Garispanduan Pengguna
GeoPortal JPBD Pulau Pinang
Versi 2.2
Disediakan Oleh:
Jabatan Perancang Bandar dan Desa
Negeri Pulau Pinang
2014
Garispanduan Pengguna Geoportal JPBDPP
Pengenalan
Garispanduan ini disediakan bermatlamat untuk membantu pengguna
GeoPortal JPBD Pulau Pinang semasa melayari GeoPortal kami.
Garispanduan ini sesuai untuk pengguna umum (tanpa memerlukan log-in ID
dan kata laluan) dan pengguna yang berdaftar (memerlukan log-in ID dan
kata laluan).
Panduan Halaman Login GeoPortal
Gambar 1: Halaman Utama GeoPortal
Halaman yang dipaparkan di atas merupakan antaramuka yang digunapakai
oleh JPBDPP sejak tahun 2014 dan segala rekabentuk dan data dalam
GeoPortal dimiliki oleh JPBDPP.
Garispanduan Pengguna Geoportal JPBDPP
Pelayar Internet (Internet Browser) yang Sesuai Untuk Melayari
GeoPortal
Gambar 2: Panduan Pengguna
GeoPortal ini adalah serasi kepada versi Internet Explorer, Google Chrome
dan Mozilla Firefox pada tahun panduan pengguna ini iaitu Tahun 2014. Akan
tetapi, pengguna digalakkan supaya menggunakan Internet Explorer 7 (IE 7)
ke atas atau Google Chrome untuk melayari GeoPortal ini.
Muat Turun Aplikasi yang Diperlukan Untuk Melayari GeoPortal
Aplikasi Active-X merupakan satu aplikasi yang perlu dipasang dalam
komputer anda sebelum anda boleh melayari peta dalam GeoPortal.
Cara Memuat Turun dan Memasang Aplikasi Active-X dalam Internet
Explorer
Cara Pertama
Anda boleh menggunakan link yang disediakan dalam halaman seperti
gambar 2 yang ditunjuk atas untuk memuat turun aplikasi ini. Pengguna
hanya perlu klik pada bahagian “di sini ” dan memuat turun aplikasi. Selepas
muat turun aplikasi tersebut, anda boleh memasang aplikasi dengan
menekan “Next” tanpa membuat sebarang perubahan dan aplikasi ini akan
dipasang secara automatik dalam computer anda.
Garispanduan Pengguna Geoportal JPBDPP
Selepas aplikasi dipasang, anda boleh akses masuk GeoPortal. Jika window
seperti yang ditunjukkan di bawah pop-up, maka anda hanya perlu menekan
“Install” dan aplikasi akan dipasang secara automatik dalam Internet Explorer
anda.
Gambar 3: Active-X Installation Confirmation
Cara Kedua
Anda boleh terus akses ke GeoPortal tanpa memasang aplikasi seperti di
atas dan satu pop-up window akan terpapar seperti gambar yang ditunjukkan
di bawah.
Gambar 4: Direct Install Application Active-X
Garispanduan Pengguna Geoportal JPBDPP
Anda boleh terus menekan pop-up window tersebut dan satu pop-up window
seperti Gambar 3 akan minta kebenaran daripada anda untuk memasang
Active-X.
Selepas menakan ‘Install’, ia akan dipasang secara automatik dan anda boleh
melayari peta dalam GeoPortal.
PENTING:
1. Sila hentikan “pop-up blocker” atau membenarkan Internet Explorer anda
untuk menggunakan aplikasi “Active-X” sebelum anda melayar GeoPortal.
2. Kepada IE versi 9 atau keatas, sila gunakan “Compatibility View” untuk
melayari GeoPortal supaya mendapat hasil yang terbaik.
3. Cara mengguna “Compatibility View”:
Tools -> Compatibillity View Settings -> Pilih “Add” untuk menambah URL
Geoportal.
Garispanduan Pengguna Geoportal JPBDPP
Cara Muat Turun dan Memasang IE TAB dalam Google Chrome
Jika anda ingin menggunakan Google Chrome untuk melayari GeoPortal,
maka anda perlu memuat turun dan memasang satu aplikasi bernama ‘IE
Tab’. Anda hanya perlu menekan link “di sini” yang telah disediakan kami
dalam halaman utama untuk membuat demikian. Window seperti dibawah
akan keluar selepas anda menekan link itu.
Gambar 5: Link IE TAB dalam Google Chrome
Anda perlu menekan butang “+ FREE” dan tekan “Add” pada window
seterusnya. Aplikasi ini akan dimuat turun dan memasang secara automatik.
Icon IE TAB akan wujud pada Google Chrome anda seperti gambar 6.
Gambar 6: Extension IE TAB dalam Google Chrome
Anda perlu membuka aplikasi ini setiap kali sebelum anda melayari GeoPortal
dalam Google Chrome. Selepas anda membuka aplikas ini, satu address bar
baru berwarna biru akan wujud seperti gambar 7.
Garispanduan Pengguna Geoportal JPBDPP
Gambar 7: IE Bar dalam Google Chrome
Anda cuma perlu memasukkan url JPBDPP GeoPortal dalam address bar
tersebut dan anda boleh mula melayari peta dalam GeoPortal.
Cara Muat Turun dan Memasang IE TAB dalam Mozilla Firefox
Sebelum anda mula memuat turun aplikasi IE TAB, anda dinasihati supaya
mengemaskini (update) versi Firefox anda ke versi 30 atau ke atas untuk
mendapat hasil yang optimum.
Anda boleh memuat turun dan memasang aplikasi dengan menekan “di sini”
dalam halaman kami seperti Gambar 2. Selepas itu, halaman berikut akan
buka dan anda menakan butang “Add to Firefox”.
Gambar 8: Link IE TAB dalam Firefox
Selepas itu, anda perlu memilih “install” dalam satu pop-up window lagi
selepas aplikasi ini dimuat turun.
Gambar 9: Extension IE TAB dalam Firefox
Anda perlu menekan icon seperti di atas selepas anda akses ke GeoPortal.
Garispanduan Pengguna Geoportal JPBDPP
Kategori GeoPortal JPBD Pulau Pinang
JPBDPP telah menyediakan pelbagai GeoPortal kepada pengguna yang
mempunyai keperluan berlainan seperti GeoPortal pengguna umum (tanpa
memerlukan ID dan kata laluan) dan GeoPortal pengguna berdaftar (ID dan
kata laluan diperlukan).
Gambar 10: Kategori GeoPortal
GeoPortal Pengguna Umum: Dibangunkan kepada pengguna umum yang
tidak mendaftar.
GeoPortal JPBD: Dibangunkan kepada admin GeoPortal, pegawai JPBDPP
dan agensi lain yang berdaftar.
GeoPortal Kawalan: Dibangunkan kepada pegawai JPBDPP khas untuk
untuk perancang pembangunan.
GeoPortal Kampung: Dibangunkan untuk projek perancang pembangunan
kawasan kampung.
GeoPortal Kawasan Lapang: Dibangunkan untuk menjalankan kajian
kawasan lapang di Negeri Pulau Pinang.
GeoPortal Tanah Wakaf: Dibangunkan untuk mengkaji tanah wakaf di
Negeri Pulau Pinang.
Anda juga boleh membuat permohonan akaun baru melalui halam kami di
bahagian Pendaftaran dengan mengikut langkah-langkah dalam halaman
tersebut.
Garispanduan Pengguna Geoportal JPBDPP
Ruang Memberi Komen dan Pandangan Anda
Anda boleh memberi pandangan, komen atau melaporkan sebarang masalah
dalam GeoPortal kepada kami melalui halaman kami seperti di bawah.
Gambar 11: Ruang Informasi
Anda boleh memberi komen anda dalam window yang disediakan seperti
dibawah dengan memenuhi semua ruang.
Gambar 12: Window Memberi Komen dan Pandangan
Garispanduan Pengguna Geoportal JPBDPP
Panduan Halaman GeoPortal
Gambar 13: Halaman Utama GeoPortal JPBDPP
Halaman di atas merupakan halaman utama GeoPortal JPBDPP.
1. Kumpulan Peta – Menyenaraikan semua peta dalam bentuk kumpulan
yang boleh diakses oleh pengguna.
2. Peta Utama – Peta utama yang memaparkan segala peta yang dipilih
pengguna.
3. Peta Gambaran – Peta sokongan yang menyenangkan pengguna
untuk zoom ke lokasi yang dikehendaki.
4. Ruang Informasi – Ruang yang memaparkan data yang dipilih
pengguna atas peta.
5. Alat Peta – Alat yang disediakan untuk membantu pengguna semasa
malayari peta.
6. Ruang Carian Maklumat – Ruang yang memberi pengguna untuk
membuat carian asas.
Garispanduan Pengguna Geoportal JPBDPP
Kumpulan Peta dan Legend Peta
Gambar 14: Kumpulan Peta dan Legend Peta
Ruang ini menyenaraikan segala peta yang boleh diakses oleh pengguna.
Pengguna perlu “semak” pada kotak kumpulan peta dan peta yang
hendak dilayar untuk membuka layer peta tersebut. Peta itu akan dipapar
pada peta utama dan legend peta akan disenaraikan jika peta itu dipilih.
Garispanduan Pengguna Geoportal JPBDPP
Peta Utama dalam GeoPortal
Gambar 15: Peta Utama yang Memaparkan Peta yang Dipilih Pengguna
Gambar diastas menunjukan peta yang dipilih penggnuna dan dipapar pada
peta utama.
Peta Gambaran
Gambar 16: Peta Gambaran Sokongan
Skala Peta Peta yang Dipilih Pengguna Koordinat X dan Y Pada Mouse Cursor
Garispanduan Pengguna Geoportal JPBDPP
Pengguna boleh terus zoom pada peta gambaran dan peta utama akan
zomm pada lokasi yang dikehendaki anda.
Raung Informasi
Gambar 17: Ruang Informasi yang Memaparkan Maklumat yang Dipilih
Atribut peta akan dipapar dalam ruang informasi jika peta yang dipilih
mempunyai atributnya seperti gambar di atas.
Garispanduan Pengguna Geoportal JPBDPP
Alat Peta
Senarai dan Penerangan Fungsi Alat Peta
Perhatian: Halaman analisis data hanya boleh diakses oleh pengguna
berdaftar sahaja.
Garispanduan Pengguna Geoportal JPBDPP
Ruang Carian
Gambar 18: Ruang Membuat Carian
Pengguna boleh membuat carian di ruang ini.
Fungsi carian ini disediakan bagi pengguna untuk mendapat lokasi yang
dikehendaki lebih cepat dan senang.
Perhatian: Carian lot kadaster hanya boleh diakses oleh pengguna berdaftar
sahaja.
Kesimpulan
GeoPortal JPBDPP dibangunkan bermatlamat membantu pengguna untuk
mendapatkan maklumat dan membantu pengguna di dalam urusan dan
melicinkan tugasan serta membuat keputusan.