Download - golden holiday
Refleksi Program Kecemerlangan UPSR Parlimen Jeli 2015 Dan Hala Tuju 2016
1
1. PENGENALAN
1.1 Petikan Artikel Pertama
Kelas Tuisyen Darul Falah, ditubuhkan pada tahun 1995 atas usaha Ahli Parlimen Jeli,
Datuk Seri Mustapa Mohamed. Ia merupakan kelas tambahan percuma untuk murid-
murid sekolah rendah di dalam kawasan parlimen tersebut. Pada tahun 1998 ia mula
berpusat di kediaman beliau yang juga dikenali sebagai Darul Falah. Hari ini, Kelas
Tuisyen Darul Falah mempunyai empat pusat tuisyen di sekitar kawasan Parlimen Jeli
bagi memudahkan murid-murid mengikuti kelas tambahan tersebut. Sejak ditubuhkan
sehingga ke hari ini, lebih 6,000 murid sekolah rendah telah mengikuti kelas tambahan
percuma ini.
JELI - "Kalau saya letih kerana penat bekerja atau ada masalah, mari ke Jeli saya terhibur
dengan apa yang saya lihat kerana inilah pemikiran saya, perancangan saya, dan
sumbangan saya secara langsung kepada pembangunan Jeli sekarang, inilah kepuasan
saya", kata Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Mustapa, 64, anak kelahiran Bachok, mula
berjuang membangunkan Jeli sebaik dipilih sebagai wakil rakyat parlimen itu pada
Pilihan Raya Umum (PRU) 1995 tanpa berhenti di tengah jalan, beliau terus mengubah
kawasan yang dianggap termundur di negeri ini sehingga menjadi kawasan pesat
membangun.
Petikan daripada http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/mustapa-bawa-
pembangunan-di-jeli-1.305628
Refleksi Program Kecemerlangan UPSR Parlimen Jeli 2015 Dan Hala Tuju 2016
2
1.2 Petikan Artikel Kedua
PROGRAM Kelas Tuisyen Bahasa Inggeris Darul Falah yang dilaksanakan secara percuma
di kawasan Parlimen Jeli berjaya melonjakkan prestasi dan mutu pelajaran calon Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) khususnya dalam subjek Bahasa Inggeris.
Program Kelas tuisyen yang diperkenalkan sejak tahun 2009 oleh Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri selaku Ahli Parlimen Jeli, YB. Dato’ Sri Mustapa Mohamed, itu
berjaya memberi manfaat kepada hampir 3,000 pelajar yang kebanyakannya telah
melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
Menurut YB. Dato’ Sri Mustapa, program tuisyen percuma yang ditubuhkan sejak 20
tahun itu turut mendapat sokongan Pejabat Pendidikan Daerah Jeli dan Tanah Merah,
Kelab Darul Falah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli dan ECERDC melalui
Latihan Akademik di bawah program Empower ECER.
“Sebelum ini, pencapaian murid di Jeli agak lemah terutamanya dalam subjek bahasa
Inggeris, dan pelbagai kaedah telah dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi mereka.
“Insha Allah tahun ini lebih ramai pelajar luar bandar dapat menikmati kemudahan kelas
tuisyen ini dengan pembukaan tiga cawangan contohnya di Sekolah Kebangsaan (SK)
Batu Melintang, SK Bukit Jering dan SK Jeli 2,” katanya pada Majlis Pelancaran Kelas
Tuisyen Darul Falah dan Peraduan Mengarang Bahasa Inggeris peringkat Parlimen Jeli
2016, di Darul Falah, Jeli, Kelantan, pada 27 Februari 2016.
Turut hadir, Penolong Naib Canselor (Pembangunan Korporat & Pengurusan Kualiti),
Prof. Rosdi Ab. Rahman, Pengarah Pendidikan Kelantan, Dato’ Abdul Aziz Abdullah dan
Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Modal Insan Majlis Pembangunan Wilayah
Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Pn. Fauziah Hassan.
Sementara itu, Penyelaras Darul Falah, En. Mohammad Noor Resat, berkata, pada tahun
ini seramai 420 murid daripada 22 sekolah di Parlimen Jeli dan murid jemputan daripada
sekolah di Tanah Merah berpeluang mengikuti kelas tuisyen ini.
Refleksi Program Kecemerlangan UPSR Parlimen Jeli 2015 Dan Hala Tuju 2016
3
Beliau berkata, sasaran awal pada tahun ini ialah sebanyak 500 murid dan jumlah itu
dijangka bertambah kerana terdapat sekolah yang menghantar pelajar mereka
mengikuti kelas tuisyen ini.
“Hasil daripada program itu pencapaian sekolah dan minat murid terhadap subjek
bahasa Inggeris UPSR menunjukkan peningkatan dan membrangsangkan,” katanya.
http://www.umk.edu.my/index.php/en/publications/latest-news/item/392-kelas-
tuisyen-percuma-darul-falah-lonjak-prestasi-bahasa-inggeris.
Refleksi Program Kecemerlangan UPSR Parlimen Jeli 2015 Dan Hala Tuju 2016
4
2. PERKONGSIAN BIJAK
Dua petikan artikel di atas jelas menunjukkan integriti, komitmen dan kesungguhan
yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai ahli Parlimen Jeli
dalam mentransformasikan kecemerlangan pencapaian khususnya Kecemerlangan UPSR
dalam Parlimen Jeli.
Dua sesi pertemuan yang melibatkan Datuk Seri Mustapa Mohamed selaku Ahli
Parlimen Jeli bersama pemimpin sekolah dalam Parlimen Jeli telah diadakan bagi
mengenalpasti kelemahan pencapaian kecemerlangan UPSR Tahun 2015 yang belum
mencapai KPI yang disasarkan :
2.1 Sesi pertama :
Perkongsian bersama Dato’ Abdul Aziz Abdullah Pengarah JPN Kelantan yang berfokus
bagaimana melonjak pencapaian UPSR dalam Parlimen Jeli.
Tarikh : 27 Februari 2016-Sabtu
Tempat : Darul Falah, Jeli.
Kehadiran : Penolong Naib Canselor (Pembangunan Korporat & Pengurusan Kualiti),
Prof. Rosdi Ab. Rahman, Pengarah Pendidikan Kelantan, Dato’ Abdul Aziz
Abdullah dan Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Modal Insan
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Pn.
Fauziah Hassan, semua guru besar dan penolong kanan sekolah dalam
Parlimen Jeli.
Refleksi Program Kecemerlangan UPSR Parlimen Jeli 2015 Dan Hala Tuju 2016
5
2.2 Sesi kedua :
Perkongsian Kecemerlangan UPSR Dan Amalan Terbaik PPD Bachok oleh Ketua Pejabat
Pelajaran Daerah Bachok yang berfokus bagaimana memacu Parlimen Jeli untuk
melonjak pencapaian UPSR dalam Parlimen Jeli .
Tarikh : 20 Mac 2016-Ahad
Tempat : Pondok Moden, Jeli
Kehadiran : Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Pegawai PPD Bachok, Pegawai PPD
Jeli dan Pegawai PPD Tanah Merah, semua guru besar dan penolong
kanan Pentadbiran serta Setiausaha Program Kecemerlangan sekolah
dalam Parlimen Jeli.
“ Bersama kita sederap selangkah bersama menongkah arus UPSR 2016 ”
Refleksi Program Kecemerlangan UPSR Parlimen Jeli 2015 Dan Hala Tuju 2016
6
3. REFLEKSI
KPI Kecemerlangan UPSR Tahun 2015 Parlimen Jeli adalah tidak tercapai sebagaimana
sasaran. Luahan ini disampaikan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai ahli
Parlimen Jeli yang turut terlibat sepenuhnya dalam mentransformasikan kecemerlangan
pencapaian Kecemerlangan UPSR Parlimen Jeli.
Antara pandangan yang diterima ialah :
3.1 YDP MGB Jeli – En Mohd Nordin Mustapha
Menzahirkan terima kasih atas segala program yang telah dibuat oleh kepimpinan
Parlimen Jeli sepanjang tahun 2015 yang berfokus kepada kecemerlangan UPSR 2015.
Mencadangkan supaya diadakan pada Tahun 2016 diadakan sesi pertemuan antara guru
serta ‘task-force’ bagi memastikan semua pihak memberikan komitmen yang sama.
3.2 YDP PIBG SK Ayer Lanas – En Romi Bin Sidi Ahmad
Mengharapkan perkongsian Amalan Terbaik PPD Bachok dilaksanakan dalam Parlimen
Jeli.
3.3 GB SK Sg Rual – En Baharudin Bin Daud
Mencadangkan supaya pelantikan KPPD Jeli yang baru ialah seorang pegawai yang
benar-benar berintegriti dalam semua aspek termasuk kepimpinan, perhubungan dan
“turun padang” bersama kepimpinan di sekolah bagi memastikan usaha mencapai
kecemerlangan UPSR Parlimen Jeli adalah dalam satu halatuju yang sama.
3.4 GB SK Tok Che Dol – Pn Zuriani Hj Abdullah
Berfokus kepada perkongsian kepakaran dalam menguruskan data ‘headcount’.
Parlimen Jeli bertuah kerana mempunyai seorang Guru Besar - En Norazman Bin Junus
GB SK Gual Jedok yang telah berjaya membuktikan amalan pengurusan data akademik
Refleksi Program Kecemerlangan UPSR Parlimen Jeli 2015 Dan Hala Tuju 2016
7
pelajar melalui sistem ‘headcount’ yang mantap akan berjaya memacu kearah
peningkatan kecemerlangan UPSR. Analisis data berkala dan konsisten serta penghasilan
data secara ‘softcopy’ dan ‘hardcopy’ secara mendalam akan menghasilkan petunjuk
kedudukan sebenar hakikat dan halatuju seorang calon UPSR serta pencapaian
keseluruhan kecemerlangan UPSR peringkat Parlimen Jeli.
3.5 SIC+ ( Bahasa Inggeris ) PPD Jeli
Memohon agar mewujudkan kembali Self Access Learning (SAL) di semua sekolah dalam
Parlimen Jeli kerana kewujudan SAL dan pelaksanaan aktiviti sepenuhnya akan turut
membantu kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris.
Refleksi Program Kecemerlangan UPSR Parlimen Jeli 2015 Dan Hala Tuju 2016
8
4. MENGENAL PASTI PUNCA MASALAH
4.1 PENGENALAN
Pengurus menurut Kamus Dewan, ialah orang yang mengendalikan perjalanan harian
sesebuah syarikat, manakala pemimpin ialah gelaran kepada orang yang dipilih untuk
mengetuai sesuatu organisasi. Fungsi utama pemimpin ialah menggubal visi dan misi
organisasi yang dipimpinnya serta mencipta strategi bagi mencapainya. Pengurus pula
akan melaksanakan strategi - strategi yang digubal oleh pemimpin.
Wawasan pula merupakan satu gambaran tentang masa depan yang ingin dicapai. Ia
bukan sesuatu yang sahih tetapi diimaginasikan untuk menjadi pendorong dan halatuju
setiap warga organisasi (Edaris Abu Bakar, 2004). Visi merupakan tanggapan dan
pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya berkaitan dengan perkembangan
masa depan. Manakala misi adalah langkah - langkah untuk mencapai dan
merealisasikan wawasan.
Mengikut Carzo dan Yanouzas (Jaafar, 1999 : 464), “Perubahan ialah satu pola
penukaran kelakuan atau situasi yang stabil kepada pola perlakuan dan status stabil
yang lain.” Perubahan yang berlau dalam sesebuah organisasi seperti sekolah haruslah
melibatkan ciri - ciri yang berterusan (Kaizen), berlaku secara beransur -ansur serta
menyeluruh ke arah yang lebih baik atau penambahbaikan. Perancangan strategik
merupakan tahap tertinggi dalam perancangan yang melihat arah tuju sekolah pada
jangka masa panjang sekurang - kurangnya 3 hingga 5 tahun kehadapan. Skopnya lebih
luas dan umum dengan menyoal dan mencari jawapan tentang apakah yang akan
dilakukan pada masa hadapan, bagaimana, siapa yang akan menerima fungsi tersebut
dan bila ianya akan tercapai.
4.2 MENGENAL PASTI MASALAH DAN ISU UTAMA
Untuk mengenalpasti isu dan masalah dalam pengurusan kecemerlangan UPSR sekolah-
sekolah dalam Parlimen Jeli, jawatakuasa akademik melalui Biro Pendidikan Parlimen
Jeli dengan komitmen Yang Berhormat Datuk Sri Mustapha Mohamed sendiri telah
Refleksi Program Kecemerlangan UPSR Parlimen Jeli 2015 Dan Hala Tuju 2016
9
mengadakan beberapa siri pertemuan untuk tujuan peningkatan kecemerlangan “A”
dalam UPSR segandingan dengan sekolah-sekolah yang berada di Parlimen lain di negeri
Kelantan. Melalui analisis SWOC yang dilakukan didapati isu utama dalam
kecemerlangan akademik ialah kesukaran untuk mencapai ‘straight A’ dalam UPSR,
sedangkan Gred Purata Sekolah (GPS) meningkat bergitu juga peratus lulus.
5. CADANGAN PERANCANGAN STRATEGIK “STRAIGHT A UPSR ” PARLIMEN JELI
VISI KPM : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera .
MISI KPM : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) : menggariskan 5 Aspirasi Sistem, 6
Aspirasi Murid, 9 Keberhasilan Utama, 11 Anjakan Utama dalam 3 Gelombang yang
bermula 2013 hingga 2025.
10 Fokus Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Refleksi Program Kecemerlangan UPSR Parlimen Jeli 2015 Dan Hala Tuju 2016
10
Hasrat Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai ahli Parlimen Jeli : Mentransformasikan
Pendidikan Ke Arah Kecemerlangan Keseluruhan.
PERANCANGAN STRATEGIK “STRAIGHT A UPSR ” PARLIMEN JELI ini adalah sebagai
garis panduan dan cadangan rujukan untuk Pengurusan Akademik Parlimen Jeli bagi
mencapai KPI Kecemerlangan UPSR pada Tahun 2016.
Ia juga merupakan alat penambahbaikan bagi program sedia ada terutama bagi
pelaksanaan pengukuran pencapaian melalui data “ data driven” yang mampu
memberi impak besar pencapaian sekiranya ia dilaksanakan dengan teratur daripada
semua aspek penglibatan dan data ‘headcount’ diguna pakai secara berterusan oleh
semua pihak bermula kepimpinan tertinggi Parlimen Jeli, Pejabat Pelajaran Daerah,
kepimpinan di sekolah termasuk Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Setiausaha
Peningkatan Kecemerlangan, Guru Pakar, Guru Cemerlang, pegawai data ‘headount’
Parlimen Jeli , murid dan ibu bapa.
Semoga PERANCANGAN STRATEGIK “STRAIGHT A UPSR ” PARLIMEN JELI dapat
membantu dan memudahkan semua pihak dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang telah diberikan yang berfokus kepada PENINGKATAN
KECEMERLANGAN UPSR 2016.
Bersama Memacu Kecemerlangan dan sederap bersama :
PERANCANGAN STRATEGIK “STRAIGHT A UPSR ” PARLIMEN JELI
Refleksi Program Kecemerlangan UPSR Parlimen Jeli 2015 Dan Hala Tuju 2016
11
Matlamat
Strategik Objektif
Petunjuk
Prestasi Utama
(KPI)
Sasaran
Inisiatif / Strategi
Pegawai
Bertanggung-
jawab TOV
(2015)
2016
[AR]
2017
[AR]
2018
[AR]
1. Meningkatkan
pencapaian
“Straight A”
dalam UPSR
Peningkatan
Dalam Ujian
Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR)
% Murid
Memperolehi
5A/6A
PPD Tanah
Merah
(7 buah
sekolah)
PPD Jeli
(15 buah
sekolah)
48
orang
49
orang
150
orang
200
orang
300
orang
Murid
1. Meningkatkan keyakinan belajar murid.
2. Meningkat semangat cintakan sekolah
oleh murid.
3. Meningkatkan motivasi belajar murid.
4. Menyediakan kecukupan latihan
kepada murid.
5. Meningkat tahap kecergasan dan
kesihatan murid.
6. Menyediakan kecukupan masa
pembelajaran murid.
7. Menyediakan insentif dan pengiktirafan
kepada kejayaan murid
8. Mengurangkan masalah disiplin murid
9. Meningkatkan kehadiran murid ke
sekolah
10. Membolehkan murid untuk mengambil
berat tanggungjawab sosial.
11. Membolehkan murid menghargai alam
sekitar.
12. Membangunkan etika, moral dan
profesionalisme murid.
13. Meningkatkan kerohanian (spiritual) di
kalangan murid.
14. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
di kalangan murid.
15. Membolehkan murid menjadi
pemimpin.
16. Mewujudkan semangat kerja sepasukan
di kalangan murid.
17. Membolehkan murid untuk berfikiran
kritikal dan menyelesaikan masalah.
Ibubapa
Pemimpin
sekolah
PKP
PKHEM
PKKO
SU
Kecemerlangan
Ketua Panitia
Guru Mata
Pelajaran
Guru Kelas
Refleksi Program Kecemerlangan UPSR Parlimen Jeli 2015 Dan Hala Tuju 2016
12
MATLAMAT, OBJEKTIF, KPI, SASARAN, STRATEGI
Matlamat
Strategik Objektif
Petunjuk
Prestasi Utama
(KPI)
Sasaran
Inisiatif / Strategi
Pegawai
Bertanggung-
jawab TOV
2014
[AR]
2015
[AR]
2016
[AR]
18. Membolehkan murid memiliki
kemahiran teknologi dan
komunikasi.
19. Menyediakan murid dengan
kemahiran pembelajaran sepanjang
hayat.
20. Membolehkan murid untuk bersifat
globalisasi.
21. Membolehkan murid berkemahiran
keusahawanan.
22. Menyediakan murid dengan
kemahiran pengurusan.
23. Menyediakan murid dengan
kemahiran belajar.
24. Meningkatkan penglibatan murid
dalam aktiviti sukan dan permainan.
25. Meningkatkan penyertaan murid
dalam pertandingan sukan dan
permainan di peringkat daerah.
Guru
26. Meningkatkan kompetensi guru
dalam pengajaran dan
pembelajaran berpusat
27. Meningkatkan kompetensi guru
dalam pengurusan berfokus
28. Mewujudkan PLC kerja cemerlang di
kalangan guru yang terpilih.
29. Meningkat kesedaran kendiri dan
kesedaran dalam “headcount”
30. Meningkatkan kompetensi guru
dalam penggunaan ICT/KBAT
31. Meningkatkan kompetensi guru
dalam kajian tindakan dan analisis
data.
32. Memantapkan kompetensi guru
dalam pengurusan murid.
KPPD
TKPPD
SIP+ dan SIC
KU Akademik
Pemimpin
Sekolah
Semua PK
Ketua Panitia
Refleksi Program Kecemerlangan UPSR Parlimen Jeli 2015 Dan Hala Tuju 2016
13
Matlamat
Strategik
Objektif
Petunjuk
Prestasi Utama
(KPI)
Sasaran
Inisiatif / Strategi
Pegawai
Bertanggung-
jawab TOV
2014
[AR]
2015
[AR]
2016
[AR]
Kepimpinan dan Pengurusan
1. Menyediakan guru pakar, guru
cemerlang dan berinisiatif dalam
PdP.
2. Pemantauan berkala,berjadual dan
berekod dalam melaksanakan
program.
3. Analisis data ‘headcount’ serta post
mortem sebagai refleksi
kecemerlangan.
Hubungan Luar (Ibu Bapa – Komuniti dll)
4. Meningkatkan kerjasama antara
sekolah dan PPD
5. Meningkatkan kerjasama antara
sekolah dan agensi luar / komuniti
6. Meningkatkan penglibatan ibu
bapa dalam pembelajaran anak-
anak di pondok moden dan di
rumah.
Ahli Parlimen
ADUN
KPPD
TKPPD
SIP+ dan SIC
KU Akademik
Pemimpin
Sekolah
Ahli Parlimen
ADUN
JPP/KESEDAR/EC
ER
Kepimpinan
Sekolah
Pengawa dan
Penghulu
Pasukan
Keselamatan
/KRT/RELA
PIBG/PIBK
Refleksi Program Kecemerlangan UPSR Parlimen Jeli 2015 Dan Hala Tuju 2016
14
PELAN TAHUNAN MATLAMAT, OBJEKTIF, KPI, SASARAN, STRATEGI
Matlamat /
Bidang
Keberhasilan
Utama (KRA)
Objektif
Petunjuk Prestasi
Utama
(KPI)
Sasaran 2016
Inisiatif / Strategi
Pegawai
Bertanggung
-jawab TOV OTI1 OTI2 ETR AR
1. Meningkatkan
pencapaian
“Straight A”
dalam UPSR
Peningkatan Dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR)
% Murid
Memperolehi
5A/6A
PPD Tanah Merah
(7 buah sekolah)
PPD Jeli
(15 buah sekolah)
48
orang
49
orang
Sila rujuk pada jadual
Matlamat, Objektif, KPI,
Sasaran, Strategi di atas.
Ahli Parlimen
ADUN
KPPD
TKPPD
SIP+ dan SIC
KU Akademik
Pemimpin
Sekolah
Ahli Parlimen
ADUN
JPP/KESEDAR/E
CER
Kepimpinan
Sekolah
Pengawa dan
Penghulu
Pasukan
Keselamatan
/KRT/RELA
PIBG/PIBK
TOV: Take Of Value (Nilai Titik Mula) AR: Actual Results (Keputusan Sebenar)
ETR: Expected Targeted Result (Sasaran Keputusan Dianggarkan)
OTI: Operational Targeted Increment (Sasaran Kenaikan Operasional)
Refleksi Program Kecemerlangan UPSR Parlimen Jeli 2015 Dan Hala Tuju 2016
15
PELAN TAKTIKAL 1-2016
Matlamat 1: Meningkatkan pencapaian “Straight A” dalam UPSR.
INISIATIF / STRATEGI S1 Menyediakan pengurusan data yang efisien.
S2 Menyediakan bahan UPSR format baru.
Bil Program/
Projek
Tanggung
jawab
Tempoh/
Hari /
Kekerapan
Kos/
Sumber Output / Outcome KPI Sasaran Pelan Kontingensi
1
2
3
Bengkel ‘Headcount”
Program ‘Golden Holiday’
Dialog Prestasi “Straight
A”
PPD Jeli /
Tanah Merah
GB SK Gual
Jedok
PPD Jeli /
Tanah Merah
Guru
Pakar/GC
Pengurusan
Pondok
Moden
PPD Jeli
PPD Tanah
Merah
Pegawai
Data
headcount
APRIL dan
Jun
MEI – OGOS
16 Sesi
RM 7,000.00 /
Parlimen Jeli
*Saguhati
kepada tenaga
pengajar
Pengurusan
headcount
berfokus /
Kecemerlangan
UPSR
Keyakinan murid
menjawab soalan
KBAT /
Kecemerlangan
UPSR
Pengurusan
headcount
berfokus /
Kecemerlangan
UPSR
1 kali
pelaporan
bagi setiap
sesi
150 murid
“Straight A”
1 kali
pelaporan
bagi setiap
sesi
22 orang GB
22 orang PKP
22 orang SU
Kecemerlangan
4 orang pegawai PPD
2 orang pegawai data
headcount parlimen
Semua murid target
dalam Parlimen Jeli
22 orang GB
22 orang PKP
22 orang SU
Kecemerlangan
4 orang pegawai PPD
2 orang pegawai data
headcount parlimen
Tenaga pengajar
“Golden Holiday”
1 Pelaporan
selepas UBB
Pelaksanaan
menjawab soalan
yang sama dan
serentak kepada
murid target di
sekolah.
Refleksi Program Kecemerlangan UPSR Parlimen Jeli 2015 Dan Hala Tuju 2016
16
INISIATIF / STRATEGI S1 Menyediakan pengurusan data yang efisien.
S2 Menyediakan bahan UPSR format baru.
Bil Program/
Projek
Tanggung
jawab
Tempoh/
Hari /
Kekerapan
Kos/
Sumber Output / Outcome KPI Sasaran Pelan Kontingensi
4. Anugerah Bintang “A”
GB SK GJ
GB SKTCD
GB SKND
Pegawai
Data
headcount
Parlimen
Selepas Sesi
“Golden
Holiday”
16 sesi
Murid yang
mencapai “A”
setiap subjek
Keyakinan murid
menjawab soalan
KBAT /
Kecemerlangan
UPSR
150 murid Murid Target UPSR Selepas UBB
5. Sentuhan “A”
PPD Jeli /
Tanah Merah
Guru
Pakar/GC
Pengurusan
Pondok
Moden
MEI dan
OGOS
2 kali
*Saguhati
penceramah
Keyakinan murid
menjawab soalan
KBAT /
Kecemerlangan
UPSR
150 murid Murid Target UPSR Selepas UBB
6. Penyediaan Modul (PLC)
PPD Jeli /
Tanah Merah
Guru
Pakar/GC
Pengurusan
Pondok
Moden
APRIL
2 kali
*Saguhati
penyediaan set
soalan/modul
Penghasilan
/Pengumpulan
soalan format baru
UPSR
16 set soalan
format baru Murid Target UPSR
Beli buku yang
bersesuai