Download - Format Baru UPSR 2016 - Sistem Guru Online
-
8/18/2019 Format Baru UPSR 2016 - Sistem Guru Online
1/3
3/27/2016 Format Baru UPSR 2016 - Sistem Guru Online
http://www.sistemguruonline.my/2015/10/format-baru-upsr-2016.html 2/7
Format Baru UPSR 2016 dengan penambahbaikan akan
mula digunakan bermula 2016. Dipetik dari makluman
terkini dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM),
perubahan Format Baru UPSR 2016 ini membabitkan
bentuk dan jenis soalan di mana soalan objektif aneka
pilihan akan dikurangkan dan sebaliknya ditambah
objektif pelbagai bentuk berunsurkan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT).
Format Baru UPSR 2016 akan membabitkan enam subjek
dengan Bahasa Inggeris akan dibahagikan kepada dua
kertas iaitu pemahaman dan penulisan. Ini bermakna
pelajar Sekolah Kebangsaan akan menduduki 6 kertas
matapelajaran untuk maksimum keputusan cemerlang 6A.
Pelajar Sekolah Vernakular pula akan menduduki 8 kertas
matapelajaran untuk maksimum 8A.
Format Baru Dan Instrumen Contoh
Peperiksaan UPSR 2016
Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping
membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang baharu
dan ditambahbaik akan digunakan. Walau
bagaimanapun, UPSR masih berbentuk ujian bertulis
100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.
Format Baru UPSR 2016 yang terdiri daripada ujian
bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, BahasaInggeris, Sains, Matematik, Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil antara lain adalah bertujuan untuk mentaksir
pencapaian akademik murid seluruh negara dengan
http://3.bp.blogspot.com/-hzwbIFc3UNk/Vgi4aeWb8tI/AAAAAAAAhwk/q7BpvQ-MId0/s1600/upsr%2B2016.png
-
8/18/2019 Format Baru UPSR 2016 - Sistem Guru Online
2/3
3/27/2016 Format Baru UPSR 2016 - Sistem Guru Online
http://www.sistemguruonline.my/2015/10/format-baru-upsr-2016.html 3/7
mematuhi standard yang ditetapkan.
Informasi Berkenaan Dengan Format BaruPeperiksaan UPSR 2016
Rombakan atas kertas Bahasa Inggeris kepada dua
pecahan iaitu Pemahaman dan Penulisan
Rombakan atas kertas untuk mata pelajaran bahasa
iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Tamil kepada dua
iaitu Pemahaman dan Penulisan
Memasukkan ujian subjektif dan objektif pelbagai
bentuk ke dalam kertas pemahaman untuk semua
mata pelajaran bahasa berbanding sebelum ini
hanya ujian objektif
UPSR sebelum ini hanya memerlukan calon
menduduki lima kertas iaitu Bahasa Melayu
Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik
UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100 peratus
peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya
dan mengutamakan calon menerapkan unsur
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Berikut dikongsikan Format dan Instrumen Contoh Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2016
yang telah disediakan oleh
.
Lembaga Peperiksaan
Malaysia
Format Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Dan Bahasa Inggeris UPSR 2016
http://58.27.16.93/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=625:format-dan-instrumen-contoh-upsr-2016&catid=159:maklumat-am-upsr&Itemid=108&lang=en
-
8/18/2019 Format Baru UPSR 2016 - Sistem Guru Online
3/3
3/27/2016 Format Baru UPSR 2016 - Sistem Guru Online
http://www.sistemguruonline.my/2015/10/format-baru-upsr-2016.html 4/7
Format Mata Pelajaran Sains UPSR 2016
Format Mata Pelajaran Matematik UPSR
2016
http://1.bp.blogspot.com/-bxK4wI6p5gw/Vgiz9N14ThI/AAAAAAAAhwM/xnwq33LWXk4/s1600/upsr%2B2016%2Bmath.pnghttp://4.bp.blogspot.com/-KRDyHd0_DZk/Vgi0zOX4OKI/AAAAAAAAhwY/1G3b40OvBmU/s1600/upsr%2B2016%2Bsains.pnghttp://1.bp.blogspot.com/-6atT8QWpQq8/VgizVG3Xc-I/AAAAAAAAhwE/5O_aG2XlJTE/s1600/upsr%2B2016%2Bbm.png