Transcript
Page 1: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

SEMESTER 1 SESI 2016/2017

TUGASAN KUMPULAN

LAPORAN ORGANISASI PDK

&

AKTIVITI MINGGUAN

PENSYARAH

PROF. MADYA DR. MANISAH BINTI MOHD. ALI

PROF. MADYA DR. ROSADAH BINTI ABD MAJID

DR. ALIZA BINTI ALIAS

AHLI KUMPULAN

BIL. NAMA NO. MATRIK

1. MOHAMAD FIRDAUS FAIZ BIN PONIRAN A 155313

2. NOR WAHIDA BINTI SHAHABUDIN A 154428

3. NOOR SYAZANA BINTI MOHAMAD A 154127

4. NURUL ASHIKIN BINTI ABU BAKAR A 155330

5. AVYASVINA ISTINIZA ANAK UNONG A155166

6. SITI NORZILA BINTI MAT DIN A 153445

Page 2: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

1.0 SEJARAH PENUBUHAN PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

PERMATA HATI

Pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) Permata Hati mula beroperasi pada 1 Jun 2016.

Penubuhan PDK ini merupakan satu inisiatif yang diambil berikutan masalah yang

dihadapi oleh ibu bapa yang merungut tiada PDK yang ditubuhkan berdekatan kawasan

penempatan Presint 11, Putrajaya. Jika sebelum ini, mereka terpaksa menghantar anak-

anak dan ahli keluarga mereka di PDK Presint 14 yang mempunyai jarak jauh dari rumah

mereka. Lanjutan daripada pembukaan PDK Permata Hati di Presint 11 ini akan memberi

kemudahan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak atau ahli keluarga yang

berkeperluan khas untuk mengikuti program pemulihan di sini. Mengikut penyelia PDK,

penubuhan PDK ini belum dirasmikan. Walau bagaimanapun, perasmian yang akan

disempurnakan oleh wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu dijangka

berlangsung pada pertengahan bulan Disember ini. Seterusnya, lokasi PDK ini terletak

berhadapan Taska Permata Bonda yang beralamat di No. 14, Jalan P 11 D/11 Presint 11,

62300 Putrajaya.

Page 3: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

2.0 KEAHLIAN JAWATANKUASA

Carta Organisasi Jawatankuasa

Rajah 1: Carta Organisasi Jawatankuasa PDK Permata Hati.

Pengerusi

Ai’iri bin Abu Bakar

Bendahari

Wan Fatma Hamimi bin

Wan Mahammod

Setiausaha

Amirul Khairi bin Mohd Isa

Timbalan Pengerusi

Mohd Yusof bin Maulut

Exco Ekonomi

Mohd Ridwan

Ecxo Kebajikan

Norazah binti Ibrahim

Exco Agama

Syuhada binti Abdullah

Exco Lawatan

Nordin bin Kasman

Page 4: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

Carta Organisasi Petugas

Rajah 2: Carta Organisasi Petugas PDK Permata Hati

Penyelia

Nor Syuhada binti Bahaman

Petugas

Mohd Ghadaffi bin Mohd Rawi

Petugas

Laila binti Pangagid

Petugas

Muhammad Fahmi bin Makhtar

Petugas

Nur Natasya binti Roslan

Petugas

Saeni Maria binti Zahari

Page 5: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

3.0 KEAHLIAN PELAKSANA

Keahlian pelaksana bagi PDK ini dianggotai oleh ibu bapa atau penjaga ahli keluarga

kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi

Jawatankuasa PDK iaitu Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dengan dibantu

oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas)

Malaysia. Keahlian pelaksana PDK bermula dari peringkat tertinggi dalam carta organisasi

jawatankuasa iaitu pengerusi PDK. Tugas pengerusi PDK adalah untuk mengurus,

mentadbir dan melaksanakan program PDK mengikut garis panduan pengurusan PDK.

Selain itu, pengerusi bertindak mempengerusikan semua mensyuarat atau perjumpaan yang

akan diadakan oleh jawatankuasa PDK pada setiap bulan bagi membincangkan perkara-

perkara berkaitan dengan PDK.

Seterusnya, pengerusi akan merancang program atau aktiviti PDK bersama AJK,

penyelia dan petugas di PDK, memastikan penyelia dan petugas PDK bekerja dalam

suasana yang kondusif serta mematuhi etika kerja. Pengerusi juga akan memastikan elaun

khas orang kurang upaya (OKU), saguhati dan sumbangan kepada penyelia dan petugas

PDK dan lain-lain perbelanjaan dilakukan megikut garis panduan PDK. Dalam pemilihan

penyelia dan petugas-petugas di PDK pengerusi akan menjadi ahli panel semasa proses

temuduga tersebut. Setelah selesai temuduga pengerusi akan menandatangani surat

perlantikan penyelia dan petugas PDK dan berusaha untuk menambahkan sumber

kewangan bagi PDK. Pengerusi juga haruslah memastikan keselamatan pelatih OKU dan

keadaan premis yang digunakan sentiasa berada dalam keadaan semalat dan mesra OKU.

Keduanya, bagi tugas timbalan pengerusi pula membantu pengerusi melaksanakan

tugas dan tanggungjawab serta akan mengganti melaksanakan tugas dan tanggungjawab

semasa ketiadaan pengerusi. Timbalan pengerusi lebih kepada membantu pengerusi dalam

semua perkara. Setiausaha pula akan membantu pengerusi dalam pengurusan dan

pentadbiran PDK. Selain itu, setiausaha juga menyediakan dan mengedarkan surat

panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat. Tambahan lagi,

setiausaha turut menyimpan rekod ahli jawatankuasa dan kakitangan PDK dan membantu

melaksanakan tugas dan tanggungjawab semasa ketiadaan pengerusi.

Dari segi kewangan pula akan diambil alih oleh bendahari. Bendahari akan mentadbir

urus, menyimpan dan mengemaskini buku rekod kewangan. Bendahari juga akan merekod

semua sumbangan, pendapatan dan perbelanjaan berkaitan pengurusan PDK serta

menguruskan pembayaran elaun khas OKU, saguhati dan sumbangan kepada penyelia,

petugas serta semua perbelanjaan berkaitan dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Page 6: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

Peranan ahli jawatankuasa pula akan menghadiri semua mesyuarat dan program PDK.

Seterusnya, ahli jawatankuasa juga akan membantu penyelia dan petugas dalam

menjalankan aktiviti bagi meningkatkan keupayaan OKU. Penyelia pula akan

menguruskan hal-hal di PDK dan akan dibantu oleh petugas-petugas yang mana akan

mengajar pelatih-pelatih di PDK.

Organisasi di PDK Permata Hati berjalan dengan lancar dan baik walaupun PDK ini

baru sahaja ditubuhkan. Dari segi keperluan peralatan di PDK ini masih lagi tidak

mencukupi dan terdapat lagi kekurangan. Hal ini menyebabkan aktiviti tidak dapat berjalan

dengan sempurna tetapi penyelia dan petugas-petugas dapat menjalankan aktiviti yang

dirancang dengan sebaik mungkin. Pelatih-pelatih PDK ini kurang dapat melakukan

aktiviti tetapi mereka mempunyai inisiatif yang tersendiri dalam menyelesaikan hal ini.

Kawasan PDK ini kurang strategik dan tetapi mempunyai persekitaran kawasan yang

menarik kerana berada di kawasan perumahan. Hal ini akan memudahkan ibu bapa untuk

menghantar pelatih-pelatih ke PDK selain keselamatan mereka juga terjaga. Dari segi

peralatan pula masih lagi terdapat kekurangan. Tambahan lagi, terdapat beberapa

kekangan yang menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakannya. Antaranya dari segi

perbelanjaan yang kurang mencukupi. Apabila kekurangan perbelanjaan menyebabkan

penyelia dan petugas-petugas PDK tidak dapat melakukan sesuatu program dengan lancar.

Secara keseluruhannya, keahlian pelaksana PDK Permata Hati memberikan kerjasama

dengan baik serta terdapat juga sesetengah ibu bapa atau penjaga pelatih yang turut

memberikan sumbangan dari segi bekalan makanan kepada PDK ini.

Page 7: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

4.0 PELATIH PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

PELATIH DI PDK

Pelatih di PDK terdiri daripada individu berkeperluan khas yang mengalami pelbagai

ketidakupayaan baik dari segi fizikal mahupun mental. Pelatih-pelatih ini terdiri daripada

pelbagai peringkat umur bermula dari peringkat kanak-kanak sehingga dewasa. Di PDK

Permata Hati, bilangan pelatih yang mendaftar adalah berjumlah 30 orang. Daripada jumlah

ini, pelatih yang mendapatkan pemulihan di PDK (centre based) adalah seramai 22 orang

manakala bagi pelatih yang mendapatkan pemulihan di rumah (home based) berjumlah

lapan orang. Penyelia dan para petugas akan melawat pelatih-pelatih di rumah pada hari

Jumaat setiap minggu.

Seterusnya, pelatih lelaki adalah seramai 18 orang dan pelatih perempuan pula

berjumlah 12 orang. Bilangan pelatih mengikut ketidakupayaan yang dialami adalah lima

orang yang mengalami hiperaktif, lapan orang yang mengalami cerebral palsi, dua orang

yang mengalami epilepsi (sawan), empat orang yang mengalami sindrom down dan 16

orang lagi dikategorikan sebagai masalah lain-lain. Pelatih-pelatih di PDK diberi elaun

khas oleh JKM sebanyak 150 ringgit sebulan di samping kemudahan-kemudahan lain.

Page 8: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

5.0 PERJALANAN PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Di PDK Permata Hati, terdapat dua jadual yang berbeza iaitu jadual waktu harian kelas

prasekolah dan jadual waktu harian kelas fisioterapi. Bagi jadual waktu harian kelas

prasekolah ini digunakan oleh pelatih-pelatih yang berumur 12 tahun ke bawah. Seperti

yang dapat kita lihat, untuk kelas prasekolah berfokus kepada akademik, kemahiran motor

kasar dan motor halus serta pengurusan diri. Sebaliknya, untuk kelas fisioterapi pula

merupakan kelas untuk pelatih-pelatih yang memerlukan pemulihan fisioterapi. Kelas ini

dikendalikan oleh seorang petugas yang akan melakukan terapi fisiologi terhadap pelatih

secara bergilir.

Jadual Waktu Harian Kelas Pra Sekolah

Nama guru: Saeni Maria binti Zahari

: Nur Natasya binti Roslan

Masa

Hari

8.00 pagi –

9.00 pagi

9.00 pagi –

10.30 pagi

10.30 pagi –

11.00 pagi

11.00 pagi –

12.00 tengahari

Isnin

Senaman pagi

&

Perbualan pagi

Pra akademik

Rehat

Terapi muzik

Selasa

Terapi renang di Kompleks Presint 11

Rabu

Senaman pagi

&

Bacaan surah yassin

Terapi Seni

Rehat

Terapi sensori

Khamis

Senaman pagi

&

Sukaneka

Pengurusan diri/

Aktiviti luar

Rehat

Terapi seni/

Kraftangan

Jumaat

Lawatan ke rumah dan kemaskini rekod

** Aktiviti luar dilakukan pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan**

Jadual 1: Jadual Waktu Harian Kelas Pra Sekolah PDK Permata Hati

Page 9: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

Jadual Waktu Harian Kelas Fisioterapi

Nama guru: Laila binti Pangagid

Masa

Hari

8.00 pagi –

9.00 pagi

9.00 pagi –

10.30 pagi

10.30 pagi –

11.00 pagi

11.00 pagi –

12.00 tengahari

Isnin

Senaman pagi

&

Perbualan pagi

Fisioterapi

Rehat

Terapi muzik

Selasa

Terapi renang di Kompleks Presint 11

Rabu

Senaman pagi

&

Bacaan surah yassin

Fisioterapi

Rehat

Sukaneka

Khamis

Senaman pagi

&

Permainan

Fisioterapi/

Aktiviti luar

Rehat

Bercerita

Jumaat Lawatan ke rumah dan kemaskini rekod

** outing diselang-selikan setiap 2 minggu**

Jadual 2: Jadual Waktu Harian Kelas Fisioterapi PDK Permata Hati

Page 10: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

6.0 SUMBER KEWANGAN PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Pertamanya, peruntukan oleh JKM akan disalurkan kepada PDK baru dan PDK sedia

ada setelah mendapat kelulusan JKM untuk membiayai elaun khas OKU, bayaran saguhati

kepada penyelia dan petugas PDK, sewa premis, pembayaran bil-bil utiliti, perlaksanaan

program atau aktiviti, pembeliaan peralatan (PDK baru sahaja). JKM memberikan

peruntukan kepada PDK Permata Hati sebanyak 200 ribu ringgit setahun. Walau

bagaimanapun, peruntukan yang diberi akan dikaji semula untuk tahun berikutnya. Oleh

yang demikian, jawatankuasa PDK yang terlibat hendaklah mengemukakan permohonan

peruntukan tahunan kepada PKMD sebelum tarikh 30 Oktober setiap tahun. Jawatankuasa

PDK yang gagal mengemukakan permohonan sebelum tarikh tersebut tidak akan

dipertimbangkan. Seterusnya, bagi jawatankuasa PDK yang memerlukan tambahan

peruntukan boleh mengisi boring Permohonan Geran Tambahan.

Keduanya, dari segi pengurusan kewangan, satu akaun iaitu akaun jawatankuasa PDK

hendaklah dibuka atas nama PDK yang diluluskan. Pembayaran peruntukan PDK kepada

Jawatankuasa PDK akan dimasukkan ke dalam akaun tersebut. Peruntukan berkaitan

bayaran saguhati penyelia dan petugas, elaun khas OKU, perlaksanaan program dan

aktiviti, pembelian peralatan, sewa premis, dan bayaran bil utiliti disalurkan terus ke akaun

jawatankuasa PDK dan dikawal selia oleh PKMD. Sebelum peruntukan disalurkan, satu

perjumpaan mesti diadakan oleh PKMD dengan semua pengerusi dan bendahari

jawatankuasa PDK di daerah untuk membincangkan perkara-perkara seperti kegunaan

peruntukan, menandatangani surat pematuhan kegunaan peruntukan PDK, jawatankuasa

PDK menandatangani surat akuan penerimaan geran permulaan program PDK kepada

Pegawai Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN).

Ketiganya, bagi kuasa menandatangani cek pula, setiap pengeluaran cek hendaklah

ditandatangani oleh sekurang-kurangnya dua orang yang terdiri daripada bendahari (wajib)

dan pengerusi atau setiausaha. Dari segi kutipan derma, permohonan kutipan derma perlu

mendapat kelulusan polis dan hasil kutipan derma perlu dilaporkan kepada PKMD. Selain

itu, bagi setiap penerimaan derma atau hadiah samada secara tunai atau barangan di PDK

hendaklah diterima oleh penyelia, petugas atau jawatankuasa PDK dan direkodkan,

dikeluarkan resit atau akuan terima dan disimpan dalam akaun jawatankuasa PDK. Derma

melalui cek hendaklah ditulis atas nama jawatankuasa PDK berkenaan. Bendahari

bertanggungjawab untuk merekod dan menyimpan penerimaan cek dan mengeluarkan

resit.

Page 11: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

Seterusnya, setiap OKU yang mengikuti program PDK wajib menyertai Skim Insurans

Berkelompok. Pembayaran insuran berkelompok dibuat oleh jawatankuasa PDK melalui

potongan dari elaun khas OKU sekali dalam setahun. Di samping itu, jawatankuasa PDK

bertanggungjawab terhadap semua bayaran saguhati dan sumbangan kepada penyelia dan

petugas PDK. Saguhati dan sumbangan hendaklah dibayar sebelum tarikh 28 hari bulan

setiap bulan. Pembayaran hendaklah direkod dan slip pembayaran dikeluarkan kepada

penyelia dan petugas PDK. Penyelia dan petugas PDK hendaklah membuat akuan

penerimaan saguhati yang telah diterima.

Selain daripada itu, program PDK tidak boleh dijalankan di premis sewa yang dimiliki

oleh ahli jawatankuasa PDK, penyelia, petugas, atau mana-mana pihak yang mempunyai

kepentingan dengan pengurusan PDK. Dalam hal ini, pemilihan dan penyewaan premis

PDK perlu mendapat persetujuan PKMD. Dokumen perjanjian sewa yang telah

ditandatangani di antara penyewa dan pemilik premis perlu dimatikan setem dan disimpan

oleh jawatankuasa PDK dan satu salinan diberikan kepada PKMD. Tambahan lagi, elemen-

elemen seperti berikut perlu dimasukkan dalam dokumen perjanjian sewa iaitu apa-apa

bencana yang berlaku ke atas premis bukan disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan

PDK adalah di bawah tanggungjawab pemilik premis dan perpindahan PDK ke premis baru

hendaklah dibuat pada awal tahun atau penghujung tahun dan hendaklah dipersetujui oleh

PKMD bagi pengiraan peruntukan. Dalam urusan pembayaran bil-bil utiliti pula telah

diperuntukan untuk membayar bil elektrik, air, telefon, internet dan sebagainya mengikut

keperluan di PDK.

Di samping itu, semua pelatih OKU yang menghadiri program PDK layak menerima

elaun khas OKU berjumlah 150 ringgit sebulan dengan syarat kehadiran ke PDK (bagi

pelatih yang mendapatkan pemulihan di pusat) sekurangnya 8 hari dalam sebulan. Pelatih

OKU yang mengikuti program PDK di rumah juga layak menerima RM 150 sebulan.

Pembayaran elaun khas OKU hendaklah dibuat terus ke akaun bank pelatih oleh

jawatankuasa PDK pada setiap bulan. Pelatih hanya boleh menerima elaun ini daripada satu

sumber sahaja. Jawatankuasa PDK boleh membuat pemotongan ke atas elaun khas OKU

sebanyak 20 peratus melalui surat persetujuan ibu bapa berkenaan pemotongan elaun khas

OKU PDK bagi tujuan seperti bayaran pengangkutan, bayaran makan minum, dan

keperluan-keperluan harian lain. Semua perbelanjaan mesti diluluskan dalam mesyuarat

jawatankuasa PDK dengan kehadiran PKMD atau wakil dari JKM.

Page 12: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

Tambahan pula, bagi urusan penyelenggaraan peralatan di PDK pula, setiap peralatan

yang dibeli atau disumbangkan hendaklah direkodkan dan diselenggara dengan baik.

Peralatan yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi perlu dimaklumkan dalam mesyuarat

jawatankuasa PDK sebelum dilupuskan. Sebarang pembelian peralatan pemulihan dan

kelengkapan PDK pula perlu dibincangkan oleh jawatankuasa PDK bersama dengan

jurupulih anggota, jurupulih cara kerja, jurupulih pertuturan, penyelia PDK dan pegawai

penyelaras PDK daerah. Jawatankuasa PDK hendaklah mengemukakan senarai peralatan

kepada jawatankuasa penyelarasan PDK daerah dengan menyertakan sekurangnya tiga

sebut harga.

Akhir sekali, dalam aspek ketidakpatuhan tatacara kewangan, sekiranya terdapat

sebarang ketidakpatuhan, penyelewengan, salah guna kewangan di PDK, aduan perlulah

dimaklumkan segera kepada jawatankuasa PDK, PKMD atau PKMN. Langkah seterusnya,

PKMN atau PKMD akan menjalankan siasatan dan menyediakan laporan siasatan kepada

Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) atau PKMN. Sekiranya aduan

didapati berasas, laporan polis akan dibuat untuk tindakan selanjutnya.

7.0 PRODUK PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

PDK Permata Hati merupakan PDK yang masih baru ditubuhkan. Pelatihnya terdiri

daripada kanak-kanak berkeperluan khas yang berumur dalam lingkungan empat hingga 10

tahun manakala bagi pelatih remaja dan dewasa pula terdiri daripada mereka yang hanya

boleh menguruskan diri tetapi tidak mampu melakukan sebarang kerja apatah lagi

menghasilkan produk. Oleh itu, PDK Permata Hati ini belum mempunyai sebarang produk

hasilan tetapi menurut penyelia PDK, Cik Nur Syuhada, beliau sememangnya berhasrat

untuk menghasilkan produk dari PDK seperti mana PDK yang lain.

Page 13: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

8.0 KEMUDAHAN DAN PRASARANA

Kemudahan dan prasarana yang diterima adalah terhad dan merupakan kemudahan

yang asas seperti dapur, tandas, dan sebagainya. Namun setelah beroperasi selama enam

bulan di Putrajaya, PDK ini telah menerima beberapa kemudahan seperti parallel bar untuk

tujuan fisioterapi kaki, bilik snoezelen, komputer, permainan terapi untuk pelatih PDK dan

permaidani. Fisioterapi untuk berjalan adalah bertujuan untuk memberi latihan berjalan

kepada beberapa orang pelatih yang mengalami cerebral palsi.

Selain itu, PDK ini mempunyai sebuah bilik snoezelen di tingkat atas premis PDK ini

namun kelengkapan dan peralatan di bilik snoezelen ini kurang dan tidak mengcukupi.

Bilik snoezelen ini hanya mempunyai bola plastik, trampolin dan bola besar. Peralatan yang

lain seperti bubble tube, lampu LED, disco ball, refleksologi kaki, muzik, LED projector

dan fiber optic tidak disediakan di bilik snoezelen yang mana peralatan ini seharusnya ada

bagi tujuannya yang sebenar. Ketiadaan peralatan ini disebabkan kekurangan bajet atau

peruntukkan dari JKM dan PDK tiada sumber pendapatan yang sendiri.

Di bahagian bawah PDK, terdapat sebuah televisyen dan komputer untuk membuka

muzik, video dan terapi al quran seperti surah Al-Fatihah, selawat dan sebagainya yang

akan dipasang sepanjang pelatih berada di PDK. Walaupun PDK Permata Hati mempunyai

kurang kemudahan dan prasarana, namun petugas-petugas mampu menguruskan para

pelatih di PDK ini dengan baik.

Page 14: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

9.0 HUBUNGAN PETUGAS DENGAN IBU BAPA

Berdasarkan pemerhatian kami, ibu bapa dan keluarga OKU memainkan peranan

penting di PDK. Hal ini kerana, ibu bapa insan pertama mengenal pasti ketidakupayaan

kanak-kanak mereka dan melakukan tindakan segera dengan membuat pemeriksaan doktor

dan menghantar anak mereka ke tempat pemulihan seperti PDK. Ibu bapa dan keluarga

boleh membantu menjayakan dan melancarkan perjalanan PDK.

Namun, ada juga sesetengah ibu bapa di PDK ini yang hanya menghantar anak mereka

atau ahli keluarga tanpa mengambil tahu tentang perkembangan mereka di PDK. Hal ini

memberi kesulitan dari pihak PDK untuk melancarkan perjalanan PDK. Dengan

memberikan bantuan kepada tenaga-tenaga pengajar untuk melaksanakan tugas-tugas di

PDK, ibubapa atau ahli keluarga OKU dapat memahami bagaimana hendak menguruskan

dan mengendalikan anak-anak atau OKU di rumah.

Bantuan yang sering diberi oleh ibu bapa kepada pihak PDK adalah berbentuk

keperluan asas seperti bekalan makanan dan bahan bantu mengajar (BBM). Ibu bapa yang

sering bertanya tentang perkembangan pelatih dan memberikan kerjasama dengan

pengurusan PDK biasanya mempunyai hubungan yang akrab dengan petugas-petugas

PDK. Hal ini sudah tentu, memudahkan mereka untuk membantu pelatih dalam program

pemulihan yang diikutinya,

Seterusnya, penglibatan ibu bapa dalam program PDK membolehkan mereka belajar

kaedah-kaedah membantu, mengawal dan mengasuh anak-anak OKU supaya dapat

diintegrasikan dalam komuniti. Mereka juga boleh bergaul sama dengan ibu bapa anak-

anak OKU yang lain untuk sama-sama berkongsi perasaan, pengalaman dan cerita

berkenaan dengan anak-anak OKU dan juga bertukar-tukar idea dan pendapat untuk

membantu anak-anak OKU. Kehadiran ibu bapa juga adalah untuk sama-sama belajar atau

mendapat latihan daripada tenaga-tenaga pengajar untuk melaksanakan atau meneruskan

sesi pembelajaran dan latihan yang di jalankan di PDK setelah pulang ke rumah.

Secara ringkasnya, untuk tujuan keberkesanan pelaksanaan program PDK, ibu bapa

boleh membantu menghebahkan fungsi-fungsi PDK kepada masyarakat. Kemajuan

teknologi perhubungan seperti aplikasi Whatapps, Facebook dan Twitter membolehkan ibu

bapa menghebahkan tentang keberadaan PDK Permata Hati. Oleh itu, lebih ramai pelatih

dapat didaftarkan masuk ke PDK untuk membantu mereka dalam meningkatkan

perkembangan, kemahiran tingkah laku dan pembelajaran mengikut ketidakupayaan

spesifik.

Page 15: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

10.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN DI PROGRAM PEMULIHAN DALAM

KOMUNITI

Berdasarkan temubual dengan penyelia PDK, banyak kelemahan dari kelebihan yang

ada pada PDK Permata Hati. Hal ini kerana, PDK ini baru sahaja ditubuhkan dan banyak

kelemahan yang telah dikenal pasti sepanjang kunjungan kami ke PDK ini. Walaupun

terdapat banyak kelemahan pada PDK ini, terdapat juga kelebihan yang ada. Antara

kelebihan yang dikenal pasti pada PDK ini adalah infrastruktur dan bangunan PDK yang

masih baru dan selesa. PDK ini dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin dan juga

perabot-perabot baru. Peralatan yang baru memudahkan aktiviti dan latihan dilakukan

dengan lancar. Hal ini demikian kerana, peralatan-peralatan tersebut tidak mempunyai

masalah kerosakan dan tidak merbahaya untuk digunakan oleh para pelatih. Keselamatan

penggunaan peralatan yang baru juga agak terjamin berbanding perlatan yang telah lama.

Kelemahan yang terdapat di PDK ini jelas dari segi kekurangan alat bantu mengajar

(ABM) dan juga bahan bantu mengajar (BBM). ABM dan BBM sangat penting dalam

proses pengajaran dan pembelajaran pelatih-pelatih di PDK. ABM dan BBM yang sesuai

adalah mengikut peringkat umur iaitu ada untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Hal

ini kerana, terdapaat perbezaan antara ABM dan BBM untuk kanak-kanak dan juga orang

dewasa.

Selain itu, kedudukan ataupun lokasi PDK ini juga kurang sesuai. Kawasan PDK juga

tidak sesuai dengan keperluan pelatih di sini. Lokasi PDK ini yang terletak di tepi jalan

raya boleh mengundang bahaya kepada pelatih. Sebagai contoh, jika ada pelatih PDK yang

keluar dari PDK tanpa pengetahuan petugas, risiko untuk mendapat kemalangan itu sangat

tinggi. Disebabkan hal ini, pintu utama PDK sentiasa ditutup dan dikunci untuk

mengelakkan pelatih keluar dan terus ke jalan raya.

Tambahan lagi, struktur binaan PDK juga tidak sesuai iaitu di rumah teres setingkat.

Ruang di tingkat bawah juga agak sempit dan menyukarkan perlaksanaan aktiviti. Kelas

juga di adakan di tingkat atas dan keadaan ini menyukarkan pelatih. Hal ini juga

menimbulkan kebimbangan kepada petugas kerana kebanyakan pelatih akan memanjat

tangga dan risiko kecederaan itu tinggi. Ruang yang sempit juga menyebabkan perlatan

juga tidak banyak boleh diletakkan di PDK ini.

Penyelia juga ada menyatakan bahawa infrastruktur sangat kosong di mana hanya

terdapat alatan fisioterapi. Peralatan di PDK ini juga tidak mencukupi dengan keperluan

pelatih yang terdiri daripada pelbagai ketidakupayaan. Bilik terapi main dan bilik belajar

agak terhad permainannya dan bahan untuk belajar juga tidak lengkap. Hal ini

Page 16: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berlaku dengan baik

disebabkan kekangan yang dihadapi.

Di samping itu, menurut penyelia PDK juga, PDK ini terletak jauh dari kemudahan

pengangkutan awam. Hal ini menyukarkan PDK untuk memberi pendedahan kepada

pelatih untuk menaiki pengangkutan awam dan juga menyukarkan pergerakan pelatih jika

ingin melakukan aktiviti di luar PDK. Kawasan PDK yang sempit menyebabkan pelatih

tidak boleh melakukan aktiviti di sekitar kawasan PDK seperti aktiviti berkebun.

Persekitaran yang sempit menyebabkan kebanyakan aktiviti dilakukan di ruang dalam PDK

yang agak terhad dan pelatih kurang didedahkan dengan persekitaran alam semula jadi.

Akhirnya, kelemahan utama yang telah dikenal pasti adalah kekurangan peruntukan

dana. Hal ini merupakan perkara lazim yang terdapat di mana-mana PDK. Dana yang

diberikan pihak JKM tidak mencukupi dengan keperluan yang diperlukan oleh para pelatih

dan PDK itu sendiri. Disebabkan hal ini kemudahan tidak disediakan dengan lengkap dan

juga program yang dirancang tidak dapat berjalan dengan baik ekoran daripada kekurangan

peruntukan dana.

Page 17: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

11.0 AKTIVITI MINGGUAN

Minggu Pertama (13 Oktober 2016)

Setibanya kami ke Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Permata Hati, kami

disambut oleh para petugas dan pelatih di sini dengan senyuman manis. Mereka sangat

mengalu-alukan kedatangan kumpulan kami ke PDK tersebut. Hal ini memandangkan PDK

ini baru sahaja ditubuhkan dan kumpulan kami adalah kumpulan pelajar Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) pertama yang datang ke sini. Pada awalnya, sesi perkenalan

dilakukan secara ringkas kerana terdapat petugas yang sibuk memasak di dapur. Kami

diberi sedikit penerangan mengenai perjalanan aktiviti pada hari itu oleh penyelia PDK,

Cik Nor Syuhada. Usai penerangan diberi, tanpa perasaan segan kami terus mendekati dan

berkenalan secara tidak langsung dengan pelatih-pelatih yang ada.

Aktiviti pertama pelatih pada hari Khamis adalah senaman pagi dan permainan.

Senaman pagi ini biasanya dijalankan di dalam PDK sahaja memandangkan petugas tidak

dapat mengawal pelatih yang ramai jika diluar. Petugas akan memasangkan video lagu

kanak-kanak seterusnya pelatih-pelatih akan menari dan melakukan pergerakan seperti

yang ditunjukkan dalam video tersebut. Tambahan lagi bagi pelatih yang “malas” dan tidak

berkeupayaan bergerak sendiri, pelatih akan membantu demi memastikan mereka semua

melakukan aktiviti fizikal pada hari itu. Pergerakan fizikal ini penting dalam memastikan

kapasiti dan kekuatan otot pelatih meningkat.

Seterusnya, kami diminta mengikuti sesi pembelajaran bersama-sama pelatih. Pada sesi

pembelajaran, para pelatih dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan pelatih

dewasa dan pelatih kanak-kanak. Memandangkan binaan PDK ini terdiri daripada

bangunan rumah setingkat, tingkat atas dijadikan sebagai bilik untuk pelatih kanak-kanak

belajar manakala bahagian bawah untuk pelatih dewasa melakukan fisioterapi. Aktiviti

pembelajaran pelatih kanak-kanak pada hari ini berfokus pada kemahiran fungsi bahasa

kanak-kanak. Mereka dipertontonkan dengan video-video yang berasaskan abjad dalam

Bahasa Melayu. Selepas itu, mereka perlu menyusun abjad mengikut susunan yang betul

pada bahan bantu mengajar (BBM) yang disediakan oleh petugas.

Di samping itu, aktiviti bagi pelatih dewasa pula berfokus pada latihan fisioterapi. Kami

turut sama membantu pelatih melakukan fisioterapi bersama-sama petugas. Sebagai contoh

pada hari ini, kami telah membantu seorang kanak-kanak serebrum palsi berjalan di

parallel bar. Kanak-kanak ini hanya mengesot dan tidak dapat berjalan sendiri meskipun

telah berumur lima tahun. Struktur fizikal badan kanak-kanak ini kecil seperti kanak-kanak

yang berumur dua tahun. Aktiviti pembelajaran kanak-kanak dan latihan fisioterapi

Page 18: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

berlanjutan sehingga waktu rehat. Semasa waktu makan, pelatih dewasa dan kanak-kanak

yang boleh menyuap makanan sendiri akan duduk di meja makan sementara kanak-kanak

yang perlu disuap akan duduk di atas tikar (mat).

Selesai makan, penyelia meminta semua petugas dan pelatih duduk secara round table

bagi melakukan sesi perkenalan dengan ahli kumpulan kami. Sesi tersebut berlangsung

dengan baik sehingga diakhiri dengan sesi perbincangan mengenai aktiviti-aktiviti yang

akan dilakukan pada minggu-minggu mendatang. Selepas itu, para pelatih diberikan masa

untuk mereka berehat sambil menonton cerita di televisyen sehingga ibu bapa mereka

dating menjemput. Sementara, sebahagian petugas memantau keadaan pelatih sebahagian

lagi pula bertindak mengemas di bahagian dapur.

Minggu Kedua (20 Oktober 2016)

Pada minggu ini, pelatih-pelatih dibawa keluar beriadah di taman permainan yang

berhampiran dengan kawasan PDK. Walau bagaimanapun, tidak semua pelatih ikut serta

dalam aktiviti ini kerana hanya pelatih yang boleh dikawal sahaja dibenarkan keluar.

Sebaliknya, pelatih yang lain melakukan aktiviti di dalam PDK. Mengikut jadual PDK,

aktiviti di luar sememangnya dilakukan mengikut sela masa dua minggu sekali. Hal ini bagi

memberi pendedahan kepada pelatih dengan suasana di luar. Selain dapat menghirup udara

pagi yang segar, aktiviti riadah ini dapat membentuk perkembangan sosio emosi pelatih.

Setelah sampai di taman permainan, aktiviti pertama yang dilakukan adalah sesi

pemanasan badan. Seorang wakil dari kumpulan kami telah mengetuai sesi tersebut. Para

pelatih melakukan sesi pemanasan badan sambil dibantu oleh kami dan petugas. Selesai

pemanasan badan, pelatih diberi kebebasan untuk bermain jongkang-jongket, buaian atau

papan gelongsor. Namun, pelatih masih dibawah pemantauan petugas yang sentiasa ada

bersama di sisi mereka. Apabila petugas mengesan ada tanda-tanda bosan yang ditunjukkan

pelatih, petugas langsung meminta mereka pelatih lelaki diberi peluang bermain bola sepak

di kawasan lapang.

Permainan bola sepak ini sangat bagus dalam meningkatkan kemahiran motor kasar

melalui pergerakan berlari dan menendang bola. Di samping itu, permainan ini juga

berupaya meningkatkan tumpuan kerana pelatih terpaksa menumpukan perhatian ke arah

pergerakan bola. Sebaliknya, bagi pelatih perempuan pula, mereka melakukan aktiviti

menghantar bola secara berpasangan. Bola akan dihantar secara bergilir-gilir di mana

aktiviti ini lebih berfokus pada perkembangan sosio emosi. Sebagai contoh, pelatih perlu

sabar menunggu giliran mereka menangkap bola.

Page 19: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

Sedang leka pelatih lelaki lain bermain bola sepak, terdapat seorang pelatih lelaki yang

berumur 21 tahun membaling bola ke arah pelatih perempuan berumur 19 tahun. Pada

mulanya, kami tidak perasan apa yang cuba dilakukan oleh pelatih lelaki tersebut. Namun

selepas beberapa kali, kami melihat pelatih itu cuba melakukan gangguan seksual terhadap

pelatih perempuan berkenaan. Hal ini kerana, dia dilihat sengaja menekan-nekan bola yang

dipegang pada bahagian payudara pelatih perempuan. Petugas yang ada berhampiran

mereka dilihat tidak pula menegur pelatih lelaki tersebut malah hanya membiarkan perkara

itu berlanjutan sambil ketawa. Perkara ini amat mengejutkan kami, lantas seorang daripada

kami bertindak menjadi orang tengah antara mereka.

Kejadian ini sememangnya menjadi sesuatu peristiwa yang akan diingati supaya kami

dapat lebih berhati-hati dengan pelatih lelaki berkenaan. Setelah itu, aktiviti menyejukkan

badan pula dilakukan sebelum berjalan pulang ke PDK. Apabila sampai di PDK, para

pelatih ini terus dihidangkan dengan makanan iaitu nasi goring dengan air teh o’. Selepas

makan, mereka diberikan masa untuk berehat kerana masing-masing kelihatan letih

melakukan aktiviti di luar tadi. Ada antara mereka yang tidur sementara menunggu ibu

bapa mereka datang ambil.

Minggu Ketiga (03 November 2016)

Pada minggu ketiga di PDK, aktiviti yang kami lakukan bersama pelatih adalah

membuat kolaj menggunakan kertas. Aktiviti ini dirancang bagi memenuhi beberapa

objektif iaitu meningkatkan kemahiran motor halus, menggalakkan pemikiran kreatif dan

memupuk ekspresi diri pelatih. Semua pelatih diberi sehelai kertas bergambar dan mereka

perlu menampal cebisan kertas berwarna pada kertas tersebut.

Aktiviti kolaj ini sememangnya menguji kemahiran motor halus pelatih kerana mereka

perlu mengoyak-ngoyak kertas menjadi cebisan yang kecil. Seterusnya, mereka perlu

menampal cebisan kertas tersebut pada kertas bergambar. Semasa proses menampal, kami

melihat ada pelatih yang mampu melakukan aktiviti ini dengan baik dan sebaliknya. Kanak-

kanak hiperaktif tidak dapat melaksanakan aktiviti ini kerana tumpuan mereka mudah

terganggu. Meskipun begitu, mereka ini dibantu supaya dapat menyiapkan kolaj tersebut.

Pada akhirnya, kesemua pelatih dapat menyiapkan kolaj masing-masing walaupun

lambat. Secara keseluruhannya, pelatih-pelatih dilihat sangat berminat terhadap aktiviti

yang melibatkan kesenian. Aktiviti seni sememangnya memberi faedah yang besar kepada

individu khususnya mereka yang kurang upaya.

Page 20: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

Minggu Keempat (10 November 2016)

Pada minggu ini, kumpulan kami mengadakan aktiviti sukaneka mini di PDK. Semasa

proses merancang aktiviti, kami melihat akan keperluan-keperluan serta keupayaan para

pelatih dalam melakukan sesuatu aktiviti. Selain memastikan aktiviti ini selamat dan sesuai

dijalankan kepada pelatih, peringkat perancangan ini juga penting dalam memastikan

kejayaan setiap aktiviti yang dirancang objektif. Antara aktiviti yang dilakukan ialah

senamrobik, mencari abjad di dalam tepung, mengisi air di dalam botol, dan bowling cup.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang sememangnya mempunyai tujuan terhadap pelatih.

Objektif aktiviti tersebut dilakukan adalah untuk meningkatkan kemahiran motor halus dan

motor kasar, merangsang koordinasi mata dan tangan, meningkatkan daya tumpuan dan

membantu perkembangan emosi serta sosial.

Pertama sekali, aktiviti senamrobik membantu meningkatkan kemahiran motor kasar

pelatih melalui pergerakan-pergerakan yang dilakukan. Seorang wakil dari kumpulan kami

telah mengetuai sesi senamrobik pada pagi itu. Senamrobik ini dilihat sesuai dilakukan

kerana pelatih-pelatih sangat menggemari muzik. Di samping melakukan aktiviti fizikal,

mereka juga dapat berhibur dengan lagu yang dipasang. Kami telah memilih lagu yang

berentak rancak tetapi masih berunsurkan pendidikan seperti Selamat Pagi Sayang, Head,

Shoulders, Knees, and Toes, dan Hokey Pokey. Semasa sesi senamrobik dijalankan, ada

pelatih yang dapat mengikut arahan langkah demi langkah, tidak kurang juga ada yang

melakukan pergerak bebas mengikut kata hatinya. Dari sini, dapat kita rumuskan terdapat

pelatih yang mempunyai kemahiran komunikasi baik meskipun dia mempunyai

kekurangan dari aspek kecerdasan.

Keduanya, kami meneruskan sesi dengan aktiviti mencari abjad di dalam tepung.

Cetusan idea untuk melakukan aktiviti ini adalah diambil daripada aktiviti mencari gula-

gula dalam tepung. Namun, penggunaan gula-gula sebagai bahan difikirkan kurang sesuai

untuk kanak-kanak hiperaktif. Justeru, kami menukarkannya dengan blok-blok abjad dan

nombor supaya terdapat unsur pendidikan di situ. Pelatih dikehendaki mencari blok abjad

yang telah dicampur dengan blok-blok nombor dalam sebuah pinggan yang berisi tepung.

Selepas menemui abjad, mereka perlu menyatakan abjad apakah yang ditemui dan apakah

warna blok abjad itu. Pelatih yang tidak dapat memberi jawapan akan dibimbing oleh

petugas sehingga mereka sekurang-kurang dapat menyebut kembali abjad dan warna blok

abjad yang ditemui. Langkah ini berulang sehingga tidak terdapat lagi abjad-abjad di dalam

pinggan.

Page 21: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

Selesai aktiviti mencari abjad di dalam tepung, pelatih dikehendaki melakukan aktiviti

mengisi air ke dalam botol. Aktiviti ini sememangnya baik untuk perkembangan motor

halus dan koordinasi pergerakan mata dan tangan. Pelatih perlu mengambil air

menggunakan span di dalam baldi yang disediakan. Seterusnya, mereka perlu memerah air

masuk ke dalam botol. Aktiviti ini mengambil masa yang begitu lama kerana kebanyakan

pelatih tidak dapat mengisi air masuk ke dalam botol. Hal ini kerana, mereka hanya

memerah span tersebut tanpa melihat air tersebut masuk betul ke mulut botol. Tambahan

lagi, banyak air yang dibuang berbanding air yang masuk ke dalam botol. Sungguhpun

begitu, kesemua pelatih dapat melakukan aktiviti ini dengan bantuan daripada petugas dan

setidak-tidaknya mereka telah menguasai kemahiran motor halus melalui aktiviti ini.

Aktiviti sukaneka yang terakhir adalah bowling cup, di mana aktiviti ini juga sama

seperti permainan bowling biasa tetapi tenpin telah digantikan dengan cawan-cawan plastik

berwarna-warni. Tujuan kami menggunakan cawan yang berwarna-warni ini adalah untuk

menarik minat serta tumpuan pelatih terhadap aktiviti ini. Selain itu, penggunaan bola juga

telah digantikan dengan bola kertas, di mana pelatih perlu merenyukkan kertas sehingga

menjadi bentuk seperti bola. Perkara ini sengaja dilakukan bagi melihat kemampuan motor

halus mereka. Setelah itu mereka perlu membaling bola kertas tersebut ke arah cawan-

cawan plastik yang telah disusun tinggi. Mereka dikehendaki menjatuhkan kesemua cawan

tersebut sehingga berjaya sebelum dibenarkan rehat.

Pada akhirnya, kesemua aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan pada hari itu.

Kami sangat berharap aktiviti-aktiviti tersebut mampu memberikan faedah terhadap

pelatih. Selanjutnya, pelatih-pelatih telah diberikan minuman sementara makanan

dihidangkan. Walaupun sedikit penat, tetapi kami berasa sangat puas melihat gelagat

pelatih-pelatih dalam misi melengkapkan kesemua aktiviti yang dijalankan.

Minggu Kelima (17 November 2016)

Pada minggu ini, semua kumpulan tidak pergi ke PDK masing-masing. Walau

bagaimanapun, sesi pembelajaran berlaku di kelas di mana kami perlu membentangkan

tentang pengenalan PDK dan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan selama empat minggu

di sana. Pembentangan ini dilakukan bertujuan untuk melihat bagaimana perjalanan

aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan dan aktiviti yang akan dilakukan pada minggu-minggu

seterusnya.

Page 22: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

Minggu Keenam (24 November 2016)

Minggu ini pelatih-pelatih dan petugas PDK Permata Hati melakukan aktiviti bowling

di ARL Power Bowling, Alamanda. Meskipun kehadiran pelatih hanya empat orang tetapi

aktiviti pada hari ini berjalan dengan lancar. Aktiviti bowling di luar memberi pelbagai

kelebihan kepada pelatih baik dari fizikal, mental mahupun sosio emosi. Apabila bermain

bowling, pelatih perlu memegang dan mencengkam bola sebelum membaling ke arah

tenpin. Pergerakan ini membantu perkembangan motor halus dan kasar mereka secara tidak

langsung.

Selepas bermain bowling, para pelatih diberikan masa untuk rehat dan makan minuman

pagi yang telah dibawa. Seterusnya selesai makan, mereka berjalan-jalan di dalam pusat

membeli belah tersebut. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelatih

berkaitan hubungan interaksi sosial. Hal ini penting supaya mereka tidak berasa kesunyian

dan dipinggirkan. Perkembangan sosio emosi terhadap pelatih perlu dibentuk agar mereka

dapat mengawal diri dalam sesuatu situasi. Semasa berjalan, tangan pelatih dipegang oleh

petugas demi mengelakkan kejadian buruk berlaku. Pelbagai aspek keselamatan

dititikberatkan bagi menjamin pelatih-pelatih berada dalam kedaan selamat semasa di luar.

Sebelum berangkat pulang, kami dan warga PDK Permata Hati telah mengambil

gambar sebagai tanda kenang-kenangan di booth karnival Didi and Friends. Pelatih-pelatih

ini kelihatan teruja semasa sesi mengambil gambar. Ternyata mereka sangat menyukai

apabila gambar-gambar mereka diambil. Dari situ terlihat persamaan gambaran sebenar

perasaan mereka dengan kita. Secara ringkasnya, aktiviti riadah di luar ini sangat bagus

dalam memberi pendedahan terhadap para pelatih. Namun, perlaksanaan aktiviti ini

haruslah pelbagai supaya pelatih tidak berasa jemu dengan aktiviti yang sama.

Page 23: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

Minggu Ketujuh (01 Disember 2016)

Pada minggu ketujuh, kami melakukan aktiviti yang berfokuskan pada kemahiran urus

diri pelatih. Aktiviti yang dilakukan adalah memberus gigi. Setiap pelatih dibekalkan

dengan sebatang berus gigi, sedikit ubat gigi dan secawan air. Aktiviti ini dilakukan

bertujuan untuk memupuk sikap mengamalkan kebersihan di samping menjaga kesihatan

gigi pelatih. Pelatih-pelatih telah dibantu oleh ahli kumpulan di samping petugas-petugas

PDK.

Aktiviti ini dilakukan menggunakan kaedah simulasi dan tunjuk cara. Seorang wakil

kumpulan berdiri di hadapan sambil menunjukkan cara bagaimana menggosok gigi dengan

betul. Arahan yang digunakan berupa ayat yang ringkas dan jelas supaya pelatih dapat

menangkap maksud arahan yang disampaikan. Melalui kaedah ini, pelatih dapat

meningkatkan kemahiran bahasa reseptif mereka. Pada masa yang sama, ahli kumpulan

lain dan petugas membantu pelatih untuk menggosok gigi. Aktiviti pada hari ini berjalan

dengan jayanya dengan bantuan petugas-petugas PDK.

Minggu Kelapan (08 Disember 2016)

Pada minggu terakhir ini, kami telah melakukan projek mega iaitu lawatan ke Taman

Wetland, Putrajaya. Aktiviti ini menggabungkan dua buah PDK iaitu PDK Presint 11 dan

PDK Presint 14. Terdapat dua aktiviti yang dilakukan di Taman Wetland, iaitu melihat

pelbagai spesies angsa dan lawatan ke Pusat Penghayatan Alam. Aktiviti ini bertujuan

untuk memberi pendedahan dan pengetahuan bukan sahaja kepada pelatih tetapi juga

kepada semua yang terlibat dalam program pada hari ini. Program ini melibatkan semua

pelatih dan petugas di kedua-dua buah PDK. Tambahan lagi, terdapat juga ibu bapa pelatih

yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama terlibat dalam program selama empat jam

ini.

Pertama sekali, semua pelatih dan petugas dibawa mengelilingi Taman Wetland dengan

menaiki tram. Sebelum ke Tasik Angsa (Swan Lake), kami dibawa ke Sel Wetland

(Wetland Cell) di mana di kawasan ini terdapat banyak spesies tumbuhan rawang seperti

rumput mensiang dan gedabong. Semasa di atas tram, pelatih dan petugas diberi

penerangan mengenai haiwan serta tumbuhan yang dijumpai sepanjang laluan tram. Secara

tidak langsung, proses pembelajaran telah berlaku meskipun di atas tram.

Seterusnya, apabila sampai di Tasik Angsa, jurupandu yang membawa kami

mengarahkan supaya kami turun ke wakaf pemerhati burung untuk melihat dengan lebih

dekat pelbagai spesies burung dan angsa di sini. Tujuan kami ke sini adalah untuk

Page 24: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

mengenali jenis-jenis angsa yang terdapat di Tasik Angsa. Terdapat banyak spesies burung

dan angsa di sini, antaranya ialah undan putih, undan punagung merah, angsa putih, angsa

hitam, itik Mesir, itik Canada, lembang, purun dan bakong. Sesetengah pelatih dilihat asyik

melihat itik-itik yang berenang di dalam tasik tersebut.

Selepas itu, perjalanan program diteruskan dengan melawat ke Pusat Penghayatan

Alam. Di pusat ini, pelbagai maklumat mengenai ekosistem tanah lembap dipersembahkan

melalui ruang pameran interaktif yang lengkap dengan audio visual, imej tiga dimensi dan

model ekosistem. Pelatih-pelatih sangat teruja melihat pelbagai hidupan di sini yang

kelihatan seolah-olah hidupan sebenar. Tambahan pula, terdapat bunyi desiran air dari

kolam buatan yang terdapat di pusat ini turut menghidupkan lagi suasana alam semula jadi

yang ingin ditonjolkan.

Akhir sekali, kemuncak aktiviti pada hari ini adalah acara penyampaian kalung dan

hamper berupa makanan sebagai tanda penghargaan kepada penyelia kedua-dua buah PDK

kerana sudi menerima kunjungan kami selama tujuh minggu. Sebelum bergerak pulang,

semua pelatih, petugas dan ibu bapa yang hadir sempat menikmati minum pagi yang

disediakan. Secara ringkasnya, meskipun program ini berlangsung selama beberapa jam

tetapi tetapi para pelatih kelihatan puas dan gembira dengan pengisian program yang kami

rancang. Justeru, aktiviti sebegini wajar dilakukan lagi pada masa hadapan supaya pelatih

dapat menikmati keindahan hidupan dan alam semula jadi.

Page 25: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

12.0 LAMPIRAN

Minggu Pertama (13 Oktober 2016)

Page 26: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat
Page 27: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat
Page 28: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

Minggu Kedua (20 Oktober 2016)

Page 29: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

Minggu Ketiga (03 November 2016)

Page 30: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

Minggu Keempat (10 November 2016)

Page 31: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat
Page 32: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

Minggu Kelima (17 November 2016)

Page 33: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

Minggu Keenam (24 November 2016)

Page 34: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

Minggu Ketujuh (01 Disember 2016)

Page 35: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

Minggu Kelapan (08 Disember 2016)

Page 36: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat
Page 37: GGGE 2174 PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITInorwahidashahabudin.weebly.com/uploads/6/1/2/4/61247181/laporan... · panggilan mesyuarat jawatankuasa PDK serta melakukan minit mesyuarat

Top Related