . Tesis sarjana
pendidikan yang tidak diterbitkan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Norhusna Abu Bakar (2009). Gaya asuhan ibu bapa dan tahap kemurungan dalam
kalangan pelajar berisiko tinggi di daerah Kuala Terengganu. Latihan Ilmiah
yang tidak diterbitkan. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nurul Ain Hamsari & Azizi Yahaya (2012). Peranan motivasi pembelajaran, gaya
keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik. Journal of Educational
Psychology & Counseling, 5: 30-57.
Nuraini Nawwar (2009). Hubungan gaya keibubapaan dengan pendedahan kendiri
pelajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar. Latihan Ilmiah yang
tidak diterbitkan. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nurhidayah Hanafi (2008). Keperluan pelajar sekolah menengah terhadap
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Latihan Ilmiah yang tidak
diterbitkan. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Palladino, D. C. (1989) Developing self-esteem. California: Crisp Publications.
Pellerin, L. A. (2005). Applying Baumrind‟s parenting typology to high schools: Toward a
middle-range theory of authoritative socialization. Social Science Research, 34, 283-
303. Retrived August 23, 2012, from ScienceDirect database.
Philipchalk, R.P. (1995). Invitation to Social Psychology. Fort Worth: Harcourt Brace
College Publisher
Ranjit Singh Malhi (1997). Harga diri. Kuala Lumpur: Self Esteem Seminar Sdn. Bhd.
Ranjit Singh Malhi (2004). Mempertingkatkan kualiti peribadi. Kuala Lumpur: TQM
Consultants Sdn Bhd.
Rivers J., Mullis A.K, Fortner L.A, Mullis R. L. (2012) Relationship between
parenting styles and the academic performance of adolescents. Journal of Family
Social Work 15(3)(2012)
Rozali Mohd Salleh (2003). Hubungan antara penghargaan kendiri dengan
sokongan sosial dan pencapaian akademik, pelajar tahun enam, Sekolah
Kebangsaan Kesom, Kuala Terengganu. Tesis sarjana pendidikan yang tidak
diterbitkan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Salasiah Khairollah (2011). Gaya keibubapaan yang mempengaruhi pembentukan
personaliti islamik pelajar. Tesis sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan.
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Satir, V. (1988). The new peoplemaking. Mountain View, California: Science and
Behavior Books Inc.
Shahla Alizadeh, Mansor Abu Talib, Rohani Abdullah & Mariani Mansor (2011).
Relationship between parenting style and children‟s behavior problems.
Journal of Asian Social Science 7 (12) (2011)
Sidek Mohd Noah (2002). Reka bentuk penyelidikan falsafah, teori dan praktis.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor, Ramlah
Jantan, Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah. (2009). Pembelajaran dan
perkembangan pelajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Studer, J. R. & Diambra, J. F. (2010). A guide to practicum and internship for school
counselors-in-training. New York: Taylor and Francis Group
Tay Ee Lin & Tam Cai Lian (2011). Relationship between perceived parenting styles
and coping capability among Malaysian secondary school students.
International Conference on Social Science and Humanity vol.5 Press,
Singapore.
Tuckman, B.W.1978. Conducting educational research, 2nd Edition. New York:
Harcourt Brace Jovanovich, Inc.
Utusan Malaysia (2010, 19 Ogos). Membina komunikasi berkesan. Utusan
Malaysia Online.
Vincent Guilamo-Ramos, James Jaccard and Patricia Dittus (2010). Parental
Monitoring of Adolescents: Current Perspectives for Researchers and
Practitioners. New York: Columbia University Press.
Wan Mohd Agil Mat Yamin (2009). Hubungan gaya keibubapaan dengan
penghargaan kendiri di kalangan pelajar di salah sebuah sekolah
menengah kebangsaan agama di daerah Batang Padang. Latihan Ilmiah yang
tidak diterbitkan. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Wang, M. C., & Taylor, R. D. (2000). Resilience across contexts: Family, work, culture, and
community. New York: Routledge.
Westman, J.C., 1997. Born to Belong, Becoming Who I Am. Lima, OH: CSS
Publisher
Zulkifli Ismail & Redwan Majid (2004). Remaja yang berwawasan. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
SOAL SELIDIK
HUBUNGAN GAYA KEIBUBAPAAN DENGAN PENGHARGAAN KENDIRI
PELAJAR
BAHAGIAN A: MAKLUMAT DIRI
BAHAGIAN B: PARENTAL AUTHORITY QUESTIONNAIRE
BAHAGIAN C: COOPERSMITH SELF-ESTEEM INVENTORY
BAHAGIAN A
MAKLUMAT DIRI
Jantina:
Lelaki ( )
Perempuan ( )
Tinggal bersama:
Ibu dan Bapa ( )
Ibu sahaja ( )
Bapa sahaja ( )
Penjaga ( )
BAHAGIAN B
Parental Authority Questionnaire (PAQ)
Kenyataan di bawah ini menggambarkan cara ibu bapa saya mengawal anak-anak mereka. Anda
hanya perlu membulatkan Sangat Tidak Setuju (STS), Tidak Setuju (TS), Tidak Pasti (TP),
Setuju (S), atau Sangat Setuju (SS) pada soalan yang dikemukakan. Tandakan ( / ) pada jawapan
yang dirasai bersesuaian dengan diri ibu bapa anda.
1. Sangat Tidak Setuju (STS)
2. Tidak Setuju (TS)
3. Tidak Pasti (TP)
4. Setuju (S)
5. Sangat Setuju (SS)
Bil Item Soalan STS TS TP S SS
1. Ibu bapa saya akan memukul apabila saya
melakukan kesalahan
1 2 3 4 5
2. Di rumah, ibu bapa saya mengadakan
peraturan yang ketat yang harus saya patuhi.
1 2 3 4 5
3. Ibu bapa saya selalu masuk campur dalam hal-
hal berkaitan dengan kehidupan saya.
1 2 3 4 5
4. Ibu bapa saya selalu merancang segala hal
yang berkenaan dengan pelajaran dan kerjaya
saya.
1 2 3 4 5
5. Oleh kerana ibu bapa terlalu melindungi saya,
saya merasa tidak mempunyai peluang untuk
menunjukkan kebolehan saya.
1 2 3 4 5
6. Ibu bapa saya tidak menggalakkan saya pergi
ke rumah rakan-rakan saya.
1 2 3 4 5
Bil Item Soalan STS TS TP S SS
7. Ibu bapa sering meletakkan harapan yang
tinggi terhadap saya dalam apa jua yang saya
lakukan.
1 2 3 4 5
8. Ibu bapa sering mengawal apa yang saya
lakukan.
1 2 3 4 5
9. Ibu bapa selalu mendenda saya apabila
mendapati saya bersalah.
1 2 3 4 5
10. Ibu bapa saya selalu merasa khuatir terhadap
keselamatan saya di luar rumah. Oleh itu, saya
tidak diberi kebebasan untuk bergaul dengan
rakan-rakan saya.
1 2 3 4 5
11. Ibu bapa kurang mengambil berat tentang diri
saya.
1 2 3 4 5
12. Ibu bapa sering kali tidak mahu mendengar
cadangan saya.
1 2 3 4 5
13. Apabila saya sedang melakukan sesuatu
perkara, ibu bapa saya sering kali mengatakan
tindakan saya itu salah.
1 2 3 4 5
14. Ibu bapa tidak kisah apabila saya pergi tanpa
menyelesaikan kerja yang disuruh oleh
mereka.
1 2 3 4 5
15. Ibu bapa sering membenarkan apa sahaja yang
saya lakukan tanpa disoal siasat oleh mereka.
1 2 3 4 5
16. Ibu bapa sentiasa merungut berkaitan
kebanyakan perkara yang saya lakukan.
1 2 3 4 5
17. Ibu bapa saya seringkali tidak menepati janji
mereka.
1 2 3 4 5
18. Ibu bapa kurang memberi perhatian dan kasih
sayang kepada saya.
1 2 3 4 5
Bil Item Soalan STS TS TP S SS
19. Ibu bapa sering kali mengelak apabila saya
ingin berjumpa dengan mereka untuk
berbincang tentang sesuatu perkara.
1 2 3 4 5
20. Ibu bapa tidak menunjukkan minat terhadap
aktiviti-aktiviti yang saya lakukan.
1 2 3 4 5
21. Ibu bapa saya selalu bercakap dengan nada
suara yang lembut.
1 2 3 4 5
22. Ibu bapa cuba memahami masalah yang saya
hadapi.
1 2 3 4 5
23. Hubungan antara saya dengan ibu bapa saya
adalah baik.
1 2 3 4 5
24. Ibu bapa sering memberi kebenaran kepada
saya untuk pergi ke rumah rakan-rakan saya.
1 2 3 4 5
25. Ibu bapa tidak terus mendenda kesalahan saya,
sebaliknya memberi alasan terlebih dahulu.
1 2 3 4 5
26. Ibu bapa selalu berbual dengan saya apabila
mereka mempunyai masa lapang.
1 2 3 4 5
27. Ibu bapa sentiasa mengambil berat tentang
keselamatan dan kesihatan diri saya.
1 2 3 4 5
28. Apabila saya mendapat berita baik, saya selalu
memberitahu berita itu kepada ibu bapa saya.
1 2 3 4 5
29. Apabila ibu bapa mengadakan perbincangan,
saya seringkali tidak dibenarkan menyertainya.
1 2 3 4 5
30. Ibu bapa membuat peraturan yang sedikit
sahaja untuk kegiatan harian saya.
1 2 3 4 5
BAHAGIAN C: COOPERSMITH SELF ESTEEM INVENTORY
Arahan: Kenyataan di bawah adalah berkenaan dengan diri anda, tidak ada jawapan betul atau
salah. Sila bulatkan jawapan yang paling sesuai dengan keadaan anda.
1. Keadaan di sekeliling tidak mengganggu saya. Ya Tidak
2. Saya berasa sukar untuk bercakap di depan kelas Ya Tidak
3. Sekiranya boleh, saya ingin menukar banyak perkara mengenai
diri saya.
Ya Tidak
4. Saya boleh membuat keputusan tanpa menghadapi banyak
masalah.
Ya Tidak
5. Orang lain suka bersama saya. Ya Tidak
6. Saya selalu berasa tersinggung dan kecewa semasa berada di
rumah.
Ya Tidak
7. Saya mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri
dengan perkara yang baru.
Ya Tidak
8. Saya begitu popular dalam kalangan rakan sebaya saya. Ya Tidak
9. Ibu bapa saya selalu mengambil kira perasaan saya. Ya Tidak
10. Saya mudah mengakui kalah. Ya Tidak
11. Ibu bapa saya terlalu banyak mengharapkan sesuatu daripada
saya.
Ya Tidak
12. Adalah amat sukar menjadi saya (amat sukar bila saya untuk
melakukan apa yang saya hendak).
Ya Tidak
13. Saya mengalami banyak masalah dalam hidup saya. Ya Tidak
14. Kawan-kawan saya selalu mengikut pendapat saya. Ya Tidak
15. Saya memandang rendah terhadap diri saya. Ya Tidak
16. Saya ingin melarikan diri dari rumah. Ya Tidak
17. Saya selalu berasa kecewa dengan kerja-kerja di sekolah. Ya Tidak
18. Saya tidak secantik kebanyakan orang. Ya Tidak
19. Jika terdapat sesuatu perkara yang ingin saya katakan saya
akan memperkatakannya.
Ya Tidak
20. Ibu bapa saya memahami diri saya. Ya Tidak
21. Orang lain lebih disukai jika dibandingkan dengan diri saya. Ya Tidak
22. Saya berasa bahawa ibu bapa saya selalu menekankan saya. Ya Tidak
23. Saya selalu berasa kecewa di sekolah. Ya Tidak
24. Saya selalu ingin menjadi seperti orang lain. Ya Tidak
25. Orang lain tidak boleh bergantung kepada saya. Ya Tidak
26. Saya tidak pernah risau tentang apa-apa. Ya Tidak
27. Saya yakin pada diri sendiri. Ya Tidak
28. Saya senang disukai oleh orang lain. Ya Tidak
29. Saya dan ibu bapa saya selalu berasa gembira bila bersama. Ya Tidak
30. Saya selalu berangan-angan. Ya Tidak
31. Saya ingin menjadi lebih muda (sentiasa berada di alam
kanak-kanak)
Ya Tidak
32. Saya selalu membuat perkara yang betul. Ya Tidak
33. Saya berasa bangga dengan kerja sekolah saya. Ya Tidak
34. Orang lain perlu memberitahu kepada saya apa yang
sepatutnya saya lakukan.
Ya Tidak
35. Saya selalu rasa bersalah atas perkara-perkara yang telah saya
lakukan.
Ya Tidak
36. Saya tidak pernah rasa gembira. Ya Tidak
37. Saya melakukan kerja terbaik mengikut kemampuan saya. Ya Tidak
38. Saya selalunya boleh menjaga diri saya. Ya Tidak
39. Saya selalu berasa gembira. Ya Tidak
40. Saya lebih suka bermain dengan budak yang lebih muda
daripada saya.
Ya Tidak
41. Saya suka kepada semua orang yang saya kenali. Ya Tidak
42. Saya suka dipanggil semasa berada di dalam kelas. Ya Tidak
43. Saya memahami diri saya. Ya Tidak
44. Di dalam keluarga saya, tiada seorang pun memberi perhatian
kepada saya.
Ya Tidak
45. Saya tidak pernah dimarahi. Ya Tidak
46. Saya tidak dapat melakukan tugas saya di sekolah dengan baik
seperti yang saya ingini.
Ya Tidak
47. Saya boleh membuat keputusan dan tetap berpegang dengan
keputusan itu.
Ya Tidak
48. Saya tidak suka menjadi seorang lelaki (jika anda seorang
lelaki) atau perempuan (jika anda seorang perempuan).
Ya Tidak
49. Saya tidak suka bersama orang lain. Ya Tidak
50. Saya bukan seorang pemalu. Ya Tidak
51. Saya selalu berasa malu pada diri saya. Ya Tidak
52. Kawan-kawan selalu mengusik saya. Ya Tidak
53. Saya selalu bercakap benar. Ya Tidak
54. Guru saya selalu membuatkan saya berasa bahawa diri saya
tidak cukup baik.
Ya Tidak
55. Saya tidak peduli tentang apa yang akan berlaku pada diri
saya.
Ya Tidak
56. Saya seorang yang gagal (tidak berguna). Ya Tidak
57. Saya berasa terganggu apabila dimarahi orang. Ya Tidak
58. Saya selalu tahu apa yang patut saya katakan. Ya Tidak
PERSOALAN 1
[DataSet1] C:\Documents and Settings\hp\Desktop\fizah.sav
Case Processing Summary
Cases
Valid Missing Total
N Percent N Percent N Percent
SkorPAQ * Jantina 108 100.0% 0 108 100.0%
SkorPAQ * Jantina Crosstabulation
Count
Frequency Percent Valid Percent
SkorPAQ Autoritarian
Permisif
Autoritatif
Total
6
79 23 108
5.5
73.2 21.3
100.0
5.5
73.2 21.3
100.0
PERSOALAN 2
[DataSet1] C:\Documents and Settings\hp\Desktop\fizah.sav
Statistics
skor_PK
N Valid 108
Missing 0
Mean 1.8519
skor_PK
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid rendah 16 14.8 14.8 14.8
tinggi 92 85.2 85.2 100.0
Total 108 100.0 100.0
PERSOALAN 3 / HIPOTESIS 1
[DataSet1] C:\Documents and Settings\hp\Desktop\fizah.sav
Group Statistics
JANTINA N Mean Std. Deviation Std. Error Mean
skor_PK LELAKI 54 1.8148 .39210 .05336
PEREMPUAN 54 1.8889 .31722 .04317
Independent Samples Test
Levene's Test for Equality of
Variances t-test for Equality of Means
95% Confidence Interval of the
Difference
F Sig. t df Sig. (2-tailed) Mean Difference
Std. Error
Differen
ce Lower Upper
skor_P
K
Equal variances assumed 4.818 .030 -1.079 106 .283 -.07407 .06863 -.21015 .06200
Equal variances not
assumed
-1.079 101.572 .283 -.07407 .06863 -.21021 .06207
20
PERSOALAN 4 / HIPOTESIS 2
[DataSet1] C:\Documents and Settings\hp\Desktop\fizah.sav
Descriptive Statistics
Mean Std. Deviation N
gaya_autoritarian 2.6315 .74214 108
skor_PK 1.8519 .35690 108
Correlations
gaya_autoritarian skor_PK
gaya_autoritarian Pearson Correlation 1 -.092
Sig. (2-tailed) .346
N 108 108
skor_PK Pearson Correlation -.092 1
Sig. (2-tailed) .346
N 108 108
21
PERSOALAN 5 / HIPOTESIS 3
[DataSet1] C:\Documents and Settings\hp\Desktop\fizah.sav
Descriptive Statistics
Mean Std. Deviation N
gaya_permisif 4.1769 .60305 108
skor_PK 1.8519 .35690 108
Correlations
gaya_permisif skor_PK
gaya_permisif Pearson Correlation 1 .370**
Sig. (2-tailed) .000
N 108 108
skor_PK Pearson Correlation .370** 1
Sig. (2-tailed) .000
N 108 108
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
22
PERSOALAN 6 / HIPOTESIS 4
[DataSet1] C:\Documents and Settings\hp\Desktop\fizah.sav
Descriptive Statistics
Mean Std. Deviation N
gaya_autoritatif 3.9046 .42764 108
skor_PK 1.8519 .35690 108
Correlations
gaya_autoritatif skor_PK
gaya_autoritatif Pearson Correlation 1 .366**
Sig. (2-tailed) .000
N 108 108
skor_PK Pearson Correlation .366** 1
Sig. (2-tailed) .000
N 108 108
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).