Download - Geografi bab 12 =p
GEOGRAFI BAB 12
Petempatan - Petempatan awal
By:SNKDz
Petempatan tempat kediaman atau bangunan yang
menjadi tempat tinggal bagi manusia.
petempatan bermula di kawasan yang mudah mendapat bekalan sumber air, makanan, mudah dihubungi dan terlindung daripada
ancaman binatang buas serta mudah dipertahankan.
petempatan paling awal di dunia ialah lembangan sungai di Tiggris, lembangan sungai nil dan lembangan sungai indus.
kawasan tanah tinggi juga menjadi pilihan petempatan awal kerana kedudukannya yang stratergik dari segi pertahanan.
Kawasan muara sungai dan lembah sungai
menjadi pilihan petempatan kerana:-I. Sungai merupakan jalan utamaII. Membekalkan sumber proteinIII. Tanah yang subur untuk pertanianIV. Membekalkan air untuk keperluan domestik
Tepi laut juga menjadi lokasi petempatan awal kerana laut memudahkan jalan pengangkutan.
Kawasan gua pula dipilih kerana faktor keselamatan dan perlindungan daripada hujan dan panas serta ancaman binatang buas
Petempatan luar Bandar /kegiatan= pertanian, perikanan & perlombongan.
Petempatan Bandar /kegiatan= berdagang, perkhidmatan, perkilangan, perniagaan.
1.Dasar kerajaan -pembukaan rancangan tanah.
2. Kegiatan ekonomi -pertanian -perikanan -perlombongan
3. Bentuk muka bumi
-tanah pamah -kaki bukit beralun -Dataran pantai 4.Tanih -tanih alluvium -tanih laterit -tanih gambut
5.Ketersampaian -Mudah dihubungi
(jalan air, jalan raya)
6.Sumber air - sungai -tasik
§ Rancangan kerajaan membangunkan Negara dengan membuat petempatan terancang menjadi salah satu faktornya.
§ Dengan adanya FELDA, KESEDAR, dan KETENGAH telah mewujudkan petempatan baru di wilayah seperti Bandar Muadzam Shah.
Kegiatan penangkapan ikan di pinggir sungai
Kegiatan cucuk tanam di kawasan tanah pamah
Perlombongan di Bintulu, Sarawak
Kegiatan pembalakan di pedalaman, Sandakan
Tanah pamah yang rata dan landai untuk kegiatan pertanian dan mudah dihubungi.
Contohnya lembah sungai Rajang di Sarawak, lembah sungai Kinabatangan di Sabah.
Kaki bukit pantai barat semenanjung Malaysia.
Ø Terdiri daripada tanih yang subur, contohnya tanih aluvium yang sesuai untuk tanaman padi seperti di dataran kedah-perlis
Ø Tanih gambut di Pontian, Johor sesuai untuk tanaman nanas.
Ø Tanih laterit sesuai untuk tanaman getah serta kelapa sawit.
Ø Tanih berpasir untuk kelapa seperti di Bagan
Datoh
Berdekatan jalan raya dan sungai bagi memudahkan pergerakan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain.
o Sungai membekalkan sumber air.
o Menghubungkan sesuatu kawasan.
o Punca sumber makanan dan pendapatan penduduk luar Bandar.
Rumah & bangunan yang dibina berjauhan antara satu sama lain dan berselerak.
Pola jenis ini terdapat di kawasan luar bandar seperti di kawasan kebun sayur, kawasan kebun kecil dan kawasan pembalakan
Terbentuk apabila susun atur rumah dan bangunan dibina di tepi jalan raya, sungai atau pinggir pantai.
Contohnya di pinggir pantai Pulau Pangkor.
Susun atur rumah dan bangunan dibina rapat dan padat serta bertumpu di sekeliling sesuatu objek yang menjadi tumpuan penduduk, contohnya masjid.
Bangunan didirikan dengan susun atur berlapis-lapis dan rapat.
Terbentuk apabila rumah dan bangunan mempunyai susunan yang padat dan rapat di antara satu dengan yang lain.
Disusun secara teratur, kemas dan terancang.