Download - Haji Alis Junal
-
7/23/2019 Haji Alis Junal
1/17
ULASAN JURNAL PENGURUSAN & PENYELIAAN SEKOLAH 2015
1
Jurnal 1 : Kesan Penyeliaan Klinikal Terhadap Prestasi Pengajaran Guru Sekolah Menengah
Oleh Arsaythamby Veloo dan Mary Macdalena A Komuji.
1.0 Objective/Objektif
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan penyeliaan klinikal ke atas prestasi pengajaran
guru di sekolah menengah di Sabah yang diukur berdasarkan Rancangan Pelajaran Harian
(RPH), set induksi, penyampaian pengajaran, teknik penyoalan, penglibatan pelajar,
pengukuhan, latihan pelajar dan tugasan, memeriksa latihan dan tugasan pelajar, penutupan
pelajaran dan pengurusan kelas.
2.0 Theory / Teori
2.1 Model Penyeliaan Intensif (Klinikal)
Kajian ini mengutarakan teori Model Penyeliaan Intensif (Klinikal). Menurut Cogan (1973) di
dalam Shamsudin Mohamad & Kamarul Azmi Jasmi (2011), penyelia seharusnya mengenalpasti
kekuatan yang ada pada pengajaran seseorang guru. Penyelia juga seharusnya menyedari betapa
pentingnya mengadakan interaksi yang bermakna dengan guru yang diselia dan memahami
bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk mempelajari sesuatu serta mempunyai
kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Acheson & Gall (2003) di dalam Shamsudin &
Kamarul (2011) menyatakan bahawa model penyeliaan klinikal mempunyai tiga peringkat atau
fasa iaitu fasa konferensi sebelum penyeliaan pengajaran, fasa penyeliaan pengajaran di dalam
bilik darjah dan fasa sesi konferensi selepas penyeliaan. Namun, ianya berbeza dengan Acheson
dan Gall dimana Cogan dan Goldhammer (1973) pula menyatakan model penyeliaan klinikal
mempunyai lima fasa. Peringkat pertama ialah konferensi atau perbincangan sebelum
pencerapan (pra pencerapan), kedua ialah pencerapan di dalam bilik darjah, peringkat ketiga
ialah menganalisis dan menginterpretasi pencerapan. Fasa keempat ialah konferensi selepas
pencerapan (konferensi pos pencerapan), dan seterusnya fasa kelima dan terakhir ialah
-
7/23/2019 Haji Alis Junal
2/17
ULASAN JURNAL PENGURUSAN & PENYELIAAN SEKOLAH 2015
2
perbincangan terhadap peringkat sebelumnya(analisis pos pencerapan). Fasa pra pencerapan
adalah penting untuk merangka pencerapan yang dibincang dan dipersetujui antara penyelia dan
guru yang diselia. Fasa kedua melibatkan penyeliaan pengajaran sebenar yang berlaku dalam
bilik darjah. Dalam fasa ini, pemerhatian dilakukan terhadap guru yang mengajar, apa yang
diajar dan bagaimana murid bertindak balas semasa pengajaran. Di akhir pencerapan, penyelia
harus meninggalkan kelas dengan cara yang tidak mengganggu pengajaran di kelas. Fasa ketiga
bertujuan untuk membuat analisis data dan maklumat yang dikumpulkan supaya ia lebih
bermakna dalam merancang strategi pengurusan konferensi penyeliaan yang akan menyusul.
Fasa keempat adalah konferensi pos-pencerapan yang bertujuan untuk memaklumkan kepada
guru yang dicerap bahawa penyelia sangat prihatin dengan apa yang berlaku di kelas semasa
guru mengajar dan dengan demikian memberi dorongan kepada guru tersebut untuk
memperbaiki cara pengajarannya. Akhir sekali pada fasa kelima melibatkan analisis pos-
pencerapan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyeliaan dan melakukan
pengubahsuaian terhadap penyeliaan supaya ia lebih membawa manfaat kepada semua guru.
2.2 Model Penyeliaan Koperatif
Glatthorn (1984) menyatakan bahawa penyeliaan koperatif sebagai proses menggalakkan
perkembangan profesionalisme guru melalui kerjasama sistematik dengan rakan sekerja. Beliau
juga menyatakan bahawa proses penyeliaan pengajaran adalah proses untuk membangunkan
profesional guru, terutamanya mengenai respon arahan bilik darjah yang sesuai digunakan dan
juga membantu guru-guru menggunakan respon tersebut dalam menjadikan pengajaran
seseorang guru itu lebih berkesan. Pendekatan koperatif melibatkan pementoran guru yang lebih
berpengalaman terhadap guru baru. Pendekatan koperatif ialah dengan menjadikan guru mentor
yang lebih berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pengajaran, kurikulum dan
pengurusan kelas membantu guru baru untuk menyesuaikan diri dan menguasai bidang yang
baru diceburi. Sergiovanni dan Starrat (1998) menyatakan hubungan antara mentor dan mentee
-
7/23/2019 Haji Alis Junal
3/17
ULASAN JURNAL PENGURUSAN & PENYELIAAN SEKOLAH 2015
3
akan mencapai tahap matang apabila wujud hubungan timbal balas. Menurut Sullivan dan Glanz
(2000), matlamat utama pendekatan koperatif ialah untuk menyelesaikan masalah melalui
perkongsian dalam membuat sesuatu keputusan secara bersama. Secara umumnya, pendekatan
koperatif merupakan pendekatan secara bersama-sama dalam proses pembuatan keputusan.
3.0 Concept / Konsep
Dalam kajian ini, konsep yang diketengahkan oleh pengkaji ialah konsep penyeliaan klinikal dan
juga penyeliaan koperatif. Walaupun pengkaji mengutarakan dua model penyeliaan namun
hanya satu pembolehubah yang ingin dikaji oleh pengkaji iaitu kesan penyeliaan kepada prestasi
pengajaran guru-guru. Pengkaji ingin melihat adakah terdapat kesan- kesan hasil daripada
penyeliaan klinikal yang dijalankan terhadap guru guru Sekolah Menengah di Sabah.
4.0 Argument / Isu Isu Utama Yang Dikaji
Pengkaji ingin mengenal pasti adakah terdapat kesan penyeliaan klinikal terhadap prestasi
pengajaran guru berdasarkan penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), set induksi,
penyampaian dan perkembangan pelajaran, teknik penyoalan, penglibatan murid, peneguhan,
latihan dan tugasan murid, pemeriksaan latihan dan tugasan serta penutupan pengajaran dan
pengurusan kelas. Kajian ini telah menggariskan 10 hipotesis utama dalam usaha untuk
menjawab persolan kajian iaitu :
H1: Tidak terdapat kesan penyeliaan klinikal yang signifikan terhadap prestasi
pengajaran guru berdasarkan RPH.
H2: Tidak terdapat kesan penyeliaan klinikal yang signifikan terhadap prestasi
pengajaran guru berdasarkan set induksi.
H3: Tidak terdapat kesan penyeliaan klinikal yang signifikan terhadap prestasi
pengajaran guru berdasarkan penyampaian dan perkembangan pelajaran.
H4: Tidak terdapat kesan penyeliaan klinikal yang signifikan terhadap prestasi
-
7/23/2019 Haji Alis Junal
4/17
ULASAN JURNAL PENGURUSAN & PENYELIAAN SEKOLAH 2015
4
pengajaran guru berdasarkan teknik penyoalan.
H5: Tidak terdapat kesan penyeliaan klinikal yang signifikan terhadap prestasi
pengajaran guru berdasarkan penglibatan murid.
H6: Tidak terdapat kesan penyeliaan klinikal yang signifikan terhadap prestasi
pengajaran guru berdasarkan peneguhan.
H7: Tidak terdapat kesan penyeliaan klinikal yang signifikan terhadap prestasi
pengajaran guru berdasarkan latihan dan tugasan murid.
H8: Tidak terdapat kesan penyeliaan klinikal yang signifikan terhadap prestasi
pengajaran guru berdasarkan pemeriksaan latihan dan tugasan murid.
H9: Tidak terdapat kesan penyeliaan klinikal yang signifikan terhadap prestasi
pengajaran guru berdasarkan penutupan pengajaran.
H10: Tidak terdapat kesan penyeliaan klinikal yang signifikan terhadap prestasi
pengajaran guru berdasarkan pengurusan kelas.
5.0 Metodologi Kajian
5.1 Instrumen Kajian
Instrumen kajian menggunakan Instrumen Pemastian Standard (IPS) yang telah digubal pada
2003 oleh Jemaah Nazir Sekolah dan diguna pakai oleh semua sekolah bagi mengukur
pengajaran dan pembelajaran yang merupakan elemen yang ke-9 dalam pengurusan program
pendidikan (dimensi III) (Appendix A). Instrumen ini mengukur 10 aspek melalui 59 item.
Setiap aspek diperihalkan melalui satu senarai item yang diberi skor 0 hingga 4. Pemberian skor
adalah seperti dalam garis panduan instrumen standard kualiti pendidikan Malaysia iaitu 0
(tiada), 1 (sangat sedikit), 2 (sebahagian kecil), 3 (kebanyakan) dan 4 (sebahagian besar).
-
7/23/2019 Haji Alis Junal
5/17
ULASAN JURNAL PENGURUSAN & PENYELIAAN SEKOLAH 2015
5
5.2 Sampel Kajian
Sampel kajian adalah melibatkan seramai 33 orang guru biasa dari sebuah sekolah menengah
bantuan kerajaan di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Data telah dikumpul dalam masa empat
minggu bagi pra-pencerapan dan merekod semua kekuatan dan kelemahan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Dari segi jantina ia melibatkan 11 orang guru lelaki dan 22 orang
guru perempuan.
5.3 Analisis Data
Data kajian dianalisis menggunakan perisisan statistik SPSS (Statistical Package for the Social
Sciences) versi 16. Kajian ini menggunakan ujian-t berpasangan untuk mengenal pasti kesan
penyeliaan klinikal terhadap pengajaran guru dalam bilik darjah. Disamping ujian-t, kesan saiz
(d) juga digunakan untuk menerangkan keputusan kajian ini. Cohen (1988) mencadangkan kesan
saiz kepada tiga iaitu kesan saiz kecil (d = 0.20), kesan saiz sederhana (d = 0.50) dan kesan saiz
besar (d = 0.80).
6.0 Evidence / Dapatan Kajian
Keputusan ujian-tbagi latihan murid adalah signifikan (t(33) =3.78,p < 0.05,
d = 0.77) secara statistik dan kesan saiz adalah besar bagi H7. Ini
menunjukkan min (M = 3.50, SP = 0.36) latihan murid pos-pencerapan
adalah lebih tinggi berbanding dengan min (M = 3.16, SP = 0.51) pra-
pencerapan guru.
Keputusan ujian-t bagi pemeriksaan latihan murid adalah signifikan (t (33)
= 4.38, p < 0.05, d = 0.71) secara statistik dan kesan saiz adalah sederhana
bagi H8. Min (M = 3.34, SP = 0.54) pemeriksaaan latihan murid pos-
pencerapan adalah lebih tinggi berbanding dengan min (M = 2.93, SP = 0.62)
pra-pencerapan guru.
-
7/23/2019 Haji Alis Junal
6/17
ULASAN JURNAL PENGURUSAN & PENYELIAAN SEKOLAH 2015
6
Keputusan ujian-tbagi penutupan adalah signifikan (t (33) = 2.60, p < 0.05, d
= 0.62) secara statistik dan kesan saiz adalah sederhana bagi H9. Ini
menunjukkan min (M = 3.64, SP = 0.44) penutupan pos-pencerapan
adalah lebih tinggi berbanding dengan min (M = 3.32, SP = 0.60) pra-
pencerapan guru.
Keputusan ujian-t bagi pengurusan kelas adalah signifikan (t (33) = 2.51, p
< 0.05, d = 0.55) secara statistik dan kesan saiz adalah sederhana bagi H10.
Kajian ini menunjukkan min (M = 3.65, SP = 0.95) pengurusan kelas pos-
pencerapan adalah lebih tinggi berbanding dengan min (M = 3.22, SP = 0.61)
pra-pencerapan guru.
Secara tuntasnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa penyeliaan klinikal yang
telah dijalankan terhadap guru-guru ini telah memberi kesan terhadap
keseluruhan pengajaran guru yang diukur berdasarkan elemen-elemen yang
telah dinyatakan sebelum ini. Peningkatan yang paling tinggi adalah pada
teknik penyoalan guru dengan mendapat skor 4 bagi item 3 iaitu
mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah.
Keseluruhannya, dalam aspek penyediaan Rancangan Pengajaran Harian, set induksi,
penyampaian dan perkembangan pelajaran, teknik penyoalan, penglibatan murid, peneguhan,
latihan dan tugasan murid, pemeriksaan latihan dan tugasan, penutupan pengajaran dan
pengurusan kelas, dapatlah dirumuskan bahawa daripada kajian ini, ia menunjukkan bahawa
kesan daripada penyeliaan ke atas guru di dalam bilik darjah, kesemua elemen-elemen yang
disebutkan tadi mempunyai kesan yang signifikan ke atas prestasi pengajaran seseorang guru
yang diselia.
-
7/23/2019 Haji Alis Junal
7/17
ULASAN JURNAL PENGURUSAN & PENYELIAAN SEKOLAH 2015
7
7.0 Values / Nilai
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan penyeliaan klinikal yang dijalankan ke
atas guru sekolah bantuan kerajaan di Kota Kinabalu, Sabah ini memberikan nilai positif yang
tinggi. Nilai positif ini dapat dilihat secara tersurat oleh pengkaji dimana secara fizikalnya
pengkaji dapat melihat hasil daripada pemerhatian di dalam bilik darjah guru menunjukkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang baik semasa proses penyeliaan klinikal dijalankan.
8.0 Literature
Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat banyak kesan positif terhadap penulisan buku
Rancangan Pengajaran Harian, set induksi, penyampaian dan perkembangan pelajaran, teknik
penyoalan, penglibatan murid, peneguhan, latihan dan tugasan murid, pemeriksaan latihan
dan tugasan, penutupan pengajaran dan pengurusan kelas. Walaubagaimanapun, untuk
memberikan lebih banyak dapatan kajian yang lebih menyeluruh dan holistik, dicadangkan
agar pengkaji seterusnya dapat menyelidik dari aspek yang boleh memberi kesan kepada
pengajaran guru di bilik darjah seperti latar belakang guru, latihan perguruan yang dilalui oleh
para guru, persepsi guru terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran serta iklim dan budaya
organisasi sekolah, gaya kepimpinan pengetua, insentif dan banyak lagi faktor lain yang
dikira boleh menyumbang kepada kesan pengajaran seseorang guru.
9.0 Contribution/Sumbangan
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji dilihat memberikan sumbangan idea dalam membuat
persediaan yang terbaik kepada para guru yang akan dicerap. Guru-guru akan memastikan
mereka telah bersedia sepenuhnya daripada semua aspek yang telah disampaikan oleh
pengkaji di dalam kajian ini seperti penulisan buku RPH, set induksi, penyampaian dan
perkembangan pelajaran, teknik penyoalan, penglibatan murid, peneguhan, latihan dan
-
7/23/2019 Haji Alis Junal
8/17
ULASAN JURNAL PENGURUSAN & PENYELIAAN SEKOLAH 2015
8
tugasan murid, pemeriksaan latihan dan tugasan, penutupan pengajaran dan pengurusan kelas.
Seterusnya kajian ini juga diharap dapat digunakan oleh para penyelia di luar sana untuk
menggunakan aspek yang sama dalam menjalankan penyeliaan kepada guru-guru di bawah
naungan mereka. Pengkaji juga dilihat berjaya untuk mengajak para pembaca untuk
mengaitkan pengetahuan yang tinggi di dalam sesuatu bidang mempunyai hubungan yang
signifikan terhadap prestasi guru semasa proses pengajaran dalam bilik darjah dijalankan.
10.0 Style / Gaya
Pengkaji iaitu Arsaythamby Veloo dan Mary Macdalena A Komuji dilihat mempersembahkan
gaya penulisan yang baik tanpa ada kesalahan ejaan atau tatabahasa. Selain itu, bahasa yang
digunakan guna mudah difahami dan beraras sederhana bagi memudahkan sesiapa sahaja
merujuk penulisan ini. Penulis juga dilihat mengkaji dengan gaya yang menyokong sistem
pendidikan Malaysia dengan langsung tidak membangkang sebarang sistem pencerapan yang
digunakan untuk mencerap guru-guru di sekolah.
11.0 Conclusion / Kesimpulan
Penyeliaan klinikal tidak dapat dinafikan merupakan salah satu alat pengukuran yang amat
baik dalam usaha untuk mencerap guru-guru di sekolah. Walaubagaimanapun, saya
berpendapat bahawa, pihak penyelia harus menekankan aspek bimbingan kepada guru apabila
semasa proses pengajaran berlangsung dalam bilik darjah bukannya mencari kesalahan guru.
Menurut Shamsudin Mohamad & Kamarul Azmi Jasmi (2014), penyeliaan klinikal bertujuan
untuk memberi peluang kepada penyelia dan guru yang diselia bekerjasama dalam peringkat
atau fasa tertentu untuk membolehkan objektif pengajaran dan pembelajaran dipenuhi.
Justeru, penyelia haruslah bertindak sebagai mentor dan guru yang diselia sebagai mentee.
Proses pementoran dengan bimbingan yang betul akan menjadikan seseorang guru yang
-
7/23/2019 Haji Alis Junal
9/17
ULASAN JURNAL PENGURUSAN & PENYELIAAN SEKOLAH 2015
9
dicerap mampu untuk meningkatkan cara pengajaran ke arah yang lebih baik. Penyelia juga
harus berbincang dengan mentee apakah aspek-aspek atau kaedah pengajaran yang harus
digunakan, apakah kaedah penyoalan yang akan digunakan, apakah set induksi yang harus
dicuba dan pelbagai lagi sebelum penyeliaan dilaksanakan agar guru tersebut dapat
memaplikasikannya di dalam bilik darjah semasa pencerapan nanti. Dengan perbincangan
yang berlaku dalam suasana yang positif nescaya output yang akan terhasil daripada proses
penyeliaan akan menunjukkan hasil yang positif serta cemerlang. Sebarang kekurangan yang
ditunjukkan guru tersebut haruslah dibimbing dengan cara yang sesuai dan boleh diterima
agar matlamat utama untuk memberikan kefahaman kepada isi pelajaran terhadap pelajar
berjaya seterusnya secara automatik akan meningkatkan pencapaian pelajar.
-
7/23/2019 Haji Alis Junal
10/17
ULASAN JURNAL PENGURUSAN & PENYELIAAN SEKOLAH 2015
10
Jurnal 2 : Kepemimpinan Kemahiran Insaniah dan Pengurusan Kurikulum Pengetua di
Sekolah Berprestasi Tinggi Oleh Tang Keow Ngang & Zainab Ali.
1.0 Objective/Objektif
Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap tahap amalan
kepemimpinan kemahiran insaniah pengetua secara keseluruhan dan berdasarkan komponen-
komponennya iaitu kemahiran kolaborasi dan kerja berpasukan, kemahiran komunikasi,
kemahiran inisiatif, kemahiran kepemimpinan, pembangunan kemanusiaan dan kejurulatihan,
keberkesanan kendiri atau penguasaan kendiri, kemahiran perancangan dan pengelolaan,
kemahiran persembahan pengetua dan juga persepsi guru terhadap tahap pengurusan
kurikulum pengetua. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji hubungan
antara persepsi guru terhadap amalan kelapan-lapan komponen kepemimpinan kemahiran
insaniah dengan pengurusan kurikulum pengetua.
2.0 Theory / Teori
Kajian ini mengutarakan Teori Model Tero. Merujuk pada Rajah 1 di lampiran, garisan
penuh yang menghubungkan strategi dan matlamat merupakan kepemimpinan kemahiran
strategik (kemahiran teknikal), manakala kepemimpinan kemahiran hubungan (kemahiran
insaniah) diwakili oleh garisan putus-putus yang menghubungkan pemimpin dengan orang
yang dipimpin (Crosbie 2005). Berdasarkan Model Tero ini, pemimpin yang memiliki
kepemimpinan kemahiran insaniah didapati lebih berkemampuan untuk membantu usaha
mereka mencapai matlamat cemerlang. Pemimpin mesti memberi perhatian kepada
pengetahuan diri dan pembangunan diri sendiri dan pada masa yang sama, memupuk
hubungan melalui pembangunan dengan orang lain dengan tujuan untuk mencapai matlamat
organisasi yang telah dirancang.
-
7/23/2019 Haji Alis Junal
11/17
ULASAN JURNAL PENGURUSAN & PENYELIAAN SEKOLAH 2015
11
4.0 Argument / Isu Isu Utama Yang Dikaji
Pengkaji ingin mengenal pasti persepsi guru-guru terhadap tahap amalan kepemimpinan
kemahiran insaniah pengetua dan seterusnya pengkaji ingin mengkaji hubungan antara
persepsi guru terhadap amalan kelapan-lapan komponen kepemimpinan kemahiran insaniah
dengan pengurusan kurikulum pengetua.
5.0 Metodologi Kajian
5.1 Instrumen Kajian
Instrumen kajian merupakan satu soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu
Bahagian A, B, dan C. Terdapat sebanyak empat item dalam Bahagian Ayang digunakan
untuk mengumpul maklumat peribadi responden merangkumi jantina, umur, tempoh
perkhidmatan dan lokasi sekolah. Bahagian B mengandungi 80 item, iaitu sebanyak 10 item
bagi setiap komponen kepemimpinan kemahiran insaniah. Bahagian B digunakan untuk
mengenal pasti persepsi guru terhadap kekerapan kepemimpinan kemahiran insaniah yang
diamalkan oleh pengetua mereka. Bahagian B ini ialah diadaptasi daripada instrumen Siti
Asiah (2011). Responden dikehendaki memberi maklum balas berdasarkan skala Likert 5
poin daripada tidak pernah sehingga amat kerap. Bahagian C pula diadaptasi daripada
OECDs Teaching and Learning International Survey (TALIS). Terdapat 14 item dengan 5
pilihan maklum balas berbentuk skala Likert 5-poin daripada sangat tidak setuju sehingga
sangat setuju digunakan untuk mengukur tahap pengurusan kurikulum pengetua. Kajian
rintis telah dijalankan dan disahkan oleh tiga orang pakar tentang kandungan instrumen,
manakala 20 orang guru untuk menentukan tahap kebolehpercayaan instrumen. Dapatan
kajian rintis menunjukkan bahawa instrumen kajian ini mempunyai kebolehpercayaan yang
baik menurut penetapan Sekaran (1992) dengan nilai alpha yang diperoleh sebanyak 0.982
bagi Bahagian B dan 0.856 bagi Bahagian C.
-
7/23/2019 Haji Alis Junal
12/17
ULASAN JURNAL PENGURUSAN & PENYELIAAN SEKOLAH 2015
12
5.2 Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri daripada lima buah sekolah yang mebilatkan seramai 348 orang guru
berjawatan tetap terlatih. Sejumlah 186 orang sampel diperlukan berdasarkan Jadual
Penentuan Sampel Krejcie dan Morgan (1970), telah dipilih dengan menggunakan teknik
persampelan rawak mudah.
5.3 Analisis Data
Analisis kajian menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif
yang digunakan ialah min, sisihan piawai (S.P.), peratus, dan frekuensi, manakala statistik
inferensi yang digunakan ialah korelasi Pearson.
6.0 Evidence / Dapatan Kajian
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua di SBT ini lebih kerap mengamalkan
kemahiran kolaborasi dan kerja berpasukan (min = 4.39, S.P. = 0.29) menurut persepsi guru.
Ini diikuti oleh kemahiran komunikasi, kemahiran persembahan, kemahiran kepemimpinan,
kemahiran perancangan dan pengelolaan, keberkesanan kendiri/penguasaan kendiri, dan
pembangunan kemanusiaan dan kejurulatihan. Komponen kemahiran yang kurang kapasiti
ialah kemahiran inisiatif (min = 4.01, S.P. = 0.26). Persepsi guru terhadap tahap amalan
kepemimpinan kemahiran insaniah pengetua didapati tinggi, sama ada secara keseluruhan
(min = 4.26, S.P. = 0.38), mahupun dalam setiap komponen berkenaan dengan julat min
antara 4.01 sehingga 4.39. Selain itu, persepsi guru terhadap tahap pengurusan kurikulum
pengetua juga didapati tinggi (min = 4.43, S.P. 0.26). Ini mencerminkan kebanyakan pengetua
SBT dapat menguruskan hal ehwal kurikulum dengan baik dan berkesan walaupun mereka
dibebani dengan pelbagai tugasan lain. Dapatan kajian menunjukkan kepemimpinan
kemahiran insaniah dan kelapan-lapan komponennya mewujudkan hubungan yang positif,
-
7/23/2019 Haji Alis Junal
13/17
ULASAN JURNAL PENGURUSAN & PENYELIAAN SEKOLAH 2015
13
sederhana kuat, dan signifikan pada aras signifikan 0.01. Antara kelapan-lapan komponen ini,
nilai koefisien r tersebar di antara 0.49 hingga 0.70. Komponen perancangan dan pengelolaan
merupakan komponen kepemimpinan kemahiran insaniah yang mempunyai hubungan yang
paling kuat dengan nilai r setinggi 0.70 dengan tahap pengurusan kurikulum. Hal ini diikuti
oleh komponen keberkesanan kendiri/penguasaan kendiri (r = 0.66), komponen persembahan
(r = 0.65), komponen pembangunan kemanusiaan/kejurulatihan(r = 0.59), komponen
kepemimpinan (r = 0.52), komponen kemahiran inisiatif (r = 0.51), dan kemahiran kolaborasi/
kerja berpasukan (r = 0.49). Namun begitu, komponen kemahiran komunikasi yang
mempunyai hubungan korelasi yang paling rendah (r = 0.490) dengan tahap pengurusan
kurikulum jika dibandingkan dengan komponen kepemimpinan kemahiran insaniah yang lain.
7.0 Values / Nilai
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua di Sekolah Berprestasi
Tinggi mengamalkan kelapan-lapan komponen kepemimpinan kemahiran insaniah, iaitu
kemahiran kolaborasi atau kerja berpasukan, kemahiran komunikasi, kemahiran inisiatif,
keberkesanan kendiri atau penguasaan kendiri, kemahiran kepemimpinan, kemahiran
perancangan dan pengelolaan, kemahiran persembahan dan kemahiran pembangunan
kemanusiaan atau kejurulatihan. Ini menunjukkan bahawa terdapat nilai positif yang sangat
tinggi telah ditunjukkan oleh para pengetua di sekolah sekolah tersebut. Kecemerlangan
Sekolah Berprestasi Tinggi bertitik tolak daripada kepimpinan pengetua yang mengamalkan
kepepimpinan insaniah di kalangan ahli subordinatnya. Jelas disini, kepepimpinan insaniah di
kalangan pengetua SBT telah memupuk nilai positif di kalangan semua warga sekolah
tersebut.
-
7/23/2019 Haji Alis Junal
14/17
ULASAN JURNAL PENGURUSAN & PENYELIAAN SEKOLAH 2015
14
8.0 Literature
Dapatan kajian mendapati kelapan lapan komponen kemahiran insaniah yang telah
diaplikasikan oleh pengetua telah memberi kesan kepada guruguru untuk memberikan
perkhidmatan yang terbaik di SBT. Saya ingin mencadangkan untuk mewujudkan iklim,
budaya, pengurusan akademik, pengurusan kurikulum sekolah yang lebih cemerlang lagi,
pengetua boleh juga menggunakan kepimpinan servant sebagai salah satu mekanisme dalam
memimpin subordinat di sekolah. Ini kerana kepimpinan servant dilihat sebagai satu bentuk
kepimpinan yang mengutamakan subordinat lebih dari segala galanya untuk mencapai
objektif sesebuah organisasi. Menurut Yahya Don dan Izani Ibrahim (2014), dalam kajian
bertajuk Kepimpinan Servant dan Pengaruhnya terhadap Pengurusan Perubahan di Sekolah,
mendapati lima dimensi kepimpinan servant mempunyai pengaruh yang signifikan kepada
pengurusan perubahan di sekolah, iaitu mengutamakan subordinat, beretika, pemulihan emosi,
membangunkan komuniti dan memberi kuasa kepada subordinat. Hasil kajian ini adalah
konsisten dengan kajian yang dilakukan oleh Jasvinder (2010), Laurie (2011), dan Savage
(2011). Dapatan kajian ini juga selari dengan kajian oleh Marjolein dan Van Dierendonck
(2012) yang mendapati kepimpinan servant memberi sumbangan yang besar terhadap
komitmen kepada perubahan di sekolah.
9.0 Contribution/Sumbangan
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji dilihat memberikan sumbangan kepada para pengetua di
luar sana terutamanya di sekolah-sekolah harian biasa, sekolah kluster, sekolah berasrama
penuh, sekolah sains dan sebagainya untuk mengaplikasikan kepepimpinan insaniah dalam
usaha untuk mencapai matlamat sekolah masing-masing untuk cemerlang di dalam aspek
jasmani, emosi, rohani, akademik serta sahsiah. Diharapkan dengan kajian ini, para pengetua
-
7/23/2019 Haji Alis Junal
15/17
ULASAN JURNAL PENGURUSAN & PENYELIAAN SEKOLAH 2015
15
dapat menjadikan kajian ini sebagai batu loncatan untuk membentuk organisasi yang mantap
dalam pelbagai aspek.
10.0 Style / Gaya
Pengkaji iaitu Tang Keow Ngang & Zainab Ali dilihat dapat memberikan impak yang sangat
berkesan kepada sampel kajian yang telah dipilih. Kelapan-lapan komponen kemahiran
insaniah diakui dapat meransang serta mendorong guru-guru untuk memberikan perkhidmatan
terbaik di sekolah masing-masing. Pengkaji di dalam kajian ini dapat menulis dengan sangat
baik dimana tiada kesalahan ejaan mahupun tatabahasa. Bahasa yang digunakan pengkaji juga
memudahkan para pembaca lain untuk merujuk kajian yang telah dihasilkan ini. Pengkaji juga
dilihat seiring pendapat dengan dapatan daripada sampel kajian. Pengkaji juga dilihat
langsung tidak membangkang dapatan kajian yang telah diperolehi.
11.0 Conclusion / Kesimpulan
Secara tuntasnya, didapati bahawa amalan kepemimpinan kemahiran insaniah mempunyai
hubungan yang sangat signifikan dengan pengurusan kurikulum di sesebuah sekolah. Untuk
memastikan sesebuah sekolah cemerlang dalam pelbagai aspek, seseorang pengetua harus
mengamalkan kelapan-lapan komponen kepemimpinan kemahiran insaniah, iaitu kemahiran
kolaborasi atau kerja berpasukan, kemahiran komunikasi, kemahiran inisiatif, keberkesanan
kendiri atau penguasaan kendiri, kemahiran kepemimpinan, kemahiran perancangan dan
pengelolaan, kemahiran persembahan, dan kemahiran pembangunan kemanusiaan atau
kejurulatihan dalam usaha mengawal selia sumber manusia di sekolah terutamanya para guru
agar kesudahannya berjaya mencapai objektif sekolah yang telah digariskan.
-
7/23/2019 Haji Alis Junal
16/17
ULASAN JURNAL PENGURUSAN & PENYELIAAN SEKOLAH 2015
16
Rujukan
Arsaythamby Veloo & Mary Macdalena A Komuji. (2013). Kesan Penyeliaan Klinikal
Terhadap Prestasi Pengajaran Guru Sekolah Menengah. Asia Pacific Journal Of
Educators And Education, 28, 81102.
Izani Ibrahim & Yahya Don. (2014). Kepimpinan Servant dan Pengaruhnya terhadap
Pengurusan Perubahan di Sekolah.Jurnal Pendidikan Malaysia, 39 (1), 19-26.
Shamsudin Mohamad & Kamarul Azmi Jasmi, (2011). Penyeliaan Guru dalam Pengajaran
dan Pembelajaran. Penerbit UTM Press,Johor : Malaysia.
Tang Keow Ngang & Zainab Ali, (2014) . Kepemimpinan Kemahiran Insaniah dan
Pengurusan Kurikulum Pengetua di Sekolah Berprestasi Tinggi. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 39(1), 77-82.
-
7/23/2019 Haji Alis Junal
17/17
ULASAN JURNAL PENGURUSAN & PENYELIAAN SEKOLAH 2015
17