Transcript

�HARYANI [email protected]

SIKAP acuh tak acuh belia Melayu terhadap keindah-an bahasa Melayu dan nilai-nilai adab serta budi yangbersangkut-paut dengannya merisaukan Cik Khairun-nisa Wahid.

Lantaran itu, beliau berusaha menghasilkan projek ko-munikasi visual berteraskan peribahasa yang bertujuanmenarik minat golongan muda mencintai bahasa ibundamereka.

Projek bertajuk Peribahasa yang kini dipamerkan dipertunjukan tamat pengajian Sekolah Seni, Reka Bentukdan Media (ADM) di Universiti Teknologi Nanyang(NTU) itu melibatkan reka letak tipografi yang terpam-pang pada panel putih.

Cik Khairunnisa, 26 tahun, siswa jurusan komunikasivisual, juga memilih 50 peribahasa yang disisipkandalam buku-buku aktiviti dengan penjelasan dwibahasabagi membantu pelajar mendalami keindahan periba-hasa.

Ketika ditemui di NTU, anak sulung tiga beradik ituberkata: “Saya terdorong menyumbang kepadamasyarakat Melayu dengan menggunakan kemahiransaya mencorak tipografi dan memilih fon menarik bagimenyerlahkan beberapa peribahasa.

“Saya pernah terbaca di akhbar tentang keruncinganmasalah kanak-kanak dan belia yang lebih cenderungberbahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.

“Malah, saya mengkaji sastera klasik meliputi pan-tun, syair dan peribahasa. Tertanya-tanya dalam hatisaya, mengapa peribahasa yang indah maksudnyakurang digunakan golongan muda? Mereka setakatmenghafal senarai peribahasa bagi peperiksaan.”

Menyiapkan projek ini juga bagai menyegarkan min-da dan satu proses penerokaan identiti buat Cik Khairun-nisa, yang juga lulusan Diploma Reka Bentuk Pakaiandan Perdagangan Visual Politeknik Temasek.

“Saya mula menyedari tentang identiti saya sebagaianak Melayu dan bagaimana peribahasa menyatukan ki-ta dalam satu proses berkomunikasi secara beralas tanpamengecilkan hati sesiapa.

“Yang menjadi hambatan mungkin adalah anak-anakMelayu kini dibesarkan dalam sekitaran yang lebih sukaberbual dalam bahasa Inggeris. Buku-buku peribahasa dipasaran pula lebih banyak teks daripada unsur visualdan ilustrasi,” tambahnya.

Projek ini tidak terhenti di sini sahaja dengan beliauberharap dapat berurusan dengan bahasawan, penggiatsastera mahupun Jawatankuasa Bulan Bahasa dalammengetengahkan idea segar mempelajari peribahasa.

Ditanya mengenai peribahasa yang menarik per-hatiannya, beliau, yang bakal bekerja di syarikat rekabentuk dalaman, berkata:

“Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padimasak menjadi pilihan kerana ia mengajar konsep tidakmembuang masa iaitu sementara menanti apa-apa yangbaik, buatlah benda lain yang berfaedah.’’

Galakgolongan

mudacintai

peribahasa

HIDUPKAN CINTA PELAJAR PADA PERIBAHASA: Cik Khairunnisa Wahid ingin menyumbang kepada masyarakat Melayu menerusi projek tipografi 'Peribahasa' yang turut digandingkandengan buku aktiviti. Beliau berharap dapat berurusan dengan Jawatankuasa Bulan Bahasa bagi melanjutkan usahanya menyebar ilmu. – Foto TUKIMAN WARJI

Anjuran: Sekolah Seni, Reka Bentuk dan Media (ADM), UniversitiTeknologi Nanyang (NTU)

Bila: Hari ini

Masa: 10 pagi hingga 10 malam

Tempat: Beberapa galeri serata ADM, 81 Nanyang Drive

Antara bahan pameran:� Filem 15 minit, Keep Mum, tentang suami yang didera isteri,terbitan Cik Nur Farreha Abdul Jalil

� Grafik bergerak bertajuk Serenity berupa siri imej dengan corakgeometrik berunsur seni keislaman oleh Cik Khairunnisa’ Shamsuri

� Animasi digital bertajuk Horizon yang dihasilkan artis visual,Cik Kamelia Umirah Kamsani

� Filem To Mum (Love, Me) arahan dan terbitan Cik Joyene NazatulIsmail dengan sinematografi oleh Cik Myra Shamsudin. Iamenceritakan hubungan ibu dan anak yang terjejas kerana si anakmenyorok sesuatu daripada pengetahuan ibunya.

PERTUNJUKAN TAMATPENGAJIAN NTU

Berita Minggu | 17 Mei 2015 3

Berita SETEMPAT

Top Related