FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM KOLEJ 10 UNTUK MENYERTAI KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ
MAHASISWA (SUKAM)
AZLY BIN ABDULLAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
iii
FAKTOR – FAKTOR PENDORONG PELAJAR UTM KOLEJ 10 UNTUK
MENYERTAI KEJOHANAN SUKAN ANTARA KOLEJ MAHASISWA
(SUKAM)
AZLY BIN ABDULLAH
Tesis ini dikemukakan sebagai
Memenuhi syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
v
DEDIKASI
“Syukur kepada ALLAH SWT kerana memanjangkan usia ku”
Buat Ibu Dan Ayah.........
Tanpa Mu, Maka Tiadalah Aku Didunia Ini
Syukur Dan Terima Kasih Atas Segala Penat Lelah Dan
Doa Yang Tidak Pernah Mengenal Erti Jemu Demi Kejayaan Ku,
Akan Ku Kenang Sehingga Ke Akhir Hayatku Ini..
Buat Isteri Dan Anak Tersayang.........
Dengan Dorongan, Bantuan Dan Juga Semangat Serta Pengorbanan Yang Sayang
Serta Aida Berikan Kepada Abang..
Akhirnya, Dapat Jua Abang Membawa Pulang Segulung Ijazah Yang
Selama Ini Dinanti-Nantikan..
Buat Pensyarah Penyelia.........
Terima Kasih Atas Bantuan Dan Tunjuk Ajar Yang Diberikan
Moga-Moga ALLAH Memberkati Mu..
Tidak Lupa Juga Kepada Rakan Seperjuangan
Jasa Kalian Amat Ku Hargai
Terima Kasih Atas Segalanya Akan Ku Kenang Buat Selama-Lamanya
vi
PENGHARGAAN
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani
Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah yang telah memberikan kita ilmu
kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang telah
menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.
Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Sains Sosial Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi kesempatan dan peluang
untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah
Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada pensyarah penyelia,
En Mohad Anizu Bin Mohd Nor atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan
sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari pihak Kolej 10 yang
terlibat dalam penyelidikan ini juga amat dihargai. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam
penulisan ini.
Akhir sekali buat mak, ayah, isteri serta anak tersayang dan abang, kakak, adik
yang tercinta, segala doa restu dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini
sentiasa diberkati Allah SWT dan dapat dimanfaatkan.
Sekian, Terima Kasih.
SALAM UKHUWAH
vii
ABSTRAK
Kejohanan Sukan Antara Kolej Mahasiswa (SUKAM), adalah satu program
tahunan yang bertujuan untuk menggalakkan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Kajian ini bertujuan meninjau persepsi
pelajar untuk menyertai Kejohanan SUKAM. Tumpuan kajian ini ialah mengenal pasti
faktor-faktor pendorong pelajar dalam menyertai Kejohanan SUKAM dan penglibatan
pelajar dalam aktiviti-aktiviti sukan. Kajian ini merupakan satu tinjauan menerusi soal
selidik. Penyelidik telah mengedarkan soal selidik kepada 50 orang pelajar yang mewkili
Kolej 10 dalam Kejohanan SUKAM di Universiti Teknologi Malaysia. Data mentah
dianalisis menggunakan perisian SPSS 12.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan,
peratusan dan min. Semua hasil dapatan dikumpul dan dirumuskan bagi menghasilkan
satu gambaran yang jelas mengenai faktor-faktor pendorong pelajar untuk menyertai
Kejohanan SUKAM di Universiti Teknologi Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa pelajar-pelajar menyertai Kejohanan SUKAM disebabkan faktor-faktor minat
dan dorongan daripada keluarga dan rakan-rakan. Kajian ini juga diharapkan dapat
memberi panduan kepada pihak yang terlibat bagi memantapkan lagi pelaksanaan
kejohanan sukan pada masa hadapan dan seterusnya membentuk generasi muda yang
mampu menghadapi cabaran dengan penuh daya saing, tabah dan penuh tanggung jawab.
viii
ABSTRACT
Students Intercollege Sports Competition (SUKAM) is an annual program that
encourages students to involve in sports activities. The study is to identify the perceptions
of UTM students in participating SUKAM. The study focuses on identifaying the factor
during the students to participate in SUKAM and other sports activities. The research
done via questionnaires. The questionnaire were distributed to 50 students representing
College 10 in SUKAM competition. Raw data received were analysed by using SPSS
12.0 software in acquiring the frequency value, percentage and min.The results then
accumulate and summarized in marking a clear view of the factors that make students
joining SUKAM in UTM. The results show that the students who joined SUKAM were at
own interest and also support by friends and families. This study hopefully will be a
guideline to the related parties to improve themselves when organizing such competition
in the future and the sane time will give birth to a new generation of sportsmanship with
competitiveness, strong hearted and responsibilities.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xii
SENARAI SINGKATAN xiii
BAHAGIAN SATU
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
x
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Definisi Istilah 12
1.9 Penutup 13
BAHAGIAN DUA
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Kajian Luar Negara 24
BAHAGIAN TIGA
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Rekabentuk Kajian 27
3.3 Tempat Kajian 27
3.4 Sampel Kajian 28
3.5 Instrumen Kajian 28
3.6 Prosedur Kajian 31
3.7 Kajian Rintis 32
3.8 Analisis Data 33
3.9 Jangka Masa Kajian 33
3.10 Kesimpulan 35
xi
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 36
4.2 Analisis Data Bahagian A
(Latar Belakang Responden) 37
4.2.1 Agama 37
4.2.2 Umur 38
4.2.3 Tahun Pengajian 38
4.3 Analisis Bahagian B 39
4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 40
4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 47
4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 48
4.3.4 Analisis Keseluruhan Mengikut Objektif 50
BAHAGIAN LIMA
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 54
5.2 Perbincangan 54
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 55
5.2.2 Perbincangan Faktor Pendorong Pelajar
Terhadap Penyertaan dalam Kejohanan
SUKAM 56
5.2.3 Perbincangan Faktor Terpenting yang Melibatkan
Pelajar dalam Aktiviti Sukan. 58
xii
5.2.4 Perbincangan Mengenai Maklumat yang Boleh
diberikn Kepada HEP Tentang Penyertaan Pelajar
dalam Kejohanan SUKAN 59
5.3 Rumusan 60
5.4 Cadangan Kajian 61
5.4.1 Pihak UTM 61
5.4.2 Pihak Pelajar 62
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 63
5.6 Penutup 64
BAHAGIAN ENAM
BIBLIOGRAFI 65
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN 69
xiii
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pengkelasan Skala Likert Beserta dengan Markah Skor 30
3.2 Tindakan Yang Diambil Semasa Projek Sarjana Muda 34
4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Agama 37
4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Umur 38
4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Tahun Pengajian 39
4.4 Dapatan Kajian Yang Berkaitan 40
4.5 Peratusan Faktor Terpenting Yang Melibatkan Pelajar Dalam
Aktiviti Sukan 47
4.6 Peratusan Maklumat Yang Boleh Diberikan Kepada HEP Tentang
Penyertaan Pelajar Dalam Kejohanan SUKAM 49
4.7 Skala Keyakinan 50
4.8 Skala Persetujuan 51
5.0 Min Dan Kecenderungan Responden Bagi Persoalan Kajian 1 51
5.1 Min Dan Kecenderungan Responden Bagi Persoalan Kajian 2 52
5.2 Min Dan Kecenderungan Responden Bagi Persoalan Kajian 3 53
xv
SENARAI SINGKATAN
A - Amat Baik
B - Baik
HEP - Hal Ehwal Pelajar
ITTHO - Institut Teknologi Tun Hussin Onn
MASUM - Majlis Sukan Universiti Malaysia
MOMS - “Motivation of Marathoners Scale”
S - Setuju
SPSS - “Statistical Package Of Science”
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
SUKAM - Sukan Antara Kolej Mahasiswa
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
LAMPIRAN A Borang Soal Selidik 69
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sukan boleh di ibaratkan sebagai kunci kepada usaha untuk melahirkan
masyarakat yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sukan berkembang
mengikut kemajuan masyarakat dan selari dengan sejarah manusia. Sukan juga
diaplikasikan dalam kegiatan agama. Di Barat, banyak kegiatan sukan dianjurkan oleh
pihak gereja. Sejarah Islam pula telah mencatatkan beberapa aktviti sukan pada zaman
Nabi Muhammad s.a.w seperti berlari, menunggang kuda dan memanah. Cara hidup
untuk mendapatkan makanan di pesisir sungai dan pantai seperti menangkap ikan
menjadi asas kepada sukan renang dan air.
Ketahanan fizikal tubuh melalui aktiviti senaman dan larian yang diwajibkan di
kalangan tentera untuk mempertahankan keselamatan negara secara langsung membina
budaya bersukan. Kini kerajaan dari negara-negara di dunia berlumba-lumba untuk
mendapatkan hak penganjuran acara-acara sukan besar seperti Sukan Olimpak dan Sukan
Komenwel lantaran nilai sosial dan ekonominya.
2
Sukan di Malaysia kini semakin pesat berkembang selari dengan kemajuan
sosio-ekonomi dan perkembangan sosio-budaya masyarakat. Kegiatan sukan melibatkan
semua golongan dari kanak-kanak hingga orang dewasa tanpa mengira jantina dan kaum
sesebuah masyarakat, meliputi permainan tradisional di rumah sehinggalah pertandingan
yang besar, seperti Sukan Olimpik di mana para juara dunia bertemu untuk mencapai
kemenangan dan impian.
Sejarah perkembangan sukan di Malaysia agak unik dan menarik. Berbagai-
bagai jenis sukan tradisional tumbuh subur dalam masyarakat Melayu, lama sebelum
datangnya sukan moden yang dibawa oleh penjajah dan imigran. Kemerdekaan memberi
peluang kepada kerajaan negara ini untuk membangunkan sukan mengikut acuannya
sendiri, kearah memenuhi objektif perpaduan dan kemakmuran negara. Pada 1988,
Kementerian Belia dan Sukan telah menggubal Dasar Sukan Negara, yang bertujuan
untuk menggalakkan perkembangan semua jenis sukan di Malaysia.
Penggubalan dasar ini memperlihatkan pengiktirafan kerajaan terhadap sukan
setaraf dengan bidang-bidang sosial yang lain. Dasar ini merangkumi dua bahagian
sukan yang utama iaitu “Sukan Untuk Semua” dan “Sukan Prestasi Tinggi”. “Sukan
Untuk Semua” dapat meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan menjadikan mereka lebih
produktif, manakala “Sukan Prestasi Tinggi” dapat mencetuskan perasaan cinta dan
bangga terhadap negara. Di Malaysia, sukan dipercayai mampu untuk meningkatkan
semangat bersatu padu merentasi batasan umur, keturunan dan kepercayaan.
Salah satu masalah sukan di Malaysia ialah penekanan yang lebih diberikan oleh
masyarakat kepada pelajaran berbanding sukan. Ibu bapa juga tidak dapat menerima
hakikat bahawa kejayaan akademik boleh beriringan dengan dengan kejayaan di bidang
sukan. Negara Barat telah membuktikan bahawa kebanyakan atlet yang berjaya juga
adalah seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik.
Persoalan ini perlu dileraikan memandangkan perkembangan sukan di institusi
pendidikan semakin merosot, baik dari segi pencapaian mahupun penyertaan. Keadaan
3
ini seolah-olah bertentangan dengan matlamat sukan negara. Sukan adalah salah satu
unit dalam ko-kurikulum. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1988) menyatakan, kurikulum
adalah suatu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan serta
kemahiran, nilai-nilai serta norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah
menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan oleh ahli-ahlinya peranan kurikulum
dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi
jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai
akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Daripada laporan itu
jelaslah bahawa, sukan adalah satu komponen kurikulum yang berfungsi secara langsung
dan tidak langsung dalam usaha Kementerian Pendidikan merealisasikan falsafah
pendidikan negara.
Selaras dengan itu, institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia disaran agar
mewujudkan budaya bersukan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi kerana dengan
bersukan ia akan dapat menyumbang kepada penggalakkan pertandingan yang sihat,
muhibah, toleransi, kesefahaman, dan pembinaan kualiti moral dan fizikal memberi satu
landasan yang selesa untuk mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu
bangsa yang bersepadu dan memupukkan maruah bangsa dan negara.
Oleh yang demikian, sebelum Kejohanan SUKAM ini bermula, pihak kolej telah
membuat pertandingan antara blok kediman bagi memilih atlit yang terbaik bagi
mewakili kolej masing-masing. Keadaan ini telah menyemai semangat untuk bersukan di
kalangan pelajar serta mendedahkan pelajar kepada suasana pertandingan dan secara
tidak langsung ia akan dapat membentuk budaya bersukan di kolej-kolej kediaman.
Selain aktiviti bersukan di kolej kediaman, pusat ko-kurikulum yang terdapat di
UTM juga memainkan peranan dalam mengembangkan kegiatan sukan. Berbagai-bagai
jenis permainan didedahkan kepada para pelajar dan setiap pelajar adalah di wajibkan
menghadiri dan mempelajari kegiatan sukan ini. Kejohanan Sukan Universiti-Universiti
Malaysia merupakan kejohanan sukan yang terbesar di peringkat universiti. Kejohanan
ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dengan kerjasama dari
4
semua Universiti Awam di Malaysia yang bergabung dengan MASUM. Selalunya atlit-
atlit yang mewakili universiti dalam Kejohanan MASUM ini dipilih dari atlit yang
terbaik yang di kenal pasti semasa pertandingan Kejohanan SUKAM pada peringkat
universiti. Ini juga merupakan salah-satu matlamat Kejohanan SUKAM diadakan.
Kejohanan SUKAM (Sukan Antara Kolej Mahasiswa) yang telah diwujudkan di
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menjadi satu landasan kepada mahasiswa
untuk menjadi generasi muda yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang cerdas
dan cergas. Penglibatan mahasiswa dalam program SUKAM amat ditekankan oleh pihak
universiti dalam usaha untuk membentuk generasi muda yang mampu menghadapi
cabaran dengan penuh daya saing, tabah dan penuh tanggungjawab.
1.2 Latar Belakang Masalah
Universiti diibaratkan sebagai gedung kearah usaha untuk melahirkan masyarakat
madani yang bukanlah berteraskan kepada akademik semata-mata. Namun bagi
memastikan pembangunan insan yang seimbang, kecergasan fizikal dan mental serta
ketahanan rohani begitu dititik beratkan. Justeru, penglibatan mahasiswa dalam bidang
sukan sangat sesuai ke arah pembangunan insan yang seimbang. Kewujudan Kejohanan
Sukan Antara Kolej Mahasiswa (SUKAM) sebagai kejohanan tahunan di Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) pastinya membawa pelbagai perubahan dan feadah khusus
buat warga pelajar. Selain menampilkan bakat, mengeratkan silaturahim dan kerjasama
dengan menitik beratkan integrasi kaum, ia juga dapat melatih kecekapan kepimpinan
menerusi penganjuran kejohanan ini.
Kejohanan SUKAM telah mula diperkenalkan oleh Unit Sukan pada tahun 1993
dengan melibatkan semua kolej kediaman Kampus Skudai dan juga jemputan pasukan
5
UTM Kuala Lumpur dan Institiut Teknologi Tun Hussin Onn (ITTHO). Kejohanan ini
melibatkan sukan permainan dan olahraga di mana pada tahun 1993 hingga 1996
penganjuran dan pengelolaan Kejohanan SUKAM dikendalikan oleh Unit Sukan
sepenuhnya. Namun, mulai tahun 1997, Kejohanan SUKAM telah mula dikelolakan
oleh Kolej Tuanku Canselor yang merupakan kolej pertama yang merintis kejohanan
tersebut yang mana Unit Sukan terlibat dengan pengurusan Teknikal Pertandingan.
Bertitik tolak dari itu, Kejohanan SUKAM telah dikelolakan secara bergilir-gilir
mengikut kolej dan jika terdapat masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan, Unit
Sukan akan memainkan peranan untuk mengendalikan kejohanan ini.
Kejohanan Sukan Antara Kolej Mahasiswa (SUKAM), adalah satu program yang
diadakan setiap tahun yang bertujuan untuk menggalakkan mahasiswa Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan rekreasi untuk
melahirkan individu yang seimbang dan cemerlang dalam bidang akademik dan ko-
kurikulum. Selain itu, program ini dapat memupuk semangat perpaduan dan kesukanan
di kalangan generasi muda masa kini. Program ini dilihat boleh menyumbang kearah
kecemerlangan Universiti dalam bidang sukan berdasarkan acara-acara yang
dipertandingkan seperti bola sepak, renang, skuasy, bowling, olahraga dan sebagainya.
Bakat-bakat baru yang lahir dari program SUKAM ini akan menjadi pemangkin kepada
Universiti dalam usaha menjadikan Universiti Teknologi Malaysia sebagai sebuah
Institusi Pengajian Tinggi yang terbilang di mata dunia.
Pengalaman yang diperolehi oleh pelajar sepanjang kejohanan ini diadakan akan
dapat digunakan sepenuhnya dalam menempuh kehidupan yang semakin mencabar
pada masa akan datang. Di samping itu, program ini dapat dijadikan sebagai batu
loncatan kepada mahasiswa dalam mengasah bakat kepimpinan dan kemahiran dalam
pelbagai bidang untuk memantapkan pembinaan personaliti masing-masing.
Sukan juga sering dikaitkan dengan cabaran fizikal dalam persaingan antara ahli
sukan. Aktiviti sukan biasanya memerlukan kemahiran fizikal dan mental yang tinggi.
Sukan boleh juga ditakrifkan sebagai aktiviti yang dimainkan secara koperatif (saling
6
bekerjasama) atau kompetitif (bersifat pertandingan) dalam permainan. Sukan boleh
diibaratkan sebagai sebagai kunci kepada usaha untuk melahir dan membangunkan
masyarakat Malaysia yang sihat dan bersatu padu dalam satu negara.
Selain daripada untuk membentuk budaya sukan di universiti, tujuan Kejohanan
Sukam ini di wujudkan juga adalah untuk mengesan dan mengenalpasti atlit yang
berbakat bagi mewakili universiti ke Kejohanan MASUM dan pertandingan sukan
peringkat universiti seperti Liga Bola Sepak atau Celcom Unileague dan sebagainya.
Kejohanan SUKAM merupakan kejohanan sukan yang bermatlamatkan kepada
perpaduan serta kerjasama dan semangat membara di kalanga peserta yang mempunyai
pelbagai identiti dan berbilang bangsa serta corak pemikiran. Penglibatan para
mahasiswa dan mahasiswi dalam Kejohanan SUKAM ini memerlukan pengorbanan
yang besar dari segi fizikal, mental, emosi, intelek dan juga kewangan.
Daripada perbualan secara tidak langsung dengan pegawai sukan di kompleks
sukan dan individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
kejohanan ini, di dapati bahawa sesetengah pelajar yang melibatkan dalam kejohanan
ini tidak dapat memberikan kerjasama serta tumpuan yang sepenuhnya dalam
perlawanan. Timbul persoalan, apakah sebab dan faktor-faktor yang mendorong
pelajar menyertai Kejohanan SUKAM?. Adakah dengan kerelaan, paksaan dan apakah
kengkangan-kengkangan yang perlu dihadapi oleh pelajar semasa melibatkan diri
dalam Kejohanan SUKAM?. Ini adalah kerana penglibatan para mahasiswa dan
mahasiswi dalam Kejohanan SUKAM memerlukan pengorbanan yang besar dari segi
fizikal, mental, emosi, intelek dan juga kewangan.
Di sebabkan oleh faktor-faktor itu, pengkaji ingin membuat kajian tentang
persoalan persepsi yang lebih menyeluruh agar ianya mendapatkan gambaran yang
lebih tepat dan sebenar tentang penyertaan serta faktor-faktor penglibatan pelajar dalam
Kejohanan SUKAM di Universiti Teknologi Malaysia.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Pelajar-pelajar yang menyertai Kejohan SUKAM merupakan mereka yang terpilih
oleh kolej masing-masing dengan misi tertentu bagi mencapai kejayaan dan berusaha
untuk menjadi yang terbaik. Penglibatan pelajar dalam kejohanan sukan di universiti ini
memerlukan pengorbanan yang tinggi dan jitu dari segi masa, tenaga dan wang ringgit,
pelajar akan berada dalam dilema, antara sukan dan pelajaran, yang mana perlu di
utamakan?. Kadang-kala jadual peperiksaan dan jadual ujian atau peperiksaan
bertembung dengan jadual perlawanan dan ini akan merumitkan lagi keadaan.
Selaras dengan itu, demi mencapai dan merealisasikan falsafah pendidikan negara
serta SUKAM, para peserta (pelajar) perlu pandai serta bijak membahagikan dan
mengurusakn masa agar pencapaian dalam bidang sukan dan akademik adalah seiringan.
Kajian ini juga akan melihat dan mengenalpasti apakah faktor-faktor yang mendorong
penyertaan pelajar dalam Kejohanan SUKAM. Disebabkan oleh itu pengkaji membuat
kajian tentang persoalan persepsi yang lebih menyeluruh agar ianya mendapatkan
gambaran yang lebih tepat dan sebenar.
Sehubungan dengan itu adalah diharapkan dapatan dari kajian ini dapat
mengenalpasti apakah faktor-faktor yang menjadi pendorong kepada pelajar UTM untuk
menyertai Kejohanan Sukam.
8
1.4 Objektif Kajian.
Kajian ini dijalankan untuk meninjau dan mengenalpasti apakah faktor-faktor
yang menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar yang menuntut di Universiti Teknologi
Malaysia terhadap penyertaan mereka dalam menyertai Kejohanan SUKAM.
Berdasarkam persoalan yang ditimbulkan, dan bagi tujuan untuk mengenalpasti faktor-
faktor pendorong pelajar melibatkan diri dalam Kejohanan SUKAM, maka objektif
kajian ini adalah untuk:
1.4.1 Mengenalpasti faktor-faktor pendorong pelajar terhadap penyertaan mereka dalam
Kejohanan SUKAM.
1.4.2 Mengetahui faktor terpenting penglibatan pelajar dalam bidang sukan.
1.4.3 Memberi maklumat kepada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTM tentang faktor-
faktor pendorong pelajar untuk menyertai Kejohanan SUKAM.
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik telah mengenalpasti beberapa aspek yang perlu
dikaji. Antara persoalan kajian ialah:
1.5.1 Apakah faktor-faktor pendorong pelajar terhadap penyertaan mereka dalam
Kejohanan SUKAM?
9
1.5.2 Apakah faktor terpenting yang melibatkan pelajar dalam aktiviti-aktiviti sukan?
1.5.3 Apakah maklumat yang boleh diberikan kepada HEP tentang penyertaan pelajar
dalam Kejohanan SUKAM.