FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KREATIVITI DI KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT SPH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
NOOR SHARLIANA BINTI MAT NASIR
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2008
ii
iii
DEDIKASI
Buat pendidik-pendidikku......
Tidak akan ku lupakan segala jasa dan tunjuk ajar kalian memberi ilmu
pengetahuan kepada diri ini....syukran jazilan....jasa kalian tetapku
kenang hingga ke hujung hayat..
Buat Teman Seperjuangan......
Semangat, nasihat serta dorongan kalian membuatkan diriku terus
bertahan dan terus bersaing. Harapanku semoga kita semua
beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan
di akhirat kelak..InsyaAllah..
Terima kasih semuanya.
Untuk adinda-adindaku.....
Mohd Amir Rafie dan Mohd Afiq Danial yang amat ku sayangi.....
Dalam melayari bahtera di lautan yang penuh gelombang, kalian sentiasa
menjadi inspirasi kakandamu ini untuk berdiri dengan lebih teguh lagi
Dan, terima kasih atas sokongan dan semangat yang kalian hulurkan....
Akan kakanda titipkan ia menjadi bekalan perjuangan hidup di kemudian hari.
Buat Papa dan Mama tersayang…
Mat Nasir Abd Latif dan Natrah Mohamed
Terima kasih yang tak terhingga ku ucapkan.
Pengorbanan, didikan dan kasih sayang yang kalian curahkan
kepada diri ini, akan ku jadikan landasan buat menempuh rintangan dan
Semoga keramat kasih sayang yang dicurahkan ini juga akan menjadi
Pendorong dan penyokong setia kejayaan anak-anakmu, setiap ketika dan waktu.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t, Tuhan sekelian alam. Dengan izinnya kajian
ilmiah ini telah dapat disempurnakan sebagaimana yang dikehendaki. Salam dan hormat
buat Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima
kasih ingin saya rakamkan buat Penyelia Tesis, Dr. Yahya Bin Buntat di atas dedikasi
serta sikap profesional dalam membimbing serta memberikan tunjuk ajar yang berguna
dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Ucapan terima kasih juga kepada En. Mohd
Azhar Abd Hamid yang banyak membantu serta memberikan nasihat berguna kepada
diri ini.
Terima kasih dan penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua
pihak yang telah memberikan apa jua bantuan, sokongan ataupun khidmat nasihat sama
ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan kertas Projek Sarjana
Muda ini dengan jayanya.
Akhir kata, diharapkan segala yang telah dilakukan ini beroleh keberkatan dari
Allah s.w.t.
Sekian, terima kasih.
April 2008.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong
kreativiti pelajar, mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti, melihat
hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti dan melihat tahap kreativiti
pelajar. Seramai 71 orang pelajar tahun empat SPH dari Fakulti Pendidikan, UTM telah
menjadi responden untuk kajian ini. Data kajian diperolehi melalui borang soal selidik
dan soalan Ujian Personaliti Kreatif. Nilai Alpha Cronbach ialah 0.876. Data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for
Social Sciences (SPSS) Versi 15.0 untuk mengira kolerasi, min, frekuansi serta
peratusan. Dapatan kajian menunjukkan kesemua faktor yang dikaji iaitu faktor ilmu
pengetahuan, gaya berfikir, personaliti, motivasi dan keadaan persekitaran mendorong
kreativiti pelajar. Faktor utama yang mendorong kreativiti pelajar ialah faktor ilmu
pengetahuan dengan nilai min 4.32. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara keadaan persekitaran dan kreativiti dengan nilai signifikan 0.000. Hasil
kajian juga menunjukkan seramai 2 orang pelajar berada pada tahap sangat kreatif, 46
orang berada pada tahap kreatif dan 23 orang berada pada tahap sederhana kreatif.
Beberapa cadangan telah dibuat bagi pihak yang berkenaan supaya dapat mengambil
tindakan untuk meningkatkan lagi tahap kreativiti di kalangan pelajar-pelajar universiti
amnya.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify factors that encourage creativity
among students and the main factor that encourage creativity, to know the relationship
between environment and creativity and also the level of students creativity. The sample
consist 71 forth year students of SPH from Faculty of Education, UTM. The data was
collected by using the set of questionnaire and the Personality Creative Test question.
The value of Alpha Cronbach is 0.876. The data was analyzed by using Statistical
Packages for Social Sciences (SPSS) Version 15.0 to measure correlation, mean,
frequency and percentages. The data showed all the factors that had been investigated,
such as knowledge, thinking style, personality, motivation, and environment encourage
creativity. The main factor that encourage creativity is knowledge with the mean value
4.32. The research also showed that there is a significant difference in relationship
between environment and creativity with the value 0.000. The results showed that 2
students at a level very creative, 46 at a level creative and 23 students at a level
moderate creative. There are several suggestions to those concern to take appropriate in
order to increase the level of creativity among university students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Matlamat Kajian 8
1.5 Objektif Kajian 8
1.6 Persoalan Kajian 9
1.7 Hipotesis Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Kepentingan Kajian 10
viii
BAB 1.10
PERKARA
Definisi Istilah
MUKA SURAT
1.10.1 Kreativiti 12
1.10.2 Kemahiran Berfikir Secara
Kreatif
12
1.10.3 Personaliti 13
1.10.4 Mendorong 13
1.10.5 Keadaan Persekitaran 13
1.11 Kesimpulan 14
BAB II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 15
2.2 Kreativiti 16
2.3 Kemahiran Berfikir 19
2.4 Pemikiran Kreatif 20
2.5 Teori Pemikiran Kreatif 21
2.5.1 Teori Kreativiti Sternberg 22
2.5.2 Teori Motivasi Intrinsik Amabile 24
2.6 Motivasi dan Kreativiti 25
2.7 Ilmu Pengetahuan dan kreativiti 26
2.8 Personaliti dan Kreativiti 27
2.8.1 Personaliti Individu Kreatif 28
2.8.2 Personaliti Rekacipta 29
2.9 Gaya Berfikir dan Kreativiti 31
2.10 Keadaan Persekitaran dan Kreativiti 31
2.11 Kajian-kajian Lepas 33
2.11.1 Kajian Luar Negara
2.11.2 Kajian Dalam Negara
33
36
ix
BAB PERKARA
2.12 Kesimpulan
MUKA SURAT
38
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 39
3.2 Reka Bentuk Kajian 39
3.3 Tempat Kajian 40
3.4 Populasi Kajian 41
3.5 Kaedah Pengumpulan Data 42
3.5.1 Data Primer
3.5.1.1 Instrumen Kajian
42
42
3.5.2 Data Sekunder 50
3.6 Kajian Rintis 50
3.6.1 Kesahan Instrumen Kajian
3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen
Kajian
51
51
3.7 Prosedur Kajian 52
3.8 Kaedah Analisis Data 57
3.8.1 Analisis Taburan Kekerapan
3.8.2 Kaedah Kolerasi Spearman
56
57
3.9 Kesimpulan 57
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 59
4.2 Latar Belakang Responden: Bahagian A 59
4.2.1 Jantina 60
4.2.2 Bangsa 60
x
BAB
4.2.3
PERKARA
Latarbelakang Pendidikan
MUKA SURAT
61
4.2.4 Nilai PNGK 61
4.2.5 Pendapatan Ibu bapa 62
4.3 Analisis Faktor Yang Mendorong
Kreativiti Pelajar
62
4.3.1 Analisis Faktor Imu
Pengetahuan
63
4.3.2 Analisis Faktor Gaya Berfikir 64
4.3.3 Analisis Faktor Personaliti 66
4.3.4 Analisis Faktor Motivasi 67
4.3.5 Analisis Faktor Keadaan
Persekitaran
68
4.4 Analisis Faktor Utama Yang Mendorong Kreativit 70
4.5 Penilaian Hubungan Di antara Keadaan Persekitaran
dengan Kreativiti
71
4.6 Tahap Kreativiti Individu 72
4.7 Kesimpulan 72
BAB IV RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 75
5.2 Rumusan 75
5.3 Perbincangan Latar Belakang Responden 78
5.4 Perbincangan Objektif Kajian
79
xi
BAB
PERKARA
5.4.1 Faktor-Faktor Yang Mendorong Kreativiti
Di Kalangan Pelajar Tahun Empat, Ijazah
Sarjana Muda Tekologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup), UTM.
5.4.2 Faktor Utama Yang Mendorong Kreativiti
Di Kalangan Pelajar Tahun Empat, Ijazah
Sarjana Muda Tekologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup), UTM.
5.4.3 Hubungan Antara Keadaan Persekitaran
Dengan Kreativiti Pelajar Tahun Empat,
Ijazah Sarjana Muda Tekologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM.
5.4.4 Tahap Kreativiti Pelajar Tahun Empat
Ijazah Sarjana Muda Tekologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM.
79
81
83
84
5.5 Cadangan
5.5.1 Cadangan Kepada Pihak Universiti 87
5.5.2 Cadangan Kepada Tenaga Pengajar atau
Pensyarah
87
5.5.3 Cadangan Kepada Siswa Siswi 88
5.5.4 Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang 89
5.6 Kesimpulan 90
xii
BIBLIOGRAFI
91
LAMPIRAN 96
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
2.1 Personaliti Pereka Cipta 30
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
3.8
3.9
3.10
3.11
4.1
4.2
Taburan Sampel Kajian
Taburan Item Soal Selidik
Bahagian-bahagian Soal Selidik
Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Latar
Belakang Responden
Skala Likert Untuk Mengenalpasti Faktor-Faktor
Yang Mendorong Kreativiti
Skala Skor Untuk Ujian Kreativiti Individu
Pemeringkatan Berasaskan Skala Likert
Taburan Skor Min
Kaedah Statistik Yang Digunakan Untuk Menguji
Objektif Kajian
Nilai Pemarkahan Tahap Kreativiti
Klasifikasi Sesuatu Kolerasi
Taburan Responden Mengikut Jantina
Taburan Responden Mengikut Bangsa
41
43
44
45
46
47
54
54
55
56
57
60
60
4.3 Taburan Responden Mengikut Latar Belakang
Pendidikan
61
4.4 Taburan Responden Mengikut Nilai PNGK 61
4.5
Taburan Responden Mengikut Pendapatan Ibu Bapa
62
xiv
NO JADUAL
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
TAJUK
Skor Min Bagi Setiap Faktor Ilmu Pengetahuan
Skor Min Bagi Setiap Faktor Gaya Berfikir
Skor Min Bagi Setiap Faktor Personaliti
Skor Min Bagi Setiap Faktor Motivasi
Skor Min Bagi Setiap Faktor Keadaan Persekitaran
Jadual Perbandingan Min Faktor-Faktor Yang
Mendorong Kreativiti
Jadual Kolerasi Antara Keadaan Persekitaran Dengan
Kreativiti
Taburan Kekerapan Tahap Kreativiti Individu
Mengikut Skema Pemarkahan Ujian Personaliti
Kreatif
MUKA SURAT
64
65
66
67
68
70
71
72
xv
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1
Proses Berfikir
20
4.1
Jumlah Pelajar Mengikut Tahap Kreativiti
Individu
73
xvi
SENARAI SINGKATAN
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
IPT - Institut Pendidikan Tinggi
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan
RMKe-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan
SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Packages for the Social Sciences
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
UNESCO - United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A
B
C
D
E
F
Soal selidik 96 Surat Pengesahan Soal Selidik 105 Nilai Alpha Cronbach Kajian Rintis 106 Nilai Alpha Cronbach Kajian Sebenar 106 Nilai Alpha Cronbach Setiap Item Bahagian B 107 Jadual Kolerasi Spearman 108
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Setiap manusia memiliki personaliti dan kreativiti yang berbeza-beza.
Terdapat sesetengahnya yang bersikap pendiam, serius, suka mendorong sementara
ada yang suka berkawan dan berfikir. Jika dilihat dari aspek seorang pelajar,
perbezaan dari segi tingkah laku, nilai dan personaliti memang mempengaruhi mereka
tentang bagaimana mereka menjalankan sesuatu tugas dan menghuraikan sesuatu
situasi dan bagaimana mereka menghadapi sesuatu cabaran.
Pemikiran kreatif dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada semua manusia, apa
yang membezakan seseorang itu ialah kecenderungan dan keupayaan seseorang itu
berkreativiti banyak bergantung kepada faktor diri, persekitaran dan jenis masalah
yang dihadapi. Selain itu, kebolehan dan bakat kreatif mestilah dipupuk dan dibaja
dengan betul dengan pendekatan yang sesuai dan bersistem. Personaliti individu yang
kreatif memiliki peribadi yang unik. Unik bermakna lain daripada yang lain, ia terdiri
daripada perspektif cara berfikir, bertindak dan bertindak balas dengan
persekitarannya (Mohd. Azhar, 2004).
Ciri-ciri personaliti yang unik dan pelbagai mempengaruhi karektor seseorang
individu. Ia adalah ciri-ciri utama yang membezakan manusia dengan spesis hidupan
2
yang seperti kemampuan manusia untuk belajar, mengingat dan berfikir tentang
sesuatu yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku pada masa hadapan
(McAdams, 1990).
Dalam disiplin psikologi, personaliti ialah suatu bidang kajian tidak hanya
melihat aspek yang tertentu sahaja dalam diri seseorang. Walaupun terdapat banyak
pendekatan personaliti, terdapat juga sesetengah orang yang bersetuju apa yang perlu
dikaitkan dalam kajian personaliti. Secara rasionalnya, personaliti adalah satu cabang
psikologi yang mana menekankan bagaimana kita membezakan seseorang individu
dengan individu yang lain (Higgins, 1997). Konsep tradisional ini adalah fokus
kepada perbezaan individu dari asas kecenderungan, kualiti dan perlakuan.
Kreativiti merupakan suatu kebolehan berfikir dan bertindak yang tidak
berasaskan logik biasa kerana logik bersifat ’penilaian’ (judgemental). Tetapi itu tidak
bermakna kreativiti tidak memerlukan pemikiran kreatiff dan analitis. Kreativiti tahap
tinggi amat memerlukan pemikiran logik-kritis kerana idea yang asli belum tentu
boleh berjaya jika ia dipasarkan (Mohd Azhar, 2004).
Kreativiti ialah suatu disiplin yang terus-menerus dibincangkan dan
dibahaskan secara ilmiah. Kreativiti pernah dibicarakan oleh beberapa ahli falsafah
dan pemikiran klasik, antaranya ialah Plato, Aristotle, Immanuel Kant, dan Francis
Galton (Rothenberg dan Hausman, 1996). Pada zaman klasik, pemikir dan ahli
pemikir menganggap kreativiti sebagai suatu kuasa alamiah yang dimiliki oleh
individu genius.
Menurut Paimah (2001), Wawasan 2020 merupakan satu gerakan kebangsaan
baru yang menuntut komitmen dan kemahuan seluruh rakyat supaya berada di depan
bersama dunia yang berubah dengan cepat. Dalam kenyataan Rancangan Malaysia
Ke-9 ada menyebut tentang modal insan merupakan aset kepada negara.
Pembangunan modal insan memerlukan beberapa perkara yang asas bagi
3
membolehkan kualiti diri memberi kesan perubahan terhadap yang lain. Proses
pengilmuan dan pendidikan menjadi asas penting bagaimana kualiti insan
dibangunkan dan kualiti kemanusiaan disuburkan. Aspek lain yang penting dalam
kehidupan kita adalah kemahiran berfikir secara kreatif. Ia perlu ada supaya modal
insan sentiasa mampu memberikan idea bernas dan dapat mengatur strategi bagi
menghadapi kerenah zaman dan cabaran semasa.
Dalam memastikan kerajaan mencapai objektifnya seperti salah satu perkara
yang dimatlamatkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9, iaitu untuk melahirkan modal
insan yang cemerlang, maka pendidik mempunyai tanggungjawab yang berat untuk
membantu kerajaan membentuk generasi yang mampu menggunakan pemikiran dan
berkreativiti dengan cara yang betul dan berkesan untuk digunakan dalam proses
membentuk insan yang cemerlang kelak.
1.2 Latar Belakang Masalah
Secara umumya, pengkaji-pengkaji dalam bidang kreativiti ini telah cuba
untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi perkembangan kebolehan kreatif ini.
Dalam kebanyakan literatur, pesonaliti yang nyata, tempat belajar dan keadaan
persekitaran memberi kesan kepada perkembangan kreativiti pelajar. Yong (1989),
telah melihat kreativiti pelajar dan membandingkannya berdasarkan jantina,
kepintaran, pencapaian akademik, status ekonomi sosial keluarga dan pengaruh
persekitaran. Ini jelas menunjukkan kreativiti tidak hanya boleh wujud secara
sendirinya, malah ianya memerlukan sesuatu untuk mendorong seseorang individu itu
untuk menjadi seseorang yang kreatif.
Menurut Ainon dan Abdullah (1994), memiliki kepintaran sahaja belum
mencukupi dalam menjalani kehidupan. Ramai yang pintar tidak kreatif, malah ramai
yang tidak mengetahui bahawa kepintaran itu adalah satu potensi untuk menjadi
4
kreatif. Susulan dari itu, sejajar dengan visi Universiti Teknologi Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia menerusi kreativiti, setiap
aspek perlu diambil kira bagi melahirkan graduan-graduan yang kreatif dan produktif.
Dalam seminar bertemakan “Education For All” 1990 yang dianjurkan oleh
Bank Dunia, UNICEF dan UNESCO (Siti Zuliana, 2005), kemahiran asas tidak lagi
terbatas kepada 3M ; Membaca, Menulis, Mengira, tetapi ditambahkan dua kemahiran
lagi iaitu kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran saintifik. Ini menunjukkan
pendidikan sedunia semakin mementingkan peningkatan kemahiran berfikir secara
kreatif bagi melahirkan individu yang kreatif di kalangan generasi masa kini. Lanjutan
dari itu kemahiran berfikir secara kreatif sepatutnya dikuasai oleh setiap generasi
muda terutamanya di kalangan graduan-graduan universiti bagi melahirkan graduan
yang kreatif yang mampu memberi sumbangan kepada negara kelak. Untuk mencapai
hasrat ini, pelbagai usaha perlu dibuat sama ada dari segi tenaga pengajar di institut-
institut pengajian tinggi mahupun pelajar itu sendiri untuk meningkatkan kreativiti
para pelajarnya.
Munir Shuib (2001) dalam kajiannya tentang kemahiran komunikasi yang
dikehendaki oleh majikan di Malaysia mendapati bahawa banyak kemahiran
komunikasi yang dikehendaki berkait rapat dengan kemahiran berfikir secara kreatif.
Dalam Sumitha Martin (14 Ogos 2002), kemahiran penyelesaian masalah dan
pemikiran kritis merupakan elemen pemikiran yang penting dalam temubual kerja
bagi korporat Intel. Keadaan ini menunjukkan betapa pentingnya seseorang siswazah
mempunyai kemahiran untuk meyelesaikan masalah yang juga merupakan salah satu
daripada ciri-ciri yang ada pada individu yang kreatif. Menurut Dr. Azimah Sazalie
(2004) masalah pengangguran di kalangan siswazah yang dikendalikan oleh
penyelidik-penyelidik dan Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara
menunjukkan, ramai siwazah mendapat keputusan yang cemerlang, tetapi gagal
mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan mereka. Antara puncanya, mereka
lemah dalam aspek penyelesaian masalah dan penjanaan keputusan (Surizan Md.
Adil, 2000).
5
Buzen (2002) telah menyokong pernyataan individu yang kreatif mampu
meyelesaikan masalah dengan menyatakan:
“ ..intelligent creative is an ability to come up with new ideas, to solves
problem in original ways, and to stand and shoulders about the crowd
in terms of your imagination, your behavior, and in your productivity”.
(Buzen, 2002: 43)
Menurut ketua eksekutif Proton Berhad, Tan Sri Mahalel Tengku Arif (2003)
dalam Siti Rahana (2006) pula, pemikiran kreatif dan analitikel adalah antara kualiti
utama bagi membantu individu yang dapat bersaing dalam pasaran global. Ini
menunjukkan kemahiran berfikir secara kreatif boleh memberi kelebihan kepada
graduan dalam proses mencari pekerjaan. Akan tetapi, penguasaan kemahiran berfikir
secara kreatif graduan siswazah tempatan tidak memuaskan majikan-majikan, maka
pengagguran tinggi dikalangan siswazah universiti telah berlaku sejak dari beberapa
tahun yang lalu lagi. Isu ini membimbangkan masyarakat lagi apabila jumlah
pengangguran graduan mencecah 80,000 orang (Migguan Malaysia, 20 Februari
2005).
Walaupun jelas kerajaan telah menekankan kepentingan kemahiran berfikir
secara kreatif dan seterusnya berupaya untuk berkreativiti namun, kajian menunjukkan
pelajar masih berada pada tahap kreativiti yang tidak memuaskan. Menurut Phillips
(1997), antara sebabnya ialah kebolehan guru, ramai guru tidak begitu yakin tentang
keadah mengajar kemahiran berfikir secara kreatif berikutan kurangnya penekanan
pada peringkat latihan perguruan. Dalam satu seminar peringkat antarabangsa
mengenai literasi yang diadakan pada awal 2001, beberapa peserta yang terdiri
daripada guru-guru telah menyuarakan kesukaran yang mereka hadapi untuk
menyerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dalam matapelajaran yang mereka ajar
(Munir Shuib, 2001).
6
Ini menunjukkan bahawa guru perlu diberi latihan yang lebih komprehensif
tentang teknik pengajaran kemahiran berfikir secara kreatif manakala bagi pelajar
institut pengajian tinggi yang mengikuti bidang pendidikan pula seharusnya mendapat
didikan kemahiran berfikir secara kreatif ini juga supaya tidak menghadapi masalah
apabila memulakan tugas untuk mengajar terutamanya dalam mata pelajaran Reka
Cipta yang memerlukan seorang guru yang kreatif untuk membimbing pelajar-
pelajarnya kelak.
Apabila pelajar berada pada tahap kreativiti yang kreatif ianya akan
membuatkan pelajar lebih yakin membuat keputusan dalam keadaan yang sukar dan
lebih berani serta bersedia mengambil risiko, menerima dan mencuba idea-idea baru
serta mengetepikan perkara-perkara yang remeh dan tidak penting. Malah pelajar
akan lebih berketerampilan, berinovasi dan produktif. Seperti kata Edward de Bono
(1996) dalam bukunya Serious Creativity menegaskan bahawa terdapat lima premis
yang menyebabkan kreativiti sebagai kebolehan yang perlu dimiliki oleh individu,
organisasi dan masyarakat, iaitu:
(i) Untuk perubahan dan pembaikan.
(ii) Untuk menyelesaikan masalah.
(iii) Untuk memberi nilai dan peluang baru.
(iv) Untuk masa depan.
(v) Untuk motivasi.
1.3 Pernyataan Masalah
Dewasa ini kreativiti di kalangan pelajar telah menjadi satu keperluan sama
ada kepada pelajar itu sendiri atau kepada negara. Keperluan kreativiti semasa proses
pembelajaran atau pun sepanjang berada di alam pekerjaan ianya tidak boleh dinafikan
7
lagi. Kreativiti memainkan perana penting bagi memastikan negara dapat melahirkan
modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.
Kesemua kajian yang dilakukan mengenai kreativiti sama ada kajian luar atau
dalam negara, kesemuanya tertumpu kepada pelajar yang berada di peringkat alam
persekolahan. Memang tidak dinafikan segala perancangan haruslah bermula dari
peringkat bawah, namun begitu perkara yang paling utama yang perlu dititik beratkan
ialah tenaga pengajar atau guru yang akan mengajar generasi-generasi muda ini.
Adakah mereka seorang yang kreatif dan jika mereka kreatif, apakah faktor-faktor
yang mendorong kreativiti mereka. Isu yang timbul ialah, bagaimana seorang guru
yang tidak kreatif dapat mendidik pelajarnya dengan baik dan berkesan.
Sehubungan dengan itu, pengkaji mengambil inisiatif untuk membuat kajian
mengenai kreativiti terhadap pelajar-pelajar di peringkat institut pengajian tinggi
terutamanya mereka yang mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan pula. Pada
tahun 1993 dan 1994 misalnya, tema Hari Guru ialah Guru Inovatif dan Kreatif
Menjayakan Wawasan. Manakala tema Hari Guru 2003 pula Guru Berkualiti Aspirasi
Negara (Utusan Malaysia, 2003). Ini menunjukkan betapa kerajaan menekan guru-
guru untuk menjadi seorang yang kreatif. Apa yang lebih penting, semua pihak
haruslah bekerjasama dan memiliki iltizam untuk melahirkan negara Malaysia yang
kreatif dengan acuannya yang tersendiri. Kajian ini akan dilakukan ke atas pelajar
tahun empat SPH, yang mana akan menjadi pendidik generasi muda dan secara tidak
langsung akan cuba memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.
Bagi memenuhi konsep kreativiti itu sendiri beberapa faktor perlu diambil kira
seperti faktor ilmu pengetahuan, gaya berfikir, personaliti, motivasi, dan keadaan
persekitran. Tambahan pula, dalam Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara (2007-
2010) sendiri, ada menyatakan ciri modal insan minda kelas pertama adalah
melahirkan graduan yang kreatif, inovatif dan berfikir secara kritikal. Untuk itu,
8
pengkaji telah melakukan kajian ke atas siswazah pendidikan di UTM untuk melihat
faktor-faktor yang mendorong kreativiti dan tahap kreativiti bakal pendidik kelak.
1.4 Matlamat Kajian
Matlamat kajian ini ialah untuk melihat faktor-faktor yang mendorong
kreativiti di kalangan pelajar 4SPH Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :-
1. Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong kreativiti di kalangan pelajar
tahun empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup), UTM.
2. Mengenal pasti faktor utama yang mendorong kreativiti di kalangan pelajar
tahun empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup), UTM.
3. Mengenal pasti hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti pelajar
tahun empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup), UTM.
4. Mengenal pasti tahap kreativiti pelajar tahun empat, Ijazah Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM.
9
1.6 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif, berikut adalah persoalan-persoalan kajian ini:
1. Apakah faktor-faktor yang mendorong kreativiti di kalangan pelajar tahun
empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup),
UTM ?
2. Apakah faktor utama yang mendorong kreativiti di kalangan pelajar tahun
empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup),
UTM ?
3. Adakah terdapat hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativiti
pelajar tahun empat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup), UTM ?
4. Apakah tahap kreativiti pelajar tahun empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM ?
1.7 Hipotesis Kajian Satu hipotesis alternatif dibina bagi menjelaskan hubungan di antara faktor
keadaan persekitaran dengan kreativiti pelajar. Hipotesis yang dibina ini dijangka
akan memberi satu ramalan atau jangkaan mengenai pemboleh ubah yang diuji:
Ha Terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor keadaan persekitaran dengan
kreativiti pelajar tahun empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup), UTM, Skudai.
10
1.8 Batasan Kajian
Untuk kajian “Faktor-faktor Yang Mendorong Kreativiti Di Kalangan Pelajar
4SPH, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai”, kajian ini dibuat bagi
mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong kreativiti pelajar dan kewujudan
hubungan antara keadaan persekitaran dengan kreativti pelajar. Pengkaji telah
menggunakan Teori Kreativiti Sternberg untuk dijadikan garis panduan. Walaupun
begitu, daripada enam faktor yang dinyatakan Sternberg hanya lima faktor sahaja yang
akan digunakan dalam kajian ini. Faktor-faktor itu ialah faktor ilmu pengetahuan,
gaya berfikir, personaliti, motivasi dan keadaan persekitaran.
Selain itu, kajian ini melihat tahap kreativiti pelajar melalui satu aspek sahaja,
iaitu aspek personaliti kreatif untuk mewakili kreativiti pelajar. Pengkaji ingin
mengenalpasti adakah personaliti responden yang terdiri daripada penuntut-penuntut
universiti ini mempengaruhi mereka untuk menjadi seorang indvidu yang kreatif.
1.9 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini boleh digunakan oleh pihak-pihak yang terlibat secara
langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian akan dapat
memberi manfaat menyeluruh kepada golongan :
1. Kementerian Pengajian Tinggi
(i) Mengenalpasti adakah kemahiran berfikir secara kreatif diaplikasikan
dalam setiap matapelajaran di Institut Pengajian Tinggi.
11
(ii) Dapat menyediakan kursus kemahiran berfikir secara kreatif kepada
tenaga pengajar atau pensyarah, seterusnya dapat mengetahui cara untuk
membantu pelajar menjadi individu yang kreatif.
(iii) Mewujudkan Institut Pengajian Tinggi yang mempunyai kawasan
sekitarnya yang tenang dan harmoni supaya pelajar dapat menghasilkan
idea-idea yang bernas untuk menjana kreativitinya.
2. Tenaga Pengajar atau Pensyarah
(i) Membuat perancangan strategi dan juga menentukan pendekatan berfikir
yang sesuai dengan tahap pelajar yang selepas ini akan memasuki alam
pekerjaan yang penuh dengan cabaran.
(ii) Merancang pengajaran yang sesuai dengan corak pemikiran pelajar.
(iii) Menentukan kesesuain strategi dan pendekatan kemahiran yang boleh
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Siswa-Siswi
(i) Pendedahan kepentingan menjadi kreatif dan kemahiran berfikir secara
kreatif dalam semua matapelajaran di universiti.
(ii) Pendedahan kepentingan kemahiran berfikir secara kreatif dalam
kehidupan seharian.
(iii) Membantu pelajar mengaplikasikan kreativiti dalam membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah.
12
1.10 Definisi Istilah
Terdapat beberapa konsep dan istilah yang boleh diperjelaskan bagi
menerangkan dengan lebih tepat akan kehendak dan keperluan perkara-perkara yang
dibincangkan oleh penyelidik di dalam kajian ini nanti. Di bawah ini adalah definisi
istilah yang penting yang digunakan dalam penulisan ini yang membawa pengertian
berdasarkan kajian ini agar tidak timbul kekeliruan atau salah tanggapan :
1.10.1 Kreativiti
Menurut kamus dewan (2002), kreativiti bermaksud kemampuan atau
kebolehan mencipta sesuatu. Kreativiti terbahagi kepada pelbagai jenis kreativiti,
dalam kajian ini, penyelidik hanya ingin melihat kreativiti pelajar dalam aspek
personaliti. Ini kerana selain daripada melihat sesuatu produk yang dihasilkan,
kreativiti juga dapat dilihat melalui personaliti seseorang dengan menjalankan Ujian
Personaliti Kreatif (Raudsepp,1997).
1.10.2 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Berfikir dengan menggunakan stail kreatif ditunjukkan oleh keupayaan melihat
sesuatu daripada pelbagai sudut . Stail ini juga menghasilkan pelbagai cara untuk
melakukan sesuatu. Orang yang kreatif memiliki sifat fleksibiliti iaitu keupayaan
melahirkan pelbagai idea dalam pelbagai kategori.
Kebolehan mencipta dan menjana idea baru memanglah amat penting dalam
pemikiran kreatif tetapi belumlah dianggap mencukupi sehingga pelajar dapat
mejadikannya sebagai satu kenyataan. Kemahiran berfikir bukan sahaja berupaya
meningkatkan penguasaan pengetahuan, malah ia juga dapat meningkatkan aras
motivasi dalam diri pelajar (Munir Shuib, 2001).
13
1.10.3 Personaliti
Merupakan keperibadian atau perwatakan seseorang. Ianya mempengaruhi
sesuatu perlakuan seseorang individu itu sendiri. Dalam kajian ini, pengkaji akan
mengukur kreativiti pelajar dengan berpandukan personaliti atau ciri-ciri individu
yang kreatif.
1.10.4 Mendorong
Merupakan sesuatu yang menyebabkan sesuatu itu berlaku (Kamus Dewan,
2002). Menurut Stein (1968) kreativiti adalah suatu proses di mana terdapat pelbagai
faktor yang mungkin merangsang dan memudahkan atau menyekat dan menghalang
perjalanan proses kreatif dan pembangunan hasil-hasil kreatif.
1.10.5 Keadaan Persekitaran
Merujuk kepada persekitaran yang mempengaruhi kreativiti secara langsung.
Persekitaran yang birokratik, ketat dengan peraturan dan undang-undang akan
membatas dan tidak menggalakkan aktiviti berkreasi. Individu juga harus berada
dalam persekitaran yang selamat, tetap, dan harmoni. Selamat daripada kacau bilau,
tetap dalam pekerjaan (lawan kontrak dan sementara) serta harmoni daripada hiruk-
piruk, hingar-bingar, dan kebisingan (Teori Kreativiti Sternberg). Dalam kajian ini,
keadaan persekitaran juga merujuk kepada ketenangan tempat belajar, suasana sekitar
tempat tinggal dan kewujudan sesuatu situasi yang membolehkan seseorang itu
menjadi kreatif.
14
1.11 Kesimpulan
Bab 1 mengandungi pengenalan kepada kajian yang ingin dibuat oleh
penyelidik iaitu mengenai faktor-faktor yang mendorong kreativiti dan tentang
kreativiti itu sendiri. Ia juga mengandungi latar belakang masalah, pernyataan
masalah, objektif kajian, persoalan kajian, batasan kajian, kepentingan kajian dan
senarai definisi istilah yang digunakan dalam kajian penyelidik.