FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT TERHADAP MATEMATIK
DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
NORSURIANI BINTI AB AZIZ
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
/
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: FAKTOR-F AKTOR YANG MEMPENGARUHI
MINAT TERHADAP MATEMATTKDI KALANGANPELAJAR SEKOLAH MENENGAH
2008 / 2009SESI PENGA.JIAN:
NORSURTANT RTNTTAB AZTZ .Saya (HURUF BESAR)
mengaku rnembenarkan tesis (PSM/SaljanaiDoktor Falsafah)* ini disimpan di PeIpustakaanUniversili Teknologi Malaysia dengan sYMat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah bakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpu.'!tak:aan Universiti Tekno1ogi Malaysia dibenarkan membuat salinan un/uk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpu.'!takaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pex1ukaran antara
institusi pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ( 4 )
D SULIT
(Mcngandungi maklumat yang berdaIjah kesclamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKT A RAHSIA RASMI 1972)
D TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang tciah ditentukanoleh orgal1.isasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)
I::] TIDAK TERHADDisahkan oleh
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:KAMPUNG BANGGOL KEMIAN
17000 PA~TR MA~
KELANTAN
FNrTK T()HARTRTNHA~~AN
Nama Penyelia
Tarikh: 10 NOVEMBER 200& Tarikh: 10 NOVEMRRR 200&
CATATAN:
Potong yang tidak berkenaan... lika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasiberkenaan dengan
menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Saxjana secara penyelidikan, atau disertasi bagipengajian secara keIja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Saxjana Muda (PSM).
.
u
--- - -- - --
PENGESAHAN PENYELIA
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)"
Tandatangan
Nama Penyelia: ENCIK JOHAR! BIN HASSAN
Tarikh 7 NOVEMBER 2008
---
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT TERHADAP MATEMATIK
DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
NORSURIANI BINTI AB AZIZ
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER, 2008
11
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah sayajelaskan sumbemya".
Tandatangan :
Nama Penulis :
Tarikh
N{)RSURIANIBINT! AB AZIZ
10NOVEMBER 2008
iii
Khas buat suami tercinta…
Rosnizam Bin Maarof,
Terima kasih atas dorongan, semangat dan doa yang diberikan…
Buat Ma dan Abah yang tersayang..
Natharah Binti Ab Ghani dan Ab Aziz Bin Mamat,
Pengorbananmu amat berharga buatku…
Buat abang-abangku…
Azinu Rizaimi dan Azinor Afandi,
Terima kasih atas keprihatinanmu…
Buat adik-adikku…
Nor Shuhada, M.Khairul Ihsan, M.Mustakim, Nor Syafira
dan Nor Suhaili,
Gapailah cita-citamu selagi nyawa dikandung badan…
Buat sahabat-sahabat,
Terima kasih atas bantuan kalian…
Semoga kalian diberkati Yang Maha Esa..
Demi kebahagiaan dunia dan akhirat..
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum…
Alhamdulillah, kerana dengan izin-Nya, dapat saya menyiapkan laporan
projek ini dengan sempurna.
Ucapan ribuan terima kasih saya tujukan kepada penyelia saya, Encik
Johari Bin Hassan di atas segala tunjuk ajar, galakan dan nasihat yang diberikan
sepanjang saya menyiapkan kajian ini.
Tidak lupa juga, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pihak dan para
pelajar yang terlibat dalam kajian ini.
Ucapan terima kasih buat suami, ma dan abah, abang-abang dan adik-
adik atas doa, perangsang, dorongan, semangat dan bantuan yang diberikan.
Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak
memberi sokongan dan semangat. Kenagan bersama kalian tidak akan aku
lupakan.
Wassalam.
v
ABSTRAK
Matematik merupakan salah satu matapelajaran penting yang diajar di
sekolah sama ada sekolah menengah atau pun rendah. Namun, sering dikatakan
bahawa kebanyakan pelajar kurang meminati matapelajaran matematik. Kajian
ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat terhadap
matematik di kalangan pelajar, faktor-faktor yang menggalakkan minat pelajar
terhadap matematik, dan masalah-masalah yang menyebabkan pelajar tidak
berminat terhadap matematik. Seramai 200 orang pelajar tingkatan empat, lelaki
dan perempuan dari dua buah sekolah di daerah Kulai, Johor telah terlibat dalam
kajian ini. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang
mengandungi 44 item menggunakan pengukuran berskala Likert. Nilai
kebolehpercayaan instrumen kajian adalah α = 0.85. Data dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi
15.0. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa tahap minat
terhadap matematik berada di tahap tinggi. Faktor luaran seperti faktor guru dan
rakan, serta faktor dalaman iaitu faktor diri sendiri dan psikologi banyak
mempengaruhi minat terhadap matematik. Walaubagaimanapun, faktor ibubapa
dan persekitaran berada di tahap sederhana. Manakala, masalah yang paling
ketara yang menyebabkan matematik tidak diminati adalah masalah diri sendiri,
diikuti dengan guru, ibu bapa, rakan dan persekitaran.
vi
ABSTRACT
Mathematics is one of the important subject that being taught either in
primary or secondary school. However, it seems that not many students are in
favor of the mathematics subject. This study was conducted to identify the level
of interest in mathematics among students, factors that encourage interest in
mathematics and problems that discourage student’s interest in mathematics. 200
form four boys and girls students from two different schools in Kulai, Johor were
involved in study. The instrument used was a set of questionnaire with 44 item
based on Likert scale. Reliability value of the instrument was α = 0.85. The data
was analyzed by using Statistical Package for the Social Science (SPSS) version
15.0. As a whole, the results of this study showed that the level of interest in
mathematics was high. External factors such as teachers and friends, and internal
factors like their personal background psychology were playing part in bringing
encouragement to the student interest toward mathematics. However, parents and
environment factors were not very significant. On the other hand, problems that
discourage student’s interest in mathematics were personal problem, followed by
teachers, parents, friends and environment.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xviii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
viii
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Minat 8
1.8.2 Matematik 9
1.8.3 Faktor-faktor 10
1.8.4 Masalah 10
1.9 Penutup 11
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Minat Terhadap Matematik 12
2.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Minat Terhadap Matematik 14
2.4 Kaedah Untuk Merangsang Minat Terhadap
Matematik 16
2.5 Perkaitan Antara Minat dan Pencapaian
Matematik 17
2.6 Penutup 19
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 20
3.2 Reka Bentuk Kajian 20
3.3 Kaedah Kajian 21
3.4 Pemilihan Sampel Kajian 22
3.5 Lokasi Kajian 24
3.6 Instrumen Kajian 24
3.7 Prosedur Kajian 25
ix
3.8 Kajian Rintis 27
3.9 Analisis Data 27
3.10 Penutup 29
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 30
4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 31
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan
Bapa atau Penjaga 32
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Jumlah
Pendapatan Keluarga 33
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Taraf
Pendidikan Tertinggi Bapa 35
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Taraf
Pendidikan Tertinggi Ibu 37
4.2.6 Taburan Responden Mengikut
Bilangan Adik-beradik atau Tanggungan 39
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Jenis
Tempat Tinggal 40
4.2.8 Taburan Responden Mengikut Gred
Matematik Bagi PMR 41
4.3 Bahagian B : Analisis Tentang Persoalan Kajian 42
4.3.1 Tahap Minat Terhadap Matematik 43
4.3.2 Faktor-faktor Yang Menggalakkan Minat
Terhadap Matematik 49
4.3.2.1 Faktor Luaran 50
4.3.2.1.1 Faktor Luaran : Guru 50
4.3.2.1.2 Faktor Luaran : Ibu Bapa 54
4.3.2.1.3 Faktor Luaran : Rakan 58
x
4.3.2.1.4 Faktor Luaran :
Persekitaran 62
4.3.2.2 Faktor Dalaman 66
4.3.2.2.1 Faktor Dalaman : Diri
Sendiri 66
4.3.2.2.2 Faktor Dalaman :
Psikologi 70
4.3.3 Masalah Yang Menyebabkan Matematik
Tidak Diminati 73
4.3.3.1 Masalah Dalaman 74
4.3.3.2 Masalah Luaran 78
4.3.3.3 Masalah-masalah Lain Yang
Dihadapi Dalam Pembelajaran
Matematik 82
4.4 Penutup 85
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 86
5.2 Responden Kajian 87
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 88
5.3.1 Tahap Minat Terhadap Matematik 88
5.3.2 Faktor-faktor Yang Menggalakkan Minat
Terhadap Matematik 89
5.3.2.1 Pengaruh Faktor Guru
Dalam Menggalakkan
Minat Pelajar Terhadap
Matematik 89
xi
5.3.2.2 Pengaruh Faktor Ibu Bapa
Dalam Menggalakkan
Minat Pelajar Terhadap
Matematik 91
5.3.2.3 Pengaruh Faktor Rakan
Dalam Menggalakkan
Minat Pelajar Terhadap
Matematik 93
5.3.2.4 Pengaruh Faktor Persekitaran
Dalam Menggalakkan Minat
Pelajar Terhadap Matematik 94
5.3.2.5 Pengaruh Faktor Diri Sendiri
Dalam Menggalakkan Minat
Pelajar Terhadap Matematik 95
5.3.2.6 Pengaruh Faktor Psikologi
Dalam Menggalakkan Minat
Pelajar Terhadap Matematik 96
5.3.3 Masalah Yang Menyebabkan Matematik Tidak
Diminati 97
5.3.3.1 Masalah Diri Sendiri Dan Psikologi
Yang Menyebabkan Matematik
Tidak Diminati 97
5.3.3.2 Masalah Guru, Rakan Dan Ibu Bapa
Yang Menyebabkan Matematik
Tidak Diminati 99
5.4 Rumusan Bagi Keseluruhan Item 100
5.5 Halangan Dan Kelemahan Kajian 101
5.6 Implikasi Kajian 102
5.6.1 Implikasi Kepada Pelajar 102
5.6.2 Implikasi Kepada Ibu Bapa 103
5.6.3 Implikasi Kepada Guru 103
xii
5.6.4 Implikasi Kepada Pihak Sekolah 104
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 104
5.8 Penutup 105
RUJUKAN 106
Lampiran A 111
Lampiran B 112
Lampiran C 114
Lampiran D 115
Lampiran E 116
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pecahan Item Mengikut Bahagian 25
3.2 Pengkelasan Skala Lima Mata Kepada Skala
Tiga Mata 28
3.3 Penilaian Peratusan Terhadap Tahap Bagi
Setiap Persoalan Kajian 29
3.4 Julat Min Skor dan Tahap Penilaian 29
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31
4.2 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan
Bapa atau Penjaga 32
4.3 Kategori-kategori Bagi Jumlah Pendapatan
Keluarga 33
4.4 Taburan Responden Mengikut Kategori
Pendapatan Keluarga 34
4.5 Taburan Responden Mengikut Taraf
Pendidikan Tertinggi Bapa 35
4.6 Taburan Responden Mengikut Taraf
Pendidikan Tertinggi Ibu 37
xiv
4.7 Taburan Responden Mengikut Bilangan
Adik-beradik atau Tanggungan 39
4.8 Taburan Responden Mengikut Jenis Tempat
Tinggal 40
4.9 Taburan Responden Mengikut Gred Matematik
Bagi PMR 41
4.10 Pengkelasan Skala Lima Mata Kepada Skala
Tiga Mata 42
4.11 Penilaian Peratusan Terhadap Tahap
Bagi Setiap PersoalanKajian 43
4.12 Julat Min Skor dan Tahap Penilaian 43
4.13 (a) Analisis Item Berkenaan Tahap Minat
Responden Terhadap Matematik bagi Sekolah A 44
4.13 (b) Analisis Item Berkenaan Tahap Minat
Responden Terhadap Matematik bagi Sekolah B 47
4.14 (a) Analisis Item Berkenaan Faktor-faktor
Yang Menggalakkan Minat Responden
Terhadap Matematik (Faktor Luaran :
Guru) bagi Sekolah A 50
4.14 (b) Analisis Item Berkenaan Faktor-faktor
Yang Menggalakkan Minat Responden
Terhadap Matematik (Faktor Luaran :
Guru) bagi Sekolah B 52
4.15 (a) Analisis Item Berkenaan Faktor-faktor
Yang Menggalakkan Minat Responden
Terhadap Matematik (Faktor Luaran :
Ibu Bapa) bagi Sekolah A 54
4.15 (b) Analisis Item Berkenaan Faktor-faktor
Yang Menggalakkan Minat Responden
Terhadap Matematik (Faktor Luaran :
Ibu Bapa) bagi Sekolah B 56
xv
4.16 (a) Analisis Item Berkenaan Faktor-faktor
Yang Menggalakkan Minat Responden
Terhadap Matematik (Faktor Luaran :
Rakan) bagi Sekolah A 58
4.16 (b) Analisis Item Berkenaan Faktor-faktor
Yang Menggalakkan Minat Responden
Terhadap Matematik (Faktor Luaran :
Rakan) bagi Sekolah B 60
4.17 (a) Analisis Item Berkenaan Faktor-faktor
Yang Menggalakkan Minat Responden
Terhadap Matematik (Faktor Luaran :
Persekitaran) bagi Sekolah A 62
4.17 (b) Analisis Item Berkenaan Faktor-faktor
Yang Menggalakkan Minat Responden
Terhadap Matematik (Faktor Luaran :
Persekitaran) bagi Sekolah B 64
4.18 (a) Analisis Item Berkenaan Faktor-faktor
Yang Menggalakkan Minat Responden
Terhadap Matematik (Faktor Dalaman :
Diri Sendiri) bagi Sekolah A 66
4.18 (b) Analisis Item Berkenaan Faktor-faktor
Yang Menggalakkan Minat Responden
Terhadap Matematik (Faktor Dalaman :
Diri Sendiri) bagi Sekolah B 68
4.19 (a) Analisis Item Berkenaan Faktor-faktor
Yang Menggalakkan Minat Responden
Terhadap Matematik (Faktor Dalaman :
Psikologi) bagi Sekolah A 70
xvi
4.19 (b) Analisis Item Berkenaan Faktor-faktor
Yang Menggalakkan Minat Responden
Terhadap Matematik (Faktor Dalaman :
Psikologi)bagi Sekolah B 72
4.20 (a) Analisis Item Berkenaan Masalah Dalaman
Yang Menyebabkan Matematik Tidak Diminati
Oleh Responden bagi Sekolah A 74
4.20 (b) Analisis Item Berkenaan Masalah Dalaman
Yang Menyebabkan Matematik Tidak Diminati
Oleh Responden bagi Sekolah B 76
4.21 (a) Analisis Item Berkenaan Masalah Luaran
Yang Menyebabkan Matematik Tidak Diminati
Oleh Responden bagi Sekolah A 78
4.21 (b) Analisis Item Berkenaan Masalah Luaran
Yang Menyebabkan Matematik Tidak Diminati
Oleh Responden bagi Sekolah B 80
4.2.2 (a) Analisis Soalan Terbuka Berkenaan Masalah-masalah
Lain Yang Dihadapi Dalam Pembelajaran Matematik
Bagi Sekolah A 82
4.2.2 (b) Analisis Soalan Terbuka Berkenaan Masalah-masalah
Lain Yang Dihadapi Dalam Pembelajaran Matematik
Bagi Sekolah B 84
xvii
SENARAI SINGKATAN
EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Pendidikan
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
PMR - Penilaian Menengah Rendah
Sekolah A - Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra
Sekolah B - Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package For Social Science
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Surat Perakuan Menjalani Projek Sarjana Muda
Dari Fakulti Pendidikan, UTM 111
B Surat Kelulusan Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah,
Institut Perguruan, Jabatan Pelajaran Negeri Dan
Bahagian-bahagian Di Bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia Dari EPRD 112
C Surat Kelulusan Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah,
Institut Perguruan, Jabatan Pelajaran Negeri Dan
Bahagian-bahagian Di Bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia Dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor 114
D Jadual Krejcie, R. V and Morgan D.W. 115
E Borang Soal Selidik 116
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda seseorang
berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan sesuatu masalah serta
membuat keputusan. Secara tabiinya, matematik bersifat menggalakkan
pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Tidak dapat dinafikan
lagi bahawa matematik memainkan peranan yang besar dalam memantapkan
pembangunan negara. Ini dapat dilihat daripada kemajuan dalam bidang sains
dan teknologi yang dicapai oleh kebanyakan negara-negara maju seperti Jepun,
Korea, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi. Kemajuan dalam bidang tersebut
mungkin tidak dapat dicapai tanpa kesedaran tentang pentingnya matematik
dalam kehidupan seharian kita.
Matematik sememangnya menjadi penggerak kepada pembangunan dan
perkembangan bidang sains dan teknologi. Oleh itu, penguasaan ilmu matematik
perlu dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa bagi melahirkan tenaga kerja
2
yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan untuk membentuk sebuah
negara maju menjelang tahun 2020.
Di Malaysia, matapelajaran matematik merupakan salah satu
matapelajaran penting yang diajar di sekolah sama ada di sekolah menengah
ataupun sekolah rendah. Matematik yang dahulunya dikenali sebagai Ilmu Hisab
mula diajar di beberapa buah sekolah menengah rendah sejak tahun 1970 dan
matapelajaran ini diajar di semua sekolah menengah di tingkatan satu pada tahun
1975. Menjelang tahun 1978, semua pelajar di peringkat menengah rendah
mempelajari matapelajaran ini (Laporan Kabinet 1979). Berdasarkan Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua
sekolah rendah seluruh negara mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di
semua sekolah menengah pada tahun 1989.
Namun, kebanyakan daripada para pelajar, sama ada pelajar sekolah
rendah ataupun menengah tidak meminati matapelajaran matematik. Matematik
seringkali dianggap sebagai suatu matapelajaran yang tidak menarik, sukar dan
membosankan jika dibandingkan dengan matapelajaran lain seperti bahasa,
sastera, latihan fizikal (Aplin dan Saunders, 1996; Lee dan Cockman, 1995) dan
juga sains (Allchin, 1999; Tan, 1997; Proctor, 1991).
Keadaan ini mungkin disebabkan terdapatnya faktor-faktor yang
mempengaruhi minat mereka terhadap matematik. Adalah menjadi
tanggungjawab para pendidik untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
menggalakkan minat pelajar terhadap matematik serta masalah-masalah yang
3
boleh menyebabkan para pelajar tidak berminat terhadap matapelajaran
matematik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Falsafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut, jelas menunjukkan
bahawa institusi pendidikan mempunyai tanggungjawab untuk melahirkan
pelajar yang berkebolehan dalam mengasimilasi dan mentafsir maklumat secara
matematik dan saintifik. Matematik boleh dikatakan kunci kepada peluang
pekerjaan dan kerjaya dimana kebolehan menyelesaikan masalah dalam
matematik adalah mustahak sebagai asas pendemokrasian dalam era teknologi
terkini (Mazlan, 2002).
Matematik merupakan satu bidang ilmu yang berkaitan dengan nombor
serta melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Pendidikan Matematik
bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami dan
4
memperihalkan fenomena matematik dalam situasi yang sebenar dengan
menggunakan kemahiran matematik untuk menyelesaikan masalah dalam bidang
sains, kejuruteraan, ekonomi dan lain-lain. Konsep pendidikan matematik adalah
bertujuan meningkatkan kebolehan pelajar dalam memahami struktur, saling
hubungan, prinsip ruang dan konsep matematik. Tumpuan pembelajaran
matematik adalah kepada pemahaman dan konsep.
Pada hakikatnya, kanak-kanak telah mempelajari konsep matematik
semenjak mereka dilahirkan lagi. Konsep matematik yang telah dipelajari oleh
mereka ketika masih bayi adalah dapat membezakan antara ibu dan bapa mereka
(Rohani dan Nani, 2006). Walau bagaimanapun, pencapaian pelajar dalam
matapelajaran matematik ini adalah berada di tahap yang membimbangkan.
Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan kurangnya minat mereka terhadap
matapelajaran matematik.
1.3 Pernyataan Masalah
KBSM yang digubal adalah berteraskan prinsip-prinsip kesinambungan
pendidikan asas daripada KBSR, kesepaduan unsur-unsur intelek, jasmani,
rohani dan sosial, pendidikan umum dan pendidikan seumur hidup. Pendidikan
matematik yang dirancang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara,
menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep,
penguasaan kemahiran mengira dan penggunaan matematik di dalam
penyelesaian masalah (Mok Soon Sang 1996 ).
5
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Tay Lay Eng (1993), iaitu satu
kajian kes untuk meninjau persepsi pelajar terhadap faktor-faktor yang
mempengaruhi mutu pencapaian matapelajaran matematik moden pilihan C di
sekolah menengah vokasional, Alor Setar didapati bahawa kebanyakan pelajar
yang mempunyai pencapaian rendah dalam matapelajaran matematik adalah di
kalangan mereka yang menganggap matapelajaran matematik adalah suatu
matapelajaran yang sukar dan membosankan. Anggapan tersebut sebenarnya
telah menyebabkan mereka tidak berminat lagi untuk mempelajari matematik
dan seterusnya menyebabkan pencapaian mereka dalam matapelajaran tersebut
adalah rendah.
Selain itu, faktor-faktor seperti kaedah pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas juga mempengaruhi minat mereka terhadap matematik. Oleh itu,
suatu kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti tahap pelajar yang meminati
matematik, faktor-faktor yang boleh menggalakkan minat terhadap matematik
dan masalah yang boleh menyebabkan matematik tidak diminati.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut :
i. Mengenal pasti tahap minat terhadap matematik di kalangan
pelajar
ii. Mengenal pasti faktor-faktor yang menggalakkan minat pelajar
terhadap matematik
6
iii. Mengenal pasti masalah-masalah yang menyebabkan matematik
tidak diminati
1.5 Persoalan Kajian
Berikut adalah persoalan kajian :
i. Bagaimanakah tahap minat terhadap matematik di kalangan
pelajar sekolah menengah ?
ii. Apakah faktor-faktor yang menggalakkan minat terhadap
matematik di kalangan pelajar sekolah menengah ?
iii. Apakah masalah yang menyebabkan pelajar tidak berminat
terhadap matematik ?