Download - Guru Inovatif 2013
PERTANDINGAN GURU INOVATIF
PERINGKAT KEBANGSAAN 2013
AGENDA
Ucapan alu-aluan Pengerusi
Pembentangan Kertas Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan 2013
Pelantikan Ketua Panel Hakim setiap Kategori dan Ahli-ahli
Peruntukan Kewangan
Hal-hal lain
MATLAMAT Melahirkan guru yang mampu menghasilkan inovasi
dalam pelaksanaan kurikulum dan dapat meningkatkan profesionalisme keguruan
OBJEKTIF Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru yang
menghasilkan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Menggalakkan guru mencipta atau menghasilkan inovasi dalam prosespengajaran dan pembelajaran
Menyediakan ruang dan peluang bagi guru menampilkan hasil inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Menyebarkan hasil inovasi guru untuk dimanfaatkan oleh para pendidik yang lain
Guru yang berinovatif dapat menghasilkan inovasi dari segi bahan, kaedah, strategi dan sebagainya untuk meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Guru yang boleh menghasilkan inovasi yang asli atau penambahbaikan terhadap sesuatu yang sedia ada yang meliputi aktiviti pembaharuan dan perubahan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Guru yang boleh menghasilkan inovasi dalam konteks menterjemahkan kurikulum kebangsaan kepada proses pengajaran dan pembelajaran
MAKSUD GURU INOVATIF
KATEGORI PERTANDINGAN
Individu Prasekolah
Individu Sekolah Rendah
Individu Sekolah Menengah
Kumpulan
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Inovasi yang dihasilkan mestilah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Inovasi yang pernah memenangi tempat pertama, kedua atau ketiga dalam pertandingan ini atau pertandingan lain di peringkat kebangsaan atau antarabangsa tidak layak dicalonkan
Inovasi yang sama dan pernah dicalonkan dalam pertandingan ini tidak layak bertanding.
Inovasi yang dicalonkan dalam pertandingan ini belum ada dalam pasaran
Bagi penyertaan kategori kumpulan, bilangan ahli hendaklah antara 2 – 4 orang. Ahli kumpulan mesti dari sekolah yang sama.
Calon mestilah terdiri daripada guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
Inovasi yang dicalonkan mestilah melalui Pengarah JPN
KRITERIA PEMILIHAN
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) boleh mengemukakan satu calon bagi setiap kategori mewakili negeri masing-masing. Kriteria penilaian adalah seperti berikut :
Inovasi yang dicalonkan perlu memenuhi perkara berikut:
a) Kesesuaian idea
b) Kebolehlaksanaan inovasi
c) Kesan kepada Pengajaran dan Pembelajaran
d) Potensi inovasi untuk disebarluaskan
e) Keberkesanan Kos
MAKLUMAT PENCALONAN
JPN perlu mengemukakan maklumat berikut bagi setiap kategori penyertaan:
Maklumat Calon (Lampiran A)
Salinan Kad Pengenalan Calon (Lampiran B)
Maklumat Berkaitan Hasil Ciptaan/Inovasi (Lampiran C)
Maklumat hasil ciptaan atau inovasi boleh disokong dengan gambar, kaset, carta, video atau persembahan grafik.
KAEDAH PENYERTAAN
JPN memilih calon bagi setiap kategori mengikut syarat-syarat pertandingan dan menghantar pencalonan bersama-sama dengan Lampiran A, B, dan C serta bahan-bahan sokongan yang lain kepada urus setia sebelum atau pada 1 Mac 2013. Sebarang pencalonan yang diterima selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dihakimi
BENTUK ANUGERAH
Jawatankuasa Induk Anugerah Guru Inovasi telah bersetuju untuk menganugerahkan hadiah-hadiah seperti berikut:
Piala Pusingan
Wang TunaiJohan :RM 2,000.00 x 4 = RM8,000.00Naib Johan :RM 1,500.00 x 4 = RM6,000.00Tempat Ketiga :RM 1,000.00 x 4 = RM4,000.00
Jumlah semua RM18,000.00
Sijil Penghargaan
Plak
PROSEDUR PENGHAKIMANEmpat buah Jawatankuasa Penghakiman ditubuhkan mengikut kategori pertandingan. Setiap jawatankuasa diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah dari Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan beberapa pegawai untuk menghakimi semua penyertaan yang dicalonkan olh JPN masing-masing
Proses penghakiman dijalankan mengikut tiga peringkat. Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3
PROSES pelaksanaan pertandingan
Bil Aktiviti Keputusan
1 Surat siaran penyertaan diedarkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri
Makluman kepada semua sekolah di bawah seliaan JPN masing-masing
2 JPN menghantar semua projek serta sinopsis pencalonan yang telah dipilih di peringkat negeri ke BPK dalam tempoh masa yang ditetapkan.
BPK mengasingkan semua bahan projek, sinopsis pencalonan yang diterima mengikut kategori dan negeri.
3 Mesyuarat Penyelarasan diadakan bagi memberikan maklumat serta panduan kepada semua para hakim yang telah dipilih meliputi empat kumpulan kategori pertandingan.
Ketua hakim bagi setiap kategori berbincang dan mengagihkan ahli kumpulan yang akan ke negeri-negeri tertentu.
4 Pusingan 1: Setiap kumpulan hakim pergi ke sekolah-sekolah untuk menghakimi semua penyertaan yang dicalonkan berpandukan instrumen penghakiman yang diselaraskan.
Beberapa calon yang didapati mempunyai ciri-ciri inovasi yang menarik dan berpotensi di senarai pendek untuk dihakimi bagi pusingan kedua.
5 Pusingan 2: Kumpulan hakim akan ke sekolah yang di senarai pendek bagi menjalankan penghakiman pusingan kedua.
Calon yang berjaya dipilih sebagai johan, naib johan, tempat ketiga serta dua pemenang sagu hati bagi setiap kategori dikenal pasti.
6 Pusingan 3: Pengerusi/Timbalan Pengerusi berserta ketua-ketua hakim akan menilai/menghakimi semua johan kategori bagi memilih satu pemenang keseluruhan yang bakal menerima hadiah trofi pusingan.
Daripada empat johan kategori yang telah dipilih, hanya seorang pemenang keseluruhan akan ditentukan dalam pusingan ini.
JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN
PENASIHAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PENGERUSI PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
NAIB PENGERUSI TIMBALAN PENGARAH DASAR, SAINS DAN TEKNOLOGI, BPK TIMBALAN PENGARAH KEMANUSIAAN, BPK
AHLI JAWATANKUASA INDUK : KETUA SEKTOR DASAR DAN PENYELIDIKAN KETUA SEKTIR PENDIDIKAN ISLAM KETUA SEKTOR BAHASA KETUA SEKTOR SAINS, MATEMATIK DAN TEKNOLOGI KETUA SEKTOR SAINS SOSIAL KETUA SEKTOR KESENIAN DAN KESIHATAN KETUA SEKTOR PENDIDIKAN KHAS KETUA SEKTOR KHIDMAT PEMGURUSAN KETUA SEKTOR INOVASI DAN TEKNOLOGI
WAKIL BAHAGIAN : BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR
PENDIDIKAN JEMAAH NAZIR JAMINAN KUALITI INSTITUTPENDIDIKAN GURU MALAYSIA
URUS SETIA UNIT INOVASI DALAM KURIKULUM,
SEKTOR INOVASI DAN TEKNOLOGI
SURAT MENYURAT DAN PERHUBUNGAN
Urus Setia Anugerah Guru Inovasi
Unit Inovasi Dalam Kurikulum
Sektor Inovasi dan Teknologi
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
62604 Putrajaya
TERIMA KASIH